The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anissyahirah0201, 2023-06-26 08:09:07

HUKUM KA-GA

E-BOOK JAWI

Hukum Ka-Ga OLEH: ANIS SYAHIRAH BINTI AWANG D20202096283


Murid-murid sudah bersedia?


PENGENALAN ISI DAN KANDUNGAN PENUTUP LATIHAN


Dalam nota ini terdapat penerangan hukum Ka-Ga


Hukum Ka dan Ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhir dengan bunyi "Ka atau Ga" dalam bahasa Melayu jati. Huruf Kaf dan Ga pada akhir kata tersebut tidak diberi Alif melainkan jika berlaku homograf atau menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal. PENGENALAN HUKUM KA-GA


RUMI JAWI RUMI JAWI ليک Leka باک Baka ريک Reka سڠک Sangka تروک Teroka كتيک Ketika Vokal a tanpa alif di suku kata akhir terbuka dengan "kaf" . 1.


RUMI JAWI RUMI JAWI منتيݢ Mentega تڠݢ Tangga سموݢ Semoga تيݢ Tiga دوݢ Duga کرڠݢ Kerengga 2. Vokal a tanpa alif di suku kata akhir terbuka dengan "Ga" .


Walau bagaimanapun, hukum Ka-Ga memerlukan huruf vokal "alif" pada suku kata akhir disebabkan:


ڤيک ايتيک چيک Apabila ejaan asalnya sama tetapi berbeza makna dan sebutan. 1.


RUMI JAWI Tadika Taska Tabika 2. Akronim kependekkan yang terbentuk daripada gabungan hurufhuruf pertama atau suku kata beberapa perkataan.


"ݢ" Huruf" ک" Huruf 3. Kata Nama Khas


4. Apabila dibentuk daripada kata terbitan. Kata ganda berimbuhan atau bersambung dengan partikal, singkatan atau kata ganti diri.


PENUTUP Kesimpulannya, perkataan bahasa Melayu Jati tidak menggunakan huruf "alif". Namun begitu, perkataan yang didahului dengan E (pepet), nama Negara, kata nama khas, pengulangan kata, penambahan imbuhan akhiran dan serapan asing atau inggeris haruslah menggunakan huruf "alif".


Terkecuali penggunaan huruf "alif"


LATIHAN PENGUKUHAN 1


Setelah anda memahami tentang hukum ka-ga, sekarang anda boleh mengeja dan menulis perkataan berikut mengikut hukum ka-ga.


RUMI JAWI RUMI JAWI Belaka Pustaka Derhaka Dermaga Jenaka Pujangga Pekaka Tembaga


RUMI JAWI RUMI JAWI Kerengga Pelaga Tetangga Puaka Tenaga Rongga Pedaka Angka


LATIHAN PENGUKUHAN 2


ARAHAN TEKA-TEKI Sila baca pantun teka-teka dibawah. Fahami setiap pembayang yang diberikan. Teka jawapan berdasarkan pembayang tersebut. 1 2 3


TEKA-TEKI 1 Bentuknya petak ada, bulat pun ada, Bercorak, berwarna dan pelbagai perisa, Cuba teka apakah saya? Jika tuan bijaksana. JAWAPAN:


TEKA-TEKI 2 Warna kuning, putih dan merah, Baunya harum, serta berbuah, Sejenis bunga yang indah, Cubalah teka dengan mudah. JAWAPAN:


TEKA-TEKI 3 Atasnya hijau, bawahnya putih, Dihidang sebagai pencuci mulut, Boleh dinikmati bersama air teh, Cubalah teka kuih tradisional tersebut? JAWAPAN:


TEKA-TEKI 4 Kulitnya seakan buah cempedak, Tetapi lebih berduri tajam, Isinya kuning dan banyak, Cuba teka serta faham. JAWAPAN:


TEKA-TEKI 5 Kecil badannya hidup di dalam air, Sejenis ikan yang warnanya unik dan kuat berlaga, Jika anda pandai berfikir, Cuba teka apakah ia? JAWAPAN:


TEKA-TEKI 6 Dikeluarkan pada 1985, Kenderaan pertama perbuatan Malaysia, Badannya lebar dan beroda empat, Cubalah teka dengan tepat. JAWAPAN:


TEKA-TEKI 7 Ada ibu, ada bapa, Ada juga kakak dan abang, Mempunyai ikatan dan darah yang sama, Mereka saling berkasih sayang. JAWAPAN:


TEKA-TEKI 8 Bentuknya seperti semut, tetapi bukan semut, Badannya besar berwarna merah, Apabila ia gigit sangat sakit, Cubalah teka serangga apakah? JAWAPAN:


TEKA-TEKI 9 Bertingkat-tingkat rupa dan bentuknya, Lazimnya ada di setiap rumah, Menjadi tempat untuk di pijak, Cuba teka benda apakah? JAWAPAN:


SELAMAT BELAJAR!


Click to View FlipBook Version