The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F5.19.NURUL NABILA BINTI ADNAN.PENULISAN AKADEMIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabila09-414, 2022-05-15 23:10:43

F5.19.NURUL NABILA BINTI ADNAN.PENULISAN AKADEMIK

F5.19.NURUL NABILA BINTI ADNAN.PENULISAN AKADEMIK

19

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP3073

Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan: NURUL NABILA BINTI ADNAN
000310-03-0732
Angka Giliran: 2020192340101
Kumpulan/ Unit F5

Kod & Nama Kursus: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Nama Pensyarah: EDUP3073

PN KRISHNA KUMARY A/P JUVAL

Tajuk Tugasan : PENULISAN AKADEMIK

Tarikh Penyerahan: 12 MEI 2022

i

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN................................................................................................................... i
PENGHARGAAN ...................................................................................................................ii
PENGENALAN ..................................................................................................................... 1
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA ........................... 1

ASPEK FIZIKAL ........................................................................................................... 1 - 2
ASPEK EMOSI.................................................................................................................. 3
ASPEK SOSIAL ........................................................................................................... 3 - 4
ASPEK SOSIOLINGUISTIK .............................................................................................. 4
ASPEK PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA .................................................................... 4 - 5
RUMUSAN............................................................................................................................ 5
RUJUKAN............................................................................................................................. 6

ii

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan
limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
kursus Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) saya iaitu, Pn Krishna Kumary A/P Juval
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua ibu bapa saya yang tidak henti-henti mendoakan kejayaan saya dan memberikan
semangat kepada saya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak berkongsi ilmu dan pengalaman serta sentiasa memberi tunjuk ajar, membetulkan
segala kekurangan ataupun kesilapan yang saya lakukan supaya kami bersama-sama
memperoleh keputusan yang cemerlang.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1

PENGENALAN

Setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah
laku, latar belakang, dan kebolehan (KPM, 2003). Keberhasilan mewujudkan bilik darjah yang
mesra budaya akan membantu meningkatkan pencapaian murid di dalam kelas. Menurut
Evertson, Emmet & Worsham (2006), pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat
memaksimumkan peluang pembelajaran dan mendatangkan kebaikan kepada guru dan
pelajar. Oleh itu, guru perlu menitikberatkan pelbagai aspek berkaitan bilik darjah mesra
budaya seperti aspek fizikal, emosi, sosial, dan sosiolinguistik. Bilik darjah mesra budaya
didefinisikan sebagai suasana bilik darjah yang kondusif, selesa dan sesuai untuk
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mewujudkan pergaulan mesra
antara murid tanpa mengira latar belakang kaum murid dan juga tanpa menafikan hak
kesamarataan murid.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

ASPEK FIZIKAL

Langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya dari aspek fizikal ialah dengan menyusun
meja murid secara strategik dan sistematik. Sistematik di sini dapat kita fahami ialah susunan
meja yang tidak menghalang ruang trafik di dalam kelas (Haliza dan Joy Nesalamar, 2016).
Hal ini supaya murid dapat bergerak dengan lancar dan bebas dalam persekitaran kelas
misalnya ingin mengambil buku di bahagian belakang atau sebagainya. Perkara ini juga dapat
memudahkan guru untuk memerhati murid yang berada di bahagian belakang kelas.

Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan menitikberatkan kebersihan kelas.
Rentetan ini, penyediaan alat-alatan yang membantu kebersihan kelas perlu disediakan
dengan lengkap. Sebagai contoh, penyapu, tong sampah, pemadam papan putih, bulu ayam,
dan sebagainya. Tambahan pula, guru perlu mewujudkan satu jadual tugasan harian yang
melibatkan kesemua murid yang berada di dalam kelas tersebut supaya menjadi gaya hidup
murid (Haliza dan Joy Nesalamar, 2016).

2
Di samping itu, guru juga perlu memastikan bahawa pencahayaan tidak mengganggu
proses PdP. Contohnya, sekiranya cahaya matahari terlalu terang di dalam kelas, guru boleh
menyediakan kain langsir bagi mengurangkan silau tersebut. Dari aspek pengudaraan pula,
pintu dan tingkap perlu dibuka sepanjang proses PdP supaya udara dapat masuk ke dalam
kelas. Perlu dielakkan juga untuk meletakkan perabot pada tingkap kerana mampu
menghalang pengudaraan. Rajah 2.0 di bawah menunjukkan susun atur perabot yang sesuai
di dalam bilik darjah mesra budaya.

Rajah 2.0 : Kedudukan rak buku dan papan putih yang tidak menghalang
pengudaraan

3

ASPEK EMOSI

Langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya dari aspek emosi ialah dengan sentiasa
memberikan motivasi terhadap murid. Dalam bilik darjah, guru perlu mempercayai akan
kebolehan muridnya khususnya dalam pembelajaran seperti yakin bahawa murid mampu
meningkatkan prestasi mereka. Murid yang mendapat motivasi akan minat untuk belajar
(Faizal, 2019). Justeru, guru boleh memberikan murid kata-kata semangat yang merangsang
mereka untuk terus belajar walaupun pada tahap yang lemah.

Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan memberikan peneguhan positif terhadap
murid. Sebagai contoh, apabila murid dapat menjawab soalan dengan betul, guru boleh
memberikan pujian atau hadiah bagi menghargai usaha mereka. Berdasarkan model
modifikasi tingkah laku Skinner, murid yang mendapat ganjaran akan terus melakukan
perkara yang diingini. Melalui cara ini, guru dapat memastikan emosi murid sentiasa positif
ketika proses PdP berlangsung.

ASPEK SOSIAL

Dari segi aspek sosial pula, langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya ialah dengan
mewujudkan interaksi dua hala antara guru-murid. Melalui interaksi ini, guru boleh
menggalakkan murid untuk bertanyakan soalan sekiranya tidak faham akan sesuatu topik.
Melalui cara ini, murid tidak lagi bersifat pasif di dalam kelas dan sekaligus dapat
meningkatkan keyakinan mereka untuk menceburi proses PdP.

Selain itu, langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan PdP yang bersifat
berkumpulan. Hal ini supaya murid dapat bekerjasama, hormat-menghormati, dan tolong
menolong sesama mereka tanpa mengira perbezaan individu. Dengan cara ini murid dapat
meningkatkan prestasi mereka dalam pembelajaran (Noor Lela, et al.,2019).

Di samping itu, langkah seterusnya ialah dengan mewujudkan aktiviti tahunan yang
membolehkan murid bersosial. Sebagai contoh, hari jamuan makan boleh dilakukan pada
akhir tahun yang dapat merangsang aktiviti sosial murid seperti berkongsi makanan rasmi
pelbagai etnik atau budaya pada hari tersebut dan gotong-royong membersihkan kelas.

4

Kesannya, akan lahirlah komuniti kelas yang mempunyai interaksi sosial yang positif hasil
daripada pergaulan tersebut. perkara ini disokong oleh teori pembelajaran sosial oleh Cornell
melalui (Noriati et. al, 2017) yang menerangkan bahawa proses peniruan tingkah laku positif
berlaku hasil daripada hubungan sosial yang akrab.

ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Dari aspek sosiolinguistik pula, langkahnya adalah dengan mewujudkan aktiviti berbahasa.
Dalam aktiviti ini, guru boleh menekankan terhadap penggunaan bahasa standard yang boleh
difahami oleh semua murid. Hal ini supaya tidak ada murid yang berasa rendah diri akibat
tidak menguasai sesuatu bahasa (Abdul Rasid Jamian & Zulkafli, 2008). Sebagai contoh
menjalankan aktiviti bercerita menggunakan bahasa kebangsaan. Dengan cara ini, murid
akan didedahkan dengan satu bahasa komunikasi yang membolehkan mereka berinteraksi
sesama mereka.

Selain itu, langkah seterusnya ialah menggunakan bahasa sapaan yang tepat dan
betul. Sebagai contoh, guru perlu berbahasa sopan dengan muridnya seperti bahasa dirinya
sebagai “saya” atau “cikgu”. Hal ini supaya murid berasa tenang dan selesa jika dibandingkan
penggunaan perkataan “aku”.

ASPEK PEDAGOGI RELEVAN BUDAYA

Menurut Gay (2000), pedagogi relevan budaya merupakan pendekatan yang menggunakan
pengetahuan budaya, pengalaman, rujukan dan gaya persembahan yang berbeza mengiku
perbezaan etnik murid dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. Bagi
mewujudkan sebuah bilik darjah mesra budaya, guru perlu mewujudkan hubungan yang baik
dengan murid dan membangunkan komuniti belajar dalam kalangan murid bekerja secara
kolaboratif dan bertanggungjawab terhadap kejayaan bersama. Sebagai contoh, aktiviti
gotong-royong membersihkan bilik darjah yang berlangsung melibatkan semua 4 murid tanpa
membezakan kelas sosial dan kaum. Semua pelajar perlu melibatkan diri supaya tiada jurang
perkauman antara murid bahkan penglibatan aktif murid mampu mengorak ke arah yang lebih
baik iaitu kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid. Mereka akan belajar untuk
bersama-sama melakukan sesuatu pekerjaaan dalam usaha untuk menjayakannay tanpa
mengira perbezaaan agama dan bangsa.

5

Selain itu, guru juga perlu memupuk semangat dan kesedaran dalam diri setiap murid
untuk mempunyai cita-cita yang besar untuk sampai ke puncak kejayaan dan memikul
tanggungjawab sosial demi meletakkan etnik mereka bersama-sama mencapai kemajuan.
Bilik darjah mesra budaya boleh diwujudkan dengan penglibatan dan semangat murid untuk
bersama-sama berjuang demi agama, bangsa dan negara.

RUMUSAN

Tuntasnya, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukan sahaja
bergantung kepada persekitaran fizikalnya sahaja malahan turut mengutamakan aspek
emosi, sosial dan sosiolinguistik murid. Suasana bilik darjah yang mesra budaya
sememangnya merupakan satu medium yang terbaik yang perlu disediakan oleh guru kepada
murid-murid untuk memaksimumkan penglibatan mereka semasa PDP. Guru perlu membina
persekitaran bilik darjah yang penyayang, menyokong serta inklusif bagi membolehkan murid
yang mempunyai pelbagai latar belakang berasa selesa untuk belajar. Justeru itu, guru
perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh dicapai dan
seterusnya mampu melahirkan model insan minda kelas pertama.

6

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan
menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja
di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2 – 4 Jun
2008.

Emmer, E. T., Everson, C. M. & Worsham, M. E. (1994). Classroom Management for
Secondary Teachers. Needham Heights, MA: Allyn & Bacon.

Faizal Mohamad. (2019). Motivasi pencetus kejayaan akademik pelajar. Perpustakaan
Politeknik Seberang Perai.

Gay. G. (2000). Culturally Responsive Teaching: Theory, Research & Practice. Merrill
Prentice Hall.

Haliza Hamzah & Jor Nesalamar Samuel. (2016). Pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
(2nd edition). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum bersepadu sekolah rendah. Dewan
Bahasa & Pustaka.

Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, & Rohaila Yusof. (2019). Kepentingan
amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 terhadap pembangunan pelajar.
International Jurnal of Education, Psychology and Counseling 4(28), 37-51.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, dan Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version