KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN
SEGAMAT, JOHOR
JBA 7001
SEJARAH
Kajian Kes Tahun 6
TAHUN 2022
TEMA : KEMAKMURAN NEGARA KITA
TAJUK : NEGARA MALAYSIA
STANDARD KANDUNGAN : PEMBENTUKAN MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH :
ARYAN FAHIM BIN MOHD HAFIZ
100814-01-0987
6 DELIMA
1
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Isi Kandungan
Penghargaan...........................................................................................................3
Pendahuluan ...........................................................................................................4
Objektif Kajian.........................................................................................................5
Kaedah Kajian .........................................................................................................6
Hasil Kajian..............................................................................................................7
1.0 Idea dan sebab – sebab Pembentukan Malaysia...............................7
2.0 Sebab – Sebab Pembentukan Malaysia...............................................8
3.0 Langkah – langkah ke arah Pembentukan Malaysia....................... 10
4.0 Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan Malaysia....12
6.0 Negeri – negeri yang Terlibat dalam Pembantukan Malaysia.......17
7.0 Cabaran ke arah Pembentukan Malaysia.......................................... 18
Kesimpulan........................................................................................................... 20
Rujukan....................................................................................................................21
2
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Penghargaan
Gambar penulis. Bismillahirahmanirahim.
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat
serta nikmat, masa dan tenaga yang dianugerahkan kepada
saya dapat juga menyiapkan kajian kes ini dengan jayanya.
Pertama sekali saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada guru Sejarah saya, Cikgu Zanariah
Binti Jani kerana tunjuk ajar serta bimbingan daripada
beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugas in
dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya
pemudahcara untuk menyiapkan kajian kes ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan
tugas ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada
rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap
setiap apa yang saya telah lupa. Mereka membantu saya
dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan
kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara langsung atau
sebaliknya dalam pembikinan kajian kes ini.
Sekian, terima kasih.
–Aryan Fahim
3
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Pendahuluan
Pembentukan Malaysia melibatkan penggabungan Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura dalam satu sistem
kerajaan Persekutuan. Unit ini membincangkan idea dan sebab – sebab
Pembentukan Malaysia oleh pemimpin tempatan dan British.
Selain itu, kajian kes ini akan turut membincangkan langkah –
langkah, tokoh – tokoh dan negeri – negeri yang terlibat serta cabaran
dalam Pembentukan Malaysia.
4
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Objektif Kajian
Murid – murid akan dapat :
1. Menyatakan idea pembentukan dan
sebab – sebab Pembentukan Malaysia.
2. Menerangkan langkah – langkah ke arah
Pembentukan Malaysia.
3. Menjelaskan tokoh – tokoh dan negeri –
negeri yang terlibat dalam Pembentukan
Malaysia.
4. Menghuraikan cabaran ke arah Pembentukan
Malaysia.
5. Menyatakan kepentingan permuafakatan
dalam Pembentukan Malaysia
6. Menjelaskan kepentingan menghargai
jasa dan kebijaksanaan pemimpin.
7. Menghuraikan kepentingan mengekalkan
kemakmuran dan perpaduan di Malaysia.
5
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Kaedah Kajian
Kajian ini akan menggunakan kaedah kajian iaitu kajian kes untuk
mengumpul maklumat bagi mencapai matlamat kajian.
Kajian kes dipilih sebagai strategi kajian dan analisis dokumen
sebagai teknik kajian. Penilaian dan analisis kandungan dokumen iaitu
Buku Teks Sejarah Tahun 6 dilakukan dalam konteks pengumpulan data.
6
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Hasil Kajian
1.0 Idea dan sebab – sebab Pembentukan Malaysia
Idea pembentukan Malaysia melibatkan pemimpin tempatan dan
pihak British. Cadangan awal oleh Lord Brassey, pengarah British North
Borneo Company [Syarikat Borneo Utara British] pada tahun 1887.
Beliau mencadangkan penggabungan Sarawak, Sabah, Negeri – negeri
Melayu dan Negeri – negeri Selat.
Tokoh – tokoh tempatan seperti Ibrahim Haji Yaakob dan Harun
Aminurrashid juga memperjuangkan idea penggabungan melalui konsep
Melayu Raya pada tahun 1938.
Terdapat juga idea daripada Malcolm Macdonald, Gabenor Jeneral
British di Asia Tenggara pada tahun 1951. Beliau mengadakan beberapa
perbincangan dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak,
Sabah dan Singapura berkaitan dengan penggabungan ini.
Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj, Ketua Menteri Persekutuan
Tanah Melayu pernah memberikan idea penggabungan ini pada tahun
1955. Beliau mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei
menyertai Persekutuan Tanah Melayu.
7
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
2.0 Sebab – Sebab Pembentukan Malaysia
Terdapat sebab – sebab Pembentukan Malaysia, antaranya ialah :
1 : Menjamin Keselamatan Negara
I : Singapura menghadapi ancaman komunis yang boleh menggugat
keselamatan Persekutuan Tanah Melayu.
II : Selain Singapura, Sarawak turut berhadapan dengan ancaman
komunis.
III : Ancaman komunis dapat dibendung melalui Pembentukan Malaysia.
Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman bagi menghadapi
ancaman komunis.
2 : Mencapai Keseimbangan Kaum
I : Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja
akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan antara kaum.
II : Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah
dan Brunei menjadikan bilangan penduduk seimbang antara kaum.
8
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
3 : Mempercepat Kemerdekaan
I : Pembentukan Malaysia mampu mempercepat kemerdekaan Sarawak,
Sabah, Singapura dan Brunei.
II : Perkara ini memerlukan permuafakatan dan sokongan daripada
semua pihak.
4 : Membangunkan Sosioekonomi
I : Pembentukan Malaysia akan mempercepat pembangunan
infrastruktur, social dan ekonomi.
II : Penggabungan ini akan meningkatkan taraf hidup rakyat.
9
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
3.0 Langkah – langkah ke Arah Pembentukan Malaysia
27 MEI 1961 : Tunku Abdul Rahman Mmengumumkan cadangan
pembentukan Malaysia di Hotel Adelphi, Singapura.
JULAI 1961 : Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan ke Sarawak untuk
menerangkan kepada pemimpin tempatan tentang idea pembantukan
Malaysia.
23 JULAI 1961 : Penubuhan JSKM bertujuan untuk meyakinkan pemimpin
Sarawak dan Sabah tentang Pembentukan Malaysia
17 JANUARI 1962 : Suruhanjaya Cobbold dibentuk bagi mendapatkan
reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah.
21 JUN 1962 : Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan reaksi
tersebut kepada British dan Persekutuan Tanah Melayu. Laporan ini
mendapati dua pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong
Pembentukan Malaysia.
30 OGOS 1962 : Mesyuarat JAK persediaan diadakan. JAK dianggotai
oleh wakil British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
Jawatankuasa ini bertujuan untuk menyediakan rangka perlembagaan
bagi melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.
10
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
1 SEPTEMBER 1962 : Rundingan dilakukan antara Persekutuan Tanah
Melayu dengan Singapura. Refrendum, iaitu pemungutan suara rakyat
diadakan di Singapura. Keputusan referendum menunjukkan rakyat
Singapura bersetuju dengan Pembentukkan Malaysia.
9 JULAI 1963 : Perjanjian Malaysia ditandatangi di Malborough House,
London.
12 OGOS 1963 : Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu [PBB],
mewujudkan United Nations Malaysia Mission [UNMM] untuk
mengesahkan persetujuan penduduk Sarawak dan Sabah.
16 SEPTEMBER 1963 : Pemasyhuran Malaysia diadakan di Kuala Lumpur,
Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan City Hall, Singapura.
11
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
4.0 Tokoh dan Negeri yang Terlibat dalam Pembentukan
Malaysia
Permuafakatan yang wujud antara pemimpin menjadi obor
kejayaan Pembentukan Malaysia. Kesungguhan dan kerjasama
semua pihak membawa kejayaan sehingga terbentuknya Malaysia.
TOKOH – TOKOH YANG TERLIBAT DALAM PEMBENTUKAN
MALAYSIA
Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj
Pemimpin United Malays National
Organisation [UMNO].
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu.
Mengetuai perwakilan Persekutuan Tanah
Melayu dalam Perjanjian Malaysia di London.
Tun Abdul Razak Hussein
Pemimpin United Malays National
Organisation [UMNO].
Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu.
Memainkan peranan dalam JAK.
12
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Tun Temenggung Jugah anak Barieng
Pemimpin Parti Pesaka Anak Sarawak
[PESAKA].
Menganggotai JSKM.
Salah seorang yang menandatangani
Perjanjian Malaysia yang diadakan di London
pada tahun 1963.
Tun Datu Mustapha Datu Harun
Pemimpin United Sabah National Organisation
[USNO]
Memberikan penjelasan tentang pembentukan
Malaysia kepada penduduk Sabah.
Lee Kuan Yew
Pemimpin People’s Action Party [PAP]
Menyokong idea pembentukan Malaysia bagi
membendung ideology komunis di Singapura.
13
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan
Pemimpin Sarawak National Party [SNAP]
Memainkan peranan penting untuk
membentuk Perikatan Sarawak dan
menyokong usaha Pembentukan Malaysia.
Donald Stephens [Tun Muhammad Fuad
Stephens]
Pemimpin United National Kadazan
Organization [UNKO]
Mencadangkan penubuhan JSKM untuk
menjayakan rancangan Pembentukan
Malaysia.
Datu Bandar Abang Haji Mustapha
Pemimpin Parti Negara Sarawwak [PANAS].
Menyokong Pembentukan Malaysia.
Salah seorang yang menandatangani
Perjanjian Malaysia yang diadakan di London
pada tahun 1963.
14
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Tun Muhammad Ghazali Shafie
Pemimpin United Malays National
Organisation [UMNO]
Menganggotai Suruhanjaya Cobbold.
Memainkan peranan penting dalam
Pembentukan Malaysia, terutama semasa
bertugas sebagai Ketua Setiausaha Tetap
Kementerian Luar.
Tan Sri Wong Pow Nee
Pemimpin Malayan Chinese Associatian
[MCA].
Wakil Persekutuan Tanah Melayu dalam
Suruhanjaya Cobbold.
Menemu ramah dan meneliti memorandum
penduduk Sarawak dan Sabah tentang
Pembentukan Malaysia
Tun V.T. Sambanthan
Pemimpin Malayan Indian Congress [MIC].
Meneliti draf laporan Suruhanjaya Cobbold
bersama – sama Jawatankua Kabinet
Persekutuan Tanah Melayu.
15
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
5.0 Kajian Dokumen
Dokumen di atas ialah dokumen Pemasyhuran Malaysia.
16
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
6.0 Negeri – negeri yang Terlibat dalam Pembantukan
Malaysia
Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 hasil gabungan Persekutuan
Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
Pembentukan Malaysia Berjaya mengekalkan kemakmuran negara
hingga kini. Oleh sebab itu, pada 16 September setiap tahun, kita
menyambut Hari Malaysia sebagai tanda syukur dan bangga atas
permuafakatan serta perpaduan rakyat Malaysia.
17
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
7.0 Cabaran ke Arah Pembentukan Malaysia
Proses Pembentukan Malaysia melalui pelbagai cabaran. Bermula
dengan usaha untuk menjelaskan matlamat Pembentukan Malaysia
sehinggalah menghadapi penentangan daripada negara Indonesia dan
Filipina.
Tunku Abdul Rahman Putra Al – Haj dan pemimpin negara kita telah
berusaha untuk meyakinkan masyarakat akan tujuan Pembentukan
Malaysia.
Penolakan rancangan Pembentukan Malaysia Sarawak United
People’s Party [SUPP] kerana mahu membentuk sebuah persekutuan
sendiri terdiri daripada Brunei, Sarawak dan Borneo Utara.
.
18
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Dari tahun 1963 hingga tahun 1966, Indonesia mengisytiharkan
konfrontasi terhadap Malaysia kerana menganggap Pembentukan
Malaysia mengancam kedudukan negaranya.
Cabaran seterusnya datang daripada negara Filipina. Filipina
mendakwa Sabah sebahagian daripada wilayahnya.
“Carik – carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga”. Hubungan
tegang Malaysia dengan Indonesia dan Filipina akhirny kembali pulih.
Ketegangan hubungan dapat ditangani hasil permuafakatan pemimpin
negara – negara tersebut. Kerjasama antara negara dijalinkan demi
kemakmuran dan perpaduan serantau.
19
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Kesimpulan
Melalui kajian kes ini, saya telah mengetahui tentang sejarah
pembentukan Malaysia. Permuafakatan antara pemimpin negara amat
penting untuk menjayakan Pembentukan Malaysia. Pengamalan sistem
demokrasi juga amat penting di mana rakyat telah diberi peluang untuk
membuat keputusan.
Pada 16 September 1963, terbentuklah Malaysia setelah melalui
pelbagai cabaran. Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya berasa
bangga akan kesungguhan setiap warga bagi menjayakan Pembentukan
Malaysia ini.
Idea Pembentukan Malaysia telah lama dikemukakan oleh pemimpin
tempatan dan pihak British. Idea in muncul disebabkan oleh cabaran dan
keadaan ketika itu. Oleh itu, wajarlah kita menghargai jasa dan
kebijaksanaan pemimpin yang mencetuskan idea ini.
20
KAJIAN KES SEJARAH TAHUN 6
Rujukan
1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). e-Buku Teks Sejarah Tahun 6 KSSR
Semakan 2017 https://anyflip.com/owtkv/rodr/basic. Kuala Lumpur.
2. https://www.youtube.com/watch?v=K16up3WMNPI
3. https://www.cikguaime.com/2021/05/panduan-menyiapkan-kerja-kursus-
sejarah.html
21