KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 Dirasmikan Oleh; TUAN SAID BIN AMBAR TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH SEKTOR PEMBANGUNAN MURID PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA MARUDU TARIKH : 12 – 14 DISEMBER 2023 TEMPAT : PADANG SMK TANDEK 2 -BeraniBerjuang Cemerlang -
Assalamualaikum dan salam Malaysia madani. Yang Berusaha Puan Mak Yuk Kiew @ Evelyn, pengetua SMK Tandek 2, Encik Meijil Totong, Penolong kanan Kokurikulum, Encik Amran bin Muhd Zamzam, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Majawal Timbuong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, para tetamu jemputan, guru-guru dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan Kejohanan Sukan Sekolah kali ke-3 tahun 2023. Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru dan AKP kerana bertungkus-lumus merealisasikan Kejohanan Sukan Sekolah pada hari ini. Hadirin sekalian, Kejohanan Sukan Sekolah yang diadakan saban tahun merupakan suatu usaha untuk membina semangat kesukanan murid-murid. Ianya bukan sekadar satu pertandingan bagi mengukur kemampuan anak-anak bertanding dalam acara-acara sukan tetapi ia juga bertujuan untuk membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf kebolehmampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia. Tuan-tuan dan puan, Sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid yang berupaya memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Perkara ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya. Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititiberatkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan juga pada masa akan datang. Oleh itu, saya berharap agar sekolah SMK Tandek 2 akan terus cemerlang dalam bidang kokurikulum. Besarlah juga harapan saya agar warga pendidik dan murid-murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang. Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua murid. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam jiwa setiap anak-anak. Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Kejohanan Sukan Sekolah SMK Tandek 2 kali ke-3 tahun 2023. Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. SECORET KATA DARIPADA PERASMI Tuan Said bin Ambar Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu i
Terima kasih diucapkan kepada pengacara majlis, Selamat pagi dan salam sejahtera, Yang Berbahagia Tuan Said bin Ambar, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu, Sektor Pembangunan murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu. Yang Berusaha Ustaz Amran Bin Muhd Zam Zam, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Majawal Timbuong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Meijil Totong, Penolong Kanan Kokurikulum, para tetamu jemputan, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, dan semua murid yang dikasihi sekalian. Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Tandek 2 mengucapkan selamat datang kepada Tuan Said bin Ambar atas kesudian merasmikan majlis sukan sekolah kita pada hari ini walaupun terdapat banyak kesibukan lain. Tanpa beliau, majlis kita tidak dapat dirasmikan dengan jayanya. Seterusnya, tidak lupa juga kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak minggu lalu lagi. Acara sebelum kejohanan sukan itu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama guruguru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik. Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar. Hadirin yang dihormati, Kejohanan yang dijalankan merupakan agenda besar dalam takwim sekolah. Kepada para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara. Seperti yang diketahui bahawa, sukan kali ini bertujuan untuk memilih atlet sekolah pada tahun hadapan. Oleh itu, semua murid berpeluang untuk menyerlahkan dan membuktikan kemampuan masing-masing agar terpilih mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga dalaman seterusnya menjadi juara. Akhir kata, terima kasih kepada Tuan Said bin Ambar yang sudi hadir merasmikan kejohanan sukan kali ini, terima kasih juga kepada guru-guru yang berkorban masa dan tenaga, terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong anak-anak, dan para tetamu jemputan yang sudi hadir dan terima kasih juga kepada pelajar yang bersemangat mengambil bahagian. Sokonglah kami untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Sekian, terima kasih. Puan Mak Yuk Kiew @ Evelyn Pengetua SMK Tandek 2 ii SEKAPUR SIRIH DARIPADA PENGETUA
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Teks ucapan perasmi i Teks ucapan pengetua ii Pengenalan & Objektif 01 Ikrar Kejohanan 01 Tentatif Majlis Perasmian Pembukaan & Penutupan Kejohanan 02 Jawatankuasa Induk Kejohanan 03 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan 04 Jawatankuasa Teknikal Kejohanan 06 Jawatankuasa Majlis Perasmian Pembukaan & Penutupan Kejohanan 06 Pelan Arena Kejohanan 10 Senarai Guru Rumah Sukan 10 Jadual Kejohanan 11 Undang-undang dan Peraturan Sukan Tahunan SMK Tandek 2 14 iii
PENGENALAN Kejohanan Sukan Sekolah SMK Tandek 2 merupakan salah satu aktiviti yang sering dipertandingkan dalam tahunan yang mana ia melibatkan acara balapan dan padang bagi memenuhi hasrat dan kehendak sekolah amnya dan murid khususnya. Selain sukan dan permainan yang lain, sukan olahraga ini telah menjadi salah satu tradisi kerana sukan ini menjadi medium penting bagi mencungkil bakat dan mengilap potensi pelajar di samping memilih pelajar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan olahraga daripada peringkat rendah kepada peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu Unit Kokurikulum sekolah, bertanggungjawab mengambil langkah yang komprehensif bagi meningkatkan pencapaian yang terbaik dalam melahirkan para atlet yang berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi agar matlamat yang dikehendaki akan tercapai dengan jayanya. Pelaksanaan aktiviti ini juga merupakan satu usaha dalam mencungkil bakat murid dalam cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi. OBJEKTIF Tujuan 1. Menyediakan peluang dalam aktiviti kokurikulum sebagai persediaan untuk murid menyertai sukan olahraga ke peringkat yang lebih tinggi. 2. Mencungkil bakat murid dalam pelbagai aspek selaras dengan keperluan JERIS. 3. Mencari bakat murid untuk latihan berpusat Olahraga sebagai persediaan MSSD pada tahun hadapan. Keberhasilan 1. Melahirkan pelajar yang berbakat dan berpotensi tinggi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. 2. Meningkatkan kualiti sukan olahraga SMK Tandek 2 dan melayakan untuk menyertai pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi. 3. Meningkatkan purata markah PAJSK dalam kalangan murid SMK Tandek 2. 01 IKRAR KEJOHANAN KAMI BERIKRAR, BAHAWA KAMI AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH SMK TANDEK 2 KALI KE-2 TAHUN 2023 DENGAN TAAT SETIA MENGHORMATI UNDANG –UNDANG DAN BERSUNGGUH – SUNGGUH MENGAMBIL BAHAGIAN DENGAN SEMANGAT YANG JUJUR UNTUK KEHORMATAN DAN KEJAYAAN SUKAN MSS SMK TANDEK 2 KALI KE-2 TAHUN 2023 INI. “MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”
Tarikh : 12 DISEMBER 2023 (Selasa) Masa : 8.00 pagi Tempat : Padang SMK Tandek 2 TENTATIF PERASMIAN PEMBUKAAN & PENUTUPAN MASA ACARA TENTATIF MAJLIS PEMBUKAAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2, KALI KE 2 TAHUN 2023 8.30 pagi Kontinjen perbarisan mengambil tempat 8.35 pagi Ketibaan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ketibaan ibu bapa dan tetamu jemputan Ketibaan Pengetua SMK Tandek 2 Puan Mak Yuk Kiew @ Evelyn 8.50 pagi Ketibaan perasmi kejohanan Tuan Said bin Ambar Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu 9.00 pagi Perbarisan lintas hormat dimulakan 9.30 pagi Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku Nyanyian Lagu Sekolah “Berani Berjuang Cemerlang” Bacaan doa 9.50 Ucapan Pengetua : Puan Mak Yuk Kiew @ Evelyn Ucapan Perasmian Pembukaan Kejohanan : Tuan Said bin Ambar Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu 10.30 pagi Pertandingan Sorak Tari Rumah Sukan 11.00 pagi Penyampaian cenderahati TENTATIF MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2, KALI KE-3 TAHUN 2023 12.00 Tengah hari Semua murid berada di dewan mengikut rumah sukan. Ketibaan Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Ketibaan ibu bapa dan tetamu jemputan 12.15 Tengah hari Nyanyian Lagu - Negaraku - Sabah Tanah Airku 12.30 tengah hari - Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum - Ucapan Pengetua 1.00 Tengah hari Penyampaian hadiah - Hamper kawad kaki - Hamper Sorak tari - Hamper keseluruhan - Sijil Olahragawan L15 & L18 - Sijil Olahragawati P15 & P18 2.00 petang Sesi bergambar 02
Pengerusi Puan Mak Yuk Kiew @ Evelyn (Pengetua) Timbalan Pengerusi Encik Meijil Totong (Penolong Kanan Kokurikulum) Tim. Naib Pengerusi 1 Ustaz Amran Bin Muhd Zam Zam (Penolong Kanan Pentadbiran) Tim. Naib Pengerusi 2 Encik Majawal Timbuong (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Setiausaha sukan 1 Puan Vediana Maijon Setiausaha sukan 2 Cik Sue Anrionna Dausip JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS Pengarah kejohanan/ Setiausaha Puan Vediana Maijon ⚫ Merancang keperluan penganjuran kejohanan dari segi teknikal dan kerjasama wakil teknik. ⚫ Memastikan semua perancangan dilaksanakan tanpa sebarang masalah teknikal. ⚫ Memberikan idea, menyusun pelan induk, cadangkan tarikh, masa dan tempat kejohanan dan keperluankeperluan lain. ⚫ Penganjuran program dan memantau perkembangan jawatankuasa-jawatankuasa lain. ⚫ Mengurus cetakan borang-borang hakim. ⚫ Mencetak senarai urutan acara untuk AJK yang terlibat. ⚫ Memastikan setiap lokasi acara dilabelkan. Penolong Pengarah kejohanan / setiausaha Cik Sue Anrionna Dausip ⚫ Membantu pengarah kejohanan. ⚫ Mencatat minit-minit mesyuarat kejohanan sukan. ⚫ Menyediakan surat-surat makluman; - Surat makluman mesyuarat pengelolaan - Surat makluman kejohanan majlis sukan sekolah. - Surat makluman latihan rumah sukan. ⚫ Menyediakan surat jemputan kepada para tetamu jemputan. AJK Buku Program Puan Norlin binti Jadin Cik Diana Jane James Cik Neillda binti Zakaria ⚫ Memastikan buku program kejohanan majlis sukan sekolah SMK Tandek 2 bagi tahun semasa disediakan ⚫ Buku program yang telah lengkap perlu diserahkan kepada SU Sukan dan PKKK untuk semakan sebelum dicetak. ⚫ Memastikan jumlah cetakan buku program mencukupi. ⚫ Menghasilkan brosur untuk edaran kepada tetamu kehormat, barisan pentadbir, dan ketua-ketua rumah sukan. 03
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS AJK hadiah dan cenderahati 1. Encik Felix @ Salman Bin Majamun 2. Cik Aveney Podimun 3. Puan Emmy Melissa anak Augustine 4. Puan Chlista Ulikat ⚫ Mengurus tempahan, menyemak dan memastikan hadiah (Hamper & sijil) mencukupi untuk setiap acara sebelum kejohanan pertandingan berlangsung. ⚫ Menguruskan dan mengatur penyampaian pingat dan hadiah semasa hari kejohanan. ⚫ Bekerjasama dengan pengurus kejohanan untuk menentukan masa dan waktu penyampaian hadiah. ⚫ Mengadakan satu sistem yang membolehkan pemenangpemenang untuk berkumpul dan menerima hadiah. ⚫ Dapatkan bantuan murid untuk mengurus hadiah dan cenderahati. AJK Banner dan publisiti 1. Encik Neckly Welly 2. Cik Sue Anrionna Dausip ⚫ Menyediakan banner kejohanan sukan sekolah. ⚫ Berbincang dengan SU Sukan dan PKKK tentang maklumat yang perlu ada. AJK Persiapan Tempat / Peralatan Losgistik 1. Encik Haliry Kandau Anak Karim 2. Encik Jasli Dangus 3. Encik Jusip Sibil 4. Encik Danial Faez bin Jenuil ⚫ Memastikan lokasi kejohanan berlangsung dalam keadaan selamat. (Trek padang, lokasi acara padang, astaka, lokasi jualan, dewan dan tandas) ⚫ Menyusun atur kedudukan khemah rumah sukan dan tetamu, kerusi meja dan rostrum, rostrum pemenang, banting warna, payung, papan skor, dll di padang dan di khemah yang berkaitan. ⚫ Menyusun atur dan menghias padang sebelum kejohanan seperti mengantung banner. ⚫ Menyusun meja, kerusi dan lain-lain selepas kejohanan tamat. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu persiapan tempat sebelum dan selepas kejohanan. AJK Siaraya 1. Encik Edrick Edward ⚫ Menyediakan peralatan PA Sistem (Power cable, extension wire, speaker box/horn speaker, microphone, wireless microphone, radio dll) mencukupi semasa kejohanan. ⚫ Memasang dan menguji siaraya di tempat yang diperlukan (berfungsi). ⚫ Mengatur pergerakan rostrum, ‘microphone’ dan ‘microphone stand’ semasa ucapan dan lain-lain. ⚫ Memainkan lagu sekolah dan patriotik dimainkan ketika dikehendaki. ⚫ Memainkan lagu-lagu energetik semasa kejohanan sukan berlangsung. ⚫ Memastikan segala peralatan dan bahan yang digunakan dikembalikan di tempat yang sepatutnya. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk melicinkan tugas ketika menyediakan ‘PA Sistem’. AJK Juruacara Majlis Kejohanan 1. Puan Maslianah Binti Sharif Majid 2. Cik Diana Jane James ⚫ Membuat makluman tentang acara yang berlangsung. ⚫ Melaksanakan aturcara majlis. ⚫ Membuat pengumuman kecemasan sekiranya dikehendaki. 04
JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS AJK Keselamatan dan disiplin 1. Encik Neckly Welly 2. Cik Nur Farhatul Khalida Binti Mohd Sabri ⚫ Memantau disiplin murid di kawasan sekolah berada dalam keadaan terkawal. ⚫ Mengawal keselamatan murid dalam kawasan sekolah. ⚫ Menentukan lokasi-lokasi larangan murid berkumpul. ⚫ Mendapatkan kerjasama daripada pihak polis berhubung dengan lalu lintas dan keselamatan sepanjang kejohanan dengan menulis surat rasmi. ⚫ Dapatkan bantuan dari pengawas harian untuk melicinkan tugas anda ketika pengawasan murid. AJK Kebersihan Puan Vediana Maijon ⚫ Memastikan kawasan sekolah sentiasa berada dalam keadaan bersih. ⚫ Berhubung dengan pembersih kawasan sekolah (cleaner). ⚫ Dapatkan bantuan murid untuk mengawal kebersihan kawasan sekolah. AJK Dokumentasi dan fotografi 1. Cik Nurul Farhatul Khalida binti Mohd Sabri 2. Encik T. Freeddy Nelven Tiansong AJK Dokumentasi ⚫ Mengumpul maklum balas dari setiap ajk untuk merekod dokumentasi. ⚫ Membuat laporan dokumentasi dan serahkan kepada PKKK dan SU Sukan. ⚫ Mencetak laporan dokumentasi yang telah disemak oleh PKKK dan SU Sukan untuk dibukukan. AJK Fotografi ⚫ Mengambil gambar dan merakam video semasa kejohanan berlangsung. ⚫ Serahkan hasil rakaman kepada Penyelaras FB SMK Tandek 2 bagi tujuan posting. AJK Hakim pertandingan sorak tari rumah sukan Puan Junietha @ Juniah Gantar ⚫ Mengagihkan ahli-ahli hakim untuk membuat penilaian. ⚫ Membuat penilaian pertandingan. AJK Kecemasan 1. Puan Nassy Jimy 2. Encik Mohd Shari Bin Mohd Naidi 3. Puan Jovinah Jubili ⚫ Menyediakan peralatan pertolongan cemas mencukupi semasa kejohanan ⚫ Memberi bantuan kecemasan semasa berlaku kecederaan atau kemalangan. ⚫ Memastikan peralatan pertolongan cemas mencukupi semasa kejohanan. ⚫ Memaklumkan pihak hospital berdekatan bersedia untuk memberi keutamaan dari segi rawatan sekiranya memerlukan dengan menghantar surat rasmi makluman kejohanan sukan sekolah. ⚫ Dapatkan bantuan dari PBSM untuk membantu kecemasan semasa kejohanan. AJK Penyelia Kor Perkhidmatan 1. Encik Jesvi Taising 2. Puan Prissla Jati 3. Encik Felix @ Salman bin Majamun ⚫ Memilih murid sebagai kor perkhidmatan dalam kalangan murid tingkatan 3,4 dan 5 SAHAJA. (Murid Asrama dan tidak terlibat dalam acara) ⚫ Menyelia dan memantau pergerakan kor perkhidmatan sepanjang majlis kejohanan berlangsung. ⚫ Menyerahkan senarai nama penuh murid untuk cetak sijil penghargaan. 05
JAWATANKUASA PERASMIAN PEMBUKAAN & PENUTUPAN KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS AJK Protokol dan Penyambut Tetamu 1. Encik David Meja 2. Puan Norlin binti Jadin ⚫ Menyambut tetamu jeputan yang hadir ⚫ Mengiringi tetamu ke tempat khemah pertandingan ⚫ Berhubung dengan PKKK berkenaan status kehadiran VVIP AJK Juruacara Penutupan Rasmi Puan Maslianah binti Sh. Majid ⚫ Melaksanakan aturcara majlis penutupan ⚫ Mengumumkan markah dan kedudukan keseluruhan rumah sukan AJK Jamuan Puan Junietha Gantar ⚫ Membuat tempahan dan mengurus jamuan tetamu dan pegawai bertugas selepas majlis penutupan ⚫ Menentukan lokasi jamuan yang sesuai AJK Bacaan Doa Encik Al Faidal bin Idarus ⚫ Memimpin bacaan doa semasa majlis penutupan 06 JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS Pengurusan Teknikal / Urusetia 1. Encik Jusip Sibil 2. Encik Larry Ojingkin 3. Encik Al Faidal Idarus (Semua hakim balapan dan padang) ⚫ Bertanggungjawab atas segala perkara berkaitan dengan hal teknikal. ⚫ Memastikan trek larian bersesuaian dan selamat mengikut spesifikasi yang ditetapkan. ⚫ Mendapatkan dan menyediakan pegawai teknik yang mencukupi untuk menjalankan kejohanan. ⚫ Memberi taklimat kepada pegawai teknik. ⚫ Memastikan semua alatan acara disediakan dan dalam keadaan baik. Alatan : Stopwatch, wisel, ball pen, marker pen, cat spray, stapler, borang-borang, bendera merah / putih, papan tanda rumah sukan, haeler, air hon. ⚫ Menentukan dan mengagihkan segala jenis borang, kadkad, keputusan dan kad-kad pencatat masa. ⚫ Memastikan semua peralatan dikumpulkan selepas kejohanan dan mengembalikannya ke stor sukan atau di tempat yang sepatutnya. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid bagi melicinkan tugas ketika penyediaan alatan. Marsyal Kejohanan 1. Encik Haliry Kandau Anak Karim 2. Encik Freeddy Nelven Tiansong ⚫ Memantau dan mengawal aktiviti murid di sepanjang trek larian. ⚫ Memantau trek larian bebas dari benda-benda bahaya, gangguan orang lalu lalang dll. ⚫ Memastikan keselamatan kawasan larian di sepanjang masa kejohanan. ⚫ Sila ronda trek larian 10 minit sebelum larian bermula. Referi Balapan & Padang 1. Encik Sanjere @ Awang Bin Mustah 2. Encik Jusip Sibil ⚫ Bertanggungjawab menentukan semua peraturan dipatuhi dan memberi keputusan dalam perkara teknikal yang wujud di mana ianya tidak dinyatakan dalam buku peraturan. ⚫ Berkuasa membatalkan /dipertandingkan semula acara, jika perlu. ⚫ Berkuasa menentukan kedudukan peserta di akhir perlumbaan (Hanya jika hakim-hakim tidak dapat memutuskannya dan terdapat pertelingkahan keputusan) ⚫ Memutuskan sebarang bantahan lisan. ⚫ Menandatangani semua kad-kad keputusan sebelum diserahkan kepada pencatat dan diumumkan. ⚫ Tidak bertindak sebagai hakim atau pengadil.
JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS Pegawai Pelepas 1. Encik Jesvi Taising 2. Encik Haliry Kandau Anak Karim ⚫ Memastikan peserta bertanding dalam larian yang betul dan memakai nombor bib. ⚫ Memastikan keadaan baton-baton. ⚫ Melaksanakan pelepasan peserta larian mengikut peraturan. ⚫ Memastikan para hakim dan penjaga masa telah bersedia sebelum memulakan pelepasan. ⚫ Memastikan peserta berada dalam acara yang betul. ⚫ Mengatur kedudukan peserta yang akan bertanding di kedudukan yang betul. ⚫ Memastikan pakaian peserta larian lengkap dan sesuai sebelum larian. ⚫ Memberi isyarat kepada pelepas jika peserta bersedia. ⚫ Mengurus dan menyediakan peserta larian terutama pada acara lari berganti-ganti. ⚫ Aturkan peserta ke-2 dan ke-4 di lorong yang sepatutnya. Hakim Penjaga Masa 1. Cik Erlinda Ordono 2. Puan Nur Shahfiyna Binti Ali Hassan ⚫ Mengambil catatan masa peserta-peserta acara larian. ⚫ Memastikan semua alatan seperti stopwatch berfungsi dengan baik. ⚫ Mengenal pasti peserta larian yang telah memecah rekod sekolah. ⚫ Dapatkan bantuan murid untuk membantu mencatat masa peserta acara larian. Hakim Balapan 1. Cik Al Faidal Bin Idarus 2. Cik Aveney Podimun ⚫ Memberikan kad nombor kepada pemenang-pemenang mengikut kedudukan. ⚫ Mengiringi pemenang-pemenang ke meja pencatat. ⚫ Mencatat keputusan pertandingan (nama pemenang dan rumah sukan) ⚫ Serahkan senarai nama pemenang kepada JK Statistik (Papan markah dan keputusan) ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu menyerahkan senarai nama pemenang kepada JK Statistik. Pengadil Balapan 1. Encik Larry Ojingkin 2. Encik Jasli Dangus ⚫ Memberi isyarat kepada pegawai-pegawai di balapan sebagai persediaan untuk memulakan larian dengan mengangkat bendera putih. ⚫ Angkat bendera merah jika terdapat gangguan di lorong tersebut. ⚫ Memastikan peserta berlari mengikut lorong masingmasing. ⚫ Memastikan pertukaran baton peserta dalam acara lari berganti-ganti mematuhi peraturan pertandingan. ⚫ Melaporkan kepada referi semua peristiwa yang berlaku yang melibatkan kesalahan teknik peserta untuk membolehkan referi membuat keputusan. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk melancarkan tugastugas pengadil balapan. Pencatat Pusingan 1. Encik T. Freeddy Nelven Tiansong 2. Cik Elvylene Sia ⚫ Mencatat rekod pusingan setiap acara yang mewakili acara melebihi 1500m ke atas. ⚫ Memberitahu semua peserta bilangan pusingan yang patut disempurnakan. ⚫ Membunyikan loceng untuk menandakan pusingan terakhir. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu mencatat pusingan peserta. 07
JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS Hakim Lempar Cakera 1. Encik Jusip Sibil 2. Encik Delbi Maduin ⚫ Mencatat ukuran jarak lemparan para peserta. ⚫ Memastikan semua peralatan telah disediakan sebelum kejohanan. ⚫ Memastikan setiap peserta mematuhi peraturan dalam lemparan dengan memberi taklimat ringkas sebelum bermula acara. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu memegang pita pengukur. Hakim Lontar Peluru 1. Encik Sanjere @ Awang Bin Mustah 2. Puan Vediana Maijon ⚫ Mencatat ukuran jarak lontaran para peserta. ⚫ Memastikan semua peralatan telah disediakan sebelum kejohanan. ⚫ Memastikan setiap peserta mematuhi peraturan dalam lontaran dengan memberi taklimat ringkas sebelum bermula acara. ⚫ Sentiasa memastikan lokasi acara berada dalam keadaan selamat sebelum bermula acara. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu memegang pita pengukur. Hakim Rejam Lembing 1. Encik Haliry Kandau Anak Karim 2. Cik Elvylene Sia ⚫ Mencatat ukuran jarak rejaman para peserta. ⚫ Memastikan semua peralatan telah disediakan sebelum kejohanan. ⚫ Memastikan setiap peserta mematuhi peraturan dalam rejaman dengan memberi taklimat ringkas sebelum bermula acara. ⚫ Sentiasa memastikan lokasi acara berada dalam keadaan selamat sebelum bermula acara. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu memegang pita pengukur. Hakim Lompatan 1. Encik Al Fadal Bin Idarus 2. Encik Mohd Shari Bin Mohd Naidi 3. Cik Neillda Bin Zakaria 4. Cik Sue Anrionna Dausip ⚫ Mencatat ukuran jarak lompatan para peserta. ⚫ Memastikan semua peralatan telah disediakan sebelum kejohanan. ⚫ Memastikan setiap peserta mematuhi peraturan dalam lompatan dengan memberi taklimat ringkas sebelum bermula acara. ⚫ Sentiasa memastikan lokasi acara berada dalam keadaan selamat sebelum bermula acara. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk membantu memegang pita pengukur. Statistik & Keputusan Rasmi 1. Puan Prissla Jati 2. Cik Erlinda Ordono 3. Puan Nur Shahfiyna Binti Ali Hassan ⚫ Menulis dan menyediakan acara pertandingan di papan markah utama. ⚫ Menyediakan markah pungutan pingat setiap rumah di papan markah utama. ⚫ Menyerahkan slip-slip pemenang yang diterima kepada JK pengacara majlis. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk melicinkan tugas anda. Pegawai Bilik Panggilan / Pendaftaran Peserta 1. Cik Diana Jane James 2. Puan Nur Syahirah binti Ahmad Kamal 3. Encik Schook Chien Enin 4. Cik Nina Karmila Binti Kahar ⚫ Memastikan peserta hadir untuk mendaftar sebelum di hantar ke AJK Kuarantin. ⚫ Memastikan peserta memakai pakaian sukan dan nombor bib yang betul. ⚫ Berhubung dengan AJK Juruacara kejohanan bagi membantu membuat panggilan pendaftaran peserta. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk melicinkan tugas anda ketika mengumpulkan peserta. 08
JAWATANKUASA TEKNIKAL KEJOHANAN AJK PETUGAS BIDANG TUGAS Pegawai Kuarantin Dan Penyelia Peserta 1. Encik Neckly Welly 2. Puan Graceylla @ Arsyila Asyikin Binus ⚫ Memastikan semua peserta yang telah berdaftar untuk berkumpul di kawasan kuarantin sekurang-kurangnya 30 minit sebelum acara bermula. ⚫ Menghantar peserta - peserta ke lokasi acara 15 minit sebelum acara bermula. ⚫ Dapatkan bantuan dari murid untuk melicinkan tugas anda ketika mengumpulkan peserta. Juri Rayuan 1. Encik Meijil Bin Totong 2. Encik Majawal Timbuong 3. Ustaz Amran Bin Muhd Zam Zam ⚫ Menerima sebarang aduan yang dikemukakan oleh guru rumah sukan. ⚫ Membuat keputusan terhadap sebarang rayuan yang dikemukakan. ⚫ Menyelaras keputusan muktamad dengan hakim. ⚫ Menyelesaikan semua bantahan atau rayuan yang dikemukakan oleh peserta / pasukan bertanding. 09
10 PELAN ARENA KEJOHANAN SENARAI GURU RUMAH SUKAN RUMAH SUKAN CHEETAH 1. Encik Sanjere @ Awang bin Mustah (K) 2. Encik Jasli Dangus 3. Puan Prissla Jati 4. Cik Nurul Farhatul Khalida binti Mohd Sabri RUMAH SUKAN PANTHER 1. Encik Danial Faez bin Jenuil (K) 2. Cik Elvylene Sia 3. Cik Aveney Podimun 4. Encik Neckly Welly RUMAH SUKAN PUMA 1. Encik Al Faidal bin Idarus (K) 2. Cik Diana Jane James 3. Encik Haliry Kandau anak Karim 4. Puan Graceylla Binus @ Arsyilla Asyikin Binus @ Abdullah RUMAH SUKAN JAGUAR 1. Encik Larry Ojingkin (K) 2. Encik T.Freeddy Nelven Tiansong 3. Cik Neillda binti Zakaria 4. Puan Nur Syahirah binti Ahmad Kamal
BIL MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 1 7.30 LUMBA JALAN KAKI P15 AKHIR 2 7.30 LONTAR PELURU L15 AKHIR 3 7.30 LOMPAT KIJANG P18 AKHIR 4 7.30 LOMPAT TINGGI L18 AKHIR 08.00 – 11.00 pagi ACARA PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 PERTANDINGAN SORAK TARI 5 11.30 100 M L15 AKHIR 6 11.50 100 M P15 AKHIR 12.00 Tengah hari – 02.30 Petang REHAT 7 2.30 100M L18 AKHIR 8 2.50 100 M P18 AKHIR 9 3.10 LEMPAR CAKERA L15 AKHIR 10 3.10 REJAM LELMBING P15 AKHIR 11 3.10 LOMPAT JAUH L18 AKHIR 12 3.40 LUMBA JALAN KAKI L15 AKHIR 13 3.40 LONTAR PELURU L18 AKHIR 14 3.40 LOMPAT KIJANG P15 AKHIR 15 3.40 LOMPAT TINGGI P18 AKHIR 5.00 PETANG ACARA DIJANGKA SELESAI UNTUK HARI PERTAMA JADUAL KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 HARI PERTAMA (12 DISEMBER 2023) 11 HARI KEDUA (13 DISEMBER 2023) BIL MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 16 7.30 LUMBA JALAN KAKI P18 AKHIR 17 7.30 LONTAR PELURU P18 AKHIR 18 7.30 LOMPAT KIJANG L15 AKHIR 19 7.30 LOMPAT TINGGI P15 AKHIR 20 8.30 REJAM LEMBING L18 AKHIR 21 8.30 LEMPAR CAKERA P18 AKHIR 22 8.30 LOMPAT JAUH P15 AKHIR 23 9.00 REJAM LEMBING P18 AKHIR 24 9.00 LEMPAR CAKERA P15 AKHIR 25 9.00 LOMPAT JAUH L15 AKHIR 26 9.30 REJAM LEMBING L15 AKHIR
JADUAL KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 SAMBUNGAN HARI KEDUA (13 DISEMBER 2023) BIL MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 27 9.30 LEMPAR CAKERA L18 AKHIR 28 9.30 LOMPAT JAUH P18 AKHIR 10.10 - 10.40 REHAT (UNTUK YANG TIDAK TERLIBAT DENGAN ACARA SAHAJA) 29 10.00 800 M P15 AKHIR 30 10.10 800 M L15 AKHIR 31 10.20 800 M P18 AKHIR 32 10.30 800 M L18 AKHIR 33 10.50 400 M P15 AKHIR 34 11.00 400 M L15 AKHIR 35 11.10 400 M P18 AKHIR 36 11.20 400 M L18 AKHIR 12.00 – 2.30 REHAT 37 2.30 1500 M P15 AKHIR 38 2.50 1500 M L15 AKHIR 39 3.10 1500 M P18 AKHIR 40 3.30 1500 M L18 AKHIR 41 4.10 LUMBA JALAN KAKI L18 AKHIR 42 4.20 LONTAR PELURU P15 AKHIR 43 4.30 LOMPAT KIJANG L18 AKHIR 44 4.40 LOMPAT TINGGI L15 AKHIR 5.00 PETANG ACARA DIJANGKA SELESAI UNTUK HARI KEDUA 12 HARI KETIGA (14 DISEMBER 2023) JADUAL KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 BIL MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 45 3000 M TERBUKA P AKHIR 46 3000 M TERBUKA L AKHIR 47 200 M P15 AKHIR 48 200 M L15 AKHIR 49 200 M P18 AKHIR 50 200 M L18 AKHIR
JADUAL KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN2023 BIL MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 51 4 X 400 M P15 AKHIR 52 4 X 400 M L15 AKHIR 53 4 X 400 M P18 AKHIR 54 4 X 400 M L18 AKHIR 55 4 x 100 M P15 AKHIR 56 4 x 100 M L15 AKHIR 57 4 x 100 M P18 AKHIR 58 4 X 100 M L18 AKHIR 59 4 X 50 M IBU BAPA / GURU AKHIR 12.10 ACARA PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 2.00 ACARA DIJANGKA SELESAI ***TERTAKLUK KEPADA SEBARANG PERUBAHAN 13 SAMBUNGAN HARI KETIGA (14 DISEMBER 2023)
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SUKAN TAHUNAN SMK TANDEK 2 KALI KE-2 TAHUN 2023 1. UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2021/2022, Peraturan-peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga MSSM. 2. ACARA-ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT-ALAT PERTANDINGAN PERINGKAT MSS SMK TANDEK 2 KALI KE-3 TAHUN 2023 BIL ACARA LELAKI PEREMPUAN TERBUKA L18 L15 P18 P15 1 100 Meter X X X X - 2 200 Meter X X X X - 3 400 Meter X X X X - 4 800 Meter X X X X - 5 1500 Meter X X X X 6 3000 Meter Terbuka X 7 Lumba Jalan Kaki X X X X 8 Lempar Cakera X 1.50kg X 1.00kg X 1.00kg X 1.00kg - 9 Lompat Jauh X X X X - 10 Lompat Kijang X X X X - 11 Lompat Tinggi X X X X 12 Lontar Peluru X 5.00kg X 4.00kg X 3.00kg X 3.00kg - 13 Rejam Lembing X 700g X 600kg X 500kg X 500kg - 14 4 x 100 Meter X X X X - 15 4 x 400 Meter X X X X - 16 4 X 50 Meter (ibu bapa / Guru) X PETUNJUK Hari pertama kejohanan Hari Kedua kejohanan Hari Ketiga Kejohanan 14
3.0 HADIAH-HADIAH 1. Acara Individu – Pertama, Kedua dan Ketiga 2. Acara Berpasukan – Empat sijil akan diberikan kepada setiap pasukan yang berjaya di tempat Pertama, Kedua dan Ketiga. 4.0 ACARA PERTANDINGAN 4.1 Setiap rumah sukan adalah dibenarkan menghantar TIDAK LEBIH daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu untuk acara padang , 100m dan 800m dan satu (1) pasukan atau peserta sahaja untuk bagi setiap acara Lari Berganti-ganti dan acara 200m dan 400m. 4.2 Bilangan maksimum penyertaan seorang peserta adalah seperti berikut: 4.3 Peserta-peserta Heptathlon dan Oktathlon TIDAK DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara individu yang lain kecuali acara lari berganti-ganti. (Tidak dipertandingkan) 4.4 Acara ‘Terbuka‘ hanya dibenarkan disertai oleh peserta-peserta yang berumur 13 tahun atau lebih pada 1 Januari tahun pertandingan. (Tidak dipertandingkan) 5.0 PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA 5.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 10 ISEMBER 2023 iaitu (Dua hari sebelum kejohanan: Pukul 2.00 petang ) . 5.2 Pendaftaran adalah secara atas talian. Link dan kata laluan akan diberikan oleh TIC. 6.0 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA 6.1 Mesyuarat Pengundian 6.1.1 Mesyuarat pengesahan dan undian lorong akan diadakan pada 11 DISEMBER 2023. Pengurus Pasukan atau wakilnya diminta hadir untuk menyaksikan pengundian tersebut. 6.1.2 Nama-nama peserta yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan selewat-lewatnya dalam mesyuarat tersebut. SELEPAS ITU, SEMUA PERTUKARAN/PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN. 6.2 Taklimat Pengurus-pengurus Pasukan Semasa taklimat ini, hanya penarikan diri TANPA pengganti dibenarkan. 6.3 Penarikan Diri Semasa Kejohanan Dijalankan.[Peraturan 142. 4-Failure to participate] 6.3.1 Jika didapati seseorang peserta setelah disahkan penyertaannya pada Taklimat PengurusPengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 6.3.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal tanpa surat pengesahan sakit/cedera daripada Pegawai Perubatan, adalah dianggap sebagai telah menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 6.3.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan kepada Pengurus Kejohanan. 6.4 Penggantian Dalam Acara Lari Berganti-ganti 6.4.1 Penggantian bagi Acara Lari Berganti-ganti dihadkan kepada dua (2) orang peserta yang didaftarkan dalam Borang Penyertaan Rasmi. Peraturan ini meliputi penyertaan di pusingan akhir. KATEGORI INDIVIDU LARI BERGANTI-GANTI 18TKB 3 2 15TKB 3 2 15
7.0 MELAPORKAN DIRI PESERTA 7.1 Semua peserta mesti melaporkan diri seperti jadual di bawah sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta 7.2 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, sebelum acara mereka dimulakan, Referi Bilik Panggilan boleh membatalkan penyertaan dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri. 7.3 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. 7.4 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan 7.5 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju lari masing-masing. 7.6 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan Tag Pengenalan Rasmi kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu. 8.0 PROSEDUR MASUK DAN KELUAR ARENA PERTANDINGAN 8.1 Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena pertandingan diiringi oleh Hakim Bilik Panggilan. 8.2 Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada di lorong masingmasing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka (Jika diberi arahan). 9.0 MEMANASKAN BADAN 9.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan. 10.0 BLOK PERMULAAN 10.1 Bagi acara-acara yang disebut di bawah untuk peringkat umur 18 dan 15 tahun ke bawah Lelaki dan perempuan, mulaan dekam dan Blok Permulaan TIDAK WAJIB DIGUNAKAN :- ACARA MASA AKHIR LAPOR DIRI MASA BERGERAK KE ARENA Balapan 20 minit sebelum acara bermula 10 minit sebelum acara bermula Balapan ( Lari Berpagar) (Tidak dipertandingkan) 25 minit sebelum acara bermula 15 minit sebelum acara bermula Lontaran, L. Jauh, L.Kijang 30 minit sebelum acara bermula 20 minit sebelum acara bermula Lompat Tinggi (Tidak dipertandingkan) 55 minit sebelum acara 45 minit sebelum acara bermula 16 100 meter 100 meter lari berpagar 4 x 100meter 200 meter 110 meter lari berpagar 4 X 400meter 400 meter 400 meter lari berpagar NOTA: Peserta balapan yang menggunakan blok permulaan tidak dibenarkan mendapat bantuan dari manamana pihak untuk menahan blok permulaan kecuali blok tersebut betul-betul bermasalah dan pengelola tidak mempunyai ‘spare’ untuk menggantikannya.
11. PAKU KASUT (SPIKES) DAN PERALATAN 11.1 Spikes : Kejohanan ini akan diadakan atas balapan rumput dan padang, Panjang maksimum paku spike tidak boleh melebihi 6mm. 11.2 Peralatan: Jawatankuasa Pengelola akan sediakan semua peralatan kecuali blok permulaan. 12.0 CARA MENANDA DI TEMPAT-TEMPAT PERTANDINGAN. 12.1 Peserta-peserta tidak dibenar menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya untuk menanda di tempat-tempat pertandingan. Mereka haruslah menggunakan pita (masking tape) yang disediakan oleh pasukan masing-masing. Peraturan 163.4 peserta tidak dibenarkan meletak tanda/penanda bantuan di atas / dalam atau di sisi lorong larian untuk membantu mereka. 13. 0 UKURAN TINGGI PERMULAAN. Bagi acara-acara tersebut di bawah, ukuran tinggi permulaan adalah seperti berikut:- 13.1 Lompat Tinggi – Ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya 13.1.1 Lelaki 18 tahun Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.60 meter. Untuk pertandingan, ketinggian palang akan bermula1.65 meter yang kemudiannya dinaikkan. 13.1.2 Perempuan 18 tahun Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.25 meter. Untuk pertandingan, ketinggian palang akan bermula 1.30m yang kemudiannya dinaikkan. 13.1.3 Lelaki 15 tahun Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.40m. Untuk pertandingan, ketinggian palang akan bermula 1.45m yang kemudiannya dinaikkan. 13.1.4 Perempuan 15 tahun Untuk latihan, ketinggian palang adalah 1.15m. Untuk pertandingan, ketinggian palang akan bermula pada 1.20m yang kemudiannya dinaikkan. 14.0 PAPAN LONJAKAN LOMPAT KIJANG 14.1 Papan Lonjakan dari kawasan mendarat bagi acara Lompat Kijang adalah seperti berikut. 15.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KEJOHANAN. 15.1 Penentuan Peserta Terbaik 15.1.1 Sijil akan diberi kepada Peserta Terbaik Lelaki 18TKB, Lelaki 15TKB, Perempuan 18TKB dan Perempuan 15TKB. Pemecah rekod baru berstatus MSS SMK Tandek 2, jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas, perak dan gangsa. 15.1.2 Sekiranya tiada rekod diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas dalam acara individu akan diambil kira. 15.1.3 Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan gangsa dalam acara individu akan diambil kira. 15.1.4 Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan di buat berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta. Bagi acara yang tiada dalam jadual mengira mata IAAF, penentuan pemenang akan ditentukan oleh Panel Pemilihan. Kategori Lelaki Perempuan 18 TKB 9/11meter 7/9 meter 15 TKB 9/11meter 7/9 meter 17
15.2 Johan Keseluruhan 15.2.1 Johan Keseluruhan ialah Kontinjen Olahraga MSS SMK Tandek 2 yang memenangi pingat emas terbanyak. Jika berlaku seri, kiraan pingat perak terbanyak akan diambil kira, jika masih seri, kiraan pingat gangsa terbanyak akan diambil kira. 16.0 SEPARUH AKHIR. 16.1 Separuh Akhir 16.1.1 Tiga (3) peserta pemenang daripada setiap separuh akhir yang mencatatkan masa terbaik daripada kedua-dua separuh akhir layak memasuki peringkat akhir. 16.1.2 Sekiranya terdapat bilangan peserta yang mencatatkan masa terbaik lebih dari bilangan yang dihadkan maka penentuan kelayakan akan bergantung kepada kedudukan peserta, Jika berlaku keadaan yang sama, cabutan undi akan dilakukan oleh Pusat Maklumat Teknikal 16.1.3 Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa Kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Pusat Maklumat Teknikal dibawah pengawasan Pengurus Kejohanan. 16.2 Semua pengundian Lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan. 17.0 WARNA DAN NOMBOR PENGENALAN 17.1 Warna dan nombor berikut akan digunakan untuk semua peserta. 17.2 Setiap nombor hendaklah berukuran 5cm (lebar) x 10cm (tinggi) dengan ketebalan huruf / nombor 1 cm. atas kain berukuran 28cm X 18cm 17.3 Huruf dan Nombor Peserta 18.0 BANTAHAN 18.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOM, kecuali perkara-perkara seperti di bawah; 18.1.1 Bantahan-bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat daripada:- i. Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pusing awal. ii. Tiga Puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara-acara pering akhir. 18.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan Wang Pertaruhan bagi acara individu sebanyak RM 100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) dan acara berpasukan 150.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh). 19.0 JAWATANKUASA BANTAHAN / TATATERTIB 19.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib dan prosedur aturcara mesyuarat adalah mengikut yang digunakan oleh KOM. 19.2 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada manaman pihak berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan. 19.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib Olahraga MSS SMK TANDEK 2 2023 adalah muktamad. 18 BIL RUMAH SUKAN NOMBOR WARNA 1 Cheetah C001 - C050 Merah 2 Puma P051 - P101 Hijau 3 Jaguar J102 - J152 Kuning 4 Panther T153 - T203 Biru
20.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 20.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan. Tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga MSS SMK Tandek 2, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, Pengurus-Pengurus Pasukan akan diberitahu. 20.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam undang- undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan AM MSSM atau PeraturanPeraturan Pertanding Kejohanan Olahraga MSS Sabah. 21.0 HAL-HAL LAIN 21.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang-orang yan tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 21.2 Selain dari Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN YANG DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. 21.3 Kelayakan umur peserta: 18 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2005 15 TKB : Lahir pada atau selepas 01-01-2008 21.4 False start (Salah Mula) peraturan 162.7: Berkuat kuasa 1 Januari 2010, kecuali dalam acara bercampur, mana-mana peserta yang melakukan salah mula akan dibatalkan Dalam acara bercampur peserta yang melakukan salah mula hendaklah diberi amaran. Hanya satu salah mula dalam satu perlumbaan dibenarkan tanpa pembatalan. Mana-mana atlet yang melakukan salah mula seterusnya dalam perlumbaan itu akan dibatalkan. 21.5 Semua ketua rumah sukan haruslah sentiasa mengingatkan dan mengawal disiplin atlet rumah sukan masing – masing. 21.6 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkahlangkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah. 19
SEKALUNG BUDI DAN PENGHARGAAN Jawatankuasa Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tandek 2 Kali Ke-3 Tahun 2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : Tuan Said bin Ambar Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu PIBG SMK Tandek 2 Pegawai Perhubungan Sekolah (polis) Angkatan Pertahanan Malaysia Pekerja pembersihan Pengawal Keselamatan Kantin Sekolah Dewan Makan Asrama SMK Tandek 2 Ibu Bapa dan Penjaga SMK Tandek 2 Orang perseorangan, guru-guru dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Tandek 2 Kali Ke-3 Tahun 2023 Berkejar-kejar ombak di laut, menyentuh pantai berpasir bersih; Budi tuan disebut-sebut, kerja selesai dan terima kasih. Letih berjalan di tengah pekan, singgah sebentar di gerai Siti; Terima kasih kami ucapkan, atas segala jasa dan bakti. 20