BUKU BACAAN
BERTEMA
TEMA: peralatan
Di sekolah
Nama:
1
Baca sehingga pandai.
buku
Ini buku saya.
Buku baca saya ada tiga buah.
Setiap buku baca saya ada tiga
puluh muka surat.
Saya baca buku ini setiap hari.
Cikgu pesan supaya membalut dan
menjaga buku ini dengan baik.
Saya sayang buku baca saya. 2
Baca sehingga pandai.
meja
Nama saya meja.
Saya diperbuat daripada kayu.
Saya mempuyai empat kaki.
Selain daripada kaki, saya juga
mempuyai laci untuk menyimpan
barang.
Pasangan saya ialah kerusi.
Badan saya besar dan berat.
3
Baca sehingga pandai.
kerusi
Nama saya kerusi.
Saya juga diperbuat daripada kayu.
Saya mempuyai empat kaki.
Kerusi digunakan untuk duduk dan
berehat.
Pasangan saya pula ialah meja.
Badan saya pula lebih kecil
daripada meja. 4
Baca sehingga pandai.
beg
Nama saya beg.
Saya diperbuat daripada kain.
Saya mempuyai poket, tali dan
tempat menyimpan barang.
Saya digunakan untuk menyimpan
peralatan sekolah.
Badan saya sungguh cantik kerana
berwarna-warni. 5
Baca sehingga pandai.
kipas
Nama saya kipas siling.
Badan saya berwarna putih.
Saya mempunyai tiga bilah kipas.
Tugas saya ialah menyejukkan
persekitaran yang panas.
Suis perlu dihidupkan bagi
memastikan saya dapat berpusing.
6
Baca sehingga pandai.
pensel
Ini ialah pensel Sarah.
Sarah ada lima batang pensel tulis.
Pensel Sarah sangat tajam, kerana
Sarah mengasahnya setiap hari.
Pensel Sarah sudah pendek kerana
selalu diasah.
Sarah simpan pensel itu di dalam
kotak pensel.
7
Baca sehingga pandai.
pembaris
Nama saya pembaris.
Saya mempunyai dua saiz, pendek
dan panjang.
Saya digunakan untuk melukis
garisan dan membuat ukuran.
Di atas badan saya mempunyai
nombor.
Saya disimpan di dalam kotak pensel.
8
Baca sehingga pandai.
pemadam
Nama saya pemadam.
Saya diperbuat daripada getah.
Badan saya berwarna putih.
Saya digunakan untuk memadam
kesalahan di atas kertas atau buku.
Saya juga disimpan di dalam kotak
pensel.
Murid sekolah wajib memiliki saya.
9
Baca sehingga pandai.
pensel warna
Nama saya pensel warna.
Saya mempunyai banyak pilihan
warna. Antara warna saya ialah
merah, biru, kuning dan hijau.
Saya selalu disimpan di dalam kotak.
Apabila telah pendek saya perlu
diasah menggunakan pengasah
pensel.
10
Baca sehingga pandai.
kotak pensel
Saya ialah kotak pensel.
Saya diperbuat daripada besi.
Bentuk saya ialah segi empat
tepat.
Warna saya jingga dan biru.
Saya digunakan untuk menyimpan
alatan seperti pensel, pemadam
dan pembaris. 11
Baca sehingga pandai.
papan putih
Nama saya ialah papan putih.
Saya mempunyai bentuk segi
empat tepat.
Saya digunakan untuk menulis
maklumat atau info.
Selalunya saya digantung
di dinding.
Guru selalu menggunakan saya.
12
Baca sehingga pandai.
bakul sampah
Nama saya bakul sampah.
Badan saya berwarna kelabu.
Saya digunakan sebagai tempat
mengumpul sampah.
Ramai orang tidak sukakan saya
kerana bau saya yang busuk.
Saya selalunya diletakkan di tepi
dinding bersama penyapu.
13
Baca sehingga pandai.
gunting
Nama saya gunting.
Saya diperbuat daripada besi.
Saya sangat tajam dan merbahaya.
Saya digunakan untuk memotong
kertas.
Kanak-kanak perlu berhati-hati
ketika menggunakan saya.
Saya disimpan di tempat yang tinggi.
14
Baca sehingga pandai.
penyapu
Nama saya penyapu.
Saya digunakan untuk menyapu
sampah bersama dengan
penyodok.
Selalunya saya akan digantung
selepas digunakan.
Saya juga diletakkan berhampiran
dengan bakul sampah. 15
Baca sehingga pandai.
pengasah
pensel
Nama saya pengasah pensel.
Saya diperbuat daripada besi.
Saya digunakan untuk mengasah
pensel atau pensel warna supaya
menjadi tajam.
Habuk pensel perlu dibuang
daripada badan saya selepas
digunakan.
16
TAHNIAH!
ADIK TELAH
HABIS MEMBACA
BUKU INI
TEMA: peralatan
Di sekolah