The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zainun Zahari, 2021-10-14 06:47:48

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 28 / 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG, KEMAMAN

Keywords: PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG
24000 Chukai, Kemaman, Terengganu

AGMUE NS YGU APRIBAGT

Perasmi TAHUN 2 0 2 1

: Tuan Haji Hazri bin Jusoh
(Pegawai Penyelaras DUN Kijal)

15 Oktober 2021 I Jumaat
9.30 pagi

PLATFORM
Google Meet

PIBG UNIT HAL EHWAL MURID ® 2021

PERKARA m/s

 Isi Kandungan 1
 Notis Mesyuarat Agung PIBG 2
 Sekapur Sireh 3
 Seulas Pinang 4
 Aturcara Majlis 5
 Agenda Mesyuarat 6
 Jawatankuasa PIBG 7
 Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27/2020 8 – 16
 Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG kali ke 27/2020 17 - 19
 Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 2020 20
 Laporan Kewangan 21 – 22
 Jawatankuasa Kerja 23
 AJK PIBG 2021/2022 (lantikan baharu) 24
 Usul dan Cadangan 25
 Penghargaan 26

1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Ruj. Kami: SKBK 100-13/1/4(13)
Tarikh : 4 Oktober 2021

SURAT PANGGILAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
KALI KE-28/2021

Dimaklumkan kepada semua IBU BAPA / PENJAGA SK Bukit Kuang, mesyuarat agung akan diadakan

sebagaimana butiran berikut:

TARIKH : 15 Oktober 2021

HARI : Jumaat

MASA : 9.30 pagi

PLATFORM : Google Meet

2. Agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah sebagaimana berikut:
2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK. Bukit Kuang Kali
Ke-27/2020
2.3 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG Bagi Sesi 2020
2.4 Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020
2.5 Memilih Pengerusi Sementara Kali ke-28/2021
2.6 Memilih Jawatankuasa PIBG SK. Bukit Kuang Bagi Sesi 2021
2.7 Pembentangan Usul
2.8 Hal-hal lain
2.9 Ucapan Penangguhan

3. Diharapkan tuan dapat meluangkan masa untuk ke mesyuarat kali ini. Kehadiran tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

“Mendepani Pendidikan Global”
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………….
(NORAHAFIZAH BINTI AHMAD)
Setiausaha PIBG,
SK Bukit Kuang,
Kemaman.

2

YDP PIBG

Tn. Hj. Ahmad Rostam bin Mohamad

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera untuk semua.

Alhamdulillah, segala puji –pujian dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan
kurnia-Nya, kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 dalam suasana
yang berbeza dari sebelumnya.

Saya yang diamanahkan bersama-sama mewakili kepimpinan PIBG SK Bukit
Kuang dengan ini menzahirkan setinggi rasa terima kasih kepada Guru Besar,
kumpulan pentadbir, para guru serta kakitangan sekolah yang telah menunjukkan
komitmen yang sangat tinggi bagi memastikan pembelajaran anak-anak terus
berlangsung dengan baik sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang melanda negara
kita.

Dalam tempoh pandemik ini, pelbagai kaedah dan alternatif digunapakai bagi
menggantikan kaedah pembelajaran secara bersemuka. Ia menghasilkan keputusan
yang pelbagai dan akhirnya menjurus kepada penambahbaikan serta penyelarasan
semula sistem pendidikan.

Sebagai ibu bapa atau penjaga, kita juga wajar melakukan perubahan bagi
memastikan kesinambungan pembelajaran anak-anak kita di peringkat sekolah rendah
ini terus menunjukkan pencapaian yang cemerlang. Tidak dinafikan sebahagian ibu
bapa atau penjaga terkesan dengan tindakan kerajaan menangani pandemik Covid-19.
Namun, kita mesti mencari penyelesaian terhadapnya. Wajib diingat bahawa
pendidikan adalah tanggungjawab bersama antara ibu bapa serta penjaga dan guru-
guru di sekolah.

Marilah kita bersama-sama dengan para guru menggembeleng sumber seperti idea,
masa dan tenaga dalam memastikan adab dan pendidikan terbaik diberikan kepada
anak-anak murid di sekolah ini. Saya juga menyeru agar semua ibubapa serta penjaga
dapat memberi dorongan kepada anak-anak supaya mereka sentiasa berusaha
memperbaiki pencapaian diri. Kepada para guru, terima kasih dan tahniah atas
komitmen yang telah diberikan selama ini. Semoga Allah merahmati kalian.

Teruskan usaha kita dan berdoa agar sekolah ini, para guru dan murid dapat
meneruskan kecemerlangannya dalam situasi yang mencabar ini. Semoga kita semua
sentiasa dilindungi dan dijauhi dari wabak Covid-19.
Sekian, terima kasih.

3

Tentatif Program

GURU BESAR

Pn. Suzliyati binti Md Zaman

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat kita bersua kembali pada
Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang kali
ke 28.

Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat bersama pada hari
ini. Komitmen tuan puan akan memberi impak yang besar kepada kecemerlangan
anak-anak.

Sekalung tahniah dan syabas kepada YDP, NYDP serta semua ahli
jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 atas kerja buat yang cemerlang. Terima kasih
atas semua sumbangan idea, tenaga dan wang ringgit dalam membantu
kemenjadiaan murid secara holistik.

Hubungan erat yang terjalin antara pihak sekolah, komuniti setempat dan
PIBG perlu diperkukuhkan lagi tanpa berbelah bahagi. Kejayaan anak-anak dan
kejayaan sekolah berakar tunjangkan kepada kerjasama yang padu daripada ibubapa
semua. Rasa kepercayaan yang tinggi serta kerjasama yang berterusan akan
membuahkan prestasi yang cemerlang.

Akhir kata, semoga perhimpunan kita pada hari ini akan menjadi wardah per-
juangan kejayaan anak-anak SK Bukit Kuang yang gemilang di masa hadapan. Visi
dan misi sekolah untuk melahirkan murid yang berketrampilan, berakhlak mulia dan
bersahsiah terpuji dapat direalisasikan dengan sokongan dan bantuan ibu bapa
semua.

Sekian, terima kasih.

Suzliyati binti Md. Zaman
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang

4

TENTATIF
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28 SK BUKIT KUANG,

KEMAMAN.

15 Oktober 2021 / Jumaat I Platform Google Meet

8.30 - 9.30 pagi : Pendaftaran

9.30 pagi : Ucapan Aluan Pengacara Majlis

: Bacaan Doa

: Ucapan Yang Dipertua PIBG

: Ucapan Guru Besar

: Ucapan Perasmi

: Tayangan Multimedia bagi tahun 2021

: Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kuang Kali

Ke-28

: Majlis Bersurai

5

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT KUANG
KALI KE-28 / 2021

1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG Sesi 2020
2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung

PIBG SK Bukit Kuang Kali Ke-27/2020
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan PIBG

bagi Sesi 2020
5.0 Pengisytiharan Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2020
6.0 Memilih Pengerusi Sementara Kali ke-28/2021
7.0 Memilih Jawatankuasa PIBG SK. Bukit Kuang Bagi Sesi 2021

7.1 Seorang Yang Dipertua
7.2 Seorang Naib Yang Dipertua
7.3 Seorang Setiausaha (lantikan sekolah)
7.4 Seorang Bendahari (lantikan sekolah)
7.5 Ahli Jawatankuasa

7.5.1AJK Ibu Bapa (5 orang)
7.5.2 AJK Guru
7.5.3 Pemeriksa Kira-Kira (salah seorang ialah lantikan

sekolah)
8.0 Pembentangan Usul
9.0 Hal-hal lain
10.0 Ucapan Penangguhan

Bersurai

6

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021

Penasihat : Pn. Suzliyati binti Md Zaman

Yang Dipertua : Tn. Haji Ahmad Rostam bin Mohamad

Naib Yang Dipertua : En. Mohamad Mukhsin bin Shaari

Setiusaha : Pn. Norahafizah binti Ahmad

Naib Setiausaha : Pn. Nor Hazami binti Yunoh

Bendahari : Pn. Ainun Jariyah binti Mat Ariff

Naib Bendahari : Pn. Normariah binti Harun

AJK Ibu bapa : Dato’ Hj. Wan Nor Azman bin Dato’ Haji Wan Abd Rahman
: En. Zainuddin bin Hasyim
: En. Suhaili bin Abu Hassan
: En. Faizal bin Hamzah
: En. Tg. Mohamad Faisal bin Tg. Ibrahim
: Pn. Zaiton binti Rofli
: Pn. Syarifah Aini binti Syed Ibrahim
: Pn. Dalina binti Dalim
: En. Wan Baharin bin Wan Ismail
: En. Ahmad Syukri bin Alias

Pemeriksa Kira-Kira: Pn. Norwati binti Ibrahim

AJK Guru : En. Megat Iskandar Shah bin Abd. Malek
: En. Azhari bin Alias
: Pn. Roszita binti Ismail
: Pn. Noraini bt Hassan
: Pn. Habssah binti Mohammad

Juru Audit : Pn. Shaliza binti Ahmad @ Alias

7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -27/2020
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KUANG,
KEMAMAN

Tarikh : 21 Februari 2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang
Perasmi : Dato Rozano Bin Saad
(Site Director Vernato Asia)
Kehadiran : 381 Orang

1.0 UCAPAN ALUAN YDP ( TUAN HAJI AHMAD ROSTAM BIN MOHAMAD )

1.1 Tuan Haji Ahmad Rostam bin Mohamad memulakan ucapan dengan
salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin kerana
dapat meluangkan masa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 27.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran perasmi, Dato Rozano bin Saad serta
tetamu-tetamu jemputan ke mesyuarat pada kali ini.

1.2 Ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua ibu bapa kerana telah
memberi komitmen yang tinggi terhadap kemenjadian anak-anak SK Bukit
Kuang untuk masa hadapan.

1.3 Beliau turut memaklumkan bahawa PIBG SK Bukit Kuang masih mempunyai
masalah kewangan dan memohon ibu bapa agar dapat menjelaskan
sumbangan PIBG.

1.4 Pengerusi turut mengharapkan sumbangan kewangan daripada mana-
mana pihak bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid SK Bukit
Kuang.

2.0 UCAPAN GURU BESAR ( PUAN SUZLIYATI BINTI MD ZAMAN )

2.1 Memulakan dengan lafaz salam dan bismillah. Beliau merakamkan

ucapan terima kasih kepada Dato Rozano bin Saad kerana sudi hadir.

Beliau melahirkan rasa bangga atas komitmen yang ditunjukkan oleh ibu

bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini.

2.2 Puan Suzliyati turut mengucapkan terima kasih kepada PIBG yang telah

banyak membantu serta menyokong semua aktiviti di SK Bukit Kuang.

2.3 Beliau turut memaklumkan berkenaan keputusan UPSR tahun 2019 iaitu

peratus lulus telah meningkat sebanyak 6.4% berbanding tahun

sebelumnya. Manakala, target MTM pada tahun ini ialah 70.00%.

2.4 Puan Suzliayati turut memberitahu bahawa pada tahun ini, sekolah ingin

memberi penekanan pada aspek kebersihan. Dengan itu, beliau mengajak

semua ibu bapa untuk sama-sama berganding bahu membersihkan dan

menceriakan kawasan sekolah demi memberi keselesaan kepada murid-

murid SK Bukit Kuang.

8

2.5 Beliau turut memaparkan tayangan video berkenaan aktiviti- aktiviti yang
telah dijalankan pada tahun ini. Antaranya ialah;
2.6 2.5.1 Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah
2.7 2.5.2 Aktiviti 1M1S pada setiap hari rabu
2.5.3 Jambori Pengakap ke Kuala Terengganu
2.5.4 Kem Kepimpinan
2.5.5 Lawatan PPKI ke Dominos Pizza Kemaman
2.5.6 Persiapan untuk Perbarisan MSSD
2.5.7 Pelancaran Program Jom Ke Sekolah
Puan guru besar juga mengumumkan bahawa SK Bukit Kuang
telah menjadi johan dalam sukan bola baling selama 18 tahun
berturut-turut.
Ibu bapa juga diberi peringatan oleh puan guru besar agar
dapat menghantar anak awal ke sekolah untuk mengikuti
program “Jom Mengaji” pada setiap pagi.

3.0 UCAPAN PERASMI ( DATO ROZANO BIN SAAD )

3.1 Beliau merakamkan jutaan terima kasih kerana dijemput ke

mesyuarat kali ini.

3.2 Beliau turut mengucapkan syabas kepada guru-guru yang

berjuang mengembeling tenaga untuk mendidik dan memajukan

murid-murid SK Bukit Kuang.

3.3 Beliau turut menyatakan rasa terkilan berkaitan sumbangan PIBG

yang tidak dijelaskan oleh ibu bapa. Perkara ini sedikit sebanyak

akan mengganggu aktiviti dan program sekolah.

3.4 Beliau turut memohon kerjasama ibu bapa untuk melibatkan diri

dalam aktiviti-aktiviti sekolah seperti program gotong-royong,

program keceriaan kelas, dan sebagainya dalam menyediakan

persekitaran belajar yang lebih ceria untuk murid-murid bagi

meningkatkan prestasi kecemerlangan SK Bukit Kuang.

3.5 Ibu bapa juga dinasihatkan agar dapat memberi lebih perhatian

kepada anak-anak mereka agar dapat membentuk generasi

yang mempunyai daya saing yang tinggi dalam semua bidang.

4.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-26 / SESI 2019

4.1 Dicadangkan oleh : En. Mohd Zaidi Bin Ngah

4.2 Disokong oleh : En. Zainuddin Bin Hasyim

5.0 PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit.

9

6.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI SESI 2019
6.1 En. Mohd Affindi bin Mohamed Ghazali selaku bendahari PIBG
membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31
Disember 2019. Rujuk buku mesyuarat pada muka surat 15 dan 16.

WANG MASUK RM26,610.49
RM16,562.45
PERBELANJAAN RM10,048.04

BA: KI :

6.2 Dicadangkan oleh : En. Zainuddin Bin Hasyim
6.3 Disokong oleh : En. Suhaili Bin Abu Hassan

7.0 PEMBUBARAN DAN PELANTIKAN JAWATANKUASA PIBG

7.1 Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2019 telah dibubarkan secara rasmi

pada jam 11.00 pagi.

7.2 Pelantikan jawatankuasa baharu bagi sesi 2020 sebagaimana berikut:

Penasihat : Pn. Suzliyati binti Md Zaman

Yang Dipertua : Tn. Haji Ahmad Rostam bin Mohamad

Naib Yang Dipertua : En. Mohamad Mukhsin bin Shaari

Setiusaha : Pn. Norahafizah binti Ahmad

Naib Setiausaha : Pn. Nor Hazami binti Yunoh

Bendahari : Pn. Ainun Jariyah binti Mat Ariff

Naib Bendahari : Pn. Normariah binti Harun

AJK Ibu bapa : Dato’ Hj. Wan Nor Azman bin Dato’ Haji

Wan Abd Rahman

: En. Zainuddin bin Hasyim

: En. Suhaili bin Abu Hassan

: En. Faizal bin Hamzah

: En. Tg. Mohamad Faisal bin Tg. Ibrahim

: Pn. Zaiton binti Rofli

: Pn. Syarifah Aini binti Syed Ibrahim

: Pn. Dalina binti Dalim

: En. Wan Baharin bin Wan Ismail

: En. Ahmad Syukri bin Alias

Pemeriksa Kira-Kira : Pn. Norwati binti Ibrahim

AJK Guru : En. Megat Iskandar Shah bin Abd. Malek

: En. Azhari bin Alias

: Pn. Roszita binti Ismail

: Pn. Noraini bt Hassan

: Pn. Habssah binti Mohammad

Juru Audit : Pn. Shaliza binti Ahmad @ Alias

10

7.3 Pihak PIBG juga bersetuju dua (2) daripada Ahli Jawatankuasa `
Tertinggi dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun PIBG SK Bukit
Kuang. `Bendahari adalah WAJIB.

8.0 SUMBANGAN PIBG
8.1 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju ingin mengekalkan jumlah
sumbangan PIBG sebanyak RM50 untuk satu keluarga.

9.0 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL
9.1 Usul 1 : Menyediakan pondok yang lebih besar.
Dicadang oleh : En. Mohd Riduan bin Yusoff
Tindakan : YDP memaklumkan bahawa PIBG masih mengalami
masalah kekangan kewangan.

9.2 Usul 2 : Konkrit pondok menunggu sedia ada kerana air bertakung
apabila hari hujan.
Dicadang oleh : En. Mohamad Zainuddin bin Abdul Kadir
Tindakan : YDP memaklumkan akan cuba selesaikan masalah ini dan
memohon ibu bapa untuk hadir sekiranya sekolah ingin menjalankan
aktiviti gotong-royong

9.3 Usul 3 : Membina laluan gajah menyusu.
Dicadang oleh : En. Mohd Riduan bin Yusoff
Tindakan : YDP memaklumkan telah dirancang dan akan dibina bergantung
kepada jumlah kutipan dan sumbangan daripada Ibu bapa dan masyarakat.
Tabung sumbangan PIBG SK Bukit Kuang juga telah diletakkan di Masjid Bukit
Kuang.

9.4 Usul 4 : Pengawal keselamatan perlu bertugas di luar kawasan sekolah.
Dicadang oleh : Pn. Norhafezah binti Jusoh
Tindakan : YDP memaklumkan tugas pengawal keselamatan hanya dalam
kawasan sekolah sahaja. Pengawal keselamatan mempunyi insurans yang
hanya cover dalam kawasan sekolah sahaja, Sekiranya terjadi sesuatu di luar
kawasan sekolah, insurans tidak dapat dituntut.

9.5 Usul 5 : Membina bonggol di simpang tiga hadapan sekolah.
Dicadang oleh : En. Abdul Karim bin Harun
Tindakan : YDP memaklumkan urusan membina bonggol dan cat jalan adalah
dibawah bidang tugas penguatkuasa tempatan. Namun begitu, beliau akan
cuba membuat rayuan dengan MPKK untuk membina bonggol di simpang
tiga.

11

9.6 Usul 6 : Membuka dan menutup pintu pagar di belakang sekolah.
Dicadang oleh: En. Mohd Norhidayah bin Abdullah
Tindakan : YDP memaklumkan bahawa bilangan pengawal keselamatan hanya
2 orang sahaja. Dengan jumlah murid yang ramai, ia tidak mampu untuk
mengawal keseluruhan kawasan sekolah yang luas. Ekoran itu, YDP
mengalukan-alukan sekiranya terdapat ibu bapa yang sudi berkhidmat untuk
sekolah.

9.7 Usul 7 : Sediakan tempat parkir khas untuk van sekolah.
Dicadang oleh : Pn. Nurul Fazmira binti Mohd Baharuddin
Tindakan : YDP memaklumkan pihak MPKK tiada masalah untuk
menggunakan kawasan lapang di hadapan sekolah untuk diberikan kepada
van sekolah. Namun, untuk menyediakan tempat parkir khas van sekolah
dalam kawasan sekolah adalah mustahil.

9.8 Usul 8 : Memperlahankan kenderaan semasa murid melintas jalan.
Dicadang oleh : Pn. Mariah binti Musa
Tindakan: YDP memaklumkan ianya bergantung kepada sikap dan kesedaran
masyarakat setempat itu sendiri.

9.9 Usul 9 : Menghalang peniaga di hadapan sekolah yang menjual makanan
ringan.
Dicadang oleh : Pn. Zurinawati binti Abdullah @ Othman
Tindakan : YDP memohon ibu bapa menasihati anak-anak agar tidak membeli
makanan ringan yang dijual.

9.10 Usul 10 : Sumbangan PIBG untuk anak yatim dikurangkan
berbanding jumlah asal.
Dicadang oleh : Pn. Nur Naimah binti Saharudin
Tindakan: YDP memaklumkan bahawa hal ini boleh dipanjangkan kepada YDP
atau NYDP untuk disampaikan kepada pihak sekolah. Ibu bapa yang
berkemampuan juga boleh turut sama menyumbang untuk membantu murid-
murid yang kurang berkemampuan.

12

9.11 Usul 11 : Ibu bapa yang datang ke sekolah perlu meletakkan kenderaan
dengan betul supaya tidak menghalang laluan orang lain.
Dicadang oleh : En. Jasri bin Jaafar
Tindakan: YDP memohon agar ibu bapa dapat meletakkan kenderaan
di kawasan lapang di hadapan sekolah agar dapat mengelakkan
daripada menghalang laluan orang lain.

9.12 Usul 12 : Pengurusan makanan di kantin kurang baik.
Dicadang oleh : En. Ashid bin Ahmad
Tindakan : GB memaklumkan bahawa kantin sekolah sentiasa
dipantauoleh Jabatan Kesihatan Malaysia secara berkala. Ibu bapa
tidak perlu bimbang kerana kantin sekolah masih lagi selamat dan
bersih. Harga makanan dikantin adalah mengikut tender. Kualiti
makanan di kantin sentiasa dipantau oleh guru-guru.

9.13 Usul 13 : Menyediakan peti aduan.
Dicadang oleh : En. Mohd Ashid bin Ahmad
Tindakan : GB memaklumkan peti aduan telah tersedia berhampiran
dewan dan pejabat sekolah.

9.14 Usul 14 : Sediakan kotak atau rak menyimpan buku di dalam kelas.

Dicadang oleh : Pn. Che Ku Aznita binti Che Ku Hussin

Tindakan : GB memaklumkan sudah tersedia rak untuk menyimpan

buku di dalam kelas.

9.15 Usul 15 : Mengambil tindakan kes kecurian di dalam kelas.

Dicadang oleh : Pn. Che Zaharyatie binti Che Amin

Tindakan : GB memaklumkan bahawa sekolah mempunyai dua

orang kaunselor. Semua masalah disiplin murid akan diuruskan oleh

kaunselor sekolah.

9.16 Usul 16 : Kebersihan tandas kurang memuaskan.

Dicadang oleh : En. Zakaria bin Ngah

Tindakan : GB memaklumkan sekolah hanya mempunyai 3 orang

pekerja sahaja. Jumlah ini tidak cukup untuk membersih keseluruhan

kawasan sekolah yang luas.

9.17 Usul 17 : Sediakan sabun dan baldi di dalam tandas.

Dicadang oleh : Pn. Zaharah binti Yamin

Tindakan : GB memaklum akan disediakan.

13

9.18 Usul 18 : Baiki pintu tandas yang rosak.

Dicadang oleh : En. Mohd Robi bin Abdul Wahab

Tindakan : GB memaklumkan perkara ini telah diberitahu kepada

kontraktor dan telah dibaiki.

9.19 Usul 19 : Pastikan air sentiasa ada di dalam tandas.

Dicadang oleh : En. Mohd Robi bin Abdul Wahab

Tindakan : GB memaklumkan masalah ketiadaan air baru-baru

ini kerana terdapat murid yang menutup kepala paip utama. Oleh

itu, puan GB turut menyarankan ibu bapa agar sama-sama

main peranan dalam mendisiplinkan anak-anak sejak dari rumah lagi.

9.20 Usul 20 : Perbanyakkan kerja sekolah untuk anak- anak.

Dicadang oleh : Pn. Fara Waida binti Zulkipli

Tindakan : GB memaklumkan ibu bapa boleh membeli buku

latihan di kedai buku sekiranya ingin memperbanyakkan

latihan untuk anak-anak.

9.21 Usul 21 : Waktu Pendidikan Jasmani pada masa pertama.

Dicadang oleh : Pn. Siti Zalina binti Razali

Tindakan : GB memaklumkan padang sekolah tidak mampu

untuk menampung jumlah murid yang ramai dalam satu masa.

9.22 Usul 22 : Perbanyakkan program dan pertandingan di sekolah.

Dicadang oleh : Pn. Hanisah binti Musa

Tindakan: GB memaklumkan sudah terdapat dalam perancangan

dan takwim sekolah.

9.23 Usul 23 : Aktiviti luar kelas seperti lawatan sambil belajar untuk

murid tahap 1

Dicadang oleh : En. Imran bin Ibrahim

Tindakan : GB memaklumkan kekangan bilangan guru.

9.24 Usul 24 : Beri penekanan murid kelas belakang.

Dicadang oleh : Pn. Siti Fatimah binti Ismail

Tindakan : GB memaklumkan telah dilaksanakan oleh pihak

sekolah. Ibu bapa turut dialu-alukan datang ke sekolah untuk

membantu murid-murid yang lemah membaca.

14

9.25 Usul 25 : Waktu pulang lepaskan murid mengikut jadual.

Dicadang oleh : En. Ridzuan bin Jahrill

Tindakan : GB memaklumkan guru akan melepaskan murid

mengikut masa yang ditetapkan.

9.26 Usul 26 : Seragamkan waktu pulang tahap 1 dan tahap 2.

Dicadang oleh : Pn. Suakma binti Romeli

Tindakan : GB memaklumkan tidak dapat diseragamkan waktu

pulang tahap 1 dan tahap 2 kerana peruntukan masa pengajaran

dari Kementerian Pendidikan berbeza mengikut tahap.

9.27 Usul 27 : Loceng sekolah yang perlahan.

Dicadang oleh : En. Mohd Shafid Izuwan bin Kamarudin

Tindakan : GB memaklumkan kawasan sekolah yang luas

menyebabkan tidak semua bangunan dapat mendengar bunyi

loceng. Tambahan pula, terdapat bangunan lama dan baru. Loceng

lebih jelas didengar di bangunan baru. Sekiranya terdapat ibu bapa

yang mempunyai kepakaran untuk membaiki loceng tersebut amatlah

dialu-alukan.

9.28 Usul 28 : Papan putih dalam kelas yang kecil.

Dicadang oleh : Pn. Lizawini binti Hashim

Tindakan : GB memaklumkan perlu gotong-royong daripada ibu

bapa untuk mambaiki.

9.29 Usul 29 : Kelas kafa perlu bermula tahun 1 serta pendekkan

masa kelas kafa.

Dicadang oleh : En. Sukri bin Mamat

Tindakan : GB memaklumkan bahawa kelas kafa bukan dibawah

pentadbiran sekolah.Kelas kafa dibawah pengurusan Yayasan Islam

Negeri Terengganu. Oleh itu, sekolah tiada hak untuk membuat

sebarang pindaan terhadap kelas kafa.

9.30 Usul 30 : Laporkan prestasi murid kepada ibu bapa

Dicadang oleh : Pn. Fara Farhana binti Zulkipli

Tindakan : GB memaklumkan hari pelaporan PBD telah dijalankan

iaitu sebanyak dua kali setahun.

9.31 Usul 31 : Guru tidak boleh guna telefon bimbit semasa berada di

dalam kelas.

Dicadang oleh : Pn. Fara Farhana binti Zulkipli

Tindakan : GB memaklumkan guru menggunakan telefon bimbit

hanya untuk urusan rasmi sahaja. Misalnya untuk melihat jadual ganti.

15

9.32 Usul 32 : Longkang di hadapan kelas perlu ditutup.

Dicadang oleh: En. Asrul Nizam bin Azhar

Tindakan : GB memaklumkan akan diusahakan. Sekiranya ingin

diadakan gotong-royong, maka tenaga kerja ibu bapa amatlah

diperlukan .

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 En. Roslee bin Hamid mencadangkan agar membuat bumbung

tambahan serta meja tambahan dikantin kerana ruang makan sedia

ada tidak mampu untuk menampung jumlah murid yang ramai.

10.2 YDP memaklumkan hasil sumbangan PIBG hari ini ialah RM700,

manakala sumbangan di tabung masjid ialah RM100.

10.3 Dato’ Haji Wan Nor Azman bin Dato’ Haji Wan Abd Rahman

memaklumkan pemberian derma sebanyak RM1000.

11.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan komitmen
ibu bapa dan guru pada mesyuarat kali ini.

12.0 PENUTUP
Majlis ditangguhkan pada jam 11.40 pagi dengan bacaan tasbih kaffarah
dan Surah AL-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ……………………….............…
(NORAHAFIZAH BT AHMAD) (SUZLIYATI BINTI MD ZAMAN)
Setiusaha PIBG, Guru Besar,
SK Bukit Kuang, Kemaman. SK Bukit Kuang, Kemaman

Disahkan oleh,

……………………………………
(AHMAD ROSTAM B MOHAMAD)
Yang Dipertua PIBG,
SK Bukit Kuang, Kemaman.

16

17

18

19

BIL AKTIVITI TARIKH

1 Pendaftaran Tahun 1 2020 29/12/2019
2 Kejohanan Merentas Desa 14/01/2020
3 Gotong-royang AJK PIBG 17/01/2020
4 Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 2 10/02/2020
5 Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 3 14/02/2020
6 Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-27/2020 21 /02/2020
7 Program Kelas Malam 01/03/2020
8 Program Temu Murni Calon UPSR 2020 03/03/2020
9 Pengoperasian sekolah di hari pertama 08/03/2021
10 Sukarelawan Penyuraian Murid 08/03/2020
11 Pembinaan Sinki sebelah bangunan Pra Sekolah 06/07/2020
12 Majlis Persaraan Cikgu Asma, Cikgu Hasnani dan Puan 20/07/2020

Rosyati 09/08/2020
13 Program membendung pemakanan tidak sihat 10/09/2020
14 Program Kemerdekaan (jemputan AJK PIBG sebagai hakim) 21/10/2020
15 Penyerahan Sumbangan Arwah Adik Muhammad Adib 17/12/2020
16 Jamuan Akhir Tahun MGKT 2020 26/02/2021
17 Pembinaan sinki oleh Kemaman Bitumen Company Sdn.
10/03/2021
Bhd.
18 Menyediakan petak parking van sekolah dan OKU (Unit 01/04/2021
08/05/2021
Task Force) 21/08/2021
06/09/2021
19 Majlis Penyampaian Anugerah Kecermerlangan 2020
20 Program Ziarah Mahabbah 09/09/2021
21 Program Bacaan yassin
22 Program Ziarah Cakna YDP PIBG bersama KPPD ke rumah 16/09/2021

Nurul Qistina Balqis

23 Program Ziarah Cakna YDP PIBG ke rumah Siti Nor Aina
Qistina

24 Program ziarah cakna YDP PIBG ke rumah Muhammad Faiz
Danish

20

21

22

Penasihat : Pn. Suzliyati binti Md. Zaman
Pengerusi : Tn. Hj. Ahmad Rostam bin Mohamad
Naib Pengerusi : Pn. Rohaya binti Jusoh
: Pn. Naimah binti Mohd Nor
Setiausaha : En. Roslee bin Hamid
Naib Setiausaha : En. Muhammad Hamdi bin Mansor
Bendahari : Pn. Norahafizah binti Ahmad
Naib Bendahari : Pn. Nor Hazami b inti Yunoh
: Pn. Ainun Jariyah binti Mat Ariff
: Cik Normariah binti Harun

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGACARA MAJLIS TAYANGAN
Pn. Nur Azma binti Aziz En. Azhari bin Alias (K)

SURAT MENYURAT / JEMPUTAN LINK GOOGLE MEET / PAUTAN MESYUARAT
Pn. Norahafizah binti Ahmad Pn. Hafsah binti Othman
En. Abd Aziz bin Taib En. Ahmad Zul Izzat bin Mamat

BACAAN DOA DOKUMENTASI
YM Tg Zaiham bin Tg Hamzah En. Mohd Afnan bin Mohd Rashid

BUKU MESYUARAT PENCATAT MINIT MESYUARAT
Pn. Zainun binti Zahari (K) Pn. Mazlina binti Mat Zin (K)
Pn. Sumi Muniza binti Abd Razak Pn. Nurulaim Shuhada binti Ibrahim
Pn. Hasnaa binti Othman Pn. Fakhriah Hamidah binti Sabri
Pn. Siti Zainab binti Abdullah Pn. Liyana binti Mohd Diah

PENDAFTARAN SIJIL
En. Muhamad Naqiuddin bin Hashim (K) Pn. Noor Hamizah binti Yahaya (K)
Pn. Tuan Nor Aini binti Tuan Hasan
Pn. Naziera binti Ismail YM Tg Hasnul Atikah binti Tuan Hassan
Pn. Nurul Ezzah binti Alias

PUBLISITI / POSTER
En. Ahmad Syahid bin Mazelan (K)

Semua Guru Kelas

23

• Penasihat : Pn. Suzliyati binti Md Zaman (Guru Besar)
• Yang Dipertua :

• Naib Yang Dipertua :

• Setiausaha :

• Naib setiausaha :
• Bendahari :

• Naib Bendahari :

• AJK Ibu bapa :

:

:

:

:

:

:

:

:

:

• Pemeriksa Kira-kira :
:

• AJK Guru :

:

:

:

• Juru Audit :

24

25

26

Sekalung
Penghargaan Dan

Terima Kasih

Kepada semua pihak yang telah memberikan
sumbangan idea,
tenaga & material

secara langsung atau tidak langsung,
bagi menjayakan Majlis Mesyuarat Agung

PIBG Kali Ke – 28 Sesi 2020/2021

Keringat, jasa dan pengorbanan anda akan
menjadi ingatan buat semua.
Hanya Allah S.W.T sahaja
yang dapat
membalas budi dan jasa kalian.


Click to View FlipBook Version