MPU 21032: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN:
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) PENGGERAK
KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
TAJUK FILEM PENDEK:
KITA (PERPADUAN DI HATI | HUBUNGAN ETNIK)
NAMA PENSYARAH:
PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
NAMA PELAJAR NO PENDAFTARAN
NURFARISHA LIYANA BINTI DOLMAT 33DCE19F1005
NURUL FARISHA BINTI ZAHAIRUDIN 33DCE19F1011
NORSHAHIRA BINTI NUAR 33DCE19F1003
NUR HAYATI BINTI MOHD ISMAIL DAMODARAN 33DCE19F1025
KALAI MOLY A/P SHANMUGAM 33DCE19F1104
SENARAI KANDUNGAN
ISI MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2
2.0 OBJEKTIF
3.0 HURAIAN 3-8
3.1 TEMA
3.2 NILAI DAN PENGAJARAN
3.3 ULASAN DAN CADANGAN
4.0 PENUTUP 9
5.0 RUJUKAN 9
1.0 Pengenalan
Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu proses dinamik apabila rakyat pelbagai kaum
dan etnik dengan sosiobudaya,agama,adat resam,bahasa dan wilayah yang berbeza dapat hidup
dalam suasana aman dan damai serta harmoni.Perpaduan menjadi matlamat setiap bangsa dan
negara agar sentiasa hidup dalam keadaan harmoni dan tenteram tanpa menggugat
keamanan.Tanpa keamanan,rakyat tidak akan dapat hidup selesa dan negara akan bergolak
setiap masa.Hal ini boleh dilihat di negara-negara yang bergolak apabila peperangan sentiasa
berlaku dan rakyat hidup dalam keadaan bergantung kepada bantuan luar.
Iklan yang kami kaji adalah KITA - 'Perpaduan Di Hati' | Hubungan Etnik.Iklan ini konsep
berasaskan tema perpaduan di hati.Iklan ini membawa pengajaran bahawa Malaysia
merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, agama dan latar
belakang. Dengan itu, setiap etnik mempunyai keistimewaanya yang tersendiri dan ini tidak
menghalang masyarakat untuk hidup bersepadu. Perpaduan merupakan faktor keharmonian
hubungan antara etnik di Malaysia dan menjadi elemen yang terpenting dalam pembentukan
negara bangsa. Oleh itu, generasi muda seharusnya didedahkan dengan elemen-elemen
perpaduan antara etnik kerana mereka merupakan aset utama negara yang merupakan penerus
kepada legasi kepimpinan negara. Namun begitu, terdapat isu-isu dan peristiwa yang negatif
dan mampu mengugat perpaduan keharmonian hubungan antara etnik di Malaysia.Iklan ini
telah diterbitkan supaya “Perpaduan Di Hati” dapat memberi kesedaran tentang kepentingan
perpaduan di Malaysia.
Perpaduan hari ini melambangkan keharmonian kaum dan merupakan isu penting yang
mesti diperjuangkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan, bangsa dan
agama walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam dan luar negara.Maka usaha ke
arah mewujudkan perpaduan di Malaysia perlu dilengkapi dan dilandasi dengan usaha integrasi
secara berterusan.
1
2.0 Objektif
i. Filem ini menekankan bahawa perpaduan masyarakat merupakan antara aspek yang
penting dalam membetuk perpaduan negara
ii. Filem ini akan dapat mewujudkan semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
dan menggunakan sukan sebagai medium utama
iii. Paparan filem menunjukkan aktiviti sukan yang melibatkan pelbagai kaum dalam satu
pasukan akan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain disamping
menggalakkan semangat persaingan yang sihat melalui sukan
iv. Filem ini telah membuka mata rakyat mengenai pentingnya keharmonian antara kaum
dipelihara
v. Filem ini memberi kesedaran kepada masyarakat untuk bersama-sama menjaga perpaduan
kaum
2
3.0 Huraian
3.1 Tema
Berdasarkan filem pendek bertajuk KITA yang berdurasi 9 minit 34 saat tersebut
bertemakan semangat setia kawan terhadap tiga orang sahabat yang berbilang kaum.
Keakraban antara mereka bertiga iaitu Ali, Muthu dan Ah Hock harus dijadikan contoh. Hal
ini demikian kerana, walaupun mereka berlainan bangsa dan agama, tetapi mereka tidak
menghiraukannya dan terus menjadi sahabat baik. Tiga sahabat ini dapat menjadi contoh dalam
penggerak kesepaduan nasional. Ini kerana, kesepaduan nasional dapat terbentuk jika
masyarakat malaysia yang berbilang kaum bersatu padu. Perkara ini penting kerana jika rakyat
yang berbilang kaum bersatu, negara kita iaitu negara MALAYSIA akan aman. Kehidupan
yang aman antara masyarakat etnik dapat mengelakkan peperangan atau perselisihan faham
antara rakyat yang berlainan agama dan budaya berlaku. Persahabatan mereka juga menjadi
contoh dalam semangat perpaduan yang berada di Malaysia. Walaupun Ali, Muthu dan Ah
Hock berselisih faham antara satu sama lain ketika bermain bola, tetapi mereka dapat
menyelesaikan masalah tersebut kerana adanya sifat semangat setia kawan yang sudah lama
dibina oleh mereka. Semangat yang dibina ini adalah menjadi bukti bahawa perpaduan itu lahir
jika kita tidak mempunyai sifat perkauman sesama bangsa.
Seterusnya filem pendek ini juga bertemakan semangat kenegaraan di dalam sukan. Hal
ini demikian kerana, Ali,Muthu dan Ah Hock mewakili negara Malaysia dan melawan dengan
pihak dari negara China. Walaupun sukan yang dimainkan adalah bukan sukan untuk piala atau
sebagainya tetapi mereka tetap berkerjasama bertungkus lumus untuk mengalahkan pihak
lawan. Malangnya permainan pertama menjadi tragedi kepada mereka kerana pergaduhan yang
berlaku dimulakan oleh pihak lawan yang bertikam lidah dengan tiga sahabat itu . Kes ini
menyebabkan tiga sahabat yang berlainan agama dan bangsa itu turut kecewa dan saling
menikam lidah sesama sendiri kerana mempunya isu salah faham antara bangsa. Masalah ini
diselesaikan selepas tiga sahabat ini sendiri meminta maaf dan janji tidak akan mengulanginya.
Kemudian mereka sambung permainan kedua bersama sama untuk mengalahkan pihak lawan
yang berasal dari negara China dengan bertungkus lumus demi membanggakan diri mereka
sebagai rakyat Malaysia. Dapat dilihat bahawa, masyarakat malaysia yang berbilang kaum
dapat menguatkan lagi samangat kenegaraan jika sama sama saling memahami walau berlainan
3
kepercayaan. Kesepaduan nasional dapat dicapai di Malaysia jika rakyat malaysia mempunyai
sikap semangat kenegaraan ketika sukan mahupun apa apa yang kita lakukan. Ini kerana, sikap
ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat berbilang etnik . Dengan sukan,
hubungan masyarakat akan lebih erat kerana itulah suatu perkara yang mampu melahirkan rasa
cinta kepada negara sendiri dan masyarakat sekeliling. Hal ini kerana, masyarakat akan
berkerjasama dalam memberi sokongan kepada pihak atlet sebagai contoh beribu penonton
memberi sokongan yang luar biasa kepada pemain bola sepak dan sekaligus penonton dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara berbilang kaum. Jadinya, kisah tiga sahabat ini
adalah contoh yang sangat baik dalam mengambarkan semangat kenegaraan dalam
mengerakkan kesepaduan nasional di kalangan masyarakat etnik.
Akhir sekali, kisah ini juga bertemakan kepentingan dalam menzahirkan kata kata yang
sopan terhadap sesama insan. Pentingnya menggunakan kata kata yang baik kepada sahabat
adalah untuk menjaga hubungan sesama sendiri. Ini kerana kata kata yang kesat mampu
merenggangkan persahabatan seperti Ali, Muthu dan Ah Hock. Tiga sahabat ini tidak
mempunyai kesabaran yang tinggi ketika bermain bola lalu melemparkan kata kata kesat yang
bersifat perkauman antara diri mereka. Kata kata kesat yang bersifatkan perkauman ini telah
melukakan hati mereka dan telah memisahkan tiga sahabat yang berbeza persefahaman ini.
Tetapi walaupun bergitu, persahabatan mereka lebih akrab sehingga mereka sendiri merindui
detik detik mereka bertiga bersama. Kerana mempunyai sifat rindu sesama sendiri, mereka
merendahkan ego mereka lalu berbaik semula. Mereka berjanji untuk kekal bersama sehingga
keakhirnya. Kata kata yang dilemparkan itu penting terutama berada didalam negara yang
berbilang kaum ini. Hal ini kerana, rakyat malaysia yang terdiri daripada kaum melayu, india,
china, khadazan dan sebagainya mempunyai berbeza pemahaman dari segi ajaran agama dan
budaya. Oleh itu, pentingnya menzahirkan kata kata yang sopan terhadap sesama insan di
dalam Malaysia ini perlu diketengahkan kerana kata kata yang berunsur negetif atau
perkauman mampu menjatuhkan kesepaduan nasional antara bangsa. Mengunakan kata kata
yang sopan juga mampu mengeratkan hubungan antara manusia dalam kehidupan ini dan
sepatunya menjadi pegangan hidup manusia.
4
3.2 Nilai dan Pengajaran
Berdasarkan daripada filem pendek yang berkaitan dengan penggerak kesepaduan
nasional yang bertajuk KITA (Perpaduan di Hati), terdapat banyak nilai yang boleh kita contohi
dalam kehidupan seharian kita. Nilai pertama ialah nilai perpaduan antara kaum yang ada di
negara Malaysia iaitu kaum melayu, cina dan india. Tiga kawan baik yang bernama Ali, Muthu
dan Ah Hock tetap akrab dan berkawan baik walaupun mereka bertiga berlainan bangsa dan
agama. Mereka bertiga tidak menghiraukan warna kulit dan tetap menyayangi dan melengkapi
antara satu sama lain. Situasi ini dapat dilihat pada 14 saat pertama video tersebut, dimana
Muthu dan Ah Hock membantu Ali menjawab soalan yang diberi oleh cikgu di dalam kelas.
Di samping itu, mereka bertiga sangat meminati permainan bola sepak dan walaupun mereka
berasal daripada latar belakang yang berbeza mereka tetap mempunyai suatu pegangan
kesepaduan ketika mereka bermain bersama. Filem pendek ini dapat dijadikan contoh kepada
rakyat Malaysia dalam penggerak kesepaduan nasional dalam negara. Hal ini kerana,
kesepaduan nasional terbentuk apabila kesepakatan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara
tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Pengajaran yang kita boleh contohi ialah kita
mestilah mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain. Sikap ini perlulah
diamalkan supaya negara kita aman dan tenteram tanpa perbalahan antara kaum dan tiada isu
perkauman.
Seterusnya, nilai yang kedua ialah nilai keberanian. Kita mestilah berani menyahut
cabaran untuk membuktikan kebolehan diri sendiri dan pasukan seperti yang di tunjukkan
dalam filem pendek ini. Sebagai contoh, Ah Hock, Muthu dan Ali berani menyahut cabaran
yang dicabar daripada pasukan negara China untuk berlawan dalam permainan bola sepak.
Tiga sahabat yang berbilang kaum ini berani menyahut cabaran tanpa memikirkan tentang
kekalahan atau kemenangan yang bakal mereka hadapi. Mereka bertiga tetap berani melawan
pasukan negara China walaupun mereka telah dihina oleh masyarakat negara tersebut dan telah
menyebabkan perkara yang tidak diingini oleh mereka berlaku iaitu perbalahan antara kaum.
Sikap mereka bertiga yang berani ini perlu dipupuk dan dicontohi dalam masyarakat Malaysia
kerana sikap ini ialah salah satu cara untuk kita menggerakkan kesepaduan nasional di negara
kita. Pengajaran yang kita perolehi daripada kisah ini ialah kita hendaklah berani menyahut
cabaran dan mempertahankan nama negara Malaysia walaupun telah dihina ataupun diejek
dengan teruk. Misalnya, Ah Hock tetap memilih untuk bermain dalam pasukan Malaysia dan
5
berbangga sebagai rakyat Malaysia walaupun pasukan negara China telah mengajaknya untuk
menyertai pasukan negara tersebut.
Selain itu, nilai nasihat – menasihati. Kita mestilah sentiasa menasihati antara satu sama
lain supaya dapat memperbaiki kesilapan yang dilakukan. Sebagai contoh, Kak Judith telah
menasihati Ali supaya tidak bergaduh dengan Ah Hock dan Muthu hanya kerana mereka
mengejek mengenai bangsanya. Di samping itu, Kak Judith menasihati Ali bahawa mereka
ialah kawan baiknya tanpa mengira bangsa ataupun agama dan mereka dilahirkan di negara
yang berbilang kaum dan agama. Situasi ini dapat dilihat di dalam filem pendek pada 05:40
yang berlaku di perhentian bas. Setelah kak Judith menasihati Ali, mereka bertiga sedar akan
kesalahan yang telah mereka lakukan. Akhirnya, mereka berjumpa dan meminta maaf antara
satu sama lain dan mengakui kesalahan mereka. Pengajaran yang kita dapat perolehi dalam
filem pendek ini ialah kita seharusnya mempunyai sikap seperti Kak Judith iaitu menasihati
rakan atau orang disekeliling jika mereka melakukan kesalahan supaya mereka sedar kesalahan
yang telah mereka lakukan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang.
Di samping itu, nilai semangat setia kawan. Ah Hock, Muthu dan Ali mempunyai
semangat setia kawan yang tinggi. Walaupun telah berlaku perbalahan antara mereka tetapi
mereka tetap berbaik dan memaafkan kesilapan yang telah mereka lakukan. Perbalahan antara
mereka hanya disebabkan oleh perselisihan faham dan ejekan berkaitan bangsa mereka. Setelah
seminggu mereka tidak bertegur sapa dan berjumpa, terdetiklah perasaan rindu dan mereka pon
sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Persahabatan yang telah dibina sejak dahulu
lagi telah menyedarkan mereka bahawa kesalahan yang terjadi hanyalah perkara yang kecil
untuk diperbalahkan. Demikian itu, hubungan mereka bertiga diibaratkan seperti air yang
dicincang tidak akan putus. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk meminta maaf dan
berbaik semula seperti dahulu. Pengajaran yang dapat dipelajari ialah kita mestilah
mengamalkan sifat semangat setia kawan supaya persahabatan yang terjalin tidak mudah goyah
hanya disebabkan perselisihan faham antara satu sama lain.
Akhir sekali, nilai bertoleransi. Kita perlulah memupuk sikap bertoleransi antara satu
sama lain untuk mengekalkan perpaduan. Sebagai contoh, situasi dimana Ah Hock berjumpa
6
dan meminta maaf kepada Ali dan mengaku kesilapan yang telah dilakukan. Situasi ini
menunjukkan bahawa Ah Hock mempunyai sikap toleransi dan mudah bertolak ansur untuk
mengaku kesilapan yang telah dilakukan. Selain itu, Ah Hock juga mengamalkan sikap pemaaf
dengan memaafkan Muthu dan Ali kerana telah mengejeknya. Pengajaran yang boleh didapati
daripada situasi ini ialah kita hendaklah menerapkan sikap toleransi antara satu sama lain dalam
diri kita. Hal ini kerana, dengan mengamailkan sikap toleransi kita boleh mengekalkan
keamanan dan perpaduan antara masyarakat di Malaysia.
3.3 Ulasan Dan Cadangan
⚫ Ulasan
Filem pendek yang bertajuk “KITA” yang dilakonkan oleh sekumpulan remaja daripada
Taylor’s University yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Sains (Kepujian)
dalam Seni Bina telah berjaya memikat serta memukau hati penonton dengan aksi-aksi dan
sikap-sikap yang ditonjolkan dalam setiap babak dari filem ini. Filem yang diterbitkan pada 10
Febuari 2020 dan berdurasi 9 minit 33 saat telah banyak memberi impak positif yang besar
dalam diri setiap induvidu yang menonton filem ini kerana jalan ceritanya yang sangat
menekankan semangat perpaduan yang tinggi antara masyarakat Malaysia yang berbilang
kaum.
Antara sikap-sikap yang ditonjolkan dalam filem ini adalah ketabahan seorang remaja
dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, Ali merupakan anak sulung kepada Mak Fatimah
yang menjaga emaknya yang menghidap penyakit kencing manis dan dua belas orang adik
beradiknya serta Muthu yang telah kehilangan ibunya pada usia dua tahun.Selain itu, sikap
semangat setia kawan antara tiga orang sahabat ibarat air yang dicincang tidak akan putus
walau apa pun yang terjadi. Contohnya Ali ,Muthu dan Ah Hock telah berlaku persilisihan
faham antara meraka menyebabkan mereka tidak bertegur selama seminggu dan apabila Ah
Hock mengajak meraka bermain bola kembali, mereka bersetuju untuk berjumpa, meminta
maaf dan bermain bersama. Seterusnya sikap yang ditunjukkan dalam filem ini adalah
semangat kenegaraan dalam bersukan dan penting untuk menzahirkan kata-kata yang sopan
ketika bercakap.
7
Walaubagaimanapun, filem ini tidak sesuai untuk tontonan bagi semua peringkat umur
terutamanya kanak-kanak berumur 10 tahun kebawah tanpa pengawasan ibu bapa mereka
kerana filem ini mengandungi kata-kata yang kesat, aksi-aksi yang merbahaya seperti tolak
menolak antara satu sama lain dan membawa sifat perkauman antara melayu, cina dan india.
Kehadiran watak Kak Judith yang merupakan seorang remaja kepada kawan Ali telah
berjaya menyatukan mereka kembali dengan memberi nasihat nasihat yang sangat bermanfaat
kepada mereka.Nasihat Kak Judith telah meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap hati
penonton dan telah membuka mata dan hati penonton untuk berfikir secara matang dan setiap
masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaian.
⚫ Cadangan
Peranan ibu bapa dan barisan pendidik merupakan wahana dalam membina generasi masa
hadapan yang mementingkan keharmonian antara kaum. Dalam institusi keluarga, ibu bapa
merupakan entiti mithali kepada anak dan perlu menunjukkan teladan baik. Contohnya, ibu
bapa haruslah bertegur sapa dan melayani jiran setangga dengan mesra tanpa mengira bangsa,
kaum dan anutan agama.Barisan pendidik di sekolah juga memainkan peranan signifikan
dalam menerapkan nilai murni ke dalam sanubari anak murid. Melalui pengajaran subjek
pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan, barisan pendidik dapat memberikan bimbingan
dan nasihat yang berterusan untuk membentuk sahsiah positif dalam para murid.
Selain itu, aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.
Melalui penganjuran aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat
bekerjasama bak aur dengan tebing dan aktiviti ini juga dapat merapatkan lagi silaturahim
antara satu sama lain.Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan
hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin. Dengan perkataan lain, aktiviti
kemasyarakatan merupakan saluran yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan kaum.
Akhir sekali perpaduan merupakan tunjang dan asas negara Malaysia. Semua pihak haruslah
menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk memainkan peranan masing-masing dalam
menerbitkan semangat perpaduan dalam sanubari sendiri dan orang lain. Dengan ini
diharapkan peristiwa hitam seperti 13 Mei 1969 dapat dielakkan daripada berulang kembali.
8
4.0 Penutup
Secara keseluruhannya, cerita KITA ini menerapkan banyak sikap perpaduan,setia
kawan tidak kira bangsa dan juga agama melalui permainan bola sepak. Hal ini kerana
kebanyakkan orang pada zaman sekarang ramai mementingkan diri dan menganggap adat
resam pelbagai bangsa tidak perlu dihormati. Sebagai contoh, setiap bangsa mempunyai
agama dan ajaran yang tersendiri seperti bangsa melayu iaitu agama Islam. Sebagai
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum, seperti cina dan india mereka perlulah
saling menghormati agama lain.Sebagai contoh ketika azan berkumandang, mereka
perlulah berhenti dan senyap untuk seketika sebagai tanda hormat kepada orang yang
beragama Islam yang terdiri daripada orang melayu.
Selain itu juga, perpaduan antara kaum perlu dipupuk sejak azali lagi supaya
pergaduhan antara kaum tidak berlaku pada masa akan datang . Hal ini demikian kerana,
untuk menjaga keamanan negara dan juga keharmonian antara setiap bangsa dan agama.
Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, masyarakat seharusnya
mempunyai sikap bertolak ansur antara satu sama lain seperti yang dilakonkan oleh
Ali,Muthu dan Ah Hock dalam filem pendek yang bertajuk “KITA”. Sekiranya setiap
individu di dalam sesebuah negara menerapkan sikap bertolak ansur, rakyat sekaligus
dapat mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Disamping itu juga , boleh
mengeratkan silaturahim antara pebagai kaum dan dapat mengekalkan keharmonian
sesama masyarakat.
5.0 Rujukan
i. https://youtu.be/asjCsa7xUuw
9