PANTUN PUISI MELAYU TRADISIONAL Disediakan oleh: Nurnafeesa Assalamualaikum Semua
PENGHARGAAN Bismillahirahmanirahim... Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Hjh. Roziah binti Hj. Ramli selaku pensyarah Kesusasteraan dan Kebudayaan kod BMMB1104 kerana telah membimbing saya sepanjang proses melengkapkan kerja kursus ini dengan baik sekali.
I S I K A N D U N G A N 1 . 0 ) T a k r i f K e s u s a s t e r a a n M e l a y u 4 . 0 ) K o n s e p p a n t u n 2 . 0 ) J e n i s K e s u s a s t e r a a n M e l a y u 5 . 0 ) J e n i s -j e n i s p a n t u n 6 . 0 ) B e n t u k - b e n t u k p a n t u n M A R I B E L A J A R P A N T U N 7 . 0 ) M a n i f i e s t a s i a k a l b u d i 3 . 0 ) F u n g s i s a s t e r a M e l a y u
Definisi kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Maksud kesusasteraan berbeza-beza jika dilihat daripada pelbagai sudut. 1.0) TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU Dalam buku Bahasa Melayu edisi I edisi kedua yang dikarang pada tahun 2011 oleh Siti Hajar Abdul Aziz, kesusasteraan terbentuk daripada perkataan sanskrit , iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Dari segi Bahasa Melayu, isitilah kesusasteraan turut berasal daripada perkataan sanskrit, iaitu sastra yang bermaksud instrumen untuk mengajar.
Konteks pendidikan pula menjelaskan Kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu bercirikan keindahan dan kehalusan. Kesusasteraan Melayu boleh disimpulkan sebagai hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata indah, memberi pesanan dan mencerminkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada berkaitan diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.
2.0) JENIS KESUSASTERAAN MELAYU Prosa Tradisional Prosa moden Puisi Tradisional Puisi moden
3.0)FUNGSI SASTERA MELAYU
Hiburan Hiburan dalam karya sastera wujud dengan lahirnya kata-kata yang indah, irama atau rentak yang teratur dan keupayaan pengarang menyentuh serta mengawal emosi pembaca atau pendengar berpandukan unsur-unsur tertentu. Hiburan merupakan salah satu unsur yang paling banyak muncul dalam pelbagai karya sastera.
pendidikan Nilai-nilai moral boleh didapati melalui karya sastera. Terdapat beberapa karya yang bukan sahaja menunjukkan jalan cerita itu malahan masyarakat juga akan mendapat pengajaran daripada karya tersebut. Tanpa kita ketahui, asuhan moral telah diterapkan dalam diri kita sejak kecil. Contohnya, cerita anak itik yang hodoh memberi peringatan kepada kita agar jika kita berbeza daripada orang lain, anggap sahaja diri kita unik. Usah malu
dakwah Dakwah merupakan pesan suci tuhan yang disampaikan kepada manusia melalui medium atau saranan yang difahami. Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau keberkesanannya . Islam juga menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan. Pertemuan antara agama dengan kesusasteraan pada dasarnya terlihat dalam realiti peradaban islam.
kritikan sosial Sastera bukanlah sesuatu yang baharu dicipta, tetapi sastera yang dipaparkan merujuk kepada realiti kehidupan yang diolah sedikit dalam bentuk karya kreatif dan indah sifatnya. Masyarakat terdiri daripada pelbagai susun lapis dan kehidupan latar belakang yang berbeza mengundang kepada wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi sesuatu tindakan sama ada menegur, mengkritik atau menyampaikan mesej.
4.0) KONSEP PANTUN Pantun merupakan asal kepunyaan masyarakat Melayu. Pantun juga menjurus kepada kaedah rangkapan yang tertua. Menurut Za,abaa, 1978 orang Melayu dahulu belum tahu surat menyurat. Tetapi, mereka biasa membalas-balas pantun antara mereka pada zaman itu. Pantun terdiri daripada dua unsur iaitu pembayang maksud dan maksud. Harun Mat Piah (1989), mendefinisikan pantun bersandarkan aspek dalaman dan luaran struktur visualnya. Perkara yang terkandung dalam aspek dalaman merangkumi unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan.
5.0) BENTUKBENTUK PANTUN
1.Pantun 2 kerat 2.Pantun 4 kerat 3.Pantun 6 kerat 4.Pantun 8 kerat
5.Pantun 10 kerat 6.Pantun 12 kerat 7.Pantun berkait
6.0) JENIS-JENIS PANTUN Jenis pantun bergantung kepada fungsi dan isi kandungannya.
Menghibur Contoh pantun: Fungsi pantun digunakan bagi: -Mengharmonikan suasana -Menggirangkan hati seseorang . Ikan gabus di rawa-rawa, Ikan belut ngangkut di jaring, Perutku sakit menahan tawa, Gigi palsu loncat ke piring.
Nasihat Contoh pantun: Nasihat bertujuan untuk: -Memberi pesanan atau peringatan -Isi dalam pantun ini memberi manfaat di kemudian hari. Adik sudah pandai bersuara, Adik itu namanya Taha, Kalau ingin mencapai juara, kuncinya satu perlukan usaha.
Menyedapkan cakap Contoh pantun: Pantun jenis ini biasanya digunakan untuk: -Pada awal majlis rasmi seperti Sambutan Hari Guru dan Majlis Perpisahan. -Boleh digunakan juga dalam pidato, syarahan, forum dan lainlain. Melihat teruna terkelu lidah, Menjadi sejarah satu kenangan, Orang di nanti berkunjung sudah, Selamat datang kami ucapkan.
Percintaan Contoh pantun: Tujuan pantun ini ialah: -Meluahkan perasaan kepada seseorang -Menyatakan hasrat yang tersurat mahupun tersirat. Bunga serindit dalam perahu, Bunga Kedidi di dalam dulang, Hati saya merasa rindu, Kerana berjauhan dengan sayang.
Budi Contoh pantun: Menunjukkan sikap seseorang yang berpekerti mulia. Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas, Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas. Akhlak yang baik terhadap orang disekeliling kita.
7.0) MANIFIESTASI AKAL BUDI Tajuk Pantun Cinta Dunia (Imam Muda Nasir)
Dunia ibarat madu yang manis, Dicari oleh semut yang hitam, Ambil sedikit terasa manis, Ambil segudang mati tenggelam. Manifiestasi akal budi Pengarang menjelaskan mengenai dunia yang penuh dengan godaan. Buktinya, dunia ibarat madu yang manis iaitu madu mempunyai kesedapan tersendiri berdasarkan teksturnya. Begitu juga dengan dunia yang penuh dengan kenikmatan yang tak terhingga. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah berpada-pada dalam urusan dunia jika tidak kita akan hanyut tenggelam.
Wang tidak dibawa mati, Tak ada wang gila menjadi, Kerana hati belum mengerti, Makna dari hakikat rezeki. Manifiestasi akal budi Pengarang menerangkan tentang kehidupan masyarakat yang tidak memahami maksud mendapat karunia. Buktinya, wang tidak dibawa mati iaitu wang bersifat sementara. Kita haruslah berkongsi rezeki kita dengan orang lain. Oleh itu, setiap orang perlu bersyukur agar bahagia di dunia dan akhirat.
Zuhud diajar dalam agama, Agar kita tidak cinta dunia, Bukan beerti tak boleh kaya, Harta hanya digenggamannya. Manifiestasi akal budi Rangkap yang menjelma di atas menceritakan tentang janganlah kita melampaui batas dalam mencintai dunia. Buktinya, dalam agama telah diajarkan zuhud kepada kita iaitu meninggalkan sesuatu perkara yang tidak penting dan tidak memberi manfaat. Dengan itu, kita boleh kaya tetapi perlu ada hadnya.
Aku ingin menjadi angin, Tidak terlihat namun terasa, Kadang kubunuh rasa ingin, Dalam jeritan nafsu didada. Manifiestasi akal budi Pengarang menerangkan mengenai sifat manusia yang mempunyai nafsu yang tidak terbatas. Buktinya tidak terlihat namun terasa bermaksud keinginan yang sentiasa bertambah tetapi hanya di dalam hati. Oleh itu, kita sebagai manusia mestilah menahan nafsu agar tidak memakan diri kita sendiri.
Waktu sungguh cepat berputar, Kurun minggu bulan dan tahun, Tanpa terasa anak telah besar, Namun ibadah belum juga santun. Manifiestasi akal budi Pengarang menceritakan tentang masa untuk manusia memperbaiki ibadah yang semakin hari semakin cepat berlalu. Buktinya, tanpa terasa anak telah besar iaitu pejam celik kanak-kanak sudah pun mencapai alam dewasa. oleh itu, kita sebagai muslim janganlah lalai dalam beribadah.
Jangan dirawat sifat sarakah, Sifat sarakah membawa kesal, Yang perlu dikejar adalah berkah, Mengambil hanya pada yang halal. Manifiestasi akal budi Pengarang meyentuh tentang keberkatan dalam kehidupan manusia itu penting. Buktinya, pada baris yang perlu dikejar adalah berkah bermakna apa-apa yang hendak kita lakukan perlu mendapat berkat terlebih dahulu. Oleh itu, perkara ini akan berhasil dengan membuang nafsu dalam diri.
Dunia memang sungguh memikat, Hiasan indah nyata terlihat, Sementara amal tidak terlihat, Namun dibalas diakhirat. Manifiestasi akal budi Pengarang ingin menekankan tentang setiap perbuatan yang kita lakukan diperhatikan. Buktinya, namun dibalas diakhirat membawa makna apa yang kita buat akan dibalas dengan balasan yang sepatutnya. oleh itu, kita hendaklah sedaya-upaya menghindari segala larangan Allah.
Maka jangan sampai tertipu, Godaan indah memang kuat, Maka harus belajar ilmu, Buruk dan baik jadi terlihat. Manifiestasi akal budi Pengarang menjelaskan mengenai pelajaran ilmu penting untuk sentiasa berada pada landasan yang betul. Buktinya berada pada baris 'buruk dan baik jadi terlihat' iaitu kita dapat membezakan kedua-dua itu walupun godaan dunia sangat kuat. Oleh itu, janganlah kita diperdayakan dengan dunia yang penuh drama ini.