The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eelvysha, 2022-06-11 08:56:04

Veronica Michelle (BM)

Veronica Michelle (BM)

Tajuk: Gotong royong
Nama:Veronica Michelle anak Upon
No. Maktab: 224004
Kelas: 4 Al-Khawarizmi

Gotong-royong merupakan sesuatu aktiviti masyarakat yang
dapat mengeratkan hubungan antara jiran atau orang lain.

Saban hari masyarakat jarang mengadakan aktiviti ini
kerana memikirkan aktiviti ini tidak berguna. Selain itu, ada
orang yang mempunyai perselisihan antara jiran dan ini
menyebabkan mereka tidak ingin menyertai aktiviti gotong-
royong. Dengan ini, saya memutuskan untuk menyebarkan
kebaikan gotong royong untuk menyedarkan masyarakat
betapa pentingnya aktiviti ini.



1. Melahirkan perpaduan antara kaum
2. Mengekalkan kebersihan persekitaran
3. Mengeratkan hubungan antara satu sama lain

Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama. Kita sering kali dipermainkan dengan anasir jahat yang
sengaja ditimbulkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk
menjadikan kucar-kacir dalam keharmonian negara. Namun begitu,
isu tersebut sering kali disangkal oleh ahli masyarakat kita kerana
apabila berlaku bencana seperti banjir kita dapat lihat dengan mata
kasar bahawa pertolongan diberikan antara satu sama lain tanpa
sebarang prejudis. Natijahnya, aktiviti seperti gotong royong dapat
menyemarakkan perpaduan antara masyarakat terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak dan belia yang mustahak demi masa hadapan

tanah air.

Kebersihan kawasan persekitaran dapat dipelihara adalah salah satu
kebaikan amalan gotong royong jika dilakukan dengan kerap di
dalam sesebuah komuniti.Hal ini kerana ia dapat membuka mata kita
terhadap persekitaran tempat tinggal kita. Misalnya kita dapat
memastikan saluran longkang berjalan dengan lancar dan tidak
tersumbat serta tiada takungan air berlaku tanpa sedar kerana akan
menyebabkan pembiakan aedes. Apabila kebersihan dijaga, nescaya
kesihatan juga terjamin bak kata pepatah, mencegah lebih baik
daripada merawat

Menyertai aktiviti gotong royong dapat mengeratkan
hubungan kita dengan masyarakat setempat. Contohnya,
apabila kita bergotong-royong di kawasan persekitaran
rumah kita dapat menjalin rapat hubungan silaturahim
antara sesama jiran dan kita juga dapat mengenali mereka
secara lebih dalam.Selain itu, melalui aktiviti gotong royong,
kita dapat mengenal pasti dan membantu jiran tetangga
yang kurang bernasib baik. Perasaaan simpati dan empati
akan timbul untuk kita membantu jiran tetangga yang
menghadapi kesusahan dengan kemampuan atau
keupayaan yang kita miliki.

Bagai aur dengan tebing Hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah
Kita berusaha bekerjasama
membersihankan kawasan Jika adat atau budaya yang
persekitaran apabila diamalkan oleh nenek dan
menjalani aktiviti gotong- moyang kita memberikan
royong. kebaikan, tiada sebab
untuk kita tidak
meneruskan amalan
tersebut.

Kita patutlah menyertai aktiviti gotong-royong untuk
mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.
Dengan ini, kita tidak akan ketinggalan berita di
persekitaran kita.


Click to View FlipBook Version