pee-prokermetjbfaoaannlgiroaunmsseiijsatreamh
NAMA: SARAH SAFIA BINTI MOHD ZABRI
KELAS: B7
AMBILAN: PPISMP JUN 2022
pengenalan
sBedabdmbhaeAaebpraasnrlimbesesaatsaarrasrumeehu.yntMkrgSubsuyMeuityebarappeashelkmuaaamastlanteydampkeanguymaaeenueunykjagptapn.taeniaeseuubkKnltnenjanualaageibhunstarjwmaubatantpmwuauunaeesdhrnjienaumnsaytbntdesddneauaaigpeaaslknhaat
nenstpuulahedargaasslstmmaamtimiiaisnsraasaai.tyMehynbueSbalmslameneinaidtsirbltnenbgtaabutemeyayrumetkrmahiuazilkstikasenasdueesaenppa-ilmannjgbinaaes.staaeraieaiptmluanrslneaeubsablmprraaerrhkula
uuhzuiaekm
hma
n
i
i
pengenalan
mLsJTpWtiaayuseueswtatnaleilneininislsdcsgamgitsaIhaaasyguniannrdtpasaubegneaufnaaRnaRjgagmakdtmgmgualeuaalaapaaarmttmnetenhieinehulbsmniunilRdlkaeegsidliagausiaehnarjatasaananmbbmalinarmnaadeiduknhikmapzibJeieiehpuaasnmdasnimnewepnehdiabdja,ualrpea,naaraielacddhsniesurnyndatiiaiardighasyupgryatthuatnEaaluaainadeirbkngkdnrisdlyiumioaaebasaakrBmnbhnpraehuaAtasiaasnaeraulumRirhnruiahsm.allasuapaautsiiStsebtyesambieemaakrbamadlarnbnanianeudaceAaegltrgtnbaaRanmerlabuuraaugllmykmaliaaumhbipgmaenshinae.unnabradinwPmdadn.gnacipennKaiaguadebgaJnagkirijarbaduaungaablnwtadganudignea,b
huea
kinuhlhaaaanskayynaacsb.hagnaa
rasaaj
nan
iaaa
an
gdi
nnn
i
2.0 Sistem
smeisjertaedamenkeajraaunmrui mi
2.1 Perkemsbeabnegluamn
2.1.1 SIstem Ejaan CH.
Van Ophuysen (1900)
Pada tahun 1900, Ophuysen telah diminta oleh pemerintah untuk menyusun
ejaan Melayu menggunakan aksara Latin demi menyelaraskan penggunaan
ejaan rumi Melayu bagi tujuan pembelajaran bahasa Melayu di Indonesia dan
memastikan kerancuan atau penulisan rumi Melayu yang tidak bersistem di
Indonesia tidak berlaku. Oleh itu, beberapa sistem ejaan yang telah ada
digabungkan terutamanya sistem yang pernah diketengahkan oleh para
pengkaji bahasa Melayu berbangsa Belanda. Sistem ejaan bahasa Belanda telah
dijadikan sebagai landasan pokok.
Sebuah buku bertajuk ‘ Kitab Loghat Melajoe ‘ Berjaya disusun dengan bantuan
Engku Nawawi dan Moehammad Taib Soetan Ibrahim, buku ini banyak
menerapkan ejaan Ophuysen atau dikenali sebagai Ejaan Balai Pustaka. Sistem
ejaan ini terus dibaiki hingga tahun 1926 demi mendapatkan bentuk yang tetap.
Terdapat beberapa bentuk penulisan sistem ini antaranya ialah penggunaan
enam huruf vokal iaitu a, e taling, e pepet, I, o, dan oe untuk melambangkan
bunyi u. selain itu, rangkap konsonan Belanda turut digunakan seperti dj, tj, sj,
nj, dan ch. Terdapat juga penggunaan partikel ‘ pun ‘ dan tanda terema.
2.1.2 sistem ejaan
Wilkinson
Kesedaran pihak atasan tentang kepentingan keseragaman ejaan telah
mewujudkan sebuah rancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu pada
tahun 1902. Sebuah persetujuan telah dibuat oleh kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan, sistem ejaan ini telah
diketuai oleh RJ. Wilkinson. RJ. Wilkinson ialah pegawai pemerintah British
yang pernah Menyusun sebuah kamus berjudul ‘ Malay-English Dictionary ‘
yang mula diusahakan dalam tahun 1895.
Sistem ejaan ini merupakan penambahbaikan daripada sistem ejaan yang
digunakan dalam Kamus Maxwell dan sama dengan sistem ejaan CH Van
Ophuysen iaitu mempunyai 6 vokal, 18 konsonan dasar, 6 konsonan sekunder
dan 3 diftong. Dalam kamus tersebut, banyak kaedah tulisan rumi Shella bear
diterapkan bahkan terdapat juga kaedah baba peranakan serta kaedah tulisan
rumi Melayu-Belanda. Huruf-huruf vokal a, e taling, e pepet, I, o, daan u
diterapkan serta terdapat juga penggunaan rangkap konsonan ch untuk
menggambarkan bunyi c, sh untuk menggambarkan bunyi sy, kh, ng, ny, th, dh,
dan dz. Sistem ejaan rumi ini telah digunakan dalam semua kamusdan
penerbitan karya Wilkinson yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-
an.
2.1.3 sistem ejaan Zaaba
Perubahan terhadap sistem ejaan Wilkinson telah dilakukan oleh Zaaba. Sistem
ejaan rumi Zaaba iaitu ringkasan daripada Zainal Abidin bin Ahmad turut
dikenali sebagai sistem ejaan sekolah. Maktab Perguruan Sultan Idris
merupakan permulaan sistem ejaan ini. Contoh buku yang ditulis oleh Zaaba
ialah Pelita Bahasa Melayu (1941) dan Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926).
Sistem ejaan Zaaba ini telah dijelaskan serta digunakan dalam buku ‘ Pedoman
Bahasa Melayu Penggal I, II dan III ‘. Antara kelemahan yang terdapat dalam
sistem ini ialah kesukaran sistem ini kerana masih mengandungi pengejaan kata
daripada sistem ejaan rumi Wilkinson dan penggunaan aneka ragam lambang
huruf yang menyebabkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam penulisan.
Huruf-huruf saksi iaitu a, e, I, o, dan u serta rangkap konsonan yang digunakan
oleh Wilkinson terkandung dalam sistem ejaan ini kecuali penggunaan vokal
pada perkataan yang berakhiran huruf k, h, r, dan ng. contohya, huruf vokal e
digunakan berbanding huruf I seperti ‘balek’ dan ‘leteh’. Huruf o juga digunakan
untuk menggantikan huruf u seperti ‘dudok’ dan ‘gunong’.
2.1.4 sistem ejaan Fajar
Asia
Ketua pengarang Majalah ‘ Fajar Asia ‘ , Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih
dikenali sebagai Zaaba telah mengolah majalah tersebut dan diterbitkan di
Singapura bermula tahun 1943 menggunakan ejaan Fajar Asia. Tentera jepun
memperkenalkan sistem ejaan ini demi menyeragamkan penulisan ejaan rumi
Melayu Ketika Tanah Melayu dan Sumatera berada di bawah satu pemerintahan.
Sistem ini boleh dikatakan sebagai percubaan pertama sebagai usaha
menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dengan ejaan rumi bahasa Indonesia jika
dilihat dari sudut penulisan keharmonian vokal dan ejaan kata. Angkatan
Sasterawan 50 telah menjadikan ejaan Fajar Asia sebagai ejaan rasmi. Sistem
ejaan Fajar Asia masih mengekalkan penggunaan konsonan Wilkinson atau
Zaaba namun terdapat penggunaan vokal Ophuysen kecuali oe digantikan
dengan u.
2.1.5 sistem soewandi
Pada tahun 1947, sistem ejaan Soewandi atau dikenali sebagai ejaan Republik
dikuatkuasakan beberapa bulan sebelum merdekannya negara Indonesia. Atas
perintah Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan, Mr Soewandi, ejaan
ini dikuatkuasakan.
Sistem ejaan Soewandi yang mengadakan perubahan terhadap sistem ejaan
Ophuysen sangat padan dengan Hasrat Kongres Bahasa Indonesia untuk
menyempurnakan beberapa perkara yang kurangan sesuai. Antara
perubahannya ialah penggunaan vokal u untuk menggantikan vokal oe dan
menghapus penggunaan tanda terema pada akhiran i. Namun ada pendapat
bahawa sisitem ejaan Soewandi tidak jauh bezanya dengan ejan Ophuysen dan
dianggap usaha mempersahajakan ejaan Ophuysen.
2.1.6 sistem ejaan rumi
kongres (1957)
Pada tahun 1952, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama telah
diadakan di Singapura. Kongres kedua diadakan di Seremban pada 1 dan 2
Januari 1954 dan kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 16 hingga 21
September 1956. Kongres pertama turut dipercayai diadakan di Singapura.
Dalam kongres kedua, keputusan telah dibuat dimana ejaan Rumi diterima
sebagai ejaan rasmi bahasa Melayu selepas satu kajian yang panjang diadakan
dalam keputusan Kongres pertama.
Masalah ejaan Rumi diberi perhatian berat dalam Kongres Bahasa Melayu
ketiga (1956) dan beberapa pembaharuan yang agak radikal telah dicadangkan
peserta. Antaranya ialah memperbaiki sistem ejaan Zaaba. Saranan Angkatan
Sasterawan Lima Puluh (ASAS 50) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya (PBMUM) telah dibuat.
2.1.6.1 sistem ejaan ASAS
50
Sistem ejaan yang digunakan oleh penulis ASAS 50 dan penulis muda angkatan
lima puluhan, tidak jauh berbeza dengan sistem Fajar Asia. Disebabkan
penerapan vokal kembar iaitu diftong ai dan au mewujudkan kesukaran, ay
menggantikan diftong ai, aw menggantikan diftong au, dan oy menggantikan
diftong oi. Hendaklah menandakan c sahaja bagi fonem ch serta konsonan ng
dan ny ditandakan dengan sistem n yang berlainan dengan huruf rumi pada
kebiasaanya. Bagi menggambarkan fonem-fonem asing, huruf seperti f, q, v, x
dan z dapat digunakan.
2.1.6.2 sistem ejaan
PBMUM
Sistem ejaan PBMUM ini merupakan cadangan yang dikemukan sebagai
cadangan oleh PBMUM di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu yang ketiga.
Dalam sistem ejaan ini, penggunaan huruf-huruf kembar atau rangkap
konsonan ditolak dan digantikan dengan fonem lain seperti ch, ny, ng, dan sh.
Rangkap konsonan seperti dh, dz, gh, kh dan th tidak digunakan lagi. Menurut
PBMUM juga, ejaan Malaya mesti berastu dengan ejaan Indonesia serta terdapat
pemisahan penggunaan ‘pun’ dan fonem ‘ain’ dan fonem ‘hamzah’ tidak
mempunyai perbezaan.
2.1.7 Sistem Ejaan
Kongres (1956)
Ejaan kongres merupakan sistem yang dipersetujui setelah beberapa keputusan
telah dibuat hasil daripada kertas cadangan ASAS 50 dan PBMUM. Sistem baru
ini ialah sistem sepenuhnya yang diterima dalam Kongres 1956. Antara
keputusannya ialah rangkap konsonan seperti ch, ng, ny dan sh bagi
mengambarkan huruf tertentu dan tiga diftong iaitu aw, ay, dan oy diterapkan
sebagai manggantikan diftong au, ai, dan oi.
2.0 Sistem m
seiesjrtadeaemknaejraaunmrui mi
2.1 Perkemsbealnegpaasn
2.2.1 ejaan Melindo
Sistem ejaan Melindo merupakan singkatan daripada Ejaan Melayu-Indonesia dan wujud
demi menghalusi ejaan Kongres serta menjalinkan hubungan dengan pihak Indonesia
untuk tujuan penyelarasan. Dalam sistem ini, terkandung 6 huruf vokal iaitu a, e, e, I, o,
dan u serta tiga diftong iaitu ay, aw, dan oy. Fonem f, s dan z juga digunakan demi
menggambarkan kata-kata asing. Sistem ini dijangkakan bahawa akan digunakan
sepenuhnya pada tahun 1964 namun terbatal kerana berlaku perselisihan politik antara
Malaysia dan Indonesia.
Jawatankuasa Ejaan Rumi Bahasa Kebangsaan, Singapura menatarkan kertas kerjanya di
Kongres Bahasa Kebangsaan Singapura anjuran daripada Lembaga Tetap Kongres dari 15
hingga 19 September. Rumusan telah dibuat bahawa bahasa Melayu yang menjadi bahasa
kebangsaan Singapura meliputi seluruh Nusantara, ejaan menjadi alat untuk penyatuan
pemakai bahsa di seluruh Nusantara. Menurut pendapat Kongres Bahasa Kebangsaan
Singapura, sistem ejaan mereka iaitu Sistem Ejaan Rumi Bahasa Kebangsaan Singapura
perlu selaras dengan Sistem Ejaan Melindo dan turut disarankan oleh Kongres tersebut
untuk menukar nama Melindo kepada Malindos yang berasal daripada singkatan
Malaysia, Indonesia dan Singapura. Antara saranan lain ialah penetapan penggunaan
huruf kembar iaitu rangkap konsonan dan bunyi yang dipinjam dari bahasa Arab. Selain
itu, hanya huruf k sahaja digunakan bagi menggambarkan tanda ain dan hamzah serta
aw, ay, dan oy merupakan diftong bagi ejaan bahasa Melayu. Isitilah bahasa asing juga
mesti dieja mengikut kaedah pengejaan bahasa Melayu.
2.2.2 Sistem Ejaan Baru
(1972)
Disebabkan sistem ejaan Malindo tidak dapat dilaksanakan, beberapa rundingan telah diadakan
demi membentuk kesefahaman yang lebih kukuh seperti usahasama yang berterusan diadakan
untuk merancang pembinaan bahasa dalam jangka waktu yang panjang, bahan berkaitan bahasa
dan sastera ditingkatkan serta pemakaian istilah-istilah diselaraskan. Akhirnya, pelasaan ejaan
Bersama Indonesia-Malaysia yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Baru di Malaysia dan Sistem Ejaan
yang disempurnakan di Indonesia diisytihar secara rasmi pada 16 Ogos 1972 setelah diadakan
beberapa kali rundingan.
Terdapat dua sistem ejaan yang muncul pada tahun 1971 iaitu sistem ejaan yang dilaksanakan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka yang dikenali sebagai Ejaan Sekarang, dan Ejaan Universiti Malaya yang
dilaksakan di Universiti Malaya. Sistem ejaan Universiti Malaya dikatakan sebgai perbaikan
daripada sebuah sistem ejaan cadangan yang diketengahkan oleh persatuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya pada tahun 1956, perbaikannya ialah penggunaan x dalam melambangkan bunyi
sy berbanding dengan sistem ejaan Sekarang yang merupakan hasil dapatan dalam rundingan
delegasi Malaysia-Indonesia dalam mencari kesepakatan ejaan terutamanya di alam Nusantara dan
antarabangsa. Sistem ejaan Sekarang telah dipilih menjadi pilihan pertama kerana sistem ini
merupakan hasil susunan Hassan Ahmad dengan arahan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara perbezaan sistem ejaan Sekarang dengan sistem Ejaan Baru (1972) ialah penggunaan ke dan
di ditulis dengan du acara iaitu ditulis secara senyawa dan ditulis terpisah jika diikuti dengan kata
nama khas. Selain itu, kata ulangan ditulis dengan du acara iaitu boleh ditulis dengan angka 2 jika
seluruh kata dasarnya diulang seperti ‘kanak2’ manakala kata ulangan turut ditulis menggunakan
sempang jika sebahagian kata dasarnya diulang seperti ‘kedua-dua’.
2.2.3 sistem ejaan rumi
bahasa Melayu 1972
Kemuncak kepada segala kegiatan penyempurnaan kepada sistem ejaan adalah Sistem
Ejaan Baru bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. YAB Tun Abdul Razak iaitu
Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah melancarkan sistem ejaan ini pada 16
Ogos 1972 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sistem ejaan ini juga
dirasmikan serentak di Malaysia dan Indonesia. Sistem ejaan ini juga telah dirujuk
sebagai Ejaan Rumi Bersama hingga kini.
SIstem Ejaan Rumi 1972 ini mempunyai enam ciri utama, ciri yang pertama iaitu huruf
vokal, huruf konsonan dan diftong. Ciri yang kedua ialah kewujuan keselarasan huruf
vokal dan yang ketiga ialah kewujudan penulisan kata bahasa Melayu contohnya
penulisan rangkai kata. Ciri yang keempat pula ialah penggunaan huruf besar dan
huruf kecil dan yang kelima ialah penggunaan tanda baca. Ciri yang terakhir iaitu ciri
yang keenam ialah penulisan partikel yang dieja berangkai dengan perkataan yang
mendahuluinya. Contohnya, lah. kah dan tah.
3.0 Peranan Dewan Bahasa
dan Pustaka dalam
menyeragamkan sistem
ejaan Rumi
Pada 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ditubuhkan di Johor Bahru secara rasmi dan berperanan
telah memulakan segala pengurusan dan perancangan yang berkaitan dengan bahasa Melayu yang menjadi
bahasa rasmi tanah air kita. DBP juga mempunyai kuasa untuk menggubal dasar yang khusus, Menyusun
program pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, serta kegiatan penerbitan dan perniagaan
dijalankan secara kompetitif. Setelah DBP perpindah dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada 12 Julai 1957,
kegiatan dalam penerbitan buku dan majalah bermula dan berjalan dengan rancak setelah terdapat
pertambahan kakitangan yang bertugas untuk menjalankan kerja penterjemahan dan penulisan. Majoritinya
terdiri daripada para guru kerana pengetahuan dan penguasaan mereka terhadap bahasa Melayu dan bahsa
Inggeris dengan baik. DBP juga telah diberikan kuasa untuk menggubal dasar yang khusus, Menyusun
program pembinaan dan perngembangan bahasa dab sastera serta menjalankan kegiatan penerbitan dan
perniagaan buku secara kompetetif. Bahkan DBP telah melebarkan sayapnya untuk menubuhkan cawangan di
Sabah dan Sarawak yang berperanan untuk mengembagkan dunia bahasa dan sastera di Sabah dan Sarawak.
Peranan dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi sangat berkait rapat dengan matlamat
dalam DBP. Antara peranan DBP dalam menyeragamkan sistem ejaan rumi ialah
menerbitkan, mencetak atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku, risalah dan
lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan. Oleh kerana Dewan Bahasa dan
Pustaka merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk mencetak, menerbitkan dan
menghasilkan buku-buku untuk kalangan pelajar sekolah seperti buku teks dan buku
rujukan sebagai bahan rujukan ilmiah mereka. Kewujudan bahan ilmiah yang dijadikan
sumber rujukan harian seperti buku teks ini membolehkan golongan muda mempelajari
ejaan dan kosa kata yang betul dan tepat. Buku-buku yang diterbitkan daripada Dewan
Bahasa dan Pustaka ini semestinya berkualiti tinggi dan penuh dengan penggunaan
pembendaharaan kata yang bermanfaat. Beginilah DBP menerapkan ilmu ejaan yang betul
dalam hasil karya buku mereka.
Selain itu, peranan DBP yang lain ialah membina dan memperkaya bahasa
kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi. Usaha DBP
memperkaya bahasa ibunda kita agar banyak perkataan dihasilkan dalam
bidang yang berkembang pesat seperti bidang sains dan teknologi ini. Secara
tidak langsung telah menyebarkan ilmu ejaan yang betul serta tatabahasa yang
tepat dengan lagi berkesan. Pada era moden ini, pengguna lebih memilih untuk
belajar dengan kaedah yang lebih canggih berbanding membawa buku yang
agak membebankan pengguna. Martabat bahasa Melayu juga dapat dinaikkan
kerana terdapat kemajuan dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dan
mengubah cara pengagihan ilmu.
DBP juga berperanan untuk membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk
istillah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Jawatankuasa istilah telah
diwujudkan berdasarkan Kerjasama pihak DBP dan pihak pengajian tinggi awam.
Penubuhan jawatankuasa ini berlaku ekoran pelaksanaan dasar bahasa di mana
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah termasuk
institusi pengajian tinggi dan menjadikan peristilahan pada masa itu semakin giat
dijalankan. Tugas yang dipikul oleh jawatankuasa ini ialah menyeragamkan
sistem ejaan Rumi dengan mengumpul, membentuk dan menyebarluaskan istilah
bahasa Melayu yang betul dalam bidang sains gunaan dan sains asas. Ini telah
memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mendalami ilmu bahasa
kebangsaan sendiri dengan pesat dari segi perkembangan korpus bahasa Melayu.
Akhir sekali, DBP memainkan peranan yang sangat besar dalam menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan yang betul. Penggunaan bahasa rojak dan bahasa
Melayu yang tidak tepat seperti dalam notis dalam risalah awam sememangnya dapat
merosakkan identiti bahasa bangsa. Bahasa rojak merupakan sejenis penggunaan
bahasa yang mengandungi Kurang penggunaan bahasa Melayu yang betul
menyebabkan masyarakat berasa kekok untuk mengamalkan ilmu yang betul dan
selesa mengamalkan ilmu yang salah. Menghapuskan penggunaan bahasa rojak ini
merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara
peranan DBP ialah mewujudkan buku, risalah dan akhbar menggunakan bahasa
Melayu yang betul manakala tanggungjawab DBP ialah membetulkan kesalahan atau
membuat pembetulan tentang kesalahan ejaan yang berada di papan-papan tanda dan
poster di pinggir jalan. Dengan langkah pencegahan seperti ini, nescaya sistem ejaan
Rumi yang tepat dapat dimartabatkan.
4.0ruCmaibpaardaan ms
iasstaemdeepjaanan
Selain sistem tulisan dan ejaan Jawi, sistem ejaan rumi yang digunapakai pada masa kini
turut melambangkan imej bahasa bangsa dan negara kerana sering digunakan dalam
komunikasi ataupun dalam mana-mana urusan seperti pentadbiran dan pendidikan.
Sejujurnya, nasib sistem ejaan rumi pada masa depan nanti agak membimbangkan
kerana terdapat banyak penggunaan bahasa yang tidak tepat sejak wujudnya
komunikasi secara atas talian dan pengenalan bahasa baharu yang menjadi ‘trending’
dalam kalangan pewaris negara iaitu golongan kanak-kanak dan remaja.
4.0ruCmaibpaardaan ms
iasstaemdeepjaanan
Antara cabaran sistem ejaan rumi pada masa depan ialah penggunaan perkataan yang diringkaskan dan
diubah dalam media sosial. Sebagai contoh, perkataan ‘aku’ disingkatkan dan diubah menjadi ‘aq’ ataupun
‘ak’, singkatan ini kebiasaannya digunakan dalam sebuah perbualan menerusi aplikasi seperti ‘Whatsapp’
dan ‘Twitter’. Hal ini wajar dianggap sebagai cabaran yang perlu ditangani dengan efektif dan penuh
strategi kerana penggunaan perkataan yang diringkaskan ini sudah berlaku secara berleluasa tidak
mengira umur. Bagi mereka, kaedah ini sangat memudahkan kerana tidak perlu membazirkan masa
untuk menaip perkataan secara penuh, panjang dan lengkap. Namun hakikatnya, kaedah ini telah
memudarkan pandangan bangsa kita tentang kepentingan memelihara sistem ejaan rumi yang tepat dan
boleh merosakkan identiti bangsa yang sebenar.
4.0ruCmaibpaardaan ms
iasstaemdeepjaanan
Seterusnya, cabaran yang mungkin dihadapi ialah penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat. Bahasa rojak
merupakan sebuah penggunaan bahasaa Melayu namun telah dicemari dan bercampur aduk dengan bahasa lain
seperti bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan bahasa Mandarin. Contoh ayat, “Anneh, saya nak tapau roti canai dua
keping tau, agak-agak time malam nanti saya pickup.” Penggunaan bahasa rojak ini sememangnya sangat tidak
bertepatan dengan tatabahasa bahasa Melayu dan turut menjejaskan keaslian sistem ejaan rumi kerana tiada
penggunaan bahasa Melayu yang menyeluruh dalam sesuatu ayat yang menjadikan sistem ejaan rumi tidak boleh
digunakan dalam ayat tersebut. Bahasa rojak ini kebiasannya berpunca daripada pengaruh daripada bahasa lain yang
dituturkan setiap hari dan diubah suai untuk dimasukkan dalam sesuai ayat. Ada sesetengah orang yang merasakan
bahawa penggunaan bahasa rojak ini terlihat hebat kerana menggunakan dua atau lebih jenis bahasa dalam masa
yang sama namun hakikatnya merendahkan lagi martabat bahasa ibunda kita.
4.0ruCmaibpaardaan ms
iasstaemdeepjaanan
Akhir sekali, cabaran terbesar yang bakal dihadapi oleh sistem ejaan rumi ialah kurang pengetahuan masyarakat tentang
penggunaan perkataan yang betul dari segi ejaan walaupun betul dari segi sebutan. Sebagai contohnya, penggunaan perkataan
‘serondeng’ merupakan perkataan yang tepat berbanding perkataan ‘serunding’ dan perkataan ‘baulu’ berbanding perkataan ‘bahulu’
yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu untuk melambangkan sejenis kuih tradisional yang gebu, manis dan wangi baunya.
Masalah ini boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan bahan bacaan yang menggunakan ejaan bahasa Melayu yang tepat atau
penulis bahan bacaan itu masih terpengaruh dengan penggunaan bahasa Melayu yang lama dan tidak mengikut perkembangan
bahasa Melayu terkini yang telah dikeluarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini perlu
memainkan untuk menyemak segala kesalahan ejaan yang terdapat dalam setiap bahan bacaan sebelum dijual di pasaran. Sikap tidak
mengambil berat tentang ejaan yang betul dalam masyarakat sama ada penulis bahan bacaan atau tidak, boleh menjejaskan kualiti
penggunaan bahasa Melayu dan imej bangsa akan dipandang oleh bangsa lain kerana mengamalkan perkara yang salah dan tidak
mengambil tahu tentang perkara yang betul.
kesimpulansMmeiekpimpSbmmtsjbeBeeaiaeuaeasrurDntaaelebclntaraauaabnhejwgateinednbyhadamarbgarrupaaearsbapiksuaaphiknnjeaabkahuaupnbeearagteaajaDkdkeakdnnwsaasrklseraaakaaacniBiaaatybtnnstaknannedijPatagkanapareadiatapnrpnaretluiaumlnpuimaanytigbeagifsnhihametgarmaasdpybutoeanlpagnnuaaebmpejiknaaiabgnkpskyatemyngdapeseusaggaamaameanusmhalditanednutkanadaaiadnaegyeangoahenishabnapematlalm,bsdapiaeuranamsihmhoumgynaiehatkgugaauliassatatameendyurmaaiutrrsnpmlheanaakmuanpkeegt,pethasifnaeerdhmmdumaaasnaukmnvtikaeytantugakpoadedaeapbkadibunrasankiuarkaneeanieundkabapgpnrnpglnskknmaaliuaaaaageaa.potnakanammtlnd-rpkuaunnkaaamt.mkiaeknknhoaattntbTprueaeadlnmakpentkasbeknuisaiosdneedhyabrisiacnephawbnbaang.aaaasilgrelnaPkaeagasnhaykadlraglkraairrameaadkyuahbdaenuihsMnpmisalibiaenaanalnagwpddukanznadmeiikdghieaalpeablaplbraemaa.rnaagrahiettmeubiyginetkakraenrmaikruaolrlaennuenaedanaanlnstmekghabbiaenageeenymkeiha
uljsplpugkeuaaaar-hanaaenlkumaoannhgaiatgrrnnahtpra
ng
anatuy
naaaauin
.
ka
n
k
rk
.
ag
sekian terima kasih
rujukan
Mohd Naim Daipi. (1991). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu
bahagian II. 9, 28–48.
https://repository.nie.edu.sg/bitstream/10497/18303/1/Sekata-9-1-28.pdf
NurBaitiNazri. (2022). Sejarah Ejaan Jawi dan Rumi. In Academic.edu
(pp. 2–7).
https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dan IGD Hitech Corporation SDN.
BHD. dalam menerbitkan “karyanet.” (n.d.).