INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,
08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN
Nama : IZZATUL SYAKILA BINTI ISMAIL
Angka Giliran : 2021252310043
No. K/P : 031003-14-0124
Program : PPISMP
Ambilan : JUN 2021
Kumpulan/Unit : F2B/ BAHASA MELAYU
Nama Pensyarah : DR. HJH. FAZLIZA BINTI CHE AMAT
Tarikh Hantar : 8 MEI 2022
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh :8 MEI 2022
‘Paru-paru hijau’ kepada bumi merupakan sebuah gelaran yang diwujudkan untuk
hutan kerana ia diperlukan untuk menjadi tempat tadahan karbon yang berfungsi untuk
memastikan iklim sentiasa dalam keadaan yang baik. Jika hutan dipulihara, masyarakat dapat
menjana pendapatan di samping ia juga penting untuk melindungi biodiversiti (Mokhtar,2022).
Bukan itu sahaja, manusia menggunakan banyak air dalam rutin kehidupan seharian misalnya
untuk mandi, membasuh pakaian dan mencuci pinggan. Oleh yang demikian, ia menjadi salah
satu sebab lain untuk kita sama-sama menjaga perhutanan di seluruh dunia kerana hutan
merupakan kawasan tadahan yang akhirnya menjadi sumber air utama kepada benda hidup
di bumi ini (Donatello,2022). Di sini jelas dapat kita simpulkan bahawa jika hutan itu dijaga
dengan penuh kasih sayang, ia akan memberi impak yang menguntungkan kepada
masyarakat termasuklah negara. Jika ketiadaan hutan pada hari ini, sudah pasti kita akan
berasa sesak dan tidak dapat menikmati keindahan yang kita rasakan seperti hari ini.
Namun begitu, bercakap soal kemusnahan hutan ini, ia bukanlah sebuah perkara yang
dianggap unik kerana sejak dahulu lagi kita sudah melihat di dada-dada akhbar dan kaca
televisyen menunjukkan berita-berita mengenai kemusnahan hutan yang berpunca daripada
pelbagai faktor misalnya kerana faktor cuaca yang panas dan kering. Cuaca yang panas serta
kering ini akan mengakibatkan dedaun yang bergesel di pokok bergesel terlalu lama dan laju
antara satu sama lain yang akhirnya mengeluarkan haba dan percikan api mula berlaku dan
mendorong kepada kebakaran. Selain itu, ia juga berpunca daripada tangan-tangan manusia
yang langsung tidak berhati perut yang hanya memikirkan keuntungan kepada diri sendiri iaitu
dengan melakukan pembalakan haram demi kelangsungan perniagaan mereka. 76 kes
pembalakan haram setakat Ogos 2021 telah direkodkan menjadi salah satu bukti kegiatan
pembalakan haram ini masih berlaku sehingga ke hari ini (SANUSI,2021). Akan tetapi, negara
kita sentiasa mengambil langkah yang proaktif dalam menjaga kelestarian hutan iaitu dengan
pengenalan sistem teknologi hijau. Teknologi hijau adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan
untuk memastikan manusia sedar terhadap kepentingan melestarikan alam. Teknologi hijau
ini telah diaplikasikan bukan sahaja pada produk, namun istilah bangunan hijau juga wujud
agar menjadi salah satu langkah untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi.
Impaknya, kesan negatif daripada aktiviti manusia dapat diminimumkan dan memberi manfaat
kepada semua. Antara inisiatif yang negara Malaysia sedang jalankan adalah perhutanan
semula iaitu dengan menanam benih pokok balak yang bermutu tinggi dan ia telah dijalankan
di Hutan Simpan Tekal Tembeling (Utusan Malaysia,2010). Ia bertujuan untuk melahirkan
semula persekitaran biologi dan pada masa yang sama, ekosistem dapat dikekalkan. Bukan
itu sahaja, hasil daripada penanaman semula ini dapat menjana pendapatan dalam sektor
pelancongan yang berasaskan alam sekitar dan menjadi pusat latihan kemahiran hutan
secara lestari khususnya bagi skop pengajian perhutanan dan perkayuan. Dr Ismail Harun
iaitu Ketua Penyelidik Hutan Asli FRIM berkata, projek perhutanan pokok balak ini akan
menjadi alternatif dalam menguruskan hutan secara saintifik pada masa akan datang dan
beliau jamin ia akan menjadi sumber bekalan kayu kayan yang komersial serta membantu
memacu ekonomi negara (Utusan Malaysia,2010). Melalui ini, benarlah bahawa dengan
menjaga kelestarian hutan ia bukan sahaja dapat memulihara biodiversiti tetapi secara tidak
langsung negara dapat menjana pendapatan untuk dilabur dalam membaikpulih infrastruktur
yang sedia ada.
Inisiatif yang kedua pula adalah menurut laporan Bernama (2022), kaedah
penebangan terpilih telah dilakukan iaitu dengan harapan ia dapat menjaga populasi haiwan
liar kerana habitatnya dapat dipulihara di samping ekosistem hutan lebih terjamin dengan
mengekalkan kelestariannya agar generasi pada masa akan datang dapat menikmatinya.
Dalam kaedah penebangan terpilih ini, ia telah diambil kira berdasarkan beberapa aspek
seperti kriteria pokok. Pokok-pokok perlu melalui proses bancian dengan memastikan
kematangan pokok dan stok kandungan menepati piawaian sebelum ia ditebang. Pokok-
pokok amatlah dijaga dengan rapi dan tidak boleh sewenang-wenangnya ditebang kerana
setiap pokok mempunyai kaedah untuk ditebang yang berbeza mengikut jenisnya. Di samping
itu, seorang Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Roslan Rani menjelaskan
bahawa antara kaedah lain yang diaplikasikan adalah, setiap satu hektar tanah di kawasan
hutan, 32 batang pokok yang bersaiz sederhana akan dibiarkan dan hanya 10 hingga 12
pokok yang sudah matang dan menepati kriteria akan ditebang. Kaedah ini dapat
mengelakkan daripada banyak pokok ditebang sesuka hati termasuklah pokok-pokok yang
baru sahaja ingin membesar. Selain itu, dalam usaha memulihara hutan ini, sektor pendidikan
tidak melepaskan peluang bagi menyemai sifat sayang dan kesedaran kepada masyarakat
terutamanya generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar termasuklah hutan.
Sektor pendidikan telah memastikan setiap pelajar mengambil subjek alam sekitar tidak
kiralah pada peringkat sekolah rendah,menengah atau institut pengajian tinggi (IPT) meskipun
hanya sekali sepanjang tempoh pengajian. Sebagai contoh, di peringkat sekolah rendah dan
menengah, subjek Geografi dan Sains telah dimasukkan mengenai pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar agar ia dapat memberi asas kefahaman serta pengetahuan
kepada pelajar mengenai isu yang berlaku dan cara menanganinya. Pada masa yang sama,
bagi peringkat IPT, pelajar perlu mendalami konteks ini dengan didedahkan kepada amali-
amali yang mendorong kepada pemeliharaan dan pemuliharaan hutan seperti pengurusan
sumber-sumber semula jadi termasuklah ke kawasan-kawasan hutan untuk melihat sendiri
keadaan di sana bagi mencari jalan untuk memastikan generasi akan datang dapat merasai
keindahan kehijauan ini. Berdasarkan langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ini,
benarlah bahawa kita merupakan sebuah masyarakat yang prihatin kerana masih berusaha
mencari jalan agar usaha dalam melestarikan alam ini tidak diabaikan begitu sahaja dan
akhirnya memberi kesan buruk kepada semua termasuklah hidupan flora dan fauna.
Jika ditinjau dari skop yang lebih meluas, perhutanan juga dikatakan dapat memacu
ekonomi negara khususnya melalui usahawan-ushawan dalam negara Malaysia. Kegiatan
perhutanan ini telah dimanfaatkan dengan mengusahakan kegiatan industri perkayuan yang
menghasilkan perabot, pintu atau produk tanggam yang pelbagai. Umum mengetahui bahawa
selepas kelapa sawit dan getah, industri perkayuan merupakan subsektor komoditi ketiga
yang terpenting di Malaysia. Menurut laman web rasmi Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi (KPKK) yang terakhir dikemaskini pada Oktober 2021, negara kita
telah berjaya mencapai sasaran eksport yang tinggi iaitu sebanyak RM22.02 billion pada
tahun 2020. Jumlah yang banyak itu jelas menunjukkan bahawa jualan produk perkayuan itu
amat laris yang membantu memacu pendapatan negara dan sekali gus ia membuatkan
kerajaan berani untuk meletakkan target sasaran eksport yang lebih tinggi menjelang tahun
2021. Dalam mengekalkan prestasi kemajuan dalam bidang perkayuan ini, negara kita telah
menggunakan teknologi yang baharu dan canggih untuk memastikan produk berskala besar
dapat dikeluarkan agar memenuhi permintaan orang ramai (MIDA, n.d.). Di samping itu, kesan
daripada perindustrian perkayuan ini, banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada orang
ramai khususnya kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam bidang ini serta orang
awam yang mempunyai kemahiran asas tentang jenis-jenis kayu, kaedah pemprosesan dan
pengendalian mesin-mesin di kilang. Impaknya, kes pengangguran di negara kita dapat
berkurangan dari masa ke semasa di samping taraf hidup masyarakat dan negara dapat
ditingkatkan kerana kuasa beli turut bertambah. Namun begitu, ekoran kurangnya
pendedahan mengenai industri perkayuan ini, majoriti masyarakat masih berfikiran kelas
ketiga iaitu mereka berpendapat bahawa suasana kerjanya tidak selesa kerana terdapat bunyi
bising yang dihasilkan daripada mesin kayu dan ia telah menyebabkan sebahagian golongan
muda tidak berminat dan pada mata mereka, ia dianggap kolot kerana untuk bekerja dalam
sektor ini, ia tidak memerlukan tahap pengajian yang tinggi kerana cukup sekadar peringkat
sijil sahaja (Fazurawati Che Lah, 2018). Lantas daripada rungutan itu, pihak kerajaan iaitu
dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) mula bergiat untuk memberi
pendedahan kepada orang ramai dengan menawarkan kursus dalam bidang dan bukan
hanya perlu menumpukan perhatian kepada kerja kayu semata-mata tetapi kemahiran
berkomunikasi, berinteraksi dan bergerak secara berpasukan akan dipratikkan agar dapat
memudahkan urusan ketika melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi pada
masa akan datang.
Selain itu, majoriti masyarakat sedar bahawa saban hari teknologi di seluruh dunia
sudah semakin ghairah membangun kecanggihannya. Teknologi yang canggih ini telah
memudahkan kehidupan seharian kita kerana kita dapat membuat pelbagai kerja pada suatu
masa yang sama dengan hanya mengawalnya menggunakan hujung jari sahaja. Tambahan
pula, penggunaan talian jalur lebar pada masa kini yang hampir semua rumah mempunyainya
telah menjadikan sistem ini bukanlah sebuah perkara yang asing dan menyusahkan dalam
kehidupan seharian kita. Konsep teknologi ini telah diaplikasikan dalam istilah Internet of
Things atau IoT iaitu ia menggunakan peralatan seperti sensor atau peranti yang menjadikan
talian internet sebagai asas utama untuk mengumpul dan memindahkan data menerusi
rangkaian (Nasution et al., 2019). Seperti yang kita tahu, dunia sering digemparkan dengan
isu kebakaran hutan misalnya yang sentiasa berlaku di Sumatera, Indonesia. Namun begitu,
tidak kurang jugalah di Malaysia yang juga pernah mengalami bencana ini yang akarnya
berpunca daripada cuaca yang panas dan kering serta bermula daripada tangan manusia
sendiri. Isu kebakaran hutan ini telah diketengahkan oleh masyarakat global kerana bimbang
ia akan berlarutan dan memberi kesan yang buruk kepada habitat flora dan fauna misalnya
kehidupan liar yang akan musnah di samping menjejaskan kesihatan manusia akibat jerebu.
Oleh itu, negara kita telah mengaplikasikan teknologi IoT ini dalam usaha menjaga kelestarian
hutan iaitu memperkenalkan sistem teknologi yang berprinsipkan teknologi hijau ini iaitu
sistem Smart Sensor yang merupakan sebuah kawalan penggera yang mampu mengesan
amaran awal kebakaran. Di Malaysia, sistem pengegra amaran awal ini telah dipasang di
Hutan Simpan Raja Musa di Kuala Selangor dengan harapan ia dapat mengurangkan risiko
hutan terbakar. Sistem penggera tanpa wayar yang mengaplikasikan konsep IoT ini akan
memberi signal apabila ia mengesan sesuatu yang asing pada suhu, kelembapan tanah dan
paras air di dalam tanah lalu menghantar signal tersebut kepada kamera menara pengawasan
yang disambungkan dengan internet lalu diolah menjadi data dan ditunjukkan pada paparan
skrin yang boleh dilihat melalui peranti elektronik dan apabila data sudah sampai, siren akan
berbunyi sebagai langkah berjaga-jaga dan tindakan awal untuk menyediakan pasukan
bomba dapat dilakukan. Pasukan renjer hutan dapat mengawal keadaan melalui kamera
pengawasan yang dipasang dan dapat melihat sebarang perubahan walaupun berada jauh
daripada kawasan hutan. Jelaslah di sin, jika kita menghargai teknologi sudah pasti ia dapat
membantu kita dalam mengawal kelestarian hutan ini bersama.
Rajah 1.0- Gambaran sistem Smart Sensor yang digunakan dalam mengawal
kebakaran hutan.
Kita sedar ekoran pertambahan penduduk sepanjang masa, kita memerlukan
pembangunan yang mapan sebagai penempatan termasuklah kemudahan infrastruktur
seperti jalan raya, perumahan dan perhotelan (Abdul Wahab,2002). Namun begitu, kerakusan
membina bangunan yang megah dan tinggi sehingga mencakar langit akhirnya memberi
kesan kepada perhutanan di seluruh dunia dan menjejaskan kesihatan manusia. Hal ini
dibuktikan apabila bangunan-bangunan yang ingin dibina terpaksa mengondol jutaan ekar
tanah untuk ditambak menjadi tapak pembangunan dan akhrinya menyebabkan peningkatan
suhu kerana karbon dioksida berlebihan di atmosfera yang disebabkan oleh ketidakmampuan
pokok untuk menyerapnya. Selain itu, ia juga akan mengakibatkan kejadian tanah runtuh dan
banjir lumpur berlaku di sesebuah kawasan yang menghacurkan petempatan manusia dan
habitat haiwan. Oleh itu, seorang pakar ekologi dan ahli botani dari negara Jepun, Akira
Miyawaki yang dikatakan telah menanam lebih dari 40 juta pokok di seluruh dunia sebagai
langkah yang efektif dalam melaksanakan perhutanan semula. Antara sebab beliau bertindak
sedemikian adalah kerana beliau sedar hutan di negaranya sentiasa terbakar tetapi dan
pokok-pokok itu memakan masa yang lama untuk membiak dan membesar. Kaedah ‘hutan
Miyawaki’ ini boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja dengan mematuhi beberapa syarat.
Antara syaratnya adalah yang pertama, petani atau individu perlulah mengkaji keadaan tanah
iaitu daripada aspek kesuburannya atau kekurangan agar kita boleh mengetahui tanaman
yang sesuai untuk ditanam. Seterusnya, kita perlu menyelidik mengenai jenis tanaman yang
ingin ditanam iaitu kita perlu memastikan jenis tanaman itu bersesuaian dengan iklim di
kawasan kita agar ia dapat hidup dengan subur. Sebagai contoh, jika kita ingin menanam
pokok strawberi, iklim yang diperlukan adalah sejuk dan lembap sepanjang masa agar buah
strawberi dapat hidup subur. Langkah yang ketiga pula adalah dengan mengubah lapisan
permukaan tanah iaitu dengan menambah baja kompos agar penggunaan bahan kimia dapat
dikurangkan. Dalam penghasilan baja kompos, kita boleh menggunakan najis haiwan,
dedaunan kering, cacing dan banyak lagi. Di samping itu, teknik menanam tanaman juga
perlulah tepat iaitu menanam dengan jarak yang berdekatan agar ia tumbuh dengan kadar
yang singkat lalu, sepanjang dua tahun pertama, tanaman perlu disiram agar akar dapat
menjalar dengan baik. Antara keuntungan yang bakal dihujani oleh semua masyarakat
apabila teknik ini diaplikasikan adalah kita dapat membina sebuah hutan dalam masa yang
singkat di samping pemandangan hijau dapat kita nikmati sepanjang hayat dan ia akan
memberikan aura positif kepada diri kita.
Rangkumannya, kita hendaklah bersama berganding bahu dalam memastikan
kelestarian hutan ini dapat terus dijaga. Tindakan yang tegas wajar diambil bagi membanteras
kegiatan yang memusnahkan hutan supaya manusia takut untuk membuat kesilapan . di
samping itu, kita hendaklah memastikan tenaga diri kita disumbangkan dalam menjaga hutan
ini meskipun hanya melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berunsurkan pendidikan
kelestarian alam. Bukan itu sahaja, kita hendaklah menjadikan budaya masyarakat di negara
Jepun sebagai idola kerana mereka mempercayai semangat persekitaran. Pada mata
mereka, jika alam sekitar dijaga dengan rapi dan sihat, ia melambangkan sikap penghuni dan
termasuklah tahap kesihatan penduduk di kawasan itu. Akhir sekali, kita janganlah berputus
asa dalam menghargai kelestarian hutan ini kerana ia merupakan anugerah Tuhan yang tidak
ternilai kepada manusia termasuklah flora dan fauna.
RUJUKAN
Abdul Wahab, H. (2002). Kawalan undang-undang terhadap pembangunan di tanah
tinggi. UUM Repository, 3(1), 63-70.
Bernama. (2022). Penebangan secara terpilih mampu pulihara populasi hidupan liar.
Berita Awani. Retrieved 5 May 2022, from https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/penebangan-secara-terpilih-mampu-pulihara-populasi-hidupan-liar-
343946.
Donatello, J. (2022). KEPENTINGAN HUTAN. Academia.edu. Retrieved 5 May
2022, from https://www.academia.edu/4247349/KEPENTINGAN_HUTAN.
Fazurawati Che Lah. (2018). Industri Kayu Negara. Harian Metro. Retrieved 5 May
2022, from https://www.hmetro.com.my/bestari/2018/10/382145/industri-kayu-
negara.
Mokhtar, N. (2022). Nestle Malaysia, Sime Darby Plantation bekerjasama tanam
semula hutan. Berita Harian. Retrieved 5 May 2022, from
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/04/949164/nestle-malaysia-
sime-darby-plantation-bekerjasama-tanam-semula-hutan.
MIDA. Industri Berasaskan Kayu dan Perabot. MIDA | Malaysian Investment
Development Authority. Retrieved 5 May 2022, from
https://www.mida.gov.my/ms/industri/perkilangan/industri-berasaskan-kayu-
perabot/.
Nasution, N., Rizal, M., Setiawan, D., & Hasan, M. (2019). IoT Dalam Agrobisnis
Studi Kasus : Tanaman Selada Dalam Green House. IT JOURNAL
RESEARCH AND DEVELOPMENT, 4(2).
https://doi.org/10.25299/itjrd.2020.vol4(2).3357
SANUSI, N. (2021). 76 kes pembalakan haram diambil tindakan setakat Ogos.
Sinarharian. Retrieved 5 May 2022, from
https://www.sinarharian.com.my/article/162365/BERITA/Nasional/76-kes-
pembalakan-haram-diambil-tindakan-setakat-Ogos.
Utusan Malaysia. (2010). Pengurusan Hutan Secara Lestari. Utusan Malaysia.
Retrieved 5 May 2022, from
https://www.frim.gov.my/v1/cms/fin/file/20101224_N_UM_DLM_pgL-
31_1ab12a_Pengurusan%20hutan%20sec.pdf.