Faktor Persaingan Antara Tumbuhan
(Interaksi Antara Tumbuhan)
Disediakan oleh :
Muhammad Aniq Bin Mohd Aznan
Faktor persaingan tumbuhan adalah :
1. Tumbuhan juga bersaing sesama sendiri untuk sumber yang sama seperti cahaya matahari, air, nutrien dan
ruang.
2. Tumbuhan bersaing sesama sendiri apabila
tiada cahaya matahari yang mencukupi
terdapat kekurangan air
terdapat kekurangan nutrient atau mineral
terdapat kesesakan dan sedikit ruang untuk membesar
Cahaya Matahari Tumbuhan di dalam hutan hujan tropika kita tiada tumbuh pada
kadar yang sama. Ini kerana mereka menerima jumlah cahaya
matahari, air, nutrien dan ruang yang berbeza-beza.
Setiap tumbuhan di dalam hutan akan cuba untuk tumbuh lebih
tinggi untuk mendapat lebih cahaya matahari. Tumbuhan
mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan lebih cahaya matahari
walaupun sedikit.
Tumbuhan berbatang kayu akan lebih berjaya dalam persaingan
untuk mendapatkan cahaya matahari.
Tumbuhan yang batang yang tidak kuat akan menggunakan
penyesuaian khusus / kebolehan untuk mendapatkan cahaya
matahari seperti menggunakan cangkuk, akar mencengkam dan
tumbuh pada pokok yang lebih tinggi.
Tumbuhan-tumbuhan kecil atau renek selalunya terbantut
pertumbesarannya kerana mereka tidak mendapat cahaya matahari
yang cukup. Tumbuhan ini bergantung kepada tumbuhan yang lain
untuk mendapatkan cahaya matahari.
Air
Tumbuhan memerlukan air yang mencukupi untuk membolehkan ia melakukan proses pembuatan
makanannya sendiri. Proses pembuatan makanan ini dikenali sebagai Proses Fotosintesis.
Jika tumbuhan mendapat air berlebihan, tumbuhan boleh mengalami kelemasan dan akhirnya layu
dan mati.
Ruang
Jika lebih banyak tumbuhan di dalam suatu kawasan, persaingan di dalam kawasan tersebut
menjadi sangat tinggi. Atau lain perkataan, semakin banyak bilangan tumbuhan dalam suatu
kawasan, semakin tinggi persaingan berlaku untuk mendapatkan sumber-sumber yang terhad.
Atau persaingan juga menjadi lebih hebat di dalam hutan kerana tumbuh-tumbuhan tumbuh
berdekatan antara satu sama lain. Tumbuhan tidak boleh tumbuh dengan sihat pada kawasan yang
terhad.
Sebagai contoh, persaingan antara tumbuhan adalah lebih tinggi di dalam hutan berbanding di
padang atau kawasan lapang.
Nutrien
Tumbuhan memerlukan nutrient yang mencukupi untuk membesar dengan sihat.
Nutrien diperolehi selalunya dari tanah. Nutrien melarut ke dalam air tanah dan
diserap oleh tumbuhan melalui akar.
Nutrien juga boleh diperolehi daripada baja sama ada baja asli (organic) atau baja
buatan (tidak organik)
Terima Kasih