The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulhelmi5625, 2021-12-11 12:53:47

BUKU LAPORAN MESYUARAT PERWAKILAN PPUBPJ 2021

BUKU LAPORAN TAHUNAN MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA TAHUN 2021

Senarai Kandungan

No Perkara Muka
Surat
1 Notis Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Petaling Jaya 3
5
2 Atucara Mesyuarat 6
7
3 Agenda Mesyuarat 8
9
4 Utusan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 11
13
5 Utusan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor 14

6 Utusan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya 15

7 Senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia 16

8 Senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri Selangor 21

9 Senarai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Petaling Jaya 31

10 Senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Petaling 33
Jaya 40

11 Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Petaling Jaya 2021 (Kertas Mesyuarat Bil 1/2021)

12 Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling
Jaya 2020-2021 (Kertas Mesyuarat Bil 2/2021)

Penyata Tahunan - Laporan Kewangan Pergerakan Pemuda

13 UMNO Bahagian Petaling Jaya Bagi Tahun Berakhir 31 Disember

2020 (Kertas Mesyuarat Bil 3/2021)

14 Galeri Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya

15 Lagu UMNO dan Ikrar Pemuda

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA

No Rujukan : PPUBPJ/PSU/2021-032/02

Tarikh : 6 Disember 2021

Kepada :
Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian
Timb. Pengerusi Tetap Pemuda Bahagian
Naib Ketua Pemuda Bahagian
Pen. Bendahari Pemuda Bahagian Ketua
Penerangan Pemuda Bahagian
Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian
Wakil UMNO Bahagian
Ketua Pemuda Pemuda Cawangan

Saudara,

NOTIS MESYUARAT PERWAKILAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa bersesuai dengan Fasal 14.1 Peraturan
Pergerakan Pemuda UMNO dan Fasal 6.2 Peraturan Persidangan, maka Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Tahun 2021 akan diadakan seperti butir-
butir berikut:-

Tarikh 12 Disember 2021 (Ahad)
Masa 2.30 Petang
Tempat
Atlanta Ballroom, Hotel Armada, Petaling Jaya
Perasmi
Datuk Wira Hj Abdul Mutalif Hj Abdul Rahim
Ketua UMNO UMNO Bahagian Petaling Jaya

Oleh yang demikian, bagi mengurangkan jumlah kehadiran merujuk kepada surat pemakluman
daripada Setiausaha Agung UMNO serta juga masih tertakluk kepada SOP COVID-19 Fasa 4
Pelan Pemulihan Negara (PPN) terkini untuk Mesyuarat Pertubuhan Berdaftar yang dikeluarkan
oleh pihak Kerajaan sebagai langkah berjaga-jaga, maka hanya Ketua Pemuda Cawangan dan
Naib Ketua Pemuda Cawangan yang bersidang bagi tahun 2021 sahaja yang dijemput dan
dibenarkan hadir bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli Parti bagi memenuhi korum yang
ditetapkan adalah ¼ daripada jumlah Perwakilan Layak Hadir.

3

Kehadiran sebagai Perwakilan Pemuda UMNO Cawangan seperti dinyatakan adalah sangat-
sangat dihargai demi perjuangan parti bagi kepentingan agama, bangsa dan nusa.
BERSATU – BERSETIA - BERKHIDMAT

..............................................................
Zulhelmi Bin Mansor
Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
s.k. 1) Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

2) Penolong Setiausaha Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Selangor
3) Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
4) Setiausaha UMNO Bahagian Petaling Jaya
5) Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya

4

ATURCARA MESYUARAT
PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING

JAYA TAHUN 2021

Tarikh : 12 Disember 2021 (Ahad)
Tempat : Atlanta East, Hotel Armada

Masa Perkara Tempat
2.30 Petang
2.45 Petang Kehadiran Para Perwakilan Pemuda Atlanta Ballroom,
Pendaftaran Hotel Armada,
3.15 Petang Petaling Jaya
Perwakilan masuk ke dalam Dewan
4.15 Petang
4.30 Petang Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
4.45 – 5.15 Laporan Penolong Setiausaha
Bacaan doa
5.15 Petang
Ucapan Aluan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
6.30 Petang
Persidangan Dimulakan
1. Pengerusi Tetap/Sementara menandatangi Surat Akuan Sumpah & Membaca Surat Akuan Sumpah
2. Pengumuman Pengerusi Tetap mengenai jumlah Perwakilan dan bilangan Cawangan yang hadir mesyuarat
3. Pesanan Pengerusi mengenai tatacara mesyuarat
4. Membentangkan Kertas-Kertas Persidangan

4.1 Membentangkan Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian tahun lalu
(kertas mesyuarat Bil.1)

4.2 Membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian (kertas Mesyuarat Bil. 2)
4.3 Membentangkan Penyata Kewangan Bahagian yang berakhir 31hb. Disember tahun berkenaan (kertas

mesyuarat Bil. 3)
5. Memilih 10 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Mesyuarat UMNO Bahagian
6. Memilih 2 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda

UMNO Malaysia
7. Membahaskan usul-usul (kertas mesyuarat Bil. 4 dan seterusnya)
8. Tangguhan Persidangan
9. Ucapan Penangguhan
10. Persidangan ditangguhkan

Jamuan Minum Petang
Ketibaan Para Tetamu Jemputan

Ketibaan Perasmi
Datuk Wira Hj Abdul Mutalif Abdul Rahim Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya

dan
Tuan Shahril Sufian Hamdan
Pengarah Ekonomi Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia & Naib Ketua Pemuda UMNO

Malaysia
Talk Session
Bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Majlis Perasmian Pergerakan Sayap Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya

- Nyanyian lagu Negaraku, UMNO Bersatu Bersetia Berkhidmat dan Ikrar Pemuda
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Aluan

Sdr A’zlan Hj Abu Bakar
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
- Ucapan Perasmian
Datuk Wira Hj Abdul Mutalif Abdul Rahim
Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya
- Gimik Perasmian
- Penyampaian Cenderahati
- Sesi Bergambar
- Majlis Perasmian selesai

Selesai

5

ATURAN URUSAN MESYUARAT
PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING

JAYA

1. Ucapan Alu-aluan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Petaling Jaya

2. Ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
3. Pengumuman Pengerusi Tetap mengenai jumlah Perwakilan dan bilangan

Cawangan yang hadir Mesyuarat
4. Pesanan Pengerusi mengenai tatacara mesyuarat
5. Membentangkan Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO

Bahagian tahun lalu.(kertas mesyuarat Bil.1)
6. Membentangkan Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian.(kertas

Mesyuarat Bil. 2)
7. Membentangkan Penyata Kewangan Bahagian yang berakhir 31hb. Disember tahun

berkenaan.(kertas mesyuarat Bil. 3)
8. Memilih 10 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Mesyuarat UMNO

Bahagian
9. Memilih 2 orang wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan

Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
10. Membahaskan usul-usul.(kertas mesyuarat Bil. 4 dan seterusnya)
11. Tangguhan Persidangan
12. Ucapan Penangguhan
13. Persidangan ditangguhkan

6

PERUTUSAN DATO’ DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 7
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEMPENA MESYUARAT PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAGI TAHUN 2021

Assalamualaikum wbth dan salam Pemuda Teras Kebangkitan…
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah atas limpahan rahmat dan ehsanNya maka
diberikan kita kekuatan untuk meneruskan kesinambungan sebuah perjuangan dengan
menjayakan persidangan Pergerakan Pemuda UMNO di bahagian-bahagian bagi
tahun 2021.

Meskipun kita masih terbelenggu dengan pandemik Covid19 dan tekanan dari pihak
tertentu yang tidak senang dengan UMNO, namun semangat melaksanakan tuntutan
perlembagaan dapat diterjemahkan oleh kita semua membuktikan UMNO sebagai
sebuah parti yang bersistem, berakar umbi dan bersiap siaga meneruskan khidmat bakti kepada rakyat serta
relevan untuk terus memimpin negara. Justeru, saya menyeru kepada semua agar mematuhi setiap garis panduan
(SOP) yang telah ditetapkan supaya persidangan berlangsung lancar dan terhindar dari sebarang musibah.

Saudara-saudaraku,

Kita bersidang kali ini sejurus selepas kita meraikan kejayaan di dalam Pilihan raya Negeri Melaka yang
mencatatkan kecemerlangan dan membolehkan terbentuknya sebuah kerajaan baru yang jauh lebih stabil serta
mampu membawa kemakmuran. Bahkan, persidangan kita kali ini lebih istimewa kerana pentadbiran negara kini
di bawah teraju UMNO yang genap 100 hari usianya pada 29 November yang lalu. Hakikatnya, kekuasaan itu
adalah milik Allah SWT. Ianya bersilih ganti dan beringatlah akan tanggungjawab mengisi taklifan amanah dengan
penuh hemah.

Kejayaan yang dicapai perlulah dirai dengan penuh tawadhu’. Perjalanan perjuangan masih jauh dan menuntut
kita untuk terus beristiqomah. Kelekaan dan kealpaan kelak akan menjadi asbab kita kembali dihukum. Sedarilah
bahawa kuasa yang ada hanyalah sementara. Tugas kita adalah untuk memanfaatkannya dan mengisi dengan
setinggi komitmen dan keikhlasan sekaligus akan mengundang rahmat serta keberkahan dalam perjuangan.
Prinsip menjunjung integriti perlu menjadi teras pentadbiran dan segala permasalahan rakyat menjadi keutamaan.

Pergerakan Pemuda UMNO perlu belajar menginsafi segala peristiwa yang berlaku. Kitalah generasi kepimpinan
yang bertuah melalui fasa-fasa kejatuhan dan kebangkitan. Kita semakin matang di dalam mendepani cabaran
dan membuat keputusan. Kita semakin kenal lawan dan kawan. Dan lebih penting, kita perlu belajar dari kesilapan,
menjiwai sepenuhnya perjuangan serta merancang formula terbaik agar UMNO kekal mendapat sokongan.

Dinamika politik hari ini semakin mencabar. Generasi muda dibentangkan dengan kepelbagaian ideologi dan
alternatif. Tugas berat kita adalah untuk kembali menyuntik kesedaran politik dan kefahaman sebenar terhadap
apa yang selama ini kita perjuangkan. Sejarah perjuangan menjadi tauladan. Namun, yang lebih penting UMNO
perlu diyakini sebagai sebuah parti yang memahami aspirasi dan denyut nadi generasi kini serta menjadi wadah
sandaran yang mampu melakar kecemerlangan di masa hadapan.

Oleh itu, jadikanlah persidangan ini platfom untuk bertukar pandangan dan cadangan, pelantar mencipta tawaran-
tawaran baru yang bernas dan meyakinkan, pentas menyuntik semangat keberanian mempertahankan
perjuangan dan tapak mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan peperangan, PRU-15 yang pada bila-bila
masa boleh diadakan. Di sinilah medan untuk kita mempertautkan ukhwah, merapatkan saf memperkukuhkan
jemaah, menyusun strategi dengan bijaksana dan berhikmah, hentikan berbalah, cari titik tengah merungkaikan
segala masalah, satukan hati elakkan berpecah, bekerja dengan ikhlas tanpa lelah, pasakkan nawaitu dan iktiqad
kerana Allah. In shaa Allah. UMNO akan terus bangkit bermaruah.

Salamat bersidang

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

PERUTUSAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO
NEGERI SELANGOR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, selawat dan
salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, juga sekalian ahli
keluarga dan sahabat baginda sepanjang detik dan waktu.

Alhamdulillah, segala rasa syukur dipanjatkan kepada Tuhan Yang Maha
Berkuasa, lantaran dan rahmatNya jua, kita sekali lagi diberi peluang bagi
memikul amanat untuk melaksanakan Mesyuarat Perwakilan Tahunan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian bagi tahun 2021. Perjuangan kita hari
ini adalah perjuangan yang bernawaitukan kepada Allah SWT,

bagi mendukung dan memperkasakan institusi UMNO serta Pemuda UMNO
yang telah menjadi wadah pembangunan bangsa dan negara yang berjaya
merentasi pelbagai ombak dan badai rintangan dalam mengharungi zaman dan sejarah. Komitmen dan
istiqamah terhadap perjuangan ini sememangnya terpahat kukuh atas landasan dan asas agama.

Kita diingatkan oleh Allah SWT tentang istiqamah dan pentingnya kita berpegang kepada tali agama dan
perpaduan.Sejarah telah dicipta semasa Plihanraya Negeri Melaka baru-baru ini. Pengundi iaitu rakyat Negeri
Melaka telah menobatkan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Negeri yang akan merajui selama 5 tahun
mendatang. Alhamdulillah, dengan menampilkan calon-calon yang terdiri daripada 85 % muka baru telah
membuahkan hasil. Semoga semangat juang di Pilihanraya Negeri Melaka dapat dizahirkan di Negeri Selangor
pada Pilihanraya Umum ke 15.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia harus menjadi benteng terkehadapan kepada parti keramat UMNO untuk
kembali memerintah negara pada PRU yang akan datang demi rakyat dan negara. Para anggota Pemuda
UMNO harus bangkit kembali dan menjiwai sepenuh perjuangan parti demi negara dan rakyat. Ianya tidak
mustahil malah boleh dilaksanakan sekiranya kita kekal bersatu, bersetia dan berkhidmat untuk agama, bangsa
dan negara.

Maka menjadi tanggungjawab kita selaku sayap Pemuda parti untuk turut sama-sama mencari kebenaran
terhadap sesuatu isu, memahami isu tersebut, dan seterusnya berjuang melawan segala manipulasi fakta yang
diutarakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan berniat jahat.Gunakan segala ilmu yang ada, teknologi
yang tersedia dan paling penting, usaha berterusan untuk sama-sama mempertahan dan memperkasakan
UMNO agar ia terus relevan dengan kemahuan, keperluan serta cita rasa anak muda.

Akhir kata, saya mewakili seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, mengucapkan
selamat bersidang kepada kepimpinan dan seluruh ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian. Semoga persidangan
kali ini berjalan dengan lancar dan segala usaha kita akan diberkati oleh Allah S.W.T.

YB DATUK HJ RIZAM BIN HJ ISMAIL
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI SELANGOR

8

PERUTUSAN DAN AMAMAT KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN PETALING JAYA TAHUN 2021

Assalammualaikum WBT dan salam #KeluargaPemudaPJ buat seluruh ahli pemuda
yang saya kasihi walaupun mungkin tidak dapat hadir secara fizikal ke mesyuarat
perwakilan pada tahun ini. Kepada seluruh Perwakilan yang hadir, selamat datang dan
selamat bersidang saya ucapkan.

Sahabatku, susah senang kita telah bersama kita laluinya sepanjang tahun 2018 –
2021 kini. Saya percaya pelbagai coretan cerita dapat kita ungkapkan dan ceritakan
kepada pewaris kita selepas ini hasil apa yang kita sebagai ahli parti telah lalui. Fasa
ini bukan sahaja suatu sejarah tetapi satu pengajaran dan muhasabah besar kita sebagai ahli parti yang
setia untuk bersama dengan parti keramat UMNO ini. Saya sangat kagum dengan semangat seluruh ahli
Pemuda Petaling Jaya khususnya.

Sahabatku, walaupun kini kita yang memimpin Kerajaan ini sesungguhhpun ditakdirkan kita telah kalah
dalam PRU-14 yang lalu, tetapi ini semua adalah kekuasaan daripada-Nya. Sebagai seorang hambaNya
kita perlu terus bersyukur akan nikmat ini dan sentiasalah merendah diri. Semoga dengan apa yang kita
kecapi hari ini dapat terus memberi sokongan dan menaikkan semangat moral kita sebagai
pendokong parti. Semangat ini tentunya lebih berkobar-kobar setelah kita memenangi Pilihanraya Negeri
Melaka baru-baru ini.

Sahabatku, diam tidak diam, beberapa pencapaian telah Pemuda Petaling Jaya buktikan antaranya
dengan penubuhan Gerakan Tuntut Malaysia yang membawa kepada tercetusnya sebuah Persatuan
Penghantar P-Hailing Malaysia di peringkat nasional. Selain itu, kita juga telah menubuhkan Petaling Jaya
Youth Centre (PJYC) sebagai sebuah pusat sehenti pengumpulan anak muda / belia berkarya dan
bersosial yang telah menarik minat mahasiswa sehingga tertubuhnya UMNO Siswa Selangor di PJYC ini.

Sahabatku sekalian, sesungguhnya Pemuda Petaling Jaya dibawah kepimpinan saya akan terus
memainkan peranan utama dalam memastikan penglibatan anak muda / belia ini dapat terus diperkasa
demi memastikan perjuangan UMNO demi rakyat itu terus relevan dengan dunia hari ini dan sudah
semestinya saya amat memerlukan sokongan semua ahli akar umbi pemuda untuk terus mempunyai sikap
kebersamaan ini bersama saya.

Sahabatku yang dikasihi, akhir kata, marilah kita teruskan momentum untuk kita menuju ke fasa perang
PRU-15 dan percayalah kemenangan itu hanya akan dapat dapat dicapai apabila kita buang sikap iri hari
dan hasad dengki. Marilah kita satukan tekad ini demi kemenangan mendatang kerana memang terbukti
‘Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat’.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD A’ZLAN BIN HJ ABU BAKAR
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Petaling Jaya

9

SENARAI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO MALAYSIA SESI 2018-2021

SENARAI
EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA (PPUM)

SESSI 2018-2021

BIL JAWATAN NAMA
1 PENGERUSI TETAP SAUDARA MOHD HAFEEZ BIN CHE MAT
2 TIMBALAN PENGERUSI TETAP
3 KETUA SAUDARA ISZUWAN BIN ISMAIL
YBHG DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’
DUSUKI

4 NAIB KETUA SAUDARA SHAHRIL HAMDAN
5 PENOLONG SETIAUSAHA YBHG DATO' HASMUNI BIN HASSAN

6 PENOLONG BENDAHARI SAUDARA JOHARI BIN YAZID

7 KETUA PENERANGAN YB SAUDARA MOHD SHAHAR BIN ABDULLAH

8 AHLI JAWATANKUASA YBHG DATO' HASMUNI BIN HASSAN
(PENGERUSI AKADEMI SAUDARA MOHD LASSIM BIN BURHAN

9 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA AZRIL RIZAL YUSOF BIN DATO' SRI
(PENGERUSI SEKRETARIAT MOHD SARIT
SAUDARA IKMAL HAZLAN BIN IKMAL HISHAM
10 AHLI JAWATANKUASA
(PENGERUSI SEKRETARIAT SAUDARA MUHAMMAD FAIZ BIN HASHIM
SAUDARA MUHAMAD MUQHARABBIN BIN
11 AHLI JAWATANKUASA MOKHTARRUDIN
(PENGERUSI SEKRETARIAT SAUDARA AFRIZ BIN MOHD NOOR

12 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MOHAMAD AMIN BIN OTHMAN
(TIMBALAN PENGERUSI I YBHG DATO' DR NAJMIL FAIZ BIN MOHAMED
ARIS
13 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MUSTAFA SHAH BIN ABDUL HAMID
(PENGERUSI SEKRETARIAT
YB DATUK RAIS BIN YASIN
14 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA SYED ATIF BIN SYED ABU BAKAR
(PENGERUSI SEKRETARIAT
SAUDARA MOHD ADHA BIN ZAINAL AZNAM
15 AHLI JAWATANKUASA
(PENGERUSI SEKRETARIAT

16 AHLI JAWATANKUASA
(PENGERUSI SEKRETARIAT

17 AHLI JAWATANKUASA
(PENGERUSI SEKRETARIAT

18 AHLI JAWATANKUASA
(PENGERUSI SEKRETARIAT

19 AHLI JAWATANKUASA
(TIMB. PENGERUSI

20 AHLI JAWATANKUASA
(TIMB. PENGERUSI

10

21 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MUHAMMAD FAIZAL BIN SUFAR
(TIMB. PENGERUSI II

22 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA WAN MUHAMMAD AZRI BIN WAN
(TIMB. PENGERUSI I MEDIA DAN DERIS

23 AHLI JAWATANKUASA YB ANDI MUHAMMAD SURYADY BIN
(TIMB. PENGERUSI BANDY

24 AHLI JAWATANKUASA (TIMB. YBHG DATUK MOHAMAD FAZLY BIN ZAINUDDIN
PENGERUSI SEKRETARIAT YBHG DATO' SHAHRUL NASRUN BIN DATO'
KAMARUDIN
25 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA FAIRUZ EDZUAN BIN JAMALUDIN
(TIM. PENGERUSI II
SAUDARA BASTIEN ONN
26 AHLI JAWATANKUASA
(PENGERUSI SEKRETARIAT

27 AHLI JAWATANKUASA
(LANTIKAN)

28 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MUHAMMAD FARHAN BIN
(LANTIKAN) KHAIRUDDIN

AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MOHD FARIZ BIN ABD HADI
29 (LANTIKAN)

AHLI JAWATANKUASA SAUDARA NIK SAIFUL ADLI BIN BURHAN @
30 (LANTIKAN) JAOHARI

31 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA AFIF FARHI BIN OTHMAN
(LANTIKAN)

32 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA RAIHAN BIN HUSNI
(LANTIKAN)

33 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MD FADZMEL BIN MD FADZIL
(LANTIKAN)

34 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MOHD HAFIDZ BIN YAKUBAH KHAN
(LANTIKAN)

35 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA FARIDZUL AZLAN BIN ABD SHANI
(LANTIKAN)

36 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA HAFIZ BIN ARIFFIN
(LANTIKAN)

37 AHLI JAWATANKUASA SAUDARA MUHAMMAD NUR AIZAT BIN NOOR
(LANTIKAN) AZAM

38 SETIAUSAHA KERJA SAUDARA SYAHRIL IZHAM ABD MALEK

SENARAI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO NEGERI SELANGOR
SESI 2018-2021

KETUA : YB TUAN HAJI RIZAM BIN HAJI ISMAIL

NAIB KETUA : SDR AMIN B MOHD SHUKOR

PENOLONG SETIAUSAHA : DATO’ NOORAZLEY BIN YAHYA

PENOLONG BENDAHARI : SDR MUHAMMAD BIN NOOR AZMAN

KETUA PENERANGAN : DATO’ MOHD SHAHRIZAL BIN SAHRI

AHLI JAWATANKUASA : SDR SHAHRIL SUFIAN BIN HAMDAN
YB DATO’ MOHD IMRAN BIN TAMRIN
SDR AHMAD YANI BIN AHMAD AZIZ
SDR MOHD SYARIL BIN RAHIM
SDR SHAHZANURIMAN BIN NUAR PARAS KHAN
SDR AHMAD FEARDAUS BIN DAUD
SDR ZULKIFLI BIN RAJALIE
SDR MOHD NEEZAM BIN ABDUL AZIZ
SDR MOHAMAD SYAHIR BIN MOHD YUSOF
SDR KAMSANI BIN KAMARUDIN
SDR MOHD ALFIE BIN ZAINAL ABIDIN
SDR A’ZLAN BIN HJ. ABU BAKAR
SDR IR. MOHD IZWAN BIN MOHD NOOR
SDR MOHD DENDERA BILLAH BIN ZAMZURI
SDR SAHRIZAN BIN DATO’ HJ. ROSLAN
SDR SHEIKH WESHAL BIN SHEIKH AHMAD
SDR MOHD HYDIER BIN HAMID

SETIAUSAHA KERJA : SDR AHMAD TARMIDZI BIN HJ ABD AZIZ

SENARAI JAWATANKUASA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
SESI 2018-2021

PENGERUSI TETAP : EN MUSA BIN BADOR
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : HAJI MOHAMAD SHAHRIZAN BIN MANAP
KETUA BAHAGIAN
TIMBALAN KETUA BAHAGIAN : DATUK HJ ABDUL MUTALIF BIN HJ ABDUL RAHIM, D.P.S.M
NAIB KETUA BAHAGIAN : HAJI JAMALUDIN BIN RAZALI
KETUA WANITA BAHAGIAN
KETUA PEMUDA BAHAGIAN : EN DAZMA SHAH BIN DAUD
KETUA PUTERI BAHAGIAN : DATIN PADUKA HAJJAH NORKHAILA BINTI JAMALUDDIN
SETIAUSAHA BAHAGIAN : EN MUHAMMAD A’ZLAN BIN ABU BAKAR
BENDAHARI BAHAGIAN : PUAN AZLEN HANI BINTI NORDIN
KETUA PENERANGAN
AHLI JAWATANKUASA : HJ MOHAMED SAM BIN A.WAHID
: DATUK HJ AZMAN SHAH BIN HJ ABDULLAH
PEMERIKSA KIRA-KIRA : EN MUHAMMAD NUR A’DNAN BIN ABU BAKAR
SETIAUSAHA KERJA
: EN ABD HADI BIN MAT JANI
EN HAIREL BIN HAMDZAN
EN MOHAMAD SOFI BIN MAT ISA
EN AHMAD AZHAR BIN ABDUL MAJID
DATUK DR AHMAD ANASRI BIN DAHALAN
EN SAMAT BIN ABU
HJ KHAIRUL ANWAR BIN ZAINI
HJ NORDIN BIN OMAR
EN ZAHARI BIN IDRIS
EN SAHIDONY BIN M.ALI
HJ MOHAMAD BIN BABA
EN SULIMAN BIN SAHAK
EN ISMAIL BIN OSMAN
PN SALMAH BINTI KAPEH
HJ AB ROHANI BIN YAKOB
EN MOHD BIN ABU BAKAR
EN ZAIDI BIN MAZALAN
EN ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
HJ KAMARUDIN BIN CHON
HJ AHMAD RAMLEE BIN MOHD ABDULLAH
CIK NOR AZMAH BINTI ABDULLAH
EN MOHAMMAD YAZID BIN OMAR
PN SITI HAJAR BINTI ABU BAKAR
HJ JOHARI BIN MAAROP
HJ MOHD NIZAM BIN SAARI
EN AHMAD TARMIJI BIN OSMAN
EN OMAR BIN AHIM
EN ISHAK BIN MAAROF

: EN ZAINUDDIBN BIN ITAM
EN JABANNOS BIN DIN

: HJ KHAIRUL ANUAR BIN MOKHTAR

SENARAI JAWATANKUASA PERGERAKAN PEMUDA
UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA
SESI 2018-2021

PENGERUSI TETAP : AHMAD DZAMIR BIN AHMAD PAUZI
TIMBALAN PENGERUSI TETAP : SAFFUAN BIN AHMAD

KETUA PEMUDA : MUHAMMAD A’ZLAN BIN ABU BAKAR
NAIB KETUA PEMUDA : MOHAMMAD YAZID BIN OMAR

SETIAUSAHA : HJ MOHAMED SAM BIN A.WAHID
PENOLONG SETIAUSAHA : MUHAMMAD ZULHELMI BIN MANSOR
PENOLONG BENDAHARI : ZAINAL ADZAM BIN ZAINAL AWALUDDIN
KETUA PENERANGAN : HARIS BIN MAHURI AKHBAR

AHLI JAWATANKUASA : AZRI FAZLI BIN OMAR
AHMAD SOBRI BIN URI
SAIFUL ISLAM BIN DATO’ YUSOFF
MOHAMMAD NIZAR BIN MAT ROZAINI
MOHD FAZEL BIN MOHD HANAPI
HAZRULNIZAM BIN OMAR
MOHD AZRI BIN KAMARUDIN
AHMAD GHAZI BIN KASBON
AHMAD TALHAH BIN MAT KHADZI
FAZRULSAM BIN MAT FAUZI
SUHAIMI BIN AYUB
MUHAMMAD ZULHELMI BIN MANSOR
SHAIFOL BIN ABD SALAM
MUHAMMAD HAKIM BIN ZAMANHURI
MUHAMMAD FUAD BIN RAMLAN
MUHAMMAD HANIFF BIN ISMAIL
MOHAMMAD HAMDAN BIN MAKHTAR
MUHAMMAD SYAFRIEN EFENDDY BIN AZMY

SETIAUSAHA KERJA : MUHAMMAD IMAN NORHIZAM
SHAMSUL BADRI BIN ADNAN

Peringatan Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Petaling Jaya 2020

(Kertas Mesyuarat Bil 1/2021)

PERINGATAN PERSIDANGAN
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA

Tarikh : 2 Januari 2021 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Dewan Melawati, TH Hotel Kelana Jaya

AGENDA MESYUARAT

1. Bacaan Doa
Bacaan doa dilaksanakan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya.

2. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu UMNO dan Lagu Ikrar Pemuda
Nyanyian lagu dilaksanakan semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya.

3. Pengerusi Tetap Membaca Surat Akuan Sumpah Di Hadapan Perwakilan

4. Pengumuman Pengerusi Tetap Mengenai Tatacara Mesyuarat

a. Pengerusi Tetap mengingatkan perwakilan supaya mematuhi peraturan
dan menghormati mesyuarat perwakilan yang akan bermula sebentar lagi

b. Beliau berharap supaya perwakilan memberikan kerjasama yang baik
sepanjang mesyuarat berlangsung dan membaca tatacara mesyuarat
untuk perhatian dan makluman semua.

c. Beliau meminta mesyuarat perwakilan untuk diteruskan mengikut susunan
agenda.

5. Pengumuman Pengerusi Tetap Mengenai Jumlah Perwakilan dan Bilangan
Ahli Yang Hadir Persidangan.
Pengerusi Tetap mengumumkan jumlah perwakilan seramai 44 orang daripada 160
orang yang layak menghadiri mesyuarat perwakilan iaitu korum persidangan ¼ bagi
mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM semasa Pandemik COVID-19.

6. Membentangkan Kertas-Kertas Persidangan:

6.1 Minit Peringatan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Petaling Jaya Tahun 2020. (Kertas Persidangan Bil. 01/2020)
Saudara Muhammad Zulhelmi Bin Mansor selaku Penolong Setiausaha
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya telah membentangkan
Kertas Persidangan Bil. 01/2020 – Minit Peringatan Mesyuarat Perwakilan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Tahun 2020 seperti yang
dilampirkan di dalam Buku Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Petaling Jaya Tahun 2020.

6.2 Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Tahun
2019 (Kertas Persidangan Bil. 02/2020)
Saudari Muhammad Zulhelmi Bin Mansor telah membentangkan Kertas
Persidangan Bil. 02/2020. Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Petaling Jaya Tahun 2019 - 2020 seperti yang dilampirkan di dalam
Buku Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya
Tahun 2020.

6.3 Penyata Kewangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Petaling Jaya Tahun
2019 (Kertas Persidangan Bil. 03/2020)
Saudara Zainal Adzam Zainal Awaluddin selaku Penolong Bendahari Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya telah membentangkan Kertas
Persidangan Bil. 03/2020. Penyata Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Petaling Jaya Tahun 2019 seperti yang dilampirkan didalam Buku
Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Tahun
2020

7. Memilih Sepuluh (10) Orang Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ke
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian.

Saudara Shamsul Badri Bin Adnan mencadangkan sepuluh (10) nama-nama
berikut dibacakan secara serentak

Senarai nama 10 wakil Pergerakan Puteri UMNO Bahagian ini telah disokong oleh
Saudara Khairul Anwar Abd Munir. Nama-nama berikut adalah seperti dibawah: -

a. Khairul Anwar Abd Munir
b. Mior Al Hafiz Shahrul Dhoman
c. Mohd Khairi Khalil
d. Shamsul Badri Adnan
e. Ahmad Hafizuddin Ahmad Hufaizal
f. Mohd Adha Leman
g. Nor Sazali Bin Norman
h. Mohammed Muiz Shamsudin

*Cadangan telah disokong oleh undian majoriti para perwakilan.

8. Pemilihan Dua (2) Orang Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ke
Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Keputusan pemilihan daripada perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Petaling Jaya adalah seperti berikut:

a. Mohd Suffi Johari
b. Mohamad Fakharudin Ismail

9. Ucapan Penangguhan
Ucapan penangguhan disampaikan oleh: -

10. Mesyuarat ditangguhkan
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.22 petang (2 Januari 2021)

Disediakan Oleh,

……………………………………………….
MUHAMMAD ZULHELMI BIN MANSOR
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling

Penyata Tahunan Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Petaling
Jaya 2020

(Kertas Mesyuarat Bil 2/2021)

PENYATA TAHUNAN

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA 2020/2021

JUMLAH CAWANGAN DAN KEAHLIAN BERAKHIR SEHINGGA 31 JANUARI 2020

PEMUDA CAWANGAN AHLI PEMUDA
169 4,047

PEGAWAI KERJA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA

 Setiausaha Kerja (Pengurusan) : Sdr Muhammad man Norhizam
 Setiausaha Kerja (Pilihanraya) : Sdr Shamsul Badri Adnan

MESYUARAT PENUH JAWATAN KAUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN

TARIKH MASA MESYUARAT TEMPAT
21/8/2021 9.00 MALAM GOOGLE MEET
5/3/2021 8.00 MALAM KALI KE-15
BIL.2/2021 PJYC
KALI KE-14
BIL.1/2021

MESYUARAT EXCO PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA

TARIKH MASA MESYUARAT TEMPAT
14/8/2021 9.00 MALAM GOOGLE MEET
28/2/2021 8.30 MALAM KALI KE-9 BIL :
2/2021 PJYC

KALI KE-8 BIL :
1/2021

STRUKTUR ORGANISASI PEMUDA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA

BIL SEKRETARIAT NAMA AHLI JAWATANKUASA

MOHD FAZEL BIN MOHD HANAPI
1 PELAJAR DAN MAHASISWA

ZAINAL ADZAM BIN ZAINAL AWALUDDIN

2 PENERANGAN DAN MEDIA MOHD FUAD BIN RAMLAN
MOHD AZRI BIN KAMARUDIN
AHMAD DZAMIR BIN AHMAD PAUZI

3 AKADEMI MUDA AHMAD GHAZI BIN KASBON
MUHAMMAD SYAFRIEN EFENDDY BIN AZMY
4 USAHAWAN DAN HARIS BIN MAHURI AKHBAR
PROFESSIONAL MUDA
MOHAMMAD YAZID BIN OMAR
5 AGAMA DAN HUBUNGAN SAIFUL ISLAM BIN YUSOFF
NGO MUHAMMAD HAKIM BIN ZAMAN HURI

6 BELIA & SUKAN FAZRULSAM BIN MAT FAUZI
MOHAMMAD NIZAR BIN MAT ROZAINI
SUHAIMI BIN AYUB
MOHAMMAD HAMDAN BIN MAKHTAR
AHMAD TALHAH BIN MAT KHADZI

HAZRULNIZAM BIN OMAR
SHAIFOL BIN ABD SALAM
MUHAMMAD HANIFF BIN ISMAIL
SAFFUAN BIN AHMAD

DAFTAR KEAHLIAN & AHMAD SOBRI BIN URI
8 HAL-EHWAL
MUHAMMAD A’ZLAN BIN ABU BAKAR
PERLEMBAGAAN MUHAMMAD ZULHELMI BIN MANSOR
AZRI FAZLI BIN MOHD OMAR

AJK ANGKAT PEMUDA ZON PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN
PETALING JAYA

ZON CAWANGAN TERLIBAT AJK ANGKAT
ZON 1 MEDAN MAJU JAYA
BUKIT SAFFUAN BIN AHMAD
GASING PETALING JAYA SELATAN MOHAMMAD HAMDAN BIN MAKHTAR
PERSIARAN GASING
ZON 2 INAI MERAH
BUKIT SEKSYEN 16
GASING SEKSYEN 17

ZON 3 FLAT PKNS SEKSYEN 17
BUKIT GENERASI GEMILANG
GASING DAMANSARA BARU
SEKSYEN 19
ZON 1 DAMANSARA INTAN
TMN PETALING JAYA BARAT
MEDAN KAMPONG BAIDURI
SRI 51A
ZON 2 SEKSYEN 51A/BAIDURI
TMN SEKSYEN 14
MEDAN
TAMAN DATO HARUN KM12
MAHA TAMBAHAN
HIJRAH PERMAI
MAHA PERMAI
BAKTI MURNI
BAIDURI SEPAKAT
MJ/9
MJ INDAH

TAMAN DATO HARUN IDRIS
TAMAN DATO HARUN BLOK C

MEDAN PEJASA
JALAN 12 TAMAN DATO HARUN
JALAN 7 TAMAN DATO HARUN

ZON 3 SRI HARUN MUHAMMAD SYAFRIEN EFENDDY
TMN PERANGSANG PERMAI BIN AZMY
MEDAN PANGSAPURI PERANGSANG
PANGSAPURI PERMAI BIDARA MOHD FAZEL BIN MOHD HANAPI
ZON 4
TMN PJS INDAH MUHAMMAD HANIFF BIN ISMAIL
MEDAN KAMPONG HIJRAH AZRI FAZLI BIN MOHD OMAR
KAMPONG HIJRAH BARU AHMAD SOBRI BIN URI
ZON 5
TMN PJS PERDANA
MEDAN FLAT TAMAN SRI MANJA

ZON 6 SRI MANJA KENCANA
TMN BAKTI SEPAKAT
MEDAN PINGGIRAN JAYA

ZON 7 RUMAH PANJANG SEPAKAT
TMN KAMPONG JAYA BARU
MEDAN DESA MAJU JAYA
PINGGIRAN HARUN
ZON 8 KAMPONG KETAPANG
TMN TAMAN SRI MANJA
MEDAN TAMAN MEDAN BARU

TAMAN MEDAN PERDANA
MEDAN DELIMA

MEDAN SEMARAK
KAMPONG MEDAN SELATAN

TAMBAHAN
FLAT TAMAN MEDAN BARU

KAMPONG JAYA MURNI
MEDAN INDAH
PJS 4

TAMAN INDAH JAYA
JALAN PJS 4/23

TAMAN LINDUNGAN JAYA
TAMAN LINDUNGAN JAYA 4/25

SRI ANGKASA
MEDAN MUARA
MEDAN KURNIA
KAMPONG MEDAN
TAMAN SERI MEDAN

SRI MULIA
PJS 2C/11H
MEDAN MUTIARA
TAMAN MEDAN 102
SRI UTAMA
PINGGIRAN SEKOLAH
SRI MURNI

ZON 9 PJS 2D/17 TAMAN MEDAN HARIS BIN MAHURI AKHBAR
TMN SETIA BUDI AHMAD TALHAH BIN MAT KHADZI
MEDAN MJ SETIA
FAZRULSAM BIN MAT FAUZI
ZON 10 KAMPONG MEDAN CAHAYA AHMAD DZAMIR BIN AHMAD PAUZI
TMN KAMPONG MEDAN LUAR MUHAMMAD ZULHELMI BIN MANSOR
KAMPONG MEDAN LAMA
MEDAN MEDAN TENGAH
MEDAN PERMATA
ZON 11
TMN RUMAH PANJANG MEDAN HARUN
MEDAN HARUN INDAH
MEDAN
KAMPONG MEDAN LORONG 3
ZON 12 MEDAN DAMAI
TMN MEDAN SETIA
MEDAN JATI
MEDAN MEDAN BAKTI
MEDAN JAYA
ZON 1 MEDAN IDAMAN
SERI SETIA
MEDAN PERKASA
ZON 2 SRI PJS
SERI SETIA
JALAN 14, TAMAN DATO HARUN
PJS2/2C TAMAN DATO HARUN
PANGSAPURI PKNS TAMAN DATO

HARUN
FLAT TAMAN DATO HARUN

TAPAK MAHA
KAMPONG MEDAN PULAU

MAHA BARU
FLAT TAPAK MAHA

SRI MAHA
PETALING UTAMA
KAMPONG LINDUNGAN JAYA

TAMBAHAN
MAKMUR JAYA
MAKMUR SETIA
KAMPONG PINANG TUNGGAL
SRI PETALING UTAMA
PANGSAPURI SRI MELEWAR
TTDI SHAH ALAM

TTDI JAYA
TAMAN MESRA BATU 3
SRI BUKIT BATU 3 PEKAN
KAWASAN MELAYU LEMBAH

KELANA
ARA DAMANSARA
BLOK F TAMAN PUTRA DAMAI

ZON 3 LEMBAH SUBANG SAIFUL ISLAM BIN YUSOFF
SERI SETIA TAMAN PUTRA DAMAI FASA 2 AHMAD GHAZI BIN KASBON
ZAINAL ADZAM BIN ZAINAL
ZON 4 KELANA CENTRE POINT
SERI SETIA DATARAN KELANA JAYA SENTRAL AWALUDDIN

ZON 5 KELANA BANDAR MOHAMMAD NIZAR BIN MAT ROZAINI
SERI SETIA SS 6
HAZRULNIZAM BIN OMAR
ZON 6 KELANA BARU
SERI SETIA KELANA EHSAN SUHAIMI BIN AYUB
SS 5A BANDAR MOHD FUAD BIN RAMLAN
ZON 7
SERI SETIA SS 5
SS 5D
ZON 8 SS 5B
SERI SETIA SS 5A
KELANA JAYA
ZON 9 KELANA INDAH
SS7/KG SERI DAGANG
SS 7
LENGKOK GOLF
KELANA INDAH BARU
KELANA JATI
SUNGAI WAY KELANA
SS 9
SUNGAI WAY BARU
PANGSAPURI SS 8
FTZ PETALING JAYA
KELANA IMPIAN SS 8 SG WAY
SUNGAI WAY SUBANG
SS 8/SUNGAI WAY
BLOK 2 DESA MENTARI
BLOK 3 DESA MENTARI
DESA HORMAT
DESA HORMAT TAMBAHAN
SUNGAI WAY JAYA
DESA MENTARI FASA SATU
MENTARI COURT
KAMPUNG MELOR
FLAT PKNS PJS 8
SUNGAI WAY INDAH
TAMAN DATO’ HORMAT
TAMAN SRI SUBANG
PANGSAPURI MAKMUR PJS 8

MENTARI COURT FASA 1

PJS 6 UTARA

SERI SETIA PANGSAPURI SRI LINDUNGAN SHAIFOL BIN ABD SALAM
MOHD AZRI BIN KAMARUDIN
ZON 10 SRI LINDUNGAN
SERI SETIA
KAMPUNG LINDUNGAN
ZON 11
SERI SETIA KAMPUNG PENAGA
PENAGA INDAH
ZON 12 MENTARI 7
SERI SETIA
DESA MENTARI BLOK 8
PENAGA BARU
PENAGA JAYA

PENAGA PERMAI
RUMAH PANJANG KTM

KAMPUNG MEDAN
TAMAN DESARIA FASA 5A

PENAGA JAYA BARU
SERI PENAGA INDAH

KAMPUNG BAKTI
TAMAN DESARIA

PROGRAM DAN AKTIVITI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN
PETALING JAYA TAHUN 2021

BIL PROGRAM TARIKH / TAHUN

1 MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA 2 JANUARI 2021
UMNO PETALING JAYA 2020 10 JANUARI 2021
12 JANUARI 2021
2 ZIARAH KASIH & SUMBANGAN KOTAK REZEKI

3 PROGRAM BANTUAN PASCA BANJIR DI PAHANG

4 PROGRAM ZIARAH PEMUDA BANTU RAKYAT 24 JANUAR1 2021

5 PROGRAM ZIARAH PEMUDA BANTU RAKYAT 28 JANUARI 2021

6 PROGRAM ZIARAH PEMUDA BANTU RAKYAT 30 JANUARI 2021
30 JNUARI 2021
7 PROGRAM KAMI SAYANG ANDA 1 FEBUARI 2021
6 FEBUARI 2021
8 PROGRAM PELANCARAN SIRI 1 RTK ANIGEN COVID -19 6 FEBUARI 2021
TESTING 20 FEBUARI 2021
21 FEBUARI 2021
9 PROGRAM REZEKI JUMAAT BERKAT DI RASAI 22 FEBUARI 2021
23 FEBUARI 2021
10 PROGRAM WE CARE 4U – ISI MINYAK MOTOR
PERCUMA 6 MAC 2021

11 ZIARAH KASIH BERSAMA DATUK KETUA BAHAGIAN 19-21 MAC 2021

12 SIRI 3OPERASI SANITASI KOM UNITI PETALING JAYA 10 APRIL 2021
(KAMI SAYANG ANDA)
11 APRIL 2021
13 ZIARAH REzEKI JUMAAT BERKAT DI RASAI 11 APRIL 2021
15 APRIL 2021
14 PROGRAM AMAL GERAK PEMUDA PJ DI TANAH 23 APRIL 2021
PERKUBURAN BUKIT TANDANG 30 APRIL 2021
26 APRIL 2021
SIRI 4 OPERASI SANITASI KOM UNITI PETALING JAYA
2 MEI 2021
15 (KAMI SAYANG ANDA) / 11 MEI 2021
18 MEI 2021
ZIARAH KASIH MEDAN JATI

16 PROGRAM BANGKIT 15 UMNO NEGERI SELANGOR

MEWAKILI KETUA UMNO BAHAGIAN MENYAMPAIKAN

17 SUMBANGAN SEMPENA PROGRAM “A DAY 4 CHARITY
AD4C”

18 JELAJAH #SambungYangTergendala

19 PROGRAM GERAK GEMPUR PEMUDA UMNO NEGERI
SELANGOR

20 LENSA MINGGU 1 “KEMBARA RAMADHAN BERTARAWIH
PEMUDA PJ”

21 SIRI 1 NGOPI MOREH PEMUDA PJ

22 SIRI 2 NGOPI MOREH PEMUDA PJ

23 LENSA MINGGU 3 “KEMBARA RAMADHAN BERTARAWIH
PEMUDA PJ”

24 IFTAR RAMADHAN PEMUDA PJ

25 SEMARAK SYAWAL SETULUS KASIH SEIKHLAS BUDI

26 KOMUNITI SANITASI BLOK A TAMAN SRI MANJA

BIL PROGRAM TARIKH / TAHUN
22 MEI 2021
27 BNPJ FOR RAKYAT BLOK C TAMAN SRI MANJA 22 MEI 2021
28 BNPJ FOR RAKYAT BLOK 11 DESA MENTARI 3 30 MEI 2021
29 BANTUAN KHAS PKP 3.0 6 JUN 2021
20 JUN 2021
30 BANTUAN KHAS PKP 3.0 26 JUN 2021

31 SENTUHAN MESRA BERSAMA UMNO BAHAGIAN PJ 3 JULAI 2021

32 BATUAN SENTUHAN MESRA BERSAMA UMNO 21 JULAI 2021
BAHAGIAN PJ 11 SEPTEMBER

33 BATUAN SENTUHAN MESRA BERSAMA UMNO 2021
BAHAGIAN PJ 19 SEPTEMBER

34 PROGRAM IBADAH KORBAN AIDILADHA 2021
25 SEPTEMBER
35 LENSA 11 SEPTEMBER 2021
2021
36 SANITASI KOMUNITI PEMUDA PJ BLOK F TAMAN MEDAN
CAHAYA 1 OKTOBER 2021

37 PROGRAM BANTUAN SENTUHAN MESRA 2 OKTOBER 2021

KETUA PEMUDA BAHAGIAN BERSAMA YB SHAHAR 9 OKTOBER 2021
12 NOVEMBER
38 ABDULLAH TIMBALAN MENTERI KEWANGAN 1 2021
BERKAITAN CADANGAN KESIHATAN MENTAL DALAM 17 NOVEMBER
2021
SESI ENGAGEMENT #BAJET2022

39 ASPIRATIONTALK #Undi18

40 SENTUHAN MESRA

41 SENTUHAN MESRA

42 PERLAWANAN PERSAHABATAN FUTSAL PEMUDA
UMNO & PAS PETALING JAYA

ROMBONGAN KLETUA PEMUDA & PEMUDA PETALING

43 JAYA BERSAMA PEMUDA SELANGOR TUTUN RONDA

KAMPEN PRN MELAKA

Disediakan Oleh,

……………………………………………….
MUHAMMAD ZULHELMI BIN MANSOR
Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya

Penyata Kewangan Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian
Petaling Jaya Bagi Tahun
Berakhir 31 Disember 2020

(Kertas Mesyuarat Bil 3/2021)

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2020

PENDAPATAN (RM) PERBELANJAAN (RM)
Baki pada 31/12/2019 1,080.00
SUMBANGAN PERBELANJAAN
1. Ketua Pemuda Petaling Jaya 28,500.00 1.
2. Peribadi 3,000.00 2. Mesyuarat Exco & Jawatankuasa 800.00
3.
4. Program & Aktiviti 2,000.00
5.
Operasi Sekretariat Pemuda 1,500.00
6.
Derma & Bantuan Kebajikan COVID 7,500.00

Mesyuarat Perwakilan Pemuda 18,000.00

UMNO Bahagian UMNO PJ

Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 1,000.00

Jumlah Perbelanjaan 30,800.00

Jumlah Keseluruhan 32,580.00 Baki pada 31 Disember 2020 1,780.00
Jumlah Keseluruhan 32,580.00

GALERI PEMUDA PJ





Commented [u1]:

















UMNO
BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

BERSATU KITA BERSATU
DENGAN SETIA BERGANDING BAHU

JIWA TEGUH BERPADU
KITA RUMPUN MELAYU

BERSAMA KITA BERSAMA
MENDUKUNG HASRAT SEMUA

BERJASA PADA BANGSA
AGAMA DAN NEGARA

LAMBANG KITA YANG GAGAH
DIPANDANG MULIA DAN INDAH
BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

COGAN KATANYA

UMNO TERUS MARA
UNTUK RAKYAT MALAYSIA

IKRAR PEMUDA

Kami Pemuda Malaysia
Bersatu Dan Padu Tenaga
Berjuang Berkorban Jiwa Raga
Untuk Ketahanan Bangsa

Pemuda Harapan Negara
Membela Dan Membuat Jasa
Membina Negara Kaya Raya

Ibu Pertiwi Malaysia

Mari Kita Bersatu Dan Berikrar
Mengaku Dan Bersumpah

Menjunjung Agama Bangsa Negara
Bersungguh Dan Setia

Kami Pemuda Malaysia
Merupakan Benteng Yang Waja

Pertahan Kedaulatan Agama
Serta Bangsa Dan Negara

Lampiran A

USUL
MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO

BAHAGIAN PETALING JAYA TAHUN 2021

Tuan Pengerusi Tetap,
YB Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya, Saudara A’zlan bin Hj Abu Bakar.
YB Naib Ketua Pemuda, Saudara Yazid bin Omar
Barisan Exco, Ahli Jawatankuasa Pemuda dan Sidang Perwakilan sekalian.

1. Saya HARIS BIN MAHURI AKBAR Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda
UMNO Bahagian Petaling Jaya, memohon izin untuk mengambil bahagian dalam sesi
perbahasan membahas Usul.

Pantun dibaca pembuka kata,
pemuda melayu segak bergaya,
Izinkan saya membuka bicara,
membawa suara pemuda petaling jaya.

Tuan pengerusi tetap dan sidang perwakilan yang dimuliakan,

1. MENYEDARI bahawa keadaan ekonomi negara di waktu wabak covid-19 ini
masih rapuh serta penuh dengan ketidaktentuan yang menyebabkan kenaikan
kadar pengangguran dalam kalangan rakyat, kelembapan ekonomi yang
berpanjangan, ketandusan pelabur baru dan pelabur asing ke dalam negara,
menambahkan lagi perit yang dihadapi oleh rakyat.

2. MENYAKINI bahawa kestabilan politik adalah kunci kepada segala
ketidaktentuan dan masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat ketika ini.

MAKA, Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya yang bermesyuarat pada hari ini
membuat ketetapan sebagaimana berikut:-

1. Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya dengan ini
menggesa supaya PRU ke-15 diadakan dengan segera
atau suku pertama tahun 2022 bagi menwujudkan Kerajaan
yang lebih stabil dan kukuh untuk menjamin kemakmuran
negara dan kesejahteraan rakyat.

2.

2. Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya juga menggesa agar pemilihan parti
disemua peringkat ditangguhkan dan hanya dilaksanakan selepas PRU-15 di
adakan. Ini bagi mewujudkan kestabilan dan perpaduan di dalam umno agar ia
menjadi satu ketumbukan yang ampuh untuk menghadapi PRU-15.

3. Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya juga menggesa agar ahli umno dan
pimpinan UMNO di semua peringkat menguatkan lagi hubungan silaturrahim
dan perpaduan sesama sendiri bagi mewujudkan kestabilan di dalam parti bagi
menghadapi PRU-15.

Sidang perwakilan sekalian,

Susulan daripada pilihan raya negeri melaka, terdapat 4 calon daripada pemuda telah
bertanding. Walaupun mereka berkempen di fasa negara dilanda pandemic dan
kaedah berkempen adalah terhad. Mereka memaksimumkan segala platform untuk
berkempen samada secara langsung atau tidak langsung untuk meraih undi.
Pengundi telah memberi pandangan yang positif kepada wajah2 baharu dan
diterjemahkan melalui kemenangan yang besar di melaka.

Maka, dengan itu pemuda umno bahagian petaling jaya yang bersidang pada hari ini
mengambil ketetapan seperti berikut :

1. Mencadangkan supaya lebih ramai calon pemuda dipilih untuk mewakili parti
pada piliharaya umum akan datang, khususnya PRU-15. Hal ini supaya
memastikan parti umno dan barisan nasional mendapat suntikan baru melalui
idea dan gerak kerja untuk menguatkan dan menstabilkan parti.

2. Mempercayai bahawa usul ini akan dapat menyumbang kepada
pembanggunan negara selari dengan aspirasi kestabilan yang didokong oleh
parti kita ketika ini, apabila lebih ramai pemuda dilibatkan didalam membuat
keputusan strategik demi kepentingan dan kemakmuran negara

Tuan-tuan Saudara yang saya hormati sekalian,

Zaman untuk dipuja dan dipuji dalam kelompok sendiri sudah berlalu. Ini adalah
zaman untuk kita bersama-sama masyarakat, berusaha mencari penyelesaian
kepada permasalahan yang mereka alami. Ini zaman untuk kita meraih keyakinan
rakyat, zaman untuk kita memimpin bangsa mengharungi cabaran yang semakin
hebat.

UMNO bukan parti yang lahir daripada rasa benci, tetapi penuh dengan rasa kasih
dan sayang demi kesejahteraan rakyat. UMNO adalah parti yang sarat dengan
harapan untuk masa depan bangsa dan negara. Binalah keyakinan, tunjukkanlah
keazaman, hamparkanlah harapan kepada bangsa Melayu dan rakyat Malaysia
seluruhnya bahawa parti ini adalah pilihan terbaik buat mereka.

Bangkitlah bersama-sama kita, pemuda UMNO untuk merencana masa depan
bangsa kita agar tidak hilang ditelan zaman, agar terus tegar mendepani cabaran.
Saya percaya, dengan kekuatan tekad dan keazaman kita semua, dengan limpahan
rahmat dan inayah Allah s.w.t, kita akan beroleh kekuatan dan keyakinan untuk
melakukan perubahan dan pembaharuan, dan seterusnya mara membela agama,
bangsa dan negara kita.

Gagahnya pahlawan dahulukala,
Menjadi tauladan sepanjang zaman,
Pemuda UMNO warisan bangsa,
Untuk kita teruskan perjuangan.

Sekian.


Click to View FlipBook Version