The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aurahealing323, 2020-10-26 11:47:59

SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU SPM

SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU SPM

memuntahkan emas. Encik Firdaus, wakil rakyat yang baharu diangkat
sebagai wakil rakyat menyampaikan ucapan dengan bahasa kiasan yang
memeningkan kepala penduduk-penduduk kampung yang latar
persekolahan mereka pada tahap minimum dan ada yang langsung tidak
pernah menjejakkan kaki di bangku sekolah, kecuali Sahat.

“Bukit Emas akan memuntahkan emas?” Pak Daud yang giginya
tinggal sebatang yang tertidur sebaik sahaja Penghulu Sudin memulakan
ucapan tiba-tiba terjaga mendengar ucapan Encik Firdaus.

Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf

Nyatakan empat gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam
petikan cerpen tersebut.

Jawapan
Inversi. Contohnya, Terbeliak mata penduduk Kampung Kuah

apabila Encik Firdaus memberitahu mereka bahawa Bukit Emas akan
dimajukan.

Kata ganda. Contohnya, penduduk-penduduk/ tiba-tiba.
Peribahasa. Contohnya, durian runtuh.
Perlambangan. Contohnya, emas.
Repitisi kata. Contohnya, mereka/ ucapan/ akan/ yang.
Personifikasi. Contohnya, Bukit Emas akan memuntahkan emas.
Repitisi frasa. Contohnya, penduduk Kampung Kuah/ wakil rakyat/
Bukit Emas akan memuntahkan emas

15. Teknik Penulisan Drama/ Ciri-ciri
Drama 15.1 Ada dialog
15.2 Ada aksi
15.3 Ada skrip
15.4 Ada babak
15.5 Ada adegan
15.6 Ada nama watak/ pelakon

Soalan Struktur

BABAK DUA
(MAT PIAH sedang mengayuh beca. Beca tidak bergerak

sebenarnya, cuma layar yang melatari pentas bergerak dan
memperlihatkan suasana malam di sekitar Georgetown. BLACKWAY
duduk termenung dengan wajah yang layu).

48

MAT PIAH: Tuan, tuan daripada party yang pakai serba aneka di Hotel E
& O tu tadi. Macam-macam saya tengok. Ada hantu, syaitan, semua ada.
(Tergelak kecil).

BLACKWAY: Tidak. Saya tak kenal mereka.

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway
karya Mahizan Husain

Berikan dua teknik penulisan drama berserta contoh yang terdapat dalam
petikan drama tersebut.

Jawapan
Ada babak. Contohnya, babak dua.
Ada nama pelakon. Contohnya, Mat Piah.
Ada aksi. Contohnya, tergelak kecil.
Ada skrip. Contohnya,

BABAK DUA
(MAT PIAH sedang mengayuh beca. Beca tidak bergerak
sebenarnya, cuma layar yang melatari pentas bergerak dan
memperlihatkan suasana malam di sekitar Georgetown. BLACKWAY
duduk termenung dengan wajah yang layu).

MAT PIAH: Tuan, tuan daripada party yang pakai serba aneka di Hotel E
& O tu tadi. Macam-macam saya tengok. Ada hantu, syaitan, semua ada.
(Tergelak kecil).

BLACKWAY: Tidak. Saya tak kenal mereka.

16. Drama realisme ialah drama yang menggambarkan kehidupan
masyarakat sebenar.

17. Ciri-ciri Drama Realisme
17.1 Latar masanya ialah pada masa sekarang. Contohnya, latar masa
drama Anna ialah pada tahun 1967.
17.2 Latar tempatnya ialah di alam nyata. Contohnya, latar tempat drama
Anna di lapangan terbang. Latar tempat drama Mat Piah dan Mr.
Blackway ialah di bandar Georgetown, Pulau Pinang, di hadapan
pintu hotel, di Padang Kota Lama.
17.3 Watak-wataknya ialah masyarakat zaman sekarang. Contohnya,
antara watak-watak dalam drama Anna terdiri daripada doktor,

49

petugas kaunter, pramugari. Antara watak dalam drama Mat Piah
dan Mr. Blackway ialah penarik beca.
17.4 Pemikirannya berkaitan dengan persoalan masyarakat atau
kehidupan seharian masa kini. Contohnya, drama Anna
mengisahkan pergolakan rumah tangga yang berlaku dalam
kehidupan suami isteri. Drama Mat Piah dan Mr. Blackway
memaparkan kisah seorang pesakit mental yang bekerja sebagai
penarik beca.
17.5 Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu moden. Contohnya,
dalam drama Anna, antara perkataan-perkataan yang digunakan
ialah telefon, kereta, kaunter, realistik dan sebagainya. Dalam drama
Mat Piah dan Mr. Blackway antara perkataan bahasa Melayu moden
yang digunakan ialah beca, hotel, muzium dan sebagainya.

NOTA: Perkataan-perkataan yang tercatat dalam nota 17.5 hanya
contoh. Pelajar perlu menulis jawapan berdasarkan petikan yang
diberi.

Soalan Struktur
(Dalam alunan muzik kedengaran bunyi kereta berhenti. Pintu

dibuka dan ditutup beberapa kali. DOKTOR CHAN masuk dengan pakaian
doktornya).

DR. CHAN (tenang): Helo Zaki, helo Puan Zaki.

ZAKI: Oh, Dr. Chan. Bagaimana kautahu?

DR. CHAN: Saya ke rumah. Ibumu bilang engkau ke airport. Ada hal
penting katanya. Dan dia minta saya bawa sama.

Dipetik daripada drama Anna
karya Kemala

Berikan dua ciri drama realisme berserta contoh berdasarkan petikan
drama tersebut.

Jawapan
Watak-wataknya ialah masyarakat zaman sekarang. Contohnya,

doktor.
Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu moden. Contohnya,

kereta.

50

18. Ciri-ciri Sastera Panji
18.1 Ada wira dan wirawati. Contohnya, watak wira dalam sastera panji
tersebut ialah Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri. Watak
wirawatinya ialah Raden Puspa Kencana/ Ken Tambohan.
18.2 Berlatarkan sejarah negeri Jawa. Contohnya, latar tempatnya di
Cempaka Jajar/ Jenggala/ Banjar Kulon.
18.3 Watak-wataknya daripada kalangan putera dan puteri Raja Jawa.
Contohnya, Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri dan Raden Puspa
Kencana/ Ken Tambohan.
18.4 Terdapat watak pembantu. Contohnya, Wira Wani/ Wira Karta/ Ken
Tadahan/ Ken Penglipur.
18.5 Tema ceritanya tentang percintaan antara wira dan wirawati.
Contohnya, percintaan antara Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri
dengan Raden Puspa Kencana/ Ken Tambohan.
18.6 Cerita berakhir dengan kebahagiaan atau kegembiraan. Contohnya,
Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana/
Ken Tambohan hidup bahagia setelah menempuh pelbagai
rintangan dalam hidup mereka/ ditabalkan sebagai Ratu dan Suri
Kuripan
18.7 Ada unsur luar biasa. Contohnya, Betara Kala menghidupkan semula
Raden Inu Kertapati/ Raden Menteri dan Raden Puspa Kencana/
Ken Tambohan
18.8 Amalan percaya kepada mimpi. Contohnya, Raden Menteri dan Ken
Tambohan tertanya-tanya akan takbir/ alamat mimpi mereka setelah
bangun dari tidur.
18.9 Ada unsur pengembaraan. Contohnya, Raden Menteri mengembara
semasa keluar pergi berburu/ Betara Kala mengembara dari
kayangan turun ke bumi untuk menghidupkan Raden Menteri dan
Ken Tambohan.

Soalan Struktur
Apabila Ken Tambohan terkejut dari mimpinya keluh-kesah ia. Puas

ia memikirkan apakah takbir mimpinya itu. Sehingga siang hari tidaklah
dapat ia melenakan matanya lagi.

Pada esoknya semua puteri tawanan, sebagai biasa, bangun pagi-
pagi lagi. Setelah selesai berhias dan santap mereka pergi menghadap
Permaisuri. Tetapi Ken Tambohan terus berbaring sahaja di tempat
peraduannya. Ia masih juga tertanya-tanya apakah takbir mimpinya itu.
Inang pengasuhnya Ken Tadahan dan Ken Penglipur iaitu yang turut kena
tawan bersama-samanya, amatlah masyghul melihat kelakuan Ken
Tambohan itu.

Dipetik daripada Sastera Panji: Raden Puspa Kencana

51

Berikan dua ciri sastera panji berserta contoh berdasarkan petikan sastera
panji tersebut.

Jawapan
Amalan percaya kepada mimpi. Contohnya, Puas ia memikirkan

apakah takbir mimpinya itu.
Terdapat watak pembantu. Contohnya, Inang pengasuhnya Ken

Tadahan dan Ken Penglipur iaitu yang turut kena tawan bersama-
samanya, amatlah masyghul melihat kelakuan Ken Tambohan itu.

Soalan Esei
Berdasarkan Sastera Panji: Raden Puspa Kencana, huraikan tiga ciri
sastera panji.

Jawapan
Ada wira dan wirawati. Contohnya, watak wira dalam sastera panji

tersebut ialah Raden Inu Kertapati. Watak wirawatinya ialah Raden Puspa
Kencana.

Berlatarkan sejarah negeri Jawa. Contohnya, latar tempatnya di
Cempaka Jajar.

Watak-wataknya daripada kalangan putera dan puteri Raja Jawa.
Contohnya, Raden Inu Kertapati dan Raden Puspa Kencana.

19. Ciri-ciri Sastera Epik
19.1 Cerita tertumpu kepada seorang watak wira yang menjadi tokoh
bangsa. Contohnya, Hang Tuah/ Laksamana.
19.2 Watak wira ini memiliki sifat kepahlawanan/ keberanian/ kegagahan.
Contohnya, Hang Tuah/ Laksamana dapat mengalahkan pendekar
Jepun yang bernama Cin Cu/ mengalahkan pendekar-pendekar
Jepun yang marah apabila Hang Tuah/ Laksamana membunuh Cin
Cu/ mengalahkan orang-orang Jepun yang menyerang rombongan
dari Melaka yang dalam perjalanan balik ke Melaka.
19.3 Sastera epik ini mempunyai watak yang ramai. Contohnya, dalam
cerita ini terdapat masyarakat Melayu Melaka, masyarakat Siam dan
masyarakat Jepun.
19.4 Latar tempatnya yang luas. Contohnya, di Melaka, Petani, Bukit
Seguntang dan benua Siam.
19.5 Terdapat unsur luar biasa/ magis. Contohnya, Laksamana/ Hang
Tuah membaca pustakanya menyebabkan bedil/ meriam orang-
orang Jepun yang menyerangnya/ rombongan dari Melaka tidak
berfungsi.

52

19.6 Sastera epik ini menggambarkan sistem sosiobudaya/ adat istiadat
masyarakat pada masa dahulu. Contohnya, adat mengutus surat
untuk dihantar oleh Raja Melaka kepada Raja Siam/ adat
menghadap raja Siam/ adat menyambut surat yang dihantar oleh
Raja Melaka kepada Raja Siam/ adat memberi persalinan kepada
orang yang berbakti kepada raja.

19.7 Mengamalkan sistem pemerintahan feudal. Contohnya, negeri
Melaka/ benua Siam mengamalkan sistem pemerintahan feudal.

Soalan Struktur
Sebermula maka Laksamana pun sampailah ke tempat perahu

Jepun itu. Maka oleh Jepun itu dibedilnya. Maka kata Maharaja Setia, “Apa
bicara orang kaya, kerana Jepun itu hendak membalas kematian
temannya yang dibunuh itu rupanya?” Maka dibedilnya pula oleh Jepun itu
akan Laksamana; Laksamana pun amarah lalu dibacanya pustakanya.
Maka Maharaja Setia pun melanggar sebuah kulim Jepun itu. Maka
dibedilnya pula oleh Jepun itu. Maka bedilnya itu pun tiada berbunyi lagi
sehingga asapnya juga keluar. Maka segala Jepun itu pun hairan akan
dirinya, maka lalu menghunus pedangnya hendak memarang Laksamana.
Maka pedang itu pun jatuh pada tangannya. Maka perahu Jepun itu pun
alahlah. Maka Laksamana pun melanggar sebuah lagi pada panglima itu.
Maka Laksamana pun melompat naik dengan segala orangnya lalu
mengamuk. Maka segala Jepun itu pun habis berterjunan ke air. Setelah
itu maka segala Jepun itu pun alahlah.

Dipetik daripada Sastera Epik: Hang Tuah Diutus ke Siam

Berikan dua ciri sastera epik berserta contoh yang terdapat dalam petikan
sastera epik tersebut.

Jawapan
Watak wira ini memiliki sifat keberanian. Contohnya, Maka

Laksamana pun melompat naik dengan segala orangnya lalu mengamuk.
Maka segala Jepun itu pun habis berterjunan ke air.

Watak wira ini mempunyai unsur luar biasa. Contohnya, Laksamana
pun amarah lalu dibacanya pustakanya. Maka Maharaja Setia pun
melanggar sebuah kulim Jepun itu. Maka dibedilnya pula oleh Jepun itu.
Maka bedilnya itu pun tiada berbunyi lagi sehingga asapnya juga keluar.

Soalan Esei
Berdasarkan Sastera Epik: Hang Tuah Diutus ke Siam, huraikan tiga ciri
sastera epik.

53

Jawapan
Cerita tertumpu kepada seorang watak wira yang menjadi tokoh

bangsa. Contohnya, Hang Tuah/ Laksamana.
Watak wira ini memiliki sifat keberanian. Contohnya, Hang Tuah/

Laksamana dapat mengalahkan pendekar Jepun yang bernama Cin Cu.
Sastera epik ini mempunyai watak yang ramai. Contohnya, dalam

cerita ini terdapat masyarakat Melayu Melaka, masyarakat Siam dan
masyarakat Jepun.

Latar tempatnya yang luas. Contohnya, di Melaka, Petani, Bukit
Seguntang dan benua Siam.

20. Ciri-ciri Sastera Hikayat
20.1 Latar tempat ialah di alam nyata. Contohnya, peristiwa-peristiwa
dalam cerita ini berlaku di rumah budak miskin/ di rumah
syahbandar/ di istana raja/ di hutan/ di kolam/ di Tasik Hijau/ di
rumah orang tua/ di Pulau Cahaya Purnama.
NOTA: Terdapat banyak pilihan contoh. Anda berikan sekurang-
kurang dua contoh.
20.2 Watak-wataknya terdiri daripada manusia biasa, raja, dewa dan juga
haiwan. Contohnya, watak manusia biasa ialah budak miskin, bonda
budak miskin, dan orang tua, watak raja pula ialah raja di negeri
tempat tinggal budak miskin dan Raja Indera Maha Dewa, watak
haiwan pula ialah anak ular naga, anak helang dan anak tikus,
watak dewa pula ialah Betara Kala.
NOTA: Anda perlu memberi dua jenis watak pada fakta dan
contoh.
20.3 Terdapat unsur pengembaraan. Contohnya, budak miskin
mengembara di dalam hutan untuk mencari anak ular naga yang
telah hilang.
20.4 Terdapat unsur magis. Contohnya, cincin hikmat boleh menyediakan
pelbagai jenis makanan makanan dengan segera.
NOTA: Anda boleh juga memberi unsur magis yang terdapat
pada tongkat sakti, parang puting dan buah mempelam.
20.5 Adanya unsur percintaan. Contohnya, percintaan antara Raja Indera
Maha Dewa dengan isterinya.
20.6 Susunan peristiwa disusun secara kronologi. Contohnya, cerita ini
bermula dengan kisah persahabatan antara budak miskin dengan
anak ular naga, anak helang dan anak tikus. Mereka berempat
keluar membuat persembahan di merata tempat antaranya di
kampung Syahbandar dan di istana raja.
20.7 Ada unsur hiburan. Contohnya, raja dan rakyat jelata terhibur dengan
persembahan budak miskin dan anak ular naga.

54

20.8 Cerita berakhir dengan kegembiraan. Contohnya, budak miskin
hidup senang-lenang setelah mendapat cincin hikmat, tongkat sakti
dan parang puting.

20.9 Percaya kepada kuasa dewa. Contohnya, Raja Indera Maha Dewa
memohon kepada dewa agar dianugerahkan anak.

Soalan Struktur
Setelah raja naga itu mendengar kata anak miskin itu, maka

datanglah belas dalam hatinya akan budak itu seraya katanya, “Baiklah,
kerana engkau sudah kuambil jadi cucu kepada aku dan jikalau lain
daripada engkau tiadalah aku berikan cincinku ini. Adapun akan gunanya
cincin ini terlalulah amat kesaktiannya. Jikalau ada seribu orang sekalipun
cucuku hendak beri makan dengan seketika itu juga keluarlah
hidangannya itu dengan berbagai-bagai rupanya.”

Dipetik daripada Sastera Hikayat: Hikayat Parang Puting

Berikan dua ciri sastera epik berserta contoh yang terdapat dalam petikan
sastera hikayat tersebut.

Jawapan
Watak-wataknya terdiri daripada manusia dan juga binatang.

Contohnya, raja naga dan anak miskin itu,
Terdapat unsur magis. Contohnya, Adapun akan gunanya cincin ini

terlalulah amat kesaktiannya. Jikalau ada seribu orang sekalipun cucuku
hendak beri makan dengan seketika itu juga keluarlah hidangannya itu
dengan berbagai-bagai rupanya.”

Soalan Esei
Berdasarkan Sastera Hikayat: Hikayat Parang Puting, jelaskan tiga ciri
sastera hikayat.

Jawapan
Terdapat unsur pengembaraan. Contohnya, budak miskin

mengembara di dalam hutan untuk mencari anak ular naga yang telah
hilang.

Terdapat unsur magis. Contohnya, cincin hikmat boleh menyediakan
pelbagai jenis makanan makanan dengan segera.

Percaya kepada kuasa dewa. Contohnya, Raja Indera Maha Dewa
memohon kepada dewa agar dianugerahkan anak.

55

21. Unsur Sejarah
21.1 Terdapat tokoh bersejarah atau watak bersejarah.
21.2 Ada peristiwa bersejarah.
21.3 Latar masanya ialah latar masa bersejarah.
21.4 Latar tempatnya ialah tempat bersejarah.
21.5 Sistem pemerintahan bersejarah iaitu sistem pemerintahan bercorak
fuedal.
21.6 Ada jawatan bersejarah.
21.7 Ada adat-istiadat bersejarah.
21.8 Ada peralatan bersejarah.
21.9 Ada kenderaan bersejarah untuk kenaikan raja.
NOTA: Perkataan bersejarah perlu ada dalam jawapan anda.

Soalan Struktur
Sebermula Raja Melaka hendak mengutus ke Benua Siam. Maka

pada hari baginda duduk semayam, maka baginda pun bertitah, “Hai
mamak Bendahara, akan sekarang kita hendak mengutus ke Benua Siam,
minta beli gajah pada raja barang empat ekor yang jantan, dua ekor
betina! Siapa baik kita suruhkan?” Maka sembah Bendahara, “Daulat
Tuanku Syah Alam, patik mohonkan ampun dan kurnia; jikalau lain
daripada Laksamana adalah lambat pergi datang.”

Dipetik daripada Sastera Epik, Hang Tuah Diutus ke Siam

Berikan dua unsur sejarah berserta contoh yang terdapat dalam petikan
prosa tradisional tersebut.

Jawapan
Wataknya terdiri daripada tokoh sejarah. Contohnya, Laksamana

Hang Tuah.
Latar tempatnya ialah tempat bersejarah. Contohnya, Benua Siam.

Soalan Esei
Berdasarkan cerita Hang Tuah Diutus ke Siam dalam antologi Nilai Insan,
jelaskan tiga unsur sejarah.

Jawapan
Wataknya terdiri daripada tokoh sejarah. Contohnya, Laksamana

Hang Tuah.
Latar tempatnya ialah tempat bersejarah. Contohnya, negeri Melaka

dan Benua Siam.
Terdapat peralatan bersejarah. Contohnya, keris.

56

22. Soalan Perbandingan
Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf, nyatakan
empat perbandingan antara watak Penghulu Sudin dengan watak Sahat.

Jawapan
Penghulu Sudin ialah Penghulu Kampung Kuah manakala Sahat

ialah penduduk di kampung tersebut.
Penghulu Sudin lebih mementingkan kepentingan dirinya manakala

Sahat lebih mementingkan kepentingan penduduk Kampung Kuah.
Penghulu Sudin tidak disukai oleh penduduk kampung manakala

Sahat disukai oleh penduduk kampung.
Penghulu Sudin bersifat pendendam manakala Sahat sedia

memaafkan kesalahan orang terhadap dirinya.
Penghulu Sudin ingin menjadikan Bukit Emas sebagai kuari

manakala Sahat ingin mengekalkan Bukit Emas sebagai dusun durian.
Penghulu Sudin ialah watak antagonis manakala Sahat ialah watak

protagonis.

23. Prolog ialah kata-kata atau bahagian pendahuluan sesebuah karya.

24. Epilog ialah bahagian akhir sesebuah karya.

25. Babak ialah bahagian drama yang menggunakan satu latar.

26. Adegan ialah bahagian kecil daripada sesuatu babak.

27. Panduan Menulis Skrip Drama
27.1 Patuh kehendak soalan dari segi tema dan jumlah dialog.
27.2 Nama pelakon ditulis dalam huruf besar.
27.3 Ada aksi watak (ditulis dalam kurungan)
27.4 Selang sebaris antara dialog.
27.5 Hasilkan cerita baru.
27.6 Kembangkan setiap dialog sekurang-kurangnya dalam tiga ayat.

28. Panduan Menulis atau Menyambung Cerpen dan Menyambung
Novel 28.1 Patuh kehendak soalan dari segi tema dan jumlah perkataan.
28.2 Hasilkan cerita baru.
28.3 Sekurang-kurangnya masukkan dua teknik penceritaan.
28.4 Ayat yang gramatis dan ejaan yang betul.

57

29. Teknik Pintar Sastera (Prosa)
29.1 Perwatakan yang positif dipadankan dengan persoalan, nilai murni
dan pengajaran.
29.1.1 Fahami petikan berikut:
“Averah sudah memohon untuk bertugas di tempat
paling hampir dengan kampung kita supaya dekat dengan
abah,” kata aku melenyapkan kebimbangan abah.

Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail

29.1.2 Cari kata kunci berdasarkan petikan tersebut.
Kata kuncinya ialah kasih sayang.

29.1.3 Olah semula ayat-ayat tersebut untuk dijadikan contoh isi
jawapan.
Averah memohon untuk bertugas berdekatan dengan
kampungnya kerana dia mahu tinggal bersama bapanya.

29.1.4 Kata kunci tersebut boleh digunakan untuk menulis jawapan
perwatakan, persoalan, nilai murni dan pengajaran.

29.1.5 Keempat-empat jawapan tersebut boleh menggunakan
contoh yang sama. Lihat contoh di bawah:

Contoh (1):
Berdasarkan cerpen Gulau Semilang untuk Abah karya Fauziah Mohd.
Ismail, huraikan perwatakan Averah.

Jawapan
Averah seorang yang penyayang. Contohnya, Averah memohon untuk

bertugas berdekatan dengan kampungnya kerana dia mahu tinggal
bersama bapanya.

Contoh (2):
Berdasarkan cerpen Gulau Semilang untuk Abah karya Fauziah Mohd.
Ismail, huraikan persoalan.

Jawapan
Kasih sayang terhadap ahli keluarga. Contohnya, Averah memohon

untuk bertugas berdekatan dengan kampungnya kerana dia mahu tinggal
bersama bapanya.

58

Contoh (3):
Berdasarkan cerpen Gulau Semilang untuk Abah karya Fauziah Mohd.
Ismail, huraikan nilai murni.

Jawapan
Nilai kasih sayang. Contohnya, Averah memohon untuk bertugas

berdekatan dengan kampungnya kerana dia mahu tinggal bersama
bapanya.

Contoh (4):
Berdasarkan cerpen Gulau Semilang untuk Abah karya Fauziah Mohd.
Ismail, huraikan pengajaran.

Jawapan
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga. Contohnya, Averah

memohon untuk bertugas berdekatan dengan kampungnya kerana dia
mahu tinggal bersama bapanya.

29.2 Latar masyarakat dipadankan dengan persoalan, nilai murni dan
pengajaran.
29.2.1 Fahami petikan berikut:
“Sahat, aku bagi pihak aku sendiri, Ayub dan Kasim
memohon maaf daripada engkau. Selama ini kami terpaksa
memusuhi engkau dan menakut-nakutkan penduduk
kampung atas arahan Penghulu Sudin. Tapi sekarang kami
dah insaf. Kami bersedia menerima apa-apa sahaja hukuman
daripada engkau dan penduduk kampung.” Air mata Tahot
membasahi pipinya dan terus jatuh di kaki Bukit Emas yang
persekitarannya harum dengan bau wangi buah durian yang
masak tersebut pokok dan menunggu masa untuk jatuh ke
tanah.

Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf

29.2.2 Cari kata kunci berdasarkan petikan tersebut.
Kata kuncinya ialah keinsafan.

29.2.3 Olah semula pernyataan tersebut.

59

Tahot, Ayub dan Kasim memohon maaf daripada Sahat
kerana selama ini mereka memusuhi Sahat dan menakut-
nakutkan penduduk kampung atas arahan Penghulu Sudin.

29.2.4 Kata kunci tersebut boleh digunakan untuk menulis
jawapan latar masyarakat, persoalan, nilai murni dan
pengajaran.

29.2.5 Keempat-empat jawapan tersebut boleh menggunakan
contoh yang sama. Lihat contoh di bawah:

Contoh (1):
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf, huraikan
latar masyarakat.

Jawapan
Masyarakat yang insaf. Contohnya, Tahot, Ayub dan Kasim

memohon maaf daripada Sahat kerana selama ini mereka memusuhi
Sahat dan menakut-nakutkan penduduk kampung atas arahan Penghulu
Sudin.

Contoh (2):
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf, huraikan
persoalan.

Jawapan
Keinsafan terhadap kesalahan diri. Contohnya, Tahot, Ayub dan

Kasim memohon maaf daripada Sahat kerana selama ini mereka
memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan penduduk kampung atas arahan
Penghulu Sudin.

Contoh (3):
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf, huraikan
nilai murni.

Jawapan
Nilai keinsafan. Contohnya, Tahot, Ayub dan Kasim memohon

maaf daripada Sahat kerana selama ini mereka memusuhi Sahat dan
menakut-nakutkan penduduk kampung atas arahan Penghulu Sudin.

60

Contoh (4):
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf, huraikan
pengajaran.

Jawapan
Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.

Contohnya, Tahot, Ayub dan Kasim memohon maaf daripada Sahat
kerana selama ini mereka memusuhi Sahat dan menakut-nakutkan
penduduk kampung atas arahan Penghulu Sudin.

29.3 Perwatakan yang negatif dipadankan dengan persoalan, dan
pengajaran.
29.3.1 Fahami petikan berikut.
“Hai anakku, sekali-kali tiada bonda suka engkau
beristerikan Ken Tambohan itu! Ia itu anak celaka dan anak
jarahan. Mengapakah anakku mengambilnya buat isteri?”

Dipetik daripada Sastera Panji
Perkahwinan Raden Menteri Diketahui oleh Ayahanda dan Bondanya

29.3.2 Cari kata kunci berdasarkan petikan tersebut.
Kata kuncinya ialah kepentingan darjat dalam pemilihan
jodoh.

29.3.3 Olah semula pernyataan tersebut.
Permaisuri tidak merestui perkahwinan Raden Menteri
dengan Ken Tambohan kerana katanya Ken Tambohan
tidak setaraf dengan anaknya, Raden Menteri.

29.3.4 Kata kunci tersebut boleh digunakan untuk menulis jawapan
perwatakan, persoalan, dan pengajaran.

29.3.5 Ketiga-tiga jawapan tersebut boleh menggunakan contoh
yang sama. Lihat contoh di bawah:

Contoh (1):
Berdasarkan Sastera Panji, Raden Puspa Kencana, huraikan perwatakan
permaisuri.

Jawapan
Seorang yang mementingkan darjat dalam pemilihan jodoh.

Contohnya, Permaisuri tidak merestui perkahwinan Raden Menteri dengan

61

Ken Tambohan kerana katanya Ken Tambohan tidak setaraf dengan
anaknya, Raden Menteri.
Contoh (2):
Berdasarkan Sastera Panji, Raden Puspa Kencana, huraikan persoalan.

Jawapan
Persoalan kepentingan darjat dalam pemilihan jodoh. Contohnya,

Permaisuri tidak merestui perkahwinan Raden Menteri dengan Ken
Tambohan kerana katanya Ken Tambohan tidak setaraf dengan anaknya,
Raden Menteri.

Contoh (3):
Berdasarkan Sastera Panji, Raden Puspa Kencana, huraikan pengajaran.

Jawapan
Kita janganlah terlalu mementingkan darjat dalam soal pemilihan

jodoh. Contohnya, Permaisuri tidak merestui perkahwinan Raden Menteri
dengan Ken Tambohan kerana katanya Ken Tambohan tidak setaraf
dengan anaknya, Raden Menteri.

29.4 Latar masyarakat yang negatif dipadankan dengan persoalan, dan
pengajaran.

29.4.1 Fahami petikan berikut.
Baru dia faham bahawa orang ramai hanya menghormati
Abang Said selagi dia mempunyai kuasa dan wang ringgit.

Dipetik daripada cerpen Perspektif
karya NF Abdul Manaf

29.4.2 Cari kata kunci berdasarkan petikan tersebut.
Kata kuncinya ialah sikap hipokrit.

29.4.3 Olah semula pernyataan tersebut.
Orang ramai hanya menghormati Abang Said selagi dia
mempunyai kuasa dan wang.

29.4.4 Kata kunci tersebut boleh digunakan untuk menulis jawapan
latar masyarakat, persoalan, dan pengajaran.

29.4.5 Ketiga-tiga jawapan tersebut boleh menggunakan contoh
yang sama. Lihat contoh di bawah:

62

Contoh (1):
Berdasarkan cerpen Perspektof karya NF Abdul Manaf, huraikan latar
masyarakat.
Jawapan

Masyarakat yang hipokrit. Contohnya, orang ramai hanya
menghormati Abang Said selagi dia mempunyai kuasa dan wang.
Contoh (2):
Berdasarkan cerpen Perspektof karya NF Abdul Manaf, huraikan
persoalan.
Jawapan

Amalan hipokrit dalam masyarakat. Contohnya, orang ramai hanya
menghormati Abang Said selagi dia mempunyai kuasa dan wang.
Contoh (3):
Berdasarkan cerpen Perspektof karya NF Abdul Manaf, huraikan
pengajaran.
Jawapan

Kita janganlah mengamalkan sikap hipokrit. Contohnya, orang
ramai hanya menghormati Abang Said selagi dia mempunyai kuasa dan
wang.

63

30. PETUA SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU SPM
1. Membaca buku teks kerana semua aspek sastera ada di dalam buku-
buku teks berkenaan.
2. Memahami glosari istilah Kesusasteraan Melayu.
3. Tahu teknik menjawab.
4. Tahu membuat nota sendiri secara berkesan.
5. Bilangan isi jawapan yang dikehendaki bagi setiap aspek sastera
(persoalan, perwatakan, nilai murni, pengajaran, latar masyarakat, gaya
bahasa, ciri puisi dan lain-lain) maksimum empat isi sahaja. Jika anda
dapat menguasai dengan baik lima isi berserta contoh bagi setiap
aspek tersebut sudah memadai.
6. Cerita semula isi cerita cerpen, teks prosa tradisional, drama dan novel
yang telah dibaca secara lisan atau tulisan untuk memudahkan anda
mengingat isi cerita.
7. Banyak buat latihan tentang pengkaryaan (puisi tradisional, puisi
moden, cerpen, novel dan drama)

SEMOGA ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG (A+)
DALAM KERTAS KESUSASTERAAN MELAYU PEPERIKSAAN SIJIL

PELAJARAN MALAYSIA

64


Click to View FlipBook Version