The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURSAFFIYA DAYANA, 2022-08-18 02:59:43

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 4 2022

kajian kes sejarah t4 2022

KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 4 2022

NASIONALISME DI MALAYSIA SEBELUM
PERANG DUNIA KEDUA

Nama: NURSAFFIYA DAYANA BINTI AMIL FITRI
Kelas: 4 SAINS
Guru subjek: CIKGU HATAIKWAN
Sekolah: SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
TUNKU ISMAIL

ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. JADUAL KERJA. 2

2. PENGENALAN. 3

3. PERNYATAAN MASALAH. 4

4. OBJEKTIF KAJIAN. 5

5. KAJIAN LITERATUR. 6

6. KAEDAH KAJIAN. 7

7. SUMBER RUJUKAN. 8

LAPORAN KAJIAN:

8. • LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN AHMAD. 9-12
• SUMBANGAN ZAINAL ABIDIN AHMAD.

• HASIL KARYA ZAINAL ABIDIN AHMAD.

9. KESIMPULAN. 13

10. LAMPIRAN. 14

1

JADUAL KERJA

BIL. TARIKH PERKARA CATATAN

1. Menerima taklimat daripada guru

27.7.2022 subjek Sejarah berkaitan penulisan /

laporan kajian kes.

2. Membuat rujukan awal ke laman web

28.7.2022 yang berkaitan dengan tajuk kajian /

kes.

3. 30.7.2022 Mengenalpasti cara penulisan kajian /

kes.

4. 31.7.2022 Menentukan tajuk kajian kes /

Membuat rujukan lanjut berkaitan

5. 1.8.2022 dengan tajuk tugasan menerusi /

internet, majalah, akhbar,buku.

6. 3.8.2022 Menulis draf awal kajian kes. /

7. 4.8.2022 Menulis pengenalan, pernyataan /

masalah dan laporan kajian kes.

8. 8.8.2022 Menulis kesimpulan dan lampiran /

kajiaan kes.

9. 10.8.2022 Mengemaskini kajian kes. /

10. 11.8.2022 Menyemak dan menghantar kajian /

kes.

2

PENGENALAN

Nasionalisme adalah perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan
negara. Nasionalisme juga boleh diertikan sebagai gerakan yang diambil untuk
mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang
asing. Kesedaran nasonalisme di Malaysia dan kebangkitan tokoh dalam
memperjuangkan kedaulatan negara yang menekankan hak dan prinsip
kedaulatan rakyat dicetuskan daripada idea nasionalisme di Barat. Kesedaran
nasionalisme boleh dikaitkan dengan perjuangan sultan, pembesar, tokoh
agama, wartawan, guru, penulis atau rakyat dalam menentang penjajah
sebelum perang dunia kedua. Salah satu tokoh tersebut ialah Zainal Abidin
Ahmad (Za’ba).

3

PERNYATAAN MASALAH

Terdapat beberapa penyataan masalah yang dapat saya kenal pasti. Antaranya
adalah:

1. Nyatakan latar belakang Zainal Abidin Ahmad.
2. Jelaskan sumbangan Zainal Abidin Ahmad dalam gerakan

nasionalisme di Tanah Melayu.
3. Apakah hasil karya Zainal Abidin Ahmad dalam perkembangan

nasionalisme di Tanah Melayu.

4

OBJEKTIF KAJIAN

Melalui kajian yang telah dijalankan, saya dapat:
1. Mengetahui latar belakang Zainal Abidin Ahmad.
2. Menerangkan sumbangan Zainal Abidin Ahmad dalam gerakan
nasionalisme di Tanah Melayu.
3. Menghuraikan hasil karya Zainal Abidin Ahmad dalam perkembangan
nasionalisme di Tanah Melayu.

5

KAJIAN LITERATUR

Saya memillih 1 kajian berkenaan tokoh nasionalisme iaitu Zainal Abidin
Ahmad (Za’ba) untuk dijadikan sebagai rujukan. Saya memilih kajian Asma’ Al-
Banjari yang bertajuk Sumbangan Za’ba Terhadap Perkembangan Bahasa
Melayu yang berkaitan dengan sumbangan Za’ba.

1. Buku.
➢ Asmah Haji Omar. 2002. “Pengenalan” Ilmu Mengarang Melayu Edisi
Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
halaman 11.
➢ Awang Sariyan. 2004. Sumbangan Pemikiran Za’ba Dalam Pelanjutan
Tradisi Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
halaman 23.
➢ Dharmawijaya & Kamaruzaman Kadir. 2004. “Perjuangan Za’ba
Memartabatkan Bahasa Melayu”. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan
Memartabatkan Warisan Pendeta Za’ba (15-16 September 2004),
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 30.
➢ Ismail Salleh. 2001. Sejarah Bahasa: Tatabahasa Za’ba Dalam
Perspektif Sejarah Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu. Seremban:
Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Halaman 45.
➢ Zainal Abidin Ahmad. 1958. Pelita Bahasa Melayu Penggal I:
Permulaan Nahu Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
halaman 65.
➢ Taib Osman & Wan Abu Bakar Wan Abas. 2004. “Penghayatan Karya
Pendeta Za’ba: Ilmu Mengarang Melayu”. Kertas Kerja Seminar
Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Za’ba (15-16
September 2004), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
halaman 90.

6

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpul maklumat
dan data dalam kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah:

1. Kaedah bertulis.
Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks, buku rujukan dan
laman sesawang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi
kajian ini.

2. Kaedah pemerhatihan.
Saya telah menonton youtube untuk mendapatkan maklumat tambahan
yang diperlukan bagi kajian ini.

3. Bimbingan guru.
Saya juga telah mendapatkan bimbingan guru iaitu Cikgu Hataikwan
sewaktu sesi pembelajaran di kelas apabila saya ada sesuatu yang ingin
saya bertanya berkaitan kajian kes.

7

SUMBER RUJUKAN

Saya telah membuat rujukan berdasarkan beberapa sumber tersebut untuk
mendapatkan maklumat tambahan bagi kajian kes ini. Sumber-sumber
tersebut ialah:

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.
Penulis:
➢ Ridzuan bin Hasan.
➢ Sharifah Afidah binti Syed Hamid.
➢ Muslimin bin Fadzil.
➢ Subramaniam a/l Raman.

2. Orang Sumber.
➢ Cikgu Hataikwan (Guru Subjek Sejarah).

3. Laman Sesawang.
➢ https://www.scribd.com/216325687/Za-Ba-John-Dewey
➢ https://www.scribd.com/doc/337614304
➢ https://online.anyflip.com/dahaf/vusq/mobile/
➢ https://malaycivilization.com.my/exhibits/show/tokoh-
pemikir-alam-melayu/pendeta_zaba
➢ https://irfront.net/post/articles/pemikiran-zaba-dan-kesannya-
kepada-kebangkitan-perjuangan-nasionalisme-melayu/

8

LAPORAN KAJIAN

LATAR BELAKANG ZAINAL ABIDIN AHMAD

Tan Sri Zainal Abidin Ahmad yang dikenali sebagai Za’ba dilahirkan pada
16 November 1895 di Kampung Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya
bernama Intan Awaluddin berasal daripada keturunan Minangkabau. Bapanya
pula bernama Ibrahim Ahmad berasal daripada keturunan Bugis. Za’ba adalah
seorang yang gemar membaca, menulis dan mengarang. Beliau juga
merupakan seorang yang tabah, bersemangat patriotik dan kental dalam
perjuangannya. Za’ba menerima pendidikan awal pada 1907 hingga 1909 di
Sekolah Melayu Batu Kikir ketika berumur 12 tahun. Kemudian Za’ba
meneruskan pengajiannya di St. Paul Institutions, Seremban pada 1909 dan
semasa peperiksaaan Senior Cambridge beliau mencatat sejarah sebagai
pelajar Melayu yang mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
tersebut.

Za’ba mula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Inggeris Bukit Zahrah dan
Sekolah Inggeris Johor kemudian beliau bertukar ke Kolej Melayu Kuala
Kangsar. Za’ba berkhidmat di sana selama tujuh tahun iaitu dari tahun 1916
hingga 1923. Pada tahun 1947, Za’ba menjadi pensyarah di School of Oriental
and African Studies (SOAS), London dan berpeluang melanjutkan pengajian di
peringkat Ijazah Pertama (B.A.Hons) dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab di
Universiti London.

Seterusnya, beliau mengarang, menterjemah buku-buku dan memberi
ceramah di radio Malaya Kuala Lumpur.Pada tahun 1956, Za’ba dikurniakan
gelaran PENDETA semasa mengetuai kongres yang penting bagi bangsa Melayu
iaitu Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga. Za’ba berkhidmat sebagai
pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya,
Singapura dari tahun 1953 hingga 1958.

Beliau bersara pada Januari 1959 dari jawatan pensyarah Kanan dan
Ketua Jabatan Pengajian Melayu. Pada 23 Oktober 1973, Za’ba meninggal
dunia ketika berusia 78 tahun dan beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

9

SUMBANGAN ZAINAL ABIDIN AHMAD

Za’ba telah diiktiraf sebagai seorang tokoh cendekiawan yang
berwibawa kerana beliau adalah seorang pemikir dalam pelbagai bidang
seperti agama, politik, sastera, bahasa dan lain-lain. Antara sumbangan
Za’ba ialah dalam sistem ejaan melayu. Za’ba meminati bidang penulisan
sejak tahun 1918 lagi.

Pada tahun 1933, Za’ba menggubal sistem ejaan dan menggantikan
sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan sejak tahun 1914 lagi.
Sejak tarikh penggubalannya, Sistem Ejaan Za’ba digunakan di sekolah-
sekolah sehinggalah tahun 1972. Selepas Munsyi Abdullah, Za’ba digelar
sebagai “Bapa Bahasa Melayu Moden”. Beliau juga berusaha untuk
memperkembangkan dan meningkatkan penggunaaan Bahasa Melayu dan
terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu.

Selain itu, Za’ba juga telah memperkenalkan kaedah ejaan jawi pada
tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1931. Pada
tahun 1931, Za’ba telah merumuskan undang-undang ejaan Jawi dan
menyiapkan Daftar Ejaan Melayu pada tahun 1938. Seterusnya, pada
pandangan Za’ba bahasa adalah “alat mengeluarkan fikiran”. Bahasa yang
digunakan mestilah tepat menggambarkan fikiran kerana kedua-duanya
saling berkait.

Za’ba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar dari
tahun 1900 hingga tahun 1941. Sumbangan dari segi tatabahasa, Za’ba
meletakkan asas golongan kata dan golongan ayat Bahasa Melayu. Beliau
menggolongkan kata kepada lima golongan utama iaitu nama, perbuatan,
sifat, sendi dan seruan. Golongan utama ini dipecahkan kepada
subgolongan. Za’ba juga membahagikan kata sifat kepada sifat nama
(adjektif) dan sifat kata (adverba). Za’ba dengan jelas membezakan
pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Untuk belajar Bahasa, orang
tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Beliau juga
mengemukakan aspek tatabahasa dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3

10

jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan sesuai dengan
saranannya.

Semasa di Maktab Perguruan Sultan Idris, Za’ba telah berjaya
menghasilkan buku berkualiti dan menjadi pemangkin mengasah bakat
pelajar dalam usaha membangkitkan semangat kebangsaan. Beliau juga
merupakan seorang yang gemar membaca, menulis dan mengarang. Beliau
sering menulis artikel, majalah, buku dan akhbar tempatan. Akhir Sekali,
sumbangan Za’ba dalam linguistik. Sumbangan pemikiran beliau kepada
bangsanya adalah banyak dan amat bererti.

11

HASIL KARYA ZAINAL ABIDIN AHMAD

Karya pertama yang telah dihasilkan oleh Za’ba ialah sebuah artikel yang
diterbitkan di Utusan Melayu bertajuk Temasya Mandi Safar di Tg.Keling.
Beliau menghasilkan karya ini sewaktu bertugas sebagai guru pelatih pada
tahun 1916. Za’ba sering menulis dalam akhbar tempatan dengan menggunkan
nama pena Patriot. Contoh akhbar tempatan ialah Utusan Melayu dan
Lembaga Melayu.

Za’ba menulis majalah Pengasuh semasa di Malay College Kuala Kangsar.
Majalah ini mengenai kepentingan ilmu pengetahuan untuk memajukan
bangsa Melayu. Beliau menulis dalam The Malay Mail pada 1 Disember 1923.
Selain itu, beliau juga menulis tentang The Poverty of the Malays dan The
Salvation of the Malays pada 22 Disember 1923.

Semasa Za’ba berkidmat di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), beliau
menulis buku yang bertajuk Ilmu Bahasa Melayu I & II pada tahun 1927, Rahsia
Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Ilmu Mengarang Melayu pada 1934. Za’ba
telah mendapat idea untuk menulis rencana-rencana di dalam majalah Al-
Ikhwan, Semangat Islam dan Saudara semasa bertemu dengan Haji Abdullah
bapa Hamka dan Hassan Bandung semasa melawat Indonesia pada tahun
1931.

Beliau juga mengeluarkan buku yang bertajuk Panduan Ejaaan Jawi pada
tahun 1931 dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) pada tahun 1938. Seterusnya,
Za’ba telah memodenkan Bahasa Melayu dengan menulis Pelita Bahasa
Melayu pada tahun 1966 dan Ilmu Mengarang Melayu pada tahun 1968. Za’ba
juga banyak terpengaruh dengan gerakan Kaum Muda. Hal ini kerana, beliau
banyak menulis mengenai agama Islam di dalam akhbar-akhbar Melayu dan
menyebarkan agama Islam ke luar negara dengan menulis di dalam majalah
The Muslim di Singapura dan Islamic Review di London.

12

KESIMPULAN

Za’ba merupakan tokoh yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Beliau
merupakan seorang sasterawan bahasa Melayu yang memberi sumbangan
banyak sumbangan daripada pelbagai bidang iaitu karangan, linguistik,
penulisan, agama, tatabahasa. politik dan sastera. Za’ba sering membangkitkan
isu nasionalisme dan menyedarkan pelajar tentang kepentingan pendidikan
tinggi bagi menentang penjajah.

Za’ba juga menghasilkan karya nasionalisme bagi menyedarkan
masyarakat. Oleh itu, masyarakat mestilah sentiasa menggunakan buku
mengenai Za’ba bagi mengenang jasa Za’ba kepada perkembangan bahasa
Melayu. Hal ini kerana, masyarakat banyak berhutang budi kepada Za’ba atas
segala jasa dan ketokohan beliau.

Akhir sekali, saya dapat mengetahui banyak sumbangan dan usaha yang
dilakukan oleh Za’ba untuk meningkatkan kesedaran nasionalisme. Saya
berharap negara kita akan sentiasa aman, stabil dan maju dalam semua sektor.
Saya juga berharap negara kita tidak akan dijajah lagi.

13

LAMPIRAN

• Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.

• Zainal Abidin Ahmad (Za’ba)

14


Click to View FlipBook Version