SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA TRIANG 3
28200 BERA, PAHANG DARUL MAKMUR
KERTAS KERJA
PROGRAM TOUCH OF HOPE
(TOHA)
ANJURAN:
UNIT BINA INSAN
DAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PROGRAM TOUCH OF HOPE (TOHA)
SK FELDA TRIANG 3 , 28200 TRIANG PAHANG
1.0 MUQADDIMAH
Perubahan luar biasa dikalangan murid-murid dan guru-guru Sekolah
Kebangsaan Triang 3 terutama dari segi pengurusan waktu hadir , perubahan sikap
dan disiplin murid rentetan dari Program Ihya Ramadan 1439 tahun 2018 melalui slot
Untaian Keajaiban Surah Al-Mulk yang di laksanakan bermula 7.20 pagi dan
menampakkan hasil positif yang difikirkan perlu diteruskan walaupun program itu telah
tamat.
Program “TOHA” pula bermula setelah Jawatankuasanya yang terdiri dari
pihak pentadbiran ,Unit Bina Insan dan Panitia Pendidikan Islam dalam usaha
memurnikan program Amalan Kerohanian 40 Menjelang UPSR anjuran Unit
Pendidikan Islam PPD Bera dengan menyusun semula dan menamakannya sebagai
“TOUCH OF HOPE” dan diringkaskan sebagai “TOHA’ dengan meneruskan amalan
bacaan Surah Al-Mulk setiap pagi seawal 7.20 pagi.
“TOHA” merupakan salah satu surah dalam al-Quran . Panitia Pendidikan
Islam menetapkan agar ayat 1 hingga 5 dibaca oleh murid sebelum memulakan mata
pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Justeru itu “TOHA” dipilih dan telah
dijadikan jenama khas bagi semua program dibawah Unit Bina Insan bermula tahun
2019 dengan pengisian secara harian dan mingguan.
Pihak Pentadbiran sekolah bersetuju memperuntukkan 1 masa (30 minit)
seminggu untuk aktiviti Bina Insan di dalam jadual rasmi setiap hari Jumaat.
2.0 OBJEKTIF
2.1Membimbing murid kearah melahirkan generasi al-Quran yang sentiasa
membaca, menghafaz dan menghayati al-Quran.
2.2Melatih murid beramal dengan cara istiqamah atau konsisten .
2.3Mendisiplinkan warga SKFT3 menepati dan menghargai masa.
2.4Menyuburkan jiwa luhur dan tenang dengan terapi bacaan al-quran.
2.5Meninggikan kualiti nilai insani dalam diri setiap murid.
3.0 SASARAN
3.1 Semua murid SK Felda Triang 3.
3.2 Semua warga SK Felda Triang 3
4.0 TEMPAT
SK FELDA TRIANG 3, 28200 TRIANG, PAHANG DARUL MAKMUR.
5.0 TEMPOH PELAKSANAAN
Sepanjang tahun persekolahan sesi 2022
6.0 PENGISIAN PROGRAM
Program ini dilaksanakan secara harian dan mingguan.
6.1 PROGRAM ‘TOHA’ HARIAN
PROGRAM ‘TOHA’ HARIAN
Bil Masa Hari Pengisian Bahan
Isnin Terapi Bacaan Surah Al- -audio (Qari Mishary al-Afasy)
hingga
1 7.20 Khamis Jiwa Kahfi (Ayat 1-10 -cetakan risalah ayat 1-10/101-
pagi Qurani & ayat 101-110) 110.
2 hingga Bacaan Surah al- -audio (Qari Mishary al-Afasy)
7.45 Waqiah (96 ayat) -cetakan risalah al-Waqiah
pagi Bacaan Doa -Teks Doa
3 Harian -Jadual Pembaca Doa
11.05 Santapan Bacaan Surah Al- - audio (Qari Mishary al-Afasy)
pagi Rohani
4 hingga
11.15 Mulk -cetakan risalah al-Mulk
pagi
6.1.1 Jadual guru bertugas waktu rehat tahap 2 (rujuk lampiran)
6.1.2 Jadual pembaca doa (rujuk lampiran)
6.2 PROGRAM ‘TOHA’ MINGGUAN
6.2.1 Dijalankan secara penggiliran bacaan Surah Yaasin dan Surah
Al- Kahfi.
6.2.2 Program ini dikendalikan oleh guru bertugas mingguan
PROGRAM ‘TOHA’ MINGGUAN (JUMAAT) - YAASIN
Bil Masa Pengisian Bahan
-audio (Qari Mishary al-
1 Bacaan Surah Al-Kahfi Afasy)
7.20 pagi (Ayat 1-10 & ayat 101- -cetakan risalah ayat 1-
hingga 7.40 110) 10/101-110.
-audio (Qari Mishary al-
2 Bacaan Surah al-Waqiah Afasy)
(96 ayat) -cetakan risalah al-Waqiah
3 7.45
Bacaan Surah Yaasin dan -Risalah Surah Yaasin
4 Doa Yaasin
-Teks Doa
Bacaan Doa Harian -Jadual Pembaca Doa
PROGRAM ‘TOHA’ MINGGUAN (JUMAAT) – AL-KAHFI
Bil Masa Pengisian Bahan
-audio (Qari Mishary al-
Bacaan Surah Al-Kahfi Afasy)
-cetakan risalah ayat 1-
1 (Ayat 1-10 & ayat 101- 10/101-110.
-audio (Qari Mishary al-
7.20 pagi 110) Afasy)
-cetakan risalah al-Waqiah
hingga 7.40 -Risalah Surah Al-Kahfi
-Teks Doa
2 Bacaan Surah al-Waqiah -Jadual Pembaca Doa
(96 ayat)
3 Bacaan Surah Al-Kahfi
4 Bacaan Doa Harian
8.0 JAWATAN KUASA
8.1 Jawatan Kuasa Induk
Pengerusi : En. Zainal Bin Abdul Rashid
Naib Pengerusi (Guru Besar SKFT3)
Setiausaha : Pn. Salina Binti Abu Bakar
Pen. Setiausaha (GPK Hal Ehwal Murid SKFT3)
: Pn. Suriya Salmi Binti Mohd Noor
(GPK Pentadbiran SKFT3)
: Pn.Sanisah Binti Harun
(GPK Ko-Kurikulum SKFT3)
: Pn. Azrina Binti Halmi
: Pn. Norashiah Binti Bakar
10. PENUTUP
Besar harapan agar amalan berterusan ini dapat dihayati dan dibudayakan
dalam diri anak-anak SK Felda Triang 3 pada setiap masa. Semoga segala usaha
kearah melahirkan dan membentuk ummah yang hebat ini dipermudahkan olehNya.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
( AZRINA BINTI HALMI ) (SALINA BINTI ABU BAKAR)
Setiausaha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Unit Bina Insan, SK Felda Triang 3,
SK Felda Triang 3, 28200 Triang,
28200 Triang, Pahang. Pahang Darul Makmur.
Disahkan oleh :