1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI SK SERI IMPIAN BERHAD KALI KE-19, 2023 Tarikh : 26 September 2023 Hari : Selasa Masa : 2.35 petang – 4.35 petang Tempat : Bilik Mesyuarat SKSI
2 TENTATIF PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN BERHAD 26 SEPTEMBER 2023 (SELASA) - BILIK MESYUARAT, SK SERI IMPIAN – 01.00 PETANG - Jamuan Tengahari 02.00 PETANG - Pendaftaran 02.15 PETANG - Berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-19 Sesi 2023/2024 - Acara Cabutan Bertuah - Penyerahan Elaun Kehadiran 4.15 PETANG - Bersurai - Bersurai ¶ 2
3 3 JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KESEMBILAN BELAS KOPERASI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN BERHAD SESI 2023/ 2024 AJK PENDAFTARAN AJK SIARAYA/ PA SISTEM 1. Puan Nor Syahida bt. Ahmad Shukri(K) 1. Encik Mohd Nazri b. Ab. Rashid (K) 2. Puan Farah Hanum bt. Ibrahim 2. Tuan Hj. Mohamad Hosnin b. Jaafar 3. Puan Norsiha bt. Hassan 3. Encik Husni b. Mohamad 4. Puan Rafitah bt. Zakaria AJK ELAUN KEHADIRAN AJK JAMUAN/ KEBERSIHAN TEMPAT 1. Puan Khairulnisya bt. Shafie@Osman (K) 1. Puan Siti Hafizah bt. Abd Hamid (K) 2. Puan Nazura bt. Ahmad 2. Puan Norizah bt. Yahaya 3. Puan Noorbaity bt. Mansor 3. Puan Suzaina bt. Abd Halim 4. Puan Roslizawati bt. Ariffin 4. Puan Siti Alawiyah bt. Idris (K) 5. Puan Noraliya bt. Md Zain 5. Puan Mukhtarah bt. Salleh 6. Puan Rosidah bt. Mohd Noh 7. Puan Rafidah bt. Zainol AJK DOKUMENTASI AJK HADIAH 1. Puan Salmi bt Muhamad (K) 1. Puan Hjh Shamsiah bt. Shariff (K) 2. Puan Yusnani bt. Yusof (OPR) 2. Puan Shahnin bt. Ibrahim 3. Puan Nurul Afiqah bt. Muhamad (Jurufoto) 3. Puan Fuziah bt. Awang Ahmad 4. Encik Devan A/L Ramachandram (Jurufoto) 4. Puan Suraya bt. Hassan AJK PENCATAT MINIT 1. Puan Malisa bt. Idrus (K) AJK PERSIAPAN TEMPAT 2. Cik Rafidah bt. Ibrahim Ghani 1. Encik Mohd Zaini b. Salleh (K) 3. Puan Nur Atiqah bt. Azmi 2. Tuan Hj. Abd Shukor b. Abdullah 4. Puan Junaniza bt. Johar 3. Encik Mizaman b. Jusoh 5. Puan Azrina bt. Md Ethuhar AJK BACAAN DOA AJK BUKU PROGRAM 1. Encik Md Khaidil b. Taib (K) 1. Puan Siti Norbayah bt Hasan (K) 2. Encik Md Tarmizi b. Hashim 2. Puan Nor Suhaida bt. Suhaimi 3. Puan Nur Amalina bt. Daud 4. Puan Syidatul Harisma bt. Md Bokhari AJK BACKDROP/ SLAID MULTIMEDIA 1. Encik Syazrul Razman b. Mansor (K) 2. Puan Nor Liyana bt. Kamaruddin 3. Puan Norjunainy bt Alno’man 4. Puan Noraliya bt. Md Zain
4 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI KALI KE- 18 SESI 2022/ 2023 KOPERASI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN BERHAD Tarikh : 29 September 2022 Hari : Khamis Masa : 2.00 petang Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seri Impian Kehadiran : 50/53 Keputusan Mesyuarat 3.1 Melantik Pengerusi Mesyuarat Agung Kali Ke-14 Encik Md Tarmizi bin Hashim mencadangkan Puan Jura binti Haji Hamid dilantik sebagai pengerusi Mesyuarat Agung Kelapan Belas (Ke-18). Cadangan untuk disahkan : Encik Abdul Syukor bin Abdullah Cadangan disokong : Puan Farah Hanum bin Ibrahim Makluman. 3.2 Ucapan Pengerusi Koperasi Puan Jura binti Hj Hamid selaku pengerusi mesyuarat merangkap Pengerusi Koperasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota koperasi yang sudi hadir meluangkan masa, tenaga dan fikiran ke Mesyuarat Agung Tahunan kali Kelapan belas sesi 2022/2023. Beliau menyarankan kepada semua anggota koperasi agar sentiasa memberikan kerjasama yang berterusan terhadap kedai koperasi ini dalam usaha memantapkan lagi mutu dan prestasi koperasi pada masa akan datang. Kejayaan sesebuah koperasi dalam mencapai kecemerlangan di samping tidak mengabaikan kebajikan semua pihak bergantung kepada komitmen semua anggota koperasi. Beliau berharap koperasi akan terus maju ke hadapan dan berganding bahu dalam menempuh cabaran mendatang. Tindakan : Pengerusi Koperasi. 3.3 Membincangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Puan Norehan binti Zakaria memaklumkan kepada semua anggota koperasi yang hadir bahawa mesyuarat agung tahunan sesi 2020 dan sesi 2021 ditangguhkan pelaksanaannya disebabkan PKP. Walaubagaimanapun, kedua-dua mesyuarat agung tersebut akan dilaksanakan dalam tahun ini dan akan dimaklumkan kemudian oleh pentadbiran koperasi. Cadangan untuk disahkan : Puan Shahnin binti Ibrahim Cadangan disokong : Puan Siti Hafizah binti Abd Hamid
5 3.4 Membincangkan perkara berbangkit. Tiada. 3.5 Membentang dan menerima laporan anggota lembaga koperasi Puan Norehan Binti Zakaria selaku Setiausaha koperasi membentangkan laporan tahunan anggota lembaga sesi 2021/2022. Cadangan untuk disahkan : Encik Mohd Zaini bin Salleh Disokong oleh : Puan Nor Liyana binti Kamaruddin 3.6 Membentang dan menerima laporan Juruaudit Dalaman (JAD) Puan Nur Amalina binti Daud selaku wakil bagi jawatankuasa Audit Dalaman(JAD) Koperasi ini telah membentangkan laporan tahunan jawatankuasa audit dalaman bagi sesi 2021/2022 kepada semua anggota koperasi yang hadir. Cadangan untuk disahkan : Encik Md Tarmizi bin Hashim Disokong oleh : Encik Syazrul Razman bin Mansor 3.7 Membentang dan menerima pandangan Suruhanjaya ke atas akaun koperasi yang berakhir pada 31.3.2022. Puan Khairulnisya binti Shafie memaklumkan bahawa setakat ini pihak koperasi belum menerima lagi pandangan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia ke atas akaun koperasi yang berakhir pada 31.3.2022 memandangkan akaun koperasi bagi tiga tahun iaitu tahun 2020, 2021 dan 2022 masih dalam tempoh pengauditan. Cadangan untuk disahkan : Tuan Haji Mohamad Hosnin bin Jaafar Disokong oleh : Tuan Haji Abdul Syukor bin Abdullah 3.8 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31.3.2022. Puan Khairulnisya binti Shafie selaku Bendahari menangguhkan pembentangan laporan penyata kewangan yang berakhir pada 31.3.2022 memandangkan akaun koperasi bagi tiga tahun tersebut masih dalam tempoh pengauditan juga. Cadangan untuk disahkan : Encik Md Khaidil bin Taib Disokong oleh : Encik Mohd Nazri bin Ab Rashid
6 3.9 Meluluskan cadangan pembahagian keuntungan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31.3.2018. Puan Khairulnisya binti Shafie menangguhkan pembentangan cadangan pembahagian keuntungan untuk tahun kewangan berakhir pada 31.3.2022 kerana akaun koperasi masih dalam tempoh pengauditan Cadangan untuk disahkan : Puan Nor Suhaida binti Suhaim Disokong oleh : Puan Kalsom binti Hussein 3.10 Meluluskan cadangan honororium kepada anggota lembaga ( 31.3.2022 ). Puan Khairulnisya binti Shafie memaklumkan bahawa cadangan honorarium kepada anggota lembaga turut ditangguhkan kerana akaun koperasi masih dalam tempoh pengauditan. Cadangan untuk disahkan : Puan Salmi binti Muhamad Disokong oleh : Puan Nor Syahida binti Ahmad Shukri 3.11 Membentang dan meluluskan anggaran belanjawan 31.3.2023 dan 31.3.2024. Puan Khairulnisya binti Shafie selaku Bendahari memaklumkan bahawa pembentangan anggaran belanjawan bagi tahun 2023 dan tahun 2024 adalah ditangguhkan berikutan akaun koperasi masih dalam tempoh pengauditan. Cadangan untuk disahkan : Puan Farah Hanum binti Ibrahim Disokong oleh : Puan Khairotul Karimah binti Abd Kadir 3.12 Menimbang dan meluluskan maksima had pelaburan tidak melebihi RM50,000.00. Puan Khairulnisya binti Shafie meminta agar semua anggota menimbang dan meluluskan had pelaburan tidak melebihi RM 50,000.00. Cadangan untuk disahkan : Puan Norizah binti Yahaya Disokong oleh : Puan Fuziah binti Awang Ahmad 3.13 Menimbang dan meluluskan keterhutangan koperasi tidak melebihi RM50,000.00. Puan Khairulnisya binti Shafie mencadangkan kepada pihak koperasi agar membuat keterhutangan tidak melebihi RM50,000.00. Cadangan untuk disahkan : Puan Noorbaity binti Mansor Disokong oleh : Puan Siti Alawiyah binti Idris
7 3.14 Mengisytiharkan perletakan jawatankuasa anggota lembaga sesi 2021/ 2022. Puan Jura Binti Haji Hamid selaku pengerusi mesyuarat mengisytiharkan perletakan jawatankuasa anggota lembaga sesi 2021/2022. 1. Puan Jura binti Haji Hamid 2. Puan Norehan binti Zakaria 3. Puan Khairulnisya binti Shafie 4. Puan Nazura Binti Ahmad 5. Puan Farah Hanum binti Ibrahim 6. Puan Norjunainy binti Alno’man Cadangan untuk disahkan : Puan Suraya binti Hassan Disokong oleh : Puan Norizah binti Yahaya 3.15 Melantik 6 orang anggota lembaga sesi 2022/ 2023 yang baru. Encik Mohd Zaini bin Salleh mencadangkan agar dikekalkan anggota lembaga terdahulu bagi sesi 2022/2023 seperti berikut: 1. Puan Jura binti Haji Hamid 2. Puan Norehan binti Zakaria 3. Puan Khairulnisya binti Shafie 4. Puan Nazura binti Ahmad 5. Puan Norazila binti Harun 6. Puan Norjunainy binti Alno’man Cadangan untuk disahkan : Tuan Haji Abdul Shukor bin Abdullah Disokong oleh : Encik Mohd Nazri Ab. Rashid 3.16 Melantik dan meluluskan 2 panel audit luar yang lalu dan mengekalkan dua panel audit luar yang lalu. 1. Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2. Hidayah & Co. Cadangan untuk disahkan : Puan Shahnin binti Ibrahim Disokong oleh : Puan Noor Azah binti Talib
8 3.17 Meluluskan Pindaan Undang-Undang Kecil (UUK) Koperasi Puan Jura binti Haji Hamid mencadangkan agar Pindaan Undang-Undang Kecil(UUK) diluluskan oleh semua anggota koperasi yang hadir. Cadangan untuk disahkan : Puan Noor Azah binti Talib Disokong oleh : Puan Rafitah binti Zakaria 3.18 Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada 6 anggota koperasi dan 4 anggota lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan. Enam orang anggota koperasi : 1. Puan Roslizawati binti Ariffin 2. Puan Noorbaity binti Mansor 3. Puan Suraya binti Hassan 4. Puan Nur Amalina binti Daud 5. Puan Shahnin binti Ibrahim 6. Puan Rosidah binti Mohd Noh Empat orang Anggota Lembaga : 1) Puan Norazila binti Harun 2) Puan Nazura binti Ahmad 3) Puan Khairulnisya binti Shafie 4) Puan Norjunainy binti Alno’man Cadangan untuk disahkan : Puan Yusnani binti Mohd Yusoff Disokong oleh : Puan Kalsom binti Hussein 3.19 Membahas usul-usul yang diterima Tiada. 3.20 Hal-hal lain 3.20.1 Puan Jura binti Haji Hamid selaku pengerusi koperasi memaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan yang tertangguh selama dua tahun rentetan daripada PKP akan dilaksanakan pada tahun ini. Tarikh akan dimaklumkan kemudian oleh pihak pentadbiran koperasi. Makluman.
9 3.20.2 Puan Jura binti Haji Hamid memaklumkan kepada semua anggota koperasi bahawa semasa PKP, semua koperasi di Malaysia mengalami kerugian termasuk koperasi kita. Misalnya dalam melaksanaan program penjagaan kesihatan diri yang dikenali sebagai SPA Cikgu Cun yang dilancarkan pada Februari 2020 turut terkesan akibat daripada PKP pada Mac 2020. Justeru, pihak pentadbiran koperasi telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk menjual beberapa aset tetap dan semasa yang terdapat di SPA tersebut. Penawaran harga telah dibuat antara pihak Koperasi MGB dengan pihak koperasi kita dan akhirnya telah bersetuju menjual beberapa aset tersebut dengan kadar harga sepatutnya. Makluman 3.20.3 Seterusnya, Encik Abdul Shukor bin Abdullah mencadangkan agar pihak koperasi mengadakan jualan makanan dan minuman yang pelbagai kepada guru dan warga sekolah. Cadangan untuk disahkan : Puan Yusnani binti Mohd Yusoff Disokong oleh : Puan Kalsom binti Hussein Pengurus Jualan 3.20.4 Encik Mohd Zaini bin Salleh mencadangkan agar jualan barangan runcit dilaksanakan di kedai koperasi. - Puan Jura binti Haji Hamid memberi respon terhadap cadangan tersebut. Menurut beliau cadangan tersebut wajar dilaksanakan tetapi lebih baik dibuat secara set pakej bagi mengelakkan kerosakan barangan runcit berdasarkan pengalaman koperasi membuat jualan runcit sebelum ini. Cadangan untuk disahkan : Puan Khairotul Karimah binti Abd Kadir Disokong oleh : Puan Suraya binti Hasan Pengurus Jualan 3.20.5 Puan Jura binti Haji Hamid menyarankan kepada semua anggota koperasi untuk meletakkan sebarang makanan untuk jualan bagi meningkatkan keuntungan kedai koperasi kita. Makluman Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang. Disediakan oleh, Disemak oleh, ……………norehan………….... ………………jura…………. (PUAN NOREHAN BT. ZAKARIA) (PUAN JURA BT. HJ HAMID) Setiausaha, Pengerusi, Kop. Warga Sek. Keb. Seri Impian Berhad. Kop. Warga Sek. Keb. Seri Impian Berhad. Sk : 1. Fail Setiausaha 2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia
10 LAPORAN TAHUNAN KOPERASI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN BERHAD 1. PENTADBIRAN Pengurusan pentadbiran koperasi ditadbir oleh jawatankuasa yang dikenali sebagai Anggota Lembaga (AL). Pelantikan Anggota Lembaga sesi 2022/2023 telah dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelapan belas (Ke-18) sesi 2022/ 2023 bertarikh 29 September 2022 (Khamis) bertempat di bilik mesyuarat, SK Seri Impian. Urusan pentadbiran koperasi turut dibantu oleh Juruaudit Dalaman Koperasi (JAD) yang terdiri daripada tiga orang anggota koperasi dan Juruaudit Luar (JAL) yang dilantik dan bertauliah. 2. ANGGOTA LEMBAGA ( 1/4/2022 – 31/3/2023 ) Pengerusi : Puan Jura Binti Hj Hamid Setiausaha : Puan Norehan Binti Zakaria Bendahari : Puan Khairulnisya Binti Shafie AJK : Puan Norazila Binti Harun ( Pengurus Jualan) Puan Norjunainy Binti Alno’man( Keanggotaan ) Puan Nazura Binti Ahmad ( Kebajikan/ Promosi) 3. SENARAI JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD) KOPERASI SESI 2022/ 2023 1. Encik Md Tarmizi Bin Hashim 2. Encik Md Khaidil Bin Taib 3. Puan Nor Bakthiriah binti Ishak 4. MESYUARAT LEMBAGA A. TARIKH PERLAKSANAAN MESYUARAT LEMBAGA BIL TARIKH MESYUARAT KEHADIRAN 1. 14/06/2022 Mesyuarat ALK Kali Pertama sesi 2022/2023 6/6 2. 11/10/2022 Mesyuarat ALK Kali Kedua sesi 2022/2023 6/6 3. 02/12/2022 Mesyuarat ALK Kali Ketiga sesi 2022/2023 6/6 B. KEHADIRAN MESYUARAT BERKALA (MB) NAMA ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI ( AL ) MB 1 MB 2 MB 3 1. PUAN JURA BINTI HAJI HAMID / / TB 2. ENCIK MOHD NIZAM BIN OTHMAN TB TB / 3. PUAN NOREHAN BINTI ZAKARIA / / / 4. PUAN KHAIRULNISYA BINTI SHAFIE / / / 5. PUAN NAZURA BINTI AHMAD / / / 6. PUAN NORJUNAINY BINTI ALNO’MAN / / / 7. PUAN NORAZILA BINTI HARUN / / /
11 5.AKTIVITI SEPANJANG 2022/2023 1. Menjual air minuman/mineral( cawan dan botol ) dan minuman kotak yang biasa dan sejuk. 2. Menjual roti jenama Gardenia perisa jagung dan ikan bilis. 3. Menjual sebahagian barangan runcit daripada Coop Station(001)kerjasama dengan Koperasi MGB. 4. Menjual aneka roti daripada kedai D’Anny Cookies. 5. Menjual sampul raya pelbagai jenis mengikut citarasa pelanggan sempena Aidilfitri 2022. 6. Menjual air kotak sejuk pelbagai perisa dan susu segar. 5. Penjualan cenderahati sempena Hari Guru 2022. 6. Penjualan alatan tulis serta keperluan sekolah yang lain seperti pensel 2B, pensel khat, pen, buku latihan, buku nota, kertas pembalut hadiah, rantai kunci, dompet kanak-kanak,tali leher, kotak pensel, lencana sekolah dan baju/seluar sukan ( Lelaki & Perempuan ). 7. Penjualan bendera Jalur Gemilang, kipas merdeka serta topi bertemakan Hari Merdeka 2022. 8. Penjualan majalah pendidikan dan buku ilmiah bagi menambah pengetahuan sedia ada pelajar dan anggota koperasi. 9. Menyediakan perkhidmatan air penapis (panas& sejuk) untuk kemudahan anggota yang ingin menikmati minuman panas dan sejuk di koperasi. 10.Menghadiri Kursus WAJIB anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Zon Utara secara berkala dan menyertai program anjuran ANGKASA Negeri Pulau Pinang dari masa ke semasa. 11. Menguruskan jualan Buku Kerja bagi matapelajaran teras dan Elektif kepada semua murid tahun satu hingga tahun enam. 12. Menyertai kursus/ bengkel yang bersesuaian anjuran pihak ANGKASA Negeri Pulau Pinang. 13. Menjual bahan pencuci pakaian dan pinggan mangkuk keluaran Bumiputera. 14. Menjual ubat tradisional dan ubat berasaskan herba untuk keperluan warga sekolah. 15. Menguruskan tempahan secara ala carte kepada pelanggan jika ada permintaan daripada Anggota Koperasi. 16. Menjual bekas jenama Tupperware dengan promosi hebat dan harga berpatutan. 17. Memberikan sumbangan kepada beberapa program sekolah bagi menampung perbelanjaan dan kos semasa program terlibat. 18. Menjaga kebajikan semua anggota koperasi yang ditimpa kesusahan. 19. Menyediakan perkhidmatan fotostat. 20. Menjalin hubungan baik dengan pihak bank tertentu dalam usahasama menjana pendapatan koperasi. 21. Menjual pewangi kereta dan makanan frozen. 22. Berusaha mempromosikan barangan di koperasi secara berkala melalui kaedah maya atau secara fizikal. 6.KURSUS / SEMINAR/ BENGKEL/ TAKLIMAT ( 1/4/2022 – 31/3/2023 ) 1. Pada 25 April 2022, semua anggota koperasi menghadiri Seminar Bicara Ilmu “Berkoperasi Dari Hati” bertempat di Hotel Ixora, Perai. 2. Puan Jura Binti Hj Hamid telah mewakili koperasi ke Mesyuarat Agung Perwakilan ANGKASA ke-36 (MAPA 2022) melalui kaedah atas talian di Wisma Ungku A. Aziz di Kelana Jaya, Selangor. 3. Bengkel Pendidikan Zakat dalam Ekonomi Koperasi 2022 telah diadakan pada 29 Jun 2022 bertempat di Ixora Hotel, Perai. Bengkel tersebut dihadiri oleh Puan Jura, Puan Norjunainy Binti Alno’man, Puan Norazila Binti Harun, dan Puan Khairulnisya Binti Shafie.
12 3. Taklimat Digitalisasi memperkukuhkan keupayaan koperasi telah dilaksanakan pada 18 Julai 2022 dan diwakili oleh semua Anggota Lembaga melalui aplikasi secara atas talian (Online ZOOM). 4. Bengkel Pemerkasaan Peruncitan melalui Pusat Pengedaran ANGKASA Program BA100 telah dilaksanakan pada 21 Julai 2022 bertempat di Masjid at-Taqwa, Taman Bertam dan diwakili oleh Puam Nazura Binti Ahmad. 5. Pada 4 Ogos 2022, Puan Jura Binti Hj Hamid, Puan Khairulnisya Binti Shafie, Puan Norjunainy Bt. Alnoman dan Puan Norehan Binti Zakaria telah menghadiri Bengkel Pematuhan Syariah ANGKASA 2022 di Hotel Ixora, Perai. 6. Kursus Pemantapan Jati Diri koperasi telah diadakan di Dewan Koperasi Sg. Gelugor Berhad, Pulau Pinang pada Tarikh 14 Ogos 2022. 7. Taklimat Peluang Perniagaan Koperasi Untuk Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan pada 19 September 2022 bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang, Kepala Batas yang dihadiri oleh Puan Norazila Binti Harun dan Puan Norjunainy Binti Alno’man. 8. Pada 17 Disember 2022 telah berlangsung Taklimat BA100 Negeri Pulau Pinang bertempat di Bilik Seminar, Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Pulau Pinang dan telah dihadiri oleh Puan Nazura Binti Ahmad dan Puan Norjunainy Binti Alno’man. 9. Encik Mohd Nizam Bin Othman telah mewakili koperasi dalam Mesyuarat Agung Negeri (MAN) Pulau Pinang pada 2 Mac 2023 melalui Aplikasi Tele-Conferencing ZOOM Meeting 7. AKHIR KATA Jawatankuasa pentadbiran merangkap Anggota Lembaga( AL ) memohon kemaafan kepada semua anggota sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan yang tidak disengajakan sepanjang menguruskan kedai koperasi bagi sesi 2022/ 2023 ini. Kami amat berharap agar semua anggota Koperasi Warga Sekolah Kebangsaan Seri Impian Berhad akan terus memberi sokongan padu dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu perniagaan dan prestasi koperasi agar terus mantap dan kental menghadapi segala cabaran mendatang. Yang Menjalankan Amanah, …………………norehan…………………….. ( PUAN NOREHAN BINTI ZAKARIA ) Setiausaha, Koperasi Warga Sekolah Kebangsaan Seri Impian Berhad. s.k : 1. Fail Setiausaha Koperasi Warga Sek. Keb. Seri Impian Bhd. 2. Fail Suruhanjaya Koperasi Malaysia, caw. Bkt. Mertajam.
13 KOPERASI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN LAPORAN TAHUNAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN KOPERASI TAHUN 2022/2023 1. TUJUAN Laporan ini disediakan adalah untuk memenuhi kehendak Subseksyen 49(2) Akta Koperasi 1993 dan Undang-undang Kecil Koperasi 52(2) untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-19. 2. KEANGGOTAAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN Keanggotaan Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi adalah seperti berikut: i. Encik Md Tarmizi b. Hashim ii. Encik Md Khaidil b. Taib iii. Puan Nor Bakthiriah bt. Ishak 3. SKOP AUDIT Laporan yang dibuat adalah berasaskan hasil pengauditan terhadap hal-ehwal kewangan pentadbiran dan aktiviti-aktiviti koperasi yang dijalankan dari 1 April 2022 hingga 31 Mac 2023. 4. HASIL PENEMUAN AUDIT Penemuan-penemuan kami adalah seperti berikut: 4.1 Penambahan Syer 4.1.1 Anggota koperasi kurang aktif dalam penambahan syer koperasi. 4.1.2 Penyata kewangan bersama-sama dengan nota-nota memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi pada 31 Mac 2023 dan keuntungan bagi masa berakhir pada tarikh tersebut. 4.2 Penyelenggaraan buku-buku dan rekod-rekod perakaunan 4.2.1 Buku-buku dan rekod-rekod perakaunan didapati diselenggara dengan baik. 4.2.2 Rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain yang sepatutnya disimpan oleh koperasi telah disimpan dengan sempurna mengikut kehendak Seksyen 58 Akta Koperasi 1993.
14 4.3 Susun Atur Aset dan Stok Koperasi 4.3.1 Aktiviti jual beli di koperasi di tahap baik dan berjalan dengan lancar. Ini memberikan kemudahan kepada para pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan oleh mereka dari masa ke semasa. 4.3.2 Susun atur Aset serta dekorasi di kedai masih boleh ditambah baik bagi menarik minat pelanggan manakala pengurusan stok adalah bersistematik. 4.3.3 Kedudukan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi termasuk hutang-hutang belum bayar kepada koperasi adalah dinyatakan dengan munasabah. 4.4 Sambutan 4.4.1 Sambutan di kalangan anggota dan pelanggan adalah di tahap baik di samping mendapat layanan mesra daripada pembantu kedai koperasi. 5. KESIMPULAN DAN PANDANGAN Tertakluk kepada perkara-perkara di atas, kami berpendapat bahawa pengurusan dan hal ehwal koperasi telah dilaksanakan dengan baik dan kemas, dan boleh diperbaiki sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta Koperasi 1993. Peraturan-peraturan Koperasi 1995, Undang-Undang Kecil Koperasi. 6. PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pengauditan dalaman yang telah diamanahkan kepada kami. Semoga koperasi sentiasa maju di samping menjaga kebajikan anggota-angotanya. ........................tarmizi........................ (Encik Md Tarmizi Bin Hashim) Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Warga SKSI Berhad ......................khaidil....................... .............................................................. (Encik Md Khaidil Bin Taib) (Puan Norbakthiriah Binti Ishak) Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman Ahli Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi Warga SKSI Berhad Koperasi Warga SKSI Berhad
15 Sila scan QR Code untuk LAPORAN PENUH PENYATA KEWANGAN 15
16 16 Anggaran Belanjawan Tahunan Koperasi Warga Sekolah SK. Seri Impian Berhad Tahun 2024 Tahun 2023 Tahun 2024 Pendapatan Kedai Buku RM4,730.00 RM6,000.00 Yuran ahli RM120.00 RM150 Jumlah anggaran pendapatan RM4,850.00 RM6,150.00 Perbelanjaan Alatulis dan percetakan RM340.00 RM480 Belanja pejabat RM247.40 RM300.00 Belanja Mesyuarat Agung Koperasi RM2,000.00 RM3,000 Caj bank RM56.00 RM50.00 Sumbangan RM2,214.00 RM3,600.00 Elaun Pembantu koperasi RM6,000.00 RM6,600.00 Elaun Pengurusan RM149.20 RM500.00 Elaun Perjalanan ALK RM200.00 RM500.00 Fi akaun RM840.00 RM1,000.00 Fi audit luar RM1,700.00 RM2,000.00 Kerugian pelupusan aset RM1,050.00 RM1,000.00 Makanan dan minuman RM789.10 RM1,000.00 Sewa kedai RM1,800.00 - Sewa mesin fotostat RM1,100.00 RM1,200.00 Jumlah Anggaran Perbelanjaan RM18,485.70 RM18,230.00
17