The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aurahealing323, 2020-10-26 11:47:59

SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU SPM

SKOR A+ KESUSASTERAAN MELAYU SPM

Skor A+

Kesusasteraan Melayu

SPM

Nilai Insan

Kubentang Sehelai Peta

Naratif Ogonshoto

Cikgu MR (Mohd Rahmat)

KANDUNGAN

Puisi Muka Surat

1 Kata kunci soalan 1
2 Maksud rangkap 2
3 Tema 2
4 Persoalan 3
5 Nada 4
6 Bentuk/ Ciri puisi 6
7 Unsur bunyi 8
8 Gaya bahasa 8
9 Pengajaran 13
10 Nilai murni 14
11 Perasaan penyajak 15
12 Sikap penyajak 15
13 Definisi jeda 16
14 Pembayang dalam pantun 16
15 Maksud dalam pantun 16
16 Pengkaryaan puisi 16
17 Perbandingan puisi 21
18 Teknik Pintar Sastera (Puisi) 22

Prosa Muka surat

1 Kata kunci soalan 24
2 Isi cerita 25
3 Tema/ Pemikiran 26
4 Persoalan 26
5 Binaan plot 29
6 Teknik plot 30
7 Watak dan perwatakan 33
8 Peranan watak 37
9 Sudut pandangan 37
10 Latar tempat 39
11 Latar masa 40
12 Latar masyarakat 41
13 Nilai murni 42
14 Pengajaran 43
15 Gaya bahasa 44
16 Teknik penulisan drama/ Ciri-ciri drama 48
17 Definisi drama realisme 49
18 Ciri-ciri drama realisme 49
19 Ciri-ciri sastera panji 51
20 Ciri-ciri sastera epik 52
21 Ciri-ciri sastera hikayat 53
22 Unsur sejarah 56
23 Soalan perbandingan 57
24 Definisi prolog 57
25 Definisi epilog 57
26 Definisi babak 57
27 Definisi adegan 57
28 Panduan menulis skrip drama 57
29 Panduan menulis dan menyambung cerpen dan novel 57
30 Teknik Pintar Sastera (Prosa) 58
31 Petua Skor A+ Kesusasteraan Melayu 64

PUISI
(PUISI TRADISIONAL & PUISI MODEN)

NOTA:
1. Kata kunci soalan

1.1 Pelajar memberi fakta sahaja tanpa contoh atau huraian sekiranya
kata kunci soalannya ialah:
1.1.1 Berikan
1.1.2 Senaraikan
1.1.3 Nyatakan

Soalan
Tersebut pula suatu perkataan,
Raja Malabari empunya kerajaan,
Sehari-hari bersuka-sukaan,
Rakyatnya banyak tiada terkian.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan dua ciri syair yang terdapat dalam petikan puisi tersebut.

Jawapan
Jumlah perkataan dalam setiap baris tidak sama.
Rima akhirnya adalah sama.

1.2 Pelajar perlu memberi fakta berserta contoh atau huraian sekiranya
kata kunci soalannya ialah:
1.2.1 Berikan ... berserta contoh
1.2.2 Senaraikan ... berserta contoh
1.2.3 Nyatakan ... berserta contoh
1.2.4 Huraikan
1.2.5 Jelaskan
1.2.6 Terangkan

Soalan
Bagai bayu siang bertiup bebas
kemudian terkurung
menjadi udara pengap
dinding kehidupan diikat ruang
ketika mengatur gerak
ke pintu Pencipta

Dipetik daripada sajak Pada Glaukoma ke Ahmar
karya Abd Razak @ Rezeki Othman

1

Berikan dua gaya bahasa berserta contoh yang terdapat dalam petikan
sajak tersebut.

Jawapan
Simile. Contohnya, bagai.
Metafora. Contohnya, dinding kehidupan.

2. Untuk memberi contoh bagi sebarang soalan puisi, pelajar boleh
mengambil mana-mana baris puisi sebagai contoh.

GLOSARI ISTILAH KESUSASTERAAN MELAYU
DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Maksud Yang Terdapat Dalam Rangkap Puisi

Soalan Esei
Berdasarkan Seloka Tak Berikhtiar Sendiri, huraikan maksud rangkap
satu dan rangkap dua seloka tersebut. (Teks Nilai Insan, muka surat 10).

Jawapan
Maksud rangkap satu seloka tersebut ialah ramai orang yang

bercita-cita tinggi tetapi tidak berusaha untuk mencapai cita-cita tersebut.
Mereka hanya suka meminta pertolongan daripada orang lain.

Maksud rangkap dua seloka tersebut ialah ramai orang yang hanya
meminta pertolongan daripada orang lain atau hanya berdoa pada masa-
masa tertentu. Mereka seolah-olah seperti anak kecil dan hanya
menyusahkan ibu dan bapa.

2. Tema ialah persoalan utama sesebuah puisi.

Soalan Esei
Berdasarkan sajak Sekeping Kartu Kecil karya Mohd Adib Ab Rahman,
huraikan temanya. (Antologi Kubentang Sehelai Peta, muka surat 13)

Jawapan
Sajak ini bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan

hubungan antara dia dan bekas kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi
sebagai sahabat.

Nota: Pelajar juga boleh mengambil mana-mana baris puisi dalam puisi
tersebut yang dapat menjelaskan temanya.(Rujuk contoh di bawah).

2

Sajak ini bertemakan persahabatan.
Contohnya, kiranya hubungan

persaudaraan kita
terus kukuh
kekal berpanjangan
sampai bila-bila.

3. Persoalan ialah perkara-perkara atau isu-isu yang ingin dikemukakan oleh
penyajak dalam karyanya.

3.1 Cara mengesan persoalan dalam puisi.
3.1.1 Baca puisi di bawah dan cuba kesan isu atau perkara yang
ingin disampaikan.

Kalau mengail ikan tenggiri,
Umpan di taut ikannya bilis;
Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

3.1.2 Persoalan bergantung kepada maksud baris. Pelajar perlu
memahami maksud sebenar baris-baris puisi sama ada yang
tersurat atau tersirat.

Pembeli tidak mahu membeli barang tersebut kerana dia
mengamalkan sikap berjimat cermat.

3.1.3 Jawapan
Persoalan amalan berjimat cermat dalam kehidupan.
Contohnya, Makanan baik tidak terbeli,
Sayang takut duitnya habis!

Soalan Esei
Berdasarkan Seloka Tak Berikhtiar Sendiri, huraikan dua persoalan yang
terdapat di dalam puisi tersebut. (Teks Nilai Insan, muka surat 10 dan 11)

Jawapan
Persoalan kepentingan menjaga maruah diri.

Contohnya, Akan hilanglah harga dirinya
Persoalan kepentingan beramal dan berusaha dalam kehidupan.

Contohnya, Manusia disuruh “beramal”, berusaha:

3

4. Nada ialah tinggi rendah tekanan suara ketika mendeklamasi puisi.
4.1 Nada melankolik (ada kaitannya dengan kesedihan, kekecewaan atau
kemurungan).
Contoh, Sebelum anak-anak
bersuara Pak Tua
bergurindam hiba, dengan lagu jiwa

Dipetik daripada sajak Kolek Bonda
karya Aminah Mokhtar

4.2 Nada romantik (ada kaitannya dengan perasaan kasih sayang,
harapan atau kebahagiaan).
Contoh, Ibu
kau masih dalam ingatan

Dipetik daripada sajak Sepi Syawal Tanpa Bonda
karya Amylia Hussain

4.3 Nada patriotik (ada kaitannya dengan semangat perjuangan
menentang penjajah, menentang pengkhianat negara atau kecintaan
terhadap negara).
Contoh, Kemerdekaan yang kita genggam bukan kata hiasan
Seperti kedaulatan bukan hanya seuntai slogan
Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjunginya
ke puncak persada.

Dipetik daripada sajak Mencintai Tanah Ini
karya Lim Swee Tin

4.4 Nada protes (ada kaitannya dengan perasaan marah atau tekanan
jiwa).
Contoh, Barangkali kau tidak pernah tahu
bukit itu pernah hingar dengan dentuman peluru
di sini, sejarah pernah mencatat sengketa kuasa
melapah rasa kasih dua saudara
hari ini kau datang dengan hingar deruman
mahu kau kuburkan sejarah itu?

Dipetik daripada sajak Kata Bukit Kepada
Jentolak karya Mohd Faizal Said

4.5 Nada sinis (ada kaitannya dengan suasana hati yang kurang
senang dan mempunyai unsur sindiran).
Contoh, lidah anakku berbelang-belang

4

menyusun madah bercabang-cabang
mengidamkan anggur di ladang yang jauh
membiarkan rambutan layu tiada tersentuh

Dipetik daripada sajak Lidah Anakku Berbelang-belang
karya Abizai

Soalan Struktur

Aku tetap memahami
rasa hati jiwa penunggu musim
harapan tetap diabadikan
Tuhan jua yang menentukan
adakala bangsaku bernyawa ikan
tercungap-cungap

di tepi tebing waktu.

Aku adakala terlalu asyik
merenung sengketa
yang tidak kesudahan
di bumi dan di langit.
duka yang sering hadir
terpaksa dikendong
sepanjang hayat.

Dipetik daripada sajak Suara Pedih daripada Anak Penghuni
Sungai karya Naapie Mat

Sajak tersebut bernada melankolik. Berikan dua contoh nada melankolik
yang terdapat dalam petikan sajak tersebut.

Jawapan
i. adakala bangsaku bernyawa

ikan tercungap-cungap
di tepi tebing waktu.

ii. duka yang sering hadir
terpaksa dikendong
sepanjang hayat.

Soalan Esei
Huraikan nada yang terdapat dalam Seloka Tak Berikhtiar Sendiri berserta
dua contoh. (Teks Nilai Insan, muka surat 10-11)

5

Jawapan
Sajak tersebut bernada sinis. Penyajak menyindir orang yang malas
berusaha.
Contohnya,
i. Banyak orang berangan-angan tinggi,

Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,

ii. Untuk mencapai cita-cita pujaan hati,
Mereka minta tolong, minta beri.

5. Bentuk puisi (ciri) ialah binaan luar sesebuah puisi. Bentuk puisi dikaitkan
dengan jumlah rangkap, jumlah baris, jumlah perkataan, jumlah suku
kata, rima akhir dan kesimpulan bentuk.

Soalan Struktur

Apabila terpelihara mata,
sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tidaklah damping.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Nyatakan empat ciri petikan puisi tersebut.

Jawapan
Puisi ini mempunyai dua rangkap.
Jumlah baris dalam setiap rangkap adalah sama/ Setiap rangkap

terdiri daripada dua baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama/ Jumlah

perkataan dalam setiap baris antara dua hingga lima patah perkataan.
Jumlah suku kata dalam setiap baris adalah tidak sama/ Jumlah

suku kata dalam setiap baris antara tujuh hingga sebelas suku kata.
Rima akhirnya adalah sama/ rima akhirnya ialah aa.
Baris pertama ialah syarat dan baris kedua ialah jawab.
Puisi ini berbentuk terikat.
Puisi ini disampaikan secara berintonasi.

6

Soalan Esei
(1) Puisi berbentuk terikat.

Berdasarkan Pantun Dua Kerat: Resam Hidup Manusia, huraikan empat
ciri bentuk pantun tersebut. (Teks Nilai Insan, muka surat 4)

Jawapan

Puisi ini mempunyai rangkap. Contohnya, puisi ini mempunyai lapan
rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama. Contohnya, puisi
ini mempunyai dua baris serangkap.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama iaitu
antara empat hingga lima patah perkataan sebaris.

Bilangan suku kata dalam setiap baris adalah tidak sama iaitu
antara tujuh hingga sebelas suku kata sebaris.

Rima akhirnya adalah sama iaitu aa.
Kesimpulannya, puisi ini berbentuk terikat kerana rima akhirnya
adalah sama.

Soalan Esei
(2) Puisi berbentuk bebas.

Berdasarkan sajak Ranting karya Hilmi Rindu, huraikan empat ciri bentuk
puisi tersebut. (Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 30)

Jawapan
Puisi ini mempunyai rangkap. Contohnya, puisi ini mempunyai lima

rangkap.
Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya,

rangkap 1 ada tiga baris, rangkap 2 ada tiga baris, rangkap 3 ada tiga
baris, rangkap 4 ada empat baris, dan rangkap 5 ada lima baris.

Bilangan perkataan dalam setiap baris adalah tidak sama iaitu
antara dua hingga lima patah perkataan sebaris.

Bilangan suku kata dalam setiap baris adalah tidak sama iaitu antara
lima hingga dua belas suku kata sebaris.

Rima akhirnya adalah tidak sama. Contohnya, rima akhir rangkap 1
ialah abc, rangkap 2 ialah aba, rangkap 3 ialah abab, rangkap 4 ialah
abcb, dan rangkap 5 ialah abcdd.

Kesimpulannya, puisi ini berbentuk bebas kerana rima akhirnya tidak
sama.

7

6. Unsur bunyi melibatkan asonansi, aliterasi dan rima akhir (yang sama
atau yang berselang)
6.1 Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama dalam satu baris.

Contoh: Banyak udang banyak garam

6.2 Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam satu
baris.
Contoh: Lain orang lain hatinya

6.3 Rima akhir iaitu rima akhir yang sama atau yang berselang.
Contoh: Rasaku ini sangatlah dahaga,
Barang sedikit carikanlah juga,
Pergilah berjalan menteri ketiga,
Mencari sungai dengan telaga.

Soalan Struktur & Soalan Esei
Berdasarkan Seloka Tak Berikhtiar Sendiri, nyatakan tiga unsur bunyi
berserta contoh. (Teks Nilai Insan, muka surat 11)

Jawapan
Asonansi. Contohnya, banyak orang hanya suka meminta bantu
Aliterasi. Contohnya, banyak orang berangan-angan tinggi
Rima akhir rangkap 1 adalah sama. Contohnya, aaaaa.

7. Gaya bahasa ialah cara pengarang menggunakan bahasa sebagai alat
untuk menyampaikan pemikiran atau pandangan terhadap sesuatu tema.
Keindahan mempelbagaikan gaya bahasa akan memaparkan keindahan
sesuatu karya di samping menonjolkan keperibadian penulis.
Gaya bahasa terbahagi kepada:

7.1 Gaya bahasa perbandingan
7.1.1 Metafora ialah gaya bahasa yang menghubungkan sesuatu
objek dengan objek yang lain, atau dengan sesuatu konsep.
Dalam metafora ada perkataan yang bersifat konkrit dan
dihubungkan dengan perkataan yang bersifat abstrak.
Pencipta, bunga-bunga harapan
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 25)

7.1.2 Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada objek
atau konsep tertentu.
Contoh: Umpan di kail lari menepi
(Teks Nilai Insan, muka surat 5)

8

7.1.3 Simile ialah membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang
lain, iaitu membandingkan sesuatu benda, keadaan atau
suasana. Gaya bahasa simile menggunakan perkataan
tertentu iaitu bak, laksana, seperti, macam, umpama, bagai,
ibarat dan se.
Contoh:
Laksana dipagut tedung yang bisa! (Antologi Nilai Insan, muka
surat 9)
Merenung redup matanya sebening embun pagi (Antologi
Kubentang Sehelai Peta, muka surat 16)
Sesekali liar bagai tedung selar (Antologi Kubentang Sehelai
Peta, muka surat 26)
Umpama gajah menjadi rusa (Antologi Nilai Insan, muka surat
9)

7.1.4 Perlambangan ialah perkataan yang membawa maksud lain
daripada yang tersurat. Contoh, emas di dalam Gurindam
Beberapa Petua Hidup melambangkan kekayaan.

7.1.5 Hiperbola ialah gaya bahasa puisi yang pemilihan
perkataannya membawa peryataan yang berlebih-lebihan.
Contoh: Kita berfikir tentang sejuta mimpi
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 7)

7.1.6 Perbandingan terus iaitu membandingkan sesuatu dengan
sesuatu konsep atau keadaan. Gaya bahasa perbandingan
terus menggunakan perkataan tertentu iaitu itulah, inilah,
adalah, dan ialah.
Contoh: Wanita ialah laut.
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 29)

7.2 Gaya bahasa pengulangan
7.2.1 Anafora iaitu pengulangan kata yang sama di awal baris yang
berurutan.
Contoh: Akan matilah kemerdekaan hatinya
Akan tipislah semangat perjuangannya
(Teks Nilai Insan, muka surat 11)

7.2.2 Epifora iaitu pengulangan kata yang sama di akhir baris yang
berurutan.
Memang aku tidak tahu
malah, tak ingin ambil tahu

9

(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 17)

7.2.3 Responsie iaitu pengulangan kata yang sama di tengah baris
yang berurutan.
Contoh: Ada ubi ada batas,
Ada budi ada balas.
(Teks Nilai Insan, muka surat 4)

7.2.4 Repitisi kata iaitu perkataan yang sama diulang di baris yang
sama atau baris yang lain.
Contoh:Banyak udang banyak garam
(Teks Nilai Insan, muka surat 4)

7.2.5 Repitisi frasa iaitu pengulangan frasa yang sama pada baris
yang lain.
Contoh: Frasa Siapakah berani dalam sajak Mencintai Tanah
Ini (Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 9) diulang pada
baris 1 dan baris 4.

7.2.6 Repitisi baris iaitu keseluruhan baris diulang pada baris yang
lain.
Contoh: Makanan baik tidak terbeli dalam Pantun Empat
Kerat – Kasih Jualan diulang pada rangkap 5, baris 4, dan
rangkap 6, baris 3.

7.2.7 Repitisi rangkap iaitu keseluruhan rangkap diulang dalam
puisi tersebut.
Contoh:
Kata jentolak kepada bukit:

Memang aku tidak tahu
malah, tak ingin ambil tahu
aku menderum kerana wang!

Pengulangan rangkap 2 dan rangkap 4 dalam sajak Kata Bukit
kepada Jentolak.

7.2.8 Asonansi ialah pengulangan bunyi vokal yang sama dalam
satu baris.
Contoh: : Empat lima kuda di medan

7.2.9 Aliterasi ialah pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam
satu baris.
Contoh: Nilai anak kerana ketaatan

10

7.3 Gaya bahasa pertentangan
7.3.1 Paradoks iaitu gaya bahasa yang memperlihatkan
pertentangan antara isi dengan kenyataan.
Contoh: Perahuku kecil, lautnya ganas
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 28)

7.4 Inversi iaitu gaya bahasa songsang. Kata-kata yang sepatutnya
didahulukan telah dikemudiankan.
Contoh: Kontang sudah ladang yang subur
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 1)

7.5 Gaya bahasa puitis/ diksi yang menarik/ diksi yang indah/
pemilihan diksi yang tepat iaitu penggunaan kata-kata yang indah.
Contoh: berukir akal budi melarik bunga tradisi
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 38)

7.6 Bahasa asing iaitu penggunaan kata-kata yang bukan bahasa
Melayu (bahasa Arab, bahasa Inggeris, dan sebagainya)
Contoh: Bahasa Arab. Contohnya, mazmumah
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 1)

7.7 Bahasa Melayu klasik (bahasa arkaik) iaitu bahasa Melayu lama.
Contoh: marsum
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 37)

7.8 Sinkope iaitu perkataan yang disingkatkan.
Contoh: mu, ku, kau, mau, tau, nak, tak, mentari, dan sebagainya.

7.9 Peribahasa
Contoh: berkaki ayam
(Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 15)

7.10 Kata ganda ialah kata dasar yang diulang secara keseluruhan atau
pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan.
Contoh: denai-denai, dedaunan, bercabang-cabang, dan
sebagainya.

7.11 Bahasa istana
Contoh: santap, beta, titah dan sebagainya.

Soalan Struktur

Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

11

Nyatakan dua gaya bahasa pengulangan berserta contoh yang terdapat
dalam petikan seloka tersebut.

Jawapan

Asonansi. Contohnya, Tak sungguh orang tak kata
Aliterasi. Contohnya, Tak tumbuh tak melata
Responsie. Contohnya, Tak tumbuh tak melata,

Anafora. Contohnya, Tak sungguh orang tak kata
Tak tumbuh tak melata,

Tak sungguh orang tak kata

Repitisi kata. Contohnya, Tak

Soalan Struktur

Tiba-tiba dalam tak
disangka-sangka, ini pagi
angin bertiup ke utara

dan hujan pun turun
sungguh kupercaya

engkau lupa sudah
lantaran lama sekali tak jumpa!

Dipetik daripada sajak Sekeping Kartu
Kecil karya Mohd Adid Ab Rahman

Berikan dua contoh gaya bahasa inversi yang terdapat dalam petikan
sajak tersebut.

Jawapan

i. disangka-sangka, ini pagi
ii. engkau lupa sudah

Soalan Struktur

Mengertilah kejadian cinta adalah
perihal menjaga bukan semata
keinginan kuat untuk memilikinya.
Kau adalah gunung
yang menampung
seluruh puncak sepi dan derita.

Dipetik daripada sajak Ingatan kepada Kawan
“XXIV” karya Zaen Kasturi

12

Nyatakan dua gaya bahasa perbandingan yang terdapat dalam petikan
sajak tersebut.

Jawapan
Perlambangan. Contohnya, gunung.
Metafora. Contohnya, puncak sepi
Perbandingan terus. Contohnya, Kau adalah gunung

Soalan Esei
Berdasarkan sajak Pantun Empat Kerat – Kasih Jualan, nyatakan empat
gaya bahasa berserta contoh. (Teks Nilai Insan, muka surat 5)

Jawapan
Asonansi. Contohnya, orang menangguk ikan di kali
Aliterasi. Contohnya, bukan panglima rupanya tuan
Sinkope. Contohnya, nak
Kata ganda. Contohnya, berlegar-legar
Personifikasi. Contohnya, umpan di kail lari menyepi
Repitisi kata. Contohnya, burung kekek burung di hutan
Penggunaan diksi yang indah. Contohnya, kasih bukan barang

berniaga
Repitisi frasa. Contohnya, kuda tengkot
Repitisi baris. Contohnya, makanan baik tidak terbeli
Inversi. Contohnya, bukan panglima rupanya tuan

8. Pengajaran ialah nasihat, amanat atau mesej yang hendak disampaikan
oleh penyair.

8.1 Cara mengesan pengajaran dalam puisi.
8.1.1 Baca petikan puisi di bawah dan cari unsur nasihat yang ingin
disampaikan. Mulakan jawapan anda dengan Kita
hendaklah ..... (yang berbentuk positif) atau Kita janganlah
..... (yang berbentuk negatif).

Banyak orang berangan-angan tinggi,
Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri,
Untuk menyampaikan cita-cita pujaan hati,
Mereka suka minta tolong, minta beri.

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Pengajaran yang terdapat dalam petikan puisi tersebut:
Kita janganlah malas berusaha.

13

Contohnya, Banyak orang berangan-angan tinggi,

Ingin mencapai itu dan ini,
Tetapi tak mahu bersusah diri

Soalan Struktur

berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu

tanah air kita tiada dua
hanya satu.

Dipetik daripada sajak Citra Pelangi
1Malaysia karya A. Halim Ali

Nyatakan dua pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan
puisi tersebut.

Jawapan
Kita hendaklah bersatu untuk mencapai impian negara.

Contohnya, berbeza dan berselisih itu boleh
tetapi kemudian bersatu

Kita hendaklah mempunyai perasaan sayang akan
negara. Contohnya, tanah air kita tiada dua

hanya satu.

Soalan Esei
Berdasarkan Gurindam Dua Belas – Fasal Kelima, jelaskan dua
pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut. (Teks Nilai Insan,
muka surat 12)

Jawapan
Kita hendaklah mengamalkan sikap berbudi bahasa.

Contohnya, Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
lihat kepada budi bahasa.

Kita hendaklah menjaga tingkah laku agar dipandang mulia oleh
masyarakat.
Contohnya, Jika hendak mengenal orang yang mulia,

lihatlah kepada kelakuan dia.

9. Nilai murni ialah unsur-unsur positif yang terdapat dalam karya.

9.1 Cara mengesan nilai murni dalam puisi.
9.1.1 Baca puisi di bawah dan cuba kesan unsur-unsur positif yang
terdapat dalam puisi tersebut. Lihat contoh di bawah:

Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia membawa bekal.

14

Dipetik daripada Puisi Tradisional dalam antologi Nilai Insan

Nilai positif yang dapat dikesan ialah:
Nilai kebijaksanaan.
Contohnya, Jika hendak mengenal orang yang berakal,

di dalam dunia membawa bekal.

Soalan Esei
Berdasarkan Gurindam Beberapa Petua Hidup, jelaskan dua nilai murni
yang terdapat dalam gurindam tersebut. (Teks Nilai Insan, muka surat 13)

Jawapan
Nilai tanggungjawab. Contohnya, Orang perempuan manusia juga,
Kehormatan dirinya wajib dijaga.
Nilai keadilan. Contohnya, Hukuman bagi orang berdosa,
Dengan tidak memandang bangsa.

10. Perasaan Penyajak merujuk apa yang tersirat di dalam hati penyajak
apabila dia memperkatakan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam
puisi tersebut.

Soalan Esei
Berdasarkan sajak Mencintai Tanah Ini oleh Lim Swee Tin, jelaskan dua
perasaan penyajak. (Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 9 - 10)

Jawapan
Penyajak melahirkan perasaan cinta akan negaranya.

Contohnya, Telah berjanji kita atas nama bumi pusaka
Sepakat rela kita julang menjunjungnya
ke puncak persada

Penyajak melahirkan perasaan marah kepada sesiapa sahaja yang
ingin merosakkan kedamaian di negara ini.
Contohnya, Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini

Sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit
dan denai-denai desa

11. Sikap Penyajak ialah pandangan, atau tindakan yang diambil oleh
penyajak berkaitan sesuatu isu.

Soalan Esei
Berdasarkan sajak Mencintai Tanah Ini oleh Lim Swee Tin, jelaskan dua
sikap penyajak. (Teks Kubentang Sehelai Peta, muka surat 9 - 10)

15

Jawapan
Penyajak mencabar sesiapa sahaja yang mahu menggugat

keamanan dan keharmonian negara.

Contohnya, Siapakah berani memancung damai negeri bertuah
ini.

Penyajak mengajak anak-anak bangsa untuk mengucapkan rasa
syukur kepada Tuhan atas rahmat yang diberikan-Nya kepada negara ini.

Contohnya, Marilah kita lestarikan limpah rahmat
bernafaskan kasih luhur

Dengan jiwa paling bening tunduk dan syukur.

12. Jeda ialah hentian sementara di tengah baris ketika membaca atau
mendeklamasikan puisi.
Contoh: Hari Jumaat / pergi memukat

13. Pembayang atau sampiran ialah bahagian awal sebuah pantun.
Pembayang bagi pantun dua kerat ialah baris pertama, bagi pantun empat

kerat ialah baris pertama dan baris kedua manakala bagi pantun enam

kerat kerat pula ialah baris pertama, baris kedua dan baris ketiga.

14. Maksud ialah bahagian akhir sebuah pantun. Maksud bagi pantun dua

kerat ialah baris kedua, bagi pantun empat kerat ialah baris ketiga dan

baris keempat manakala bagi pantun enam kerat kerat pula ialah baris
keempat, baris kelima dan baris keenam.

Contoh: Burung kekek burung di hutan, Pembayang
Maksud
Terbang naik berlegar-legar;
Mari encik marilah tuan,
Barang baik baru keluar.

15. Pengkaryaan Puisi
15.1 Panduan mencipta puisi
15.1.1 Menepati tema dan kehendak soalan (jumlah rangkap atau
jumlah baris)
15.1.2 Menepati ciri-ciri puisi tersebut (untuk puisi tradisional)
15.1.3 Beri tajuk kepada puisi (untuk sajak sahaja)
15.1.4 Gunalah bahasa Melayu baku. Jangan guna bahasa daerah,
bahasa Inggeris, bahasa kasar, ejaan ringkas atau bahasa
pasar.
Contoh: wa, lu, pi, hang, whatsapp, pergi mampus, sms 15.1.5
Jangan tulis sesuatu yang menghina seseorang, agama,
bangsa dan sebagainya.

16

15.1.6 Rima akhir ialah bunyi suku kata yang terakhir di setiap baris.

Contoh rima akhir:
Banyak udang banyak garam,

Banyak orang banyak ragam.

Berdasarkan pantun dua kerat tersebut, rima akhirnya ialah
aa. Hal ini menunjukkan bahawa suku kata terakhir iaitu ram
boleh disamakan dengan suku kata bam/ cam/ dam/ fam/
gam/ ham/ jam/ kam/ lam/ mam/ nam/ pam/ sam/ tam/ wam/
yam/ zam.

15.2 Kelemahan Pelajar Dalam Penciptaan Puisi Tradisional Yang
Berbentuk Terikat

15.2.1 Jumlah perkataan sebaris yang tidak mematuhi ciri-ciri puisi
berkenaan.

Burung bersiul-siulan di atas dahan yang rapuh

(baris di atas mempunyai enam patah perkataan)

Baris tersebut boleh dipendekkan menjadi empat atau lima
patah perkataan mengikut ciri pantun.

Burung bersiulan di dahan rapuh (empat patah perkataan)

15.2.1 Baris-baris dalam pembayang yang tidak ada kaitan antara
satu sama lain
Burung bersiulan di atas dahan

Bangunan tinggi tiga tingkat

Baris-baris dalam pembayang maksud mesti ada kaitan
antara satu sama lain.

Burung bersiulan di atas dahan

Ketika fajar mula menyapa

15.2.2 Ayat yang tidak logik maknanya
Air sungai rasanya manis
Diminum oleh jejaka rupawan

17

15.3 Panduan Mencipta Pantun
Pastikan anda mematuhi peraturan-peraturan berikut:

PANTUN PANTUN PANTUN

DUA KERAT EMPAT KERAT ENAM KERAT

Dua baris serangkap Empat baris Enam baris

serangkap serangkap

Rima akhirnya ialah Rima akhirnya ialah Rima akhirnya ialah

aa abab abcabc

Setiap baris mempunyai empat atau lima patah perkataan.

Ada unsur alam dalam pembayang.

Hasilkan maksud dahulu (mengikut tema), kemudian barulah
menghasilkan pembayang.

Antara pembayang dan maksud tidak ada kaitan.

Jangan menciplak pantun yang sedia ada atau lirik lagu.

15.4 Senarai contoh pembayang yang ada unsur alam.

Ikan puyu ikan sepat
Dikail orang di petak sawah/ di dalam sungai
Untuk hidangan kami sekeluarga

Bunga cempaka bunga melur
Dipetik oleh si dara jelita
Untuk hiasan di dalam rumah

Pokok nangka pokok cempedak
Ditanam orang di tepi perigi/ sawah/ di tebing sungai
Tempat berteduh penduduk desa

Daun cekur daun pegaga
Tumbuh liar di tebing sungai/ di belakang rumah
Enak sekali dibuat ulam

Buah manggis buah rambutan
Rasanya manis enak sekali/ ada dijual di pekan dan desa
Dibawa orang dari utara/ selatan/ timur/ barat

18

Anak harimau anak singa
Bermain riang di dalam hutan
Sambil bermain sambil berlari

Burung merpati burung merbah
Terbang turun membuat sarang
Sarang tergantung di pohon nangka

Terbang sekawan burung merpati
Hinggap seekor di atas dahan/ bumbung
Untuk melepas penat dan lelah

Air sungai air telaga
Terasa sejuk di pagi hari
Pabila mandi terasa segar

NOTA:
i. Pembayang yang diberi hanya sebagai contoh. Anda boleh

ubah suaikan dengan unsur alam yang lain.
ii. Baris pertama boleh dijadikan pembayang untuk pantun dua

kerat, baris pertama dan baris kedua sebagai pembayang
untuk pantun empat kerat, dan baris pertama, baris kedua dan
baris ketiga sebagai pembayang untuk pantun enam kerat.

Contoh pantun dua kerat yang bertemakan budi pekerti.

Pokok betik pokok pulasan,
Berbuatlah baik sesama insan.

Contoh pantun empat kerat yang bertemakan nasihat.

Buah cempedak buah jambu,
Buah salak menjadi pilihan;
Sebelum bertindak fikir dahulu,
Supaya tidak menyesal kemudian.

Contoh pantun enam kerat yang bertemakan nilai murni.

Burung tempua membuat sarang,
Di pohon teja di tepi telaga,
Tempat merpati mencari makanan;
Biar papa dipandang orang,
Tapi kaya budi bahasa,
Kelak dihormati rakan dan taulan.

19

15.5 Panduan Mencipta Syair
Pastikan anda mematuhi peraturan-peraturan berikut:

15.5.1 Empat baris serangkap.
15.5.2 Setiap baris mempunyai empat atau lima patah perkataan.

15.5.3 Keempat-empat baris ialah maksud.
15.5.4 Rima akhirnya adalah sama iaitu aaaa.

15.5.5 Jangan menciplak syair yang sedia ada atau lirik lagu.

Contoh syair yang bertemakan tokoh sejarah.

Tersebutlah kisah seorang panglima,
Di negeri Melaka tempat jasanya,
Gelaran laksamana diberi raja,
Itulah Hang Tuah pahlawan perkasa.

NOTA: Untuk membantu anda mudah memilih rima akhir, pilihlah
perkataan yang suku kata terakhirnya banyak terdapat dalam

bahasa bahasa Melayu iaitu (a, i, u, an). Contoh: bunga, mentari,
baju, pahlawan

15.6 Panduan Mencipta Gurindam

Pastikan anda mematuhi peraturan-peraturan berikut:
15.6.1 Dua baris serangkap.

15.6.2 Setiap baris mempunyai empat atau lima patah perkataan.
15.6.3 Rima akhirnya ialah aa.

15.6.4 Baris pertama ialah sebab, baris kedua ialah jawab.
Cari olehmu seorang kawan,

Yang mengubat hati yang rawan. (jawapan kepada pernyataan
di baris pertama iaitu tujuan mencari kawan)
15.6.5 Jangan menciplak gurindam yang sedia ada.

Contoh gurindam yang bertemakan kegigihan menuntut ilmu.

Hendaklah rajin membaca buku,
Agar anda mendapat ilmu.

NOTA: Untuk membantu anda mudah memilih rima akhir, pilihlah

perkataan yang suku kata terakhirnya banyak terdapat dalam
bahasa bahasa Melayu iaitu (a, i, u, an)

20

15.7 Panduan Mencipta Sajak
15.7.1 Bilangan baris adalah antara 12 hingga 15 baris (jika lebih
daripada 15 baris pun diterima)
15.7.2 Tulis dalam beberapa rangkap (Jangan tulis dalam satu
rangkap sahaja).
15.7.3 Menepati tema.
15.7.4 Rima akhir adalah bebas.
15.7.5 Beri tajuk sajak.
15.7.6 Jangan menciplak sajak yang sedia ada dan lirik lagu.

16. Perbandingan Puisi
Bandingkan kedua-dua puisi berdasarkan ciri-ciri yang sama iaitu, rangkap
dengan rangkap, baris dengan baris, perkataan dengan perkataan, suku
kata dengan suku kata, rima akhir dengan rima akhir, dan kesimpulan
bentuk dengan kesimpulan bentuk.

Jika kedua-dua puisi mempunyai ciri yang sama, gunakan perkataan
kedua-dua.
Jika kedua-dua puisi mempunyai ciri yang berbeza, gunakan perkataan
manakala.

Soalan Esei
Bandingkan empat ciri bentuk yang terdapat dalam dua petikan puisi
tradisional tersebut.

Syair Bidasari Gurindam Beberapa Petua Hidup

Titah baginda raja sultani, Orang malas jatuh sengsara,
“Mengapakah hutan jadi begini, Orang rajin banyak saudara.
Kepanasan kita sekalian ini,
Barang siapa mungkir janji,
Baiklah berhenti kita di sini.” Namanya tentu menjadi keji.

Berhentilah ia seraya berperi, Kalau diri kena angkara,
Bertitah kepada tiga menteri, Turutlah susah sanak saudara.

“Ayuhai menteri pergilah diri,
Carikan air bawa ke mari.”

Bilangan rangkap bagi kedua-dua puisi tersebut adalah tidak sama.
Contohnya, Syair Bidasari mempunyai dua rangkap manakala Gurindam
Beberapa Petua Hidup mempunyai tiga rangkap.

Bilangan baris serangkap bagi kedua-dua puisi tersebut adalah tidak
sama. Contohnya, Syair Bidasari mempunyai empat baris serangkap

21

manakala Gurindam Beberapa Petua Hidup mempunyai dua baris
serangkap.

Bilangan perkataan sebaris bagi kedua-dua puisi tersebut adalah
sama. Contohnya, kedua-dua puisi tersebut mempunyai empat patah
perkataan sebaris.

Bilangan suku kata sebaris bagi kedua-dua puisi tersebut adalah
tidak sama. Contohnya, Syair Bidasari mempunyai sepuluh hingga dua
belas suku kata sebaris manakala Gurindam Beberapa Petua Hidup
mempunyai sembilan hingga sepuluh suku kata sebaris.

Rima akhir kedua-dua puisi tersebut adalah tidak sama. Contohnya,
rima akhir Syair Bidasari ialah aaaa manakala rima akhir Gurindam
Beberapa Petua Hidup ialah aa.

Kedua-dua puisi tersebut berbentuk terikat kerana rima akhir Syair
Bidasari ialah aaaa manakala rima akhir Gurindam Beberapa Petua Hidup
ialah aa.

17. Teknik Pintar Sastera (Puisi)
17.1 Fahami maksud yang terkandung dalam sesebuah puisi. Maksud
yang anda fahami itu boleh dijadikan isi jawapan untuk persoalan,
nilai murni dan pengajaran.

Cangkul yang menumpul di tangan
dan kemarau yang bersimpul di kepala
tetap dia turun meredah bendang
sebagai badang nusa
yang tak pernah lekang.

Dipetik daripada sajak Seorang Tua di Kaki
Gunung karya Fadh Razy

17.2 Huraikan maksudnya.
Dalam keadaan cuaca yang panas, orang itu dengan sebatang
cangkul yang tumpul di tangannya tetap turun mengerjakan
sawahnya .

17.3 Cari kata kunci yang terkandung dalam maksud puisi tersebut. Kata
kunci tersebut boleh digunakan untuk menulis jawapan persoalan,
nilai murni dan pengajaran.

Kata kuncinya ialah kegigihan.

22

17.4 Tulis jawapan anda untuk persoalan, nilai murni dan pengajaran
menggunakan kata kunci tersebut. Ketiga-tiga jawapan tersebut
boleh menggunakan contoh yang sama. Lihat contoh di bawah:

Contoh (1):
Huraikan persoalan yang terdapat dalam petikan puisi tersebut.

Jawapan
Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Contohnya, Cangkul yang menumpul di tangan dan

kemarau yang bersimpul di kepala tetap
dia turun meredah bendang

Contoh (2):
Huraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan puisi tersebut.

Jawapan
Nilai kegigihan.
Contohnya, Cangkul yang menumpul di tangan dan

kemarau yang bersimpul di kepala tetap
dia turun meredah bendang

Contoh (3):
Huraikan pengajaran yang terdapat dalam petikan puisi tersebut.

Jawapan
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu
pekerjaan.
Contohnya, Cangkul yang menumpul di tangan dan

kemarau yang bersimpul di kepala tetap
dia turun meredah bendang

23

PROSA
(PROSA KLASIK, CERPEN, DRAMA DAN NOVEL)

Dalam buku ini, anda didedahkan cara menghasilkan jawapan untuk soalan
struktur dan juga cara menulis jawapan untuk soalan esei. Untuk menjawab
soalan struktur, anda boleh mengolah ayat sendiri mengikut pemahaman anda
atau mengambil ayat di dalam petikan sebagai contoh. Untuk menjawab soalan
esei, anda perlu mengolah ayat sendiri berdasarkan pemahaman anda setelah
membaca buku teks sebagai contoh.

NOTA:
1. Kata kunci soalan

1.1 Pelajar memberi fakta sahaja tanpa contoh atau huraian sekiranya
kata kunci soalannya ialah:
1.1.1 Berikan
1.1.2 Senaraikan
1.1.3 Nyatakan

Soalan

Disebabkan abah juga aku menolak cinta Dr. Lokeman. Bagiku,
lelaki itu sangat sofistikated, anak orang berada dan tidak pernah akan
mengalah meninggalkan kota gahnya untuk mengikut aku tinggal di
kampung yang masih tertinggal jauh daripada hidup yang moden serta
lengkap dengan kemudahan.

Tidak mungkin lelaki itu akan bertukar watak hanya kerana cinta
terhadap gadis pingitan seperti aku. Aku menolak cintanya dengan seribu
alasan walaupun dia tidak henti-henti mengirimkan aku mawar merah yang
harum dan cantik. Aku tidak mahu terlanjur mencintainya walaupun ramai
yang beranggapan aku menolak tuah.

“Hanya gadis yang urat nadinya terputus sahaja yang akan menolak
cinta teruna setampan Dr. Lokeman,” sindir teman-teman.

Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd Ismail

Berikan empat perwatakan Dr. Lokeman yang terdapat dalam petikan
cerpen tersebut.

Jawapan
Seorang yang sangat sofistikated/ mempunyai cita rasa yang tinggi.
Seorang yang datang daripada keluarga yang kaya/ anak orang

berada.

24

Seorang yang tidak suka tinggal di kampung/ suka hidup di bandar.
Seorang doktor.
Seorang yang tampan/ kacak.

1.2 Pelajar perlu memberi fakta berserta contoh atau huraian sekiranya
kata kunci soalannya ialah:
1.2.1 Berikan ... berserta contoh
1.2.2 Senaraikan ... berserta contoh
1.2.3 Nyatakan ... berserta contoh
1.2.4 Huraikan
1.2.5 Jelaskan
1.2.6 Terangkan

Soalan
Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam Sastera Hikayat: Hikayat
Parang Puting.

Jawapan
Nilai kasih sayang. Contohnya, bonda kepada budak miskin

menyuruh hambanya mencari budak miskin kerana bimbang akan
keselamatan anaknya setelah anaknya tidak pulang ke rumah selepas
keluar menjejaki anak naga.

Nilai mengenang jasa. Contohnya, datuk naga menghadiahi budak
miskin sebentuk cincin hikmat sebagai mengenang jasa budak miskin
yang telah menjaga cucunya dengan baik.

GLOSARI ISTILAH KESUSASTERAAN MELAYU
DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Isi Cerita

Soalan Struktur
SUARA GHAIB THOMAS CARPENTAR: Engkau akan tahu nanti,

mereka tak sama seperti kita. Aku kira Zaki lebih setia kepada ibunya
daripada engkau sendiri. Engkau akan ke tepi. Demikianlah manusia
Timur. Cintanya terhadap ibu dan saudaranya lebih daripada manusia
Barat. Kita hidup atas kekuatan sendiri-sendiri, tetapi mereka
bekerjasama, bergotong-royong itulah falsafah hidupnya.

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

25

Berdasarkan petikan drama tersebut, senaraikan dua perbezaan antara
masyarakat Timur dan masyarakat Barat.

Jawapan
Masyarakat Timur lebih mengasihi ibu dan saudara-maranya

berbanding masyarakat Barat.
Masyarakat Timur lebih mengutamakan hidup bermasyarakat

berbanding masyarakat Barat.

Soalan Esei
Berdasarkan Sastera Hikayat, Hikayat Parang Puting dalam antologi Nilai
Insan, huraikan dua unsur magis.

Jawapan
Cincin hikmat dapat menyediakan makanan dalam sekelip mata.
Tongkat sakti dapat menjadikan seseorang, atau sesuatu benda

hidup tidak bergerak.
Parang puting dapat melakukan kerja-kerja menebang pokok

dengan sendiri.

2. Tema ialah persoalan utama yang hendak disampaikan oleh pengarang.

Soalan Esei
Huraikan tema cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf.

Jawapan
Tema cerpen Bukit Emas ialah kepentingan mempertahankan alam

semula jadi daripada arus pemodenan. Sahat mempertahankan kawasan
penanaman pokok buah-buahan Kampung Kuah daripada dimusnahkan
untuk dijadikan tapak kuari.

3. Persoalan ialah perkara-perkara lain selain tema atau isu-isu yang ingin
dikemukakan oleh pengarang.
Cara mengesan persoalan di dalam teks:

3.1 Berdasarkan isu yang diceritakan.
Baca petikan novel di bawah dan cuba kesan isu atau perkara yang
ingin disampaikan.

Sehari selepas gerhana matahari penuh, diadakan permainan
memburu peliharaan. Tidak kiralah apa-apa nama peliharaan itu sama
ada burung, babi, ular, ayam atau tikus. Pada zaman dahulu para
bangsawan Ogonshoto malah pernah menangkap penduduk asli

26

seminggu menjelang gerhana matahari penuh. Sehari sesudah
gerhana itu, penduduk asli itu dilepaskan, kemudian diburu dan
dibunuh.

Dipetik daripada novel Naratif
Ogonshoto. karya Anwar Ridhwan

Soalan Struktur
Nyatakan dua persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan
novel tersebut.

Jawapan
Persoalan amalan adat resam dalam kalangan masyarakat.

Contohnya, sehari selepas gerhana matahari penuh, diadakan
permainan memburu peliharaan.

Persoalan kekejaman masyarakat. Contohnya, sehari
sesudah gerhana itu, penduduk asli itu dilepaskan, kemudian diburu
dan dibunuh.

Soalan Esei
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan.

Jawapan
Persoalan amalan adat resam dalam kalangan masyarakat.

Contohnya, para bangsawan di Ogonshoto mengadakan permainan
memburu peliharaan sama ada manusia atau binatang sehari selepas
gerhana matahari penuh,

Persoalan kekejaman masyarakat. Contohnya, pada masa
dahulu dalam satu permainan sehari selepas peristiwa gerhana
matahari, para bangsawan Ogonshoto melepaskan penduduk asli
yang menjadi tawanan mereka. Tawanan tersebut akan diburu dan
kemudiannya dibunuh.

3.2 Berdasarkan nilai murni yang terdapat dalam petikan.
Baca petikan cerpen di bawah dan cuba kesan nilai murni yang
terdapat dalam petikan tersebut.

Esoknya, aku menemui jawapan keresahan itu. Ketika aku
mengejutkan abah untuk solat Subuh bersama-sama, aku mendapati
nafas abah tidak beralun seperti biasa. Abah telah meninggalkan kami
dengan kasih yang terlalu indah. Rupanya, itu pertemuan kami yang
terakhir. Pagi itu, Along dan Angah pulang dengan kekesalan pada
wajah mereka kerana gagal menunaikan permintaan daripada seorang
abah yang tercinta.

27

Dipetik daripada cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah
karya Fauziah Mohd. Ismail.

Soalan Struktur
Nyatakan dua persoalan berserta contoh yang terdapat dalam petikan
cerpen tersebut.

Nilai murni yang dapat dikesan.
Ketika aku mengejutkan abah untuk solat Subuh bersama-sama.
(Nilai kepatuhan)

Abah telah meninggalkan kami dengan kasih yang terlalu indah.
(Nilai kasih sayang)

Pagi itu, Along dan Angah pulang dengan kekesalan pada wajah
mereka kerana gagal menunaikan permintaan daripada seorang abah
yang tercinta.
(Nilai keinsafan)

Jawapan
Persoalan kepatuhan kepada ajaran agama. Contohnya,

ketika aku mengejutkan abah untuk solat Subuh bersama-sama.
Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, abah

telah meninggalkan kami dengan kasih yang terlalu indah.
Persoalan keinsafan atas kesalahan yang dilakukan.

Contohnya, pagi itu, Along dan Angah pulang dengan kekesalan pada
wajah mereka kerana gagal menunaikan permintaan daripada seorang
abah yang tercinta.

Soalan Esei
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam cerpen Gulai Sembilang
Untuk Abah karya Fauziah Mohd. Ismail.

Jawapan
Persoalan kepatuhan kepada ajaran agama. Contohnya, aku

mengejutkan abah untuk mengerjakan solat Subuh bersama-sama.
Persoalan kasih sayang dalam keluarga. Contohnya, semasa

hayatnya abah terlalu menyayangi anak-anaknya.
Persoalan keinsafan atas kesalahan yang telah dilakukan.

Contohnya, Along dan Angah berasa kesal kerana gagal menunaikan
permintaan abah.

28

4. Binaan Plot ialah jalinan cerita iaitu bagaimana peristiwa di dalam cereka
disusun untuk menghasilkan cereka yang menarik. Sesuatu peristiwa itu
mempunyai sebab dan akibat. Plot cerita yang mengikut urutan masa
dikenali sebagai plot kronologi. Plot yang tidak mengikut urutan masa
dikenali sebagai plot tidak kronologi.
Binaan plot terbahagi kepada pengenalan cerita, perkembangan
cerita, klimaks dan pengakhiran cerita.
Bahagian pengenalan cerita ialah bahagian permulaan cerita.
Dalam bahagian ini pengarang akan memberi gambaran latar tempat atau
memperkenalkan watak-wataknya.
Bahagian perkembangan cerita ialah apabila pengarang
memperkenalkan konflik-konflik yang dialami oleh watak-watak terutama
watak utamanya.
Klimaks ialah puncak cerita iaitu saat-saat yang paling tegang
dalam sesebuah cerita.
Bahagian pengakhiran cerita ialah apabila plot telah mencapai
klimaks dan menuju ke bahagian akhir cerita.

Soalan Esei
Jelaskan empat binaan plot cerpen Namun Itulah Hakikat karya Nazel
Hashim Mohamad.

Jawapan
Plot cerpen ini berbentuk kronologi kerana perisiwa di dalam

cerpen ini disusun mengikut urutan masa.
Cerita dimulakan dengan memaparkan watak “aku” terkenangkan

peristiwa orang-orang kampung menggelar Pak Mid sebagai orang gila
kerana menanam pokok-pokok hutan di tanah kepunyaannya.

Perkembangan cerita seterusnya ialah Pak Mid tidak
mengendahkan sindiran mereka malah menganggapnya sebagai gurauan.

Klimaks kepada cerpen ini ialah apabila kerajaan memberi
pampasan kepada Pak Mid setelah tanahnya diambil oleh kerajaan untuk
suatu projek pembangunan.

Cerita berakhir dengan kehidupan Pak Mid yang senang hasil duit
pampasan yang diterimanya.

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Perspektif karya NF Abdul Manaf, klimaks cerpen
tersebut ialah Sharifah mendapat panggilan telefon yang suaminya, Abang
Said dimasukkan ke hospital kerana terlibat dalam kemalangan.
Senaraikan tiga peristiwa sebelum berlakunya klimaks cerpen tersebut.

29

Jawapan

Sharifah menerima surat layang daripada seseorang yang tidak
berpuas hati dengan suami Sharifah, Abang Said yang tidak mengambil
berat masalah rakyat di kawasannya.

Sharifah berbincang dengan suaminya tentang surat tersebut tetapi
Abang Said tidak mengendahkannya.

Namun begitu Sharifah tetap berhasrat untuk mengubah cara
hidupnya yang kelihatan mewah selama ini kepada imej masyarakat biasa.

5. Teknik Plot (Teknik Penceritaan)
Dalam menjalinkan peristiwa-peristiwa yang membentuk plot, pengarang
memasukkan beberapa teknik supaya cerita menjadi lebih menarik. Unsur-
unsur tersebut ialah teknik imbas kembali, teknik imbas muka, teknik
suspens, teknik kejutan, teknik pemerian, teknik dialog, teknik monolog
dalaman, teknik monolog luaran dan teknik konflik.

5.1 Teknik imbas kembali ialah apabila pengarang menggambarkan
semula kisah yang telah berlaku melalui penceritaan atau melalui
ingatan watak.
Contoh, Aku masih ingat malam itu kami berkumpul anak beranak.
(Berdasarkan cerpen Gulai Sembilang Untuk Abah karya Fauziah
Mohd Ismail)

5.2 Teknik imbas muka ialah gambaran atau bayangan mengenai
sesuatu yang akan berlaku atau belum berlaku lagi.
Contoh, Jeneral malah membayangkan, dia akan mengganti tempat
Tuan Wakil tua bangka dan nyanyuk itu. Dia pun mula berfikir untuk
meletak jawatan sebagai pegawai pemerintah, dan akan diucapkan
„selamat tinggal‟ kepada pejabat, mesyuarat bertali arus, birokrasi
kacau dan pendapatan terbatas.
(Berdasarkan novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan)

5.3 Teknik suspens ialah unsur ketegangan yang berlaku hasil daripada
konflik-konflik yang ditimbulkan oleh watak-watak. Ini menyebabkan
pembaca berada dalam keadaan tertanya-tanya.
Contoh, Ketika Sahat dan Tahot rancak berbual-bual di kaki Bukit
Emas sambil menikmati udara segar, tiba-tiba Ayub muncul dan
kelihatan cemas. Wajah Ayub pucat.
(Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf)

Hal ini membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang telah berlaku
yang menyebabkan wajah Ayub kelihatan cemas dan pucat.

30

5.4 Teknik kejutan menunjukkan sesuatu kejadian itu berlaku dengan
tidak disangka-sangka atau secara tiba-tiba.
Contoh, Berombak dada tua Penghulu Sudin dan pucat mukanya
melihat Sahat muncul dalam majlis tersebut. Mata Penghulu Sudin
memburu anak-anak buahnya yang telah diamanahkannya untuk
memastikan Sahat tidak akan muncul dalam majlis tersebut. Tetapi
tidak seorang pun anak buahnya nampak batang hidung.
(Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf)

Hal ini berlaku kerana Penghulu Sudin telah merasuahkan anak-anak
buahnya untuk memastikan Sahat tidak muncul di majlis tersebut
tetapi tiba-tiba Sahat muncul di majlis tersebut.

5.5 Teknik pemerian ialah pengarang menceritakan secara terus sama
ada tentang watak, latar atau peristiwa.
Contoh, Di muka Dol pula, yang kedua menarik perhatianku selain
rambutnya yang gerbang macam sarang tupai kena jolok itu ialah
subang di telinganya.
(Berdasarkan cerpen 00000000000 karya Shahnon Ahmad)

5.6 Teknik dialog ialah pertuturan watak-watak dalam sesebuah karya.
Contoh, “Nasib baik jugalah,” kata Pak Mid.
“Jadi sia-sia sajalah kamu menanam pokok-pokok hutan tu,”
kata pula Tuk Nyan seperti dirasakan puas.
(Berdasarkan cerpen Namun Itulah Hakikat karya Nazel Hashim
Mohamad)

5.7 Teknik monolog luaran ialah teknik yang memperlihatkan watak
berbicara sendirian dalam bentuk ucapan (bersuara).
MAT PIAH: Pergi menggeruh di Padang Kota lagi bagus (Bercakap
sendiri)
(Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway karya Mahizan
Husain)

5.8 Teknik monolog dalaman memperlihatkan watak berkata-kata dalam
hati tanpa mengeluarkan sebarang ucapan.
Contoh, „Pasti Tahot diutuskan oleh Penghulu Sudin,” bisik hatinya.
(Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf)

5.9 Teknik konflik berlaku antara:
5.9.1 Watak dengan watak
5.9.2 Watak dengan dirinya sendiri
5.9.3 Watak dengan unsur alam

31

Teknik Menjawab Soalan
Mulakan setiap isi jawapan dengan Konflik antara siapa dengan
siapa.
Contoh: Konflik antara Presiden dengan mahasiswa.

Anda perlu meletakkan watak yang mencetuskan konflik terlebih
dahulu di permulaan ayat dan watak yang terkena akibat konflik
tersebut di akhir hayat.
Lihat contoh berikut:

“Hai si celaka, tidakkah engkau tahu bahawa engkau ini orang
tawanan? Patutkah engkau bersuamikan raja bangsawan? Engkau
memang tidak menaruh perasaan malu. Adapun hatiku sangat sakit
kepadamu.

Ken Tambohan tidak berkata apa-apa. Ia hanya mengeluarkan
lautan air mata. Bagi pihak permaisuri pula, kemurkaannya menyala-
nyala keluar dari dalam dadanya.

Dalam petikan di atas, yang memulakan konflik ialah Permaisuri,
bukan Ken Tambuhan.

Konflik antara Ken Tambohan dengan Permaisuri (SALAH)
Konflik antara Permaisuri dengan Ken Tambohan (BETUL)

Soalan Struktur
Pak Yasok mengangkat muka dari meja kerja di depan jendela. Dia

memandang sebuah kereta Kembara JFX 995 yang membelok masuk ke
halaman rumahnya. Siapakah yang ke mari dalam hujan-hujan begini?
Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok. Kereta itu masuk ke halaman
rumahnya. Enjin dimatikan dan seorang anak gadis dengan memikul beg
sandang berlari ke beranda rumahnya. Dia termengah-mengah mengesat
kepalanya yang basah dan sedikit lembap oleh rembesan hujan. Dia
terbersin beberapa kali. Lalu, dia mengeluarkan sapu tangannya dari poket
jean lusuh dan mengesat-ngesat rambutnya yang hitam lebat itu.

Pak Yasok tercengang. Memerhati dengan penuh teliti. Adakah dia
mengenali atau tidak susuk yang semakin hampir dengan tangga
rumahnya? Pastilah Pak Yasok bahawa dia tidak pernah mengenali anak
gadis yang bertamu di halamannya itu. Gadis itu memberi salam dan Pak
Yasok menjawab penuh salam tersebut.

“Ini rumah Pak Yasok?”
“Ya, naiklah.” Pak Yasok mempelawa anak gadis itu naik ke
rumahnya. Dia memanggil isterinya, Mak Esah supaya keluar untuk
menyambut tamunya itu. Mendengar jeritan Pak Yasok, Mak Esah

32

beberapa minit kemudiannya keluar ke ruang hadapan. Bajunya sedikit
lembap kerana terkena biasan hujan di pelantar dapur.

Dipetik daripada cerpen Air Mata
Dalang karya Rahimidin Zahari

Nyatakan dua teknik penceritaan berserta contoh berdasarkan petikan
cerpen tersebut.

Jawapan
Teknik pemerian. Contohnya, Dia termengah-mengah mengesat

kepalanya yang basah dan sedikit lembap oleh rembesan hujan.
Teknik dialog. Contohnya, “Ini rumah Pak Yasok?”
Teknik monolog. Contohnya, Siapakah yang ke mari dalam hujan-

hujan begini? Berdetik di dalam hati kecil Pak Yasok.

Soalan Esei
Berdasarkan novel Nararif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan, huraikan
dua konflik yang melibatkan watak Presiden.

Jawapan
Konflik antara Presiden dengan mahasiswa. Contohnya, Presiden

menutup asrama universiti kerana Presiden tidak mahu ada gerakan
menentangnya.

Konflik antara penduduk Tubua dengan Presiden. Contohnya,
sekumpulan penduduk Tubua mengadakan demonstrasi menentang
rancangan Presiden untuk membangunkan Tubua kerana rancangan
tersebut boleh merosakkan alam sekitar.

6. Watak dan Perwatakan
6.1 Watak ialah pengambil bahagian dalam sesebuah cereka. Perwatakan
ialah pelukisan watak oleh pengarang sama ada perawakan fizikal
mahupun sifat-sifat peribadinya.

Contoh (1):
Pada masa itu, Ken Tambohan berumur empat belas tahun. Baginda
Sang Nata dan Permaisuri sangat sayang kepadanya kerana dialah
yang cantik sekali antara puteri tawanan itu.

Dipetik daripada Sastera Panji, Raden Puspa Kencana

Berdasarkan petikan tersebut, perawakan fizikal Ken Tambohan ialah
dia berumur empat belas tahun dan seorang yang cantik.

33

Contoh (2):
Jika mereka mempersoalkan atau membantah cadangannya,
penduduk dan seluruh anggota keluarga tersebut akan
disenaraihitamkan sebagai pembangkang. Itulah padah yang diterima
oleh Sahat selama ini. Sahat dianggap oleh Penghulu Sudin sebagai
duri dalam daging.

Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf

Berdasarkan petikan tersebut, sifat-sifat peribadi Penghulu Sudin ialah
dia seorang pendendam. Contohnya, dia akan menyenaraihitamkan
sesiapa sahaja sebagai pembangkang sekiranya mereka
mempersoalkan atau membantah cadangannya.

6.2 Cara-cara Mengesan Sifat-sifat Watak
6.2.1 Pelukisan secara langsung oleh pengarang
Tuan Kawai sanggup melabur besar-besaran kerana amat tahu
nilai ikan dan hidupan laut lainnya, melebihi tanggapan orang
Jepun umumnya terhadap ikan.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan tersebut, pengarang menjelaskan yang
Tuan Kawai ialah seorang yang mempunyai wawasan kerana
sanggup melabur besar-besaran dalam industri perikanan. Dia
begitu yakin yang industri perikanan akan mendatangkan
keuntungan yang lumayan kepadanya.

6.2.2 Tindak tanduk atau aksi watak.
“Fik ada tugasan untukmu” ujar Ketua Pengarang.
Aku terima tanpa banyak soal.

Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik
karya Nisah Hj. Haron

Berdasarkan petikan tersebut, tindakan Fik (atau “aku”) yang
tidak mempersoalkan arahan ketua tempat kerjanya
menunjukkan yang dia seorang yang akur atau patuh kepada
arahan ketua tempat dia bekerja.

6.2.3 Dialog, perasaan atau pendapat watak
Maka kata Jepun itu, “Berapa puluh orang Melayu itu? Jika
seorang dua, bukan lawan patik.”

34

Dipetik daripada Sastera Epik, Hang Tuah Diutus ke Siam

Berdasarkan dialog orang Jepun itu dalam petikan tersebut,
menunjukkan dia seorang yang bongkak.

6.2.4 Pandangan watak lain terhadap watak tersebut.
“Ada seorang pemuda Kuri lulusan California, yang aku kenal,”
kata lelaki tua itu. “Khabarnya dia bekerja di Pejabat Presiden.
Dia panas baran seperti mendiang bapanya tapi boleh juga
diajak berunding.”

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Berdasarkan petikan tersebut, pandangan yang diberikan oleh
lelaki tua itu menunjukkan yang pemuda lulusan California itu
seorang yang panas baran.

NOTA: Untuk soalan yang tidak memerlukan contoh, selain
perwatakan dalaman, anda juga boleh memberikan perwatakan luaran
seperti rupa, pekerjaan, status, umur, minat dan sebagainya
berdasarkan maklumat yang ada dalam petikan.

Contoh: Antara puteri tawanan yang ditaruh dalam kota batu itu ialah
seorang puteri rupawan yang tidak diketahui negeri asalnya bernama
Raden Puspa Kencana. Tetapi Sang Nata dan Permaisuri
menggelarnya Ken Tambohan. Pada masa itu, Ken Tambohan
berumur empat belas tahun. Baginda Sang Nata dan Permaisuri
sangat sayang kepadanya kerana dialah yang cantik sekali antara
puteri tawanan itu.

Dipetik daripada Sastera Panji, Raden Puspa Kencana

Berdasarkan petikan tersebut, perwatakan Ken Tambohan ialah dia
berumur empat belas tahun/ seorang remaja dan seorang yang cantik.

6.3 Watak bulat atau watak bundar ialah watak yang dibangunkan secara
keseluruhan. Dia digambarkan tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula
sepenuhnya baik. Oleh itu tindakannya tidak dapat diramalkan. Watak
utama (watak protagonis) lazimnya merupakan watak bulat.

6.4 Watak pipih atau watak statis ialah watak yang tidak dibangunkan
secara keseluruhan tetapi diperkenalkan melalui sesuatu aspek
peribadinya. Kalau watak itu diberikan peranan jahat, kita hanya

35

berdepan dengan tindak-tanduknya yang jahat sahaja di sepanjang
cerita. Watak antagonis lazimnya merupakan watak pipih.

Soalan Struktur
Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika

mahu berjaya dalam apa-apa jua yang dicitakan. Dia tidak mudah melatah
dengan perli dan sindiran orang lain. Bagi dirinya, semua penduduk
kampung ialah saudaranya. Oleh itu, dia tidak sedikit pun menaruh sangka
terhadap mereka. Dia terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudah
berjaya.

Dipetik daripada cerpen Namun Itulah Hakikat,
karya Nazel Hashim Mohamad.

Nyatakan dua perwatakan Pak Mid berserta contoh yang terdapat dalam
petikan cerpen tersebut.

Jawapan
Seorang yang beriman. Contohnya, Bagi Pak Mid, usaha dan doa

kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya dalam apa-apa jua yang
dicitakan.

Seorang yang sabar. Contohnya, Dia tidak mudah melatah dengan
perli dan sindiran orang lain.

Seorang yang mementingkan persahabatan. Contohnya, Bagi
dirinya, semua penduduk kampung ialah saudaranya.

Seorang yang sentiasa bersyukur kepada Allah. Contohnya, Dia
terus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dia sudah berjaya.

Seorang yang sentiasa berprasangka baik terhadap orang lain.
Contohnya, Oleh itu, dia tidak sedikit pun menaruh sangka terhadap
mereka.

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Namun Itulah Hakikat karya Nazel Hashim Mohamad,
huraikan dua perwatakan Pak Mid.

Jawapan
. Seorang yang beriman. Contohnya, bagi Pak Mid untuk berjaya dalam apa

jua bidang yang diingini, seseorang itu perlu berdoa kepada Allah

Seorang yang sabar. Contohnya, Pak Mid tidak menghiraukan
sindiran orang kampung terhadapnya.

Seorang yang mementingkan persahabatan. Contohnya, Pak Mid
menganggap semua penduduk kampung ialah saudara-maranya.

36

Seorang yang sentiasa bersyukur kepada Allah. Contohnya, Pak
Mid mengucapkan rasa syukur kepada Allah kerana dia telah berjaya
dalam kehidupannya.

Seorang yang sentiasa berprasangka baik terhadap orang lain.
Contohnya, Pak Mid tidak berburuk sangka terhadap orang kampung yang
menyindirnya.

7. Peranan watak
Peranan watak bermaksud peranan yang ada pada setiap watak sama
ada sebagai bapa, ibu, abang, kakak, adik, anak, suami, isteri, sahabat,
guru, doktor, pemilik kapal, penasihat, ketua negara sesebuah negara dan
sebagainya.

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin Zahari, huraikan
tiga peranan watak Pak Yasok.

Jawapan
Pak Yasok sebagai bapa mentua. Contohnya, Pak Yasok ialah bapa

mentua kepada Faezah.
Pak Yasok sebagai suami. Contohnya, Pak Yasok ialah suami

kepada Mak Esah.
Pak Yasok sebagai bapa. Contohnya,Pak Yasok ialah bapa kepada

Sauki.

8. Sudut pandangan ialah bagaimana pengarang mempersembahkan
cerekanya. Terdapat dua jenis sudut pandangan iaitu sudut pandangan
orang pertama dan sudut pandangan orang ketiga. Dalam sudut
pandangan orang pertama pengarang menggunakan ganti nama diri
'aku' atau 'saya', iaitu pengarang turut terlibat dalam cereka tersebut
(sebagai watak dalam cerita tersebut). Dalam sudut pandangan orang
ketiga, pengarang tidak terlibat dalam cerita. Pengarang bertindak
sebagai tukang cerita (penulis cerita). Pengarang menggunakan kata ganti
nama diri „dia‟, „mereka‟ atau nama watak.

NOTA:
1. Contoh yang anda beri ialah contoh yang terdapat dalam ayat

bukan dialog. Jangan ambil ganti nama diri dalam dialog
sebagai jawapan anda.

37

Contoh: “Ya saya.” Anak muda itu mengangguk-angguk. Dia amat
kecewa kerana Pak Supir yang membawanya hampir sepagi itu
tidak dapat membantu apa-apa untuk menyelesaikan masalahnya.

2. Jika dalam petikan itu terdapat contoh untuk sudut pandangan orang
pertama dan sudut pandangan orang ketiga, pilihlah contoh untuk
sudut pandangan orang pertama.
Contoh: Aku hampir mati akal apabila panggilan telefonku pula tidak
berangkat. Mustahil dia menukar telefon bimbit dan telefon
apartmennya serentak tanpa memaklumkan kepadaku. Dia tahu
yang aku mencarinya.

Soalan Struktur (Contoh 1)
Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepala Dol yang

gerbang, gondrong, panjang, pintal-memintal, kusut-masai itu. Setiap kali
aku gariskan rambut-rambut yang kusut-masai kepunyaan Dol itu, aku
teringat pada sarang tupai di kampungku, entah beberapa tahun yang lalu.

Aku masih kecil waktu itu. Dan aku bersama-sama kawan-kawan di
kampung memang nakal, suka menjolok sarang.

Dipetik daripada cerpen 00000000000
karya Shahnon Ahmad

Nyatakan sudut pandangan beserta tiga contoh yang terdapat dalam
petikan cerpen tersebut.

Jawapan
Sudut pandangan orang pertama.
Contohnya,
1. Aku memulakan permainanku itu dari rambut di kepala Dol yang

gerbang, gondrong, panjang, pintal-memintal, kusut-masai itu.
2. Setiap kali aku gariskan rambut-rambut yang kusut-masai

kepunyaan Dol itu, aku teringat pada sarang tupai di kampungku,
entah beberapa tahun yang lalu.
3. Aku masih kecil waktu itu.

Soalan Struktur (Contoh 2)
Tiba-tiba apabila dia memasuki lobi Hotel Wisata Indah, dia melihat

seorang berkepala agak botak sedang membaca sebuah buku yang agak
tebal di atas kerusi empuk di lobi hotel itu. Dia tertanya-tanya, siapakah
orang yang tidak dikenalinya, yang mempunyai perawakan seperti seorang
manusia istimewa itu? Dia mahu memberanikan diri untuk

38

menyapa orang istimewa itu memanggung kepala dan melihat mukanya.
Dia duduk di kerusi empuk betul-betul di hadapan orang istimewa itu.

Dipetik daripada cerpen Profesor Sufi
karya A. Rahmad

Nyatakan sudut pandangan beserta tiga contoh yang terdapat dalam
petikan cerpen tersebut.

Jawapan
Sudut pandangan orang ketiga.
Contohnya,
1. Tiba-tiba apabila dia memasuki lobi Hotel Wisata Indah, ...
2. dia melihat seorang berkepala agak botak sedang membaca sebuah

buku yang agak tebal tersebut kerusi empuk di lobi hotel itu.
3. Dia tertanya-tanya, siapakah orang yang tidak dikenalinya, yang

mempunyai perawakan seperti seorang yang istimewa itu?
4. Dia mahu memberanikan diri untuk menyapa orang istimewa itu

memanggung kepala dan melihat mukanya.
5. Dia duduk di kerusi empuk betul-betul di hadapan orang istimewa

itu.

9. Latar Tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa.

Soalan Struktur
Mereka minum-minum di kedai kopi, bergaul dengan penduduk

tempatan, atau berbual-bual dengan nelayan di pangkalan. Jika kisah
penyamaran timbul, cepat-cepatlah mereka memberi pendapat bahawa
kisah penyamaran itu karut! Si anu yang saya kenal betul-betul
memberitahu, dia yang menyambut dan menghantar presiden ke istana.
Dia sentiasa membantu tugas-tugas Presiden di istana, sampai beberapa
jam tadi sebelum saya ke Tubua ini, dia masih bersama-sama Presiden.

Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto
karya Anwar Ridhwan

Nyatakan dua latar tempat berserta contoh yang terdapat dalam petikan
novel tersebut.

Jawapan
Kedai kopi. Contohnya, mereka minum-minum di kedai kopi, bergaul

dengan penduduk tempatan, atau berbual-bual dengan nelayan di
pangkalan.

39

Pangkalan. Contohnya, mereka minum-minum di kedai kopi, bergaul
dengan penduduk tempatan, atau berbual-bual dengan nelayan di
pangkalan.

Istana. Contohnya, dia sentiasa membantu tugas-tugas Presiden di
istana.

Tubua. Contohnya, sampai beberapa jam tadi sebelum saya ke
Tubua.

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik karya Nisah Hj. Haron, huraikan
empat latar tempat.

Jawapan
Di Singapura iaitu tempat tinggal Rosa.
Di Auditorium DBKL iaitu tempat “aku”, Rosa dan Irda menonton

dramatari Kunang-kunang Gunung Ledang.
Di Istana Keadilan, The Hague, Belanda iaitu tempat perbicaraan

antara Malaysia dan Indonesia tentang hak kedaulatan Pulau Sipadan dan
Pulau Ligitan.

Di hotel tempat penginapan “aku” di Belanda iaitu tempat “aku”
menerima e-mel daripada Rosa yang menjelaskan sebab dia menyepi
selama ini.

10. Latar masa ditinjau daripada dua aspek iaitu yang menunjukkan zaman,
misalnya pada zaman penjajahan ataupun dari aspek waktu, misaInya
pada waktu pagi.

Soalan Struktur
Agak kira-kira sedikit ke tengah hari, lelaki tersebut, yakni peguam

yang mengambil tindakan menyaman bagi pihak dirinya sendiri itu,
telefonnya telah berdering. Di hujung talian adalah seorang wartawan.

“Maaf tuan, saya ingin minta komen tentang pandangan Profesor
Ray Jay yang disiarkan dalam akhbar hari ini, juga komentar daripada
peguam KTN sendiri.”

Lelaki itu, yang memangnya sejak membaca berita pagi tadi lagi
telah pun bersedia dengan jawapannya, langsung bersuara begini:

Dipetik daripada cerpen Res Judicata
karya Aidil Khalid.

Nyatakan dua latar masa beserta contoh yang terdapat dalam petikan
cerpen tersebut.

40

Jawapan
Pada waktu tengah hari. Contohnya, agak kira-kira sedikit ke tengah

hari, lelaki tersebut, yakni peguam yang mengambil tindakan menyaman
bagi pihak dirinya sendiri itu, telefonnya telah berdering.

Pada hari ini. Contohnya, “Maaf tuan, saya ingin minta komen
tentang pandangan Profesor Ray Jay yang disiarkan dalam akhbar hari ini,

Pada waktu pagi. Contohnya, lelaki itu, yang memangnya sejak
membaca berita pagi tadi lagi telah pun bersedia dengan jawapannya,
langsung bersuara begini:

11. Latar Masyarakat ialah corak kehidupan masyarakat sama ada dari segi
politik, ekonomi, kepercayaan dan sebagainya. Ini termasuklah sama ada
masyarakat desa atau masyarakat kota, masyarakat majmuk atau
masyarakat satu kaum, agama yang dianuti, kepercayaan, adat resam,
corak pemerintahan, cara mereka bermasyarakat dan sebagainya.

NOTA: Contoh yang diberi dalam kertas jawapan mestilah lebih daripada
satu watak.

Soalan Struktur
Sahat semakin diusik perasaan bersalah dan kesal apabila

terdengar suara orang membaca surah Yasin ketika berdiri di pintu rumah
Penghulu Sudin. Kelihatan Mak Senah, isteri Penghulu Sudin dan Jamilah,
anak tunggal Penghulu Sudin mengesat air mata masing-masing
menghadap Penghulu Sudin yang berbaring di atas katil. Beberapa orang
kampung termasuk Imam Haji Ali dan Bilal Haji Amid cuba mengangkat
Penghulu Sudin yang tercunggap-cunggap ke atas usungan untuk dibawa
ke dalam ambulans dan seterusnya dihantar ke hospital. Sahat, Tahot,
dan Ayub turut membantu mengangkat Penghulu Sudin yang badannya
gempal.

Dipetik daripada cerpen Bukit Emas
karya Mufidah Hanum Yusuf

Jawapan
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, kelihatan Mak Senah,

isteri Penghulu Sudin dan Jamilah, anak tunggal Penghulu Sudin
mengesat air mata masing-masing menghadap Penghulu Sudin yang
berbaring di atas katil.

Masyarakat yang sedia memberi pertolongan. Contohnya, beberapa
orang kampung termasuk Imam Haji Ali dan Bilal Haji Amid cuba
mengangkat Penghulu Sudin yang tercunggap-cunggap ke atas usungan
untuk dibawa ke dalam ambulans dan seterusnya dihantar ke hospital.

41

Masyarakat yang beragama Islam. Contohnya, Imam Haji Ali dan
Bilal Haji Amid.

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Bukit Emas karya Mufidah Hanum Yusuf, huraikan
dua latar masyarakat.

Jawapan
Masyarakat yang penyayang. Contohnya, ahli keluarga Penghulu

Sudin berasa sedih melihat keadaan Penghulu Sudin yang terlantar sakit.
Masyarakat yang sedia memberi pertolongan. Contohnya, orang-

orang kampung membantu mengangkat Penghulu Sudin ke dalam
ambulans untuk dibawa ke hospital.

12. Nilai murni ialah unsur-unsur positif yang terdapat pada sesuatu watak
atau masyarakat. MisaInya, simpati, bekerjasama, kasih sayang dan
sebagainya.

12.1 Cara mengesan nilai murni dalam cereka.
Baca petikan drama di bawah dan cuba kesan unsur-unsur positif
yang terdapat dalam petikan tersebut.

ANNA: Memang. Engkau lebihkan ibumu daripada aku sendiri.
Selama empat tahun aku hidup seperti dalam penjara. Engkau
menjadi anak yang amat setia kepada ibumu. Ah, dasar orang
Timur, orang Melayu!

ZAKI: (berhadap-hadapan dengan ANNA): Anna! Kaulihat sajalah
keadaan ibuku.
Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

12.2 Nilai-nilai positif yang dapat dikesan dalam petikan tersebut ialah:
12.2.1 Kasih sayang (Engkau lebihkan ibumu daripada aku
sendiri). Dialog yang dilafazkan oleh Anna menunjukkan
Zaki amat sayang akan ibunya.

12.2.2 Kesetiaaan (Engkau menjadi anak yang amat setia kepada
ibumu). Dialog yang dilafazkan oleh Anna menunjukkan
Zaki amat setia kepada ibunya.

Soalan Struktur
Nyatakan dua nilai murni berserta contoh yang terdapat dalam
petikan drama tersebut.

42

Jawapan
Nilai kasih sayang. Contohnya, Engkau lebihkan ibumu

daripada aku sendiri.
Nilai kesetiaan. Contohnya, Engkau menjadi anak yang amat

setia kepada ibumu.

Soalan Esei
Berdasarkan drama Anna karya Kemala, huraikan dua nilai murni.

Jawapan
Nilai kasih sayang. Contohnya, Zaki amat sayang akan

ibunya.
Nilai kesetiaaan. Contohnya, Zaki amat setia kepada ibunya.

13. Pengajaran ialah sesuatu yang dapat dijadikan pedoman atau iktibar.
13.1 Cara mengesan pengajaran dalam cereka.
Baca petikan drama di bawah dan cari unsur nasihat yang ingin
disampaikan.

BLACKWAY: Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang
Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang. Memang kami
penipu, penindas, penyamun.

Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway
karya Mahizan Husain

13.2 Mulakan jawapan anda dengan Kita hendaklah ..... (yang
berbentuk positif) atau Kita janganlah ..... (yang berbentuk negatif).

13.3 Pengajaran yang dapat dikesan ialah:
Kita hendaklah memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan.
(Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu).

Kita janganlah menipu orang lain (Memang kami penipu).

Kita janganlah menindas golongan yang lemah (penindas).

Kita janganlah mengambil harta orang lain (penyamun).

Soalan Struktur
Pak Yasok benar-benar berasa terhiris akan kata-kata itu.

Sepanjang hidupnya sebagai dalang wayang kulit, itulah penghinaan yang
paling hina yang pernah diterimanya. Tok siak, pak lebai, dan imam masjid

43

di kampungnya tak pernah menghina kerja-kerja seni Pak Yasok sebegitu
rupa. Pak Yasok ke surau dan ke masjid seperti orang lain juga. Pak
Yasok tetap berzakat dan menziarahi saudara jauh dekat yang sakit
demam dan mati relai. Semuanya Pak Yasok pergi.

Dipetik daripada cerpen Air Mata
Dalang karya Rahimidin Zahari

Berikan dua pengajaran berserta contoh yang terdapat dalam petikan
cerpen tersebut

Jawapan
Kita janganlah menghina seseorang. Contohnya, sepanjang

hidupnya sebagai dalang wayang kulit, itulah penghinaan yang paling hina
yang pernah diterimanya.

Kita hendaklah taat kepada perintah Allah. Contohnya, Pak Yasok
ke surau dan ke masjid seperti orang lain juga. Pak Yasok tetap berzakat.

Kita hendaklah mengeratkan tali persaudaraan dengan saudara-
mara. Contohnya, ... menziarahi saudara jauh dekat yang sakit demam
dan mati relai. Semuanya Pak Yasok pergi.

Soalan Esei
Berdasarkan cerpen Air Mata Dalang karya Rahimidin Zahari, jelaskan tiga
pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.

Jawapan
Kita janganlah menghina seseorang. Contohnya, Pak Yasok benar-

benar terasa dengan penghinaan daripada menantunya.
Kita hendaklah taat kepada perintah Allah. Contohnya, Pak Yasok

bersolat di surau dan mengeluarkan zakat.
Kita hendaklah mengeratkan tali persaudaraan dengan saudara-

mara. Contohnya, Pak Yasok menziarahi saudara-maranya yang sakit
atau jika ada kematian.

14. Gaya Bahasa
14.1 Senarai gaya bahasa prosa
(metafora, personifikasi, simile, perlambangan, hiperbola,
perbandingan terus, repitisi kata, repitisi frasa, repitisi ayat,
paradoks, dialek, bahasa asing (perlu nyatakan bahasanya sama
ada bahasa Inggeris, bahasa Arab atau sebagainya), peribahasa,
kata ganda, sarkasme, sinkope, dan inversi)

44

14.2 Contoh-contoh gaya bahasa.
14.2.1 Metafora
Dia telah melihat benih yang ditanamnya itu sedang
tumbuh rendang dengan daun-daun persahabatan yang
sangat hijau.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.2 Personifikasi

Angin lautan mencuri-curi masuk meredah celah-celah
kayu, membuat badannya mulai terasa dingin.

14.2.3 (Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

Simile
Dia sedar dirinya telah terperangkap, seperti tikus melekat
pada perangkap besi.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.4 Perlambangan
Letakkan Ture ditangan kirinya, dia akan menyepuh emas
pada tanah timur laut ini dengan tangan kanannya.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.5 Hiperbola
Begitu hodoh dan busuk sampai kalam, dakwat dan kertas
tidak berupaya mencatatnya.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.6 Perbandingan terus
Tina adalah lambang kasih sayang kita.

(Dipetik daripada drama Anna karya Kemala)

14.2.7 Repitisi kata

Dia menyelongkar tanpa berbunyi. Mencuri tanpa
menghabisi. Menyorok tanpa jejak. Tidur tanpa dengkur.

45

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.8 Repitisi frasa
Peduli apa perasaan ibunya yang kelak mendapatinya
hilang. Peduli apa perasaan kawan-kawannya yang kini
mungkin telah menyedari dia tiada di pantai lagi.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.9 Repitisi ayat
Tidak, mak. Biar Anna balik dulu. Mak tak salah apa-apa.
Cuma saya dan Zaki. Itu saja. Cuma saya dan Zaki.

(Dipetik daripada drama Anna karya Kemala)

14.2.10 Paradoks
Aku cuba memberi engkau kebahagiaan, kaukata penjara?

(Dipetik daripada drama Anna karya Kemala)

14.2.11 Bahasa asing
Lelaki tua itu meneguk sake-nya lagi. (Bahasa Jepun)

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.12 Dialek.
Berapa kole tuan pekena todi di party tu tadi?

(Dipetik daripada drama Anna karya Kemala)

14.2.13 Peribahasa
Dia panas baran, seperti mendiang bapanya, tapi boleh
juga diajak berunding.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.14 Kata ganda
Jeneral terpinga-pinga.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

46

14.2.15 Sarkasme
“Celaka!” bentaknya.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.16 Sinkope
“Bukankah saya dah kata, saya ini sudah tua dan nyanyuk.
Tidak sihat lagi untuk pikul tugas-tugas politik di Ture ini.”

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

14.2.17 Inversi
Telah bertahun-tahun pegawai itu menanam pengaruhnya
di Ture.

(Dipetik daripada novel Naratif Ogonshoto karya Anwar
Ridhwan)

Soalan Struktur
MAT PIAH: Kenal. Kenal. Francis Light yang buka dan teroka Pulau

Pinang ni pada tahun 1786. Apa macam sejarah saya? Saya sekolah
sampai darjah enam saja. Boleh hafal tarikh pembukaan Pulau
Pinang pun dah kira geliga. (Sengih)

BLACKWAY: Saya mahu membuat pengakuan di sini, di hadapan awak.
Bersaksikan bulan sabit dan bintang pecah lapan.

MAT PIAH: Bintang pecah lapan tak apa, tuan. Jangan Bintang Tiga. Yang
tu komunis punya. Bahaya. Kena jaga-jaga. (Tersengih lagi dengan
muka naif).

Dipetik daripada drama Anna karya Kemala

Senaraikan empat gaya bahasa sinkope yang terdapat dalam petikan
drama tersebut.

Jawapan
Empat gaya bahasa sinkope tersebut ialah ni, dah, tak, dan tu.

Soalan Struktur dan Soalan Esei
Terbeliak mata penduduk Kampung Kuah apabila Encik Firdaus

memberitahu mereka bahawa Bukit Emas akan dimajukan. Penduduk
Kampung Kuah akan menikmati durian runtuh lantaran Bukit Emas akan

47


Click to View FlipBook Version