The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sashvinvisvanathan04, 2022-05-24 04:28:19

E FOLIO NILAI MASYARAKAT

E FOLIO NILAI MASYARAKAT

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
PAUH PUTRA 02600, ARAU, PERLIS

MPU23042
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

E-FOLIO:
PENGARUH BUDAYA NEGATIF DARI LUAR

PUNCA, KESAN, DAN SOLUSINYA

DI SEDIAKAN OLEH:

NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK
MUGUNTHAN A/L RAJAN SALVAN @ 18DAT21F1051

RAJAN MOHAN 18DAT21F1014
SASHVIN A/L VISVANATHAN 18DAT21F1024
18DAT21F1061
LEE WEI SHEN
HARIKANDAN VARMA A/L 18DAT20F2029

POOBALAN
SARWEEN KUMAR A/L MORGAN

DI SEDIAKAN UNTUK: MOHD AZLI B ADNAN

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana
di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan E-Folio
ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapakan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada Puan Asmah Binti Awang selaku Pensyarah MPU23042 Nilai
Masyarakat Malaysia di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang
diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan E- Folio ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekumpulan saya yang sangat setia
dengan kerja kerja yang diberi dan banyak membantu serta sudi berkongsi idea
baharu. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir kata, ucapan ini juga saya tajukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang diberi amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan baik

ISI KANDUNGAN 4
5
1.0 PENGENALAN 6-7
8-9
1.1 PENGERTIAN BUDAYA 10-

2.0 CABARAN PENGARUH BUDAYA BARAT 12
13
3.0 KESAN PENGARUH BUDAYA BARAT 14-

4.0 CARA MENGATASI MASALAH PENGARUH
11

BUDAYA BARAT

5.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN
16

1.0 PENGENALAN

Perkembangan pesat teknologi maklumat pada hari ini telah
mendedahkan remaja remaja kepada budaya luar. "Segalanya ada di hujung jari
anda" menunjukkan teknologi ini adalah satu medium yang menyebabkan
penyebaran budaya luar ini lebih pantas. Remaja hari ini mudah terpengaruh
dengan ideologi-ideologi barat terutamanya dari segi pemikiran, pemakaian, dan
sebagainya, yang semakin membelakangi budaya timur. Menurut Abu
Mardhiyyah (2012), menyatakan pengaruh barat secara anumnya didefinisikan
sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada
sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara
itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan
pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas asas penting yang
menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka
akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat
dalam kehidupannya. Pengaruh budaya barat juga bertentangan dengan nilai-
nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama dan masyarakat
tempatan yang boleh merosakkan jati diri seseorang

1.1 PENGERTIAN BUDAYA

Menurut Rohana Yusof, 2010: 75, budaya didefinisikan sebagai
perkara-perkara berkaitan dengan budi dan akal Istilah budi membawa maksud
asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna manakala daya pula dimaksudkan
sebagai akal, jalan fikiran dan ciptaan Istilah budi juga dimaksudkan sebagai
kecergasan fikiran dan akal seseorang manusia dalam usaha mengatasi
permasalahan dengan mencari jalan penyelesaian manakala stilah daya merujuk
kepada kekuatan tenaga dan kuasa yang digunakan untuk membantu menjana.
pemikiran bagi menangani sesuatu permasalahan. Jika penyelesaian yang
diambil daripada hasil pemikiran tersebt diterima dan dapat dijadikan amalan
Bersama, ianya diterima sebagai budaya dalam kehidupan (Syed Ismail Syed
Mustaps & Ahmad Subki Maskon, 2010: 1-2)

Menurut Suwardi Endraswarn, 2006 4-pula istilah budaya dalam bahasa
Inggeris ialah culture yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang
berbunyi "colere Pandangan Abdul Latif Abu Bakar (1987: v) bahawa, istilah
budaya merupakan sesuatu yang sukar untuk ditafsirkan dan ia mempunyai
pengertian yang luas, jelas menunjukkan terminology budaya mempunyai
pelbagai pengertian dan tafsiran yang berbeza dalam kalagan para sarjana Aziz
Deraman (2007: 2), memberi penekanan kepada beberapa aspek hudaya.
Antaranya ialah sistem idea, perasaan kelompok, nilai dan kepercayaan
masyarakat tersebut, lambang serta) objek kebendaan ciptaan masyarakat
tertentu, selain mengaitkan budaya dengan konsep warisan masyarakat.
Mengikut Aziz Deraman, budaya adalah kesemua perkara yang difikir, dibuat
dan dimiliki sebagai ahli masyarakat yang meliputi seluruh cara hidup
masyarakat.

2.0 PUNCA-PUNCA PENGARUH BUDAYA NEGATIF DARI LUAR

Pengaruh luar secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan
pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara
yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa
imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan
memusnahkan tunjang dan asas asas penting yang menjadi amalan dan
pembentukan kepenbadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan
identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam
kehidupannya Ringkasnya, penulis dapat simpulkan bahawa, pengaruh barat
adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang
merosakkan lanya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang
bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya
menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk,
hedonisme, skin head, dan sebagainya.

Antara contohnya ialah Punk Punk lebih terkenal dari fashion yang
dikenakan dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut
mohawk, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-wama yang
terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju
yang lusuh, anti-sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk
berbahaya sehingga banyak yang mengira bahawa orang yang berpenampilan
seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker, Gaya hidup salah relatif
tidak ada seorangpun memiliki gaya hidup sama dengan lainnya. Ideologi
diambil dari kata "ideas" dan "logos" yang berarti buah pikiran murni dalam
kehidupan. Gaya hidup dan ideologi berkembang sesuai dengan tempat, waktu
dan situasi maka punk kalisari pada saat ini mulai mengembangkan proyek "jar-
joran" yaitu manfaatkan media sebelum media memanfaatkan kita. Dengan kata
lain punk berusaha membebaskan sesuatu yang membelenggu pada zamannya
masing-masing.

Selain itu. Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini bersendikan kepada
pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat yang terkenal dengan
muzik berentak keras, bingit serta liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas
sebutannya. Mesej yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan
Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan. Kumpulan ini juga
menggalakkan bunuh diri dan berfahaman bebas Lagu-lagu bawah tanah ini
biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi garau dan tidak jelas, bahkan ada
yang tidak merdu langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti
yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah. Sebab itu ada mengatakan
inilah "bunyi syaitan' tetapi ia indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan
kontemporer, lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci peraturan.
Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan, manusia,
tuhan serta alam) ghaib dan alam nyata, Bucu bintang itu juga bermaksud api,
air, angin, tanah dan udara Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara
pemujaan syaitan, meminum darah kambing dan memakai salib yang
diterbalikkan sepertimana yang dinyatakan awal tadi.

Seterusnya, Budaya homoseksual Dalam kamus Collins Gem (1993)
dinyatakan bahwa hedonisme adalah doktrin yang menyatakan bahwa
kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup. Atau hedonisme
adalah paham yang dianut oleh orang-orang yang mencari kesenangan hidup
semata-mata (Echols, 2003). Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, budaya
didefinisikan sebagai cara berfikir dan berkelakuan manakala hedonisme ialah
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup. Secara kontekstualnya pula, budaya hedonisme membawa
maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Seorang
hedonis adalah orang yang mengejar kebahagiaan dengan mencari perasaan-
perasaan yang menyenangkan, yang nikmat sebanyak mungkin dan sedapat-
dapatnya menghindari perasaan-perasaan yang tidak enak. Dengan demikian
akan ada banyak orang yang akan lari dari kenyataan dalam menghadapi
kehidupan yang kian hari semakin sulit. Perkembangan yang terjadi pada saat
ini disatu sisi menawarkan berbagai kesenangan, kesejahteraan dan kenikmatan
yang membanggakan namun di sisi lain mengokohkan akar hedonisme dan
memberikan bayangan keberuntungan dan kemajuan secara material dan fisik
sebanyak dan setinggi mungkin. Akibatnya terjadi perubahan dalam kehidupan
manusia yang bermuatan moral religius. Moral kemanusian akhirnya
mengalami kehilangan arah, bahkan nilai-nilai religius mengalami keruntuhan.

3.0 KESAN DARIPADA PENGARUH BUDAYA NEGATIF DARI LUAR

Di Malaysia, kebanyakkan kanak-kanak terjebak dalam meniru budaya
barat seperti aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa
batasan, seks bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan
diri sendiri dan memuja harta dan mendengar lagu yang tidak memberi akhlak
kepada remaja. Oleh itu, terdapat beberapa kesan kesan kepada remaja pada
masa kini terutamanya kanak-kanak. Kesan yang pertama melalui isu budaya
barat dari segi pakaian adalah kanak-kanak yang meniru pakaian budaya barat
akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati
oleh orang lain. Sebaliknya, dalam Islam bagi perempuan wajib menutup aurat
dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakala,
bagi lelaki wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut.

Justeru, ibu bapa mereka lah yang sepatutnya menunjukkan contoh
pemakaian yang sesuai dan menutup aurat kepada anak-anak mereka dari
peringkat awal lagi supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan pakaian
yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling dapat dikurangkan dan
diatasi dengan segera kesan kepada kanak-kanak yang terjebak daripada isu-isu
budaya barat adalah apabila kanak-kanak menyanyikan lagu budaya barat yang
tidak memberi moral dan faedah kepada mereka. Kesan yang akan diundangkan
kepada diri mereka adalah apabila kanak-kanak lebih mahir menyanyikan lagu
budaya barat daripada mengaji buku agama . Di sini, kesan yang dihadapi
kepada kanak-kanak akan meruntuhkan keimanan mereka dan menghadapi
masalah dalam menghafal dan membaca ayat ayat suci di sekolah mahupun di
rumah. Justeru, sebagai ibu bapa yang sayang akan islam mereka haruslah
memimpin anak-anak mereka mengajar mengaji sewaktu mereka kecil lagi dan
mengurangkan memasang lagu dan budaya-budaya barat yang tidak memberi
keuntungan mereka untuk menambah ilmu.

Dalam hal ini, isu-isu budaya barat semakin bertambah dan bukannya
semakin berkurang jika tiada bimbingan daripada ibu bapa mahupun
masyarakat yang tidak mengambil berat tentang hal isu budaya barat ini. Isu
budaya barat ini banyak memberi kesan yang negatif kepada remaja terutamnya
kanak-kanak pada masa kini Isu budaya barat ini juga boleh merosakkan nilai
diri seseorang individu dan menjatuhkan akhlak dalam Islam dan seperti yang
kita sedia maklum, negara Barat telah menguasai pelbagai aspek kehidupan
masyarakat dunia kini seperti dari segi ekonomi, politik, sosial, budaya, media
serta pemikiran.

Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya
homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja pada hari
ini yang kebanyakan mereka berpakaikan dan bertunjangkan nafsu dan amalan
yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca
daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka. Tidak dapat dinafikan
juga kesan keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang mendalam pada diri
individu.SUMBER dari Ukwah Bayu.

4.0 CARA MENGATASI MASALAH PENGARUH BUDAYA BARAT

Selepas Revolusi Industri, negara Barat memperluaskan pengaruhnya ke
negara pinggir melalui proses modemisasi. Dengan ini, terdapat beberapa cara
untuk mengatasi masalah pengaruh budaya barat dalam kalangan masyarakat
iaitu secara individu, ibu bapa media massa dan pihak kerajaan. Dengan ini,
masalah pengaruh budaya barat dapat dikurangkan dan diatasi dengan baik.

INDIVIDU

Individu sendiri perlulah memasang matlamat dan niat supaya dapat
mengelakkan diri daripada terlibat dalam pengaruh budaya barat. Oleh itu, kita
mestilah berpegang teguh pada ajaran agama dan perlulah mendalami banyak
dalam penghayatan ajaran agama. Hal ini demikian kerana penanaman dan
pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam diri umat Islam adalah penting
Masyarakat Islam menjalani arus globalisasi pada masa kini, jati diri dan
pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Dengan
adanya ajaran agama,mereka tidak akan mengikut budaya asing terutama
budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini. Kita mestilsh menilai dan
memikirkan baik atau buruk sesuatu sebelum bertindak

IBU BAPA

Sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, ibu bapa berperanan
penting untuk mendidik anak-anak untuk menjauhi budaya barat dari usia
setahun jagung Sejak kanak-kanak lagi, ibu bapa perlu berpesan kepada anak-
anak supaya menjauhkan perkara yang negatif. Hal ini adalah bagi menerapkan
nilai-nilai murni dalam diri anak-anak di samping mengajar mereka untuk
mengelakkan diri daripada perkara negatif Selain itu, ibu bapa juga perlulah
memberikan didikan agama yang sempurna dalam diri anak-anak.Hal ini kerana

pegangan agama dapat membantu mereka untuk menangkis segala anasir yang
memesongkan pemikiran mereka. Oleh itu, pegangan agama yang sempurna
boleh menjadi benteng dalam menghalang seseorang daripada terpengaruh
dengan budaya barat.

MEDIA MASSA

Selain itu, media massa juga berperanan penting untuk mengatasi masalah
pengaruh budaya barat ini. Dengan ini, pengamal media perlulah menjalankan
tugasnya untuk menayangkan program televisyen yang berfaedah kepada
penonton Sebagai contoh, pengamal media perlu menapis filem-filem dari
budaya barat. Hal ini dengan memberi sekatan kepada filem atau drama yang
bersiri dari barat yang tidak beretika. Pengamal media perlu menyiarkan
program berfaeadah bersesuaian dan mengutamakan rancangan yang sesuai
dengan masyarakat timur. Namun begitu, kita perlu disedari bahawa generasi
muda kini mudah terdedah kepada ledakan maklumat daripada pelbagai sumber
dan saluran yang pelbagai berkemungkinan memberi kesan negatif jika tidak
dikawal dengan baik.

KERAJAAN

Akhimya, pihak kerajaan juga perlulah mengadakan kempen kesedaran
mengenai pengaruh budaya barat dalam kalangan masyarakat. Melalui kempen
kesedaran yang dianjurkan boleh memberi penerangan yang lebih jelas kepada
masyarakat mengenai budaya barat yang tidak memberikan faedah kepada
seseorang Dengan ini, kesan kempen secara berterusan pasti dapat membantu
mereka menjauhi diri daripada perkara yang negatif. Selain itu, pihak kerajaan
mestilah menguatkuasakan undang-undang terhadap perkara yang kurang
bermoral. Tindakan penguatkuasaan diperturunkan kepada jabatan-jabatan di
bwahnya seperti Pihak Berkuasa Tempatan Jika penguatkuasaan undang-
undang yang ketat dapat siwujudkan secara berterusan, masalah pengaruh
budaya barat dalam negara kita dapat dikurangkan dan diatasi

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berbagai krisis akhlak dan moral terus menular
dan menjadi wabak dalam masyarakat kita khasnya dalam kalangan remaja.
Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi
ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini. Remaja yang diperkatakan kini
sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran
yang diangkat oleh masyarakat sejak berkurun lagi. Temyata Pendidikan moral
masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu.
mengambil langkah bagi membendung budaya negatif ini daripada terus
menular dan menjadi ikutan generasi akan datang Berdasarkan lamant web
https://www.mstar.com.my/lokal/semusa/2016/11/27/ jangan-ikut-acuan-barat
Jangan jadikan budaya barat acuan corak masa depan negara bergitulah yang
dikatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri.
Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah
terpengaruh dan membawa masuk budaya barat untuk dijadikan acuan dalam
mencorakkan masa depan negara. Walaupun sesuatu perkara itu dianggap baik
di barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara Malaysia. Ini
kerana ada yang cenderung menjadikan nilai-nilai negatif sebagai acuan di
negara ini kerana mengganggap nilai ketimuran merupakan sesuatu yang jumud
atau konvensional.

RUJUKAN

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2016/11/27/jangan-ikut-acuan-barat
http://studentsrepo.um.edu.my/6124/2/BAB DUA KONSEP.pdf
http://kumpulankumpulan10.blogspot.com/2010/08/pengaruh-budaya-
barat.html
http://abu-mardhiyyah.blogspot.com/2012/05/menangani-pengaruh-budaya-
barat.html
http://budayabaratterrorism.blogspot.com/2014/04/cara-cara-mengatasi-
pengaruh budaya.html
http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/budaya-barat.html

Abdul Aziz Deraman (2007), Cabaran dan Masa Depan Kebudayaan
Kebangsaan, Sintok Bahagian Bahasa Melayu, FKBM.

Abdul Latif Abu Bakar (1987), "Sejarah dan Pemikiran Konsep Kebudayaan di
Malaysia". dalam Pertemuan Dunia Melayu '82. Kuala Lumpur. DBP.

Collins Gem German Dictionary (1993), German-English, English-German
Collins Gem) (English and German Edition), Harpercollins; 3rd/Bingl edition

John M. Echols, Hassan Shadily (2003), Kamus Indonesia-Inggeris, Jakarta,
Gramedia Pustaka Utama

Rohana Yusof (2010), Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi Kuala
Lumpur Dewan Bahasaa Dan Pustaka

Suwardi Endraswara (2006). Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan:
Ideologi, Epistermologi, dan Aplikasi, Yogakarta: Pustaka Widyatama, 2006




Click to View FlipBook Version