OLEH : CIKGU ANIM
Titik pulang modal
merupakan satu kaedah
atau teknik yang boleh
digunakan oleh perniagaan
untuk merancang dan
mengetahui hasil yang
diperoleh bersamaan
dengan jumlah kos yang
ditanggung.
Rajah di sebelah
menggambarkan titik
pulang modal (TPM).
Paksi menegak
menunjukkan jumlah hasil
atau kos sementara paksi
mendatar menunjukkan
kuantiti produk.
Titik S1 menggambarkan
jumlah hasil sama dengan
jumlah kos yang digunakan,
dengan kuantiti bersamaan
Q1 dan hasil bersamaan
H1.
Pada titik S1, perniagaan
mendapat titik pulang modal,
iaitu perniagaan tidak mendapat
keuntungan atau tidak mengalami
kerugian.
Perniagaan akan rugi jika
mengeluarkan kuantiti produk
kurang daripada Q1 dan
perniagaan mendapat
keuntungan jika mengeluarkan
kuantiti produk melebihi Q1.
Q1 merupakan kuantiti
yang menun jukkan TPM.
Oleh itu, jumlah bola sepak
yang perlu dijual oleh
Syarikat Sukan Maju untuk
mendapat pulang modal
bagi operasi perniagaan
dalam tempoh satu tahun
adalah sebanyak 20,000 biji
bola sepak.