MODUL UJIAN LISAN BERTUTUR
Oleh : Cikgu Nurfaraliza binti Hamzah,
GC Bahasa Melayu, SMK Taman Desa Jaya
BIL PERKARA KETERANGAN
1 Jenis Instrumen
2 Jenis Item Ujian Bertutur
3 Bilangan Soalan Respons Terbuka (Kumpulan)
4 Jumlah Markah
5 Tempoh Ujian Perbincangan s a tu tema/tajuk (DSKP)
6 Konstruk 30 markah
12 hingga 15 minit
7 Kaedah Penskoran Kemahiran lisan
i. Tatabahasa dan kosa kata
ii. Sebutan, intonasi dan nada
iii. Kefasihan dan kelancaran
iv. Idea dan bermakna
Holistik
INSTRUMEN PERTUTURAN : SET 1
TEMA TAJUK PERBINCANGAN
Ekonomi,
Keusahawanan dan Perbelanjaan berhemat
Pengurusan Kewangan Amalan menabung
Perniagaan atas talian
Pendidikan
Aliran kemahiran
Alam sekitar dan Kelebihan menguasai pelbagai bahasa
Teknologi Hijau Kelas tambahan/tuisyen
Kerjaya Program kitar semula
Kepentingan hutan
Jati Diri, Patriotisme Pencemaran alam
dan Kewarganegaraan
Kerjaya impian saya
Sukan dan Rekreasi Ciri-ciri pekerja cemerlang
Bekerja sambilan
Kesihatan dan
Kebersihan Jalur Gemilang
Menghargai jasa tokoh negara
Pertanian, Penternakan Rukun Negara
dan Perikanan
Mutu sukan negara
Kebaikan rekreasi
Aktiviti sukan lasak
Kebersihan diri
Penyakit-penyakit berbahaya
Perubatan alternatif
Buah-buahan tempatan
Pertanian satu perniagaan
Pertanian moden
Cadangan isi perbincangan :
T e m a 1 : Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
a. Perbelanjaan berhemat
- amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat di negara ini masih
berada di tahap yang rendah - terdapat segelintir masyarakat memegang
prinsip biar papa asal bergaya tetapi tidak mengukur baju di badan
sendiri yang akhirnya memakan diri sehingga hutang keliling pinggang
- ibu bapa memainkan peranan penting untuk memupuk amalan berjimat
cermat dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi - langkah awal menanam
sikap berjimat cermat dalam jiwa anak-anak - amalan menggalakkan
anak-anak membawa bekal dari rumah - melentur buluh biarlah dari
rebungnya
- sekolah juga merupakan tempat penyemai budaya berjimat cermat -
menyuburkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar
- pihak kerajaan perlu memperbanyak kempen untuk menyedarkan
masyarakat tentang amalan berjimat cermat - Kempen Membeli Barangan
Tempatan merupakan salah satu kempen ke arah amalan positif ini - membeli
barangan tempatan dan berjimat dalam segala perbelanjaan untuk
mengurangkan pengaliran keluar mata wang ringgit ke luar negara
- Natijahnya, masyarakat wajar berjimat cermat dan meninggalkan sikap
boros ketika berbelanja - meninggalkan tabiat besar periuk, besarlah
keraknya atau biar papa asal bergaya kerana kedua-dua sikap ini hanya akan
merugikan diri sendiri.
b. Amalan menabung
- sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit - peribahasa itu amat sinonim dengan
perbuatan menabung - pada era pascaglobalisasi ini kesedaran untuk
menabung semakin menyusut dalam kalangan masyarakat
- para pelajar dapat menyambung pelajaran dengan menggunakan wang
tabungan - kos pengajian di peringkat universiti semakin meningkat -
digunakan untuk membeli buku-buku rujukan, membayar yuran sekolah dan
yuran kelas bimbingan luar - kita haruslah menabung dalam jumlah yang
konsisten setiap bulan - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna haruslah menjadi pedoman
- dapat digunakan pada waktu kecemasan - membiayai perbelanjaan di luar
jangkaan - malang tidak berbau - semasa ditimpa masalah kesihatan,
bencana alam dan tragedi kemalangan jalan raya - memudahkan segala
urusan pada masa hadapan - sediakan payung sebelum hujan dan beringat
sebelum kena, berjimat sebelum habis
- menyemai tabiat berjimat cermat - mengelakkan sikap suka berhutang dalam
kalangan masyarakat - digalakkan untuk merekod sesuatu perbelanjaan untuk
mengenal pasti wang yang kita belanjakan - dapat mengelakkan diburu
pemiutang atau diisytiharkan muflis apabila gagal membayar hutang.
c. Perniagaan atas talian
- satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan - adanya
teknologi maklumat serta aplikasi dan gajet berasaskan internet - medium
kepada ahli perniagaan untuk memperagakan barangan jualan mereka yang
dikenali sebagai e-dagang
- kebaikan - dapat memudahkan dan mempercepat urus niaga - perkhidmatan
e-dagang ini dapat diakses dengan mudah - dapat menjimatkan masa dan
tenaga pengguna - tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli
barangan keperluan - hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan
yang diperlukan melalui talian - pesanan dan pembayaran boleh dilakukan
melalui internet - urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan
pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu
barangan - pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum
membeli sesuatu barangan - premis peniagaan yang menawarkan jual beli
atas talian seperti Lazada, Shoppe - bebas memilih barangan yang diperlukan
serta sesuai dengan harga barangan yang ditawarkan
- keburukan - berlaku penyelewengan dalam urus niaga - barang yang dibeli
pengguna mungkin tidak wujud sama sekali - tidak berkualiti dan
mendatangkan kemudaratan kepada pengguna - berlaku ketidaktentuan
trasaksi - akses internet yang lambat di sesetengah kawasan - pengguna
sukar membuat tempahan atau pembelian
T e m a 2 : Pendidikan
a. Aliran kemahiran
- transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 - aliran
ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua - transformasi ini telah
menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui
pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga - pelajar mula
didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan
kemahiran seawal usia 13 tahun
- sektor kerajaan mahupun swasta membuka peluang pekerjaan yang tinggi
dalam bidang kemahiran - tenaga kerja yang berkemahiran mempunyai satu
kelebihan yang dipandang oleh pihak majikan
- usaha pihak kerajaan membantu pelajar-pelajar yang berminat dalam bidang
kemahiran - banyak institusi-institusi kemahiran dibangunkan -
penambahbaikan dalam kursus kemahiran - kerajaan turut menyalurkan elaun
sara diri sepanjang lattihan praktikal yang berkaitan dengan industri.
- bidang kemahiran dalam pelbagai sektor pekerjaan menjanjikan gaji yang
lumayan - dalam bidang kejuruteraan, perkapalan juga maritim
- usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan - aliran ini
akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan
amalan di negara-negara maju
b. Kelebihan menguasai pelbagai bahasa
- bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung
sejak zaman dahulu lagi - ketika mendepani era globalisasi ini, kemampuan
menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu
kelebihan kepada seseorang.
- seseorang lebih mudah untuk berhubung atau berkomunikasi dengan orang
lain - lebih berkeyakinan untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja -
- lebih mudah untuk memperoleh ilmu pengetahuan - pelbagai ilmu
pengetahuan yang terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa -
seseorang akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai
katak di bawah tempurung
- lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, baik
di pusat pengajian tinggi awam atau swasta - semakin penting sekiranya
seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara - hampir semua
pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekuatannya sebagai
bahasa komunikasi masyarakat dunia
- tidak dapat dinafikan bahawa dengan menguasai pelbagai bahasa
seseorang lebih mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan - dianggap
mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur
dengan pelbagai pihak - menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau
jurubahasa
- kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah
sekali gus menyediakan masyarakat yang mampu duduk sama rendah berdiri
sama tinggi untuk bersaing di peringkat global
c. Kelas tambahan/tuisyen
- kebaikan - pusat tuisyen mampu untuk menyediakan kelas dan suasana
pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk para pelajar - memberi
keselesaan kepada para pelajar - membolehkan mereka untuk memberi
tumpuan yang sepenuhnya terhadap proses pembelajaran - latihan intensif -
berpeluang mengenali rakan baharu - interaksi dengan pelajar baharu boleh
membuka minda
- keburukan - terdapat pusat tuisyen yang hanya mementingkan
keuntungan sahaja tanpa mementingkan kualiti pengajaran mereka -
mengenakan bayaran yang tinggi - kualiti bahan dan tenaga pelajar mereka
hanyalah pada tahap yang minimum sahaja. - Pendidikan tuisyen
boleh melemahkan sistem pelajaran formal - murid akan mengambil mudah
semasa mengikuti pelajaran di sekolah
T e m a 3 : Alam sekitar dan Teknologi Hijau
a. Program kitar semula
- giat dilaksanakan oleh kerajaan - suatu kaedah memproses semula
bahan-bahan tertentu untuk digunakan sebagai bahan hasilan yang lain
- amalan kitar semula memberi keuntungan sekiranya dilakukan
secara kolektif - bahan-bahan buangan akan dikumpulkan di pusat
pengumpulan sebelum dihantar ke kilang-kilang untuk diproses semula -
kilang-kilang akan mengeluarkan semula bahan-bahan yang dihasilkan seperti
kertas tisu, tin-tin - kos pengeluaran dapat dijimatkan - dijual dengan harga
yang lebih rendah
- mendidik rakyat agar bijak membuang sampah - rakyat akan lebih prihatin
dan bertanggungjawab - negara kita lebih bersih, indah dan dapat menarik
pelancong-pelancong - longgokan sampah dan bekas takungan seperti tin,
tayar buruk dan sebagainya akan mengundang penyakit taun, malaria dan
demam denggi - amalan kitar semula dapat menghindarkan penyakit-penyakit
tersebut - tempat pembuangan sampah yang terurus berjaya mengelakkan
penularan wabak - mencegah lebih baik daripada mengubati - menjamin
kehidupan yang selesa dan sejahtera
- dapat memberikan pendapatan tambahan kepada para pengguna- usaha ini
sebagai kerja tambahan untuk menambah pendapatan - bahan-bahan
buangan yang boleh dikitar semula akan dibeli oleh pusat pengumpulan bahan
buangan - program serampang dua mata ini jelas mendatangkan impak positif
kepada rakyat - menambahkan pendapatan isi rumah - kewujudan industri
hiliran yang berkaitan dengan bahan buangan
b. Kepentingan hutan
- hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi nilainya - hutan semakin
terancam sebagai akibat ketamakan dan kerakusan masyarakat pada zaman
ini
- sebagai kawasan tadahan - sumber air dominan yang kita gunakan dalam
rutin harian - pembalakan menyebabkan kehilangan kawasan tadahan hujan
- dapat menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi - proses fotosintesis
- memastikan purata suhu tidak meningkat - sekiranya hutan ditebang,
bilangan tumbuhan hijau akan berkurangan - menyebabkan peratus karbon
dioksida bertambah
- sebagai habitat flora dan fauna - sumber makanan bagi haiwan liar
- penampan hakisan semasa hujan - jika hutan ditebang, tanah akan terhakis -
tanih akan menjadi gondol - akar-akar tumbuhan dapat mengikat tanih
daripada mudah longgar yang akan menyebabkan tanah runtuh dan banjir
lumpur.
- kawasan ekopelancongan - Taman Negara Bako di Sarawak dan Taman
Negara Kinabalu - menyelamatkan hutan di negara daripada pupus - turut
menjana ekonomi negara melalui kegiatan eksport kayu-kayan
c. Pencemaran alam
- masyarakat semakin maju, kita dapati bahawa bumi ini telah menjadi mangsa
kepada arus kemodenan
- ibu bapa sebagai orang terdekat - mendidik mereka untuk menghargai dan
mencintai alam sekitar sejak kecil lagi - melentur buluh biarlah dari rebungnya
- ibu bapa haruslah sentiasa mendedahkan anak-anak tentang isu-isu
pencemaran alam sekitar untuk menyedarkan mereka tentang kepentingan
menjaga alam sekitar - ibu bapa juga harus menjadi suri teladan kepada
anak-anak mereka - tidak sepatutnya membuang sampah di merata-rata
tempat dan melakukan pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara
- sekolah dapat diibaratkan sebagai rumah kedua - mengadakan kem
kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar - Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan atau Pendidikan Moral - diterapkan dalam
sanubari para murid - mencari artikel-artikel yang berkaitan dengan isu
pencemaran alam sekitar - murid dapat disedarkan tentang kesan buruk yang
diakibatkan oleh pencemaran alam sekitar - penubuhan Kelab Alam Sekitar -
program seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
- perancangan dan pengurusan sisa domestik secara sistematik -
mempraktikkan program 3R - menjimatkan sumber, mengurangkan sampah
sarap yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar - masyarakat boleh
menjual surat khabar dan majalah lama untuk dikitar semula - dapat
menjimatkan kos untuk pelupusan sampah - berjimat sebelum kena, ingat
sebelum habis
- penguatkuasaan undang-undang - tindakan tegas - pengusaha-pengusaha
kilang haruslah menapis asap hitam - menggunakan alternatif lain untuk
menghapuskan sisa-sisa toksik kilang - Jabatan Alam Sekitar (JAS) perlu
menggunakan kuasa yang ada untuk mendakwa pihak yang mencemarkan
alam sekitar
T e m a 4 : Kerjaya
a. Kerjaya impian saya
- setiap individu mempunyai cita-cita atau impian masing-masing - Saya juga
mempunyai impian - telah saya sematkan di lubuk hati saya
- kerjaya pilihan saya adalah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya -
inspirasi saya ialah ibu saya - saya menjadikan ibu saya sebagai idola dan
guru kepada saya - segala tunjuk-ajar dan nasihat beliau telah menjadi
pendorong - merealisasikan impian
- kerjaya ini memberikan kebebasan - saya boleh mengendalikan sesuatu
mengikut acuan saya sendiri - kerjaya ini juga boleh mendatangkan
pendapatan yang lumayan kepada saya jika saya berjaya menguruskan
perniagaan saya dengan baik
-saya berharap saya akan lebih kuat dan berani untuk menempuh segala
dugaan dan cabaran yang mendatang
b. Ciri-ciri pekerja cemerlang
- pekerja yang cemerlang bijak menggunakan masa dan sumber-sumber di
sekelilingnya - membaiki diri sama ada dari segi sikap, pengetahuan dan
kemahiran atau prestasi kerjanya
- pekerja yang rajin, bersemangat tinggi dan komited dalam melaksanakan
segala tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan - melakukan sehingga
selesai - selaras dengan harapan majikan / organisasi
- menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi - menjaga kualiti pemakanan,
melakukan latihan jasmani dan mendapat rehat atau tidur yang mencukupi -
bijak dalam mengurus diri - kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti
yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sentiasa sihat, cergas
dan produktif
- menjaga penampilan diri, tutur kata, dan tindakan - perwatakan yang ceria,
yakin dan senang didampingi - disanjung ramai termasuklah majikan,
rakan-rakan sekerja, ahli-ahli keluarganya serta masyarakat sekeliling -
mudah berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan setiap orang yang ditemui
atau yang bekerja dengannya
- berfikir, menganalisis dan memahami sesuatu isu sebelum memberi maklum
balas - ingatan kuat kerana mempunyai kualiti yang ingin benar-benar
memahami hal yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya
c. Bekerja sambilan
- segelintir murid lebih tertarik untuk bekerja secara sambilan di luar waktu
sekolah berbanding mengulang kaji pelajaran di rumah - mungkin disebabkan
oleh faktor kemiskinan yang dihadapi - sekadar ingin mencari wang poket
tambahan - pasar raya, kedai makan dan kedai buku merupakan tempat
pilihan pelajar untuk bekerja selepas tamat sesi persekolahan
- manfaat ; membantu meringankan beban keluarga - membantu ibu bapa
mereka dari segi kewangan - dapat digunakan untuk membeli barang
keperluan sekolah - dapat diberikan kepada ibu bapa untuk disimpan untuk
kegunaan masa hadapan
- membentuk sikap berdikari dalam diri mereka - dapat merasai pengalaman
bekerja dan berusaha mencari wang hasil titik peluh mereka sendiri -
menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa
bergantung kepada orang lain - jika ingin mendapatkan sesuatu yang mereka
inginkan, mereka akan bekerja untuk mendapatkannya tanpa menggunakan
duit ibu bapa
- disiplin diri juga akan dapat dibentuk - berusaha mengejar masa antara masa
bekerja dan masa untuk belajar - rutin harian seperti ini secara tidak langsung
akan dapat mendisiplinkan mereka - masa lapang tersebut boleh digantikan
dengan bekerja - masa itu emas
- keburukan ; hilang tumpuan ketika berada di dalam kelas - letih kerana balik
pada lewat malam - mengganggu emosi - tertekan dan tidak mampu untuk
belajar - kemerosotan dalam pelajaran - tugasan yang telah diberi oleh guru
akan diabaikan kerana terlalu penat - mengantuk dan lesu ketika sesi
pembelajaran
T e m a 5 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
a. Jalur Gemilang
- Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan
mereka cipta bendera peringkat kebangsaan - rekaan arkitek Jabatan Kerja
Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru putih
dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan
majoriti - beberapa pindaan dibuat
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada
1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang - diusulkan pegawai dari
Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan Tamin dalam satu peraduan
- pada 1999, Azhar Mansur, rakyat Malaysia pertama mengelilingi dunia
secara solo membawa Jalur Gemilang
- pada 23 Mei 1997, dua pendaki Projek Malaysia-Everest 97, M Magendran
dan N Mohandas berjaya memacakkan bendera di puncak Everest setinggi
8,848 meter
- Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, membawa
bendera Malaysia ketika berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS)
selama 11 hari mulai 10 Oktober 2007
- pemain badminton negara, Lee Chong Wei mengibarkan Jalur Gemilang
setelah berjaya memenangi pingat perak pada temasya Olimpik Beijing 2008
- pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos
1997, jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
- lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju
dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini.
- gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur
Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam
mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu
bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.
- Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian,
kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna putih
melambangkan keluhuran dan keikhlasan, biru melambangkan perpaduan
hidup yang rukun dan damai manakala warna kuning melambangkan
kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.
b. Menghargai jasa tokoh negara
- menyelami sejarah pembangunan negara - menghayati jasa tokoh-tokoh
- Tunku Abdul Rahman - menegakkan slogan merdeka - kemerdekaan bukan
sahaja dari sudut pentadbiran negara atau kebebasan daripada belenggu
asing, tetapi merdeka dari segi mentaliti - menyelami kisah silam yang berlaku
sebelum dan selepas penjajahan asing selama 446 tahun - pengorbanan
mereka wajarlah dijadikan sebagai ikon kebangsaan dan tersemat dalam
sanubari setiap anak watan - Hari Pahlawan dan Makam Pahlawan diperingati
- sumbangan mereka tanpa mengira sebarang balasan - sebagai pemimpin
pelajar mahupun pemimpin mana-mana organisasi turun padang - menyertai
perbarisan pada Hari Kemerdekaan - mengesyorkan jasa mereka diabadikan
melalui penamaan pada bangunan, jalan, monumen dan tugu yang tertentu -
Jalan Yap Ah Loy, Bangunan Sultan Samad Said dan Memorial Tunku Abdul
Rahman - diharapkan menjadi iktibar dan bahan rujukan kepada generasi
akan datang
- media massa ; menyebar luas sumbangan tokoh - media massa merupakan
agen untuk mencatatkan setiap peristiwa yang pernah berlaku pada masa
silam dan mengingatkan pembaca - wadah penghubung untuk menjemput
waris para tokoh kemerdekaan supaya mengenang kisah silam yang pernah
berlaku - filem dan mendokumentasikan setiap riwayat mereka melalui
penulisan atau lisan supaya menjadi tatapan generasi akan datang - alat
penghubung utama untuk merapatkan generasi muda dengan tokoh yang
berjasa - sesi temu bual atau program bicara akan meningkatkan kesedaran
masyarakat kini tentang kepentingan mencontohi semangat patriotik para
tokoh kemerdekaan
- tokoh kemerdekaan merupakan semangat dan lambang sejarah bagi seluruh
rakyat Malaysia.
c. Rukun Negara
- prinsip Rukun Negara ; teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama
di negara ini - lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan
kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan ; antara resipi kejayaan
negara dalam menyatupadukan rakyat - penghayatan Rukun Negara kini
semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia
- manfaat ; amalan budi bahasa dapat disemarakkan - sopan santun dan
kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang -
menjamin hubungan yang harmoni dalam masyarakat berbilang kaum di
negara ini - bersatu padu ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
- memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, stabil dan makmur - menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan -
kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan - hidup dalam keadaan aman
dan harmoni
- membentuk sebuah negara yang berdaulat dan bersepadu selepas
berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 - Rukun Negara juga
merupakan tonggak perpaduan rakyat - hormat dan taat kepada raja dan
negara - sebuah negara yang berdaulat dan merdeka dapat diwujudkan
- kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk memelihara serta
mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum - semua pihak harus
berganding bahu bagai aur dengan tebing - melaksanakan obligasi
masing-masing
T e m a 6 : Sukan dan Rekreasi
a. Mutu sukan negara
- mengimport jurulatih sukan dari luar negara - mempunyai kepakaran dan
pengalaman yang luas dalam bidang sukan - pengalaman dan ilmu kepakaran
yang dimiliki - tunjuk ajar yang bermanfaat kepada atlet kita - menyusun
program latihan yang sewajarnya - memberikan nafas baharu dan
pengalaman yang berguna
- peranan ibu bapa dan institusi pendidikan - sekolah mendedahkan
anak-anak kepada pelbagai jenis sukan dan permainan sejak di bangku
sekolah rendah - melentur buluh biarlah dari rebungnya - sekolah sukan
seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil - mengenal pasti dan mencungkil
bakat-bakat baharu - dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan prasarana
sukan - menggunakan pelbagai kemudahan sukan ini untuk berlatih
bersungguh-sungguh - latihan rapi yang sistematik di bawah bimbingan
jurulatih yang profesional
- menghantar atlet-atlet negara yang berpotensi ke luar negara untuk
menjalani sesi latihan - jangka pendek atau jangka panjang - mendedahkan
kepada teknik latihan yang terkini - memberikan peluang kepada atlet negara
berlatih bersama-sama atlet-atlet handalan dari luar negara - menimba ilmu
dan kemahiran baharu - membaiki setiap kelemahan dan kekurangan
b. Kebaikan rekreasi
- terlalu bergantung harap terhadap penggunaan teknologi masa kini ; tidak
cakna terhadap kadar kesihatan - meningkatkan risiko beberapa penyakit
kronik seperti obesiti, serangan jantung - bersukan dan riadah ketika waktu
lapang - pergerakan fizikal secara langsung mahupun tidak langsung -
mencegah lebih baik daripada mengubati
- menyihatkan tubuh badan dan mencerdaskan minda - mengurangkan kadar
peratusan lemak - membaiki kadar kardiovaskular dalam badan - aktiviti
senamrobik, berlari dan berenang ; meningkatkan kemampuan kadar degupan
jantung dan denyutan nadi stabil - memastikan badan kekal cergas - aktiviti
riadah seperti bermain catur mampu menjadikan kita lebih cerdas ;
meningkatkan kemampuan berfikir secara lebih rasional dan lebih terbuka -
aktiviti kokurikulum sebagai langkah awal - melentur buluh biarlah dari
rebungnya
- mampu memanfaatkan masa terluang - banyak taman rekreasi yang
didirikan bagi kegunaan masyarakat setempat - membantu menarik minat
masyarakat untuk bersukan - melenyapkan sifat culas
- masyarakat akan menjadi lebih aktif - mengurangkan masalah kesihatan
yang dihadapi
- memupuk silaturahim - sesama pemain - berganding bahu dalam
meningkatkan prestasi - ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
c. Aktiviti sukan lasak
- sukan lasak ; kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal -
membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi
cabaran - memerlukan tenaga fizikal - membina ketahanan diri dan berdaya
juang
- diperkenalkan di peringkat sekolah - mengasah bakat - latihan yang
terbimbing semasa di bangku sekolah - meninggalkan sekolah ; masih boleh
meneruskan latihan intensif
-tidak terbabit dalam kegiatan negatif ; buli, lepak, dan gengsterisme -
segelintir murid mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar ;
dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai -
memanah, lumba motosikal - sukan lasak dapat memenuhi kehendak mereka
- mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati
T e m a 7 : Kesihatan dan Kebersihan
a. Kebersihan diri
- kebersihan menjadi lambang ketamadunan dan taraf berfikir sesuatu bangsa
- kayu ukur akan kesejahteraan hidup berdasarkan slogan Rakyat Bersih
Negara Sejahtera
- kebersihan yang hakiki hendaklah bermula daripada kebersihan zahir dan
batin - aura yang terpancar pada wajah
- disiplin dan amalan secara rutin - kunci kepada kebersihan diri - rutin harian
disusun bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula - mandi, bersiap,
makan, belajar, beriadah dan berehat hendaklah dilakukan secara berjadual -
sikap melakukan sesuatu kerja secara sambalewa menjadi virus untuk
menyerang minda - menjadi tidak terurus, kurang bersedia dan mudah
diserang penyakit sama ada penyakit fizikal mahupun penyakit emosi seperti
kemurungan - pelbagai penyakit seperti penyakit berjangkit, serangan kuman
dan udara yang tidak bersih boleh membawa musibah penyakit
- memberi keyakinan diri - yakin untuk berkomunikasi dengan khalayak -
menjaga kebersihan pakaian, cara berpakaian dan cara bercakap apabila
berkomunikasi
b. Penyakit-penyakit berbahaya
- sakit buah pinggang, strok, diabetes dan zika
- pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengadakan pemeriksaan tahap
kebersihan di kawasan persekitaran penduduk - penyakit berbahaya boleh
menular dalam kalangan masyarakat disebabkan tahap kebersihan yang tidak
memuaskan - penyakit berbahaya seperti demam denggi dan zika menular ;
kawasan takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes -
kerjasama daripada penduduk agar mengadakan pembersihan kawasan
rumah mereka - berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - kawasan
persekitaran akan menjadi bersih - mengelakkan tempat-tempat pembiakan
nyamuk aedes
- amalan diet yang tidak seimbang akan mengakibatkan individu menghidap
penyakit berbahaya ; kencing manis - mempraktikkan sistem piramid makanan
dalam amalan pemakanan yang seimbang - dapat menjamin keperluan
vitamin dan serat untuk tubuh yang ideal - tubuh badan akan memperoleh
nutrien yang mencukupi - sel-sel menghasilkan antibodi yang kuat - mencegah
lebih baik berbanding mengubati.
- membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala - dapat mengesan penyakit
yang sedang dihidapi lebih awal - dapat menerima rawatan lanjut supaya tidak
memudaratkan - pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan tahap glukosa
dalam darah - mengenal pasti tahap kesihatannya - mencegah adalah lebih
baik daripada merawat
c. Perubatan alternatif
- perubatan alternatif ; ancaman kepada survival atau statu s q u o perubatan
moden.
- perubatan alternatif ialah aliran perubatan selain perubatan moden -
menganggap bahawa penyakit adalah akibat ketidakseimbangan antara diri
dan persekitaran - disebabkan gaya hidup seseorang - pengamal perubatan
alternatif akan lebih menumpukan perhatian terhadap unsur tekanan, emosi,
persekitaran serta kekeluargaan pesakit tersebut - dirawat secara menyeluruh
- fungsi badan dilihat sebagai suatu gabungan yang harmonis dan seimbang
antara jasad, akal dan roh
- pengamal perubatan alternatif ; bakteria atau virus bukanlah satu-satunya
penyebab kepada terjadinya penyakit - tahap ketahanan tubuh seseorang
terhadap serangan kuman adalah berbeza-beza
- memberi perhatian terhadap kepentingan proses pembersihan darah bagi
tujuan meningkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh - melalui amalan
bersenam, berbekam, dan pengambilan ubat-ubatan herba yang banyak
mengandungi bahan anti oksidan serta bersifat diuretik.
- cabang-cabang perubatan alternatif seperti homeopati, herbalisme,
akupuntur, refleksiologi, kiropraktik, getaran warna diberi ruang dan peluang
bagi turut sama menyumbang ke arah pembangunan kesihatan rakyat negara
ini - pihak kerajaan perlu mengenakan syarat-syarat yang ketat kepada
mana-mana pengamal perubatan alternatif - prosedur yang perlu diikuti oleh
pengamal perubatan tersebut
T e m a 8 : Pertanian, Penternakan dan Perikanan
a. Buah-buahan tempatan
- setiap negara di dunia mempunyai buah-buahan yang terkenal dalam
kalangan masyarakat masing-masing - buah kiwi yang popular di New
Zealand - buah-buahan tempatan di negara kita - buah rambutan, buah durian,
buah manggis
- mengandungi banyak khasiat seperti vitamin, zat besi, mineral -
meningkatkan tenaga pada tubuh badan, mengawal dan mengurangkan
serangan penyakit serta meningkatkan ketahanan diri - pisang yang boleh
meningkatkan pencernaan perut, buah jambu yang meningkatkan antibodi
badan dan buah manggis juga yang dapat meningkatkan sel-sel badan.
- digunakan untuk perniagaan dan perusahaan - peniaga dari industri kecil dan
sederhana - mata pencarian - mengurangkan pengaliran wang ke luar negara
- ekonomi negara kita akan berkembang dengan pesat - dasar ekonomi
kerajaan yang menggalakkan - memberikan pinjaman perniagaan - mampu
dikomersialkan - dijadikan jus buah-buahan, kek, jus makanan dan lain-lain
lagi.
- Malaysia terletak di iklim khatulistiwa - memudahkan pelbagai jenis
buah-buahan ditanam - identiti kebudayaan warga Malaysia - pokok pisang
dan buah - digunakan untuk majlis perkahwinan dalam masyarakat India -
sebagai simbol budaya di Malaysia.
b. Pertanian satu perniagaan
- pertanian ; asas kepada kehidupan manusia - sumber makanan, kewangan
dan ekonomi - pengeluaran hasil pertanian pekebun atau peniaga melebihi
keperluan sara hidup diri - dapat memberi keuntungan kepada pengusaha
- mentransformasi Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada
sebuah negara pertanian - rakyat perlu lebih berani mengambil risiko - mula
berbakti kepada tanah
- konsep agropelancongan diterapkan - Malaysia kaya dengan keindahan
alam semula jadi - aktiviti berkaitan dengan sektor pertanian dan perladangan
disediakan kepada para pelancong - lawatan ke dusun buah-buah dan ladang
ternakan, penyelidikan, homestay - tetamu juga diajar tentang teknik pertanian
moden yang digunakan di kawasan itu.
- satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat - membantu
menambah hasil pendapatan negara - banyak perubahan daripada aspek
proses dan keperluan jentera - bantuan agensi kerajaan seperti Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI - berjaya
menghasilkan pelbagai variasi, klon dan baka tanaman baharu
- pertanian dilihat dapat mengurang kebergantungan terhadap pengimportan
bahan makanan dari negara lain - kebanyakan bahan makanan asas seperti
beras, kopi, koko sesuai ditanam di negara ini - kita tidak perlu mengimport
bahan makanan
- menggalakkan pengaliran wang masuk melalui pengeksportan hasil
pertanian ini ke negara-negara luar - membuka peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat
- memberi keuntungan yang besar kepada pelabur dan pengusaha - aspek
pemprosesan, penggredan, pembungkusan dan pemasaran
menambahkan lagi daya saing produk yang dihasilkan,
- membantu negara memenuhi keperluan bahan makanan sekali
gus mengelakkan krisis makanan daripada berlaku
c. Pertanian moden
- banyak program dilakukan oleh kerajaan untuk memberikan suntikan baharu
kepada sektor pertanian
- kesan negatif ; pertanian moden lebih menekankan aspek teknologi -
digantikan dengan jentera-jentera yang lebih moden dan produktif -
penggunaan jentera yang maksimum - pelaburan kewangan yang tinggi -
prospek untuk mencapai keuntungan dalam jangka masa pendek
- penggunaan bahan kimia yang begitu keterlaluan - menggunakan baja dan
racun perosak dalam kuantiti yang begitu tinggi - menghasilkan produk yang
berkualiti dan mampu untuk dieksport - menyebabkan berlakunya pencemaran
alam - sungai-sungai dan kawasan tadahan air mengalami keracunan kimia
toksik yang tinggi - masalah kesihatan yang kronik kepada kehidupan manusia
- menggalakkan pembukaan tanah - banyak kawasan baharu terutama hutan
terpaksa dibuka - menjejaskan kemampuan tanah untuk subur secara semula
jadi - kawasan hutan negara ditebang dan dimusnahkan - tanah yang mudah
menjadi gersang
- kesan positif ; negara akan dapat dapat meningkatkan mutu hasil pertanian
yang diusahakan - Kadar keluaran juga jauh lebih tinggi dan lebih produktif -
pendapatan negara juga turut meningkat - Banyak peluang pekerjaan baharu
dapat diwujudkan kepada penduduk setempat
- industri-industri yang berasaskan pertanian juga turut berkembang selaras
dengan perkembangan sektor pertanian - kaedah-kaedah moden banyak
digunakan dalam menghasilkan keluaran-keluaran pertanian yang bermutu -
tanaman jenis baka baharu dapat diperkenalkan hasil daripada penyelidikan
oleh agensi-agensi berkaitan.
INSTRUMEN PERTUTURAN : SET 2
TEMA TAJUK PERBINCANGAN
Perpaduan
Amalan gotong-royong pada hari ini
Masyarakat penyayang
Amalan membaca dalam kalangan masyarakat
moden
Alam Sekitar dan Cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
Teknologi Hijau Penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan
remaja
Sains, Teknologi dan Kebejatan akhlak dalam kalangan remaja
Inovasi
Bencana alam
Kebudayaan, Kesenian Teknologi hijau
dan Estetika Usaha menjamin kelestarian alam
Jati Diri, Patriotisme Internet sumber ledakan maklumat
dan Kewarganegaraan Telefon bimbit ke sekolah
Masyarakat berdaya cipta
Kesihatan dan
Kebersihan Permainan tradisional
Amalan rumah terbuka di Malaysia
Pelancongan Permasalahan kejiranan hari ini
Tokoh negara yang dikagumi
Cara menunjukkan semangat patriotik
Sukan sebagai sumber perpaduan nasional
Pengambilan makanan seimbang
Kebersihan tempat jualan makanan
Punca keracunan makanan
Usaha memajukan industri pelancongan
Kesan industri pelancongan kepada negara
Perkembangan industri pelancongan
Cadangan isi perbincangan :
T e m a 1 : Perpaduan
a. Amalan gotong-royong pada hari ini
- kebaikan amalan gotong-royong ; mewujudkan perpaduan - pekerjaan
menjadi lebih mudah ; berat sama dipikul, ringan sama dijinjing - sekali gus
menjimatkan masa dan tenaga - mewujudkan suasana yang harmoni;
persefahaman, hormat-menghormati
- amalan gotong-royong pada hari ini ; di kampung - amalan ini masih teguh -
nilai tradisi masyarakat kampung masih diamalkan - lumrah amalan
tolong-menolong - hubungan antara jiran masih kukuh
- di bandar ; kurang diamalkan ; masyarakat bandar sibuk dan lebih
mengutamakan urusan masing-masing - bersikap individualistik dan suka
berlumba-lumba menunjuk-nunjuk kelebihan masing-masing - bersikap
materialistik ; menganggap tidak memerlukan pertolongan orang lain ;
contoh majlis perkahwinan kerap diadakan di hotel-hotel
- cara-cara menggalakkan gotong-royong ; kegiatan Rukun Tetangga -
menganjurkan sukan/hari keluarga dalam kalangan penduduk - kempen
oleh kerajaan yang menggalakkan aktiviti gotong-royong; memperbanyak
projek terutama dalam kalangan belia - memperbanyak kegiatan
membersihkan kawasan perumahan - penerapan nilai murni oleh ibu
bapa/guru yang menggalakkan sikap saling menolong dalam kalangan
generasi muda
b. Masyarakat Penyayang
- ibu bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada
anak-anak - menyemai sikap penyayang dalam diri anak-anak sejak kecil -
melentur buluh biarlah dari rebungnya - anak-anak akan berasa dihargai
- didikan agama juga perlu untuk melahirkan masyarakat yang penyayang -
ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak mereka mendalami ilmu agama
- ibu bapa juga haruslah menunjukkan nilai-nilai yang baik kepada
anak-anak mereka - menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka -
tidak bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul -
keperibadian anak-anak mencerminkan perwatakan ibu bapa mereka - ibu
bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi - nilai-nilai baik ini
akan menjadi ikutan kepada anak-anak
- keadaan keluarga yang stabil dari segi fizikal dan rohani - saling
menyayangi, hormat-menghormati serta saling membantu - ibu bapa harus
memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat
- dilahirkan melalui hubungan baik dengan masyarakat sekeliling - ibu bapa
harus mendekatkan anak-anak dengan masyarakat setempat - menyertai
gotong-royong di kawasan tempat tinggal - kesedaran kepada anak-anak
mereka akan peri pentingnya nilai kasih sayang dalam kehidupan
c. Amalan membaca dalam kalangan masyarakat moden
- tahap pembacaan masyarakat negara ini masih rendah, khususnya bahan
bacaan bahasa Melayu - banyak pelajar hanya membaca kerana
peperiksaan - tabiat membaca tidak diteruskan selepas tamat pengajian
- sebab utama kurangnya minat membaca - media elektronik mengalih minat
dan tabiat mengisi masa lapang dalam kalangan masyarakat - lebih
banyak yang gemar menonton daripada membaca ; sikap ambil mudah
terhadap pembacaan - tidak mahu membebankan fikiran ; kurang galakan
daripada ibu bapa
- usaha memupuk minat membaca ; peranan ibu bapa - menggalakkan
anak-anak - menjadi suri teladan - menyediakan kemudahan - ruang
bacaan di rumah - membelikan anak-anak buku atau majalah bermutu -
membawa anak-anak ke pameran buku ; peranan guru/sekolah -
menyediakan bahan bacaan yang menarik/sesuai di perpustakaan -
mengadakan aktiviti untuk menggalakkan pelajar membaca; Hari Buku -
menganjurkan pertandingan membaca ; peranan kerajaan - menggiatkan
kempen - menggalakkan pesta, pameran, ekspo buku - memperbanyak
perpustakaan bergerak - menggalakkan penerbitan buku bermutu
T e m a 2 : Perpaduan
a. Cara mengekalkan hubungan kekeluargaan
- ibu bapa harus meluangkan masa yang secukupnya untuk bersama
anak-anak; beriadah dengan mereka - ibu bapa harus peka dan prihatin
akan perkembangan serta permasalahan anak-anak – harus mendengar,
cuba memahami dan berusaha untuk mengatasi masalah anak-anak - ibu
bapa harus berperanan seperti sahabat karib anak-anak, sentiasa
memberi dorongan dan semangat
- anak-anak harus bertimbang rasa – sentiasa mengawal percakapan dan
kelakuan mereka
- nilai agama dan moral sentiasa disuburkan di rumah – pegangan agama
dan moral yang kukuh menyebabkan seseorang dapat membezakan
antara perkara yang baik dan buruk
- kempen tentang kepentingan hubungan kekeluargaan perlu diadakan dari
semasa ke semasa
b. Penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja
- remaja yang mengamalkan nilai murni akan dihormati - penghayatan
terhadap nilai murni menyebabkan seseorang remaja itu sentiasa
membuat pertimbangan secara rasional - melakukan sesuatu
berlandaskan prinsip moral/sesuai dengan norma masyarakat
- remaja yang berperibadi mulia akan memberi sumbangan bermakna
kepada negara; tidak terlibat dengan gejala rasuah; lebih berintegriti
- nilai murni dalam kalangan masyarakat hari ini - penghayatan terhadap
nilai-nilai murni belum mencapai tahap membanggakan - ibu bapa
mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak (sibuk dengan kerja),
kes penderaan - remaja lemah pegangan agama - berlakunya gejala
keruntuhan akhlak; berlaku kebejatan sosial seperti penyalahgunaan
dadah, pergaulan bebas - pemimpin menyalahgunakan kuasa; pecah
amanah, rasuah – menunjukkan contoh yang tidak baik
- semua pihak perlu berganding bahu untuk mewujudkan masyarakat yang
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian
c. Kebejatan akhlak dalam kalangan remaja
- gengsterisme, vandalisme, ponteng, merokok, melawan guru, amalan
seks bebas, gejala minum arak, penyalahgunaan dadah, melepak
- ibu bapa tidak memberi perhatian yang secukupnya terhadap anak-anak -
kurang menitikberatkan pendidikan agama dan moral
- media massa ; rancangan yang disiarkan kurang bermanfaat kepada
golongan remaja - rancangan yang disiarkan mempunyai banyak unsur
negatif dan hiburan semata-mata
- kurang penerapan nilai murni di sekolah - hanya penerapan berunsur
akademik sahaja
- kurang penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan - undang-undang
yang lebih khusus seharusnya digubal untuk menangani masalah ini
T e m a 3 : Alam sekitar dan Teknologi Hijau
a. Bencana alam
- bencana alam semula jadi; letusan gunung berapi, ribut taufan, gempa
bumi
- bencana alam bukan semula jadi; tanah runtuh, banjir
- punca-punca ; kegiatan manusia - meneroka hutan secara berleluasa -
menyebabkan tanah runtuh ; projek pembangunan yang tidak dirancang
dengan baik - menyebabkan hakisan tanah ; aktiviti penggondolan
bukit-bukau untuk pembinaan jalan raya/lebuh raya ; pelepasan gas rumah
hijau - menyebabkan peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon -
perubahan iklim bumi ; pembuangan sampah yang tidak sistematik –
menyebabkan saluran air tersumbat ; penurapan jalan raya dan sistem
perparitan tersumbat boleh menyebabkan banjir kilat
b. Teknologi Hijau
- masyarakat dunia kini menghadapi dua cabaran utama ; isu perubahan
iklim dan keselamatan tenaga - teknologi hijau merupakan pendekatan
terbaik
- teknologi hijau ialah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber
dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia -
merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang mampu
meminimumkan degrasi kualiti persekitaran kerana teknologi ini
mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.
- selamat digunakan - menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan lebih
baik - selaras dengan konsep pembangunan mapan ; pembangunan yang
dilaksanakan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan
keperluan generasi masa depan
- pelbagai bahan boleh digunakan sebagai alternatif - tenaga solar, tenaga
air, angin mahupun biojisim
- peningkatan kualiti hidup rakyat - jaminan kualiti alam sekitar yang lebih
mapan - membawa air minuman/makanan dalam bekas sendiri - tidak
menggunakan bekas gabus/stirofom atau polesterina yang tidak mesra
alam - ketika membeli-belah, kita seharusnya menggunakan beg barang -
mengurangkan penggunaan plastik yang memakan masa 500 tahun untuk
terurai
c. Usaha menjamin kelestarian alam
- pihak media massa harus menyebar luas kempen - masyarakat lebih
sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar
- pihak berkuasa harus memastikan bahawa kegiatan pembalakan dan
penerokaan hutan - pembangunan tidak menimbulkan kesan buruk
terhadap alam sekitar
- pihak berkuasa harus menambah baik sistem saliran; sungai, parit,
longkang
- kerajaan mengharamkan pembinaan bangunan tinggi di lereng bukit -
mengelak bencana tanah runtuh
- komitmen daripada komuniti diperlukan ; menjimatkan penggunaan
elektrik - penanaman pokok di sekitar rumah - tidak membuang sampah
di merata-rata tempat - mengurangkan penggunaan gas CFC (peti ais,
penyembur aerosol)
T e m a 4 : Sains, Teknologi dan Inovasi
a. Internet sumber ledakan maklumat
- pada era globalisasi/dunia tanpa sempadan, internet menjadi semakin
penting – sumber maklumat utama
- sumber maklumat yang pantas - memudahkan kerja – pada era ledakan
maklumat, semua informasi yang diperlukan dapat diperoleh hanya
dengan menggunakan jari
- penyebaran maklumat yang berkesan – melalui mel elektronik, laman
sesawang – tidak perlu menggunakan perkhidmatan pos yang
memerlukan masa yang lama
- mengeratkan perhubungan – laman sosial seperti ‘Facebook’ membantu
mengeratkan hubungan sama ada dekat atau jauh – mencari kenalan
baharu
b. Telefon bimbit ke sekolah
- kebaikan ; ibu bapa boleh sentiasa berhubung dengan murid - pelbagai
jenis aplikasi pengesan GPS - jika murid dalam bahaya, mereka boleh
menggunakan telefon pintar untuk menghubungi ibu bapa mereka atau
pihak berkuasa.
- murid boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain dengan lebih cepat
- melibatkan perkongsian maklumat berkaitan pelajaran - mengajar murid
agar lebih cerdas dan celik teknologi maklumat sekali gus
sentiasa mengikuti perkembangan semasa
- keburukan ; murid akan jadi mudah leka dengan teknologi - mengganggu
tumpuan mereka dan orang lain ; penggunaan telefon pintar di sekolah
dalam kalangan murid juga boleh mengundang perkongsian
perkara-perkara negatif antara mereka - contoh; gosip liar atau bahan
pornografi
- menjadi alat untuk menyebarkan maklumat tidak tepat dalam kalangan
murid yang mungkin boleh membawa keburukan kepada mereka, guru
dan pihak sekolah
- telefon pintar juga boleh menjadi alat untuk muridmenipu ketika mengambil
ujian atau peperiksaan
- ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan -
sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan kepada rakan-rakan
sebaya membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat di sekolah
c. Masyarakat berdaya cipta
- kurikulum sekolah telah mengalami perubahan mengikut peredaran zaman
- matlamat pendidikan adalah untuk melatih murid berfikir dan mencapai
tahap kemahiran yang telah ditetapkan - menggalakkan murid untuk
mengembangkan kreativiti dan inovasi mereka
- kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi kemahiran seperti Institut
Kemahiran Belia Negeri (IKBN), Kolej Komuniti, Institut Latihan
Perindustrian (ILP), Giat MARA - untuk melatih para belia menguasai
kemahiran dan menjadi pekerja mahir yang berkreatif dan inovatif
- ibu bapa perlu membeli alat-alat mainan yang boleh mengembangkan
kemahiran kreatif dan inovatif anak mereka - contoh permainan seperti
Lego amat sesuai - menggunakan bongkah-bongkah plastik ini,
kanak-kanak boleh menghasilkan pelbagai bentuk termasuk bangunan,
robot, dan sebagainya
- pihak swasta khususnya sektor perindustrian juga perlu berganding bahu
dengan kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif -
menuntut rakyat kita supaya terlibat dalam penyelidikan dan
pembangunan (R&D)
- pembelajaran dalam bilik darjah perlu menjadi medan di mana murid-murid
dapat mengemukakan idea-idea yang bernas dan seterusnya berkongsi
idea ini dengan rakan-rakan yang lain untuk menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat - melalui pendekatan pembelajaran berasaskan penyelesaian
masalah
T e m a 5 : Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
a. Permainan tradisional
- remaja era teknologi gemar akan permainan berkomputer yang dirasakan
lebih moden dan menarik - anggap permainan tradisional membosankan
dan ketinggalan zaman
- kurang galakan ibu bapa - ibu bapa sibuk bekerja - kurang meluangkan
masa untuk beriadah dengan anak-anak - menyebabkan anak mereka
tidak tahu cara permainan tradisional dan tiada teman untuk
mempraktikkannya
- kurang galakan daripada kerajaan/ organisasi berkaitan - kurang kempen
untuk menyuburkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
moden
- tiada tempat khusus untuk orang ramai mempraktikkan permainan ini -
aktiviti kemasyarakatan/setempat juga meminggirkan permainan ini
- tidak diterapkan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
b. Amalan rumah terbuka di Malaysia
- lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini - mengeratkan perpaduan
kaum - mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum -
melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan
konsep politik mahupun berlainan parti politik - buang yang keruh, ambil
yang jernih - perasaan muhibah dapat mewujudkan kehidupan yang lebih
harmoni
- dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain -
merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun berbeza latar belakang,
budaya dan agama - mengenali juadah kaum-kaum lain - didedahkan
kepada adat resam dan pantang larang - tak kenal, maka tak cinta -
semangat toleransi akan tersemai
- daya tarikan kepada pelancong asing - mengalami dan menghayati sendiri
keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini - merancakkan
industri pelancongan negara
- merapatkan hubungan silaturahim - simbolik amalan rumah terbuka ;
medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh silaturahim
antara ahli keluarga - mengenali sanak-saudara mereka - yang tua
dihormati, yang muda disayangi - menyediakan ruang serta peluang bagi
masyarakat untuk mengenali jiran tetangga - salah faham dapat diredakan
melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka
c. Permasalahan kejiranan hari ini
- ada segelintir masyarakat yang langsung tidak kenal akan jiran dan tidak
mengambil sebarang inisiatif untuk saling berkenalan
- masyarakat bandar lebih bersikap individualistik – sibuk bekerja, kurang
masa untuk bermesra dengan jiran
- masyarakat zaman teknologi ini lebih mementingkan kehidupan sendiri,
tidak suka bercampur dengan orang lain, malas untuk melakukan aktiviti di
luar rumah menyebabkan hubungan sesama manusia terbatas
T e m a 6 : Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
a. Tokoh negara yang dikagumi
- Tun Dr. Mahathir - membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan di Putrajaya - menempatkan kompleks pelbagai kementerian
yang sistematik - mengilhamkan pembangunan Menara Berkembar
Petronas.
- merealisasikan sebuah daerah yang menjadi hub teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) global di rantau Asia yang dikenali sebagai Koridor Raya
Multimedia (MSC) yang berpangkalan di Cyberjaya.
- pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga
mencatat satu lagi sejarah kejayaan negara yang amat gemilang.
Pencapaian tersebut telah mengangkat imej Malaysia dalam arena
penerbangan antarabangsa kerana kecanggihan peralatan dan kecekapan
perkhidmatannya.
- mewujudkan penubuhan Persidangan Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bagi
membentuk kerjasama ekonomi dalam kalangan negara-negara di rantau
Asia Pasifik.
- nama Tun Dr.Mahathir akan terus terpahat sebagai ‘Bapa Permodenan
Malaysia’, negarawan ulung yang berwawasan menjadikan Malaysia
sebuah negara moden dan makmur.
b. Cara menunjukkan semangat patriotik
- menunjukkan taat setia dan memberikan kasih sayang yang tidak berbelah
bahagi kepada negara.
- menghormati lagu kebangsaan - setiap negara mempunyai lagu
kebangsaan tersendiri yang melambangkan kebanggaan dan kedaulatan
sesebuah negara itu - rakyat Malaysia haruslah berdiri tegak dan
menyanyi dengan penuh semangat apabila lagu Negaraku didendangkan -
tanda hormat dan taat kepada negara
- perlu sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara - Rukun Negara
merupakan salah satu elemen yang vital dalam menunjukkan kasih
sayang kita terhadap negara - rakyat perlu menjunjung tinggi nilai-nilai dan
falsafah yang terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah
negara yang berdaulat dan merdeka.
- mengamalkan perpaduan sebagai tanda cinta akan negara - sentiasa
bersatu padu untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan
semangat perpaduan dari generasi ke generasi - contoh cara perpaduan
dapat dipupuk adalah melalui amalan kunjung-mengunjungi pada hari
perayaan menerusi amalan rumah terbuka.
- menyertai program-program yang berunsur kemerdekaan - melibatkan diri
dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia - dapat
menyedarkan rakyat kembali kepada jati diri di Malaysia sebenar kerana di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
- seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana Jalur Gemilang
merupakan lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara -
bendera Malaysia haruslah sentiasa dikibarkan sebagai tanda kita
menghargai dan mencintai negara.
- berusaha memajukan ekonomi dan mengharumkan nama negara di
persada dunia - boleh mengharumkan nama negara melalui penglibatan
diri dalam beberapa acara bertaraf dunia atau melakukan sesuatu yang
dapat menjadi kebanggaan negara
c. Sukan sebagai sumber perpaduan nasional
- sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan
hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat
- kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan
untuk meraih kemenangan
- sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan
sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
muafakat.
- para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum
di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama
- nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan
kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat
dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan
- kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu
padu serta mengeratkan hubungan
T e m a 7 : Kesihatan dan Kebersihan
a. Pengambilan makanan seimbang
- menjadikan tumbesaran manusia lebih sempurna dari aspek fizikal dan
fisiologi - tubuh badan akan menerima semua zat yang diperlukan untuk
menjalani aktiviti seharian tanpa menjadi lesu - seseorang yang menjaga
dan mengawal pemakanannya akan memiliki keadaan fizikal yang jauh
lebih baik berbanding seseorang yang kurang prihatin terhadap diet dan
cara pemakanannya - mineral seperti zat besi penting untuk memastikan
sistem peredaran darah seseorang itu efisien dan berfungsi secara lancar.
- menjamin perkembangan mental seseorang yang lebih cekap dan
berkesan - kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan
mental seseorang itu tidak cukup cerdas - sukar menyelesaikan
masalahnya dengan lebih efektif dan rasional berbanding dengan individu
yang seimbang aspek pemakanannya - kajian mendapati bahawa pelbagai
penyakit mental seperti depresi (kemurungan), schizofrenia, penyakit
Alzheimer dan ADHD (A tten tio n D e ficit H yp e ra ctivity D iso rd e r) dapat
dihindari sekiranya mengambil makanan dan minuman yang seimbang
dan berkhasiat
- mengurangkan risiko untuk menghidapi pelbagai penyakit yang berbahaya
- makanan ringan yang digemari ramai mempunyai kandungan kolesterol,
garam, gula dan lemak yang terlalu tinggi - sekiranya kita terlalu kerap
makan makanan ringan, kita akan mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi penyakit obesiti, diabetes, hipertensi dan juga
strok.
b. Kebersihan tempat jualan makanan
- penjual makanan tidak mengutamakan kebersihan tempat menjual
makanan – contoh; mereka berniaga di kawasan tepi longkang, di tepi
jalan berdebu atau berhampiran dengan kawasan pembuangan sampah
- pengendali makanan tidak menggunakan peralatan dan pakaian yang
bersih ketika menyediakan makanan
- penjual makanan membiarkan makanan terdedah sehingga dihinggapi lalat
– boleh menyebabkan keracunan makanan
- kebersihan tempat jualan makanan perlu diutamakan - makanan yang
dibeli tidak tercemar oleh pelbagai jenis kuman – makanan yang tercemar
menjadi punca keracunan makanan - tidak menimbulkan sangkaan buruk
dalam kalangan pelancong luar bahawa rakyat Malaysia tidak
mementingkan kebersihan
- langkah memastikan kebersihan tempat jualan makanan ; penguatkuasaan
undang-undang terhadap penjual makanan yang mengabaikan kebersihan
– denda yang tinggi harus dikenakan terhadap mereka ; menempatkan
para penjual makanan di suatu kawasan yang khusus untuk menjual
makanan – jauh dari jalan raya atau kawasan yang kotor ; menjalankan
kempen kesedaran tentang kebersihan dari masa ke masa ; pengguna
harus memulaukan gerai atau restoran yang kotor
c. Punca keracunan makanan
- jumlah keracunan makanan semakin meningkat secara drastik
- keracunan makanan bermaksud termakan makanan yg mengandungi
unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan
kerana telah memakan makanan yang mengandungi unsur-unsur
beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit
- berpunca daripada sumber yang tidak dijamin keselamatannya dan tidak
disahkan oleh pihak bertanggungjawab - menggunakan racun serangga
berlebihan terhadap buah-buahan dan sayur-sayuran - penjual mereka
hanya mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kesihatan
pelanggan mereka
- makanan tidak diselenggarakan dengan baik dan sempurna juga
merupakan salah satu faktor keselamatan makanan tidak terjaga - sikap
manusia yang memandang remeh terhadap makanan yang perlu
diasingkan antara bersih dan rosak apabila melakukan
penyenlenggaran makanan tidak diambil tindakan sewajarnya
- makanan yang tidak dimasak dengan sempurna atau masih mentah -
terdapat pelbagai bakteria apabila makanan itu tidak dimasak dengan
sempurna ataupun sebaliknya - seseorang itu akan mempunyai risiko
yang tinggi untuk terkena jangkitan kuman, masalah percenaan
makanan dan seumpanya sekiranya individu tersebut makan makanan
yang tidak dimasak dengan sempurna atau mentah
T e m a 8 : Pelancongan
a. Usaha memajukan industri pelancongan
- mengedarkan risalah tentang keistimewaan yang terdapat di Malaysia,
misalnya tempat pelancongan yang menarik, tempat bersejarah,
pelbagai kebudayaan kaum dsb
- memperbanyak usaha promosi, kempen dan pameran di dalam serta di
luar negara
- memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi,
perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah dsb
- meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan rakyat agar senantiasa
bersopan-santun, menjaga kebersihan alam sekitar dan bersedia
menerima kunjungan pelancong
- menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong
mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke
negara kita
b. Kesan industri pelancongan kepada negara
- kesan positif ; dapat meningkatkan pendapatan negara melalui
pengaliran masuk wang asing ke negara kita - mewujudkan peluang
pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat –
mengurangkan pengangguran - dapat meningkatkan permintaan
terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraftangan, seramik dsb
- dapat menyemai perasaan cinta akan negara dalam kalangan rakyat -
dapat meningkatkan imej negara di mata dunia - dapat memperkenalkan
Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong Eropah dan
Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia
- kesan negatif ; mencemar kebudayaan setempat – pelancong
menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi remaja ;
penduduk setempat mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga
barang – contoh: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang
dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya
membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal
c. Perkembangan industri pelancongan
- Malaysia merupakan sebuah negara khatulistiwa yang indah, aman dan
sedang menuju ke arah mencapai status negara perindustrian yang maju
- menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh pelosok dunia
- salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran
masuk wang asing - terkenal dengan destinasi halal dan menjadi
tumpuan pelancong asing terutamanya Asia Barat, Timur Tengah dan
Asia Tenggara - merekodkan purata kemasukan pelancong asing
sebanyak 2 juta setahun - statistik pelancongan di Malaysia, purata
kedatangan para pelancong asing ke Malaysia semakin meningkat dari
tahun ke tahun
- pelbagai usaha untuk mempromosikan lagi industri pelancongan
Malaysia di mata dunia - program pelancongan - memelihara tempat
bersejarah - menaik taraf infrastruktur berkaitan pelancongan -
peningkatan kualiti produk pelancongan serta mutu perkhidmatan
- produk pelancongan Malaysia termasuklah landskap bentuk muka bumi
yang menarik - berbagai-bagai persembahan kesenian dan kebudayan
yang unik - pelancongan sukan - bangunan warisan sejarah
- pihak kerajaan perlulah memperbanyak tempat pelancongan di negara ini
- menggalakkan lebih ramai pelancong antarabangsa datang ke negara
kita - mengenal pasti tempat-tempat pelancongan baharu dan menarik di
negara ini dan berusaha untuk memajukannya.