The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kolej Jasmine Newsletter Session Dis 2021 - July 2022 Edition 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Alif Fauzy, 2022-10-28 00:24:52

Jasmine Magazine (JasZine) JPK Kolej Jasmine

Kolej Jasmine Newsletter Session Dis 2021 - July 2022 Edition 1

Keywords: Keywords: KOLEJ JASMINE UCS KAMPUS PUNCAK PERDANA

JasZine

JPK Kolej Jasmine

PROGRAM
JAWANTANKUASA
PERWAKILAN KOLEJ
JASMINE UITM CAWANGAN
SELANGOR KAMPUS
PUNCAK PERDANA

EDISI PERTAMA

Disediakan oleh:
Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana

dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine
Universiti Teknologi MARA
PUNCAK PERDANA

Sekapur Sireh

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam UiTM di Hatiku. Setinggi-tinggi kesyukuran
dirafakkan ke hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, majalah Kolej Kediaman
Jasmine (Jaszine) edisi pertama telah berjaya di terbitkan. Tahniah kepada
Majlis Perwakilan Kolej Jasmine sesi 2021/2022 yang telah bertungkus lumus
dalam usaha menjadikan idea ini suatu realiti.

Majalah yang merangkumkan segala aktiviti dan program yang telah dijalankan
oleh para Warga Kolej Jasmine ini mencerminkan sikap kreatif dan inovatif para
pelajar serta staf Kolej Jasmine. Usaha ini dilihat sebagai contoh baik yang
boleh dipanjangkan kepada kolej-kolej kediaman UiTM Cawangan Selangor lain.
Dengan adanya rekod penerbitan sebegini, pihak Kolej Kediaman lebih mudah
melaporkan pencapaian kolej masing masing dalam bentuk yang lebih santai
dan menarik. Sememangnya, dengan penerbitan majalah ini merupakan satu
lagi usaha berterusan pihak Kolej Kediaman Jasmine untuk terus maju ke
hadapan ke arah meningkatkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan
kepada warga kolej. Sesungguhnya usaha ini sewajarnya diberi sokongan penuh
oleh pihak pengurusan Universiti.

Sekalung tahniah sekali lagi buat seluruh ahli Sidang Pengarang yang
menumpahkan idea dan usaha di atas penerbitan majalah ini. Saya pasti usaha
ini dapat menggalakkan budaya kerja kreatif dan inovatif serta mampu
membina kerja berpasukan yang unggul. Syabas.

Prof. Madya Dr. Badrul Isa
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Selangor

Kata Alu-Aluan

SIDANG Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
PENGARANG salam sejahtehtera. Alhamdulillah, segala puji bagi
Allah pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke
PENAUNG: atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W dan para
Prof Madya Dr. Badrul Isa sahabat.

PENASIHAT: Tahniah kepada Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Muhammad Hafizi Zamri Kolej Kediaman Jasmine Puncak Perdana di atas daya
usaha, kegigihan dan kesabaran dalam mengharungi
EDITOR: dunia pembelajaran serta kepimpinan. Ternyata segala
Amandus Paul Panan usaha dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil
dengan penghasilan JasZine (Jasmine Magazine). Saya
PEREKA GRAFIK: percaya dengan penerbitan JasZine yang menarik ini
Muhammad Alif Khairul merupakan titik permulaan bagi kalian untuk menuju ke
Fauzy arah kecemerlangan dalam pembelajaran anda nanti.
Syabas dan tahniah juga kepada semua Staf Residen
PENULIS: Kolej (SRK) di atas usaha, pengorbanan, sokongan serta
Hawa Shafinaz dorongan yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini
Akaata Effandy sehingga berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup
Awg Mohammad Fiqri mereka.
Haqimi Awg Shamsawi
Untuk mencapai sesuatu kejayaan, matlamat atau
e-ISSN 2976-2340 halatuju gerak kerja kita mestilah jelas. Cemerlang tidak
sahaja dalam konteks akademik tetapi juga dalam aspek
Jasmine kokurikulum serta kepimpinan. Jika matlamat tidak
Magazine jelas tentulah sukar mencapai kejayaan yang diimpikan.
Hubungan erat pihak Unit Pengurusan Kolej Kediaman
(UPK), SRK serta JPK dapat merealisasikan hasrat
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor
khususnya Kampus Puncak Perdana, untuk menjadi
sebuah institusi yang cemerlang, menghasilkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan, berkemahiran
tinggi serta berdaya saing.

Semoga dengan penerbitan JasZine ini dapat membuka
ruang kepada pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan
inovatif sepanjang berada di alam kampus.

Sekian, terima kasih

Muhammad Hafizi Zamri
Pengetua
Kolej Jasmine
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Perdana

Unit Pengurusan
Kediaman
Kolej Jasmine

MUHAMMAD HAFIZI ZAMRI
PENGETUA

ZOLKEFLEE HARON SITI NURHASLIZA ABD HAKIM

PENGURUS ASRAMA PENOLONG PENGURUS
KANAN ASRAMA KANAN

NURUL IZZATI ISMAIL
PENYELIA ASRAMA

NUR AIDIL AIDA MD JANI
PEMBANTU OPERASI

MUHAMAD ADI SHAHMI ELLY AZLIZAN
KHALID ZAINUDDIN ASMAL

PEMBANTU OPERASI PEMBANTU OPERASI

Staff Residen
Kediaman
Kolej Jasmine

MUHAMMAD HAFIZI ZAMRI
PENGETUA

AHMAD NAZRI BIN MANSOR MOHD FAUZI BIN HASSIM
AKADEMIK DAN KEPIMPINAN
TUGAS-TUGAS KHAS, LAWATAN
LOGISTIK

MASMADIANTY BINTI MUHAMMAD
KAUNSELING DAN KEROHANIAN

MOHD NAZIMI BIN FAZIRA BINTI ABDUL RAZAK
HAD NORDIN SUKAN DAN REKREASI

KEUSAHAWANAN DAN MOHD IZWAN DAINI BIN
PEMBANGUNAN MOHD SANI

INFO, MULTIMEDIA DAN
KOMUNIKASI

MOHD ISYAMUDIN BIN MAHMAD
KESIHATAN DAN KECEMASAN

Jawatankuasa
Perwakilan
Kolej Jasmine
Sesi 2021/2022

MUHAMMAD DANIEL HAQIM
BIN SUHAIMI

YANG DI-PERTUA

NURSYAZA NAZURAH BINTI
AHMAD SOFIAN GAN
NAIB YANG DI-PERTUA

AWG MOHAMAD FIQRI HAQIMI FARAH AINA BINTI
BIN AWG SHAMSAWI MUHAMMAD

SETIAUSAHA AGUNG BENDAHARI KEHORMAT

SITI SARAH BINTI HAWA SHAFINAZ BINTI NUR AZIRAH
SAHARUDIN AKAATA EFFANDY
MAULAD ALWIE
EXCO KAUNSELING DAN KEROHANIAN PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG EXCO PERHUBUNGAN LUAR, DALAM

& ANTARABANGSA

ALI BIN ABD AHMAD GHAZNI RABIATUL ADAWIYAH MUHAMMAD HAMIDUDDIN ULIN NUHA BINTI
RAHMAN
EXCO INFO, BIN KAMARUDDIN BINTI ROZHAN BIN MUHAMMAD RADZI AHMAD BADRI
EXCO INFO, EXCO ADUAN DAN
MULTIMEDIA DAN EXCO DISIPLIN, SAHSIAH EXCO KEBUDAYAAN
KOMUNIKASI MULTIMEDIA DAN KEBAJIKAN
DAN KESELAMATAN DAN KESENIAN
KOMUNIKASI

FAREHA NADILLA IZZAT DANIEL MUHAMMAD EIKMAL NUR AZURA BINTI NUR ISYAFARIN BINTI
BINTI MOHD FAUZI HASSANI BIN MOHD BADRUL MARUSIN ABU HASSAN
EXCO KEUSAHAWANAN DAN
EXCO TUGAS KHAS, EXCO SUKAN EXCO AKADEMIK DAN EXCO KESIHATAN
PEMBANGUNAN INVENTORI DAN REKREASI KEPIMPINAN DAN KECEMASAN

DAN LOGISTIK

ISI KANDUNGAN

1.0 KEPIMPINAN
2.0 KEROHANIAN
3.0 KESIHATAN
4.0 PERTANDINGAN &

SUKAN

5.0 KERJAYA

1.0
KEPIMPINAN

JasZine



2021/2022

Taklimat Keselamatan dan Kesihatan: Cara Pelajar
Mencegah Semasa Covid-19 di Kampus UiTM
Puncak Perdana

Pada 12 Disember 2021, “Taklimat
Keselamatan dan Kesihatan Cara Pelajar
Mencegah Semasa Covid-19 di Kampus UiTM
Puncak Perdana” telah diadakan
bermula pada jam 9:50 pagi sehingga 12:10
tengah hari melalui platform Google Meet dan
Facebook Live Jawatankuasa Perwakilan Kolej
(JPK) Jasmine. Taklimat ini telah disampaikan
oleh ASP/PB Mohd Tarmizi Abdul Rahman,
Ketua Unit Polis Bantuan dan Dr. Ernie Rozaini
Binti Sulaiman, Ketua Unit Kesihatan. Tujuan
program ini dilaksanakan adalah bagi
memenuhi keperluan kolej dalam
melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat
kepada para pelajar yang menetap di Kolej
Jasmine. Pelaksanaan program ini bertujuan
untuk menambah pengetahuan kepada para
pelajar berkaitan keselamatan dan kesihatan,
serta berusaha memastikan pelajar terhindar
daripada segala bahaya dan ancaman yang
bersifat fizikal dan mental yang boleh
menggugat keselamatan pelajar semasa di
kampus.

Terdapat kuiz ringkas di penghujung
taklimat yang perlu dijawab oleh para
peserta melalui aplikasi Kahoot!.

Seramai tiga orang pemenang kuiz yang
menduduki kedudukan 3 teratas telah
memenangi hadiah. Menurut ketua
program, Nursyaza Nazurah Binti
Ahmad Sofian Gan bersama penasihat
program iaitu Encik Izwan Daini Bin
Mohd Sani dan Puan Fazira Binti Abdul
Razak, para pelajar telah mendapat
pendedahan awal dalam cara mencegah
Covid-19 serta dapat pengisian yang
sempurna tentang aspek keselamatan
dan kesihatan pelajar semasa di Kolej
Jasmine. Akhir kata, program ini telah
mengukuhkan hubungan silaturrahim
antara ahli JPK Jasmine, Staf Residen
Kolej (SRK), Staf Unit Kesihatan dan
Polis Bantuan serta memberi
pendekatan yang kuat dalam pelbagai
aspek untuk menjadikan pengurusan di
Kolej Jasmine berjalan dengan lancar.

Jasmine Magazine JPKPP JPK 10JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Event Management Workshop





Program “Event Management Workshop” adalah program yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak Perdana yang
telah diadakan pada 18 Disember 2021 bermula jam 9:00 pagi sehingga jam 5:00
petang melalui platform Zoom dan disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Cik
Azzura Binti Nordin, Pensyarah Kanan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan merangkap
Penasihat Persatuan Pelajar Pengurusan Acara UiTM. Program ini diadakan bertujuan
untuk membantu ahli JPK mengetahui cara mengurus dan menjalankan program
dengan baik dan teratur serta membantu dan menambah baik kemahiran insaniah di
dalam diri ahli JPK dan melatih mereka untuk mengasah kemahiran komunikasi yang
baik di dalam kepimpinan.

Tambahan pula, program ini turut melibatkan penyertaan ahli JPK dari kolej-kolej
seluruh UiTM Cawangan Selangor (UCS) yang turut menyertai program ini. Melalui
program ini, hubungan pihak penganjur dan ahli JPK UCS berjaya dieratkan untuk
saling bekerjasama dan saling bertukar pendapat bagi menjalinkan hubungan
diplomatik bersama supaya kolaborasi antara kolej-kolej kediaman UCS dapat
dianjurkan lagi. Malah dengan penganjuran program seperti ini dapat memberi impak
yang besar kepada ahli JPK terutama yang diberi amanah untuk menggalas jawatan
menjadi bakal pemimpin yang berwawasan dan berintegriti pada masa akan datang.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 11
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Forum Pemakaian Sahsiah Rupa
Diri: Pakaian Menunjukkan

Keperibadian Kita di Kampus
UiTM Puncak Perdana



Program yang diberi judul “Forum Sahsiah Rupa Diri: Pakaian
Menunjukkan Keperibadian Kita” telah dilaksanakan pada hari Isnin, 9
Mei 2022 bermula pada jam 9:00 malam sehingga jam 11:00 malam
melalui platform Google Meet dan bersiaran secara langsung di laman
Facebook rasmi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine yang
disampaikan oleh dua orang panel jemputan iaitu Prof. Madya Dr.
Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan
Selangor (UCS) dan Ustaz Muhammad Azlan Bin Md Aris, Pegawai Hal
Ehwal Islam (Kanan) UiTM Kampus Puncak Perdana. Program ini
diadakan bagi menjelaskankan secara terperinci peraturan-peraturan
dan sahsiah rupa diri sebagai pelajar UiTM. Selain itu, program
sebegini juga telah berjaya memantapkan lagi tingkah laku dan
menerapkan sifat mahmudah di dalam kalangan pelajar. Program ini
juga mampu untuk memberi kesedaran kepada pelajar betapa
pentingnya disiplin dan etika berpakaian semasa berada di dalam
kampus. Melalui penganjuran program sebegini, pastinya impak yang
besar dapat diberi terutama kepada mahasiswa dan mahasiswi yang
bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Program ini sudah
pasti amat membantu mahasiswa dan mahasiswi membentuk jati diri
menjadi pemimpin yang bertanggungjawab.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 12
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Taklimat Kolej Jasmine

Pada 26 Mei 2022, “Taklimat Kolej Jasmine”
telah diadakan bermula pada jam 9.00 malam
sehingga tamat melalui platform google meet
dan juga Facebook live Jawatankuasa
Perwakilan Kolej Jasmine. Taklimat ini telah
disampaikan oleh pengetua Kolej Jasmine iaitu
En Muhammad Hafizi. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah untuk memberi
pendedahan kepada pelajar Kolej Jasmine
berkenaan larangan dan tindakan sewajarnya
yang perlu dibuat semasa keberadaan di Kolej
Jasmine. Selain itu juga, pelajar Kolej Jasmine
perlu mengambil maklumat yang disampaikan
agar dapat menjaga nama baik Kolej Jasmine.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 13
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Fiesta & Hari
Keusahawanan
JPK Jasmine

Program “Fiesta Keusahawanan

Koperasi dan Hari Keusahawanan

JPK Jasmine” adalah satu proram

yang telah dianjurkan oleh

Jawatankuasa Perwakilan Kolej

(JPK) Jasmine bersama

Kakitangan Koperasi UiTM

Berhad. Program ini telah

berlansung pada 20 Jun sehingga

23 Jun 2022 yang bertempat di

perkarangan blok J1 dan J2.

Program dengan berobjektifkan

tarikan ini adalah untuk

membantu para pelajar

menghilangkan serba sedikit

tekanan. Terdapat pelbagai

aktiviti Fiesta yang diadakan

seperti tapak penjualan makanan,

program open mic, wayang pacak

dan banyak lagi.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 14
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Malam Apresiasi
Karyaku

Program Malam Apresiasi Karyaku ini telah
dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan
Kolej (JPK) Jasmine. Program ini telah
diadakan pada 7 Julai 2022 pada jam 8.00
malam sehingga 11.00 malam yang
bertempat di Dewan Serbaguna Kolej
Jasmine. Program ini bertujuan untuk
menghargai setiap gerak kerja yang telah
dijalankan sepanjang program karyaku
berlansung. Bukan itu sahaja, program ini
juga telah meningkatkan hubungan
silaturrahim antara Staf Resident Kolej,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej dan pelajar.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 15
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

2.0
KEROHANIAN

JasZine



2021/2022

Ceramah Perdana: Fenomena

Cinta Kampus - Cukupkah Ilmu

Agamanya


Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak

Perdana telah berjaya merealisasikan matlamat visi dan misi UiTM pada dasar
negara. Oleh itu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus
Puncak Perdana telah mengadakan Program Ceramah Perdana yang berjudul
"Fenomena Cinta Kampus: Cukupkah Ilmu Agamanya?" yang disampaikan oleh
penceramah Encik Ahmad Izzat Bin Ahmad Basri, telah diadakan pada 11
Januari 2022 bermula pada jam 8:30 malam sehingga jam 10:30 malam
bertempat di Surau Ar-Razzaq Kolej Jasmine. Seperti yang diketahui umum,
majoriti mahasiswa dan mahasiswi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) cenderung
untuk menjalinkan hubungan cinta ketika mereka masih bergelar seorang
pelajar aktif sehingga ada yang melampaui batas. Melalui program ceramah
ini, sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para pelajar universiti
terutamanya yang menetap di Kolej Jasmine. Menurut ketua program, Siti
Sarah Binti Saharudin dan penasihat program, Puan Masmadianty Binti
Muhammad, penganjuran program ini telah berjaya membuka mata dan
memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan
menjalinkan hubungan cinta semasa melanjutkan pelajaran ke menara gading
selain dapat memupuk dan mengukuhkan hubungan silaturrahim di antara
ahli JPK Jasmine dan Staf Residen Kolej (SRK) seterusnya menjadikan sistem
pengurusan di Kolej Jasmine berjalan dengan lebih lancar.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 17
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Jasmine Ihya’ Ramadhan

Selaras dengan visi dan misi Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjadi
sebuah universiti yang bertaraf dunia dan bagi merealisasikan wawasan
tersebut, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak
Perdana yang merupakan sebuah persatuan peringkat kolej yang terdiri
daripada para pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat (FPM) dan Kolej Pengajian
Seni Kreatif (KPSK) berjaya mengadakan program di dalam bulan yang mulia,
bulan Ramadhan iaitu Program Jasmine Ihya’ Ramadhan. Program ini
merupakan sebuah program yang bertemakan kerohanian yang telah
dianjurkan oleh ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine dengan
kerjasama Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) UiTM Kampus Puncak
Perdana. Program Jasmine Ihya’ Ramadhan ini telah dilaksanakan sepanjang
bulan Ramadhan bermula 3 April 2022 sehingga 2 Mei 2022 secara atas talian
dengan menggunakan platform media sosial Instagram, Telegram dan
Facebook JPK dan Instagram PMH serta Google Meet. Terdapat pelbagai
aktiviti yang telah berjaya dijalankan sepanjang program ini berlangsung
antaranya ialah kuiz mingguan, ceramah perdana sempena Nuzul Al-Quran
yang disampaikan oleh Encik Adam Bin Zakaria iaitu Staf Residen Kolej (SRK),
pertandingan azan yang berjudul “Jejak Bilal”, dan 30 hari 30 perkongsian
nurani.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 18
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Ceramah: Amalan
Pendinding Diri

Selaras dengan Visi dan Misi Universiti Teknologi Mara
(UiTM) untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf
dunia dan bagi merialisasikan harapan tersebut,
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Jasmine UiTM
Kampus Puncak Perdana yang merupakan persatuan
peringkat kolej telah mengadakan program Ceramah:
Amalan Pendinding Diri. Ceramah ini telah diadakan
pada 16 jun 2022 dari pukul 9.00 malam sehingga 10.30
malam. Program ini bertitik tengahkan untuk mengajar
para pelajar cara melindungi diri daripada gangguan
sihir dan jin. Bukan itu sahaja, program ini bertujuan
untuk menguatkan diri pelajar dan memberikan
kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan ilmu
kerohanian dalam diri masing-masing.

Jasmine Magazine JPKPP JPK 19JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

3.0
KESIHATAN

JasZine



2021/2022

Bual Cara Kesedaran

Depresi Dalam Diri


Selaras dengan visi dan misi Universiti

Teknologi MARA (UiTM) untuk menjadi
sebuah universiti yang bertaraf dunia
dan bagi merealisasikan wawasan
tersebut, Jawatankuasa Perwakilan Kolej
(JPK) Jasmine UiTM Kampus Puncak
Perdana yang merupakan sebuah
persatuan peringkat kolej yang terdiri
daripada para pelajar Fakulti Pengurusan
Maklumat (FPM) dan Kolej Pengajian
Seni Kreatif (KPSK) telah mengadakan
program Bual Cara Kesedaran Depresi
Dalam Diri pada hari Sabtu, 16 April
2022. Program ini telah dilaksanakan
secara atas talian melalui platform
Google Meet yang telah disampaikan
oleh Encik Mohd Zulkhairi Bin Ibrahim
iaitu Pegawai Psikologi Kanan. Program
ini telah berjalan dengan lancar hasil
penyertaan seramai 62 orang pelajar
yang menetap di Kolej Jasmine.

Tambahan pula, ketua program ini

ialah Nur Isyafarin Binti Abu Hassan

yang memegang portfolio Exco

Kesihatan dan Kecemasan

Jawatankuasa Perwakilan Kolej

Jasmine Sesi 2021/2022, dengan

bimbingan oleh Encik Mohd

Isyamudin Bin Mahmad merangkap

Staf Residen Kolej (SRK) Jasmine

sebagai penasihat program

menyimpulkan bahawa program ini

telah memberi kesedaran kepada

para peserta tentang kepentingan

ilmu pengetahuan berkenaan

depresi selain dapat membantu

pelajar untuk mengenal pasti tanda-

tanda depresi pada peringkat awal

supaya rawatan dapat dilakukan

dengan segera.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 21
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

Kempen Derma Darah Jasmine

Program yang diberi judul “Kempen Derma Darah
Jasmine” telah diadakan pada 2 julai 2022 yang
bertempat di bilik seminar Kolej Jasmine.
Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi
sehingga 5.00 petang. Program ini bertujuan
memberikan peluang kepada pelajar untuk
memberikan sumbangan kepada masyarakat. Hal
ini dapat memberikan kesedaran kepada pelajar
terhadap tanggungjawab sosial kepada
masyarakat sekaligus dapat membantu
mengurangkan kekurangan bekalan darah di
hospital.

Jasmine Magazine JPKPP JPK JAWATANKUASA PERWAKILAN 22
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

4.0
PERTANDINGAN
&
SUKAN

JasZine



2021/2022

ZUMBA NEON

Program yang diberi judul “Zumba Neon” ini telah diadakan
pada 25 Mei 2022 bermula pada jam 8:30 malam sehingga
jam 10:00 malam bertempat di Dewan Serba Guna (DSG)
Kolej Jasmine. Lokasi program ini telah ditukar dari
perkarangan blok Jasmine 2 dan Jasmine 3 ke dalam DSG,
hal ini kerana pada waktu petang hujan telah turun
menyebabkan proses penyediaan teknikal tergendala.
Program ini bertujuan untuk memastikan para pelajar dapat
meluangkan masa mengamalkan gaya hidup sihat dengan
melakukan aktiviti sukan dan senaman secara berkala. Hal
ini kerana semasa sesi kuliah, pengajaran dan pembelajaran
secara berlebihan dapat memberi tekanan kepada pelajar
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Jasmine Magazine JPKPP JPK 24JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

JASMINE LENS

Program “Jasmine Lens” yang telah dianjurkan oleh exco
multimedia Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
program ini telah diadakan pada 7 Jun sehingga 21 Jun
2022. Satu program dengan tempoh yang panjang ini
adalah bertujuan untuk mewujudkan satu pasukan
produksi Kolej Jasmine. Bukan itu sahaja, program ini
adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat pelajar dalam
menghasilkan video sekaligus dapat menaikkan nama
Kolej Jasmine selari dengam kolej-kolej Cawangan UiTM
Selangor. Seramai 16 orang peserta yang telah menyertai
pertandingan Jasmine Lens ini. Menurut ketua program
iaitu Saudara Ghazni, program ini juga telah dapat
mengukuhkan silaturahim antara Jawatankuasa
Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Jasmine dengan pelajar
kolej Jasmine.

Jasmine Magazine JPKPP JPK 25JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

JASMINE
GOT

TALENTS

Pada 2 Julai 2022 ini juga telah

berlangsung program akhir FINALE OF
JASMINE'S
Jasmine Got Talent. Program ini
GOT
telah diadakan di dewan TALENTS

serbaguna Kolej Jasmine pada

jam 8.30 malam sehingga 11.00

malam. Program yang cukup

mendapat sambutan pelajar ini

adalah bertujuan untuk

meningkatkan keyakinan pelajar

untuk menunjukkan bakat

mereka diatas pentas dan juga

memberikan peluang untuk

pelajar menonjolkan bakat yang

terpendam. Terdapat banyak

aksi yang telah ditonjolkan oleh

pelajar seperti nyanyian,

lakonan, tarian dan sebagainya.

Jasmine Magazine JPKPP JPK 26JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE

5.0
KERJAYA

JasZine



2021/2022

Keusahawanan Atas Talian:
Usahawan, Adakah Satu Pilihan Atau

Sebuah Kerjaya?
Program yang diberi judul “
Keusahawanan Atas Talian:

Usahawan, Adakah Satu Pilihan Atau Merupakan Sebuah
Kerjaya?” ini telah diadakan pada hari Sabtu, 14 Mei 2022
bermula pada jam 10:30 pagi sehingga jam 1 petang
bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar
mengenai bidang keusahawanan. Keusahawanan bukan
semata-mata dianggap sebagai aktiviti jual beli semata-
mata tetapi membawa maksud yang besar dan tersendiri.
Para pelajar telah didedahkan dengan bidang
keusahawanan melalui penganjuran program ini bagi
menjelaskan sama ada bidang keusahawanan ini
sebenarnya sebagai satu pilihan atau merupakan sebuah
kerjaya. Pada masa yang sama, program ini juga telah
membantu para pelajar membuat keputusan demi masa
depan mereka untuk lebih berjaya dan cemerlang setelah
bergelar para graduan.

Jasmine Magazine JPKPP JPK 28JAWATANKUASA PERWAKILAN
KOLEJ JASMINE KOLEJ JASMINE


Click to View FlipBook Version