INFO INHALAN & HIV PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA e-Karnival TEMA : GENERASI MADANI, SEKOLAH BEBAS DADAH DAERAH PETALING PERDANA
INHALAN
DEFINISI Inhalan dikenali juga sebagai bahan hiduan atau sedutan adalah bahan mudah meruap (volatile) yang dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsangkan perubahan minda.
3 KATEGORI UTAMA PELARUT MUDAH MERUAP BAHAN GAS BAHAN NITRIT
Pelarut Mudah Meruap Merupakan cecair yang akan meruap pada suhu bilik. Pelarut ini didapati dalam kebanyakan produk-produk yang biasa digunakan di rumah atau untuk tujuan penggunaan perubatan dan industri. Produk-produk tersebut termasuklah cat dan penipis/pelarut cat, bahan pelindung fabrik, penanggal gris, bahan pengilat, minyak gas, minyak petrol, gam dan pelekat, cecair pemadam dan dakwat pen.
Merupakan bahan yang banyak digunakan dalam perubatan seperti eter, klorofom, haloten dan nitrous oksida. Produk kegunaan di rumah yang mengandungi gas termasuklah pemetik api yang berisikan gas butana, tong gas propana dan gas peti sejuk iaitu freon. Penyembur aerosol pula biasanya mengandungi kedua-dua bahan pelarut dan gas. Antara penyembur aerosol yang mudah didapati di rumah adalah cat penyembur, semburan pewangi, penyembur rambut dan penyembur pelindung fabrik. Bahan gas
Antara bahan nitrit yang biasa digunakan adalah sikloheksil nitrit, amil nitrit dan butil nitrit yang terdapat dalam sebahagian jenama penyegar udara. Inhalan berbentuk bahan mudah meruap dan bahan gas lebih digemari oleh golongan awal remaja, walau pun terdapat juga golongan dewasa yang menggunakannya. Inhalan seringkali dipilih oleh penagih kerana ianya mudah didapati, harganya pun murah, serta penggunaannya mudah disembunyikan atau dielakkan dari pengetahuan orang lain. bahan ini berupaya memberikan kesan-kesan yang diingini penagih seperti rasa tenteram dan selesa yang berlebih-lebihan yang dipercayai dapat mengurangkan tekanan hidup penagih, serta boleh menimbulkan perasaan khayal yang cepat dan berulang kali. BAHAN NITRIT
Kematian mengejut kerana dihidu, ketahanan badan berkurang, kerosakan sel darah merah. 1 2 Kerosakan sum-sum tulang, ketahanan badan berkurang, risiko penyakit leukemia bertambah, kerosakan sistem pembiakan, kematian mengejut melalui kesan ke atas jantung, kesan terbakjar yang teruk Mengurangkan keupayaan darah untuk membawa oksigen, perubahan otot dan denyutan jantung. 09:40 Kematian akibat kurang oksigen di otak, pengsan, fungsi jantung terjejas. KESAN Kerosakan otak (hilang kewarasan fikiran dan keseimbangan badan, hilang penglihatan dan pendengaran), hati dan buah pinggang. 4 3 5
HIV/ AIDS
APA ITU AIDS AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.
Bagaimana dijangkiti HIV/ Berkongsi jarum dan/atau alat suntikan dengan individu yang HIV positif ( contohnya: bertatu, bertindik/menebuk bahagian badan atau pengambilan dadah secara suntikan) Terdedah kepada darah seseorang yang HIV positif Ibu hamil yang HIV positif akan merebakkan virus kepada kandungannya semasa hamil, semasa kelahiran dan semasa penyusuan susu ibu Mengadakan hubungan seks dengan individu yang HIV positif
Bagaimana HIV bertindak ke atas tubuh badan? HIV merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil ‘CD4 helper lymphocyte’ (Sel CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada selsel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
TANDA- TANDA Terlalu lemah dan lesu Penurunan berat badan yang mendadak Demam panas yang kerap Peluh malam Kelenjar limfa membengkak Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut Cirit-birit yang kronik Batuk kronik Hilang ingatan Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
BAGAIMANA HIV DIKESAN Jumpa doktor untuk ujian darah. Ujian darah boleh dilakukan di klinik kesihatan. Keputusan ujian darah akan mengambil masa beberapa minit. Keputusan anda adalah sulit. Anda juga boleh mendapatkan sesi kaunseling untuk maklumat lanjut mengenai jangkitan HIV dan pencegahannya. Pada masa ini jangkitan HIV tidak dapat dipulih sepenuhnya.