Topik 3.0
Pemasangan
Dan Kawalan
Motor
3.1 Konsep Asas
Kawalan Motor Elektrik
3.1.1
Keperluan Asas Kawalan
Motor Elektrik
3.1.1 Keperluan Asas Kawalan
Motor Elektrik
• Pemencilan
• Perlindungan Litar Pintas
• Perlindungan Arus Beban Lampau
• Perlindungan Tanpa Voltan
Pemencilan
• Pemencilan ialah suis utama yang dipasang pada setiap
permulaan litar pemula motor. Tugasnya ialah untuk memutus
dan mengasingkan litar motor itu sewaktu berlaku kerosakan,
pembaikan atau tambahan litar apabila litar motor itu tidak
digunakan lagi.
• Suis ini biasanya berangkai dan diperbuat daripada logam. Di
dalamnya terdapat fius-fius setiap fasa untuk perlindungan
daripada litar pintas.
Pelindung Litar Pintas
– Setiap wayar hidup yang disambungkan ke litar
pemula motor mestilah dilengkapkan dengan fius
atau Pemutus Litar Miniatur(PLM). Ia bertujuan
untuk memutuskan litar pemula motor apabila
berlakunya lebihan arus disebabkan litar pintas.
Perlindungan Arus Beban Lampau
– Setiap litar pemula motor hendaklah dilengkapi
dengan Geganti Beban Lebih(GBL). Ia bertujuan
untuk memutuskan litar pemula motor apabila
berlakunya lebihan arus pada motor disebabkan
terlebih beban.
Perlindungan Tanpa Voltan
– Pelindung tanpa voltan dimaksudkan ialah semasa motor
sedang beroperasi tiba-tiba bekalan terputus. Dengan
ini motor berhenti beroperasi. Beberapa minit kemudian
bekalan pulih tetapi motor tidak beroperasi selagi punat
tekan hidup tidak ditekan.
– Tujuannya ialah tidak membahayakan kepada
pengguna, contohnya tangga bergerak dan tidak
membahayakan kepada motor disebabkan hidup-henti.
3.1.2
Fungsi Kawalan Motor
Elektrik
Fungsi Kawalan Motor Elektrik
– Hidup henti
– Mempercepatkan
– Kawalan kelajuan
– Gerakan mara- songsang
– Pembrekan
Hidup-henti Mempercepatkan
• Menghidupkan dan menghentikan • Mempercepatkan atau
sesebuah motor elektrik. melambatkan sesebuah motor
elektrik.
• contohnya litar kawalan
penghidup terus pada talian. • contohnya litar penghidup Bintang-
Delta.
Gerakan Mara-Songsang
• Putaran yang piawai untuk sesebuah motor adalah
mengikut arah pusingan jam.
• Arah putaran motor boleh diubah dengan menterbalikkan
sambungan belitan medan/angker tapi bukan kedua-
duanya.
• Contohnya litar penghidup Mara-Songsang.
Kawalan Kelajuan
• Berbeza-beza mengikut sesuatu jenis motor. Kelajuan
yang dikehendaki itu mungkin melebihi paras kelajuan
biasa motor atau sebaliknya, bergantung kepada
kehendak penggunaannya.
Pembrekan
Motor akan ditahan oleh daya kilas yang bertentangan dan
seterusnya berhenti. Pemberhentian ini dinamakan pembrekan
dan amat perlu bagi kren atau sistem angker ketika mengangkut
barang-barang.
Topik 3.0
Pemasangan
Dan Kawalan
Motor
3.2 Jenis-jenis Kawalan
Motor Elektrik
3.2.1
Kawalan Manual
KAWALAN INSANI (MANUAL)
• Kawalan motor insani/manual bermaksud kawalan motor ini dilakukan
sendiri oleh manusia. Kita terpaksa mengawal sendiri sesuatu litar itu samada
perlu dihidup atau dihentikan dengan menghidup atau mematikan suis
litarnya.
• Cara kawalan ini memerlukan pemerhatian khusus dan biasanya tidak sesuai
digunakan apabila ia melibatkan banyak litar dan mengambil masa yang lama
untuk perubahan sesuatu kawalan lain.
• Pekerja khusus diperlukan untuk mengendalikan sistem kawalan manual
kerana, kecekapan dan kemahiran pengawalan amat diperlukan agar tidak
ada suis yang terlalu cepat atau terlambat dihidupkan dan mengakibatkan
keseluruhan sistem kawalan itu tidak berfungsi dengan sempurna.
• Hari ini penggunaan kawalan manual terbatas kepada beberapa litar mudah
atau digabungkan bersama-sama dengan kawalan automatik. Contoh
penggunaan kawalan manual ialah pada suis pengawalan gelendong untuk
mara-songsang, suis punatekan henti/hidup, suis punatekan ‘jogging’,
‘inching’, kelajuan dan sebagainya.
3.2.2
Kawalan Separa
Automatik
KAWALAN SEPARA AUTOMATIK
• Dalam kawalan ini, sebahagiannya akan berkendali
sendiri dan sebahagian lagi memerlukan kawalan
manual.
• Biasanya sistem kawalan ini tidak akan bekerja selagi
kawalan manual tidak dimulakan. Ini bererti kawalan
manual menjadi pemula sistem kawalan separuh
automatik.
• Biasanya suis punatekan digunakan untuk kawalan
manual bersama-sama dengan kawalan magnet.
Kebanyakan pemula motor hari ini menggunakan
kaedah kawalan separa automatik.
• Misalnya, pemula terus pada talian, pemula bintang
delta, pemula perintang pemutar dan sebagainya yang
menggunakan kawalan magnet.
3.2.2
Kawalan Automatik
KAWALAN AUTOMATIK
• Kawalan ini bekerja secara automatik tanpa memerlukan
bantuan secara manual kecuali jika ianya rosak. Ia boleh
bekerja sendiri setelah dihidupkan dan boleh mengawal
keseluruhan litar itu mengikut kehendak penggunanya.
• Misalnya kawalan lampu lalu lintas boleh menyalakan
lampu-lampunya dengan sendiri dari merah ke hijau,
kemudian kuning dan balik semula ke merah tanpa
bantuan setelah sistem kawalannya dihidupkan.
• Kawalan automatik diperlukan apabila sesuatu litar
kawalan itu memerlukan pelbagai kawalan litar atau
melibatkan kawalan pelbagai tugas dalam jangka masa
yang panjang dan berterusan. Misalnya, kawalan paras
air di empangan-empangan atau kawasan-kawasan
banjir, kawalan paras tekanan pemampat, kawalan suhu
pendingin udara, kawalan kepanasan mesin pengering,
kawalan lampu jalan dan sebagainya.
• Suis apung, suis masa, suis tekanan dan suis suhu adalah
contoh-contoh alatan yang digunakan dalam kawalan
automatik di samping penyentuh atau litar-litar
elektronik.
Perbandingan 3 Jenis
Kawalan
Jenis Kawalan Ciri Kebaikan Keburukan
Insani Kawalan secara terus -mudah -Pekerja perlu mahir.
dengan tangan/kaki -murah -Tidak dapat mengawal banyak litar
Separuh -cepat serentak.
Automatik -tidak mudah rosak -Tidak sesuai untuk kawalan litar
Automatik berterusan dan berpanjangan.
Sebahagian kawalan -Selamat -Bahaya sentuhan atau tersalah
insani dan sebahagian -Mudah mengendali kawalan.
kawalan magnet. -Boleh mengawal banyak litar -Menempati banyak ruang.
-Tidak perlu pekerja mahir -Perlu dijaga.
-Tidak merbahaya -Mahal
-Menempati ruang kecil. -Perlu bantuan manusia untuk
memulakannya
-Kerosakan sukar dibaiki
-Perlukan penyentuh
Kawalan sepenuhnya -Tidak perlukan bantuan manusia -Mahal
oleh magnet atau
elektronik dengan -Boleh mengawal secara -Sukar dibaiki
menggunakan
kawalan pandu. berterusan -Litarnya rumit dan sukar dipasang
-Menjimatkan masa mengawal -Perlu penyengaraan khas
-Boleh mengawal banyak litar -Banyak peranti pandu.
secara automatik.
Topik 3.0
Pemasangan
Dan Kawalan
Motor
3.3 Jenis, Simbol Dan
Komponen Kawalan Motor
Elektrik
Komponen Simbol Fungsi
Punat tekan digunakan untuk
Punat Tekan Henti menghentikan kendalian litar.
(Push Button Stop)
Punat tekan digunakan untuk
Punat Tekan Hidup menghidupkan kendalian litar.
(Push Button Start)
Penyentuh ialah sesentuh atau suis
Penyentuh (Contactor) yang dikendali oleh elektromagnet.
Komponen Simbol Fungsi
Sebagai suis kawalan litar berarus
Geganti Kawalan (Relay) tinggi seperti litar kawalan lampu
isyarat.
Geganti Beban Lampau
(Thermal Overload Relay / Memutuskan litar apabila
TOR) berlakunya lebihan arus disebabkan
lebih beban.
Pemasa (Timer)
Sejenis alat kawalan yang digunakan
supaya mengadakan lewat masa
di antara satu bahagian (penyentuh)
dengan bahagian (penyentuh) yang
lain di dalam litar
kawalan.
Komponen Simbol Fungsi
Penyongsang (Inverter)
Satu litar yang berfungsi untuk
Suis had (Limit Switch) menukarkan kuasa dari sumber Voltan
Suis kaki (foot switch) bekalan A.T kepada sumber kuasa Voltan
bekalan A.U.
- Suis ini biasanya digunakan untuk
mengawal jarak pergerakan sesuatu
mesin atau alat.
- Contohnya ialah mengawal pergerakan
naik dan turun lif.
- Ia dipasang berpasangan di mana
sebagai punat tekan hidup dan punat
tekan henti.
- Suis ini digunakan untuk mengawal
pergerakan sesuatu alat atau mesin.
- Contohnya, ia biasa dipasang pada
mesin jahit dan mesin pemotong kertas.
Komponen Simbol Fungsi
Suis Pilihan (Selector Switch)
Suis Apong (Float Switch) Suis Pilihan merupakan sejenis alat
yang boleh dipilih untuk
memutuskan litar elektrik,
menghentikan aliran arus elektrik
ataupun mengalihkan arah aliran
dari satu pengalir ke pengalir yang
lain.
Memutuskan litar apabila
berlakunya lebihan arus disebabkan
lebih beban.
Topik 3.0
Pemasangan
Dan Kawalan
Motor
3.4 Jenis-jenis Dan Fungsi
Pemula Motor AT dan AU
Fasa Tunggal
Jenis-jenis Pemula Motor AT
Dan AU Fasa Tunggal
• Pemula Terus Pada Talian (Direct On Line).
• Pemula Mara-songsang (Forward Reverse).
• Pemula Berjog (Joging).
• Pemula Berturutan/Jujukan (Sequential).
Pemula Terus Pada Talian
(Direct Online Starter)
Pemula Terus Pada Talian
(Direct Online Starter)
1. Apabila punat tekan hidup PB2 ditekan, arus akan mengalir ke dalam
litar kawalan, lalu memberi litar lengkap pada gegelung penyentuh C.
2. Sesentuh ini menyebabkan arus dari L memasuki motor dan motor
akan berputar.
3. Apabila PB2 dilepaskan, motor akan terus berputar kerana gegelung
penyentuh C masih bertenaga (mendapat arus), yang melalui sesentuh
C. Sesentuh C ini dipasang selari dengan PB2 bagi menggantikan PB2
apabila dilepaskan. Sesentuh ini dipanggil sebagai litar pemegang.
4. Untuk menghentikan motor, punat tekan henti PB1ditekan,
menyebabkan litar ke gegelung penyentuh diputuskan.
5. Motor juga akan berhenti secara automatik, jika berlaku beban lampau.
Berjog (Jogging)
Berjog (Jogging)
Kendalian litar ini adalah sama dengan pemula talian terus, cuma litar jogging
tidak mempunyai sesentuh pemegang C4 seperti dalam litar DOL, di mana jika
dilepaskan PB1, litar akan berhenti.
1. Apabila punat tekan hidup PB1 ditekan, arus akan mengalir ke dalam litar
kawalan, lalu memberi litar lengkap pada gegelung penyentuh C.
2. Sesentuh ini menyebabkan arus dari sumber L memasuki motor dan motor
akan berputar.
3. Apabila PB1 dilepaskan, motor akan berhenti berputar. Untuk memutarkan
semula, punat tekan PB1 hendaklah ditekan sekali lagi dan begitulah
seterusnya. Jadi kita boleh memutarkan motor secara berdikit-dikit.
Pemula Mara-songsang
(Forward Reverse)
Pemula Mara-songsang
(Forward Reverse)
1. Apabila punat tekan PB2 ditekan, penyentuh F akan bertenaga dan
semua sesentuh sedia buka F (NO) akan menutup dan sesentuh
sedia tutup (NC) akan terbuka dan motor berputar mengikut arah
jam.
2. Untuk memutarkan motor melawan arah jam, motor hendaklah
diberhentikan terlebih dahulu dengan menekan punat tekan PB1.
3. Setelah motor berhenti, tekan punat tekan PB3, penyentuh R akan
bertenaga dan motor berputar mengikut arah lawan jam.
Songsangan ini adalah disebabkan dua fasa telah diterbalikkan
kutubnya.
4. Untuk memberhentikan motor, punat tekan PB1 hendaklah ditekan.
Pemula Berturutan/Jujukan L
(Sequential).
Kendalian Pemula Kawalan Turutan
– Apabila punat tekan PB2 ditekan, penyentuh C1 akan bertenaga dan
semua sesentuh C1 akan menutup, motor M1 berputar.
– Untuk menghidupkan motor M2, motor M1 mestilah berkendali
terlebih dahulu. Selepas motor M1 berkendali, tekan punat tekan PB3.
Penyentuh C2 bertenaga dan sesentuh C2 menutup.
– Motor M2 mendapat bekalan dan terus berputar. Untuk
memberhentikan kedua-dua motor, punat tekan PB1 hendaklah
ditekan.
– Operasi ini dipanggil turutan kawalan kerana bekendali secara turutan
yang mana dimulakan dengan motor M1 dituruti dengan motor M2.
Keperluan Pemula Motor
Topik 3.0
Pemasangan
Dan Kawalan
Motor
3.5 Jenis-jenis Alat Pengujian
Pemasangan Motor Elektrik
Meter Pelbagai
– Mengukur rintangan (dalam unit Ohm)
– Mengukur arus (dalam unit Ampere)
– Mengukur voltan (dalam unit Volt)
– Menguji keterusan litar/ fius
Meter
Penebatan
– Memastikan penebatan kabel berada
pada keadaan yang baik iaitu tidak
berlaku kebocoran arus antara
konduktor fasa.
Takometer
– Alat yang digunakan untuk mengukur
kelajuan putaran cakera atau enjin di dalam
motor atau mesin lain. Alat ini biasanya
menunjukkan paparan putaran per minit di
dalam bentuk jarum analog.
Clamp Meter
– Digunakan bagi mengukur arus
tanpa mematikan litar yang
sedang diuji.