The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Sallehuddin Misnon, 2020-05-19 04:02:02

Mesyuarat AJK MGB Bil 1 SKPS

Mesyuarat AJK MGB Bil 1 SKPS

Kesatuan Kita Imej Kita Guru Besar Muar
[email protected]

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
Majlis Besar Daerah Muar
Bil 1/2020-2021

Majlis Guru Besar Daerah Muar
D/A SK Parit Setongkat,
KM 2, Jln Salleh,: 84000, Muar: Johor

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Mukasurat
Majlis Besar Daerah Muar
Bil 1/2020-2021 2
3
Perkara 3
3
1. Ucapan YDP 4
2. Pengesahan minit mesyuarat Bil 4 2019 5
3. Perkara Berbangkit. 5
4. Laporan Kewangan 6
5. Fokus Mesyuarat: 7

5.1 Lantikan/Agihan Jawatankuasa Kerja Subis
5.2 Semakan Takwim dan Aktiviti 2020
6. Hal-hal lain.
7. Penangguhan.

1

MINIT MESYUARAT AJK MAJLIS GURU BESAR DAERAH MUAR BIL 1/2020

Tarikh : 14 Januari 2020.
Hari : SELASA
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Parit Setongkat
Kehadiran : 26 /26 orang
Ketidakhadiran : Tiada

Agenda :

1. Ucapan YDP

2. Pengesahan minit mesyuarat Bil 4 2019

3. Perkara Berbangkit.

4. Laporan Kewangan

5. Fokus Mesyuarat:

5.1 Lantikan/Agihan Jawatankuasa Kerja Subis

5.2 Semakan Takwim dan Aktiviti 2020

6. Hal-hal lain.

7. Penangguhan.

1. Agenda 1 : Ucapan YDP
1.1. YDP mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran AJK Majlis Guru
Besar Daerah Muar.
1.2. Tahniah kpd AJK kerana berjaya mengadakan Kovensyen Majlis Guru Besar
di Genting Highland dan melawat 3 buah sekolah.
1.3. Tahniah kepada SJKC telah berjaya menjalankan Mesyuarat Agung.
1.4. YDP berharap pada tahun 2020 semua aktiviti atau program dapat dirancang
dan dilaksanakan dengan baik oleh ketiga-tiga unit sekolah rendah. Aktiviti ini
merupakan aktiviti MGB di peringkat daerah yang akan dilaporkan ke MGB
Negeri Johor.
1.5. YDP memaklumkan penggantian sumber kewangan sebanyak RM 5000.00
akibat kehilangan deposit kepada Syarikat Teratak Malaya kerana
pembatalan lokasi Konvensyen. YDP dan Setiausaha berjaya mencari
sumber dan diserah kepada Bendahari.

2

2. Agenda 2: Pengesahan minit mesyuarat Bil 4/2019
2.1. Setiausaha : Membentangkan minit mesyuarat Bil 4/2019

Cadang : En Mohamad Salihin bin Ismail
Sokongan : En Mohd Misman bin Ngadinon.

3. Agenda 3: Perkara Berbangkit.
3.1. Ketidakhadiran Mesyuarat:
3.1.1. En. Selvam a/l Ramasamy memaklumkan ketidakhadirannya dalam
mesyuarat Bil 4/2020 di telah maklumkan kepada Setiausaha.
Makluman: Setiausaha.
3.1.2. Penjualan Buku Tulis PSKPP dan MSSD
3.1.3. En. Zulkurnain bin Abd. Samad memaklumkan isu penjualan buku
PSKPP dan MSSD di Muar.
3.1.4. YDP memaklumkan bahawa pada tahun 2020 penjualan buku PSKPP
dan MSSD telah diambil alih dan diuruskan oleh MGB Muar.
3.1.5. Cadangan penjualan buku PSKPP dan MSSD 2020
3.1.6. En. Zulkurnain bin Abd. Samad mencadangkan jumlah buku perlu
dikurangkan.
3.1.7. YDP memaklumkan bahawa tahun 2019 MGB tidak menguruskan
penjualannya dan berharap Guru Besar teliti dan elakkan kesilapan
semasa membuat pesanan di borang pesanan.
Makluman: Semua Guru Besar.
3.2. Persatuan Ibu Bapa Guru.
3.2.1. YDP menjelaskan dalam Perlembagaan PIBG ada menyatakan
sebarang keputusan akhir adalah di bawah budi bicara Guru Besar
selaku Penasihat PIBG.
3.2.2. Penasihat mempunyai hak untuk melucutkan hak atau menggantung
aktiviti PIBG jika didapati melanggar mana-mana Perlembagaan atau
Peraturan.
Makluman: Semua Guru Besar

4. Agenda 4. Laporan kewangan.
4.1. Bendahari: Membentangkan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Cadang dengan pindaan : Tuan Hj. Mohd Zuki bin Mohd Saman.
Sokongan dengan pindaan : En. Selvam a/l Ramasamy.

4.2. Perkara berbangkit dari kewangan.
4.2.1. Penyata Bank berakhir 31 Disember belum terima.
4.2.2. Bendahari membentangkan TERIMAAN merujuk catatan Kewangan
MGB Muar.
4.2.3. Terimaan RM 3200.00
4.2.4. Terimaan dari Zon Sg Balang RM 5200.00
4.2.5. Terimaan dari Zon Sg Abong RM 3500.00
4.2.6. Terimaan dari SJKC RM 1700.00
4.2.7. Terimaan dari Zon Maharani RM 1560.00

3

4.2.8. Mohon ahli mesyuarat putuskan status tunggakan kewangan Zon Sg
Abong di Mesyuarat Agung Tahunan MGB Daerah Muar.

4.2.9. Mohon pengerusi zon jelaskan bayaran stiker kenderaan MGB, jika
ada lebihan stiker mohon kembalikan kepada bendahari.

4.2.10. Bendahari membentangkan BAYARAN merujuk catatan Kewangan
MGB Muar.

4.2.11. Deposit awal RM 1000.00 untuk buka akaun Persatuan Guru Besar
Daerah Muar di MayBank.

4.2.12. Bayaran Syarikat Travel : RM11000.00

4.3. Pembentangan Penyata Kewangan Persatuan Guru Besar Daerah Muar.
4.3.1. Bendahari : Membentangkan penyata kewangan berdasarkan catatan
penyata berakhir 31 Disember 2019.

Cadangan : En Mohd Sanusi bin Rahiman.
Sokongan : En. Selvam a/l Ramasamy

5. Agenda 5. Fokus mesyuarat:

5.1. Lantikan/Agihan Jawatankuasa kerja Konvensyen Miri, Sarawak..
5.1.1. YDP membentangkan Ahli Jawatankuasa Kerja Konvensyen MGB di
Miri dan berharap semua dapat bekerjasama untuk menjayakannya.

5.2. Semakan takwim dan aktiviti 2020
5.2.1. Takwim setiap unit akan diserahkan kepada Setiausaha untuk
dikemaskini.
Tindakan: Setiausaha

6. Agenda 6 : Hal-hal lain
6.1. One Stop Data Centre
6.1.1. YDP memaklumkan khidmat web server akan ditamatkan pada bulan
Jun 2020.
6.1.2. PPDMuar mohon untuk MGB sedia Server sendiri yang mempunyai
link website PPD Muar.
Tindakan: Ajk ICT MGB Muar.
6.2. Jawatankuasa Kurikulum Daerah
6.2.1. En Yusof bin Sipan memaklumkan bahawa JKKD telah dibubarkan dan
pengurusannya diturunkan kepada MGB Muar.
6.2.2. YDP mohon tubuhkan AJK Matapelajaran Teras di MGB dan hubungi
PPD untuk salurkan maklumat.
Tindakan : Jawatankuasa Matapelajaran MGB Muar.

6.3. Kewangan Persatuan Guru Besar Daerah Muar.
6.3.1. En Roslin bin Rahmat mohon pencerahan pengurusan kewangan MGB
Muar dan Persatuan Guru Besar Daerah Muar.
6.3.2. YDP memaklumkan :
6.3.2.1.Keduanya mempunyai kewangan yang berasingan,

4

6.3.2.2.Keperluannya adalah berdasarkan kepada MGB yang tidak
boleh menjalankan urusniaga . Sumber kewangan MGB
sebelum ini banyak berunsur perniagaan.

6.3.2.3.Sumbangan Guru Besar diakaunkan ke dalam akaun MGB.
Manakala sumber kewangan lain diakaunkan ke dalam akaun
Persatuan.
Makluman : Bendahari MGB dan Persatuan.

6.4. Konvensyen MGB Muar di Miri, Kucing Sarawak.
6.4.1. En. Muhamad Halid bin Tandang memaklumkan persetujuan
diputuskan dalam mesyuarat AJK tetapi tiada survey untuk putus
dikalangan Guru Besar.
6.4.2. YDP memaklumkan:
6.4.2.1. Ahli jawatankuasa mencetuskan idea.
6.4.2.2. Cadangan telah dibawa ke Mesyuarat Tahunan di Genting
dan dipersetujui.
6.4.2.3. Maklumat keputusan mesyuarat juga telah di maklumkan di
Kursus Unit SK di Melaka.
6.4.2.4. Tiada bantahan atau hal berbangkit berkaitan isu ini, ajk
bertindak sebagai penyampai maklumat dan penerangan
agar tidak timbul isu.
Makluman dan Tindakan : Semua AJK MGB Muar.

6.5. Pn. Krishnaveni a/p Subramaniam: Mengucapkan terimakasih kepada MGB
kerana merancang Konvensyen di Sarawak, selesaikan perkara dengan baik,
hormat dan sokong aktiviti MGB.

6.6. Jamuan Persaraan Guru Besar
6.6.1. Bendahari memaklumkan sumbangan jamuan persaraan berbaki RM
40.00
6.6.2. YDP memaklumkan jamuan telah ditiadakan dan digantikan dengan
Program Kunjung Hormat, sumbangan dan baki wang yang ada
dicadangkan dicairkan kepada program ini untuk tampung kos.
Tindakan : Bendahari MGB Muar.

6.7. Persatuan Guru Besar Daerah Muar.
6.7.1. Pn Hjh Roszana bte Abd. Mutalib mencadangkan penolong bendahari
untuk uruskan Akaun Persatuan.

Tuan Hj Khairul Izam bin Abd Samat mencadang Pn Hjh Mowlina Hjh
Mashadi.

Cadangan : Pn Hjh Mowlina Hjh Mashadi.
Sokongan : Pn Hjh Roszana bte Abd. Mutalib

6.7.2. YDP memaklumkan agar cadangan dibawa ke Mesyuarat Agung
Persatuan.
Tindakan: Setiausaha Persatuan Guru Besar Muar.

5

6.8. Kewangan MGB
6.8.1. Tuan Hj Khairul Izam bin Abd Samat mohon maklumkan sumbangan
yang diterima oleh MGB
6.8.2. YDP memaklumkan penyata kewangan menjelaskan segalanya.

6.9. Penaung MGB Muar.
6.9.1. Tuan HJ Khairul Izam bin Abd Samat cadang dilantik Penaung untuk
setiap unit dari kalangan MGB Johor mulai 2020 untuk tunjukan
kesatuan.
6.9.2. YDP memaklumkan hanya MGB Muar sahaja yang ada unit dan tidak
memerlukan penaung.

6.10.Pengerusi Zon Sungai Abong
6.10.1. Encik Chua Choon Kiat maklumkan kewangan Zon Sg Abong
kepada Bendahari.
6.10.2. Sambutan Tahun Baru Cina berjalan seperti yang dirancang oleh
Zon Sg Abong.
6.10.3. Terimkasih kepada sekolah yang berikan Kerjasama.

6.11. Pengerusi Zon Jorak.
En. Muhamad Halid bin Tandang memaklumkan penukaran ajk panitia
Bahasa Cina dari SJKC Pu Nan.

6.12. Bendahari.
Pn Hjh Zaharah bin Mohd Top mencadangkan poket file untuk ajk yang
disimpan oleh Setiuasaha.

6.13. Timbalan Yang Dipertua
En Sanusi bin Rahiman mengucapkan tahniah kepada YDP dan rakan-
rakan guru besar untuk bawa 91 orang Guru Besar ke Subis, dengan
harapan semua Guru Besar agar berfikiran positif. Tugas AJK Kerja sangat
besar dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.

7. Ucapan Penangguhan:
7.1.1. YDP mengucapkan terimakasih kepada yang telah berikan
pandangan dan penambahbaikan MGB dan PGB Daerah Muar.
Mesyuarat ditangguhkan jam 4.00 petang.

Disediakan oleh Disahkan oleh

................................................. .................................................
Sallehuddin bin Hj.Misnon Mohd Azme bin Yusoff
Yang DiPertua
Setiausaha
Majlis Guru Besar Daerah Muar Majlis Guru Besar Daerah Muar

6


Click to View FlipBook Version