KERTAS KONSEP PROJEK SEWAAN PADANG BATU 11 MAJLIS DAERAH TANAH MERAH ( MDTM )
1. Tujuan Kertas konsep ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan : A) Pembentangan visi dan misi syarikat membantu MDTM. B) Kelulusan pelaksanaan projek. 2. Pendahuluan Projek sewaan padang Batu 11 di bawah Majlis Daerah Tanah Merah ( MDTM ) merupakan inisiatif dari pihak luar bagi membantu pihak MDTM dengan menggunakan kemudahan sedia ada dan merancakkan program sukan di kalangan masyarakat di Tanah Merah supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat serta mampu mengetengahkan bakat baru ke peringkat lebih tinggi. Ini juga selaras dengan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Negara Bersukan @ Sporting Nation”. 3. Matlamat Projek Matlamat projek ini adalah untuk menggunakan kemudahan sukan sedia ada dan menggalakkan masyarakat di Tanah Merah khususnya dan Kelantan amnya menerapkan amalan budaya gaya hidup sihat dan cergas. Ini kerana peratusan masyarakat di Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah. Terlaksananya projek ini akan menjadi pemangkin kepada budaya gaya hidup sihat dan pada masa yang sama di harap dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik di kalangan rakyat Malaysia. 4. Objektif Projek 1. Menerapkan budaya sukan di kalangan masyarakat di Tanah Merah dengan penyediaan kemudahan sukan yang baik dan berfungsi dengan baik. 2. Merancakkan ekonomi masyarakat setempat apabila pembukaan padang bola sintetik dan perlawanan bola sepak sentiasa diadakan. 3. Memberi hasil kepada pentadbiran MDTM apabila kemudahan yang sedia ada digunakan dan mengelakkan kemudahan menjadi projek gajah putih @ terbiar.
5. Perancangan Projek Pusat Arena Sukan Ku ( PASK ) merupakan sebuah perniagaan jenis perkongsian yang dikongsikan oleh 10 orang rakan kongsi. Aktiviti perniagaan PASK adalah menyediakan penyewaan kemudahan padang bolasepak sintetik yang memfokuskan kepada penduduk sekitar Tanah Merah, Machang, Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Gua Musang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Kelantan keseluruhannya serta penduduk Malaysia serta penduduk Selatan Thailand amnya. Semua rakan kongsi dalam ASK mempunyai pelbagai kepakaran dan pengalaman masing-masing untuk menjalankan perniagaan berkaitan industri sukan. Perancangan dari pihak kami adalah : 1. Menyewa padang bolasepak dari pihak MDTM selama 15 tahun. 2. Menukarkan padang bolasepak dari jenis rumput lembu @ cow grass kepada rumput sintetik @ artificial grass dengan kos RM1 800 000.00 ( 1.8 juta ). 3. Memasang jaring di sekeliling padang bolasepak sintetik. 4. Memastikan kemudahan padang bolasepak sintetik boleh disewa oleh semua lapisan masyarakat dengan kadar yang tertentu. 5. Kemudahan lampu limpah boleh digunakan dan perlawanan bolasepak mampu dimainkan pada waktu malam. 6. Semua perbelanjaan bagi menukarkan padang bolasepak dari jenis rumput lembu @ cow grass kepada rumput sintetik @ artificial grass dan memasang jaring di sekeliling padang adalah di bawah tanggungan pihak kami. 7. Kemudahan lampu limpah adalah di bawah penyelenggaraan pihak kami dan segala bil berkaitan penggunaan lampu limpah semasa perlawanan dilangsungkan adalah di bawah tanggungjawab pihak kami. 8. Pihak kami akan membayar sewaan pajakan padang bolasepak kepada pihak MDTM sebanyak RM400.00 sebulan @ RM4800.00 setahun.
PAKEJ PEMBIAYAAN : Pakej 1 : RM50 000.00 ROI : RM800.00 x 12 Bulan = RM9 600.00 RM9 600.00 x 10 Tahun = RM96 000.00 Pakej 2 : RM100 000.00 ROI : RM1 600.00 x 12 Bulan = RM19 200.00 RM19 200.00 x 10 Tahun = RM192 000.00 Pakej 3: RM150 000.00 ROI : RM2 400.00 x 12 Bulan = RM28 800.00 RM28 800.00 x 10 Tahun = RM288 000.00 Pakej 4 : RM200 000.00 ROI : RM3 200.00 x 12 Bulan = RM38 400.00 RM38 400.00 x 10 Tahun = RM384 000.00