The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haslina1209, 2022-04-09 20:54:44

BUKU PANDUAN NILAM

BUKU PANDUAN

PROGRAM NILAM

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM NILAM DI SEKOLAH

Disediakan Oleh
Unit Pembangunan Pusat Sumber Pendidikan
Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia
2020

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 2

PROGRAM MEMBINA TABIAT MEMBACA

1. LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negera
ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih
rendah. (Dapatan kajian BTP 2005, PNM 2010/2015)

1.1 Dapatan Kajian terkini mengenai tabiat membaca yang dijalankan oleh
Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 (Melalui Frank Small &
Associates) menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar
literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi Negara mencapai 93%
manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87%
sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua
buah buku setahun.

1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun
menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun 1995 ialah
84%.

Pada masa ini terdapat aktiviti-aktiviti atau projek-projek galakan membaca
yang telah sedang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, sama ada
aktiviti asas, pemupukan atau pengayaan yang perlu diteruskan.

2. RASIONAL

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam
sesebuah masyarakat berkemahiran tinggi ialah melalui amalan tabiat
membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan
pelbagai program galakan membaca seperti Anugerah NILAM Kebangsaan,
Kem Galakan Membaca, Bengkel Penulis Muda, Khemah Membaca, Kem
Literasi Maklumat di sekolah-sekolah.

Secara keseluruhan program-program galakan membaca yang dilaksanakan
sebelum ini telah mencapai objektif yang disasarkan, namun demikian, masih
terdapat keperluan untuk menambahbaik program bagi meningkatkan kualiti
pembacaan. Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baharu bagi
melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan
memenuhi keperluan semulajadi dan persekitaran murid-murid.

3. ASAS PERTIMBANGAN

Menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk menambahbaik
pelaksanaan program, perkara-perkara berikut menjadi asas pertimbangan.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 3

3.1 Pemantapan budaya pembacaan berkualiti dalam kalangan murid
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, penguasaan literasi maklumat
dan digital sepanjang hayat untuk menghadapi cabaran negara maju.
Natijah kepada pemantapan budaya pembacaan ini akan melahirkan
murid yang berupaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.

3.2 Peningkatan tahap kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus
menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat
membaca berkualiti untuk menyedia dan mempersiapkan murid-murid
dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing di
peringkat global.

3.3 Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi elemen
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dan juga
pendemokrasian pendidikan meliputi pelbagai tahap keupayaan murid
seperti yang dinyatakan di dalam dokumen PPPM, Akta Pendidikan
1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013 dan
Education For All (unesco)

3.4 Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum. Semua warga
sekolah bertanggungjawab dalam mewujudkan iklim yang
menggalakkan budaya membaca di sekolah.

3.5 Meningkatkan pelibatan masyarakat/komuniti/setempat/ pertubuhan-
pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembinaan tabiat
membaca berkualiti dalam kalangan murid.

3.6 Pencapaian Malaysia khususnya dalam literasi bacaan PISA pada
tahun 2012 menunjukkan penurunan yang membimbangkan. Dalam
PISA 2009, Malaysia menduduki tangga ke-55 daripada 74 buah
negara yang turut serta, manakala dalam PISA 2012, kedudukan
dalam bacaan merosot ke tangga 59 daripada 65 buah negara. Purata
skor bacaan murid Malaysia merosot daripada 414 mata pada PISA
2009 kepada 398 mata pada PISA 2012. Berdasarkan laporan kajian
PISA, 52.5% murid Malaysia gagal mencapai Tahap 2, yang menurut
Organization for Economic Cooperation and Development (OECD),
tahap minimum untuk membolehkan seseorang menyertai kehidupan
masyarakat secara berkesan dan produktif setelah tamat persekolahan

3.7 Selaras dengan hasrat “Pendidikan Untuk Semua” dan konsep
kesamarataan akses terhadap peluang pendidikan yang berkualiti
seperti yang dinyatakan dalam anjakan 1 Transformasi Sistem
Pendidikan, terdapat keperluan untuk menstruktur semula pendekatan,
pelaksanaan dan penilaian program NILAM yang ditambah baik

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 4

dengan peluasan kepada kepelbagaian jenis sekolah seperti Sekolah
Pendidikan Khas, Sekolah Integriti, Sekolah Dalam Hospital, Sekolah
Titian Kasih dan Sekolah Menengah Teknik.

4. PENDEKATAN

Berdasarkan pertimbangan di atas, pendekatan yang wajar diambil dalam
pembinaan tabiat membaca mesti berupa galakan yang berterusan.
Perkara-perkara utama adalah sebagaimana gambarajah berikut :

PUSAT SUMBER SEKOLAH

AKTIVITI

KUMPULAN SASAR

MASA BAHAN

PENGLIBATAN IBU BAPA

Rajah 1 : Pendekatan Program

4.1 Kumpulan sasar (merujuk kepada objektif dan asas
pertimbangan)

Usaha membentuk budaya suka membaca dalam kalangan generasi
kini perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Dalam konteks
institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diberi
tumpuan utama. Pada masa yang sama aktiviti ini juga dilaksanakan
dalam kalangan murid sekolah menengah. Pelaksanaan program yang
dicadangkan, adalah secara berterusan bermula dengan murid pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 5

4.2 Aktiviti Galakan Membaca

Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah
perlu diterus, ditambah baik, diperluas dan ditambah dengan aktiviti-
aktiviti baharu yang sesuai dengan perkembangan trend semasa.
Usaha ini perlulah disokong dengan pelbagai promosi melalui media
massa, media sosial serta penglibatan tokoh-tokoh ilmuan,
professional, hiburan, sukan dan politik. Dalam konteks ini, pihak
sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis
dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembang dan
melestarikan budaya membaca.

4.3 Bahan Bacaan

Bahan bacaan terdiri daripada dua jenis bahan iaitu buku dan bahan
bukan buku yang terdiri dari pelbagai format dan diperoleh dari
pelbagai sumber.

Buku
Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada dalam
bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh diperolehi dari
koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah, Perpustakaan Awam,
Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desa, koleksi peribadi, koleksi
digital yang disimpan di storan digital dan juga dari internet.

Bahan bukan buku
Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku seperti
artikel, jurnal, majalah, komik, laporan, risalah, brosur dan lain-lain.

4.4 Masa

Menurut Kajian Tabiat Membaca (UPM,1997) kira-kira 15% sahaja
pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan
membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak
berterusan. Oleh itu masa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah perlu dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kemahiran dan
minat membaca. Disarankan supaya cadangan-cadangan di bawah ini
dapat dilaksanakan :-

a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam proses PdP secara
merentas kurikulum;

b. Pengisian masa di luar masa PdP dan juga waktu rehat;

c. Pengisian aktiviti berkaitan pembacaan dan kemahiran selepas
pembacaan semasa perhimpunan ataupun program-program
anjuran sekolah.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 6

d. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti/kemahiran PSS sewaktu
minggu orientasi murid baharu yang melibatkan pengajaran
kemahiran membaca;

e. Kesinambungan minat membaca di luar waktu persekolahan.
Perlunya penglibatan dan kerjasama ibu bapa dan masyarakat
setempat untuk terus memupuk minat tersebut

4.5 Pusat Sumber Sekolah

Kejayaan sesuatu program pembacaan dan aktiviti pengayaan selepas

pembacaan banyak bergantung kepada pengurusan PSS yang cekap.

Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan Guru Perpustakaan

dan Media (GPM) amat penting untuk menerajui pengurusan PSS

sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. PSS diharapkan

menyediakan wadah sebagai pusat ilmu, pusat penemuan, pusat

pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan

sosial. Pembangunan dan penyediaan sumber dan perkhidmatan PSS

perlulah bersesuaian dengan konsep Bilik Darjah Abad 21 yang

sedang dibangunkan secara berperingkat-peringkat di sekolah. Selain
dari keperluan fizikal yang selesa, PSS juga perlu menjadi ”one stop
centre” untuk penyediaan sumber dan juga koleksi bacaan yang

mencukupi bagi kegunaan warga sekolah. Aktiviti meningkatkan

keberkesanan PSS juga harus dijalankan seperti Anugerah Pusat

Sumber Sekolah Cemerlang, kemahiran penggunaan PSS dalam

minggu orientasi murid baru dan lain-lain aktiviti.

4.6 Penglibatan ibu bapa, masyarakat dan sokongan agensi
kerajaan/bukan kerajaan

Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan
sekiranya ada kesinambungan di luar persekitaran sekolah. Ibu bapa
seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak
untuk terus membaca. Di samping memberi galakan dan dorongan
secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca
bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang menggalakkan
minat membaca. Agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan juga
berperanan untuk bersama-sama membentuk minat membaca kepada
murid-murid dan juga masyarakat melalui penganjuran program-
program pembacaan. Mereka yang terlibat dalam industri penerbitan
dan penyediaan bahan bacaan turut memainkan peranan yang besar
dalam membentuk, membudaya dan mengekalkan minat membaca
dalam kalangan murid-murid kita.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 7

5. PROGRAM NILAM

Program NILAM merupakan kesinambungan kepada program NILAM
terdahulu. NILAM yang ditambah baik lebih berfokus kepada kualiti
pembacaan berbanding kuantiti bahan di baca dalam NILAM terdahulu.
NILAM yang ditambahbaik merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti
dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan
(peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang akan
melihat kepada aspek kualiti selepas pembacaan. Bahan-bahan yang boleh
dibaca lebih pelbagai dan tidak terikat kepada buku berbentuk fizikal sahaja.

NILAM

AKTIVITI
PENGAYAAAN

SELEPAS
PEMBACAAN

Buku Berbentuk E- Book Bahan Bahan Bukan
Fizikal Bercetak Bercetak

BUKU MEREKOD BAHAN BUKAN
BAHAN BUKU
BACAAN

AKTIVITI
PEMBACAAN

Rajah 2: Model Program NILAM

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 8

5.1 Matlamat

Matlamat Program NILAM ialah melestarikan budaya membaca
sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid selaras dengan hasrat
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-
2025)

5.2 Objektif

Pelaksanaan program-program galakan pembacaan berkualiti
bertujuan untuk :-

a. Melestarikan budaya membaca berkualiti sepanjang hayat dalam
kalangan murid-murid

b. Membentuk kognitif, afektif dan psikomotor murid untuk terus
menjana dan melahirkan idea kreatif dan inovatif melalui tabiat
membaca berkualiti.

c. Memenuhi falsafah pendidikan kebangsaan yang mencakupi
elemen jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS)

d. Menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan
program dan aktiviti galakan membaca

e. Meningkatkan pelibatan masyarakat / komuniti setempat /
pertubuhan-pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dalam
pembinaan tabiat membaca berkualiti dalam kalangan murid.

5.3 Tahap Pelaksanaan

Pelaksanaan program NILAM ini lebih memberi perhatian kepada
kualiti bahan bacaan yang dibaca di samping mengekal kuantiti
bacaan. Dari segi kualiti, murid mempunyai banyak pilihan bahan
bacaan sama ada bahan buku, atau bahan bukan buku seperti brosur,
poster, risalah, artikel, komik, majalah, laporan, jurnal, bahan
pembelajaran digital yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan
format.

Jumlah bacaan buku oleh murid yang terdapat dalam objektif NILAM
terdahulu masih dikekalkan (yang bersifat kuantitatif) tetapi telah
ditambah baik dari sudut kualitatif melalui kualiti buku yang baca.
Pengukuran kualiti buku diukur melalui yang dibaca.

5.4 Kawalan

Sekolah membentuk satu mekanisma pengurusan program galakan
membaca dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas membaca di
sekolah. Masa untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti ini boleh dibuat di
dalam kelas semasa PdP secara merentas kurikulum dan juga aktiviti-
aktiviti di luar kelas. Semua bacaan ini direkodkan dan diurus secara

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 9

sistematik. Pengesanan pembacaan dibuat melalui rekod bacaan yang
diisi oleh murd-murid. Rekod bacaan boleh disediakan berdasarkan
contoh-contoh yang dilampirkan, (Rujuk Lampiran) Boleh Diubahsuai
Untuk Keberkesanan Penggunaan. Pihak pengurusan sekolah perlu
memastikan semua murid mempunyai rekod bacaan dan jumlah
pembacaan serta penghasilan selepas pembacaan mereka setiap
tahun disedia dan dikemaskini. Tanggungjawab dalam galakan
membaca dan pembentukan kemahiran selepas membaca tidak
terletak kepada guru kelas/tingkatan dan guru-guru bahasa sahaja,
tetapi diperluaskan kepada semua guru mata pelajaran dan juga ibu
bapa di rumah.

6. STRATEGI PELAKSANAAN

6.1 Pelaksanaan

Pelaksanaan Program NILAM di peringkat negeri dilaksanakan di
bawah seliaan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) sebagai urus setia. Pelaksanaan program
NILAM di peringkat JPN termasuklah memastikan pelaksanaan
program NILAM itu sendiri seperti yang telah dinyatakan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.1/2005, menyelia, menilai dan melapor untuk
tujuan penambahbaikan dan penyuburan.

Dokumen panduan pelaksanaan program perlu disediakan mengikut
kesesuaian sekolah. Walau bagaimanapun kerangka asas yang
menjadi asas kepada konsep dan pelaksanaan Program NILAM yang
ditambah baik yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
perlulah dipatuhi. Sekolah juga boleh menghasilkan aktiviti yang
berkesan dan inovatif mengikut kreativiti masing-masing. Perkara yang
perlu dihuraikan dengan jelas dalam dokumen panduan tersebut:

a. Cadangan jenis aktiviti dan cara pelaksanaannya;
• Pelancaran NILAM,
• Promosi NILAM
• Bicara Buku
• Resensi Buku
• Literasi Maklumat
• Bicara buku dengan Penulis
• Penghasilan karya penulisan
• Buku skrap
• Folio
• Koleksi keratan akhbar
• Pengucapan awam/Kemahiran berkomunikasi
• Kemahiran membaca

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 10

• Jejak Maklumat
• Forum buku/pidato buku/debat buku
• Pertanding reka cipta/melukis
• aktiviti lain mengikut kesesuaian dan keperluan.

b. Peranan warga sekolah

• Pentadbir
• GPM
• Guru Penyelaras Pusat Sumber
• Guru mata pelajaran

c. Penglibatan ibu bapa dan komuniti

• Perpustakaan keluarga
• Membantu, memantau dan menyokong aktiviti bacaan.
• Aktiviti-aktviti kemasyarakatan
• Penglibatan ibu bapa dalam Program Khidmat Bantu PSS.

d. Jenis bahan bacaan
• Bahan buku bercetak / buku digital
Buku fizikal, e-Book, interactive book, audio book, wordless
book

Bahan bukan buku
• Jurnal
• Brosur berilmiah/risalah berilmiah
• Majalah
• Artikel/ Rencana
• Komik
• Laporan
• Peta
• Cerpen
• Katalog berilmiah
• Manual Pengguna
• Carta
• Poster
• Buletin
• Buku Skrap

e. Rekod bacaan
• Sistem IQ-NILAM / borang rekod NILAM
• Borang perekodan digital (pilihan)

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 11

f. Pengesanan dan penilaian
• Jumlah bahan bacaan (buku, bahan bukan buku dan bahan
digital)
• Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain
• Pelaksanaan aktiviti pengayaan selepas pembacaan
• Pengiktirafan bintang berdasarkan jumlah bahan bacaan

6.2 Jawatankuasa pelaksanaan Program NILAM perlu ditubuhkan di
semua negeri yang bertanggungjawab kepada BSTP selaku urus setia
Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca, KPM. Jawatankuasa
ini juga bertugas merancang dan melaksanakan Program NILAM di
peringkat negeri.

7. KESIMPULAN

Program NILAM adalah satu pendekatan yang memberi peluang dan galakan
kepada murid-murid menggunakan keupayaan diri membentuk dan
membudayakan tabiat membaca. Kepelbagaian jenis bahan bacaan yang
disokong dengan pembinaan pengetahuan dan kemahiran selepas
pembacaan diharap dapat melestarikan budaya membaca itu dalam kalangan
murid-murid. Pelaksanaan program secara sistematik disokong dengan
dokumen dan rekod yang sahih dapat dijadikan sumber rujukan bagi pihak-
pihak yang berminat mengkaji atau menjadikannya sebagai contoh untuk
dilaksanakan.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 12

1. PANDUAN PELAKSANAAN

Program NILAM yang dilaksanakan di sekolah memerlukan satu strategi yang
berkesan. Langkah-langkah berikut perlu dijalankan oleh pihak sekolah untuk
semua warga sekolah memahami dan menghayati program ini.

1.1 Taklimat Pengetua / Guru Besar

Sebagai pentadbir sekolah, Guru Besar atau Pengetua harus
memahami konsep dan matlamat program untuk dijelaskan kepada
warga sekolahnya. Perkara-perkara yang perlu dijelaskan adalah
seperti berikut :

a. Latar Belakang gerakan membaca
b. Apa itu NILAM
c. Tujuan NILAM
d. Aktiviti NILAM (pembacaan)
e. Aktiviti NILAM (selepas pembacaan)
f. Bahan bacaan
g. Sistem kawalan

1.2 Mesyuarat Guru

Kefahaman guru-guru terhadap program membolehkan mereka
merangka beberapa strategi pelaksanaan yang berkesan. Strategi
yang dimaksudkan ialah :

a. Menyediakan carta organisasi
- Menentukan peranan guru GPM, guru PSS, guru kelas
dan guru mata pelajaran
- Menyediakan senarai tugas / penglibatan semua staf.

b. Merancang, menyusun dan memantau aktiviti

c. Kecukupan bahan bacaan dan strategi untuk menambah koleksi

d. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi :
- Pelaksanaan aktiviti pembacaan
- Pelaksanaan aktiviti pengayaan selepas pembacaan
- Pengumpulan data
- Pengesahan data
- Pengawalan
- Penilaian.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 13

1.3 Pengesanan, pengawalan dan penilaian Program

Keberkesanan program ini ditentukan melalui perkara-perkara berikut :

a. Memastikan semua guru terlibat dalam pelaksanaan program.

b. Meminta murid untuk merekodkan bacaan dan aktiviti selepas
bacaan mereka ke dalam buku atau borang perekodan NILAM.

c. Guru-guru kelas bertanggungjawab untuk menyemak, menilai
rekod bacaan murid dan merekod rumusan bacaan murid dalam
borang rumusan kelas.

d. Memastikan pengumpulan data dilaksanakan pada masa yang
ditentukan oleh Jawatankuasa Pusat sumber Sekolah.

e. Masalah dan halangan dalam pelaksanaan program dimaklumkan
di dalam mesyuarat-mesyuarat bersama guru-guru.

f. Menentukan insentif-insentif kepada murid-murid yang terlibat
secara aktif di peringkat sekolah.

f. Mengumpul dan menyerahkan data NILAM kepada penyelaras
program.

f. Menyerahkan fail/dokumen rekod bacaan murid kepada guru
penyelaras NILAM pada hujung tahun untuk diasingkan mengikut
kelas baharu pada tahun berikutnya

2. BAHAN

2.1 Penyediaan bahan bacaan yang mencukupi adalah faktor utama untuk
memastikan keberkesanan dan kejayaan program. Selain daripada itu,
buku/dokumen panduan pelaksanaan dan juga buku/borang
perekodan bacaan NILAM menjadi bahan sokongan untuk
pengesanan, pengawalan dan penilaian program secara keseluruhan.

a. Bahan bacaan

Bahan bacaan terdiri daripada tiga jenis bahan iaitu buku, bahan
bukan buku dan bahan digital yang terdiri dari pelbagai format
dan diperoleh dari pelbagai sumber.

Buku

Buku yang boleh digunakan ialah semua jenis buku samada
dalam bentuk fizikal mahupun digital (ebook). Buku boleh

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 14

diperolehi dari koleksi sedia ada di Pusat Sumber Sekolah,
Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan
Desa, koleksi peribadi, koleksi digital yang disimpan di storan
digital dan sebagainya.

Bahan bukan buku

Bahan bukan buku ialah bahan bacaan selain daripada buku
seperti surat khabar, jurnal, majalah, komik, laporan, brosur dan
lain-lain.

Bahan Bacaan Digital

Bahan bacaan yang boleh diperolehi secara pautan dalam talian
daripada pelbagai platfom.

b. Sistem Perekodan Bahan/Borang Perekodan Bacaan

Sistem perekodan bahan bacaan secara dalam talian boleh
diakses oleh murid melalui pautan iqnilam.moe.gov.my. Log
masuk dan kata laluan menggunakan Id DELIMa murid. Borang
perekodan bacaan NILAM juga boleh digunakan untuk merekod
aktiviti bacaan buku/bahan yang dilakukan oleh murid. Borang
ini merupakan pilihan jika sekolah tiada talian internet. Pihak
sekolah boleh merujuk format rekod bacaan yang telah
disediakan. (Sila rujuk lampiran) Cadangan format perekodan
bahan bacaan NILAM ini boleh diubahsuai mengikut keperluan
sekolah.

c. Bahan/dokumen panduan

Buku panduan NILAM – Panduan Pelaksanaan di Sekolah akan
menjadi dokumen rujukan utama bagi panduan pelaksanaan
program NILAM di sekolah-sekolah. Contoh-contoh aktiviti akan
dimasukkan ke dalam buku panduan ini sebagai rujukan kepada
pihak sekolah. Pihak sekolah boleh mengolah semula cadangan
aktiviti tersebut mengikut kreativiti dan kesesuaian murid-murid
di sekolah.

2.2 Kesesuaian Bahan Bacaan

a. Prasekolah dan Sekolah Rendah

Bilangan muka surat : Minima buku kanak-kanak
Saiz font : 12 – 18
Illustrasi yang menarik dan berwarna-warni
Struktur ayat yang mudah kepada kompleks

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 15

Gaya bahasa yang menarik

b. Sekolah Menengah

Mengikut lexile murid
Berdasarkan kebolehan dan minat murid
Buku fiksyen dan bukan fiksyen
Novel remaja yang bersesuaian
Bahan yang membolehkan murid berfikir secara konkrit dan
matang
Buku yang bertema dan plot yang lebih kompleks

3. PERANAN

Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program ini, semua pihak perlu
bekerjasama dalam memahami dan melaksanakan tugas mengikut fungsi
masing-masing. Setiap peringkat bahagian di organisasi yang dinyatakan di
bawah ini mempunyai peranan tertentu seperti berikut :

3.1 Peranan di peringkat Bahagian dan Jabatan

a. Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan

• Menentukan dasar dan garis panduan
• Merancang dan mengurus program dan aktiviti
• Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
• Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan
• Memantau pelaksanaan
• Menyediakan laporan pelaksanaan
• Penilaian program
• Menyediakan Buku Panduan Program NILAM
• Urus setia Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca KPM

b. Jabatan Pendidikan Negeri

• Mempengerusikan Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat
Membaca peringkat negeri

• Merancang dan mengurus program dan aktiviti
• Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
• Melaksanakan pemilihan Tokoh NILAM Negeri
• Memantau pelaksanaan
• Menyediakan laporan pelaksanaan

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 16

• Penilaian program

c. Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri

• Urus Setia Jawatankuasa Kerja Gerakan Tabiat Membaca
peringkat negeri.

• Merancang dan mengurus program dan aktiviti.
• Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta.
• Menguruskan pemilihan Tokoh NILAM negeri.
• Memantau pelaksanaan.
• Menyediakan laporan pelaksanaan
• Penilaian program

d. Pejabat Pendidikan Daerah

• Mempengerusikan Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat
Membaca peringkat daerah

• Mengurus program dan aktiviti
• Menguruskan perkongsian pintar dengan agensi-agensi

kerajaan dan swasta
• Pemilihan Tokoh NILAM Daerah
• Memantau pelaksanaan
• Penilaian program

3.2 Peranan di peringkat sekolah

Setiap warga pendidik dan komuniti sekolah memainkan peranan
penting dalam pelaksanaan program NILAM. Setiap individu
mempunyai peranan tertentu. Peranan yang dimainkan adalah sepeti
berikut:

a. Penasihat - Pengetua / Guru Besar
Pengetua/Guru Besar sebagai pentadbir sekolah bertanggungjawab
memastikan kejayaan pelaksanaan dan keberkesanan program ini.

b. Pengerusi - Penolong Kanan Pentadbiran (PK1)

• Mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Program
NILAM.

• Memahami dasar dan matlamat program.
• Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 17

• Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar

melalui:
o Penyeliaan
o Perjumpaan dengan guru
o Temu bual murid dan ibu bapa secara informal
o Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program NILAM.
o Mengambil tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan

program.
o Mengenal pasti guru untuk menghadiri kursus dan seminar yang

berkaitan dengan bacaan dan seumpamanya.
o Menyemak dan mengesahkan analisa rekod bacaan murid
o Mengesahkan laporan yang berkaitan Program NILAM

c. Timbalan Pengerusi –PK HEM / PK Kokurikulum / PK Petang

• Menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.
• Membantu Pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,

memantau dan menilai Program NILAM.
• Membantu Pengerusi untuk menjayakan Program NILAM.

Membantu Pengerusi mengenal pasti kelemahan Program NILAM
dan mengambil tindakan.
• Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
• Memastikan Program NILAM dilaksanakan mengikut
perancangan.
• Menyemak dan memantau analisa rekod bacaan murid

d. Penyelaras Program – Guru Perpustakaan dan Media

• Memberi taklimat tentang pelaksanaan Program NILAM pada
setiap awal tahun.

• Menentukan program dan menyediakan kertas kerja aktiviti yang
hendak dilaksanakan.

• Merancang anggaran perbelanjaan Program NILAM.
• Menganjurkan aktiviti Program NILAM peringkat sekolah.
• Memastikan program berjalan dengan lancar.
• Menjadi urus setia untuk pemberian anugerah NILAM di peringkat

sekolah.
• Mengenal pasti dan membimbing calon untuk anugerah NILAM

peringkat negeri.
• Mendapatkan pengesahan laporan dan data NILAM daripada

Pengetua/Guru Besar.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 18

• Menyemak dan memantau perekodan bacaan murid

e. Setiausaha – Guru NILAM

• Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat.
• Menyelaras perjalanan mesyuarat dan hal-hal yang berkaitan.
• Membantu Penyelaras Program menjalankan aktiviti NILAM.
• Mempamerkan data dan maklumat di sudut NILAM.
• Mengumpulkan maklumat (kertas kerja, laporan, bahan, data)

dan menyerahkan kepada penyelaras program.
• Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan bertulis

untuk dikemukakan kepada Penyelaras Program dan salinan
kepada Pengerusi.
• Menyemak dan memantau perekodan bacaan murid.

f. Penolong Setiausaha – Guru Data NILAM

• Mengumpul data rekod membaca murid daripada Guru
Tingkatan/Kelas

• Memasukkan data ke pengkalan data (jika ada)
• Menganalisis data rekod membaca dan aktiviti murid dan

menyerahkannya kepada Guru NILAM

g. Ketua Bidang / Ketua Panitia

• Membantu pihak sekolah dalam pemilihan bahan bacaan untuk
murid.

• Merancang dan menyelaras aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang boleh menjurus ke arah pembacaan
berkualiti.

• Membuat perancangan, anggaran perbelanjaan Program
NILAM bersama-sama Penyelaras Program.

• Memantau pelaksanaan Program NILAM
• Menyemak rekod bacaan murid

i. Guru Kelas / Guru Tingkatan

• Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing
• Memastikan setiap murid mempunyai buku/borang rekod

bacaan
• Menggalakkan murid mengikuti aktiviti Program NILAM secara

aktif.
• Menyemak rekod bacaan dan aktiviti murid

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 19

• Merekod bilangan buku yang dibaca ke dalam borang data
NILAM.

• Membantu pelaksanaan Program NILAM mengikut
perancangan.

• Menyerahkan data NILAM kepada Guru Data NILAM
• Mengenal pasti dan menyenaraikan murid yang layak diberi

pengiktirafan

j. Guru Perpustakaan

• Membuat penggredan buku.
• Menyediakan bahan bacaan yang mencukupi bagi menjalankan

Program NILAM.
• Mengagihkan buku pinjaman secara berkelompok (Projek

Pukal)
• Membantu setiausaha menganjurkan sebarang aktiviti untuk

menyokong Program NILAM.
• Promosi kempen galakan membaca

k. Guru mata pelajaran

• Menggalakkan murid mengikuti program NILAM dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti pembacaan secara merentas
kurikulum

• Menyokong dan menggalakkan murid melaksanakan aktiviti-
aktivit pembelajaran berasaskan kepada bahan pembacaan
murid

• Memantau rekod bacaan murid

L. Wakil PIBG

• Menjadi pengantara untuk menyampaikan maklumat program
NILAM kepada ibu bapa.

• PIBG berfungsi sebagai agen kepada penglibatan institusi-
institusi lain dalam menjayakan program ini dari segi khidmat
nasihat, sumbangan buku dan kewangan.

l. Ibu Bapa

Peranan ibu bapa bukan setakat menyediakan keperluan asas untuk
anak-anak, malahan mereka turut memainkan peranan penting dalam
menjayakan program ini. Matlamat program lebih mudah tercapai
sekiranya mereka :

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 20

• Menggalakkan anak-anak membaca di rumah dengan
bimbingan daripada ibu bapa.

• Menyediakan bahan bacaan di rumah (jika berkemampuan)
• Membuat pinjaman bahan bacaan daripada sumber lain

(Perpustakaan Awam, Perpustakaan Desa, Perpustakaan
Bergerak dan sebagainya)
• Memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk
dibaca, menggunakan ilmu daripada bahan tersebut dan
seterusnya membuat catatan
• Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan kempen
galakan membaca

m. Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas PSS sama-sama terlibat menjayakan program NILAM ini.
Mereka bukan sahaja dapat membantu guru PSS malahan merupakan
agen penggerak program ini. Tugas mereka adalah seperti berikut :

• Membantu murid untuk meminjam buku di PSS.

• Membuat pameran buku-buku yang sesuai untuk dipinjam.
• Membantu guru PSS menyediakan pinjaman kelompok (bulk

loan).
• Membantu guru kelas dan Guru PSS menganalisis data bacaan

murid.
• Mempamerkan graf-graf bacaan murid.

n. Murid

Program ini memerlukan penglibatan aktif murid-murid secara
langsung. Mereka merupakan kumpulan sasaran yang akan
menentukan kejayaan program NILAM atau sebaliknya. Peranan
murid-murid adalah seperti berikut :

• Membaca sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan.

• Memastikan mereka membaca bahan-bahan mengikut tahap
yang telah ditetapkan.

• Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi
daripada hasil pembacaan tersebut dalam aktiviti-aktiviti
pengayaan selepas pembacaan.

• Merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca dan aktiviti yang
telah dilaksanakan selepas pembacaan.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 21

4. CARTA ALIR PENGURUSAN NILAM
4.1 Urutan Pengurusan NILAM Peringkat KPM ke JPN

PPD KPPM / JPN/SSTP
PENGARAH BSTP
Mengumpul dan PENGARAH JPN Mengumpul dan analisis
analisis data NILAM data NILAM
PPD

SEKOLAH

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 22

4.2 Urutan Pengurusan NILAM Peringkat Sekolah Menengah

PENGETUA Mengesahkan data
PK PENTADBIR
Menyelaras dan
KETUA BIDANG merancang aktiviti

GPM Merancang aktiviti,
KETUA mengumpul data
PANITIA/JABATAN NILAM semua kelas

Merancang aktiviti
galakan membaca

GURU KELAS Mengumpul data
bacaan kelas
MURID
Merekod bahan
bacaan (Sistem
IQNILAM/templat)

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 23

4.3 Urutan Pengurusan NILAM Peringkat Sekolah Rendah

GURU BESAR Mengesahkan data
PK PENTADBIRAN
Merancang aktiviti,
GPM mengumpul dan
merumus data NILAM

KETUA PANITIA Merancang aktiviti
GURU KELAS galakan membaca
MURID
Mengumpul data
bacaan kelas

Merekod bahan
bacaan (Sistem
IQNILAM/templat)

Pendidikan Khas dan
Prasekolah laksana
Program Galakan
Membaca

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 24

5. PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah satu perkara yang amat penting dalam
pelaksanaan Program NILAM. Data bacaan dan aktiviti setiap murid perlu
dikumpulkan bagi membolehkan laporan kemajuan bacaan dan juga
keberhasilan selepas pembacaan dibuat. Bagi menjamin keberkesanan
program dicadangkan pengumpulan data seperti langkah-langkah berikut:

5.1 Peringkat Pengumpulan
• Peringkat individu
• Peringkat kelas / tingkatan
• Peringkat sekolah
• Peringkat PPD
• Peringkat JPN
• Peringkat BSTP


5.2 Pengisian Butiran Bacaan

Laporan butiran bacaan disediakan dengan :

a. Guru mengisi butiran bacaan ke dalam kad kemajuan setiap tahun
berdasarkan entri dalam buku/borang rekod bacaan, analisa
Sistem IQNILAM yang telah disahkan.

b. Pada setiap akhir tahun persekolahan guru GPM perlu
menganalisa purata bahan yang dibaca oleh murid

c. Pencapaian keseluruhan di atas dicatatkan ke dalam :
• PAJSK bagi murid tahun 6 dan tingkatan 5
• Kad Kemajuan
• Surat Berhenti sekolah
• Surat Akuan Sekolah

6. PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN BACAAN MURID

6.1 Kadar Minimum Bacaan Murid Sekolah Rendah dan Menengah ialah 3
bahan bacaan Bahasa Melayu dan 3 bahan bacaan Bahasa Inggeris

6.2 Pengiktirafan bintang dikira secara terkumpul bagi jumlah bacaan murid
Tahun 1 sehingga Tahun 6 bagi sekolah rendah dan jumlah bacaan
terkumpul bagi murid Peralihan sehingga Tingkatan 5 bagi sekolah
menengah.

6.3 Sijil pengiktirafan boleh dianugerah kepada semua murid yang telah
mencapai 5 bintang.

6.4 Pengiktirafan Bintang:

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 25

Sekolah Rendah
Rekod Pengikrirafan Bintang (SR)

PENGIKTIRAFAN Sekolah Rendah (Tahun 1 - Tahun 6)

1 BINTANG 144 - 287

2 BINTANG 288 - 431

3 BINTANG 432 - 575

4 BINTANG 576 - 719

5 BINTANG 720 ke atas

Sekolah Menengah
Rekod Pengiktirafan Bintang (SM)

PENGIKTIRAFAN Sekolah Menengah ( Peralihan - Tingkatan 5)

1 BINTANG 120 - 239

2 BINTANG 240 - 359

3 BINTANG 360 - 479

4 BINTANG 480 - 599

5 BINTANG 600 ke atas

SKOR ASPEK PENGLIBATAN KOKURIKULUM BAGI PROGRAM NILAM
(PAJSK)

MARKAH

PROGRAM NILAM 5 4 3 2 1

Bintang Bintang Bintang Bintang Bintang

Sekolah 76543

Zon/Daerah/Bahagian 8 7 6 5 4

Negeri 9

Kebangsaan 10

Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum (PAJSK)

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 26

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN SELEPAS PEMBACAAN

Bagi menilai keberhasilan aktiviti pembacaan murid-murid, aktiviti pengayaan
selepas pembacaan amat digalakkan. Pelaksanaan aktiviti memerlukan penglibatan
semua guru (di sekolah) dan juga ibu bapa ( di luar sekolah). Melalui pelaksanan
aktiviti ini akan menggalakkan minat murid untuk membaca terutama apabila
mereka perlu membuat rujukan.

1. Contoh aktiviti pengayaaan selepas pembacaan
• Bercerita
• Membaca bersama
• Mengulas buku
• Bicara Buku / diskusi buku
• Syarahan
• Forum
• Lakonan / sketsa
• Resensi Buku
• Deklamasi sajak
• Berpantun
• Mencipta lirik lagu
• Radio Sekolah
• Tunjuk cara
• Lukisan/poster
• Menulis/menghasilkan buku
• dan lain-lain

a. Bercerita

Bercerita kepada rakan / pendengar tentang isi cerita sesebuah buku.

• Dilaksanakan secara formal / informal sama ada di sekolah, rumah,
taman-taman, tapak perkhemahan dan sebagainya.

• Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid, guru,
keluarga, jiran dan lain-lain.

• Mencatatkan butiran aktiviti .
• Mendapatkan pengesahan dari guru, ibu bapa atau komuniti.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 27

b. Membaca Bersama

Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama .

• Dijalankan secara formal / informal di kelas, kantin, rumah, taman dan
sebagainya.

• Masa – tidak ditentu/tidak dihadkan.
• Ahli terdiri daripada sesiapa sahaja.
• Rekodkan aktiviti.
• Guru, guru kelas dan ibu bapa boleh mengesahkan aktiviti sedang

dijalankan.

c. Ulasan Buku

Menyampaikan ulasan buku yang telah dibaca di hadapan umum.
Contohnya : Kelas, perhimpunan atau dalam kumpulan. Antara
kandungan ulasan buku ialah judul, pengarang, penerbit, sinopsis, tema
dan penerapan nilai-nilai murni.
Pada akhir sesi, pengulas akan menggalakkan murid-murid untuk
membaca buku tersebut.

• Aktiviti dijalankan secara formal / informal.
• Pengesahan diberi kepada murid yang melaksanakan aktiviti tersebut.
• Aktiviti boleh direkodkan.
• Mana-mana guru boleh mengesahkan aktiviti sedang dijalankan.

d. Bicara Buku / Diskusi Buku

Membicarakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya
satu daripada aspek berikut :

• Kritikan umum tentang buku
• Membicarakan tentang penulis
• Memberikan pandangan dan cadangan
• Kelebihan dan keistimewaan buku itu
• Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku
• Penggunaan bahasa
• Guru atau Guru Pembimbing boleh mengesahkan aktiviti yang dijalankan

e. Syarahan

Menyampaikan syarahan mengenai sesuatu topik berdasarkan
pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku.

• Dilaksanakan secara formal, di kelas dalam perhimpunan, pertandingan
dan sebagainya.

• Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 28

• Pengesahan boleh diberi kepada murid yang melaksanakan aktiviti
tersebut.

• Aktiviti boleh direkodkan.
• Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru pembimbing.

f. Forum

Merupakan perbincangan terbuka sama ada diperingkat sekolah atau
peringkat yang lebih tinggi.

• Dijalankan secara formal.
• Panel terdiri daripada sekumpulan murid atau panel yang dilantik.
• Sekurang-kurangnya dua orang panel.
• Pengesahan boleh diberi kepada murid yang terlibat.
• Pendengar terdiri daripada sesiapa sahaja.
• Aktiviti boleh direkodkan.
• Mendapatkan pengesahan dan penilaian daripada guru.

g. Lakonan / Sketsa

• Sekumpulan murid melakonkan semula watak-watak berdasarkan:
• Bagi aktiviti kumpulan, pengesahan yang sama diberikan dkepada setiap

ahli yang terlibat dalam lakonan.
• Aktiviti boleh dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan dan lain-lain.

h. Deklamasi Sajak

Deklamasi sajak dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di
peringkat yang lebih tinggi.

• Dijalankan secara formal / informal.
• Murid menyampaikan deklamasi sajak dihadapan pendengar. Pendengar

boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid, guru, dan warga
sekolah.
• Aktiviti boleh direkodkan.
• Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

i. Berpantun

Berpantun dijalankan di dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di
peringkat yang lebih tinggi.

• Dijalankan secara formal / informal.
• Murid menyampaikan pantun dihadapan pendengar. Pendengar boleh

terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid, guru, dan warga sekolah.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 29

• Aktiviti boleh direkodkan.
• Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

j. Mencipta Lirik Lagu dan Persembahan.

Mencipta lirik lagu berdasarkan buku yang dibaca dan dipersembahkan di
dalam kelas, dewan perhimpunan, atau di peringkat yang lebih tinggi. Lirik
dan lagu yang dicipta, merupakan lagu yang pendek dan mudah.

• Dijalankan secara formal / informal.
• Murid mempersembahkan hasil karya dalam bentuk lagu dihadapan

pendengar.
• Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid, guru,

dan warga sekolah.
• Aktiviti boleh direkodkan.
• Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

k. Radio Sekolah

Radio Sekolah dijalankan di dalam bilik khas, bilik audio, studio sekolah,
atau tempat yang telah disediakan. Radio sekolah merupakan program
yang mengasah bakat murid menjadi seorang penyampai radio. Bahan
persembahan boleh terdiri daripada promosi bahan-bahan di pusat
sumber atau program-program sekolah.

• Dijalankan secara formal / informal.
• Murid menyampaikan Radio Sekolah dihadapan pendengar On-Air Radio

Sekolah.
• Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk murid, guru,

dan warga sekolah.
• Aktiviti boleh direkodkan
• Mendapatkan pengesahan daripada guru atau guru pembimbing.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 30

Lampiran 1A

DAPATAN SOAL SELIDIK MENGAPA MURID-MURID
SEKOLAH RENDAH KURANG MEMBACA

BIL ALASAN JUMLAH PERATUS
1. Tidak ada masa 289 72.25
2. Lebih suka bermain 179 44.75
3. Membaca membosankan 165 41.25
4. Buku tidak cukup 147 36.75
5. Buku tidak menarik 121 30.25
6. Membantu kerja ibu bapa 118 29.5
7. Lebih suka menonton TV dan mendengar radio 113 28.25
8. Tidak ada peluang ke pusat sumber atau perpustakaan 107 26.75
9. Banyak kerja rumah / homework 102 25.5
10. Tidak minat membaca sejak kecil 99 24.75
11. Keletihan 96 24.00
12. Tidak mahir membaca 77 19.25
13. Suasana tidak selesa / bising 76 19.00
14. Tidak mampu membeli buku 68 17.00
15 Malas 66 16.5
16. Buku tidak sesuai 31 7.75

Nota :
1. Bilangan responden terlibat sebanyak 400 orang.
2. Responden boleh memilih lebih daripada satu alasan.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 31

Lampiran 1B

DAPATAN SOAL SELIDIK MENGAPA MURID-MURID
SEKOLAH MENENGAH KURANG MEMBACA

BIL PERKARA JUMLAH PERATUS
1. Tidak ada masa 175 67.31
2. Membaca membosankan 163 62.69
3. Malas 133 51.15
4. Buku tidak menarik 132 50.77
5. Suasana tidak selesa atau bising 100 38.46
6. Tidak mampu membeli buku 83 31.92
7. Keletihan 81 31.15
8. Lebih suka menonton TV dan mendengar radio 79 30.38
9. Lebih suka bermain 76 29.23
10. Buku tidak cukup 62 23.85
11. Tidak mahir membaca 60 23.08
12. Banyak kerja rumah / homework 59 22.69
13. Tidak minat membaca sejak kecil 57 21.92
14. Tiada galakan ibu bapa / guru 57 21.92
15. Tidak ada peluang ke pusat sumber atau perpustakaan 54 20.77
16. Buku tidak sesuai 46 17.69
17. Cenderung kepada bahan berunsur hiburan 41 15.77
18. Penulisan yang tidak berkualiti 28 10.77
19. Membantu kerja ibu bapa 14 5.38
20. Media elektronik lebih menarik 14 5.38

Nota :
1. Bilangan responden terlibat sebanyak 260 orang.
2. Responden boleh memilih lebih daripada satu alasan.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 32

Lampiran 1C

DAPATAN SOAL SELIDIK MENGAPA MURID-MURID
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH KURANG MEMBACA

BIL PERKARA JUMLAH PERATUS
1. Tidak ada masa 464 70.30
2. Membaca membosankan 328 49.70
3. Lebih suka bermain 255 38.64
4. Buku tidak menarik 253 38.33
5. Buku tidak cukup 209 31.67
6. Cenderung kepada bahan berunsur hiburan 199 30.15
7. Lebih suka menonton TV dan mendengar radio 192 29.09
8. Keletihan 177 26.82
9. Suasana tidak selesa / bising 176 26.67
10. Tidak ada peluang ke pusat sumber atau perpustakaan 161 24.39
11. Banyak kerja rumah / homework 161 24.39
12. Tidak minat membaca sejak kecil 156 23.64
13. Tidak mampu membeli buku 151 22.88
14. Tidak mahir membaca 137 20.76
15. Membantu kerja ibu bapa 132 20.00
16. Buku tidak sesuai 77 11.67
17. Malas 57 8.64
18. Tiada galakan ibu bapa 41 6.21
19. Penulisan yang tidak berkualiti 28 4.24
20. Media elektronik lebih menarik 14 2.12

Nota :
1. Bilangan responden terlibat sebanyak 660 orang.
2. Responden boleh memilih lebih daripada satu alasan.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 33

Lampiran 2

SEJARAH JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM NILAM

Tahun Jauhari Rakan
Sekolah Rendah Sekolah Menengah Pembaca

1998 Tahun 1

1999 Tahun 1 & 2 Tingkatan 1 Tahun 2001
- Mula
2000 Tahun 1 , 2 & 3 Tingkatan 1 & 2 pelaksanaan
Tahap RP
2001 Tahun 1 , 2 , 3 & 4 Tingkatan 1 , 2 & 3 Program
NILAM di
2002 Tahun 1 , 2 , 3 , 4 & 5 Tingkatan 1 , 2 , 3 & 4 sekolah rendah
dan tahun
2002 di
sekolah
menengah.

2003 Tahun 1 , 2 , 3 , 4 , 5 & 6 Tingkatan 1 , 2 , 3 , 4 & 5

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 34

Lampiran 3

AKTIVITI MEMBACA

Asas / Teras Pemupukan Membaca Pengayaan

A. Akitiviti yang dilaksanakan A. Aktiviti yang dilaksanakan A. Aktiviti yang dijalankan
bertujuan untuk memberi bertujuan untuk untuk menjadikan
kemahiran asas kepada meningkatkan bacaan pembacaan sebagai satu
murid-murid. Kemahiran ini murid-murid dan budaya dan amalan
meliputi bacaan skimming, memupuk tabiat berterusan.
scanning, tinjauan menelaah membaca.
dan bacaan tepat.

B. Penguasaan kemahiran asas B. Kesemua aktiviti ini B. Melalui aktiviti ini murid-
membaca membolehkan dijalankan serentak dan murid akan terus
murid-murid mendapat semua warga sekolah membaca dan
kemahiran belajar dan terlibat secara langsung. menggabungkan
mencari maklumat. Waktu pelaksanaannya kemahiran belajar,
ditentukan oleh pihak kemahiran berfikir, dan
sekolah. kemahiran mencari
maklumat.

C. Kemahiran asas membaca C. Contoh aktiviti yang C. Antara aktiviti yang
ini dilaksanakan melalui dijalankan ialah : dijalankan ialah :
aktiviti seperti :
- Laluan Iqra’ - Choral Speaking
- Projek CAKNA - Membaca Bersama - Pertandingan Bercerita
- Khemah Membaca - Hentian Ilmu - Bina Minda
- Bengkel Membaca - Bacalah Sayang - Berbalas Pantun
- Minggu Membaca - Semarak Minda - Pidato
- Bulan Membaca - Mindaku Berkreatif - Perbahasan
- Kerja Projek - 10 Minit Bersama Buku - Kuiz Pengetahuan
- Projek Kemahiran - Projek Banyak - Perbincangan Buku
- Pesta Buku
Maklumat Membaca - Pertandingan Buku
- Aktiviti Waktu - Jejak Maklumat
Skrap
Perpustakaan - Resensi Buku

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 35

Lampiran 4

Contoh-contoh Aktiviti Bahasa Malaysia

1. Projek Pukal

1.1 Setiap kelas dibekalkan dengan buku-buku dalam kotak-kotak yang
mengandungi antara 50–100 naskah buku pada peringkat awal dan
ditambah dari masa ke semasa.

1.2 Setiap murid dibenarkan membaca dan meminjam buku setiap hari
sebanyak yang mampu.

1.3 Kerjasama guru kelas amat diperlukan dalam memastikan kejayaan
program.

1.4 Kerjasama ibu bapa dan penjaga juga diharapkan untuk membantu
membaca / menceritakan kepada anak-anak mereka isi buku yang
dipinjam.

1.5 Semua bahan bacaan akan dicatat dalam Rekod Bacaan NILAM.

2. Cergas! Cerdas!

2.1 Idea untuk projek galakan membaca Cergas! Cerdas! adalah daripada
satu program galakan membaca yang dikemukakan dalam sebuah
buku oleh Hilda K. Wisburg dan Ruth Toor yang berjudul ‘Elementry
School Librarian’s Almanac : A Complete Media Program for Every
Month of the School Year’.

2.2 Program yang dikemukakan di dalam buku tersebut kemudian
diubahsuai dan diperkembangkan lagi supaya boleh dilaksanakan
dengan mudah di peringkat sekolah. Untuk projek galakan membaca
ini murid-murid digalakkan membaca serta membuat rekod bacaan
bagi buku yang telah dibaca. Rekod bacaan adalah dibuat di atas
borang rekod bacaan yang disediakan khas. Borang rekod bacaan
yang disediakan membolehkan murid-murid yang menyertai projek
membuat rumusan mengenai buku yang telah dibaca dengan mudah.

3. Program Banyak Membaca

Program ini adalah khusus untuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua
dikendalikan oleh seorang guru. Pelajar digalakkan membaca seberapa
banyak buku dan dicatat dalam borang-borang khas yang mana akan
dianalisis pada tiap-tiap akhir bulan untuk mengetahui jumlah buku yang
dibaca oleh setiap menentukan murid yang banyak membaca. Insentif
dalam bentuk hadiah diberi.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 36

4. Anotasi Buku

Aktiviti khusus untuk Tingkatan 4, murid-murid digalakkan membaca
seberapa banyak buku pada setiap bulan dan membuat ulasan dengan
format yang seragam di dalam buku khas. Ulasan-ulasan ini akan diperiksa
oleh guru untuk menentukan bahawa murid-murid benar-benar membaca.
Analisis akan dibuat pada tiap-tiap bulan untuk menentukan jumlah buku
yang dibaca secara individu dan kelas. Buku yang dibaca adalah dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

5. Khemah Membaca

Khemah Membaca diadakan pada setiap tahun untuk murid-murid Tingkatan
Satu. Dalam aktiviti ini mereka akan didedahkan dengan teknik membaca,
kemahiran pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek. Di akhir kursus
para peserta akan membuat pameran dan persembahan serta diberi sijil
penyertaan.

6. Kuiz Bestari

Kuiz ini untuk Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6 Atas. Soalan-soalan akan
dikemukakan pada setiap bulan dan murid-murid akan mengembalikan
jawapan pada tarikh yang ditetapkan. Soalan-soalan yang dikemukakan
merangkumi tajuk-tajuk berkaitan dengan Ekonomi, Sejarah, bahasa dan isu-
isu semasa. Urus setia akan membuat semakan jawapan dan menentukan
pemenang.

7. Projek CAKNA

7.1 Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah murid yang

tidak boleh membaca. Murid membaca bahan tersebut dengan

diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual di tempat-tempat

yang ditetapkan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan membantu

murid yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak

boleh membaca dengan baik. Seterusnya murid diminta

menceritakan semula untuk mengetahui pemahaman mereka terhadap

bahan yang dibaca. Murid yang lebih baik tahap kefahamannya

diminta mempersembahkan hasil bacaaannya dalam bentuk grafik

seperti komik, kartun dan kulit buku.

7.2 Keberkesanan program ini dinilai melalui pembelajaran Bahasa
Melayu. Aktiviti ini juga dijalankan dalam bentuk pertandingan
kemudian dinilai dan diberi penghargaan.

8. Projek Iqra’

8.1 Semua murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima adalah wajib
menyertai projek membaca (IQRA’).

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 37

8.2 Setiap pelajar dikehendaki mempunyai sebuah buku rekod bacaan.
Mereka dikehendaki membuat catatan nama buku, nama pengarang,
penerbit dan juga sinopsis dari bahan yang dibaca.

8.3 Jumlah buku yang wajib dibaca oleh setiap murid tidak kurang
daripada 30 buah buku. Jumlah ini tidak termasuk bahan-bahan
bacaan ringan seperti majalah dan surat khabar.

8.4 Buku rekod bacaan hendaklah dihantar di akhir setiap penggal
persekolahan kepada guru kelas masing-masing. Guru kelas akan
memeriksa buku tersebut dan membuat laporan kepada pengetua
tentang kemajuan yang dicapai oleh murid-murid.

9. Sepuluh Minit Bersama Buku

9.1 Semua guru dan murid dikehendaki hadir ke sekolah sebelum jam
7.30 pagi. Murid membaca di zon-zon yang disediakan mengikut
giliran yang telah dijadualkan.

9.2 Waktu Membaca :
a. Pada waktu pagi setiap hari pesekolahan mulai jam 7.30 pagi
hingga 7.40 pagi (10 minit).
b. Pada waktu rehat selepas makan
Tahap I : 10.15 pagi hingga 10.35 pagi dan;
Tahap 2 : 10.45 pagi hingga 11.05 pagi

9.3 Zon Membaca
Di pusat sumber, lorong, kaki lima, kantin, pondok bacaan dan di mana
sahaja yang difikirkan sesuai.

Bahan-bahan :
Buku-buku dari pusat sumber
Surat khabar dan majalah

10. 1 + 1 = 100 (Diskusi Buku)

10.1 Program ini dikembangkan daripada program Diskusi Buku / Bicara
Buku. Apabila disedari program ini tidak mencukupi semua warga
SMTM 1, maka diusahakan satu program yang lebih sistematik.

10.2 Program 1 + 1 = 100 ialah seorang guru / kakitangan membaca
sebuah buku dan disebarkan kepada 100 orang pendengar yang lain.

10.3 Program ini juga dikembangkan kepada pelajar iaitu seorang murid
membaca sebuah buku, disebarkan dkepada 100 orang rakannya.

11. Semarak Penyayang

11.1 Satu kumpulan murid seramai 40 orang dipilih sebagai Penggerak
Pembaca (PP). Seramai 10 orang guru telah dilantik untuk

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 38

membimbing PP. Setiap ibu bapa angkat (guru pembimbing)
mempunyai empat orang PP.

11.2 Setiap PP diberi satu lencana SEMARAK PENYAYANG dan sebuah
beg berisi 10 buah buku. Buku-buku ini akan ditukar dalam masa
seminggu.

11.3 PP diberikan satu Buku Catatan Rekod Pembaca. PP akan
mempromosikan buku masing-masing kepada keluarga, jiran-jiran dan
rakan-rakan mereka. Setiap pembaca yang telah membaca buku
tersebut akan dicatatkan di dalam Buku Catatan Rekod Pembaca.
Keluarga juga akan digalakkan membuat buku sinopsis sebagai
koleksi bahan bacaan di PSS.

11.4 PP akan menghantar Buku Catatan Rekod Pembaca kepada ibu bapa
angkat masing-masing setiap minggu untuk disemak.

11.5 Lawatan oleh ibu bapa angkat ke rumah anak angkat dan mengesan
masalah yang dihadapi oleh keluarga untuk menerap budaya
membaca. Bimbingan untuk mewujudkan Perpustakaan Keluarga.

11.6 Tokoh Pembaca akan dipilih di kalangan murid, guru, keluarga dan
juga PP terbaik kerana ramai mencari pembaca.

12 Program Jejak Maklumat

12.1 Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang
berkonsepkan ‘treasure Hunt’ atau ‘Explorace’. Pertandingan ini
adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti
bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat
dalam pembacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental
dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta
kerjasama dalam kumpulan.

12.2 Terdapat lima perhentian yang meliputi lima segmen yang perlu dilalui
oleh para peserta secara individu dan berkumpulan seperti berikut :

12.2.1 Perhentian Pertama : Segmen Ketahanan Fizikal (Individu)
12.2.2 Perhentian Kedua : Segmen Isu Semasa (Individu)
12.2.3 Perhentian Ketiga : Segmen pemikiran kreatif (Individu

atau berkumpulan)
12.2.4 Perhentian Keempat: Segmen Uji Minda (Berkumpulan)
12.2.5 Perhentian Kelima : Segmen Pembacaan (Berkumpulan)

Berakhir di Pusat Sumber Sekolah

(Aktiviti bagi setiap segmen boleh diubahsuai mengikut kesesuaian
sasaran dan tempat).

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 39

13. Contoh-contoh Aktiviti Bahasa Inggeris.

a. Spelling Bee
b. Action Song
c. Choral Speaking
d. Book Review
e. Story Telling
f. Recite – Rhymes / Poem
g. Quiz
h. Jazz – Chants
i. Debate
j. Public Speaking
k. Dramatize

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 40

Lampiran 5

Penerangan Bahan Bacaan Program NILAM

1. Bilangan.
• Merujuk kepada bilangan buku yang telah dibaca.

2. Tarikh.
• Merujuk kepada tarikh bahan bacaan itu mula dibaca.

3. Judul.
• Merujuk kepada tajuk bahan bacaan yang dibaca.

4. Bilangan muka surat.
• Merujuk kepada jumlah muka surat bahan bacaan yang dibaca.

5. Penerbit.
• Merujuk kepada nama penerbit bahan bacaan yang dibaca.

6. Tahun terbit.
• Merujuk kepada tahun bahan bacaan itu diterbitkan.

7. Pengarang.
• Merujuk kepada pengarang/penulis bahan bacaan yang dibaca.
• Untuk bahan bacaan seperti ensiklopedia, nama pengarang tidak perlu
dicatatkan.

8. Sumber.
• Merujuk kepada punca bahan bacaan itu diperolehi. Contoh: sumber
dari pusat sumber sekolah, perpustakaan, internet dll.

9. Bahan bacaan.

• Merujuk kepada jenis bahan bacaan bercetak atau bahan bacaan

bukan cetak.

• Perincian bahan bacaan bercetak:

i. Fiksyen : buku cerita

ii. Bukan Fiksyen : buku ilmiah

iii. Karya agung : karya yang dihasilkan oleh pujangga (ahli

falsafah dll) pada sesuatu zaman, karya terbaik yang gemilang

atau karya yang dicipta daripada daya intelek dan daya kreativiti

yang tinggi. Contohnya Hikayat Hang Tuah, Hikayat Amir

Hamzah.

iv. Karya besar : Satu cacatan ringkas yang padat dan
komprehensif yang dihasilkan daripada karya yang lebih besar.
Contohnya Ranjau Sepanjang karya Shahnon Ahmad, Hamlet
oleh William Shakespeare.
• Perincian bahan bukan cetak:

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 41

vi. E-book : catatkan alamat URL
: kategori ini termasuk bahan buku digital,bahan
buku audio (CD/DVD), aplikasi yang dimuat turun
dll.

10. Bahasa.
• Merujuk kepada bahasa bahan bacaan yang dibaca.

11. Buku ini mengenai.
• Merujuk kepada tema bahan bacaan yang dibaca.

12. Nilai Murni yang saya dapat daripada buku ini.
• Merujuk kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam bahan bacaan.

13. Buku ini menarik/ tidak menarik
• Merujuk kepada pandangan murid terhadap bahan bacaan yang
dibaca.

14. Rumusan Bacaan
• Gambaran tentang buku yang dibaca boleh diterjemahkan dalam
bentuk sinopsis, peta minda, lukisan, perbendaharaan kata dan lain-
lain.

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 42

Lampiran 6A

BORANG REKOD BACAAN MURID

Nama : Ahmad bin Ali Contoh borang bagi sekolah yang tiada
Kelas/Tingkatan : 4 Bakawali talian internet
Tahun: 2020
(Diisi oleh murid)

JudulBil. Contoh Aktiviti
Bahan Digital
Bahan Bukan Buku
Buku Fiksyen
Buku Bukan Fiksyen
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Lain-lain Bahasa
Jumlah Muka surat
Aktiviti

1. Arnab dan kura-kura 11 40 1 Komen
2. Anjing dengan bayang-bayang 11 50 1 Bercerita
3. Four Little Cat 11 40 1 komen
4. Didik 30 1 Rumusan
5. Komik Sains Masa Depan 11 40 1 Kerja projek
6 Future Science 11 60 1 Kerja projek
7. Berita Harian 1 11 30 1 Rumusan
8. 100 Landmarks 11 80 1 catatan
1 11

Jumlah 4 4 62 370 8
Jumlah bahan dibaca 8

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 43

Lampiran 6B

BORANG REKOD BACAAN KELAS

Kelas/Tingkatan : 4 Bakawali CONTOH
Nama Guru : Saudah binti Tuah
Jumlah Murid :
Tahun : 2020
(Diisi oleh Guru Kelas/pengawas PSS)

Bil.
Bahan Digital
Bahan Bukan Buku
Buku Fiksyen
Buku Bukan
Fiksyen
Buku Bahasa
Melayu
Buku Bahasa
Inggeris
Lain-lain Bahasa
Jumlah Muka surat
Jumlah Aktiviti
Nama Murid
44 53 370 8
1. Ahmad bin Ali 53 44 500 8
2. Halim bin Haris 42 33 400 6
3. Suhaili binti Norman 42 51 300 6
4. Norazam bin Hussin 53 26 400 8
5. Anuar bin Yusof

Jumlah 22 14 19 17 1970 36
Jumlah bahan dibaca 36
Purata Bacaan Kelas

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 44

Lampiran 6C

BORANG REKOD BACAAN SEKOLAH

Jumlah Kelas/Tingkatan : CONTOH
Nama Guru :
Jumlah Murid :
Tahun:
(Diisi oleh GPM/Guru NILAM)

Nama Kelas Bahan Digital
1. 4 Bakawali Bahan Bukan Buku
Buku Fiksyen
Buku Bukan Fiksyen
Buku Bahasa Melayu
Buku Bahasa Inggeris
Lain-lain Bahasa
Jumlah Muka surat
Aktiviti

20 16 19 17 1970 36

Jumlah 20 16 19 17 1970 36
Jumlah bahan dibaca 36
Purata Bacaan Kelas

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 45

Lampiran 7

Sistem Perekodan Bacaan IQ-NILAM

ARA L ASU SIS IQ ILA

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 46

NILAM – PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH 47

Disediakan oleh:

Unit Pembangunan Pusat Sumber Pendidikan
Sektor Pengintegrasian teknologi Pendidikan
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia


Click to View FlipBook Version