The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Ancaman Komunis di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Xiao Pei, 2023-12-27 09:52:47

Peristiwa Sintok

Ancaman Komunis di Malaysia

Peristiwa Sintok Ancaman Komunis di Malaysia Issue 1 Dec 2023 Kumpulan Whatever


BAB 1 Gerakan Parti Komunis Malaya Peristiwa Bersejarah 01 02 - 03 PENGENALAN I S I K A N D U N G A N “democracy can be heard in the voice of the people” Isi Kandungan I Penghargaan II Kumpulan Kami III YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM BAB 2 Belakang bumi Sintok 04 Komunis datang!!! 05 - 06 Sarang yang strategik 07 Kemenangan kami 08 Jangan lupa kami… 09 I Rujukan PENUTUP IV


K U M P U L A N WH A T E V E R Pertamanya, para pengkaji amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk melaksanakan kajian ini dengan lancar yang akan memberi impak positif terhadap kedamaian dan kesejahteraan negara tercinta. Dalam usaha untuk menjayakan kerja kursus ini, para pengkaji ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Mariah binti Darus binti Mat Junus selaku pengarah Kenegaraan Malaysia para pengkaji dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Beliau telah meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar dan membimbing para pengkaji untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, para pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kepada pengarah yang telah memberi nasihat dan galakan kepada para pengkaji sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Tanpa penghargaan juga diberi kepada ibu bapa pengkaji atas segala sokongan dan dorongan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung dari segi kewangan dan sebagainya untuk melaksanakan kerja khusus ini. Penghargaan kepada rakan-rakan dalam kelas para pengkaji atas kesudian membantu dan segala nasihat yang diberikan. Selain itu, tidak lupa juga pengkaji mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu seikhlas hati pada para pengkaji dalam memberikan idea untuk menyempurnakan kerja kursus ini. P E N G H A RG A A N P E R I S T I W A S I N T O K II


K u m p u l a n K a m i GOH XIAO PEI 300420 TAN XIN CHEIN 299555 NGH JIN TING 299608 POH WAN YING 299683 TIAH MAY GIE 299708 HOW XIN TIAN 299713 JOSCELYN OOI ZHI QIAN 300438 BRYAN OON JUN YEE 298838 MUHAMMAD ALFIAN HAIKAL BIN HAFIDZI 298102 NUR AFIQAH BINTI MUSTAFA 300251 III


BAB 1 Peristiwa Bersejarah Parti KomunisMalaya -Kumpulan Whatever-


PERISTIWA YANG BERSEJARAH APA ITU PERISTIWA BERSEJARAH? KUMPULAN WHATEVER Peristiwa boleh didefinisikan sebagai sesuatu yang berlaku manakala sejarah bermaksud sesuatu ilmu mengenai peristiwa-peristiwa yang telah berlaku. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005) Manakala, peristiwa bersejarah membawa maksud yang alternatif yang bermaksud satu peristiwa pada suatu masa dahulu yang membawa impak yang besar terhadap masyarakat kita pada hari ini. Peristiwa bersejarah biasanya simbolik kerana membawa perubahan terhadap sesebuah komuniti atau seluruh dunia. (Dean W.R. Matthew, 2938, M/S 2) Kewujudan negara kita pada hari ini juga tidak terlari daripada peristiwa bersejarah yang pada awalnya telah memulakan Tamadun Orang Melayu sehingga pembentukan Persekutuan Malaysia. Peristiwa Bersejarah yang dilintasi beberapa generasi adalah benih yang mencapai kedamaian dan kemakmuran yang kami nikmati pada hari ini. Sebagai generasi muda, kita patut memahami peristiwa bersejarah dalam negara kita dan mempelajari pengajaran daripadanya, supaya tidak menjadi manusia umpama kacang yang lupakan kulitnya. 01


SIAPAKAH MEREKA? GERAKAN PARTI KOMUNIS MALAYA - PKM Parti Komunis Malaya adalah sebuah organisasi yang berideologi “Marxist Leninist” dan anti -imperialisme yang diasaskan pada tahun 1930 sebagai gerakan untuk menentang penjajahan asing di Tanah Melayu. (Rais Hishamudin, 2020) Dalam usaha PKM cuba mencapai kemerdekaan daripada British, mereka telah membawa banyak kesusahan kepada penduduk tempatan, Mereka akan mencuba sedaya upaya untuk menyekat pembangunan ekonomi yang menyebabkan pengangguran berleluasa. Kekejaman terhadap penduduk tempatan termasuklah penculikan, ugutan dan pemusnahan harta benda. (HL Ho, 2003 m/s 545-555) Tindakan PKM yang ganas telah membawa banyak rasa penakutan terhadap penduduk tempatan, selain menjejaskan hubungan antara kaum dan merupakan satu pengalaman pahit kepada negara kita. Apakah impak parti Komunis? Pembentukan PKM adalah bertujuan untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dan membina suatu negara komunis, Republik Tanah Melayu serta sebuah ekonomi sosialis sebelum mereka dibubarkan pada tahun 1989. Kumpulan whatever 02


Pada 2 Disember 1989, saya perjanjian Perdamaian Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaysia telah menamatkan ancaman komunis di Malaysia. Perjanjian ini ditandatangani oleh pihak daripada Kerajaan Malaysia, Thailand dan Ahli Parti Komunis Malaysia. Perjanjian Damai Hadyai berjaya menamatkan perjuangan bersenjata PKM dan mereka dibubarkan dengan ketuanya Chin Peng dan beberapa pemimpin kanan PKM pada masa itu membuat keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia. (Ismail AI, 29 Ogos 2020) PEMBUBARAN KOMUNIS DARURAT TANAH MELAYU Darurat Tanah Melayu atau lebih baik dikenali sebagai Perang Pembebasan Kebangsaan Anti British diisytiharkan oleh kerajaan British pada tahun 1948 untuk memerangi Komunis di seluruh negara. Darurat ini telah mengakibat PKM menghadapi pelbagai masalah untuk memperjuangkan gerakan mereka. Pihak polis memainkan peranan utama dalam menjayakan perang ke atas pihak komunis dan memaksa neraka berundur ke Selatan Thailand. (The Patriot, 23 Aug 2021) Kumpulan whatever 03


BAB 2 Belakang Bumi Sintok KomunisDatang!!! Sarang yang strategik Kemenangan kami Jangan lupa kami… -Kumpulan Whatever-


BELAKANG BUMI SINTOK 04 Sintok adalah sebuah bandar kecil yang terletak dalam Daerah Kubang Pasu, Kedah. Nama “Sintok” berasal daripada sejenis pokok dan kawasan tersebut merupakan penempatan kepada buruh aktiviti perlombongan dan pembalakan pada awal 1900-an, terutamanya dalam kalangan orang cina. (sejarahahmadyaakob.com,2000) Kedudukan Sintok adalah 52km daripada bandar raya Alor Setar dan 12km daripada bandar Changlun. Sintok juga berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand dengan hanya jarak 15km sahaja. Pada masa kini, kebanyakan penduduk kekal di Sintok adalah orang Melayu yang menjalankan aktiviti penanaman dan perladangan sebagai aktiviti ekonomi utama. Selain itu, Universiti Utara Malaysia yang merupakan Universiti Pengurusan Terkemuka di Malaysia juga didirikan di Sintok selepas berpindah daripada kampus sementaranya di Bandar Darul Aman(Laman Web Rasmi Universiti Utara Malaysia). Dalam kajian ini, kami akan menerokai bab sejarah hitam di Sintok dan mengaji pengajaran yang dapat kami pelajari daripada peristiwa Latar Belakang Sintok, Kedah


05 Komunis Datang !!! Ancaman Komunis di Kedah berlaku di antara tahun tahun 1948 ke tahun 1989 yang telah membawa banyak kekacauan dan kesulitan terhadap penduduk tempatan . (Ho Hui Ling, 2014) Kawasan Hutan Simpan Sintok telah digazetkan sebagai sebagai kawasan hitam kesan daripada aktiviti pengganas oleh Parti Komunis Malaysia. Parti Komunis Malaya yang memulakan kegiatan subversif dan keganasan selepas Perang Dunia Ke-2 menggunakan keistimewaan alam semula jadi untuk bergerak cergas di kawasan Sintok yang cukup strategik sebagai pangkalan aktiviti mereka di kawasan ini. Sintok dalam sejarahnya telah ditutup dua kali kesan daripada ancaman komunis. Pada kali pertama adalah disebabkan oleh Darurat Tanah Melayu pada tahun 1948. Kegiatan perlombongan dan perbalahan telah dihentikan dan ia telah menjejaskan aktiviti ekonomi utama. (Sejarahahmad-yaakob.com, 2000) Setelah komunis berundur dan situasi kembali aman, hampir sebanyak 3000 orang pekerja yang majoriti berkaum cina ke Sintok untuk aktiviti lombongan. PKM mengambil kesempatan ini menyusun semula strategi untuk menjadikan penduduk Sintok sebagai penyokong mereka. Selain itu, mereka juga mengunakan peristiwa 13 Mei sebagai propoganda bahawa kerajaan perikatan telah melakukan penindasan ke atas kaum cina. Apabila penduduk Sintok bertambah ramai dan PKM berjaya melakukan serangan hendap demi serangan hendap ke atas anggota keselamatan, PKM bertambah yakin bahawa mereka akan berjaya. Kekejaman PKM di Sintok telah membawa penakutan kepada penduduk tempatan dan anggota polis yang hanya berfungsi sebagai pegawas kepada pelombong sedar bahawa mereka tidak berkemampuan menentang PKM. Tanpa Izin & Jemputan


06 Kekajaman PKM di Sintok bukan sahaja mengakibatkan pemusnahan terhadap harta benda tetapi juga telah meragut nyawa penduduk tempatan dan pegawai keselamatan untuk menyebarkan ideologi mereka. Serangan oleh komunis bertujuan untuk menghilangkan keyakinan orang awam terhadap kerajaan melindungi nyawa dan harta benda mereka. Pada tahun 12 Oktober 1948, sebuah bas dengan 8 orang penumpang ditahan oleh 2 orang yang menyamar sebagai penumpang. Mereka telah merampas wang dan barangan yang dibawa oleh penumpang Pada tahun 1952, serangan hendap ke atas sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan telah mengakibatkan seorang konstabel polis terbunuh, Konst Daud Awang. Mereka juga telah melakukan serangan ke atas Balai Polis Sintok pada tahun yang sama. Kegiatan yang dilakukan oleh komunis tidak dapat dinafikan membawa kesusahan dan kerugian kepada penduduk di bumi Sintok ini. Mereka telah mengakibatkan huru hara dalam komuniti pada masa itu yang sudah menghadapi peperangan dan kejurangan ekonomi yang serius. Kerajaan terpaksa mengambil bertindas mengambil tindakan untuk menghentikan ancaman komunis melalui operasi-operasi mereka di kawasan gerak tindak mereka seperti Sintok, Kedah Kehilangan yang Pedih


KUMPULAN WHATEVER intok dipilih sebagai sarang komunis kerana mempunyai dua faktor yang membantu penumbuhan organisasi mereka. Mereka telah mengambil kira faktor geografi dan sosial apabila memilih Sintok menjadi tapak komunis untuk melakukan aktiviti pengganas. (Sejarah-ahmadyaakob.com, 2000) Kedudukan yang strategik yang dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand dan suasana yang dikelilingi bukit-bukau telah mengakibatkan komunis memilih Sintok sebagai tempat mereka. Kawasan ini mudah untuk mereka lari ke Thailand apabila berlaku operasi untuk memberhentikan gerakan komunis dan topografi di Sintok juga membantu mereka bersembunyi daripada pihak penguasa. Aktiviti ekonomi utama iaitu perlombongan yang dijalankan oleh suku kaum cina juga membantu komunis menumbuhkan sayapnya di kawasan Sintok kerana mereka menggunakan isu-isu kaum untuk menerapkan sikap kebencian kepada kerajaan dalam kalangan orang cina untuk menyertai gerakan mereka. S Sarang yang strategik 07


K e m e n a n g a n k a mi 08 Pada 4 Ogos 1969, pihak kerajaan melalui pihak jawatankuasa sempadan melancarkan Operasi Semai untuk memutuskan rangkaian hubungan komunis dan menghalang propoganda daripada merebak dengan meluas. (Sejarah-ahmadyaakob.com, 2000) Sintok juga diadakan operasi pembersihan yang melibatkan pihak tentera, polis dan agensi lain yang berkaitan dan penduduk Sintok pada kali kedua diarah meninggal. Mereka telah ditempatkan di kampung-kampung baru se-perkhidmatan Padang Lembu, Gurun. Pekan Sintok dimusnahkan dan dalam erti kata dibakar dengan tujuan supaya komunis tidak dapat terus bertapak di Sintok. Sejak tarikh itu, suasana di Sintok telah menjadi lengang tanpa penduduk dan diisytiharkan sebagai kawasan hitam sehingga tahun 1988, apabila pihak kerajaan gazetkan semula kawasan Sintok sebagai kawasan putih apabila situasi kembali aman. Pembinaan kampus tetap Universiti Utara Malaysia di Sintok dinisiatif oleh PM Datuk Seri Dr. Mahatir Mohammad sebagai lambang kemenangan Malaysia terhadap gerakan extremis yang berterusan melalui graduan yang berjaya di universiti ini.


09 Jangan lupa kami… Pada 21 April 1992, Tugu Peringatan Sintok telah dirasmikan oleh Tuanku Sultan Kedah yang dibina untuk mengenang jasa mereka yang terkorban semasa mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Nama 35 orang anggota perwira telah dipahat di atas tugu tersebut.Tugu Peringatan Sintok berada berdekatan dengan tapak PALAPES UUM dan kini tapak tersebut diisytiharkan sebagai Dataran Pewira. Reka bentuk tugu adalah hasil ilham Arkitek UUM, Ismail Abdullah. Tujuan tugu ini dibina ialah untuk menjadi mercu tanda peringatan dan menimbulkan keinsafan kepada warga UUM serta generasi akan datang bahawa UUM ditegakkan di atas keringat serta titisan darah dan air mata generasi terdahulu. Tugu ini terdiri daripada bingkai berbentuk berlian yang terletak di atas satu titik sangga sebilah Keris tercacak dalam bingkai pada titik yang sama Bingkai ini melambangkan kesempurnaan sifat insan. Bucu yang bawah bingkai melambangkan keimanan. Bucu yang atas melambangkan kecemerlangan, manakala empat bucu di kelilingi melambang keilmuan, teknologi, disiplin dan kesetiaan. Keris yang tercacak melambangkan kepahlawanan dan kesediaan untuk berjuang demi negara. Tugu ini seperti UUM adalah lambang pengiktirafan rakyat terhadap pengorbanan anggota keselamatan dan orang awam dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh menerusi perjuangan di kawasan Sintok Tugu Peringatan Sintok


IV SENARAI RUJUKAN Jurnal Matthews, D. W. R. (1937). What Is an Historical Event? Proceedings of the Aristotelian Society, 38, (pp. 207–216). Oxford University Press Ho, H. (2003). Pergerakan Komunis di Tanah Melayu (pp. 545–555). Universiti Malaya. Ho, H. L. (2014). Ancaman Komunis di Negeri Kedah, 1948-1989: Satu Penelitian Sejarah. Universiti Malaya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat Laman Web Ismail, A. I. (2020, Ogos 29). Di sebalik kejayaan Perjanjian Damai Hatyai. Diperolehi pada 18 Dis 2023 daripada https://www.sinarharian.com.my/article/98772/berita /jenayah/di-sebalik-kejayaan-perjanjian-damai- hatyai Laman Web Rasmi Universiti Utara Malaysia. (n.d.). History. Diperolehi pada 18 Dis 2023 daripada https://www.uum.edu.my/about/overview/history Rais, H. (2020, January 8). Komunis dan Sejarah Kiri. Diperolehi pada 18 Dis 2023 daripada https://www.malaysiakini.com/columns/506296 Sejarah-ahmadyaakob.com. (2000, December 16). Tapas Kamus UUM dulu sarang komunis. Diperolehi pada 18 Dis 2023 daripada http://matsejarah.blogspot.com/2016/12/tapak- kampus-uum-dulu-sarang-komunis.html The Patriots. (2021, August 23). Darurat Di Tanah Melayu 1948 – 1960. Diperolehi pada 18 Dis 2023 daripada https://thepatriots.asia/darurat-di-tanah- melayu-1948-1960/


PERISTIWA SINTOK Semoga keamanan dan kedamaian kekal selama-lamanya -Kumpulan Whatever


Click to View FlipBook Version