Bil 11. Edisi 1 JAN-APRIL 2021
BULETIN PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
2
e toban et n a naPen. PNeuPgrM.FSaDistotRPenemMManhoooMhhlKoaddankmIREglzKudwaesmPaiiPattzeuoaneonnaritnldSRgEEhaadadafmitritthaaooNlrihrrPirloermAbzlainnatuATlaEadddTidtPbiomeiinrErgbTdiamaitRwloa.araKn/seiyPPPitdeeueMiarnneJogeoEkRharadhabdra/iamtitoPnNAhalreiatnMumzrKiorbHausalunmAnrauitfinnufqTEIasdmditbaoiirrl
LIKE & FOLLOW
Media sosial
Pusat Alumni UPSI
ca an en a ah 3
Kiri jalan, kanan jalan,
Sama tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
Sama-sama menanggung rindu.
Tuan dan puan, teman seperjuangan yang saya hormati sekalian,
Berkisah tentang rindu, tiada lafaz dapat kita luahkan melain hanya bidalan
kata-kata dapat kita simpulkan. Sesungguhnya keluarga besar kita ini setuju, hari
ini kita berkongsi rasa sama. Rindu mahu ketemu, rindu mahu bersua, lalu bersapa,
berjabat salam dan berpelukan mendakap ukhuwah. Namun, keadaan pandemik
hari ini telah memberi impak luar biasa keterbatasan kita sebagai norma manusia
saling menzahir silaturahim. Pertemuan tidak lagi bersemuka, bertanya khabar
tidak lagi bersua. Riak muka tidak dapat dibaca, pesona hanya dilihat dalam kaca.
Namun hebatnya kuasa Pencipta, dalam landas-landas keterbatasan itu, kita
mampu biasa dengan keadaan situasi. Sungguhpun virus jahat ini masih
bergelintar seakan tidak mahu pergi jauh-jauh daripada kehidupan manusia, kita
masih boleh reda atas ketentuan-Nya. Kita terus melangkah walau apa sahaja
rintangan yang ada di depan. Lihat saja agenda yang tuan dan puan telah caturkan,
satu demi satu kejayaan telah kita lakarkan di mercu. Ada saja pencapaian dari
jabatan kita terdengar di ruang angkasa maya, baik media sosial mahupun arus
perdana melaungkan slogan akan ku curah bakti selagi nyawa dikandung badan.
Teruslah mengangkat tangan kepada Azzawajalla, pohonlah doa agar wabak ini
segera terhindar lalu kerinduan kita semua terubat menjalani normal sebagai insan
seperti sebelumnya. Semoga kita bersua muka lagi nanti, In sha Allah.
PM. Dr. Mohd Izwan Shahril
b
Mesyuarat pelarasan UPSI iktiraf Cikgu Ismail
progam RUSA anjuran sebagai Ikon Alam Sekitar
PASB Chapter Selangor di yang secara sukarela
05Shah Alam Selangor - cakna terhadap kebersihan
sungai dan alam sekitar -
Ziarah Kasih PASB Chap-
ter Selangor bersama Pu- 08
sat Alumni ke kediaman Dr.
Cikgu Anita kelilingi hampir
06Seri Lanang - tujuh benua sambil kibar
bendera UPSI dengan
Pusat Alumni lancar sistem motorsikal berkuasa tinggi
AIMS yang mengumpulkan
data alumni 4 era yang - 10
disempurnakan oleh Yg.
UPSI dan USIM anjur
07Bhg. TNC HEPA - Program Inspirasi
Usahawan Alumni yang
mengabungkan kejayaan
alumni masing-masing
dalam bidang perniagaan -
14
4 Aktiviti
PASB CHAPTER SELANGOR Persatuan akan cuba menarik seramai
IKRAR BANTU MERIAHKAN yang mungkin alumni dari 4 era (SITC,
SAMBUTAN 100 TAHUN UPSI MPSI, IPSI dan UPSI) disetiap chapter
untuk terlibat sama. Pengerusi juga
SHAH ALAM: Bertempat di Kelab Pengerusi PASB yang juga Ahli LPU menyeru kepada ahli jawatankuasa
Shah Alam telah berlangsung UPSI, YBhg. Dato Seri Haji Ahmad yang terlibat agar memberikan
satu mesyuarat kerjasama antara bin Haji Burak. komitmen dan kerjasama yang baik
Persatuan Alumni Suluh Budiman Peranan Persatuan dalam agar disepanjang program yang
(PASB) Chapter Selangor bersama sambutan 100 tahun UPSI dirancang dalam usaha membantu
Pusat Alumni UPSI. Ia turut dihadiri Mesyuarat yang berlangsung UPSI memeriahkan sambutan ulang
oleh beberapa wakil dari PASB induk. tertumpu kepada usaha dan tahun dapat dilaksanakan dengan
PASB Chapter Selangor diketuai inisiatif persatuan untuk membantu baik”.
oleh pengerusinya Tuan Md Arrif pihak universiti dalam menjayakan Dalam perbincangan ini dua program
bin Hairoman, Setiausaha Tuan Abd sambutan 100 tahun agar menjadi telah dirancang oleh PASB Chapter
Rasid bin Mahmudin, Penolong momen bersejarah yang akan Selangor iaitu Reunion Perdana 11
Setiausaha Tuan Hj. Idrais bin Ab dikenang oleh generasi akan datang PASB Chapter Selangor@RUSA’22
Hamid dan ahli jawatankuasa yang disamping membawa alumni dan satu lagi berkaitan penerbitan
lain iaitu Tuan Khaharuddin bin dibawah naungan persatuan untuk yang menghimpunkan 100 karya
Mohd Yusuff, Tuan Haji Mohamad terlibat sama dalam meraikan detik Anak Kandung Suluh Budiman yang
Kamar bin Zainudin, Datin Hajah Che bersejarah UPSI dan negara. Menurut akan dibukukan dan diberikan nama
Normadiah binti Haji Che Abas, Dr. pengerusi PASB Chapter Selangor “Memoriable Anak Desa ke Persada
Rahamad Sukor bin Ab Samad, Tuan yang mesra dengan panggilan Cikgu Mualim”. Pengarah Pusat Alumni PM
Haji Hamdan bin Abdul Rahman dan Arrif “Sebagai salah satu persatuan Dr. Mohd Izwan Shahril dalam ucapan
Tuan Ishak bin Sidek. Wakil daripada yang lokasi kedudukannya berada di aluan “ Pusat Alumni sebagai wakil
Pusat Alumni di ketuai oleh PM Dr. tengah peta negara, ia memberikan pihak universiti sentiasa mengalu-
Mohd Izwan bin Shahril, En. Ramli satu kelebihan untuk menjadi alukan kerjasama dan sumbangan
bin Mosmin dan En. Mohd Raizol bin penghubung kepada semua idea daripada mana-mana pihak
Ramli. Manakala wakil PASB induk PASB Chapter negeri yang lain persatuan dalam menganjurkan
diwakili oleh Dr. Seri Lanang Jaya bin untuk membantu universiti dalam sebarang program mahupun
Haji Rohani, Tuan Haji Mazly bin Md menjayakan sambutan 100 tahun. menerbitkan bahan penerbitan
Arif dan Datuk Abu Bakar bin Osman. kerana ia akan menjadi khazanah
Mesyuarat juga menerima kehadiran dan bahan sejarah buat universiti
tertua dinegara kita ini pada masa
akan datang”. YBhg. Dato Seri Haji
Ahmad bin Haji Burak turut bersetuju
agar hubungan dan kerjasama yang
baik antara pihak persatuan dengan
Ibu Kandung Suluh Budiman sentiasa
dalam keadaan yang baik dan saling
membantu disetiap program yang
dirancang dan yang akan dianjurkan
nanti.
Ziarah Kasih Alumni 5
Pusat Alumni DAN
PASB CHAPTER
SELANGOR ZIARAH DR.
SERI LANANG
UPSI: Satu mesyuarat penyelarasan berkaitan penganjuran
program antara Pusat Alumni, PASB Chapter Selangor dan
Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) yang diadakan
di Pusat Pelajar oleh beberapa wakil dan selebihnya ahli
mensyuarat mengikutinya secara dalam talian pada 24hb
April yang lalu. Ahli persatuan yang hadir antaranya ialah
Cikgu Ariff, Cikgu Rashid, Cikgu Mazli dan Cikgu Ali yang
lebih mesra dengan panggilan Pak Ali. Manakala Pusat
Alumni diketuai oleh PM Dr. Mohd Izwan Shahril dan
timbalannya En. Rasyidi bin Johan.
Sebaik sahaja mesyuarat selesai, mereka dibawa ke tapak
perhentian bas berbumbung yang baharu sahaja siap
pembinaan untuk kegunaan pelajar. Projek pembangunan
ini merupakan hasil sumbangan daripada alumni AKSB
yang melibatkan semua era. Kemudian mereka juga
dibawa ke tapak cadangan projek wakaf untuk pembinaan
gazebo yang akan dikenali sebagai Rest and Rileks
bersebelahan dengan Masjid UPSI. Keterujaan jelas
dilihat dari riak muka mereka yang sangat menyokong
perancangan yang sedang diusahakan oleh pihak Pusat
Alumni untuk kemudahan warga kampus.
Cikgu Ariff yang merupakan presiden PASB Chapter
Selangor mengambil kesempatan menziarahi Dr. Seri
Lanang yang kurang sihat di kediamannya di Ketoyong
bersama Cikgu Rashid dan wakil Pusat Alumni, En. Ramli.
Amalan ini menjadi satu amalan murni oleh ahli PASB
disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara
sesama mereka. Sikap keperihatinan dan ambil peduli ini
pada rakan yang menerima musibah seharusnya menjadi
amalan yang harus diteruskan dan dicontohi oleh generasi
muda pada masa kini. Harapan kami dari Pusat Alumni dan
juga PASB agar Dr. Seri Lanang segera sembuh dan dapat
menjalani kehidupan seperti biasa disamping keluarga
menjelang hari lebaran Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama
lagi. Akhirnya beliau boleh terus kekal aktif menyumbang
kepada persatuan dalam mengerakkan program yang
bermanfaat kepada ahli dan alumni.
6 Aktiviti
UPSI LANCAR LAMAN SESAWANG
PAuulnulmtanuuiKkInlefmamorgebmbenaaentgrkiodeanaamMsA“aaLpnLsUaeakgMlneiamnNgjeikIanmtarSwayskit”elmu(mAIMaSt)
UPSI: Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) menerusi Pusat Alumni
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
(JHEP&A) hari ini melancarkan
laman sesawang Alumni Information
Management System (AIMS), sebuah
pangkalan data yangmenghubungkan
antara Pusat Alumni JHEP&A dan
bekas pelajar institusi pengajian
tersebut. Majlis pelancaran
disempurnakan oleh Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI,
ACP/ KS Profesor Datoʼ Dr. Md Amin
Md Taff di Kampus Sultan Azlan Shah,
UPSI dan dipancarkan secara
langsung melalui talian Webex dan
Facebook Pusat Alumni. Menurut Md.
Amin, majlis pelancaran diadakan
secara dalam talian itu bertujuan
untukmempromosi AIMS yang
dibangunkan oleh UPSI sebagai salah
satu inisiatif pusat tanggungjawab
jabatannya serta mengembangkan
potensi Pusat Alumni sebagai sebuah
Aktiviti 7
pusat tanggungjawab yang menjalankan aktiviti berkaitan alumni untuk mendapatkan maklumat perkembangan
bekas pelajar pusat pengajian pendidikan tertua negara. terkini universiti selain memberi kemudahan kepada
“Sebagai tonggak kepada institusi pendidikan negara, pihak universiti menyediakan data sebagai saluran untuk
pihak Universiti mengalu-alukan cadangan inisiatif penanda aras seperti penarafan QS World Universiti
daripada setiap peringkat pengurusan merealisasikan Ranking. “Terdapat ciri-ciri tambahan seperti curricular
hasrat pendidikan negara untuk memacu Malaysia vitae (CV) yang dijana secara automatik apabila alumni
menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Inisiatif mendaftar dan mengemaskini di laman sesawang AIMS
yang dilaksanakan Pusat Alumni JHEP&A UPSI dengan sekaligus membantu pengembangan kerjaya mereka.
membangunkan pangkalan data bekas pelajar yang Dengan maklumat-maklumat yang diperoleh, sekaligus
dikenali sebagai alumni Anak Kandung Suluh Budiman dapat membantu UPSI mengesan perkembangan
(AKSB) dilihat bertepatan dengan keperluan perhubungan terkini mereka, menyokong aktiviti dengan menyediakan
antara dua entiti sekaligus mewujudkan jaringan kerjasama prasarana bersesuaian seperti majlis perjumpaan
berterusan antara alumni dengan pihak UPSI,” jelasnya sekaligus menggalakkan alumni kembali menyumbang
pada sidang media. kepada alma mater,” jelasnya lagi.
“Saya menyeru kepada seluruh alumni AKSB daripada Alumni AKSB sudah boleh mendaftar dan mengemaskini
kesemua era untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di laman sesawang www.aims.upsi.edu.my
maklumat terkini dalam laman sesawang AIMS yang telah bermula hari ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat
dibangunkan oleh pihak universiti sebagai salah satu lanjut boleh hubungi pihak Pusat Alumni menerusi talian
tanggungjawab alumni terhadap alma mater. Setiap +6015–4879 7052 atau emel [email protected].
pendaftaran baru adalah percuma,” tambah beliau lagi.
“AIMS merupakan sistem pangkalan data mengandungi
maklumat alumni daripada era Sultan Idris Teaching
College (SITC), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) dan era terkini
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). AIMS
dibangunkan Unit Komunikasi & Teknologi Maklumat dan
apa yang menariknya, sistem pengumpulan data ini turut
dibangunkan sekumpulan penyelidik yang merupakan
alumni-alumni Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) yang
diselia urus oleh Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Encik
Rasyidi Johan,” jelas Pengarah Pusat Alumni JHEP&A,
Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril yang turut hadir
pada majlis pelancaran tersebut.
Menurut Mohd Izwan lagi, selain menjadi pusat
pengumpulan data, AIMS adalah salah satu platform
8 Aktiviti
Tular atas keprihatinan membersihkan
Sungai Balun UPSI angkat Cikgu Ismail IkonPerak apabila Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan
menzahirkan titah penghargaan kepadanya pada tarikh
Alumni 15 Februari 2021.
Memartabatkan profesion perguruan
Muallim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &
menerusi Pusat Alumni mengiktiraf salah seorang bekas Alumni), Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff menyatakan
pelajar, Ismail Muhamad Zain 40 tahun, sebagai Ikon pengiktirafan Ismail sebagai ‘ Ikon Alumni Anak Kandung
Anak Kandung Suluh Budiman (AKSB) dalam sebuah Suluh Budiman’ dilihat amat tepat kepada bekas pelajar
majlis penyampaian sijil penghargaan di Kampus Sultan tersebut sehingga memberi impak kepada masyarakat.
Azlan Shah, Perak, hari ini. Ismail baru-baru ini menjadi “Tindakan murni Cikgu Ismail bukan saja membuka mata
tumpuan masyarakat selepas gelagatnya membersihkan ramai pihak atas ketulusan hatinya yang prihatin terhadap
sampah sarap sebagai rutin harian di kawasan Sungai alam sekitar, bahkan beliau telah memartabatkan
Balun yang terletak berhampiran kawasan kediamannya profesion perguruan apabila hari ini ada saja pihak
di Slim River, Perak Darul Ridzuan sehingga mendapat cuba memperlekehkan kerjaya guru yang mulia ini. Atas
liputan media meluas dan tular di media sosial sekitar kecemerlangannya, penyerahan sijil penghargaan Ikon
pertengahan bulan februari lalu. Selain mendapat Alumni AKSB kepada Cikgu Ismail diharapkan dapat
tumpuan media, perkhabaran prihatinnya alumni AKSB memberi inspirasi kepada seluruh warga universiti dan
era UPSI yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda alumni, sekali gus menyemarakkan semangat sambutan
bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak ini turut mendapat seratus tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris yang
perhatian pihak Istana Iskandariah Kuala Kangsar, negeri akan berlangsung pada tahun 2022 nanti,” jelasnya yang
Aktiviti 9
menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UPSI kepada
sidang media selepas menyampaikan sijil penghargaan
tersebut.
Menjunjung kasih Tuanku Sultan Perak
Ismail yang merupakan guru Penyelaras Pendidikan
Khas Sekolah Kebangsaan Seri Besout, Sungkai, Perak
ketika ditemui menzahirkan rasa gembira dan syukur
terhadap pengiktirafan diterima daripada pihak universiti.
“Alhamdulillah, langsung tidak menyangka usaha kecil
saya telah mendapat perhatian ramai pihak apatah lagi
sampai ke pengetahuan pihak Istana negeri Perak serta
diiktiraf pula oleh alma mater tempat saya menuntut ilmu
tidak lama dahulu. Kita semua telah dididik dan cakna
terhadap kepentingan sungai dalam kehidupan seharian,
maka dengan menjaga kelestariannya adalah galasan
yang perlu sama-sama kita pikul,” jelasnya lanjut. “Di
kesempatan ini juga, sebagai anak kelahiran negeri Perak,
patik menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin
Muizzudin Shah ibni Almahrum Sultan Azlan Muhibbuddin
Shah Al-Maghfurlah, atas titah penghargaan baginda
tempoh hari,”
“Saya juga amat berbesar hati dan mengucapkan terima
kasih kepada pihak UPSI, di mana di sinilah tempat saya
menimba ilmu serta mengasah bakat untuk menjadi
seorang pendidik atas kesudian pengiktirafan ini,”
tambahnya lagi. Menurut Timbalan Pengarah Pusat
Alumni, Encik Rasyidi Johan, sebagai sebuah pusat
tanggungjawab yang menjalankan fungsi berkaitan
pentadbiran alumni, pengiktirafan dan penghargaan yang
diberikan merupakan salah satu inisiatif untuk membawa
kembali kejayaan bekas graduan kepada pusat pengajian.
“Pendekatan mengiktiraf kejayaan bekas graduan ke
tempat pengajian memberi banyak impak yang berkesan
kepada pusat pengajian. Menerusi inisiatif seperti ini,
secara tidak langsung pihak Universiti dapat mengemas
kini data alumni seterusnya merencana program yang
memberi manfaat kepada para pelajar seperti sumbangan
pemindahan kepakaran alumni mahupun pendanaan
untuk melestarikan prasarana kampus,” jelasnya yang
turut hadir pada majlis penyampaian sijil penghargaan
tersebut.
10 Aktiviti
WE UPSI ACLIKUGMUNAI TNAITLAKSelamatAlumniTerbangTinggi Siri
with
16 FEBRUARI 2021 (SELASA)-3.30PTG
ANITA YUSOF MODERATOR Join zoom www.alumni.upsi.edu.my Pusat Alumni UPSI
Alumni AKSB (era UPSI, 2003) meeting [email protected] Pusat Alumni UPSI
MOHD ALIFF IKMAL BIN MOHD ANUARIL
Selagi hayat dikandung badan Pegawai Penerangan S41 (MySTEP)
Alumni AKSB (era UPSI, 2018)
Join FB Live
Pusat Alumni UPSI
CIKGU ANITA YUSOF TANJONG MALIM: PESONA figura Anita Yusof atau
KELILING DUNIA lebih dikenali sebagai Cikgu Anita, Alumni Anak Kandung
Suluh Budiman sering menjadi tumpuan laporan media
tempatan mahupun antarabangsa telah memberi lembaran
baru kepada warga Ibu Kandung Suluh Budiman bahawa
terbang ke langit bukan lagi angan-angan malah suatu
impian yang boleh digapai. Bermula dengan niat mahu
keluar daripada kemelut konflik kehidupan, sehinggalah
mahu meneroka potensi yang ada pada diri, wanita cekal ini
telah menjelajah seluruh dunia hanya dengan menunggang
motosikal berkuasa tinggi. Janggal bagi sesetengah orang,
apatah lagi status dirinya seorang wanita, Cikgu Anita
membuktikan apa yang orang lain sanggah, beliau mampu
lakukan. “Pada mulanya saya hanya menjelajah ke negara
Eropah hanya dengan menggunakan pengangkutan awam
pada tahun 2002 secara backpacking sahaja. Ketika
banyak kemudahan teknologi maklumat boleh dicapai,
saya mula mendapat banyak maklumat kembara daripada
ramai penulis blog tanahair. Saya mendapat inspirasi
melalui salah sebuah blog kembara yang mengelilingi
dunia hanya dengan berbasikal saja. Melalui blog
tersebut saya mula menggerakkan daya untuk mencuba
mengembara menggunakan motosikal pula,” jelasnya yang
mula mengembara selepas 43 hari belajar menunggang
motosikal. Hebat!
“Asalnya saya nak mengembara ke lokasi yang sama
blogger tersebut nyatakan dalam tulisannya apatah lagi bila
melihat gambar yang indah di bumi Kyrgystan bila beliau
rakamkan. Namun kerana kos yang tinggi untuk backpacking
kerana kawasan tersebut sukar di akses menggunakan
pengangkutan awam, terbitlah idea menggunakan
motosikal berkuasa tinggi untuk mengembara,” jelasnya
Aktiviti 11
lanjut. Tanpa menoleh ke belakang, kembara solonya
terus merentasi Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan,
Tajikistan dan Pakistan.
“Saya nekad untuk teruskan ekspedisi menjelajah
seluruh dunia pada tahun 2015 dengan membawa misi
Global Dream Ride dengan menjelajah benua Amerika
di Seattle seterusnya ke seluruh Amerika Utara, Eropah
dan seterusnya ke benua Asia,” jelasnya pada sesi
perkongsian Siri ‘Alumni Talk era UPSI bersama Cikgu
Anita’ yang bersiaran menerusi Facebook Live Pusat
Alumni hari ini. Menariknya sesi perkongsian beliau turut
dimeriahkan oleh moderator jemputan yang juga alumni
tokoh pelajar UPSI saudara Mohd Aliff Ikmal.
Hampir takluk 7 benua
Selain berkongsi pengalaman perjalanan yang
mengasyikkan serta pelbagai cabaran beliau hadapi
sepanjang ekspedisi, pemegang rekod gelaran Wanita
Pertama Menunggang Motosikal Secara Solo Merentasi
Lima Negara Asia Tengah, Malaysia Books Of Records
ini turut berkongsi tips kecemerlangannya kepada bakal-
bakal graduan yang menonton sesi perkongsian tersebut.
“Sekiranya ada sumbangan yang baik boleh disumbangkan
pada tempat pengajian, ayuh kita lakukan bersama-
sama. Rajin-rajinlah menjengah ke universiti, paling tidak
pun ke laman sosial seperti facebook kerana melalui
medium perkongsian, di situlah kita boleh tampilkan diri
dan beri sumbangan baik kepakaran dan wang ringgit,”
jelasnya yang telah menjelajah hampir tujuh buah benua.
Kembaranya hampir keseluruhan benua sekali gus
membawa semarak api semangat sambutan 100 tahun
penubuhan institusi keramat ini.
Tahniah atas kecemerlangan Cikgu Anita! Teruskan
semarakkan semangat Anak Kandung Suluh Budiman
walau di mana pelosok dunia anda berada.
12 Aktiviti
UPSI jalin kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada semua,” jelasnya.
dengan Kolej Terdapat empat tajuk pembentangan inovasi yang
Matrikulasi Melaka disampaikan oleh pensyarah Kumpulan Citra Bestari,
anjur webinar KMM terdiri daripada sembilan pensyarah Subject
Matter Expert (SME) dan sembilan orang Pensyarah
MELAKA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Cemerlang (PC) yang berkhidmat di Kolej Matrikulasi
menerusi Pusat Alumni Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Melaka antaranya Inovasi Bahan Bantu Mengajar subjek
Alumni (JHEP&A) mengorak langkah ke hadapan apabila Kimia dan Sains Komputer serta Inovasi Teknik Mengajar
sekali lagi tampil bekerjasama dengan Kolej Matrikulasi Matematik. “Menariknya keempat-empat pembentang
Melaka (KMM) menganjurkan webinar Perkongsian inovasi adalah alumni Anak Kandung Suluh Budiman,
Inovasi Anak Kandung Suluh Budiman. Perkongsian yang gelaran untuk bekas pelajar universiti pendidikan tersohor
disiarkan secara langsung di pelantar saluran Youtube ini,” ulasnya lanjut.
Citra Bestari KMM dan Facebook Pusat Alumni itu telah Timbalan Pengarah Pusat Alumni UPSI, Encik Rasyidi
menarik ramai peserta yang terdiri daripada mahasiswa Johan dalam ucapannya semasa pembukaan sesi
dan pelajar kedua-dua pusat pengajian tersebut. webinar turut menyatakan program kerjasama antara
Menurut penyelaras program, Puan Marziah Mohamad alumni UPSI dan pihak Kolej Matrikulasi Melaka sebagai
ketika dihubungi menyatakan perkongsian ini merupakan langkah strategik pelaksanaan program yang tepat di
pembentangan inovasi yang mengangkat tema sains & kala zaman pandemik, serta selaras menyahut cabaran
teknologi dalam bahan bantu mengajar subjek berkaitan revolusi perindustrian ke empat. “Inisiatif program anjuran
Kimia, Matematik dan Sains Komputer. “Selain memberi kerjasama amat penting dalam membantu melestarikan
peluang kepada pensyarah kolej menyebarluas inovasi perkembangan inovasi berkaitan pendidikan apatah lagi
bahan bantu mengajar, sesi perkongsian inovasi ini pusat pengajian terulung ini banyak melahirkan ilmuan
diharapkan memberi maklumat berguna kepada para dalam bidang berkaitan,” jelas beliau dalam kenyataan.
pelajar terutamanya mahasiswa yang akan bergraduat “Sebagai salah sebuah pusat tanggungjawab yang
dalam bidang pendidikan. Bukan itu saja, program ini mengesan perkembangan alumni, Pusat Alumni UPSI
secara tidak langsung, dapat memberi perangsang turut menggariskan inovasi sebagai salah satu daripada
inspirasi kepada peserta untuk menghasilkan inovasi sepuluh senarai indeks prestasi utama tahunan unit di
bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEP&A).
Antara teras pelaksanaan di bawah merealisasikan projek
inovasi alumni ialah seperti Alumni Entreprenuer, Alumni
Care Centre, Alumni Idea Storage dan Alumni Curricular
Vitae Online” tambahnya lagi.
PEMBENTANG: PN. ROZIANIM AHMAD PN. NORSALWANA NGASRI ANJURAN BERSAMA
ALUMNI 2009 ALUMNI 2009
PN. NURFADILLAH MOHD WEBINAR:
ALUMNI 2006
INPEORKOVNAGSSIAIN
EN. SYAHARUDDIN SABRI
ALUMNI 2004 ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN
MODERATOR
3 APRIL 2021 9.00 PAGI
PN. MARZIAH MOHAMAD
1 O-Chem Mecha kit 4.0 - Pn. Norsalwana binti Ngasri
SESI 2 IsoBoARD 3.0 - Pn. Rozianim binti Ahmad
3 Ani4Cou - En. Syaharuddin bin Sabri
4 Teknik "Big Picture-Small Picture - Pn. Nurfadillah binti
Mohd
Semua dijemput Hadir Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan program
ini, sila hubungi En. Mohd Raizol (UPSI, 010-8176599) atau Puan
Secara Langsung dalam Talian di Marziah binti Mohamad (KUIM, 012-6453258)
Pusat Alumni UPSI CITRA BISTARI
Kolej Matrikulasi Melaka
Berita 13
Cikgu NAIMMI YUSOF saya ketika menuntut di UPSI tak lama dahulu. Katanya,
teruskan legasi kalau kami semua selesai pengajian dan menjadi cikgu,
Suluh Budiman jangan jadi cikgu kerbau, hanya keluar pergi mengajar
kemudian balik tanpa menjiwai peranan murni cikgu
SABAH: Baru-baru ini, tular di laman sosial media mencurahkan ilmu kepada anak watan. Kata-kata keramat
Facebook aksi seorang guru yang juga Alumni Anak itu saya jadikan pegangan hingga hari ini,” tambah
Kandung Suluh Budiman era UPSI, Naimmi Yusof, 34, Anak Kandung Suluh Budiman ini sambil mengimbau
menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah kenangannya menimba ilmu di bumi Muallim.
(PdPR) menerusi atas talian. PdPR bukan lagi perkara
asing buat warga pendidik dan pelajar, tetapi gelagat
pengajaran yang dilaksanakan oleh Naimmi telah
menyentuh hati rakyat Malaysia apabila beliau yang
mengajar subjek matapelajaran sejarah bersiaran melalui
Pusat Kuarantin Kompleks Sukan Keningau, Sabah.
“Saya telah didiagnosis positif wabak pandemik Covid-19
pada 24 Januari lalu apabila mula menunjukkan gejala
beberapa hari sebelum itu. Ketika bergejala, saya akui
badan saya lemah tetapi tidaklah terlalu teruk hingga
menjejaskan diri saya. Bagaimanapun selepas melalui
proses rawatan dan kuarantin berterusan, Alhamdulillah
doktor mengesahkan saya telah pulih sepenuhnya,” jelas
beliau.
Gelagatnya mengadakan kelas PdPR di pusat kuarantin
tersebut telah menjadi buah mulut sehingga ditampilkan
dalam portal berita Malaysia Post dan kisahnya dikongsi
lebih tujuh ribu pembaca dalam tempoh tiga hari saja
sejak 31 Januari 2021. Menerusi tajuk berita ‘Tak mahu
pelajar ketinggalan, Cikgu Naimmi mengajar dari pusat
kuarantin’ , Cikgu Naimmi mengikut saranan doktor
melakukan aktiviti yang menggembirakan dirinya supaya
tenaga-tenaga positif dapat mengalir dalam tubuh
seterusnya meningkatkan imuniti badan serta kesihatan
mental sebaik mengetahui status kesihatannya yang
sudah sembuh.
Ketika dihubungi Pusat Alumni UPSI, Cikgu Naimmi yang
bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor,
Keningau, Sabah menyatakan beliau mengadakan PdPR
kerana mengajar merupakan salah satu perkara yang
membuatnya gembira.
‘‘Bukan itu sahaja, bertugas sebagai seorang guru bukan
semata-mata pekerjaan makan gaji, sebaliknya amanah
yang perlu digalas dengan penuh dedikasi terhadap anak
murid yang dahagakan ilmu,” jelasnya lagi.
“Saya masih ingat lagi pesan Allahyarham Prof. Abdul
Jabbar di Fakulti Sains Sukan, salah seorang pensyarah
14 Aktiviti
UPSI DAN USIM ANJUR
FORUM INSPIRASI
USAHAWAN ALUMNI
UPSI: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan
forum “Inspirasi Usahawan Alumni”, sebuah program bual
bicara yang melibatkan bekas pelajar kedua-dua buah
institusi pengajian tersebut dilangsungkan secara dalam
talian. Program pemindahan maklumat yang dipancarkan
secara langsung menerusi laman sosial facebook Pusat
Alumni UPSI dan Pusat Alumni dan Kerjaya USIM
merupakan salah satu inisiatif kedua-dua buah pusat
tanggungjawab yang menguruskan hal berkaitan bekas
pelajar untuk membantu bakal graduan mendapatkan
petua dan nasihat berguna berkaitan bidang kepakaran
oleh panel jemputan.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar
dan Alumni) UPSI, Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff,
inisiatif yang diambil kedua-dua buah pusat tanggung
jawab universiti itu merupakan langkah bertepatan dalam
menyahut cabaran pengajian norma baharu ketika era
pandemik covid 19. “Inisiatif yang diambil oleh pusat
tanggungjawab UPSI dan USIM ini merupakan suatu
nilai tambah yang amat tepat demi menyokong hasrat
negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 bagi melahirkan graduan yang holistik, berciri
keusahawanan dan seimbang,” jelasnya.
Program yang berlangsung selama kira-kira 90 minit itu
menampilkan dua orang personaliti alumni iaitu Encik
Shahrulkarnain Mohd Nazir (alumni USIM), pengasas
Tahfiz Al Fatonah dan Maahad Gemilang serta Encik
Mohamad Azmi Ahmad (alumni Anak Kandung Suluh
Budiman, UPSI), pengusaha Kuhot Food Resources.
Selain panel jemputan, program Inspirasi Usahawan
Alumni turut dihoskan oleh Nur Heida Shamira Haidzir,
pemilik Heida Empire Resources yang juga alumni AKSB
era UPSI. Menariknya, selain berkongsi kepakaran
dan pengalaman selok-belok bidang perniagaan dan
ilmu keusahawanan kepada graduan, kedua-dua panel
jemputan turut menawarkan program perintis kepada
graduan yang berkelayakan untuk menyertai syarikat
mereka. Menurut Timbalan Pengarah Pusat Alumni UPSI,
Encik Rasyidi Johan, penglibatan alumni secara sukarela
dalam aktiviti dan program anjuran universiti amat
penting membantu melestarikan perkembangan kerjaya
pelajar sebaik mereka melangkah keluar daripada pusat
pengajian.
Aktiviti 15
“Hubungan erat pihak universiti, alumni dan pelajar
amat bermakna dalam mengembangkan sahsiah pelajar
sekaligus membantu meningkatkan keupayaan pelajar
dan alumni mengembangkan potensi masing-masing,”
jelasnya ketika berucap pada pembukaan program
tersebut. Selain meningkatkan perkembangan alumni
dan pelajar, program seumpama ini menjadikan universiti
sebagai platform terhadap membentuk dan membina
graduan berketrampilan, selaras dengan cabaran era
Revolusi Perindustrian keempat. “Hari ini graduan perlu
bersiap-siaga menghadapi lanskap baru ekonomi global
dengan meneroka bidang keusahawanan sebagai pilihan
kerjaya utama dan tidak hanya bergantung kepada
pekerjaan semata-mata,” jelas Encik Mohd Asri Hussain,
Pengarah Pusat Alumni dan Kerjaya USIM yang turut
hadir pada program tersebut.
Program Inspirasi Usahawan Alumni anjuran UPSI dan
USIM turut mendapat sokongan pentadbiran alumni
universiti-universiti awam yang lain iaitu Universiti Sains
Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Universiti Teknikal Melaka (UTEM), Universiti Malaysia
Kelantan (UMK) dan Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA). Program ini turut dirakam dan boleh ditonton
siaran rakaman tertunda menerusi laman sosial facebook
Pusat Alumni UPSI dan Pusat Alumni & Kerjaya USIM.
16 Tokoh Alumni
DATO’ SRI HAJI ABDUL PENDIDIKAN
JABBAR BIN HAJI
IBRAHIM -, UNIVERSITI MALAYA
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Dilahirkan pada 20hb Jun 1937 di 1962, Maktab perguruan bahasa, kl
Kampung Ketapang, Pekan, Pahang.
Beliau berkahwin dengan Datin Sri Diploma Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur.
Hajjah Fathilah binti Abdul Kadir yang
juga merupan seorang guru dan 1956, SITC
dikurniakan anak seramai 6 orang.
Selain pernah menjadi guru beliau Sijil SITC, Tanjong Malim.
pernah menyandang jawatan Timbalan
Menteri Besar Pahang. KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN
Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) (2013).
Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) (2010).
Darjah Paduka Mahkota Pahang (D.P.M.P) (2012.)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) (ADUN Kaw.
Bukit Ibam, Parlimen Rompin) -1986.
Timbalan Menteri Besar Negeri Pahang (EXCO) (ADUN Kaw.
Peramu, Parlimen Peka-1990-1995.
ADUN Kaw. Bukit Ibam, (Parlimen Rompin) -1982.
Pensyarah di Maktab Perguruan Teruntum Tahun 1977 - 1982.
Guru dari tahun 1957 hingga 1960.
Setiausaha Persatuan Mahasiswa Pahang, Universiti Malaya.
Jawatankuasa Persatuan Suluh Budiman Pahang (Pelajar Lepasan
Maktab Tanjung Malim).
Jawatankuasa Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Pekan
(GPMS) - Ahli seumur hidup.
Setiausaha Persatuan Belia Derah Pekan.
Yang Dipertua MUBARAK Pahang (Majlis Bekas Wakil Rakyat).
Bendahari Persatuan Dato’- Dato’ Pahang (PERSADA).
Pengerusi Perpustakaan Awam Negeri Pahang.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP).
Ahli Lembaga Pengarah Pembangunan Wilayah Pahang Tenggara
(DARA).
Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Pahang
AKSB SITC 1956
Tokoh Alumni 17
TUAN HAJI ROZMAN BIN PENDIDIKAN
HAJI SHAFIE @
KOMPOSER L.Y. 2009, UPSI
Beliau berkelulusan Master in Art Education Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Seni, UPSI tahun 2009.
(UPSI) dan B.A in Fine Art, UiTM, Shah
Alam, Selangor dan merupakan, Ahli 1996, UITM
Seumur Hidup Persatuan Karyawan
Malaysia, Ahli Persatuan Music Author Ijazah dalam bidang Fine Art, (UiTM), tahun1996.
Copyright Protection Malaysia (MACP).
Beliau juga turut aktif di dalam 1984, MPSI
menyumbangkan tenaga dan melibatkan
diri di dalam pelbagai aktiviti sebagai panel Sijil Perguruan, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tg Malim, tahun 1982-1984.
hakim bagi pertandingan nyanyian yang
dianjurkan oleh pihak Kementerian KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN
Pendidikan Malaysia, TV3, RTM,
badan-badan kerajaan dan swasta, bank Anugerah Karya Emas Pengiktiraran daripada Kementerian Pendidikan
dan lain-lain anjuran. Berpengalaman Malaysia, 2006.
sebagai Juri Profesional bagi Anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 2009.
Industri Muzik (A.I.M), Muzik-muzik, Anugerah Pekerja Contoh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, tahun 2013.
Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Anugerah Ikon Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2013.
Nasyid dan menjadi panel simposium, Anugerah Pujaan Sepuluh Nescafe 1993 - Juara Lagu Paling Popular
pensyarah jemputan dan pembentang Radio – Bayangan Gurauan, Kumpulan Mega.
kertas kerja dalam seminar. Finalis Juara Lagu TV3, 1994 Kategori Pop Rock- Anugerah.
Anugerah Kategori Balada Muzik Kuzik 1997 - Juara Balada - Aku Cinta
Beliau telah menyumbangkan lagu Padamu, Siti Nurhaliza.
gubahannya kepada ramai artis di tanah air Anugerah 6 Kali Platinum Album Siti Nurhaliza, 1997.
seperti penyanyi Evergreen Datuk Sharifah Anugerah Platinum Album Liza Hanim, 1997.
Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Kumpulan Spring, Anugerah Emas Album Safura, 1998.
Liza Hanim, Exist, Ella, Ziana Zain, Deja Finalis Juara Lagu TV3, 1999- kategori Balada - Syurga Di Hati Kita.
Moss, Ning Baizura, Safura , Fauziah Latiff , Anugerah Kategori Album Pop Terbaik, 1999 - Anugerah Industri Muzik
Hafiz Suip dan lain-lain. Malaysia (AIM), Adiwarna - Siti Nurhaliza
Anugerah Kategori Album Terbaik, 1999 - Anugerah Industri Muzik
Malaysia (AIM), Adiwarna - Siti Nurhaliza
Anugerah Kategori Lagu Melayu Terpopular Music Association Copywrite
Protection (MACP)
Pencipta Lagu - Syurga Di Hati Kita, 2001.
Anugerah Kategori Lagu Melayu Terpopular Music Association Copywrite
Protection (MACP)
Penulis Lirik - Syurga Di Hati Kita, 2001.
Anugerah Kategori Penulis Lirik Terunggul Music Association Copywrite
Protection
(MACP) - Syurga Di Hati Kita, 2001.
Anugerah Kategori Album Nasyid Terbaik, 2000 - Anugerah Industri
Muzik Malaysia (AIM), Album Iqrar - Kumpulan Rabbani.
Anugerah Kategori Album Terbaik, 2000 - Anugerah Industri Muzik
Malaysia (AIM), Album Iqrar - Kumpulan Rabbani.
Anugerah Kategori Album Nasyid Terbaik, 2001- Anugerah Industri Muzik
Malaysia (AIM), Album Intifada - Kumpulan Rabbani.
Anugerah Emas Album Elly Mazlin, 2003.
Anugerah Juri Asia Festival (Terlibat untuk OST Bilut) Asia Film Festival
(Taiwan) 2006.
Anugerah Kategori Album Etnik Terbaik, 2007- Anugerah Industri Muzik
Malaysia
(AIM), Album Syura - Syura.
Anugerah MACP, 2009 - Lagu Melayu Kategori Persembahan Terbanyak
Pencipta Lagu - Aku Cinta Padamu.
Anugerah MACP, 2009 - Lagu Melayu Kategori Persembahan Terbanyak
Penulis Lirik - Aku Cinta Padamu.
Exellent Award, 2012 - Pt. Dharma Budaya Indonesia/ HP Records
(Indonesia).
Anugerah Kategori Album Terbaik, 2013 - Anugerah
Industri Muzik (AIM) Bahagiamu - Deritaku - Hafiz Suip.
Anugerah Juara Lagu 28 - Bahagiamu Deritaku - Hafiz.
AKSB MPSI 1984
18 Tokoh Alumni
PENDIDIKAN
2015, UPSI
Diploma Bahasa Inggeris, Universiti Pendidikan Sultan Idris
ANDY REZA ROHADIAN KEJAYAAN DAN PENCAPAIAN
BIN KHAIRUL ANWAR
Pengacara Selamat Pagi Malaysia, RTM.
Nama yang dikenali sebagai Andy Reza Penyampai Berita, RTM (TV1).
yang berumur 25 tahun yang berasal Presenter - Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda
dari Ampang Selangor. Beliau telah YDPA.
bekerja sebagai seorang penyampai Persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Berita, Pengacara Program dan juga President of Turkimenistan dan Vietnam Official Visit.
turut menjadi wartawan penyiaran Naib juara Ikon Siarawan RTM 2015.
RTM. Bahkan bukan itu sahaja, beliau Best Debater of UPSI Vice Chancellor Debate Competition, 2014.
juga sempat berkhidmat di penyiaran Royal Debate Competition, UMS Sabah ( Quarter Final Team, Top
Media Prima (TV3) sebagai penyampai 20 Best Debate.
berita sebelum bertugas semula di Pendebat Harapan, Majlis Sekalung Budi Seindah Memori, KDBM
penyiaran RTM. UPSI, 2014.
Best Participant Of Kem Pemantapan Majlis Mahasiswa Kolej
Kediaman, UPSI, 2014.
Champion of The Vice Chancellor Public Speaking Competition.
AKSB UPSI 2015
19
Bil 11. Edisi 1 JAN-APRIL 2021
BULETIN PUSAT ALUMNI JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
Hubungi Kami
PUSAT ALUMNI
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
Aras Bawah, Bangunan Pusat Pelajar
Kampus Sultan Azlan Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan
Tel: 015-4879 7052
Email: [email protected]
LIKE & FOLLOW Rakan
Media sosial Strategik
[email protected] www.alumni.upsi.edu.my Pusat Alumni UPSI