SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADELA
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
BUKU RESEPI JUADAH
RAMADAN
AL MUBARAK
NAMA: NURUL AIN BINTI
MOHD HAZLAN
KELAS: 4 JAUHARI
KELAB PERSATUAN: SLB/KERJAYA
NAMA GURU PENASIHAT: CIKGU NOOR AINI BINTI JAMAL
KANDUNGAN
AYAM BUTTER
AYAM RENDANG
IKAN SIAKAP STIM
SUP CENDAWAN
PUDING ROTI KASTARD
AIR PUDINA AISKRIM SODA
AYAM BUTTER
BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM BUTTER :
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji bawang besar holland atau bawang besar
biasa, potong dadu
4 sudu besar mentega
2 tangkai daun kari
4 biji cili padi
BAHAN-BAHAN UNTUK TEPUNG SALUTAN AYAM :
2-3 sudu be
sar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan airnya.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan
gaulkan sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air.
Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam.
Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.
CARA-CARA UNTUK AYAM BUTTER:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga
cair dan tumis bawang putih, cili dan
daun kari sehingga naik bau.
Masukkan susu cair dan bawang
besar. Kemudian masukkan ayam yang
digoreng tadi.
Masak sehingga kuah sedikit pekat.
Perasakan dengan garam dan gula
secukupnya.
:
AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM RENDANG:
1 ekor ayam (saiz besar)
1 senduk cili kisar
1 mangkuk besar santan pekat
1/2 mangkuk kecil ais asam jawa
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk besar minyak, untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK REMPAH TUMIS:
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN UNTUK KISAR HALUS :
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ketul kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 batang serai
CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan ayam dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis,
bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau perlahan dan
masak sehingga pecah minyak dan garing. Warna
bahan tumisan akan bertukar menjadi sedikit gelap.
Masukkan pula ayam dan biarkan masak selama 5-10
minit. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses
ini.
Masukkan santan pekat dan air asam jawa. Kacau
perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah
menjadi pekat.
Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan.
IKAN SIAKAP STIM
BAHAN-BAHAN UNTUK SIAKAP STIM:
1 ekor ikan siakap
2 batang serai
1 mangkuk besar air
1/2 -1 ketul kiub ayam atau stok ayam homemade
5 ulas bawang putih
perahan jus dari 3 biji limau nipis, lebihkan jika bersaiz kecil
1 sudu besar parutan gula melaka/Thai palm sugar
6-7 biji cili padi
hirisan daun ketumbar
1-2 sudu besar sos ikan
CARA PENYEDIAAN KUKUS SIAKAP
Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi
kedua belah ikan.
Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama
lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
Sementara menunggu, sediakan kuah untuk
dituang ke atas ikan.
CARA PENYEDIAAN KUAH CILI LIMAU:
Panaskan air di dalam periuk.
Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika
ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan
sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih
yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula
melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan
sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan
bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam
air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara
ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat
dikekalkan.
Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.
SUP CENDAWAN
BAHAN- BAHAN UNTUK SUP CENDAWAN:
6 sudu besar Mentega
1 biji Bawang kuning, dihiris
5 ulas Bawang putih, dihiris
15 biji Cendawan butang segar, dihiris
3 sudu besar Tepung gandum
5 cawan Air
1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
1 ½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
½ cawan Krim masakan
CARA PENYEDIAAN:
Cairkan mentega. Tumiskan bawang
kuning, bawang putih dan cendawan
butang sehingga lembut.
Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga
sebati.
Masukkan 1 cawan air dan kacau sehingga
sebati.
Kisarkan sup sehingga halus. Masukkan semula
ke dalam periuk. Tambahkan lebihan air.
Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam
Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
Renehkan sehingga sup sedikit pekat.
Masukkan krim masakan. Kacau rata.
Sedia untuk dihidang.
PUDING ROTI KASTARD:
BAHAN-BAHAN :
8-9 keping roti putih (lebih pun boleh)
3 biji telur
1 tin susu cair
4 sudu besar gula (nak manis, boleh tambah)
1 sudu esen vanila
Mentega sikit
Kismis *optional
Cip coklat *optional
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD:
1 tin susu cair
½ tin air (sukat sahaja ikut tin susu)
3 sudu besar gula (nak manis, boleh tambah)
1 sudu esen vanila
3 sudu tepung kastard
Secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
Potong roti putih bentuk kiub.
Sapukan mentega di sekeliling loyang.
Kemudian, sapukan mentega pada roti dan
susun rapat di dalam loyang.
Masukkan susu cair, telur, esen vanila, gula ke
dalam bekas. Kemudian, kacau adunan dengan
perlahan hingga sekata.
Dah siap adunan tadi, curahkan terus dalam
roti di dalam loyang.
Tekan tekan sedikit supaya semua roti sebati
dengan adunan tadi.
Setelah semua roti sudah serap adunan, boleh
masukkan cip coklat atau kismis.
Panaskan pengukus terlebih dahulu, kemudian
kukus adunan selama 30-35 minit. Ketepikan.
Untuk sos kastard, menggunakan api
sederhana, masukkan semua bahan untuk sos
kastard ke dalam periuk. Kacau sehingga
menjadi likat.
Sedia untuk dihidang.
AIR PUDINA AISKRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
1 botol air aiscream soda ~ botol besar
1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau
nak guna longan pun boleh
2 batang serai ~ di titik
daun pudina ~ terpulang nak letak banyak
mana
1 biji lemon ~ di hiris nipis
5 biji asam boi putih
ketulan ais secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
Mula-mula kita cuci semua bahan
bersih
Hiriskan lemon nipis-nipis
Sediakan bekas yang bersesuaian
Letakkan daun pudina secukupnya
Kemudian masukkan lemon yang telah
di hiris
Dan di ikuti asam boi putih
Kemudian masukkn buah laici
Tuangkan air aiscream soda
secukupnya
Letakkan ketulan ais jika suka
Dan akhir sekali masukkan serai yang
telah di titik perdunya
Siap ! Nyumssss
SELAMAT MENCUBA
SEMUA