The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-48222134, 2021-10-21 03:43:42

BAB 2.4 INERSIA.GURU MATA PELAJARAN: CIKGU ZARIATI

FIZIK TING 4 ASPIRASI/GURU: CIKGU ZARIATI
DAYA & GERAKAN 1 (2.4 INERSIA)

2.4 INERSIA

STANDARD PEMBELAJARAN

Murid boleh:
2.4.1 Menerangkan konsep inersia

melalui contoh
2.4.2 Mengeksperimen untuk

mengenal pasti hubungan
antara inersia dan jisim.
2.4.3 Mewajarkan kesan inersia
dalam kehidupan harian

2.4 INERSIA

Seorang lelaki menarik alas meja tanpa menjatuhkan barang yang ada di atas alas
meja tersebut. Bagaimanakah lelaki itu boleh berbuat demikian?

Seorang lelaki menyentap alas Bagaimana objek itu kekal pegun
meja dengan pantas tanpa walaupun alas meja di bawahnya di

menggerakkan objek di atas meja. sentap?

Ingin tahu? Rajah 1
Rajah 2
Penumpang dalam bas
terhumban ke belakang
apabila bas yang pegun
bergerak ke depan secara
tiba-tiba mengapa?

Penumpang-penumpang
sebuah bas terhumban ke
depan apabila bas itu
berhenti dengan tiba-tiba.
Mengapa?

STANDARD
PEMBELAJARAN 1

2.4.1 Menerangkan konsep
inersia melalui
contoh

Perhatikan penumpang di dalam bas yang sedang bergerak.
Apakah yang berlaku kepada penumpang di dalam bas?

Penumpang bas terhumban ke depan Mengapa?

Apabila bas
bergerak,
penumpang juga
bergerak dengan
laju yang sama
dengan bas

Apabila bas
berhenti,
penumpang ingin
terus bergerak

Oleh itu, mereka terhumban ke depan

Apa berlaku kepada lelaki-lelaki di dalam kereta itu?

Kepala mereka terhumban ke belakang apabila kereta mula
bergerak.

Apakah persamaan
kedua-dua situasi
tadi?

Penumbang di Di dalam kedua-dua situasi
dalam bas terus tersebut, penumpang
bergerak ke depan menentang perubahan
walaupun bas telah terhadap keadaan asal mereka.
berhenti.

Lelaki-lelaki dalam
kereta akan kekal pegun
apabila kereta mula
bergerak.

INERSIA

Sifat suatu objek yang cenderung
untuk menentang sebarang
perubahan keadaan asalnya sama
ada keadaan rehat atau keadaan
gerakan dalam satu garis lurus.

HUKUM GERAKAN NEWTON PERTAMA

Sesuatu objek akan kekal dalam
keadaan rehat atau bergerak
dengan halaju malar jika tiada daya
luar bertindak ke atasnya.

1. Suatu objek yang 2. Suatu objek sedang
pegun akan terus bergerak, akan
berada dalam terus bergerak
keadaan pegun dengan halaju malar
dan arah sama
selagi tiada daya
yang menolaknya. kecuali dikenakan
satu daya luar.

Aktiviti 1 Tujuan: Melakukan aktiviti berkaitan inersia

1. Letakkan kad kecil di atas gelas dan
letakkan duit syiling. Sentapkan kadbod
itu secara mengufuk dengan jari anda.
Apakah yang berlaku kepada duit
syiling?

• Apabila kadbod ditarik
dengan cepat, duit syiling
jatuh terus ke dalam gelas.

• Inersia duit syiling ingin
kekal pegun. Duit jatuh ke
dalam gelas disebabkan
daya tarikan gravity.

Aktiviti 1 Tujuan: Melakukan aktiviti berkaitan inersia

1. Letakkan segelas air di atas sekeping
kertas A4. Apakah yang akan berlaku
kepada gelas berisi air jika anda menarik
kertas secara mengufuk dengan tiba-
tiba? Terangkan.

Gelas berisi air kekal pegun.

Inersia gelas berisi air itu
ingin kekal pegun. Oleh itu
dia kekal pegun tanpa
mengikut kertas yang
ditarik.

Aktiviti 1 Tujuan: Melakukan aktiviti berkaitan inersia
3. Letakkan sebongkah blok kayu di atas
troli. Biarkan troli bergerak menuruni
landasan. Berhentikan troli dengan
sebuah buku. Perhatikan apa yang
berlaku kepada blok kayu. Terangkan
pemerhatian anda

• Blok kayu terhumban ke depan

• Blok kayu bergerak bersama-sama troli.
• Bila troli dihentikan, inersia blok kayu terus bergerak.
• Oleh itu ia terhumban ke depan bila troli berhenti.

Aktiviti 1 Tujuan: Melakukan aktiviti berkaitan inersia

4. Gunakan penukul untuk memukul
blok kayu di bahagian tengah.
Apakah yang berlaku kepada blok-
blok kayu di atas bongkah yang
dikeluarkan itu.

• Blok-blok kayu di atas
bongkah yang dikeluarkan
itu akan jatuh ke bawah.

• Inertia blok-blok kayu kekal
dalam keadaan pegun



Mengenal pasti Hubungan antara Inersia dengan Jisim

Rajah menunjukkan bola boling dan
bola sepak. Adakah lebih mudah
untuk menggerakkan bola boling
atau bola sepak? Bola manakah
yang sukar untuk diberhentikan
apabila bergerak?

Objek yang berjisim besar seperti
bola boling sukar digerakkan dan
dihentikan berbanding dengan
objek yang lebih ringan seperti bola
sepak. Apakah hubungan antara
jisim dengan inersia?

Aktiviti 2 Tujuan: Mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia
1(a) Antara troli yang ringan (rajah a
dan troli yang berat (rajah b), yang
manakah lebih mudah digerakkan?

Troli (a) lebih ringan dan mudah digerakkan.

(b) Yang manakah mempunyai inersia yang
lebih besar? Terangkan jawapan anda.

Inersia troli (b) lebih besar. Jisimnya besar
dan susah untuk digerakkan.

Aktiviti 2 Tujuan: Mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia

2(a) Gantungkan dua tin pada syling.
Tolak setiap tin dengan tangan.

(i) Tin yang manakah lebih mudah
digerakkan?

Tin kosong lebih mudah digerakkan.

(b) Biarkan setiap tin berayun. (iii) Nyatakan hubungan antara inersia
(i) Tin yang manakah lebih mudah dengan jisim.
dihentikan?
Semakin besar jisim, semakin besar
Tin kosong mudah dihentikan. inersia. Semakin susah digerakkan
atau diberhentikan.
(ii) Tin yang manakah mempunyai
inersia yang lebih besar?

Tin berisi pasir

(iv) Apakah kuantiti fizik yang ditunjukkan Jisim
untuk menggambarkan inersia?

STANDARD
PEMBELAJARAN 2

2.4.2 Mewajarkan kesan inersia dalam kehidupan seharian

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

1. Penumpang dalam bas terhumban
ke belakang apabila bas yang
pegun bergerak ke depan secara
tiba-tiba mengapa?

• Inersia penumpang ingin kekal
dalam keadaan pegun.

• Bila bas bergerak ke depan,
penumpang akan ‘tertinggal’
ke belakang.

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

2. Penumpang-penumpang sebuah
bas terhumban ke depan apabila
bas itu berhenti dengan tiba-tiba.
Mengapa?

• Penumpang bergerak bersama-
sama dengan bas.

• Apabila bas berhenti tiba-tiba,
inersia penumpang ingin terus
kekal dalam keadaan bergerak.

• Oleh itu dia terhumban ke
depan bila bas berhenti.

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

3. Mengapakah sos tomato lebih
mudah dikeluarkan dari botol jika
anda gerakkan botol dengan laju
dan berhenti dengan mendadak?

• Sos tomato bergerak
bersama-sama dengan botol
jika anda gerakkan botol.

• Apabila botol dihentikan
dengan mendadak, inersia
sos ingin terus bergerak

• dan ia akan dikeluarkan.

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

4. Anda boleh mengetatkan kepala penukul dengan
menghentak pemegangnya pada permukaan keras.
Terangkan dengan menggunakan konsep inersia.

• Kepala penukul bergerak
bersama pemegang ke bawah.

• Bila pemegang diberhentikan
tiba-tiba, inersia kepala penukul
ingin kekal bergerak ke depan.

• Oleh itu hujung pemegang
masuk ke dalam kepala penukul.

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

5. Jika anda dikejar oleh seekor lembu, bagaimana
seharusnya anda berlari? Mengapa?

• Berlari daripada lembu dengan
gerakan zig zag.

• Lembu mempunyai jisim besar
• Inersia lembu besar

menyebabkan sukar baginya
menukar arah.

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

6. Payung yang basah boleh dikeringkan dengan
menggerakkan payung dengan cepat dan
kemudian diberhentikan dengan tiba-tiba.
Terangkan.

• Air hujan dan payung
bergerak bersama-sama.

• Apabila payung
diberhentikan dengan tiba-
tiba, inersia air hujan ingin
terus bergerak dan
meninggalkan payung.

Aktiviti 3 Tujuan: Untuk menerangkan situasi melibatkan inersia

7. Terangkan mengapa kapal yang
penuh dengan muatan
mengambil masa yang lebih lama
untuk berhenti.

• Kapal mempunyai jisim yang
besar.

• Inersianya yang besar
menyebabkan susah untuk
memberhentikan kapal itu.



Aktiviti 4 Tujuan: Menerangkan cara mengurangkan kesan negatif inersia

1. Keselamatan dalam kereta: Tali pinggang keledar

• Pemandu kereta dan penumpang di
dalam kereta disarankan agar memakai
tali pinggang keledar.

• Apabila brek kereta ditekan secara
mengejut, pemandu dan penumpang di
dalam kereta akan terhumban ke
hadapan akibat inersia.

• Penggunaan tali pinggang keledar dapat
elakkan mereka daripada terhumban ke
hadapan dan cedera.



Aktiviti 4 Tujuan: Menerangkan cara mengurangkan kesan negatif inersia

‘Headrest’ mengelakkan kecederaan kepada
leher sewaktu perlanggaran dari belakang.

Aktiviti 4 Tujuan: Menerangkan cara mengurangkan kesan negatif inersia

Beg udara disimpan di dalam stering kereta. Ia
menghasilkan satu kusyen untuk mengelakkan
pemandu daripada terhantuk pada stering
kereta atau papan dashboard semasa
perlanggaran.

Aktiviti 4 Tujuan: Menerangkan cara mengurangkan kesan negatif inersia

Apabila lori mula bergerak
dengan tiba-tiba, perabot
semakin sukar jatuh
disebabkan inersia kerana
kombinasi jisim perabot dan
lori meningkat.

Aktiviti 4 Tujuan: Menerangkan cara mengurangkan kesan negatif inersia

Jisim minyak dibahagi kepada jisim lebih
kecil. Ini mengurangkan kesan inertia ke
depan oleh setiap kompartmen berisi
minyak sewaktu lori tangki minyak mula
berhenti dengan tiba-tiba.

Aktiviti 4 Tujuan: Menerangkan cara mengurangkan kesan negatif inersia

Penumpang roller-coaster di taman rekreasi
ditetapkan di tempat duduk oleh system
keledar yang khas. Gerabak roller-
coaster bergerak dengan laju dan arah
yang berubah-ubah secara mendadak.

Semasa gerabak roller-coaster berubah arah
dan laju pergerakan secara tiba-tiba, inersia
badan penumpang akan cuba mengekalkan
keadaan gerakan asalnya.
Sistem keledar dalam gerabak memastikan
penumpang kekal di tempat duduknya dan
tidak terhumban keluar semasa perubahan
arah dan laju gerakan.

STANDARD
PEMBELAJARAN 2

2.4.2 Mengeksperimen untuk
mengenalpasti hubungan antara
jisim dan inersia

Aktiviti 4 Tujuan: Mengkaji hubungan antara jisim & inersia

Radas: Bilah gergaji, apit-G, jam randik, plastisin, neraca tiga alur

Hipotesis: Semakin bertambah jisim
semakin bertambah tempoh

Pemboleh ubah manipulasi Jisim, m
Pemboleh ubah bergerak balas Tempoh, T

Pemboleh ubah dimalarkan
Panjang bilah gergaji

T2/s2 T2/s2

20.0 4.0 4.2 4.1 0.41 0.17 x
30.0 5.0 5.1 5.05 0.50 0.25 7.0
40.0 6.2 6.3 6.25 0.63 0.39 6.0 x
50.0 7.0 7.1 7.05 0.71 0.48 x
8.1 7.8 7.45 0.75 0.63 5.0 x
60.0 x
4.0
10 20 30 40 50 60 m / g
3.0

2.0

1.0

0

Aktiviti 4 Tujuan: Mengkaji hubungan antara jisim & inersia
1. Nyatakan kuantiti yang digunakan untuk mewakili inersia

Tempoh, T

2. Apakah hubungan antara tempoh ayunan objek dengan inersia?

Tempoh berkadar terus dengan inersia

3. Daripada graf, nyatakan hubungan antara:

(a) Tempoh ayunan dengna jisim objek

Semakin bertambah jisim, semakin bertambah tempoh

(b) Inersia objek dengan jisimnya

Semakin bertambah jisim semakin bertambah inersia.


















Click to View FlipBook Version