The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akrampomm, 2022-05-07 01:58:02

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN KUMP.5

E-FOLIO ETIKA DAN PERADABAN KUMP.5

MPU21032
PENGHAYATAN&ETIKAPERADA

BAN

USAHA-USAHA UNTUK
MEWUJUDKAN “BANGSA

IDAMAN” DI MALAYSIA

PENSYARAH : WAN NORIZAN BIN WAN MOHAMMAD

AHLI KUMPULAN

2

PENGENALAN

Negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu
bangsa, satu identiti. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya,
wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Identiti, negara dan bangsa adalah

tiga perbahasan utama dalam persoalan nasional. Dari sejarah, masyarakat Malaysia bukanlah terbentuk
semenjak tahun 1957. Latar belakang dan latar hadapan kepada projek negara-bangsa Malaysia memainkan
peranan penting dalam memberi makna kepada apa yang dinamakan sebagai Bangsa Malaysia. Malaysia, yang
berlatarbelakang empat tiang utama agama, bahasa, budaya dan raja telah memberikan citra utama kepada
identiti kebangsaan. Keempat-empat tiang ini menjadi unsur utama kepada kebudayaan Melayu. Bangsa merujuk
pada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan (Mahayuddin, 1998). Seterusnya, bangsa adalah
satu kumpulan manusia yang diikat dalam satu unit kesedaran kolektif bersepadu berteraskan perkongsian etnik,
budaya, dan sejarah. Bangsa idaman juga seringkali dikaitkan dengan pertalian darah. Walaupun wujud pelbagai
perpektif, sentimen yang membentuk bangsa ialah perasaan kebersamaan atau ‘belonging together’. Oleh itu
dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah sekumpulan besar manusia yang mempunyai keterikatan melalui

perasaan kekitaan bersama dalam sesebuah negara.

3

Konsep Bangsa Idaman 1. Bangsa Idaman sebelum merdeka:
Bangsa Idaman, sebelum Merdeka adalah pergerakan
2. Bangsa idaman selepas merdeka: nasionalisme dimana mereka merancang untuk berjuang
Selepas merdeka keinginan kolektif untuk mempunyai suatu mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman yang
“identiti nasional sepunya” atau sebuah bangsa. Idea dan diinginkan mereka sendiri, yang bermaksud sifat dan wajah
pendapat mengenai identity nasional sepunya ini adalah bangsa Malaysia yang mereka inginkan sesuai dengan agenda
sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman atau lebih ekonomi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Contohnya, di
dikenali sebagai wajah baru Malaysia yang mereka inginkan. kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur
Antara Bangsa Idaman utama pasca iaitu Merdeka 1957 bangsa idaman pertama adalah Melayu Raya anjuran kelompok
dimana ia adalah konsep “Malaysian Malaysia” anjuran strategik kiri Melayu yang kedua adalah negara Islam anjuran
kelompok strategik daripada singapura awal tahun 1960 dan kelompok strategik berorientasi Islam dan yang terakhir adalah
daripada Malaysia akhir tahin 1990. Bangsa Idaman masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-led plural society
pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu nation). Kelompok strategi tiga rangkai etnik diterima kolonial.
(Malay-led plural society nation). Pemerintah kolonial memilih, menyokong dan mempromosi jalur
ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949)..
3. Bangsa idaman selepas dasar ekonomi baru:
Bangsa Idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia, 4. Bangsa idaman Era Malaysia baru:
Wawasan 2020 diaman bangsa Idaman anjuran Kerajaan
(Mahathir) yang dipromosi secara besar-besaran, seterusnya Bangsa idaman Era Malaysia baru bermula pada Mei 2018
Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman anjuran Kerajaan dan
dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Terdapat sehingga Ogos 2019 iaitu selama 15 bulan.Berlaku persaingan
juga di Sabah iaitu Sabagh untuk Sabahan bangsa idaman
anjuran kelompok strategi internet hub di luar negeri. Terakhir hebat diantara beberapa bangsa idaman dimana Tun Dr
adalah di Sarawak iaitu Sarawak untuk Sarawakian bangsa
idaman anjuran beberapa kelompok strategik pribumi. Mahathir ingin mengekalkan bangsa idaman “masyarakat

majmuk pimpinan melayu” sebagai payung untuk Wawasan

2020 dan Bangsa Malaysia. Manakala PPBM, UMNO dan PAS

masih ingin mengekalkan pbaarntigbsearibdeazmaapneinndi awpaalat.uDpiusni4ntiejurdgaapat
antara ahli dua kelompok

terdapat kehadiran DAP sebagai komponen strategik utama

dakan kerajaan terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman

Malaysian Malaysia direalisasikan.

USAHA-USAHA UNTUK MEWUJUDKAN “BANGSA IDAMAN” DI MALAYSIA

PIHAK v Sukan merupakan aktiviti yang sangat penting di sekoIah.Sukan juga menjadi salah satu daripada alat
SEKOLAH perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk
perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat
kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam
sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua
tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar. Justeru,
aktiviti sukan disekolah mampu memupuk semangat perpaduan antara kaum di kalangan pelajar.

v Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, kadet
bomba, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah
untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat
kekitaan akan mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk
mengharungi segala cabaran yang diadakan. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan
membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang
datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.Oleh itu,dengan
adanya aktiviti seperti ini maka tercetuslah perpaduan di kalangan pelajar.

v Remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya. REM5AJA
Remaja mesti menunjukkan sikap menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan
agama. Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan.

v Remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan
kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain.

v Remaja hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah Malaysia kerana banyak
peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air iaitu pelbagai kaum bersatu padu melawan penjajah.

MASYARAKAT Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi kepelbagaian budaya di Malaysia
ini. Kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia merupakan aspek yang penting untuk mewujudkan
perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza, namun apabila dikaitkan dengan
kebudayaan,semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud sebarang prasangka. Apabila diadakan sesuatu
persembahan untuk meraikan hari kebesaran akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum yang terdapat
di Malaysia ini,antaranya ialah Tarian Zapin dan Tarian Inang oleh masyarakat Melayu, Tarian Singa, Tarian
Kipas dan Tarian Piring oleh masyarakat Cina, Tarian Bharatanatyam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat
India.OIeh itu, persembahan kebudayaan yang unik ini dapat menarik minat pelancong asing yang berkunjung
ke negara Malaysia. Kesimpulannya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat mewujudkan
perpaduan antara kaum di Malaysia dan dapat mengenali antara satu sama Iain kerana tak kenal maka tak
cinta.

Media massa merupakan sesebuah medium untuk menyampaikan sebarang maklumat yang penting kepada MEDIA
masyarakat umum secara meluas dan cepat. Media massa juga merupakan cermin kepada masyarakat yang MASSA
merujuk kepada alat untuk mewujudkan interaksi sosial,politik dan ekonomi. Oleh hal yang demikian,peranan
media massa amat penting dalam mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia ini dengan menayangkan rancangan 6
ataupun program-program yang berkaitan dengan kepelbagaian kaum di Malaysia ini. Hal ini demikian
kerana,terdapat kesan-kesan positif yang akan muncul,antaranya ialah masyarakat akan memperolehi sesuatu
berita dengan lebih pantas dan pertukaran idea serta pendapat mampu mendorong masyarakat untuk berusaha ke
arah yang lebih baik. Sebagai contoh,media massa boleh menyiarkan iklan-iklan atau filem yang bertujuan
menyampaikan mesej perpaduan antara kaum seperti muafakat,menghormati,saling bantu-membantu dan
semangat setia kawan. Oleh itu, media massa haruslah berusaha memaparkan maklumat yang membawa mesej
perpaduan dan mencerminkan tentang pentingnya penyatuan dalam pelbagai kaum di negara kita ini.

KERAJAAN v Usaha kerajaan melaksanakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan
kaum utama Malaysia amat dialu-alukan.

v Kerajaan perlulah mewujudkan konsep gagasan 1 Malaysia supaya dapat memupuk perpaduan kaum.
v Kerajaan hendaklah melaksanakan sekolah wawasan terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Melalui pelaksaan ini dapat mempercepatkan
proses perpaduan kaum.

v Ibu bapa haruslah menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti atau masyarakat setempat. Dalam

hal ini. ibu bapa boleh membawa anak-anak menyertai aktiviti tersebut bersama. Melalui aktiviti gotong-royong,

semua penduduk seternpat dapat berkumpul bersama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan.

Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berbual-bual dan berkenal-kenalan antara satu sama lain

dan sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih baik dan dekat. Hal ini

dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta". Sebagai contoh,

aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan

hidangan untuk kenduri-kendara dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bergotong-royong

memerlukan masyarakat bekerjasama agar aktiviti-aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Melalui

cara ini, setiap ahli keluarga dapat menjalinkan hubungan yang erat sesama jiran tetangga. IBU
v Ibu bapa juga mestilah menghadiri majlis-majlis rumah terbuka sempena sesuatu sambutan perayaan. Amalan BAPA

mulia ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga mampu mengukuhkan semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat. Melalui majlis rumah terbuka, ibu bapa boleh membawa anak-anak bersama.

Dalam majlis tersebut, masyarakat dapat berkumpul dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Mereka juga berpeluang untuk berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara dan bertanya khabar sambil menikmati

juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Dengan itu, masyarakat akan lebih memahami adat resam, agama dan 7
budaya masing-masing di negara ini. Kehadiran ibu bapa bersama ahli keluarga dalam majlis rumah terbuka, bukan

sahaja dapat memperkenalkan anak-anak mengenali lebih dekat adat resam sesuatu budaya malah dapat

menanamkan semangat hormat-menghormati dalam diri anak-anak dan mengamalkan semangat perpaduan.

Dengan cara ini anak-anak dapat mengenali adat dan budaya setiap kaum.

KESIMPULAN

Negara bangsa dapat dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu
bangsa satu identiti. Secara ilimiahnya, konsep ini menjurus kepada sesebuah negara yang berdaulat dengan
rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan dari segi perkauman, agama, bahasa, keturunan, budaya dan
sebagainya. Perpaduan merupakan anugerah yang paling bermakna dan diimpikan oleh setiap negara. Banyak
negara di dunia ini meghadapi konflik kerana wujud prajudis antara masyarakat. Kita seringkali melihat atau
mendengar di sosial media tentang berlakunya pertempuran dan peperangan sehingga mengorbankan banyak
nyawa. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling hormat-menghormati antara kaum.
Walapun perbezaan kaum di Malaysia tetapi kita tetap sama di bawah satu nama iaitu Malaysia. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah mempertahankan kedaulatan dan perpaduan di negara kita ini.Selain itu, kita
juga sebagai rakyat Malaysia hendaklah memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Contohnya,
kita hendaklah menghormati antara satu sama Iain dan memupuk semangat toleransi agar keharmonian dan
'bangsa idaman' dapat diteruskan oleh sesorang masyarakat. Sikap ini juga perlulah diperkenalkan kepada
generasi baharu di negara kita supaya aspek ini dapat dikekalkan dan dapat diwarisi turun-temurun. Oleh itu,
sebagai rakyat di negara ini, kita haruslah menjaga keamanan negara kita supaya aspirasi kepimpinan negara

untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.

8

RUJUKAN

v BUKU :
• - Mustaffa, M., Bazli, M., Ghazali, N., Tarmizi, W., Faizal, M., Balya,

m.,(2020). Penghayatan Etika Dan Peradaban. Perpustakaan Negara
Malaysia

v INTERNET :

• https://amandaleonard89.blogspot.com/2021/04/mpu21032penghayatan-

etika-dan- peradaban.html

• https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-perpaduan-

kaum.html

• https://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/11/peranan-remaja-untuk-

memupuk-semangat.html

• http://cikguchom.blogspot.com/2015/08/aktiviti-aktiviti-yang-dapat-

memupuk.html 9

TERIMA KASIH

10


Click to View FlipBook Version