The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anime, 2023-03-15 10:50:16

BUKU PENGURUSAN SMK DATOK LOKMAN SESI 2023/2024

SMK DATOK LOKMAN KUALA LUMPUR

i


ii KATA ALU-ALUAN PENGETUA 2023 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaanNya kita dapat bersama-sama pada tahun ini. Insya-Allah. Terlebih dahulu saya turut mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat saya mencatat sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan SMK Datok Lokman tahun 2023. Buku Pengurusan dan Takwim Sekolah ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guruguru untuk merancang dan menjayakan aktiviti sekolah dengan lebih efisien. Pengagihan tugas yang disediakan adalah berdasarkan kepada keperluan dan kepentingan sekolah. Semoga semua guru dapat menerima dengan hati terbuka dan bersikap positif. Sesungguhnya tugasan yang diberi merupakan satu penghargaan dan kepercayaan yang di amanahkan oleh pihak pentadbir. Dengan ini diharapkan guru-guru dapat memanfaatkan dan merealisasikan peranan masing-masing dengan lebih berkesan dan konsisten kearah pencapaian matlamat, Visi dan Misi Sekolah dan KPM. Tahun 2023 pastinya akan ditempuh dengan pelbagai cabaran. Hal ini demikian kerana bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Seiring dengan itu, sebagai warga pendidik kita seharusnya bergerak dengan pantas agar tidak ketinggalan. Tugas hakiki kita sebagai pendidik dan penyampai ilmu adalah amanah yang amat besar dan perlu disempurnakan sebaik mungkin. Oleh itu, kita perlu sentiasa bergerak dengan semangat kerjasama, gandakan usaha agar kita dapat menjadi khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Dalam membentuk kemenjadian murid, bidang akademik dan bidang kokurikulum perlu menjadi keutamaan selain sahsiah dan akhlak. Justeru, pada tahun 2023 ini warga SMK Datok Lokman diharapkan dapat menyematkan rasa kesepunyaan dan kebertanggungjawaban dalam pelaksanaan setiap program. Yakinlah kejayaan pasti akan datang apabila kita bertugas bersungguh-sungguh dengan semangat yang tak pernah kenal lelah. Akhir kata, saya berdoa agar kita semua sentiasa diberkati, diberikan kesihatan yang baik dan memperoleh kekuatan dan kesabaran untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh ikhlas, iltizam dan komitmen yang tinggi dalam usaha mendidik anak bangsa ke arah kecemerlangan. Jadikanlah tugas yang diamanahkan ini sebagai satu ibadah supaya hidup kita akan terus diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Sekian, terima kasih. Yang benar, (SUHAIMI BIN MUSTAPA) Pengetua, SMK Datok Lokman Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.


iii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia, berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan. VISI PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA MISI MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA VISI SMK DATOK LOKMAN SMK DATOK LOKMAN MENJADI SEKOLAH HARIAN YANG CEMERLANG DALAM AKADEMIK, SAHSIAH DAN KOKURIKULUM MENJELANG TAHUN 2023 PIAGAM PELANGGAN • Memastikan semua murid yang ditempatkan di sekolah ini mendapat layanan yang adil dalam semua hal. • Memastikan semua murid di sekolah ini meneruskan persekolahan sehingga tamat Tingkatan 5. • Melayan ibu bapa dan tetamu sekolah dengan sebaik mungkin. • Sentiasa berlaku adil kepada semua pihak. • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi sekolah.


iv LAGU SEKOLAH Yakinlah kita semua Tabahkan hati kita Ilmu asas kemajuan Jadikan panduan S.M.K Datok Lokman Kebanggaan negara Kemajuan diutamakan Berdasarkan usaha Hormat guru kita Turut ajarannya Pastikan berjaya Jaga imej kita Nama ibubapa Pasti bahagia selamanya Tuhan yang kami sembah Restui doa kami Selamatkan negara Malaysia Negara yang tercinta


v IKRAR INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar,mempertahankan dan memperkukuhkan, integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah,salahguna kuasa dan penyelewengan,melalui tindakantindakan berikut:- • Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah. • Menutup semua ruang dan peluang mendedahkan kepada amalan rasuah. • Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undangundang, peraturan dan etika jabatan. • Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah. • Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej pegawai awam. • Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.


vi SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATOK LOKMAN, JALAN KAMPUNG PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) – 2023 MENGHASILKAN 92.0% MURID LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM 2023


vii DASAR DAN PERATURAN TETAP GURU & AKP SMK DATOK LOKMAN, KUALA LUMPUR 1. ASAS PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 Guru dan staf AKP hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan kebangsaan, Objektif Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Islam, Nilai Teras Sekolah Menengah. 1.2 Bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Misi dan Visi Sekolah. 1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Misi, Visi, Matlamat dan Objektif sekolah. 1.4 Bertekad dan beriltizam melaksanakan Piagam Pelanggan Sekolah. 1.5 Dalam menjalankan tugas meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan peribadi. 1.6 Semua guru ialah Guru Disiplin. 1.7 Semua guru ialah Guru Kaunseling. 2. KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu persekolahan atau waktu bekerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. 2.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah di pejabat. 2.3 Guru /staf AKP hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin, sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 2.4 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 2.5 Waktu bekerja semua staf AKP mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa.


viii 3. KELUAR WAKTU BERTUGAS 3.1 Pada waktu persekolahan atau kerja, guru dan staf AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/Penolong Kanan. 3.2 Guru di kehendaki mengisi Buku Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Pengetua/Penolong Kanan. 3.3 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah. 3.4 Staf AKP dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi Buku Kebenaran Keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran. 3.5 Guru dan staf AKP hendaklah mencatatkan waktu keluar dan masuk semula. 4. MELAKUKAN KERJA LUAR 4.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’ seperti berikut: 4.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 4.1.2 Dibenarkan dengan syarat: 4.1.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat 4.1.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam 4.1.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 4.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(1) dan subseksyen 132(g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000.00 (ringgit Malaysia: Lima puluh ribu ) atau


ix dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. 5. CUTI 5.1 Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut surat pekeliling Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa. 5.2 Cuti Rehat Khas (CRK) 5.2.1 Cuti sambilan tidak lebih daripada sepuluh (10) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender; dan 5.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. 5.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk guru sandaran terlatih dan guru kontrak. 5.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan Pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 5.2.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (ix) Bab C). 5.3 Cuti Sakit 5.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 5.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak melebihi 14 hari dalam setahun.


x 5.3.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. 5.4 Cuti Keluar Negara 5.4.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 5.5 Cuti Khas – Isteri bersalin 5.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5.6 Cuti Tanpa Rekod 5.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 5.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat 5.7.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung serta ibu dan bapa mertua. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 6. PAKAIAN 6.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur. 6.2 Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan.


xi 6.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 6.4 Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. 6.5 Semua guru hendaklah memakai pakaian uniform pada setiap hari Rabu, pakaian batik pada setiap hari khamis dan Baju Melayu pada setiap hari Jumaat. 6.6 Guru yang mengajar pendidikan jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 6.6.1 Guru perempuan seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 6.6.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 7. TANDA NAMA Semua guru dan staf AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 8. BILIK GURU 8.1 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‘non-teaching period’ dan bukan ‘free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru. 8.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman guru lain 8.3 Guru tidak boleh membenarkan pelajar berada di bilik guru. 8.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.


xii 8.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu dipadamkan dan semua pintu dikunci. 9. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 9.1 Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. 9.2 Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula boleh berurusan dengan Ketua panitia, GKMP, Guru Penolong Kanan. 10. TUGAS 10.1. Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab. 10.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan dan di sekolah hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tanpa pengetahuan Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran. 10.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua atau penolong kanan pentadbiran. 10.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ‘In-House Training’ kepada guru dan memaklumkan kepada Guru Penolong Kanan/Pengetua tarikh, nama dan masa pelaksanaannya. 10.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Bidang atau Ketua Panitia. 11. BUKU REKOD MENGAJAR MAYA 11.1 Setiap guru bertanggungjawab menyediakan Buku Rekod mengajar Maya (BRM OnLine). Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Bahan PdPc dari buku ini hendaklah diserahkan


xiii kepada Pengetua apabila diperlukan satu untuk disemak dan ditandatangani apabila diminta 11.2 Guru yang bercuti rehat khas atau menjalankan urusan rasmi di luar sekolah, hendaklah dicatat dalam buku rekodnya. 11.3 BRM OnLine hendaklah dikemas kini setiap masa. 12. JADUAL WAKTU MENGAJAR 12.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 12.2 Guru Tingkatan (Akademik) hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 13. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 13.1 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan HEM. 13.2 Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain disediakan serta ditampal. 14. KEBERSIHAN 14.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. 14.2 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal bahasa dan lain-lain) bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. 14.3 Semua guru, staf AKP dan pelajar sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.


xiv 15. SURAT MENYURAT 15.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letterhead sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. 15.2 Surat-surat keluar yang ditulis oleh guru kepada Kementerian, Jabatan dan sekolah lain hendaklah melalui pengetua. 16. SURAT YANG DITERIMA 16.1 Surat yang diterima oleh sekolah mesti diedar kepada guru untuk tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat tersebut. 16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah: 16.3.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail pejabat. 16.3.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat iringan dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. Satu salinan disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan. 17. URUSAN DENGAN JPN Guru dan staf AKP tidak digalakkan terus pergi Jabatan Pendidikan Negeri untuk urusan peribadi atau perkhidmatan kecuali diarah berbuat demikian/dengan arahan Pengetua.


xv 18. PELAWAT / JURUJUAL Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Guru Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakilwakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua/wakilnya. 19. PEMBELIAN BARANG 19.1 Setiap pembelian barang dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan nota minta. 19.2 Nota Minta tersebut hendaklah diluluskan oleh Pengetua. 19.3 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan Tempatan (Local Order/LO) 19.4 Segala inbois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok dan serah dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 20. KEGIATAN KOKURIKULUM 20.1 Semua guru ialahPenasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan mengikut jadual yang ditetapkan. 20.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum yang disediakan di pejabat. 21. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 21.1 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 21.2 Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher.


xvi 21.3 Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu sekolah dan lain-lain. 22. MESYUARAT GURU 22.1 Pengetua akan memanggil guru bermesyuarat dari semasa ke semasa. Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. 22.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Guru Penolong Kanan/Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia. 22.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek, selipar tidak dibenarkan. 23. ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH/ MESYUARAT/ KURSUS DALAMAN. 23.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. 23.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 24. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT 24.1 Guru dan staf AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi dan mengelakkan ketegangan hubungan.


xvii 24.1 Guru dan staf AKP tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan atau pun pelajar sekolah ini. 24.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. 25. KEAHLIAN KELAB GURU / PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) 25.1 Semua guru dan AKP secara automatik menjadi ahli Badan Kebajikan Guru & Staf (BKGS) 25.2 Semua guru secara automatik menjadi ahli PIBG. 26. ARAHAN DAN PEKELILING 26.1 Setiap arahan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas pekeliling Peribadi. 26.3 Arahan dan maklumat penting juga akan disampaikan melalui Media Sosial seperti Whatssap dan Telegram. 27. PENGGUNAAN ALAT-ALAT 27.1 Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan mesti mendapat kebenaran daripada penjaga stok dan direkodkan. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan dengan segera dalam keadaan baik. 27.2 Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantikanya.


xviii 28. TELEFON/FAKS 28.1 Penggunan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi. 28.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat. 29. KUNCI Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 30. LAWATAN Guru yang menguruskan lawatan sila patuhi peraturan (Pelancongan) sekolah 1957. 31. PENCERAMAH JEMPUTAN Jemputan penceramah luar hendaklah mendapat persetujuan daripada Pengetua terlebih dahulu. 32. KUTIPAN WANG 32.1 Kutipan wang daripada murid untuk aktiviti sekolah perlu mendapat kebenaran daripada Pengetua. 32.2 Kutipan wang bayaran tambahan murid oleh guru tingkatan perlu diserahkan dengan segera kepada Penolong Pegawai Kewangan (W). Salinan resit hendaklah dikeluarkan dan serah kepada ibu bapa.


xix Nama dan alamat Sekolah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATOK LOKMAN, JALAN KAMPONG PANDAN, 55100 KUALA LUMPUR. Kod Sekolah WEB 0227 No. Tel. : 03-92858754 No. Fax : 03-92861062 Gred Sekolah A Email Sekolah : [email protected] Jenis Sekolah Bantuan Penuh Waktu Persekolahan Murid Tingkatan Peralihan, 1 dan 2 Isnin – khamis Jumaat ⮚ 12.50 t/hari – 6.45 petang ⮚ 2.00 petang – 6.45 petang Tingkatan 3 Isnin – khamis Jumaat ⮚ 7.20 pagi – 1.05 t/hari ⮚ 7.20 pagi – 12.25 t/hari Tingkatan 4 dan 5 : Aliran Sains/STEM/Teknologi/Kemanusian Isnin Selasa – Khamis Jumaat ⮚ 7.20 pagi – 1.40 t/hari ⮚ 7.20 pagi – 1.40 t/hari ⮚ 7.20 pagi – 12.30 t/hari Waktu Guru Bertugas Sesi Pagi Isnin – Khamis Jumaat ⮚ 7.20 pagi –2.00 petang ⮚ 7.20 pagi – 12.30 t/hari Sesi Petang Isnin – Khamis Jumaat ⮚ 12.30 t/hari – 6.45petang ⮚ 2.00 petang – 6.45petang Waktu Guru Bertugas Mingguan Sesi Pagi Isnin – Khamis Jumaat Sesi Petang Isnin – Khamis Jumaat ⮚ 6.50 pagi – 2.00 petang ⮚ 6.50 pagi – 12.30 t/hari ⮚ 12.30 t/hari – 6.45petang ⮚ 1.45 t/hari – 6.45petang


xx


xxi


xxii


xxiii


xxiv


1 CARTA ORGA PE EN. SUHAI PENOLONG KANAN HEM SUZANAH BINTI KAMALUDIN DG 54 PENOLONG KA MOHD JAFRI BIN TUG PUSAT SUMBER SEKOLAH GKMP BAHASA LILI SURANIE BT AREP@ARIFF GKMP KEMANUSIAAN TUAN NORWAHIDAH BINTI TUAN MAT Kurik Jadu Jadu Gant Pusa Seko Jadu Guru Pepe Perk Staf Lapo Penc PENTADBIRAN HAL EHWAL MURID Panitia Mata Pelajaran Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Amalan Bahasa Malaysia (ABM) Sejarah Geografi Pendidikan Moral P.J & Kesihatan Pendidikan Islam Pendaftaran Orientasi Pelajar Badan Pengawas Muda Pengurusan Stok Keselamatan Buku Kedatangan Murid Surat Akuan Sijil Berhenti Disiplin Badan Pengawas Bimbingan dan Kaunseling Tabungan Kantin Biasiswa Kebajikan SPBT Kesihatan Program Motivasi Sijil Penghargaan Kemasukan dan Pertukaran Murid Program 3K Perabot Persatuan Akademik Penjurusan T4 Peralatan Majlis Persatuan Akademik Takwim Sekolah Perkembangan Staf/LDP Staf Sokongan PEN Kutipa Penya Keperl Anggo Sokon Pelatih Sanda MBMM Perjawatan Perkhidmatan Banguna PENOLONG KANAN PETANG RAJA HALIMAH BINTI RAJA YAAKOP DG 48 PEMBANTU PK PETANG UMAR ZAKIR BIN ABDULLAH DG 48


ANISASI SEKOLAH ENGETUA MI BIN MUSTAPA DG 54 PIBG ANAN PENTADBIRAN N MOHAMMAD YUSOFF DG 52 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM NOOR ANITA BINTI ABDUL MALEK DG 52 GURU BIMBINGAN & KAUNSELING GAS KHAS kulum ual Waktu ual Guru ti at Sumber olah ual Tugas u eriksaan embangan oran Prestasi cerapan GKMP SAINS & MATEMATIK NOR AZIZAH BINTI DARUS GKMP TEKNIK & VOKASIONAL (KOSONG) Panitia Mata Pelajaran Panitia Mata Pelajaran Sains Fizik Kimia Biologi Matematik Mat. Tambahan Ekonomi Asas /Ekonomi Prinsip Perakaunan Perdagangan Perniaagaan, RBT, MPV Perabot, MPV Lanskap, ASK/Sains Komputer, GERAK KERJA TUGAS KHAS PEMBANTU MAKMAL Persatuan Akademik NTADBIRAN n Maklumat ta Bulanan uan Guru/ ota Khidmat ngan Guru h/Guru aran MBI Juruaudit Dalam Koperasi Dokumentasi Guru Ganti Pentadbiran Kokurikulum Jadual Tugas Guru Jadual Tugas Gerko Koperasi Kebersihan Majalah Sekolah Kokurikulum Unit Beruniform Persatuan/ Kelab Sukan n dan Kawasan Keselamatan


2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PENGURU PENGE SUHAIMI BIN PENGE NAIB PEN MOHD JAFRI BIN MO SETIAUSAHA PENOLONG KANA SITI KHATIJJAH BINTI BUJANG RAMBLI KETUA PEMBANTU TADBIR PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SUZANAH BINTI KAMALUDIN PENOLONG KANAN NOOR ANITA BINT GK BIDANG BAHASA LILI SURANIE BT. AREP@ARIFF GK BIDANG SAINS & MATEMATIK NOR AZIZAH BINTI DARUS GK BIDANG KAJIAN KEMANUSIAAN TUAN NORWAHIDAH BINTI TU MAT GURU BIMBINGAN & KAUNSELING AMRI FAIZAL BIN MAMAT SEMUA KETUA PANITIA


USAN KEWANGAN DAN AKAUN ERUSI N MUSTAPA ETUA NGERUSI OHAMMAD YUSOFF AN PENTADBIRAN PENOLONG SETIAUSAHA NURUL AUFA BINTI MOHA AZMIR PENOLONG AKAUNTAN(KUP) N KOKURIKULUM TI ABDUL MALEK PENOLONG KANAN PETANG RAJA HALIMAH BINTI RAJA YAAKOP UAN GK BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL KOSONG GURU PENYELARAS BESTARI MOHD KAMAROZAMAN B. ABDUL MUTALIB GURU MEDIA & PERPUSTAKAAN NAZIRA BINTI SANUSI


CARTA ORGANISASI JAWA P SUHAIM NAIB MOHD JAFRI B SETIAUSAH HASLIN PENOLO SITI NORSHAH


ANTANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN STOR PENGETUA MI BIN MUSTAPA B PENGERUSI BIN MOHAMMAD YUSOFF HA (PEGAWAI ASET) NDA BINTI HUSSIN ONG SETIAUSAHA HIDAH BINTI SILAHUDDIN


JK PENYELENGGARAAN MOHD EDRUS BIN SAIDIN JK PELUPUSAN SITI MUNIRAH BINTI CHE HUSIN MAKMAL CYBER 1 MOHAMAD KAMAROZAMAN BIN ABDUL MUTALIB MAKMAL CYBER 2 TENGKU IZUDDIN BIN TN. IBRAHIM MAKMAL SAINS 1 & 2 MUHAMMAD SUHAILI BIN SAMSUDDIN MAKMAL BIOLOGI MUHAMMAD SAMSUL KAMAL BIN MOHD ZAITON MAKMAL KIMIA AMIRAH BINTI ZULKIFLI MAKMAL FIZIK PEMBANTU MAKMAL BENGKEL PERABOT MOHD EDRUS BIN SAIDIN BENGKEL LANDSKAP HASLINDA BINTI HUSSIN BENGKEL KAYU 1&2 SITI MUNIRAH BINTI CHE HUSIN BENGKEL ELEKTRIK 1&2 AIDAH BINTI PATA ARIFFIN BENGKEL PAIP & ENJIN ZURAINI BINTI ZAKARIA BENGKEL RBT SITI MUNIRAH BINTI CHE HUSIN KOPERASI SITI MUNIRAH BINTI CHE HUSIN PSS, ODT, APD DAN BILIK TAYANGAN NUR FARHANAH BINTI MAT SAM BILIK AKSES JURUTEKNIK KOMPUTER BILIK PENGURUSAN DISIPLIN ANTHONY A/L MARIADAS UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMRI FAIZAL BIN MAMAT GIMNASIUM SITI NOR FARHANUM BINTI MOHAMED ZAKARIA STOR SUKAN, BILIK GURU SUKAN MUHAMAD AZRIN BIN ABDULLAH STOR KOKURIKULUM AZIMAH BINTI MAD SARIP KELAS SEMUA GURU TINGKATAN ASET & STOK PANITIA SEMUA KETUA PANITIA LALUAN PPDa YUGESWARRY A/P RAJA LALUAN KERJAYA AMRI FAIZAL BIN MAMAT LALUAN KOMUNITI ASEAN NAZIRA BINTI SANUSI


JK PENDAFTARAN RAFIDAH BINTI NASIR JK KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA SAJANA A/P V RAJASINGAM PEJABAT / BILIK PENTADBIR SITI KHADIJAH BINTI BUJANG RAMBLI BILIK GURU KANAN LILI SURANIE BINTI AREP@ARIFF BILIK RAWATAN PERGIGIAN MARZULIANA BINTI ZULKEFLI BILIK SAKIT NOOR AZALIZA BINTI YAHAYA DEWAN SRI PANDAN SYARIFAH NURAFINA BINTI SYED KAMARULARIFIN BILIK GERAKAN NUR AIN NABILA BINTI ISMAIL BILIK PENGURUSAN PEPERIKSAAN SITI MUNIRAH BINTI AWANG BILIK BOSS ELAINE KWA GEK CHING KANTIN SHARIFAH NUR SUFIA BT SYED MOHAMAD SURAU NORA BINTI ABDULLAH BILIK PENDIDIKAN ISLAM MAZNI BINTI MANSOR BILIK SENI SHARIFAH NUR SUFIA BT SYED MOHAMAD PEGAWAI PEMERIKSA NOOR ANITA BINTI ABDUL MALEK GK TEKNIK VOKASIONAL ZAILINA BINTI OTHMAN RAFIDAH BINTI NASIR


6 PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2023/2024 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 20.03.2023 01.04.2023 31.03.2023 21.04.2023 10 13 5 JUMLAH HARI 23 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 22.04.2023 – 30.04.2023 9 01.05.2023 26.05.2023 18 4 JUMLAH HARI 18 CUTI PENGGAL 1, SESI 2023/2024 1 27.05.2023 04.06.2023 9 2 05.06.2023 01.07.2023 01.08.2023 30.06.2023 31.07.2023 25.08.2023 16 20 19 12 JUMLAH HARI 55 CUTI PENGGAL 2, SESI 2023/2024 26.08.2023 – 03.09.2023 9 1 3 04.09.2023 01.10.2023 01.11.2023 01.12.2023 30.09.2023 31.10.2023 30.11.2023 15.12.2023 19 22 20 11 15 JUMLAH HARI 72 CUTI PENGGAL 3, SESI 2023/2024 2 16.12.2023 – 01.01.2024 17 02.01.2024 01.02.2024 31.01.2024 09.02.2024 22 6 6 JUMLAH HARI 28 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024 4 10.02.2024 – 10.03.2024 30


7 HARI-HARI KELEPASAN AM PERSEKUTUAN TAHUN 2023/24 HARI KELEPASAN AM TARIKH TAHUN BARU 2024 01.01.2024 (ISNIN) HARI THAIPUSAM 25.1.2024 (KHAMIS) HARI WILAYAH 01.02.2024 (KHAMIS) TAHUN BARU CINA 10 FEBRUARI 2024 TAHUN BARU CINA HARI KEDUA 11 FEBRUARI 2024 NUZUL AL-QURAN 8 APRIL HARI PEKERJA 1 MEI HARI RAYA AIDILFITRI 22 APRIL HARI RAYA AIDIL FITRI KEDUA 23 APRIL HARI WESAK 4 MEI *HARI KEPUTERAAN YDP AGONG 5 JUN HARI RAYA HAJI 29 JUN AWAL MUHARRAM 19 JULAI HARI KEBANGSAAN 31 OGOS HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER MAULIDUR RASUL 28 SEPTEMBER HARI DEEPAVALI 12 NOVEMBER 2023 HARI KRISMAS 25 DISEMBER 2023 *Tertakluk kepada pindaan


8 CUTI PERISTIWA 2023/24 BIL. PERISTIWA TARIKH PERISTIWA TARIKH CUTI YANG DIPOHON 1. CUTI TAHUN BARU CINA 24.01.2023 (Selasa) 25.01.2023 (Rabu) 2. 3. 4. CUTI TAMBAHAN KPM BIL. PERISTIWA TARIKH CUTI KHAS 1. Cuti Hari Raya Aidil Fitri 20.04.2023 (Khamis) 2. Cuti Hari Raya Aidil Fitri 21.04.2023 (Jumaat) 3. Cuti Hari Raya Qurban 28.06.2023 (Rabu) 4. Cuti Hari Raya Qurban 30.06.2023 (Jumaat) 5. Cuti Deepavali 14.11.2023 (Selasa) 6. Tahun Baru Cina 09.02.2024 (Jumaat)


9 SENARAI STAF 2023/2024 STAF PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH BIL NAMA JAWATAN DG KELAYAKAN AKADEMIK PENGKHUSUSAN IKHTISAS IJAZAH SARJANA MUDA IJAZAH SARJANA LANJUTAN PERTAMA KEDUA 1 SUHAIMI BIN MUSTAPA PENGETUA DG54 USSULUDDIN USSULUDDIN FALSAFAH 2 MOHD JAFRI BIN MOHAMMAD YUSOFF PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DG52 TEKNOLOGI MAKLUMAT TEKNOLOGI MAKLUMAT 3 SUZANAH BINTI KAMALUDIN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID DG54 SEJARAH SEJARAH MATEMATIK 4 NOOR ANITA BINTI ABDUL MALEK PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DG52 PENGURUSAN PERNIAGAAN PENGAJIAN MELAYU 5 RAJA HALIMAH BINTI RAJA YAAKOP PENOLONG KANAN PETANG DG48 6 LILI SURIANIE BINTI AREP@ARIFF GURU KANAN BIDANG BAHASA DG52 SASTERA / DIPLOMA PENDIDIKAN SASTERA BAHASA MELAYU (LINGUISTIK) 7 NOR AZIZAH BINTI DARUS GURU KANAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DG48 PENDIDIKAN BIOLOGI BIOLOGI 8 TUAN NORWAHIDAH BINTI TUAN MAT GURU KANAN BIDANG KEMANUSIAAN 9 GURU KANAN BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL 10 NORHAYATI BINTI MD ALI STAF AKADEMIK DG54 PERAKAUNAN / DIPLOMA PENDIDIKAN PERAKAUNAN EKONOMI 11 AZRINA BINTI NOORDIN STAF AKADEMIK DG48 SAINS KOMPUTER SAINS KOMPUTER MATEMATIK 12 AMRI FAIZAL BIN MAMAT GURU BIMBINGAN KAUNSELING DG48 PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING BIMBINGAN DAN KAUNSELING PERDAGANGAN 13 ELAINE KWA GEK CHING STAF AKADEMIK DG48 TESL BAHASA INGGERIS 14 HASIMAH BINTI MOHAMED@ISMAIL STAF AKADEMIK DG48 PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA / DIPLOMA PENDIDIKAN EKONOMI RUMAH TANGGA KEMAHIRAN HIDUP (RBT)


10 (SPLI/ KPLI/ DPLI) / KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS 15 HASLINDA BINTI HUSIN STAF AKADEMIK DG48 LANDSCAPE ARCHITECTURE / DIPLOMA PENDIDIKAN (SPLI/KPLI/DPLI) PENGAJIAN LANDSKAP & NURSERI (MPV) 16 ISHAYDA BINTI ISHAK STAF AKADEMIK DG48 PERAKAUNAN / DIPLOMA PENDIDIKAN (SPLI/KPLI/DPLI) PERDAGANGAN EKONOMI 17 JAMILAH BINTI ABDUL HAMEED STAF AKADEMIK DG48 BAHASA INGGERIS / SIJIL PERGURUAN BAHASA INGGERIS (WORLD LITERATURE) BAHASA INGGERIS 18 JAMILAH BINTI ABDULLAH STAF AKADEMIK DG48 SAINS DAN PENDIDIKAN KIMIA 19 LI SHEAU JUIN STAF AKADEMIK DG48 TESL TESL BAHASA INGGERIS 20 MAZNI BINTI MANSOR STAF AKADEMIK DG48 PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB 21 MOHD EDRUS BIN SAIDIN STAF AKADEMIK DG48 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN JASMANI 22 NG NYOK MOI STAF AKADEMIK DG48 PENDIDIKAN BAHASA CINA BAHASA CINA 23 NOOR AZALIZA BINTI YAHYA STAF AKADEMIK DG48 PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERTAMA BAHASA MELAYU DAN LINGUISTIK BAHASA MELAYU SASTERA 24 NOOR ISMARDIANA BINTI GHAZALI GURU BIMBINGAN & KAUNSELING DG48 PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KAUNSELING 25 NORA BINTI ABDULLAH STAF AKADEMIK DG48 SYARIAH ISLAMIAH / DIPLOMA PENDIDIKAN PENDIDIKAN ISLAM BAHASA MELAYU 26 NORASIKIN BINTI MAT @ MUHAMMAD STAF AKADEMIK DG48 PRNDIDIKAN SEJARAH SEJARAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN 27 NOR AZEERA BINTI YUSOFF STAF AKADEMIK DG48 SAINS KOMPUTER / DIPLOMA PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MATEMATIK 28 SIROJUL HIDAYAH BINTI YAHYA STAF AKADEMIK DG52 BAHASA ARAB / SIJIL PERGURUAN BAHASA ARAB PENDIDIKAN ISLAM


11 29 SITI ISHAH BINTI MOHD SOM STAF AKADEMIK DG48 PENDIDIKAN MULTIMEDIA INTERAKTIF/ PENGAJIAN MELAYU SEKOLAH RENDAH (SPLI/KPLI/DPLI) BAHASA MELAYU GEOGRAFI 30 UMAR ZAKIR BIN ABDULLAH STAF AKADEMIK DG48 TESL BAHASA INGGERIS 31 WOON PEI YOKE STAF AKADEMIK DG48 PERAKAUNAN / PENGAJIAN PERAKAUNAN PERDAGANGAN / PERGAJIAN PERDAGANGAN PERAKAUNAN PERDAGANGAN 32 YONG KWEE HOON STAF AKADEMIK DG48 BAHASA DAN LINGUISTIK BAHASA CINA DENGAN PENDIIDKAN BAHASA CINA 33 AIDAH BINTI PATA ARIFFIN STAF AKADEMIK DG44 PENGURUSAN PERNIAGAAN / DIPLOMA PENDIDIKAN PERDAGANGAN 34 AMARDEV KAUR A/P GURDEV SINGH STAF AKADEMIK DG44 TESL BAHASA INGGERIS 35 ANTHONY A/L MARIADAS STAF AKADEMIK DG48 KEJURUTERAAN KIMIA / DIPLOMA PENDIDIKAN (SPLI/KPLI/DPLI) KEJURUTERAAN KIMIA KIMIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 36 AZIMAH BINTI MAD SARIP STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEJURUTERAAN MEKANIKAL PITO (KEMAHIRAN HIDUP) 37 HAREED MOHD FADELLA BIN AWANG JAYA STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN GEOGRAFI KURIKULUM DAN PEDAGOGI GEOGRAFI 38 JESSICA WONG LEE CHAN STAF AKADEMIK DG48 SAINS DAN PENDIDIKAN BIOLOGI KIMIA 39 LAN YANN TYNG STAF AKADEMIK DG44 TESL BAHASA INGGERIS 40 MAHASAN BIN TAHIR STAF AKADEMIK DG48 BAHASA ARAB / DIPLOMA PENDIDIKAN (SPLI/KPLI/DPLI) BAHASA ARAB PENDIDIKAN ISLAM 41 MARZULIANA BINTI ZULFEKLI STAF AKADEMIK DG44 SAINS DAN PENDIDIKAN FIZIK BIOLOGI 42 MOHAMAD KAMAROZAMAN BIN ABDUL MUTALIB STAF AKADEMIK DG44 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MATEMATIK


12 43 MUHAMAD AZRIN BIN ABDULLAH STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN SAINS SUKAN PENDIDIKAN SAINS SUKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 44 NORAINI BINTI MUSTAPHA STAF AKADEMIK DG44 SAINS DAN PENDIDIKAN MATEMATIK KMIA 45 NORASLIZA BINTI HASSAN STAF AKADEMIK DG44 SAINS DAN PENDIDIKAN MATEMATIK 46 NUR AMALINA BINTI ROZAK STAF AKADEMIK DG44 SAINS DAN PENDIDIKAN BIOLOGI SAINS 47 NURUL AKMAL BINTI MD. AMIN STAF AKADEMIK DG44 FIZIK / DIPLOMA PENDIDIKAN (SPLI/KPLI/DPLI) MATEMATIK 48 SAJANA A/P V. RAJASINGAM STAF AKADEMIK DG48 SAINS DIETETIK / DIPLOMA PENDIDIKAN (SPLI/KPLI/DPLI) PENGAJIAN INGGERIS 49 SHAADFIYAH BINTI ABD. RAHMAN STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN MATEMATIK MATEMATIK TEKNOLOGI MAKLUMAT 50 SHAHIDA BINTI AZMIZAM STAF AKADEMIK DG44 FIZIK DAN PENDIDIKAN FIZIK MATEMATIK 51 SITI MUNIRAH BINTI CHE HUSIN STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN TEKNIK VOKASIONAL KEJURUTERAAN AWAM 52 SURIANI BINTI TUKIMAN STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEJURUTERAAN MEKANIKAL KEJURUTERA AN AWAM 53 TENGKU MOHAMAD IZUDIN BIN TUAN IBRAHIM STAF AKADEMIK DG44 SAINS KOMPUTER/ DIPLOMA PENDIDIKAN SAINS KOMPUTER 54 WAN NUR SALISAH BINTI WAN ABD RAHMAN STAF AKADEMIK DG44 PENGURUSAN POLISI DAN PERSEKITARAN SOSIAL / DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN AM 55 ZURIANI BINTI ZAKARIA STAF AKADEMIK DG44 PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP KEMAHIRAN HIDUP 56 HAREED MOHD FADELLA BIN AWANG JAYA STAF AKADEMIK DG44 GEOGRAFI PENGAJIAN AM GEOGRAFI PENGAJIAN AM 57 MAIZATUL AKMA BINTI LOKMAN STAF AKADEMIK DG41 TESL BAHASA INGGERIS


13 58 MUHAMMAD FARHAN BIN OMAR STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SEJARAH SEJARAH PENDIDIKAN MORAL 59 NOR SAADAH BINTI JANAH STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SASTERA BAHASA MELAYU 60 NURUL AMRINA BINTI AB MAJID STAF AKADEMIK DG41 TEKNOLOGI PENDIDIKAN KEMAHIRAN HIDUP KEMAHIRAN HIDUP 61 SHARIFAH NUR SUFIA BINTI SYED MOHAMAD STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN SENI 62 SITI ANIS BINTI KAMARUDDIN STAF AKADEMIK DG41 BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN BAHASA ARAB 63 SITI MAISARAH BINTI NASIR STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SEJARAH BAHASA MELAYU 64 SITI MUNIRAH BINTI AWANG NOH STAF AKADEMIK DG41 PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN PENGAJIAN MALAYSIA 65 NOOR AZIANI BINTI STAF AKADEMIK DG41 PENGAJIAN PERNIAGAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF PENGURUSAN PERNIAGAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF 66 SITI NOR FARHANUM BINTI MOHAMED ZAKI STAF AKADEMIK DG41 67 AZFAR AZMI BIN ADNAN STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SEJARAH SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI 68 YUGESWARRY A/P RAJA STAF AKADEMIK DG41 BAHASA TAMIL BAHASA TAMIL 69 NUR FARHANAH BINTI MAT SAM STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SAINS / MATEMATIK SAINS 70 NUR LIYANA BINTI JAFRI STAF AKADEMIK DG41 PENDIDIKAN SENI SENI 71 NUR AIN NABILA BINTI ISMAIL STAF AKADEMIK DG41 BAHASA MELAYU BAHASA MELAYU PENGAJIAN KESUSASTERAAN MELAYU 72 SYARIFAH NURAFINA BINTI SYED KAMARULARIFIN STAF AKADEMIK DG41 BIMBIMBINGAN KAUNSELING BIMBIMBINGAN KAUNSELING PENDIDIKAN MORAL 73 NURUL AYUNNI BINTI CHE ARIFIN STAF AKADEMIK DG41 BIOLOGI / KIMIA BIOLOGI KIMIA


14 74 MOHD NORDIN BIN MAT JUNUS STAF AKADEMIK DG41 TESL TESL BAHASA INGGERIS 75 76 77 78 79 80 81 82 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) 2022/23 KAKITANGAN PEJABAT Bil Nama Gred Jawatan Jawatan 1 Pn. Siti Khatijjah binti Bujang Rambli N26 Ketua Pembantu Tadbir 2 Pn. Zailina binti Othman N19 Pembantu Tadbir 3 Cik Rafidah binti Nasir N19 Pembantu Tadbir 4 Pn. Nurul Aufa binti Mohamad Azmir W29 Pembantu Tadbir Kewangan 5 En. Mohd Azizul bin Idris FT 19 Juruteknik Komputer 6 Kosong C22 (KUP) Pembantu Makmal 7 En. Muhamad Samsul Kamal bin Mohd Zaiton C19 Pembantu Makmal 8 En. Muhammad Suhaili bin Samsudin C19 Pembantu Makmal 9 Cik Amirah binti Zulkefle C19 Pembantu Makmal 10. Pn. Asmah binti Jaafar N11 Pembantu Operasi 11. Cik Nurul Azirah binti Mat Isa N11/N14 Pembantu Operasi 12.


15 SENARAI GURU TINGKATAN SESI PAGI 2023/2024 Jumlah Kelas Tingkatan Guru Tingkatan Pembantu Guru Tingkatan 7 Penyelaras Tingkatan 3 Pn Amardev Kaur a/p Gurdev Singh 3 Alfa Pn. Siti Ishah binti Mohd Som Pn Amardev Kaur a/p Gurdev Singh 3 Beta Cik Nurul Ayuni binti Che Arifin Tuan Norwahidah binti Tuan Mat 3 Gamma Pn. Zuriani binti Zakaria Cik Li Sheau Juin 3 Ultraviolet Pn. Nur Liyana binti Jafri En. Anthony a/l Mariadas 3 Kosmik Pn. Noor Aziani binti Mohd. Azman Pn. Sajana a/p V. Rajasingam 3 Proton Tengku Mohammad Izudin bin Tuan Ibrahim Pn. Norasliza binti Hassan 8 Penyelaras Tingkatan 4 Cik Suriani binti Tukiman 4 Alfa Pn. Shahida binti Azmizam Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff 4 Beta En. Mahasan bin Tahir Pn. Noor Azaliza binti Yahaya 4 Gamma Pn. Woon Pei Yoke Pn. Nor Azeera binti Yusof 4 Ultraviolet En. Azfar Azmi bin Adnan Pn. Jamilah binti Abdullah 4 Kosmik Pn. Ishayda binti ishak Pn. Mazni binti Mansor 4 Proton Pn. Syarifah Nur Sufia binti Syed Mohamad Cik Suriani binti Tukiman 4 Elektron Pn. Jessica Wong Lee Chan En. Amri Faizal bin Mamat 4 Neutron En. Mohd. Edrus bin Saidin En. Mohd. Kamal Asri bin Mohamad Ashraff 8 Penyelaras Tingkatan 5 Pn. Nurul Akmal binti Md. Amin 5 Alfa Cik Azrina binti Nordin Pn. Nor Azizah binti Darus 5 Beta Pn. Shaadfiyah binti Abd Rahman En. Mohamad Kamarozaman bin Abdul Mutalib 5 Gamma Pn. Nor Saadah binti Janah Pn. Elaine Kwa Gek Ching 5 Ultraviolet Pn. Norhayati binti Md Ali Pn. Nurul Akmal binti Md. Amin 5 Kosmik Pn. Yugeswarry a/p Raja Pn. Nur Farhanah binti Mat Sam 5 Proton Pn. Sirojul Hidayah binti Yahaya Pn. Suzanah binti Kamaludin 5 Elektron Pn. Haslinda binti Hussin Cik Siti Munirah binti Awang Noh 5 Neutron En. Mohd. Nordin bin Mat Junus Cik Norasikin binti Mat @ Muhammad


16 SENARAI GURU TINGKATAN SESI PETANG 2022/23 Jumlah Kelas Tingkatan Guru Tingkatan Guru Pembantu 8 Penyelaras Tingkatan 1 / Peralihan Pn. Wan Nur Salisah Binti Wan Abd Rahman PERALIHAN Yong Kwee Hoon Lan Yann Tyng 1 Alfa Nur Ain Nabila binti Ismail Noraini binti Mustapha 1 Beta Nurul Amrina binti Ab Majid Azimah binti Mat Sarip 1 Gamma Sharifah Nurafina binti Syed Kamarulariffin Wan Nur Salisah binti Wan Abd Rahman 1 Ultraviolet Siti Munirah binti Che Husin Muhammad Farhan bin Omar 1 Kosmik Siti Norshahidah binti Silahuddin Muhammad Azrin bin Abdullah 1 Proton Nursyahida binti Jamil Noor Ismardiana binti Ghazali 1 Elektron Marzuliana binti Zulkefli Azimah binti Mat Sarip 7 Penyelaras Tingkatan 2 Pn. Nur Amalina binti Rozak 2 Alfa Siti Anis binti Kamaruddin Nur Amalina binti Rozak 2 Beta MaizatulAkma binti Lokman Noraini binti Mustapha 2 Gamma Hareed Mohd Fadella bin Awang Jaya Aidah binti Pata Ariffin 2 Ultraviolet Nur Adila binti Shuhaimi Umar Zakir bin Abdullah 2 Kosmik Nora binti Abdullah Aidah binti Pata Ariffin 2 Proton Siti Maisarah binti Nasir Umar Zakir bin Abdullah 2 Elektron Hasimah binti Mohamed @ Ismail Noor Ismardiana binti Ghazali Jumlah : 15


17 JADUAL PEMANTAUAN PENOLONG KANAN DAN GURU KANAN BIL LOKASI NAMA PEMANTAU 1. Blok Amanah & Blok Ilmu 2. Blok Maju & Blok Yakin Tuan Norwahidah binti Tuan Mat Pn. Nor Azizah binti Darus 3. Blok Cemerlang & Surau En. Mohd Jafri bin Mohammad Yusoff Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff 4. Bengkel & Makmal Cyber GK Teknik Vokasional 5. Gimnasium, Kantin, Dewan & Koperasi Pn. Noor Anita binti Abdul Malek YM Raja Halimah binti Raja Yaakop JADUAL PEMANTAUAN PENTADBIR & LEARNING WALK 2023/24 (7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari) 7.30 pagi -10.30 pagi 10.30 pagi – 1.00 tengah hari ISNIN Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff (Guru Kanan Bahasa) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua/ En. Mohd Jafri bin Mohammad Yusoff (Penolong Kanan Pentadbiran) SELASA Tuan Norwahidah binti Tuan Mat (Guru Kanan Kemanusiaan) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua/ Pn Suzanah binti Kamaludin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) RABU Pn. Nor Azizah binti Darus (Guru Kanan Sains & Matematik) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua/ Suzanah binti Kamaludin (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid KHAMIS (Guru Kanan Teknik & Vokasional) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua/ Pn. Noor Anita binti Abdul Malek (Penolong Kanan Kokurikulum) JUMAAT En. Mohd Jafri bin Mohammad Yusoff (Penolong Kanan Pentadbiran) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua/ Pn. Noor Anita binti Abdul Malek (Penolong Kanan Kokurikulum)


18 (2.00 petang hingga 6.45 Petang) Masa / Hari 1.30 petang -3.00 petang 3.00 petang - 4.30 petang 4.30 petang – 6.45 petang ISNIN Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff (Guru Kanan Bahasa) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua YM Raja Halimah binti Raja Yaakop (Penolong Kanan Petang) SELASA Tuan Norwahidah binti Tuan Mat (Guru Kanan Kemanusiaan) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua YM Raja Halimah binti Raja Yaakop (Penolong Kanan Petang) RABU Pn. Nor Azizah binti Darus (Guru Kanan Sains & Matematik) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua YM Raja Halimah binti Raja Yaakop (Penolong Kanan Petang) KHAMIS (Guru Kanan Teknik & Vokasional) En Suhaimi bin Mustapa Pengetua YM Raja Halimah binti Raja Yaakop (Penolong Kanan Petang) JUMAAT YM Raja Halimah binti Raja Yaakop (Penolong Kanan Petang)


19 SENARAI GURU BERTUGAS MINGGUAN (SESI PAGI) MINGGU TARIKH GURU BERTUGAS 1 20 - 24 Mac 2023 Pn. Syarifah Nur Sufia binti Syed Mohamad Pn. Norhayati binti Md Ali Pn. Amardev Kaur a/p Gurdev Singh Pn Nor Azizah binti Darus (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 2 27 – 31 Mac 2023 En Anthony a/l Mariadas Pn. Shaadfiyah binti Abd. Rahman Cik Azrina binti Noordin Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff (Pintu Hadapan) En. Mohd. Kamal Asri bin Mohamad Ashraff(Pintu Belakang) 3 03 - 07 Apr 2023 Pn. Jessica Wong Lee Chan Pn Elaine Kwa Gek Ching Pn Haslinda binti Hussin Pn. Noor Anita binti Abdul Malek(Pintu Hadapan) Pn. Suzanah binti Kamaludin (Pintu Belakang) 4 10 – 14 Apr 2023 Pn Zuriani binti Zakaria Pn Woon Pei Yoke Pn Ishayda binti Ishak En. Mohd. Jafri bin Mohammad Yusoff (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 5 17 – 21 Apr 2023 20 Apr 2023 (Cuti Tambahan KPM) 21 Apr 2023 (Cuti Tambahan KPM) Y.M.Tengku Mohamad Izudin bin Tuan Ibrahim Pn. Jamilah binti Abdullah Pn. Suzanah binti Kamaludin (Pintu Hadapan) En. Mohd Kamal Asri bin Mohamad Ashraff (Pintu Belakang) CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 22.04.2023 – 30.04.2023 6 01 – 05 Mei 2023 Cuti Hari Pekerja (1 Mei 2023) Cuti Hari Wesak (4 Mei 2023) Cik Suriani binti Tukiman Cik Siti Munirah binti Awang Noh Tuan Norwahidah binti Tuan Mat (Pintu Hadapan) Pn. Suzanah binti Kamaludin (Pintu Belakang) 7 08 - 12 Mei 2023 En Mahasan bin Tahir En Azfar Azmi bin Adnan


20 Pn. Siti Ishah binti Mohd Som GK Teknik (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 8 15 - 19 Mei 2023 En. Mohamad Kamarozaman bin Abdul Mutalib Cik Ng Nyok Moi Pn. Shahida binti Azmizam Pn. Nor Azizah binti Darus (Pintu Hadapan) En. Mohd Kamal Asri bin Mohamad Ashraff (Pintu Belakang) 9 22 – 26 Mei 2023 En. Mohd Nordin bin Mat Junus Pn. Noor Azaliza binti Yahaya Pn. Sajana a/p V. Rajasingam Pn. Noor Anita binti Abdul Malek (Pintu Hadapan) En. Anthony a/l Mariadas (Pintu Belakang) CUTI PENGGAL 1 27.05.2023 – 04.06.2023 10 05 – 09 Jun 2023 Cuti Hari Keputeraan DYMM SPB Agong ( 5 Jun 2023) Cik Norasikin binti Mat @ Muhammad Pn. Norasliza binti Hassan Pn. Nurul Akmal binti Md Amin Tuan Norwahidah binti Tuan Mat (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 11 12 – 16 Jun 2023 Pn. Nor Azeera binti Yusof Pn. Nur Liyana binti Jafri Pn. Nor Saadah binti Jannah GK Teknik (Pintu Hadapan) En. Mohd Kamal Asri bin Mohamad Ashraff (Pintu Belakang) 12 19 – 23 Jun 2023 Cik Nur Farhanah binti Mat Sam Pn. Syarifah Nur Sufia binti Syed Mohamad En. Mohd. Edrus bin Saidin Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 13 26 – 30 Jun 2023 28 Jun 2023 (Cuti Tambahan KPM) 29 Jun 2023 (Cuti Hari Raya Qurban) 30 Jun 2023 (Cuti Tambahan KPM) Pn. Mazni binti Mansor Pn. Sirojul Hidayah binti Yahya Pn. Nor Azizah binti Darus (Pintu Hadapan) En Anthony a/l Mariadas (Pintu Belakang) 14 3 – 07 Jul 2023 Cik Li Sheau Juin Cik Siti Nor Farhanum binti Mohamed Zaki


21 Guru Baru Pn. Noor Anita binti Abdul Malek (Pintu Hadapan) En. Mohd Kamal Asri bin Mohamad Ashraff (Pintu Belakang) 15 10 – 14 Jul 2023 Pn. Noor Aziani binti Mohd Azman Pn. Yugeswarry a/p Raja Cik Nurul Ayunni binti Che Ariffin En. Mohd Jafri bin Mohammad Yusoff (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 16 17 – 21 Jul 2023 Cuti Awal Muharram (19 Jul 2023) Cik Azrina binti Noordin Pn. Norhayati binti Md Ali Pn. Jessica Wong Lee Chan Tuan Norwahidah binti Tuan Mat (Pintu Hadapan) En. Mohd Kamal Asri bin Mohamad Ashraff (Pintu Belakang) 17 24 – 28 Julai 2023 Pn. Amardev Kaur a/p Gurdev Singh Pn Elaine Kwa Gek Ching Pn. Shaadfiyah binti Abd. Rahman GK Teknik (Pintu Hadapan) PK HEM (Pintu Belakang) 18 31 Julai – 04 Ogos 2023 Pn Haslinda binti Hussin Pn. Sirojul Hidayah binti Yahya Pn Zuriani binti Zakaria Pn. Lili Suranie binti Arep @ Ariff (Pintu Hadapan) En Anthony a/l Mariadas (Pintu Belakang) 19 07 – 11 Ogos 2023 Pn Woon Pei Yoke Y.M.Tengku Mohamad Izudin bin Tuan Ibrahim Cik Suriani binti Tukiman Pn. Nor Azizah binti Darus (Pintu Hadapan) En. Amri Faizal bin Mamat (Pintu Belakang) 20 14 – 18 Ogos 2023 Pn Ishayda binti Ishak Pn. Jamilah binti Abdullah En Mahasan bin Tahir Tuan Norwahidah binti Tuan Mat (Pintu Hadapan) En. Mohd Kamal Asri bin Mohamad Ashraff (Pintu Belakang) 21 21 – 25 Ogos 2023 Cik Siti Munirah binti Awang Noh Pn. Siti Ishah binti Mohd Som Cik Ng Nyok Moi Pn. Noor Anita binti Abdul Malek (Pintu Hadapan)


Click to View FlipBook Version