I
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Kandungan…………………………………………………………I
2. Abstrak……………………………………………………….…….II
3. Penghargaan………………………………………………….…….III
4. Pengenalan………………………........……………………………......1
5. Objektif Kajian………………………………………………….….......2
6 Kaedah Kajian………………………………………………….............3
7. Perbincangan dan Hasil Kajian ..............................................................4-21
8. Rumusan dan Cadangan.........................................................................22-23
9. Rujukan...................................................................................................24-25
10. Lampiran.............................................................................................
II
ABSTRAK
Isu kepercayaan dan pengamalan terhadap amalan sihir telahpun berleluasa dari generasi ke
generasi dan perkara ini perlu dibendung kerana amalan sihir merupakan amalan syirik iaitu
menyekutukan Allah SWT melalui i’tiqad . Amalan sihir yang pelbagai cara menyebabkan
segelintir masyarakat tidak mengetahuinya dan tidak sedar bahawa perbuatan tersebut adalah
sebahagian daripada amalan sihir yang telah digariskan oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah . Oleh itu,
kajian ini dilakukan untuk mengkaji konsep sihir dan tukang sihir dan menganalisa amalan-amalan
sihir yang telah digariskan oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah . Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dengan mencari maklumat di
internet, buku dan akhbar . Pengkaji juga menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan
borang soal selidik kepada responden yang mengandungi 10 soalan untuk menganalisis tahap
kefahaman pelajar Kistarp Semestar 3 aliran agama tentang amalan–amalan sihir yang telah
digariskan oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah.
III
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi saya memanjat sepenuh
keyukuran serta pujian ke Hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmat serta izin-
Nya akhirnya saya dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya.
Pertama sekali setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung terima kasih kepada semua guru
terutamanya kepada Ustazah Asiyah , guru mata pelajaran Usuluddin, di atas kesudiannya dalam
membimbing saya sejak awal sehingga akhir proses kajian ini dijalankan. Saya juga amat
berterima kasih kepada semua barisan guru KTE Tunku Abdul Rahman Putra diatas segala ilmu
yang telah dicurahkan kepada saya.
Tidak lupa juga kepada ayah saya, Abdul Halim bin Awang dan ibu saya Salasiah binti Hj. Asmawi
kerana telah banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi kos kewangan juga memberi
kekangan masa untuk membantu sepanjang kajian ini dilaksanakan sehingga tugasan ini dapat
diselesaikan.
Seterusnya, saya titipkan penghargaan dengan tulus suci murni kepada rakan sepejuangan saya
iaitu S3 AA1 kerana sudi melontarkan beberapa pendapat, sudi berkongsi ilmu, memberi tunjuk
serta semangat sewaktu menyiapkan kajian yang dilaksanakan dan semoga semuanya memperoleh
keberkatan dan hidup dibawah lindungan dan jagaan Allah S.W.T.
Akhir kata, diucapkan jutaa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung sepanjang proses dalam menyelesaikan tugasan ini.
Sekian, Terima Kasih.
4
1
1.0 PENGENALAN
Berdasarkan keratan akhbar di atas, pengkaji bercadang untuk mengkaji berkaitan isu
tersebut yang semakin berleluasa sedangkan perkara tersebut telah diharamkan oleh Ahli Sunnah
Wal Jamaah berdasarkan ayat-ayat Allah SWT, hadis-hadis Rasulullah SAW dan ijmak ulama.
sihir telah wujud dan tersebar berabad lamanya. Amalan sihir telah disebut dalam cerita-cerita
masyarakat Yunani Kuno bahkan turut disebut oleh bangsa-bangsa sebelumnya.Ilmu ini telah
tersebar luas malah mempengaruhi kehidupan seharian manusia ketika itu.Para nabi dan rasul
terdahulu sebelum Nabi Muhammad S.A.W seperti Nabi Isa, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan
sebagainya juga menghadapi musuh-musuh yangmenggunakan ilmu sihir untuk menentang utusan
Allah. Misalnya, Nabi Musa terpaksa menggunakan mukjizat yang diberikan Allah untuk
berhadapan dengan ular-ular ahli-ahli sihir dan akhirnya baginda mengalahkan mereka. Perkara
yang sama juga berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W pada zaman baginda. Pihak-pihak yang
memusuhi baginda menggunakan sihir untuk memudharatkan Rasulullah S.A.W namun baginda
dilindungi oleh Allah. ( siti9779307, 2021)
Setelah kedatangan Islam dan agama Islam tersebar luas sehingga sampai ke Negara-
negara sekitar tanah Arab,amalan sihir masih lagi diamalkan pada peringkat awal Islam walaupun
amalan ini dilarang. Hal ini demikian kerana, masyarakatnya masih sukar meninggalkan amalan
kepercayaan mereka sebelum mereka memeluk Islam atas beberapa faktor. Contohnya, ilmu sihir
2
yang diamalkan akan memudharatkan diri jikaditinggalkan dan ilmu tersebut juga menjadi sumber
rezeki mereka kerana asas perubatan masyarakat ketika itu ialah mempercayai bahawa punca
penyakit adalah daripadasemangat roh-roh jahat. Jadi, ahli-ahli nujum dan tukang-tukang sihir
akan menjadi tempat rujukan. Maka amalan ini amat sukar dikikis walaupun dilarang dengan
kerasoleh agama Islam kerana ia merupakan salah satu perbuatan yang mensyirikan Allah.
(siti9779307, 2021)
Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah berbeza pendapat dalam hal ini. Ada yang
mengatakan, bahwa sihir itu hanya bersifat imajinasi, khayalan dan tidak nyata, Allah berfirman,
"Maka tiba-tiba tali-tali dan tongkat tongkat mereka, terbayang kepada Musa seakan-akan ia
merayap cepat, lantaran sihir mereka." Thaha: 66). Ada pula yang berpendapat, bahwa sihir itu
nyata sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat dalam surat Al Baqarah. Pendapat yang sahih
adalah bahwa sihir itu ada dua jenis; jenis pertama adalah bersifat imajinasi yang dilakukan secara
pelbagai helah dan penyamaran gerakan. Sementara jenis kedua adalah nyata, seperti membuat
retak hubungan suami istri. (Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar, 2018)
3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif utama yang fokus perbincangan dalam kajian ini iaitu :
1) mengenal pasti konsep sihir dan tukang sihir menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah.
2) Menganalisis tahap kefahaman pelajar Kistarp Semestar 3 aliran agama mengenai amalan-
amalan sihir menurut Ahli Sunnah wal Jamaah.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Beberapa kaedah telah dipilih untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini. Pelbagai kaedah ini
digunakan untuk memastikan semua maklumat yang telah diperoleh adalah betul dan tepat.
1) Kaedah Kualitatif
Pengkaji menggunakan kaedah kajian ini untuk memperoleh maklumat dan data dengan cara
mengadakan penelitian dokumen-dokumen. Melalui kaedah ini, pengkaji merujuk bahan ilmiah
seperti buku, artikel, jurnal dan penulisan lain yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Selain itu,
pengkaji juga melayari laman web yang berkaitan di internet untuk menambah pengetahuan dan
mendapatkan maklumat yang sesuai dengan tajuk kajian.
2) Kaedah Kuantitatif
Bagi mencapai objektif kedua, 10 soalan telah dikemukakan oleh pengkaji kepada 20 orang
responden iaitu 20 orang pelajar Kistarp sem 3 aliran agama daripada 7 kelas dengan menggunakan
platform Google Form. Setelah memperoleh respon daripada responden, data akan dianalisis
dalam bentuk jadual. Justeru, bilangan akan dinyatakan dalam bentuk peratusan. Hal ini akan
memudahkan pengkaji untuk menerangkan hasil kajian yang dilakukan. Platform Google Form
yang digunapakai untuk mendapatkan respon amat berguna untuk mengkaji tahap kefahaman
pelajar Kistarp Semestar 3 aliran agama mengenai amalan-amalan sihir menurut Ahli Sunnah wal
Jamaah . Item-item soal selidik dalam bentuk pemeringkatan skala likert iaitu sangat tidak
setuju(1), tidak setuju(2), kurang setuju(3), setuju(4), dan sangat setuju(5).
4
4.0 PERBINCANGAN DAN HASIL DAPATAN KAJIAN
4.1 KONSEP SIHIR DAN TUKANG SIHIR MENURUT AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
DEFINISI KAJIAN :
Sihir : satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir
secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam
bagi mencapai tujuan tertentu.
Dukun : merujuk kepada ahli perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu dahulukala. Ahli
perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu turut dikenali sebagai tabib, bomoh atau
pawang.
4.1.1 PENGERTIAN SIHIR DAN TUKANG SIHIR
Pengertian sihir menurut bahasa: Sesuatu yang halus dan tersembunyi.
Pengertian sihir menurut istilah: Sihir (Jawi: )سيحيرdari segi istilah merupakan satu perbuatan
menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib)
yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu,
contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.
Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
(Wikipedia,2022)
Tukang sihir : Kahin(dukun) dan ‘Arraf(tukang ramal).
Pengertian Kahin : Kahin(dukun) adalah orang yang mengambil informasi dan syaitan yang
mencuri pendengaran dari langit atau dapat dikatakan bahawa dukun adalah orang yang
memberitahukan tentang perkara-perkara ghaib yang akan terjadi di masa yang akan datang atau
perkara-perkara yang tersimpan dalam hati seseorang.
Pengertian ‘Arraf : ‘Arraf(tukang ramal) iaitu orang yang mengaku mengetahui tentang sesuatu
hal yang dengan menggunakan isyarat-isyarat untuk menunjukkan barang curian, atau tempat
barang hilang dan semacamnya. Sering disebutkan sebagai tukang ramal, ahli nujum, peramal
5
nasib dan sejenisnya. (syarah aqidah ahlus sunnah wal jamaah, Yazid Bin Abdul Qadir Jawas,
2004, Pustaka Imam Asy-Syafi’I (650))
4.1.2 PERBEZAAN ANTARA SIHIR, KARAMAH DAN MUKJIZAT
Sihir merupakan perkara luar biasa yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan jahat
dan zalim. Oleh itu, amalan sihir dilarang dalam Islam dan merupakan dosa yang besar.
Karamah pula ialah satu kemuliaan yang diberi kepada golong an solihin dan mulia.
Karamah merupakan kurniaan Allah tanpa dipelajari dan bukan pula amalan seperti Siti Mariam
ibu Nabi Isa mendapat rezeki yang banyak ketika dia ditinggalkan oleh ibunya di masjid.
Mukjizat ialah suatu perkara yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada
seseorang Rasul. Mukjizat tidak dapat ditiru oleh sesiapapun. Mukjizat diberikan dengan tujuan
untuk mem buktikan bahawa seseorang Rasul itu mengatasi umatnya dan melahirkan kekuasaan
Allah. (7 perkara yang membinasakan umat islam, Ustaz Haji Zakaria Haji Omar, 2007, Pustaka
Haji Abdul Majid Sdn Bhd. (59) Selangor)
4.1.3 DALIL PENGHARAMAN SIHIR DAN TUKANG SIHIR
Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat bahawa sihir itu memiliki hakikat dan meyakini bahawa hal
ini benar-benar ada, sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran dan as-Sunnah,
Dalil al-Quran;
الخ... َوَما َكَفَر ُسلَْي َما ُن َولَ ِك َّن ال َّشيَا ِطيَن َكَفُروا يَُعلِ ُموَن الَنّا َس ال ِس ْحَر:قَا َل الله تَ َعاَل
Terjemahan: “padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaian-syaitan itulah
yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia...”
[Surah al-baqarah : ayat 102]
Dalil as-Sunnah;
6
، ال ِشْرُك ِبَّلِّل: َي ر ُسوَل اَّلّلِ َوَما ُه َّن؟ قَا َل: ا ْجتَنِبُوا ال َّسْب َع المُوبَِقا ِت قَالُوا:َوَع ْن أِب ُهَريَْرةَ َع ِن الن ِب ﷺ قَا َل
وقَذ ُف، والَتَّوِل يَْوَم الَّز ْح ِف، َوأ ْك ُل َماِل اليَتِيِم، َوأَ ْك ُل الِرَِب، َوقَْت ُل الَنّْف ِس اَلّتي حَّرَم اَّلّل إ َلّ ِبْْلَِق،وال ِس ْحُر
متفق َعلَْيِه.المُ ْحصنَات المُؤِمنا ِت الْغَافِلات
Daripada Abi Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rasulullah, apakah
dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan
melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada
perang dan menuduh wanita yang beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina”.
[HR Bukhari 2766]
Hukuman bagi tukang sihir adalah dipenggal lehernya (dibunuh). Sebagaimana telah
dilakukan oleh sahabat ‘Umar bin al-Khathab, Jundub al-Khair, dan Hafsah binti ‘Umar RA.
Namun yang melaksanakan hukum tersebut adalah ulil amri pemerintah Islam setelah melalui
proses pengadilan.
4.1.3 AMALAN-AMALAN SIHIR YANG DIGARISKAN OLEH AHLI SUNNAH WAL
JAMAAH
Amalan-amalan sihir (umum):
1) Nusyrah (mengubati sihir dengan sihir)
Dalam Islam dilarang mengubati sihir dengan sihir atau dengan mendatangi dukun, kerana dukun
hanyalah mengusir syaitan sihir dengan syaitan sihir yang lain. Maka, ibarat mengusir maling
dengan meminta bantuan perompak atau penjarah.
Dari Jabir bin ‘Abdillah RA, ia berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang
nusyrah, maka beliau SAW menjawab:
.هو من عمل الشيطان
7
‘Nusyrah itu termasuk perbuatan syaitan”.
2) Ilmu Nujum (Ilmu perbintangan)
Imam Bukhari RA berkata di dalam kitab Sahihnya: Qatadah berkata: “Allah SWT menciptakan
bintang-bintang ini untuk 3 hal:
1. Sebagai penghias langit.
2. Sebagai pelempar syaitan
3. Sebagai tanda bagi orang untuk mengenal arah.
Maka, barangsiapa menafsirkan selain dari itu, ia telah salah dan menyia-nyiakan baginya dan
memaksakan diri dalam sesuatu yang ia tidak mengetahuinya. (syarah aqidah ahlus sunnah wal
jamaah, Yazid Bin Abdul Qadir Jawas, 2004, Pustaka Imam Asy-Syafi’I (650))
Amalan-amalan sihir (khusus):
1.Sihir pemisah (penceraian)
2.Sihir percintaan (penunduk)
3.Sihir membatal atau menunda perkahwinan
4.Sihir yang mengikut lelaki dan perempuan
5.Sihir dimandulkan
6.Sihir pukau
7.Sihir gila
8.Sihir sakit anggota badan
9.Sihir pendarahan (darah istihadah)
10.Sihir santau
11.Sihir penutup (Sifuli,15 Mac 2010)
8
4.1.4 LANDASAN PERBOMOHAN
Rawatan secara perbomohan hanya diharauskan dalam syariat Islam berdasarkan syarat tertentu,
antaranya:
1. Bomoh sama sekali tidak boleh mendakwa atau mengaitkan sesuatu musibah itu adalah akibat
daripada angkara makhluk halus.
2. Bomoh perlu memberi peringatan agar para pesakit yang dirawatnya tidak memuja,
mengagung dan taksub kepadanya.
3. Bomoh ditegah memuja sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai mampumendatangkan
nasib baik atau buruk seperti: wali, roh, dewa, kubur, keris, batu, kayu, cincin, kain kuning dan
lain-lain.
4. Penggunaan jampi hanya dibolehkan dengan syarat menggunakan ayat-ayat a-
quran,menggunakan bahasa yang mampu difahami dan tidak menentukan bahawa jampi dapat
memberi kesan penuh, tetapi Allah yang Berkuasa.
9
4.2 MENGANALISIS TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR KISTARP SEMESTAR 3
ALIRAN AGAMA MENGENAI AMALAN-AMALAN SIHIR MENURUT AHLI
Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data dan menjelaskan hasil penemuan
kajian yang telah dijalankan sendiri oleh pengkaji melalui borang soal selidik yang telah
diserahkan kepada 20 orang responden. Data yang telah diperoleh telah dikumpulkan dan
kemudian dianalisis mengikut nilai peratusan.
Demografi responden
Pengkaji telah mengedarkan sebanyak 20 borang soal selidik kepada 20 orang responden
yang terdiri daripada pelajar Kistarp semestar 3 aliran agama. Para responden telah menjawab
semua soalan yang diajukan dengan menggunakan platform Google Form. Huraian analisis latar
belakang responden melibatkan aspek jantina dan kelas.
1) Jantina
Jantina Bilangan responden Peratus
Lelaki 6 orang 30%
Perempuan 14 orang 70%
Jumlah 20 orang 100%
Jadual 1: Jantina Responden
JANTINA
Lelaki Perempuan
Lelaki
30%
Perempuan
70%
Rajah 1 : Jantina Responden
10
2)Kelas
Kelas Bilangan responden Peratus
S3 SS5 4 orang 20 %
S3 SS12 5 orang 25 %
S3 AA1 5 orang 25 %
S3 AA2 2 orang 10 %
S3 AA3 1 orang 5%
S3 AA4 2 orang 10 %
S3 AA5 1 orang 5%
JUMLAH 20 orang 100 %
Jadual 2: kelas Responden
KELAS
S3 SS5 S3 SS12 S3 AA1 S3 AA2 S3 AA3 S3 AA4 S3 AA5
5% 20%
10% 25%
5%
10%
25%
Rajah 2 : Kelas Responden
11
4.2 ANALISIS DATA TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR KISTARP SEMESTAR 3
ALIRAN AGAMA MENGENAI AMALAN-AMALAN SIHIR MENURUT AHLI
SUNNAH WAL JAMAAH.
Di dalam bahagian ini, pengkaji akan menerangkan hasil dapatan kajian daripada hasil respon
borang soal selidik yang telah diedarkan dan dijawab oleh 20 responden yang terdiri daripada
pelajar Kistarp semestar 3 aliran agama. Sebanyak 10 item bertujuan untuk mengetahui
pengetahuan responden tentang amalan-amalan sihir menggunakan Skala Likert dan
penjelasannya adalah seperti berikut:
Sangat tidak Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju
setuju 5
1 234
Jadual 4 : skala likert
BIL AMALAN-AMALAN SIHIR MENURUT AHLI 1 2 3 4 5
SUNNAH WAL JAMAAH
1 Sihir ialah perbuatan yang dilakukan dengan 1 4 15
mendekatkan diri kepada syaitan. 5% 20% 75%
2 Sihir mampu menyebabkan kesakitan, kematian, 3 17
pergaduhan suami isteri dan menimbulkan rasa 15% 85%
kebencian atau sayang dan sebagainya.
3 Umat Islam boleh berjumpa tukang perubatan 24176
alternatif dengan tujuan mendapatkan khidmat 10% 20% 5% 35% 30%
mengubati sihir yang dihadapi.
4 Amalan seperti berjumpa tukang sihir yang 12 2 4 1 1
menyatakan bahawa mereka bergabung dengan 60% 10% 20% 5% 5%
Allah adalah antara perbuatan yang boleh dikatakan
ikhtiar dalam Islam.
5 Tukang sihir meminta bantuan syaitan agar 4 5 11
seseorang melihat sesuatu itu berubah dan berbeza 20% 25% 55%
dari hakikat sebenarnya.
12
6 Sihir menggunakan ubat-ubatan yang khusus sama 1 2 6 3 8
ada dalam bentuk makanan ataupun minyak. 5% 10% 30% 15% 40%
7 Ilmu sihir kebiasaannya dihantar kepada seseorang 6 14
melalui angin, patung dan menggunakan bahan 30% 70%
seperti air sihir, keris, darah, telur dan jarum.
8 Santau dan pukau merupakan amalan sihir. 5 15
25% 75%
9 Amalan sihir termasuklah memandikan keris 1 2 7 10
dengan air limau dan diasapkan dengan kemenyan. 5% 10% 35% 50%
10 Sihir dibenarkan apabila rawatan tersebut 12 3 3 2
menggunakan sebutan bismillah, salam, menyebut 60% 15% 15% 10%
nama nabi dan syahadah di akhir pertuturan
walaupun melibatkan jin.
Jadual 5 : tahap kefahaman pelajar kistarp semestar 3 aliran agama mengenai amalan-amalan
sihir menurut ahli sunnah wal jamaah
Berdasarkan hasil soal selidik dalam jadual 4, berkaitan item pertama soal selidik
mengenai sihir ialah perbuatan yang dilakukan dengan mendekatkan diri kepada syaitan, seramai
15 orang iaitu responden 75% menyatakan sangat setuju dan 4 orang responden iaitu 20%
menyatakan setuju. Manakala, terdapat 1 orang responden iaitu 5% menyatakan kurang setuju dan
tiada responden yang menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju pada pernyataan ini. Ini
bermakna majoriti responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi berkaitan hal tersebut.
Menurut Nor ‘Asyikin Mat Hayin (2021) ,menurut Abdul Rashid (Ketua Lajnah Penyelidikan dan
Pembangunan Darussyifa' Malaysia), perantara bagi amalan sihir tidak terlepas daripada bantuan
iblis, jin serta syaitan yang penuh tipu daya selain menyesatkan.
(https://www.hmetro.com.my/utama/2021/06/717272/kuat-main-sihir)
13
Seterusnya, item kedua soal selidik mengenai sihir mampu menyebabkan kesakitan,
kematian, pergaduhan suami isteri dan menimbulkan rasa kebencian atau sayang dan sebagainya.
Seramai 17 orang responden iaitu 85% menyatakan sangat setuju dan selebihnya 3 orang
responden menyatakan setuju. Tiada responden yang menyatakan kurang setuju, tidak setuju dan
sangat tidak setuju pada pernyataan ini.. Hal ini demikian menunjukkan kesemua responden
memiliki kefahaman yang tinggi berkaitan hal tersebut. Menurut Syeikh Azzikri (2011), sihir
pemisah adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan
menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan
dan mungkin kepada kedua-duanya. Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian,
kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan
ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang
seumpamanya.(http://darul-azzikri.blogspot.com/ SIHIR PEMISAH & SIHIR SIMPULAN ~
Pusat Rawatan Islam DARUL AZZIKRI)
Justeru, item ketiga soal selidik mengenai umat Islam boleh berjumpa tukang perubatan
alternatif dengan tujuan mendapatkan khidmat mengubati sihir yang dihadapi. Seramai 7 orang
responden iaitu 35% menyatakan setuju dan 6 orang responden iaitu 30% menyatakan sangat
setuju. Manakala, 4 orang responden iaitu 20% menyatakan tidak setuju, 2 orang responden iaitu
5% menyatakan sangat tidak setuju dan 1 orang responden iaitu 5% menyatakan kurang setuju
pada pernyataan ini. Ini menunjukkan tahap kefahaman responden sederhana berkaitan hal
tersebut. Menurut Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (2021), Hukum mereka yang berjumpa
dengan ahli sihir pula bagi tujuan memintanya mengubati sihir atau meminta untuk menyihirkan
seseorang adalah haram. Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fatawa al-Mu’asirah menjelaskan
diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir sama ada untuk melakukan sihir atau pengubatan
sihir.(https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2021/07/02/amalan-tak-diterima-40-hari-jika-
berjumpa-dukun-jika-seseorang-percaya-kehebatan-bomoh-pula-mereka-tergolong-orang-yang-
kufur)
14
Item keempat soal selidik mengenai amalan seperti berjumpa tukang sihir yang
menyatakan bahawa mereka bergabung dengan Allah adalah antara perbuatan yang boleh
dikatakan ikhtiar dalam Islam. Seramai 12 orang responden iaitu 60% menyatakan sangat tidak
setuju. 4 orang responden iaitu 20% menyatakan kurang setuju dan 2 orang responden iaitu 10%
menyatakan tidak setuju. Manakala, 1 orang responden iaitu 5% menyatakan setuju juga 5% lagi
menyatakan sangat setuju . Secara majoritinya, responden masih menunjukkan tahap kefahaman
yang tinggi berkaitan hal tersebut.Menurut portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2021)
Sebuah institusi fatwa iaitu Lajnah Daimah ada menjawab di dalam fatwanya apabila ditanya oleh
seorang lelaki berkenaan hukum meminta bantuan jin. “Tidak boleh bagi orang itu meminta
bantuan jin, dan muslim tidak boleh mendatanginya untuk mengubati pelbagai penyakit melalui
perantara jin, atau (tidak boleh) untuk memenuhi permintaan lainnya dengan cara tersebut.
Perawatan melalui doktor yang menggunakan ubat yang diperbolehkan merupakan usaha yang
harus dilakukan dan ini selamat dari pembomohan.( https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-
fatwa/irsyad-fatwa-umum/907-irsyad-al-fatwa-siri-ke-189-hukum-berubat-dengan-perawat-
islam-dan-meminta-pertolongan-jin)
Item kelima soal selidik mengenai tukang sihir meminta bantuan syaitan agar seseorang
melihat sesuatu itu berubah dan berbeza dari hakikat sebenarnya. Seramai 11 orang responden iaitu
55% menyatakan sangat setuju dan 5 orang responden iaitu 25% menyatakan setuju. Manakala
hanya 4 orang responden iaitu 20% menyatakan kurang setuju. Tiada responden yang menyatakan
tidak setuju dan sangat tidak setuju pada pernyataan ini. Hal ini menunjukkan majoriti responden
mempunyai tahap kefahaman yang tinggi berkaitan hal tersebut. Menurut Ikhtiar Syifa(2022),
melakukan perbuatan sihir atau menyokong perbuatan mereka itu samalah juga kita berubat
dengan orang yang ‘menurun’iaitu menggunakan khidmat jin yang memasuki ke dalam badan
seseorang. Kemudian ia mengubati orang dengan cara bercakap dengan jin yang meresap ke dalam
jasadnya dan mengaku sebagai wali dan sebagainya.( https://ikhtiarsyifa.com.my/2394/)
Item keenam soal selidik mengenai sihir menggunakan ubat-ubatan yang khusus sama
ada dalam bentuk makanan ataupun minyak. Seramai 8 orang responden iaitu 40% menyatakan
sangat setuju. 6 orang responden iaitu 30% menyatakan kurang setuju dan 3 orang responden iaitu
15% menyatakan setuju. Manakala, 2 orang responden iaitu 10% menyatakan tidak setuju dan
seorang responden iaitu 5% menyatakan sangat tidak setuju. Ini masih menunjukkan majoriti
15
responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi berkaitan hal tersebut. Menurut akhbar
Utusan Malaysia(2022), demikian fatwa terbaharu diterbitkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
semalam menerusi Irsyad Al-Fatwa siri ke-619 berhubung hukum melakukan tawaran iklan sihir di laman
sosial.“Orang yang melakukan perbuatan ini wajib bertaubat dan tidak mengulanginya pada masa
depan kerana sihir adalah antara dosa besar sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW,” katanya
sebagai merujuk persoalan diajukan pembaca mengenai tawaran minyak pengasih, sihir pemisah
dan lain-lain yang disiarkan melalui akaun Facebook dan Instagram.
(https://www.utusan.com.my/terkini/2021/09/haram-promosi-sihir-minyak-pengasih-pemisah-di-
media-sosial/)
Item ketujuh soal selidik mengenai ilmu sihir kebiasaannya dihantar kepada seseorang
melalui angin, patung dan menggunakan bahan seperti air sihir, keris, darah, telur dan jarum.
Seramai 14 orang responden iaitu 70% menyatakan sangat setuju dan selebihnya 6 orang
responden iaitu 30% menyatakan setuju, Tiada responden yang menyatakan kurang setuju, tidak
setuju dan sangat tidak setuju pada pernyataan ini. Hal ini demikian menunjukkan kesemua
responden memiliki tahap kefahaman yang tinggi berkaitan hal tersebut. Menurut Sifuli(2010),
bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada
keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung
merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu.
Item kelapan soal selidik mengenai santau dan pukau merupakan amalan sihir. Seramai
15 orang responden iaitu 75% menyatakan sangat setuju dan selebihnya 5 orang responden iaitu
25% menyatakan setuju. Tiada responden yang menyatakan kurang setuju, tidak setuju dan sangat
tidak setuju. Ini juga bermakna kesemua responden mempunyai tahap kefahaman yang tinggi
berkaitan hal tersebut. Menurut Sifuli(2010), antara jenis sihir ialah menggunakan patung, santau,
telur layang, tangkal dan azimat, sihir pembenci dan kasih
sayang.(https://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/15/jenis-jenis-sihir/)
Item kesembilan soal selidik mengenai amalan sihir termasuklah memandikan keris
dengan air limau dan diasapkan dengan kemenyan. Seramai 10 orang responden iaitu 50%
menyatakan sangat setuju dan 7 orang responden iaitu 35% menyatakan setuju. Manakala 2 orang
responden iaitu 20% menyatakan kurang setuju dan selebihnya seorang responden iaitu 5%
menyatakan tidak setuju. Tiada responden yang menyatakan sangat tidak setuju. Secara
16
majoritinya, tahap kefahaman responden masih tinggi berkaitan hal tersebut. Menurut Tok Aki
Aji(2015), Tak dinafikan juga, ada pula jenis-jenis jin yang sanggup menghamba diri dengan
sendirinya duduk pada mana-mana bilah keris atau senjata lain bagi mencari tuan. Tidak perlu nak
perasapkan keris itu dengan kemenyan dan sebagainya atas tujuan nak bagi makan Khadam
ataupun jin kecuali bagi tujuan pengeringan dan mewangikan.
(https://tangisanmelayu.blogspot.com/2015/10/senjata-melayu-dan-penjagaannya.html)
Akhir sekali, item kesepuluh soal selidik mengenai sihir dibenarkan apabila rawatan
tersebut menggunakan sebutan bismillah, salam, menyebut nama nabi dan syahadah di akhir
pertuturan walaupun melibatkan jin. Seramai 12 orang responden iaitu 60% menyatakan sangat
tidak setuju dan 3 orang responden iaitu 15% menyatakan tidak setuju. Manakala, 3 orang
responden iaitu 15% menyatakan kurang setuju dan 2 orang responden iaitu 10% menyatakan
setuju. Tiada responden yang menyatakan sangat setuju. Ini menunjukkan majoriti tahap
kefahaman responden juga tinggi berkaitan hal tersebut. Menurut Ustaz Shams(2019), Ulama
bersepakat bahawa mepelajari sihir, mengajar serta mempraktikannya adalah haram. Hatta berjumpa bomoh
untuk mengubati sihir pun hukumnya adalah haram. Hal ini kerana perbuatan tersebut membawa
kepada pergantungan kepada selain Allah iaitu jin syaitan yang membawa kepada syirik kepada
Allah.( https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/10/25/bomoh)
17
5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 RUMUSAN
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi dapat dirumuskan bahawa sihir dan tukang sihir haram
untuk dipercayai disisi Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana perkara syirik ini boleh merosakkan
akidah seseorang muslim seperti firman Allah SWT di dalam Al-Quran Al-Karim dan sabda
hadith Rasulullah SAW. Secara keseluruhannya, pengetahuan dan kefahaman Pelajar Kistarp
Semestar 3 Aliran Agama mengenai amalan-amalan sihir menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah
berada di tahap sederhana. Hal ini mungkin disebabkan faktor kurang mempelajari mengenai
sihir dan persekitaran yang bebas daripada pengaruh mempercayai sihir. Walaubagaimanapun,
perkara ini perlu dipelajari oleh umat Islam demi akidah umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Oleh itu, pengkaji berharap dengan kerja kursus ini pembaca dapat mempelajari dan memahami
serba sedikit mengenai sihir dan tukang sihir.
5.2 CADANGAN KAJIAN
1. Pelajar Kistarp Semestar 3 aliran agama perlulah memahami dan mempelajari konsep sihir
dan tukang sihir menurut Ahli Sunnah wal Jamaah dan amalan-amalan sihir supaya dapat
menjadi penangkis insan daripada menejebakkan diri dalam perkara syirik yang dimurkai
oleh Allah melalui perkara sihir. Dengan sedikit ilmu berkaitan keburukan sihir dan
landasannya, pelajar dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam mengamalkan sihir da
mempercayai tukang sihir.
2. Semua ibu bapa haruslah memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka dengan
memperkenalkan perkara syirik yang telah ditentukan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu
antaranya kepercayaan sihir dan perkara tahyul seperti khurafat dan sebagainya kerana
kepercayaan ini masih berlaku pada zaman ini.
3. Guru-guru agama haruslah menyentuh sedikit ketika mengajar mengenai bahaya sihir
terhadap agama, ibadat, rohani dan intelek kepada pelajar Kistarp semester 3 aliran agama
kerana mereka adalah harapan yang boleh menyuluh rakan dan masyarakat diluar sana
dengan pengetahuan agama yang lebih mendalam . Sebagai contoh, pelajar Kistarp semester
18
3 aliran agama dapat berkongsi ilmu tentang bahaya sihir dan cara ikhtiar Ahli Sunnah Wal
Jamaah dengan sahih.
4. Kerajaan perlulah mengenakan denda yang berat terhadap pengamal sihir yang telah
berleluasa di Malaysia . Disamping itu, mewujudkan satu badan bebas yang pakar dalam
bidang sihir. Perkara ini wajib dijadikan pemgajaran kepada orang yang mempermainkan
dan mencabar kekuasaan Allah SWT supaya bertaubat iaitu yang mengamalkan dan
mempercayai terhadap sihir dan tukang sihir. Denda yang berat perlulah dikenakan kepada
tukang sihir dan juga orang yang bersubahat melakukan perkara tersebut.
19
6.0 RUJUKAN
Kitab Al-Quran Al-Karim
BUKU
Dr. Ab. Latif Muda, Dr. Rosmawati Ali@Mat Zin ILMU TAUHID Pustaka Salam Sdn. Bhd.
12/2014 (505) kuala Lumpur 2014
Ustaz Haji Zakaria Haji Omar, 7 PERKARA YANG MEMBINASAKAN UMAT ISLAM Pustaka
Haji Abdul Majid Sdn Bhd. (59) Selangor 2007
Yazid Bin Abdul Qadir Jawas, SYARAH AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH Pustaka
Imam Asy-Syafi’I (650) 2004