The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulkiflizuliha09, 2022-06-23 20:00:16

BUKU PROGRAM

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2022

Keywords: SK KANGKONG

AMgeusnyguPaIrBaGt

SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKONG 06650 ALOR SETAR KEDAH

Dirasmikan Oleh
EN. KHAIRUR RIJAL BIN YAHAYA
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangkong

25 SABTU DEWAN IBNU ARABI KALI KE
JUN
2022 Masa : 46

25 ZULKAEDAH 1443H 9.00 pagi

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1. TENTATIF PROGRAM 1

2. JAWATANKUASA PIBG 2

3. AJK INDUK DAN JAWATANKUASA 3
KERJA 4

4. NOTIS MESYUARAT

5. AGENDA MESYUARAT 5

6. MINIT MESYUARAT 6 - 11

7. REKOD KEHADIRAN 12

8. AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG 13 - 14

9. LAPORAN JURUAUDIT 15

10. LAPORAN KEWANGAN 16 - 17

11. PEMBENTANGAN USUL 18

25 JUN 2022 / SABTU:

8.00 pagi : Pendaftaran ibu bapa/penjaga

8.30 pagi : Ketibaan AJK PIBG

9.00 pagi : Ketibaan Tuan Guru Besar

: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

: Bacaan Doa
Encik Mohd. Ahyad bin Hj. Mahmud

: Ucapan Yang Dipertua PIBG
Encik Mohamad Shabani bin Abu Bakar, BKM.PJK

: Ucapan Perasmian
Encik Khairur bin Yahaya
(Guru Besar SK Kangkong)

: Jamuan Ringan

: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Bermula

12.00 tengahari : Bersurai

1

JAWATANKUASA PIBG
SK KANGKONG
TAHUN 2021/2023

Penasihat : En. Khairur Rijal bin Yahaya (Guru Besar)

Yang Dipertua : En. Mohamad Shabani bin Abu Bakar, BKM.PJK
(Waris)

Naib Yang Dipertua : En. Khamarul Nizam bin Ahmad (Waris)

Setiausaha : En. Mohamad Zamri bin Che Omar (Guru)

Bendahari : Pn. Mazlina binti Majid (Guru)

Ahli Jawatankuasa : En. Abdul Latif bin Ahmad (Waris)
En. Mohamad Kamal Azira bin Abd. Manah (Waris)
En. Mohamad Izol Khairi bin Ismail (Waris)
Pn. Bedah binti Ramli (Waris)
Pn. Azura binti Ishak (Waris)
Pn. Rusliza binti Razi (Waris)
Pn. Umirah binti Abu Mansor (Waris)
Pn. Suzilawati binti Ahmad (Waris)
En. Ahmad Zaidi bin Zakaria (Guru)
En. Mohamad Zabidi bin Ramli (Guru)
En. Mohamad Amir Wardee bin Mohd. Kamis (Guru)
Pn. Shobehah binti Ghazali (Guru)
Cik Saeng Fideelea Ukchukphan (Guru)

Juru Audit : En. Hazani b. Foozi (Waris)
Pn. Nur Shuhada bt. Ramlan (Guru)

2

Penasihat : En. Khairur Rijal bin Yahaya

Yang Dipertua : En. Mohamad Shabani bin Abu Bakar, BKM, PJK
Naib Yang Dipertua : En. Khamarul Nizam bin Ahmad
Setiausaha : En. Mohamad Zamri bin Che Omar
Bendahari : Pn. Mazlina binti Majid

JAWATANKUASA PELAKSANA

JEMPUTAN DAN SAMBUTAN BACAAN DOA
En. Mohamad Shabani bin Abu Bakar (YDP) En. Mohd. Ahyad bin Hj. Mahmud
En. Khamarul Nizam bin Ahmad (NYDP)
En. Sabri bin Ghazali (PK PEN) SIARAYA
Pn. Siti Halijah binti Hashim (PK HEM) En. Mohamad Aminuddin bin Abd Rahim (K)
En. Nasrullah bin Hj. Ismail (PK KK) En. Ahmad Tarmizi bin Mhd. Yusoff
En. Mohamad Zamri bin Che Omar (S/U PIBG)
AJK PIBG PENCATAT MINIT
En. Mohd. Hakimi bin Abdul Hamid (K)
PENGACARA MAJLIS Pn. Zyuhiroh binti Aziz
En. Abu Talib bin Salleh
KECERIAAN LUAR / KEBERSIHAN
AJK PENDAFTARAN En. Mohamad Zabidi bin Ramli (K)
En. Ahmad Zaidi bin Zakaria
Pn. Shobehah bt. Ghazali - Tahun 1 En. Mohd. Dzahir bin Ibrahim
Pn. Samihah binti Radzi
Cik Saeng Fideelea Ukchukphan - Tahun 2 Pekerja swasta

En. Ahmad Zaidi b. Zakaria - Tahun 3 JURU GAMBAR / DOKUMENTASI
En. Mohamad Amir Wardee bin Mohd. Kamis (K)
En. Mohd. Ahyad b. Hj. Mahmud - Tahun 4 Pn. Najidah binti Osman

Pn. Mazlina bt. Majid - Tahun 5 JAMUAN WARIS
Pn. Fadzratul Hafinas binti Ahmad Fadzil (K)
Pn. Rozita bt. Ramli - Tahun 6 Pn. Husliza binti Chin
Pn. Zahariah binti Yusoff
Pn. Munawaroh bt. Wan Dollah - Prasekolah Pn. Safinaz binti Ismail

AJK PERSIAPAN TEMPAT
En. Abu Talib bin Salleh (K)
En. Masyer Amir bin Mohamad
Pn. Najidah binti Osman
En. Aziz bin Saaid
Pekerja Swasta

AJK PENTAS JAMUAN VIP
Pn. Najwa Hanim binti A. Rahman (K) Pn. Nazuha binti Mohd. Zaib (K)
Cik Noramiroh binti Mat Daud Pn. Rozita binti Ramli
Cik Saeng Fideelea Ukchukphan Pn. Munawaroh binti Wan Dollah
Pn. Nurul Farah binti Khairul Azman Cik Nadia Nabila binti Mohd. Nabil
En. Mohd. Hakimi bin Abdul Hamid Guru-guru KAFA

BUKU PROGRAM 3
Pn. Zuliha binti Ismail (K)
Pn. Zyuhiroh binti Aziz
Pn. Mazlina binti Majid
En. Mohd. Zamri bin Che Omar
En. Mohd. Farid bin Ramli

PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKONG Tel /Fax : 04-7641751
06650 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

________________________________________________________________________________
“ KEDAH SEJAHTERA – NIKMAT UNTUK SEMUA”

Kepada Ruj. Kami : 100-13/1/4
Ibu Bapa/Waris/Penjaga, Tarikh : 12 JUN 2022
Sekolah Kebangsaan Kangkong

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK KANGKONG KALI KE-46 TAHUN 2022

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 Sekolah Kebangsaan Kangkong
akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Ibnu Arabi, SK Kangkong

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dan PIBG dengan berbesar hati menjemput tuan/puan
menghadiri mesyuarat tersebut.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1 Ucapan Alu-aluan Pengerusi Mesyuarat
3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-45 bertarikh 10 April 2021
3.3 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2021
3.4 Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021
3.5 Membahas usul-usul
3.6 Hal-hal lain
3.7 Ucapan Penangguhan

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………. 4
(EN. MOHD. ZAMRI B. CHE OMAR)
Setiausaha PIBG,
SK Kangkong.

AGENDA 1 : Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG.
AGENDA 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit

AGENDA 3 Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2021 Kali
AGENDA 4 ke - 45 bertarikh 10 April 2021.
: Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2021.
AGENDA 5 : Membentang dan Mengesahkan Penyata
AGENDA 6 Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2021.
AGENDA 7 : Membahaskan usul-usul.
: Hal-hal lain.
: Ucapan Penangguhan.

5

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -45
SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKONG
TAHUN 2021

Tarikh : 10 April 2021
Hari : Sabtu
Masa : 11.30 Pagi
Tempat : Masjid Baru, Kuala Kangkong

I. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.`Pengerusi PIBG En. Mohd Shabani bin Abu Bakar melafazkan bismillah
dan mengucapkan terima kasih kepada semua waris yang sudi
menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 45 kali ini.

2. Beliau turut meminta semua yang hadir agar dapat memberi tumpuan
dan kerjasama sepenuhnya sepanjang mesyuarat berlangsung.

3. Beliau turut mengingatkan hadirin berkaitan wabak Covid-19 yang
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan berharap semua yang
hadir terus mengekalkan SOP yang ditetapkan dalam norma baharu ini.

II. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE 44 BERTARIKH 10 April 2021

4. Setiausaha PIBG Encik Mohd. Zamri bin Che Omar membentangkan
Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke 44 bertarikh 10 April 2021 ( Sabtu ) untuk
diterima dan disahkan.
En. Khairul Anuar bin Ahmad mencadangkan agar minit mesyuarat
tersebut diterima dan disahkan.
Pn. Hasniza binti Hassan menyokong cadangan tersebut.

6

III. LAPORAN SETIAUSAHA PIBG

5. Setiausaha PIBG Encik Mohd. Zamri bin Che Omar melaporkan aktiviti
yang dijalankan sepanjang tahun 2020 pada muka surat 16.

6. PIBG SK Kangkong tahun 2020 telah menyumbangkan peruntukan
merangkumi 3 bidang iaitu :

6.1 Kurikulum
a) Program Peningkatan Tahun 6

6.2 Kokurikulum
a) Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kali Ke-41.

6.3 Kebajikan Sosial
a) Sumbangan Covid-19 kepada keluarga B40
b) Sumbangan Projek naik taraf kawasan kolam ikan
c) Bantuan penyelenggaraan pintu kelas
d) Sumbangan perubatan murid (Auni Humaira bt. Mohd. Kamal Azira (6 Wawasan)
e) Sumbangan peralatan / banner untuk SOP pembukaan sekolah.
f) Bantuan menaik taraf Kelas Pemulihan Khas baharu.
g) Sumbangan barang dapur untuk waris kuarantin Covid-19

(Pn. Nor Azimah bt.Ismail)
h) Sumbangan kepada Cikgu Ahmad Zaidi b. Zakaria ( kematian isteri)
i) Sumbangan alat ‘Digital Thermometer’(alat mengukur suhu badan)
j) Hadiah sempena persaraan Pembantu PraSekolah - Puan Hanisah bt. Hassan
k) Hadiah sempena persaraan Penolong Kanan Pentadbiran-Pn.Hjh. Rohani bt

Abdullah
l) Hadiah sempena persaraan guru - Tuan Syed Iskandar b. Tuan Syed Ibrahim
m) Hadiah sempena pertukaran guru - Puan Mazipah bt. Hussain
n) Jamuan Majlis Penyerahan Wang Yayasan Pelajaran Mara (YPM)

7

IV. MENERIMA DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN
BERAKHIR DISEMBER 2020

7. Bendahari PIBG Pn. Mazlina binti Majid membentangkan penyata
kewangan yang berakhir 31 Disember 2020 pada muka surat 22 hingga 25
dalam buku program (rujuk lampiran).
En. Mohd. Fauzi bin Yaakob mencadangkan penyata kewangan ini
disahkan.
Pn. Asiah binti Hashim menyokong.

V. MENERIMA DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL AHLI

8. Usul daripada waris

8.1 Pengerusi PIBG, En. Mohd. Shabani bin Abu Bakar memaklumkan
setiap usul yang dikemukakan daripada waris secara bertulis kepada
Jawatankuasa PIBG telah dibincangkan dalam mesyuarat AJK.
Jawatankuasa PIBG memutuskan usul-usul tersebut adalah cadangan-
cadangan sahaja dan dikemukakan dalam mesyuarat agung pada kali ini.

9. Cadangan-cadangan daripada waris

Pembawa cadangan : Siti Fatimah binti Omar

9.1 Soalan : Menambah baik tandas sedia ada agar lebih selesa untuk
murid-murid antaranya:-

i) Kunci/Selak pintu tandas yang sudah rosak perlu diganti
segera

ii) Pastikan tandas sentiasa bersih

8

Jawapan :

i) Guru Besar memaklumkan selak pintu tandas sudah diganti dengan selak
yang baharu. Penggunaan yang tidak cermat dan berhati-hati oleh murid
menyebabkan selak tersebut cepat rosak. Namun begitu, Guru Besar akan
meminta kerjasama dari pekerja-pekerja pembersihan memantau
penggunaan tandas oleh murid dari semasa ke semasa dan memaklumkan
kepada beliau jika ada kerosakan.

ii) Guru Besar memaklumkan tandas murid telah dinaik taraf dan telah
mengarahkan pekerja pembersihan melakukan pembersihan tandas lebih
kerap dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

9.2 Soalan : Menyediakan bilik persalinan khas untuk murid perempuan
yang uzur/datang bulan.

Jawapan : Guru Besar memaklumkan cadangan tersebut diterima dan akan
dibincangkan dengan pengurusan sekolah. Kesesuaian tempat dan bilik
akan ditentukan kelak.
.
Pembawa cadangan : En.Mohamad Zabidi bin Ramli

9.3 Soalan : Membina laluan gajah menyusur (laluan berbumbung) dari
Kelas Tahun 3 ke bangunan utama sekolah untuk mengelak murid-murid
daripada cuaca panas dan hujan.

Jawapan : Pengerusi menerima cadangan tersebut dan akan mengambil
tindakan untuk melaksanakannya. Beliau mencadangkan sumbangan waris
dan guru minima setiap seorang RM20. Semua waris bersetuju sebulat
suara. Pembinaan juga akan dilakukan secara gotong-royong bagi
menjimatkan kos.

9

VI. HAL-HAL LAIN

10. Pn. Hasmiza binti Hassan memperingatkan tentang sebatang besi yang
terpacak berhampiran kantin boleh membahayakan murid. Beliau meminta
pihak sekolah mengambil perhatian.

11. En. Nasrullah bin Hj. Ismail memaklumkan pihak sekolah akan segera
bertindak mengatasi masalah ini.

12. Pn. Azizah binti Abu Bakar berharap supaya saluran ‘whatsapp’ dapat
digunakan dengan sebaiknya untuk menyampaikan maklumat guru kepada
ibu bapa dan sebaliknya. Semua pihak perlu mengelakkan daripada cuba
menyentuh isu-isu sensitif dan menyinggung perasaan masing-masing.

13. Guru Besar mengingatkan guru-guru dan ibu bapa jika ada sebarang
masalah mengenai murid boleh terus menghubungi guru atau ibu bapa
berkenaan dan tidak menggunakan ‘whatsapp’ dalam kumpulan/kelas.

VII. UCAPAN PENANGGUHAN

14. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru-guru, barisan
Jawatankuasa PIBG,Jawatankuasa masjid dan para waris kerana telah
menjalankan mesyuarat PIBG pada kali ini dengan jayanya.

15. Beliau juga berharap apa yang dibincangkan pada hari ini akan dapat
dilaksanakan.

16. Pengerusi turut mengucapkan terima kasih kepada semua atas segala
bantuan dan kerjasama yang diberikan. Beliau juga memohon maaf atas
segala kekurangan sepanjang Mesyuarat Agung PIBG dijalankan pada kali
ini.

10

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Dicatat oleh:
En. Mohd. Ahyad bin Hj. Mahmud.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

……………………………………… …..………………………………….…

(MOHAMAD ZAMRI BIN CHE OMAR) (MOHAMAD SHABANI BIN ABU BAKAR)

Setiausaha PIBG,SK Kangkong, Yang Dipertua PIBG, SK Kangkong,
Sesi 2021/2023. Sesi 2021/2023.

11

KEHADIRAN AHLI JAWATANKUASA
KE MESYUARAT JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SK KANGKONG, SESI 2021

BIL AHLI JAWATANKUASA PIBG 23.3.2021

1. EN. MOHAMAD SHABANI BIN ABU /
BAKAR
/
2. EN. KHAIRUR RIJAL BIN YAHAYA /
3. EN. KHAMARUL NIZAM BIN AHMAD /
4. EN. SABRI BIN GHAZALI /
5. PN. SITI HALIJAH BINTI HASHIM /
6. EN. NASRULLAH BIN HJ. ISMAIL /
7. EN. MOHAMAD ZAMRI BIN CHE OMAR /
8. PN. MAZLINA BINTI MAJID /
9. PN. ZULIHA BINTI ISMAIL XS
10. PN. NUR SHUHADA BINTI RAMLAN X
11. EN. MOHD. HAMZAH BIN AHMAD X
12. EN. NORIZAN BIN AMBALI XS
13. EN. ABDUL LATIF BIN AHMAD
14. EN. MOHAMAD KAMAL AZIRA BIN ABD XS

MANAH XS
15. PN. AZURA BINTI ISHAK XS
16. PN. UMIRAH BINTI ABU MANSOR
17. PN. BEDAH BINTI RAMLI /
18. PN. RUSLIZA BINTI RAZI /
19. PN. SUZILAWATI BINTI AHMAD XS
20. PN. ROZITA BINTI RAMLI XS
21. EN. AHMAD TARMIZI BIN MHD YUSOFF XS
22. EN. MOHD. AMINUDDIN BIN ABD. RAHIM XS

12

AKTIVITI-AKTIVITI PIBG SK KANGKONG TAHUN 2021

Menyumbang peruntukan untuk :
1. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 44 dan 45
2. Peralatan ‘Sprayer Hand Pump (alat sanitasi kelas)
3. Peralatan ‘Digital Thermometer’(alat mengukur suhu badan)
4. Penggunaan ruang masjid untuk Mesyuarat Agung PIBG di
Masjid Baru, Kuala Kangkong
5. Pertandingan Pantun peringkat Daerah Kota Setar secara
‘Google Meet’
6. Waris-waris meninggal dunia :
i. Kematian bapa
a) Farisya Haifa binti Rosmairy (4 Wawasan)
b) Fatin Umairah binti Ghazali (6 Wawasan)
c) Muhammad Syahmi bin Shafie (5 Dinamik)
d) Muhammad Akif Ayman b. Abdul Halim (1 Dinamik)
ii. Kematian ibu
a) Puteri Al Zahra binti Hunizam (3 Wawasan)

13

7. Murid-murid sambung belajar ke sekolah berasrama
penuh :
i. Muhammad Afwan bin Dzulkifli
ii. Muhammad Fayshal bin Sirajudin
iii. Nur Iman Hayati bnti Mohd. Nasir
iv. Auni Humaira binti Mohd. Kamal Azira
v. Nabilah Syafiqah binti Zainon
vi. Nur Ain Hamidah binti Mohd. Faudzi

` 8. Ahli keluarga Nabilah Uzma binti Zulkifli (5 Wawasan) akibat kejadian
ribut.

9. Hadiah sempena pertukaran guru :
i. Pn. Munirah binti Abu Bakar
ii. Pn. Rosiah binti Ramli
iii. Pn. Sarimah binti Ibrahim
iv. En. Mohd. Hakim bin Abd. Khadi
v. Pn. Sobariyah binti Wahid (Pembantu Prasekolah)

124

LAPORAN JURUAUDIT DALAM TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

Kepada: Tarikh:
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Kangkong,
06650 Alor Setar,
Kedah Darulaman.

Tuan,
Mengikut kehendak persatuan ini,kami melaporkan bahawa telah mengaudit
akaun persatuan ini dan pada pandangan kami adalah seperti berikut :
Pihak persatuan telah menyediakan akaun akhir dan lembaran imbangan seperti
yang dikehendaki dan berbetulan.
Pada pendapat kami, lembaran imbangan dan penyata disusun selaras dengan
kehendak persatuan ini.

Sekian. Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas, ……………………..........…….
(Nur Shuhada binti Ramlan)
…………………….. Juruaudit Dalam 2,
(Hazani bin Foozi) PIBG SK Kangkong.
Juruaudit Dalam 1,
PIBG SK Kangkong.

15

PIBG 2021/2022
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKONG

PENYATA PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

BIL PENDAPATAN RINGGIT MALAYSIA
1. Baki pada 31.12.2020 20383.87
2. Derma Khas PIBG 7074.88
27458.75
JUMLAH

BIL TARIKH PERBELANJAAN RINGGIT
MALAYSIA
1. 02.03.2021 Europower 16L Battery Sprayer Hand Pump
140.00
2. 06.04.2021 Peruntukan Untuk Mesyuarat Agung PIBG Kali
ke 44 dan 45 810.00

3. 11.04.2021 Hadiah Sempena Pertukaran Guru 350.00

4. 20.04.2021 Sumbangan Untuk Masjid -Kegunaan Mesyuarat 100.00
Agung PIBG
250.00
5. 21.04.2021 Sumbangan Pertandingan Pantun Peringkat
Daerah Kota Setar Secara Google Meet 500.00
350.00
6. 22.04.2021 Sumbangan kepada keluarga Waris Meninggal 700.00

7. 22.04.2021 Sumbangan murid sambung belajar 30.00
500.00
8. 27.04.2021 Tempahan Buku Resit Yuran PIBG 1400.00
1380.00
9. 27.04.2021 Tempahan Rubber Stamp Untuk Resit PIBG 100.00
306.00
10. 27.04.2021 Pembelian Kertas A4 6916.00

11. 05.05.2021 Sumbangan Keceriaan kepada Guru Kelas

12. 21.09.2021 Photostat Bahan PdPR

13. 06.12.2021 Sumbangan Untuk Mangsa Ribut

14. 12.12.2021 Pembelian Digital Thermometer

JUMLAH

16

BAKI TERKINI

BIL RINGGIT MALAYSIA
1. 20542.75

JUMLAH 20542.75

………………………… ………………………………...…….
(HAZANI BIN FOOZI) (NUR SHUHADA BINTI RAMLAN)
Juruaudit Dalam 1, Juruaudit Dalam 2,
PIBG SK Kangkong. PIBG SK Kangkong.

……………………………………………….. ……………………………………………
(MOHAMAD SHABANI BIN ABU BAKAR) (MOHAMAD ZAMRI BIN CHE OMAR)
Pengerusi, Setiausaha,
PIBG SK Kangkong. PIBG SK Kangkong.

…………………...………..
(MAZLINA BINTI MAJID)
Bendahari,
PIBG SK Kangkong.

17

USUL 1

NAMA PENCADANG : Mokti bin Azizan (Waris)
CADANGAN : Meminta supaya waris-waris tidak membawa kenderaan seperti

motosikal berhimpun di depan pintu pagar sekolah sewaktu
mengambil anak-anak. Keadaan ini akan menyebabkan
berlakunya kesesakan. Waris perlu meletakkan kenderaan di
tempat-tempat yang bersesuaian. Hanya berjalan sahaja dan
menunggu anak di hadapan pintu pagar sekolah

NAMA PENCADANG USUL 2
CADANGAN
: Mohamad Zabidi bin Ramli (Guru)
: 1. Meminta PIBG dan pihak sekolah bekerjasama

menyelesaikan masalah tangki/pam air yang sudah lama
kerana keperluan air setiap hari kepada warga sekolah.
2. Meminta PIBG dan pihak sekolah bekerjasama mendapatkan
sumber kewangan menambun tanah di padang sekolah.
Keadaan padang digenangi air apabila hujan lebat dan
menjejaskan aktiviti murid.

USUL 3

NAMA PENCADANG : Pn. Azmaniza binti Azizan (Waris)
CADANGAN : Menyelesaikan masalah tandas yang tidak sempurna.

18


Click to View FlipBook Version