The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 88hashimi, 2023-11-05 01:44:07

NOTA UJIAN LISAN SPM

NOTA UJIAN LISAN SPM

Unit Bahasa Melayu MRSM Betong Sarawak NOTA UJIAN LISAN SPM PENGENALAN UJIAN BERTUTUR 1. Markah keseluruhan Ujian Bertutur SPM ialah 70 markah yang merangkumi; a. Ujian Individu (40 markah) b. Ujian Berkumpulan (30 markah) 2. Terdapat empat kriteria yang dinilai dalam Ujian Bertutur SPM a. Aspek Tatabahasa b. Aspek Sebutan, Intonasi dan Nada c. Aspek Idea d. Aspek Kefasihan Ujian Bertutur Individu 1. Calon perlu membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang jelas. 2. Calon wajib menjawab kesemua empat soalan yang akan dikemukakan. 3. Soalan yang diajukan merangkumi; a. Soalan 1 – Berdasarkan petikan b. Soalan 2 – Berdasarkan Petikan c. Soalan 3 – KBAT umum d. Soalan 4 – KBAT umum atau KBAT situasi 4. Bagi soalan berbentuk KBAT, calon wajib memberikan sekurang-kurangnya dua atau tiga idea atau isi berdasarkan kehendak soalan. Isi yang diberikan tidak perlu dihurai terlalu panjang, cukup sekadar memberikan isi yang berbentuk Ayat Majmuk Pancangan Keterangan. 5. Masa yang diperuntukkan bagi Ujian Lisan Individu ialah lima minit Ujian Bertutur Berkumpulan 1. Setiap calon perlu bersedia dengan sekurang-kurangnya dua idea yang jelas dan boleh dihurai dengan baik. 2. Calon perlu memahami arahan soalan yang diberikan. Gunakan sepenuhnya lapan minit semasa kuarantin untuk mengenal pasti isi serta pola huraian yang akan diujarkan semasa pentaksiran. 3. Seorang calon perlu bertindak sebagai ketua semasa di bilik kuarantin untuk mengagihkan idea kepada rakan-rakan lain agar perbincangan akan berlangsung dengan lancar. 4. Pastikan kertas soalan diedarkan kepada rakan yang akan membentang atau menghuraikan isi. 5. Setiap calon perlu mengolah dan menghurai idea masing-masing sekurang-kurangnya dalam lima atau enam ayat. 6. Sekiranya ada sebarang ungkapan atau peribahasa yang bersesuaian dengan topik boleh dimasukkan. 7. Sekiranya ada sebarang isu semasa yang berkaitan dengan topik boleh dimasukkan dalam huraian. 8. Masa yang diperuntukkan bagi Ujian Lisan Berkumpulan ialah 12 hingga 15 minit. 9. Perbincangan terbahagi kepada dua pusingan iaitu; a. Pusingan 1 (Berfokus) – Calon wajib menjawab kehendak soalan


Unit Bahasa Melayu MRSM Betong Sarawak b. Pusingan 2 (Terbuka) – Calon boleh mengemukan sebarang idea yang masih berkaitan dengan tema dan arahan soalan bergantung kepada kehendak soalan. 10. Apabila pentaksir meminta seorang calon untuk memberikan kesimpulan, berikan satu kesimpulan mudah yang mengandungi sekurang-kurangnya empat ayat. PERANAN SETIAP CALON DALAM UJIAN LISAN BERKUMPULAN NOMBOR CALON PERANAN DAN PEMBAHAGIAN MASA CALON 1 1. Memperkenalkan kumpulan dan topik perbincangan secara umum (kurang daripada satu minit) 2. Menghurai satu idea berdasarkan topik perbincangan dan kehendak soalan. 3. Huraian dan olahan idea wajib mengandungi setiap perkara berikut a. Idea yang jelas b. Huraian idea / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? c. Contoh yang jelas d. Kesan dan implikasi e. Penegasan idea 4. Anggaran masa Calon 1 bertutur ialah dua hingga tiga minit bagi setiap pusingan. CALON 2 1. Menyatakan persetujuan terhadap idea yang diberikan oleh Calon 1 2. Menghurai satu idea lain berdasarkan topik perbincangan dan kehendak soalan. 3. Huraian dan olahan idea wajib mengandungi setiap perkara berikut a. Idea yang jelas b. Huraian idea / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? c. Contoh yang jelas d. Kesan dan implikasi e. Penegasan idea 4. Anggaran masa Calon 2 bertutur ialah dua hingga tiga minit bagi setiap pusingan. CALON 3 1. Menyatakan persetujuan terhadap idea yang diberikan oleh Calon 2 2. Menghurai satu idea lain berdasarkan topik perbincangan dan kehendak soalan. 3. Huraian dan olahan idea wajib mengandungi setiap perkara berikut a. Idea yang jelas b. Huraian idea / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? c. Contoh yang jelas d. Kesan dan implikasi e. Penegasan idea 4. Anggaran masa Calon 3 bertutur ialah dua hingga tiga minit bagi setiap pusingan.


Unit Bahasa Melayu MRSM Betong Sarawak CALON 4 1. Menyatakan persetujuan terhadap idea yang diberikan oleh Calon 2 2. Menghurai satu idea lain berdasarkan topik perbincangan dan kehendak soalan. 3. Huraian dan olahan idea wajib mengandungi setiap perkara berikut a. Idea yang jelas b. Huraian idea / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? c. Contoh yang jelas d. Kesan dan implikasi e. Penegasan idea 4. Anggaran masa Calon 4 bertutur ialah dua hingga tiga minit bagi setiap pusingan. FRASA PUSINGAN 1 PUSINGAN 1 (BERFOKUS) NOMBOR CALON FRASA DAN PENGGUNAANNYA CALON 1 1. Pengenalan Topik Perbincangan a. Selamat pagi saya ucapkan kepada guru pentaksir dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini kita akan membincangkan satu topik yang telah menjadi polemik dalam kalangan (siapa?). Topik perbincangan kita akan berkisar tentang (masukkan tema). Namun, bagi menjadikan perbincangan kita lebih menarik dan bermakna, kita akan mencapahkan skop dan fokus perbincangan kita kepada (masukkan fokus dan kehendak soalan). 2. Pengolahan Idea Calon 1 a. Pada pandangan / hemat saya (masukkan idea dan olah seperti mengolah karangan) b. Olahan wajib mengandungi; i. Idea yang jelas (pihak yang jelas) ii. Huraian idea yang jelas / mengapa? / Tujuan? / Takrifan? iii. Contoh yang jelas iv. Kesan dan implikasi v. Penegasan idea c. Itu sahaja daripada saya. Saya serahkan kepada calon seterusnya. CALON 2 1. Pernyataan Persetujuan Terhadap Idea Calon 1 a. Sebelum saya melontarkan buah fikiran saya, saya ingin menyatakan persetujuan saya terhadap pendapat yang diutarakan oleh Calon 1 sebentar tadi. (boleh berikan sedikit ulasan jika perlu dalam satu ayat) 2. Pengolahan Idea Calon 2


Unit Bahasa Melayu MRSM Betong Sarawak a. Pada pandangan / hemat saya pula (masukkan idea kedua dan olah seperti biasa) b. Olahan wajib mengandungi; i. Idea yang jelas (pihak yang jelas) ii. Huraian idea yang jelas / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? iii. Contoh yang jelas iv. Kesan dan implikasi v. Penegasan idea c. Itu sahaja daripada saya, bagaimanakah dengan saudara / saudari? CALON 3 1. Pernyataan Persetujuan Terhadap Calon 3 a. Saya sangat menyokong gagasan idea bernas yang telah anda berdua kongsikan sebentar tadi. (boleh berikan sedikit ulasan jika perlu dalam satu ayat) 2. Pengolahan Idea Calon 3 a. Pada pandangan / hemat saya pula... (masukkan idea ketiga dan olah seperti biasa) b. Olahan wajib mengandungi; i. Idea yang jelas (pihak yang jelas) ii. Huraian idea yang jelas / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? iii. Contoh yang jelas iv. Kesan dan implikasi v. Penegasan Idea 3. Itu sahaja daripada saya. Mungkin anda ada sebarang idea lain yang boleh dikongsikan. (Tengok calon 4) CALON 4 1. Pernyataan Persetujuan Terhadap Calon 3 a. Saya sangat teruja mendengar setiap perkongsian buah fikiran yang anda kupas dengan jitu sebentar tadi. (boleh berikan sedikit jika perlu dalam satu ayat) 2. Pengolahan Idea Calon 4 a. Pada pandangan / hemat saya pula... b. Olahan wajib mengandungi; i. Idea yang jelas (pihak yang jelas) ii. Huraian idea yang jelas / Mengapa? / Tujuan? / Takrifan? iii. Contoh yang jelas iv. Kesan dan implikasi v. Penegasan Idea 3. Itu sahaja daripada saya. Mungkin rakan-rakan yang lain ada sebarang ideaidea tambahan yang ingin dikongsikan. (tengok calon lain)


Unit Bahasa Melayu MRSM Betong Sarawak FRASA BAGI PUSINGAN KE-2 (TERBUKA) PUSINGAN 2 (TERBUKA) Idea Baharu 1. Walaupun kita telah menyentuh secara umum segala (masukkan kata kunci) yang wajar digarap oleh setiap pihak, namun, tidak nafikan bahawa.... (masukkan idea baharu dan olah seperti biasa) 2. Saya percaya, setiap peringkat dalam sesebuah organisasi negara atau masyarakat telah kita rincikan dengan baik, namun, tidak kita nafikan bahawa.... (masukkan idea baharu dan olah seperti biasa) 3. Kita telah mencermati setiap domain penting dalam stratifikasi sosial masyarakat, namun, hakikat yang tidak boleh kita sangkal ialah... (masukkan pihak dan oleh idea sedia ada itu seperti biasa dengan memasukkan huraian dan keterangan-keterangan baharu – pastikan anda ingat serba sedikit idea dan olahan calon tersebut) Penambahbaikan Idea Sedia Ada 1. Saya tertarik dengan idea yang dilontarkan oleh (sebut calon) sebentar tadi. Jadi, saya ingin memperkukuh keterangan serta huraian yang anda sampaikan. Pada dasarnya... (masukkan pihak dan oleh idea sedia ada itu seperti biasa dengan memasukkan huraian dan keterangan-keterangan baharu – pastikan anda ingat serba sedikit idea dan olahan calon tersebut) 2. Saya ingin memperhalus buah fikiran serta pandangan yang diutarakan oleh (sebut calon) sebentar tadi. Kita sedia maklum bahawa.... (masukkan pihak dan oleh idea sedia ada itu seperti biasa dengan memasukkan huraian dan keterangan-keterangan baharu – pastikan anda ingat serba sedikit idea dan olahan calon tersebut) 3. Berbalik kepada pandangan serta idea yang digarap oleh (sebut calon) sebentar tadi, saya teruja untuk merincikan lagi buah fikiran anda. Hakikatnya yang harus kita terima bahawa... (masukkan pihak dan oleh idea sedia ada itu seperti biasa dengan memasukkan huraian dan keterangan-keterangan baharu – pastikan anda ingat serba sedikit idea dan olahan calon tersebut) Menyangkal Idea / Menidakkan Idea 1. IBOH SANGKAL... SETUJU JAK KITAKORANG SEMUA, HUARGGHH!!! \m/ MEMBUAT KESIMPULAN 1. Berikan kesimpulan mudah dalam empat ayat yang merangkumi; a. Ayat Rumusan b. Ayat Cadangan c. Ayat Harapan d. Ayat Penegasan 2. Masukkan sebarang ungkapan atau peribahasa yang bersesuaian dengan kehendak soalan.


Unit Bahasa Melayu MRSM Betong Sarawak Contoh Frasa Kesimpulan 1. Secara keseluruhannya... / Sebagai mengakhiri perbincangan kita pada hari ini, kita simpulkan bahawa... (mulalah gunakan keempat-empat ayat yang telah dinyatakan di atas – gunakan tema dan kehendak soalan) 2. 3. Akhiri kesimpulan dengan ucapan; Itu sahaja daripada kami, sekian terima kasih. Disediakan oleh Cikgu Jasman yang Kacak


Click to View FlipBook Version