The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 TAHUN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aishah, 2024-06-07 11:28:14

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 TAHUN 2024

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 30 TAHUN 2024

MESYUARAT GUNG SEKOLAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH 2024 TARIKH / HARI : 8 JUN 2024 /SABTU MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN FATIMAH AL-FIHRI, SK MUADZAM SHAH EN. AZRI MOHAMED (PEN. PENGURUS BANK RAKYAT CAW. MUADZAM SHAH) KALI KE- 30 PIBG A Dirasmikan Oleh : C A B U T A N B E R T U A H ME N A N TI A N D A C A B U T A N B E R T U A H ME N A N TI A N D A


Isi Kandungan BI L PERKARA MUKA SURAT 1 UCAPAN ALUAN YDP PIBG 2 2 UCAPAN ALUAN GURU BESAR 3 3 ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG 4 4 JAWATANKUASA K ERJA MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I K E -30 5 5 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I K E - 29 6-11 6 JAWATANKUASA PIBG SESI 2 0 23- 2 0 24 1 2 7 K EHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG SESI 2 0 23- 2 0 24 13-15 8 LAPORAN AKTIVITI PIBG 2 0 23 16 9 PENCAPAIAN SE KOLAH ( KURI KULUM 2 0 23) 1 7 -19 1 0 PENCAPAIAN SE KOLAH (HEM 2 0 23) 2 0 11 PENCAPAIAN SE KOLAH ( KOKURI KULUM 2 0 23) 2 1- 26 1 2 LAPORAN K EWANGAN PIBG 2 0 23 2 7 - 28 13 USUL 29 14 PENGHARGAAN 30 15 CATATAN 31


Sekapur Sirih Seulas Pinang UCAPAN ALUAN YDP PIBG 2 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-30 ini. Semoga perjumpaan kita ini walaupun hanya setahun sekali akan dapat memberikan manfaat dan kebaikan kepada anak-anak kita selepas ini. Di kesempatan ini, saya selaku Yang Dipertua PIBG SK Muadzam Shah ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para pentadbir, semua guru, warga sekolah dan ahli-ahli PIBG yang telah berusaha gigih menyumbang tenaga dan usaha demi anak-anak kita di SK Muadzam Shah. Untuk memastikan SK Muadzam Shah terus cemerlang di masa hadapan, sememangnya kerjasama yang erat diantara semua pihak adalah amat diperlukan dan diharapkan akan terus berkekalan untuk tahun-tahun mendatang. Sebagai PIBG, peranan , kita adalah penting dalam menentukan arah dan masa depan pendidikan di sekolah ini. Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mencipta persekitaran pembelanjaran yang kondusif dan memberikan peluang terbaik kepada setiap pelajar untuk berkembang dan berjaya. Gandingan PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan positif dan faedah yang besar kepada masa depan murid-murid. Jesteru itu, sokongan daripada semua ahli PIBG amat diperlukan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, berwibawa, sahsiah terpuji dan cemerlang dalam akademik serta kokurikulum. Akhir kata, saya bagi pihak diri dan barisan AJK PIBG SK Muadzam Shah Sesi 2022/ 2024 memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang menjalankan amanah, terdapat kekurangan dam kelemahan dari segi perlakuan, tindakan atau percakapan yang menyinggung perasaan. Semoga Mesyuarat Agung Tahunan kita ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Terima kasih. DR. SUZAIDA BINTI BAKAR Yang Dipertua PIBG SK Muadzam Shah


Sekapur Sirih Seulas Pinang Anak itik berenang-renang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata sirih pinang Awal bismillah pembuka bicara Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat PIBG pada tahun 2024 dapat diterjemahkan pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK Muadzam Shah kali ke 30 kerana memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan kata-kata di ruangan ini. Terima kasih ini juga ditujukan kepada Yang Dipertua PIBG, Yang Berusaha Dr. Suzaida Binti Bakar, barisan AJK PIBG SK Muadzam Shah, para ibu bapa serta guru-guru yang banyak memberikan kerjasama kepada sekolah dalam usaha menjayakan visi dan misi sekolah dari semasa ke semasa supaya SK Muadzam Shah menjadi sebuah sekolah yang cemerlang. Jutaan terima kasih juga diucapkan atas usul dan cadangan yang dikemukakan. InsyaAllah, pihak sekolah akan sentiasa berusaha sedaya upaya melunaskan setiap usul yang bernas dan positif. Kami juga akan setiasa berusaha memperbaiki setiap kelemahan agar dapat menjadi sebuah institusi yang mampu melahirkan modal insan berkualiti. Diharapkan dengan adanya Mesyuarat PIBG, akan terjalin suatu ikatan yang akrab antara pihak sekolah dan ibu bapa. Saya selaku Guru Besar SK Muadzam Shah, ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam menjalankan tugas. Saya yakin peranan dan komitmen PIBG kepada sekolah itu merupakan sebahagian daripada pencetus kecemerlangan. Oleh itu marilah kita bersama-sama berganding bahu memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak kita agar mereka menjadi pewaris yang mampu menerajui kepimpinan dan kemajuan negara. InsyaAllah. Terima kasih. PN. NOOR AKMAR BINTI MD NOOR Guru Besar SK Muadzam Shah UCAPAN ALUAN GURU BESAR 3


8.00 pagi Ketibaan Ibubapa / Pendaftaran 8.15 pagi Ketibaan tetamu kehormat Nyanyian lagu negaraku 8.30 pagi Bacaan Doa Ucapan aluan penasihat PIBG (Guru Besar) Ucapan aluan Yang Dipertua PIBG Ucapan perasmi : En. Azri Mohamed (Pen. Pengurus Bank Rakyat Cawangan Muadzam Shah ) Cenderahati perasmi Cabutan bertuah Mesyuarat PIBG bermula Pembentangan minit mesyuarat yang lalu Pembentangan Laporan aktiviti tahun 2023 Pembentangan Kewangan dan bahas usul Perkara berbangkit Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 12.00 Tengah Hari Bersurai / Jamuan AturcaraMesyuaratAgungPIBG 4


Penasihat : Pn. Noor Akmar bt Md Noor ( Guru Besar ) Pengerusi : Dr. Suzaida bt Bakar ( YDP ) Naib Pengerusi : En. Zainon b Ismail ( NYDP ) Setiausaha : En Mohd Helmi b Ab Manan Bendahari : Pn. Normaziah bt Mohd Noor AJKInduk 5 AJKPelaksana SAMBUTAN Pn. Noor Akmar bt Md Noor ( Guru besar ) Pn. Masitah bt Samsuddin ( Gpk 1 ) En. Rosman b Abdul Samad (Gpk HEM ) Pn. Fauziah bt Mat Shah( Gpk Kokorikulum ) PENGACARA MAJLIS Pn. Nur Adila bt Baharuddin Pn. Umi Nadzrah bt Muhamad BACAAN DOA En. Mohd Hairuddin b Omar BUKU PROGRAM Cik Nurul Aishah bt Rosli Pn. Noorazianti bt Mohd Zaki Pn. Latifah a/p Lai Seng En. Ahmad Tawazi b Abd Aziz PENCATAT MINIT Pn. Noorhasmiza bt Yasim Pn. Nur Hidayah bt Hussain PERSEDIAAN TEMPAT En. Mohd Rizuan b Abu Seman En. Habbib Emir a/l Hassan En. Ahmad Amir b Ishak SIJIL AJK Pn. Nurul Munirah bt Kasim Pn. Nurul Nor’Ashikin bt Azmi BACKDROP/HIASAN PENTAS/BANNER Pn. Siti Nazifah bt Ab.Hamid Pn. Azline bt Sulaiman Pn. Noorhayati bt Ismail Pn. Nurzie bt Nuruldin Pn. Nazaijiah bt Che Omar JAMUAN VIP & IBUBAPA Pn. Faizah bt Abdul Azizi Pn. Amira Izzati bt Hamdan Pn. Mastora bt Majid SIARAYA En. Aminuddin b Ambak En. Norhasrudy b Ruslan En. Mohd Helmi b Ab Manan CABUTAN BERTUAH / AJK HADIAH Pn. Normaziah bt Mohd Noor Pn. Yuslida bt Yusof PENDAFTARAN Pn. Nurain bt Mohd Razali Pn. Nur Kadariah bt Mansor Pn. Inalisa bt Idris Pn. Mazidah bt Mamat DOKUMENTASI / LAPORAN Pn. Rosnani bt Yusof Pn. Fatin Nur Nabihah bt Mohd Ibrahim


6 1.0 UCAPAN ALUAN YDP (DR SUZAIDA BT BAKAR) 1.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli jawatankuasa dan ibubapa pada Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 29. 1.2 YDP turut mengucapkan tahniah kepada semua guru dan AJK PIBG yang berganding bahu menjayakan mesyuarat pada kali ini. 1.3 YDP turut mengingatkan para ibu bapa supaya mengetahui peranan masing-masing dalam membantu pihak sekolah. Salah satu cara untuk menunjukkan komitmen kepada pihak sekolah, ibu bapa perlu melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah termasuklah Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini. 1.4 YDP memaklumkan peranan PIBG telah disenaraikan dalam 11 Anjakan Tranfosrmasi Pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ia merupakan satu amanah kepada ibu bapa untuk menjadi rakan yang aktif kepada program -program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. 1.5 PIBG juga perlu menjadi medium yang berkesan dan perlu bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada kejayaan dan kecemerlangan sekolah. 1.6 Pada tahun 2022, YDP memaklumkan PIBG telah banyak berkolaborasi dengan pihak sekolah dalam menjayakan program seperti Hari Keusahawanan, Sukan Tahunan, Ceramah Akademik, Majlis Solat Hajat, Hari Kecemerlangan. YDP amat berharap kerjasama daripada ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dapat diteruskan pada masa akan datang. Selain itu, beliau mengucapkan syabas kepada pihak sekolah kerana telah mempunyai organisasi sarana sekolah iaitu PIBKS yang mantap.Beliau menjelaskan banyak program yang telah dijalankan dengan peglibatan institusi seperti ILP dan UNITEN. Antara program yang melibatkan organisasi tersebut ialah acara merentas desa, Sukan Tahunan serta ceramah akademik. Selain itu, pelajar-pelajar ILP juga turut terlibat dengan penyelenggaraan sekolah. 1.7 Beliau seterusnya berharap semua pihak yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dapat sama sama membantu pihak sekolah demi kemenjadian dan kecemerlangan murid di sekolah ini. 1.8 Selain itu, beliau turut mengemukakan hasrat PIBG untuk membantu sekiranya perlu di dalam program -program yang dilaksanakan di Kelas Pendidikan Khas Integrasi dan Kelas Pemulihan Khas. 1.9 YDP juga turut berkongsi hasrat atau cadangan PIBG untuk membina satu dewan terbuka berbumbung di kawasan lapangan Tenis yang tidak diselenggarakan. MINITMESYUARATAGUNGPIBG SKMUADZAMSHAHKALIKE-29 TARIKH / HARI : 26 JUN 2023 (ISNIN) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN FATIMAH AL-FIHRI, SKEMS PERASMI : AL FADHIL TN.MOHAMMAD FARIK B JAMALUDDIN AL HAFIZ (QADHI MUADZAM SHAH)


7 2.0 UCAPAN GURU BESAR (PN.NOOR AKMAR BT MD NOOR) 2.1 Guru Besar mengalu-alukan kehadiran perasmi, Al Fadhil Tn.Mohammad Farik b Jamaluddin Al Hafiz, Qadhi Muadzam Shah,YDP PIBG,Dr. Suzaida bt Bakar, AJK PIBG dan ibubapa pada mesyuarat kali ini. 2.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada barisan kepimpinan PIBG dan semua guru yang telah bertungkus lumus menjayakan mesyuarat pada kali ini. Guru Besar berharap agar ukhwah dan kerjasama erat yang terjalin akan berterusan. 2.3 Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat agung kali ini. 2.4 Beliau juga berharap semua ibu bapa dapat memberi kerjasama sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini dan dapat menjalinkan silaturrahim yang baik di antara ibu bapa dan pihak sekolah. 2.5 Guru Besar juga berharap dapat membina hubungan muafakat yang erat demi kecemerlangan anak anak di SK Muadzam Shah. 3.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 28 3.1 Ibu bapa diminta merujuk muka surat 6-11 pada buku mesyuarat flipbook . 3.2 Jika tiada sebarang kemusykilan, YDP memohon agar minit mesyuarat tersebut disahkan. 3.3 En. Mohd.Hairuddin b Omar mencadangkan minit tersebut diterima dan disokong oleh En. Norhasrudy b Roslan. 3.4 YDP turut memberi respon tentang laporan yang aktiviti PIBG sepanjang tahun 2022. YDP memaklumkan pelbagai aktiviti telah dijalankan melalui kerjasama dan tindakan biro-biro yang telah dilantik. Antara program -program yang telah dijalankan oleh Biro-biro tersebut ialah: a)Biro Ekonomi/Kebajikan/Bina Insan Hari Usahawan b)Biro Hubungan Luar/ Sarana Gotong royong perdana, solat hajat UPKK dan khat. c)Biro Keceriaan dan Selenggara Membina 6 unit rak buku Darjah 1 dan 2 Baik pulih penutup longkang di kawasan parking ibu bapa. Baik pulih papan kenyataan PIBG Membuat saluran air bertakung di jalan masuk SKEMS. Membina 2 unit rak kasut pra sekolah. 4 unit rak kasut surau. d)Biro Kokurikulum dan Sukan · Sukan Bulan Kemerdekaan Merentas Desa Hari Integrasi Uniform Majlis Anugerah Kecemerlangan e)Biro Kurikulum Bulan Bahasa f)Biro ICT dan Publisiti Minggu ICT


8 g)Projek akan datang Membuat soket plug untuk mesin air Baik pulih lampu koridor setiap aras sekolah Membaiki frame tingkap kelas Pendawaian elektrik pembesar suara blok bangunan Rak buku kelas pemulihan 4.0 PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada perkara berbangkit. 5.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022. 5.1 Pn. Normaziah bt Mohd Noor selaku bendahari membentangkan penyata kewangan sepertimana pada muka surat 25 dan 26. 5.2 Baki awal pada 1 Januari 2022 ialah RM36,601.60. Jumlah terimaan adalah berjumlah RM40,320.59. Pendapatan keseluruhan bagi tahun 2022 berakhir Disember berjumlah RM40,079.19.Perbelanjaan bagi tahun 2022 ialah, RM37,603.00. Manakala baki akhir pada 31 Disember 2022 ialah, RM39,319.00. 5.3 Jumlah tabung tanam semula sawit (terkumpul )berakhir Disember 2022 ialah RM15,100.00. Manakala pendapatan boleh guna adalah sebanyak RM24,219.19. 5.4 Penyata Kewangan yang telah dibentangkan telah disahkan oleh Pn.Fuzliyana bt Kasim dan disokong oleh Rosnizam b Rabbani. 6.0 MEMBAHASKAN USUL DARI IBU BAPA DAN AJK PIBG 6.1 Usul 1 – (Nurul Afiqah bt Mohamed Jemuri) larangan penjualan makanan terproses seperti sosej, naget dan sebagainya. Pihak sekolah perlu memantau pengusaha kantin supaya menjual makanan yang sihat sahaja di kantin atau kedai buku sekolah. Guru Besar memaklumkan telah membuat teguran dan perbincangan dengan pengusaha kantin tentang isu ini. Pihak kantin sekolah telah bersetuju untuk menjual makanan yang berkhasiat sahaja kepada murid murid. 6.2 Usul 2- (Sharmila Palanrai ) Masa rehat dipanjangkan serta tambahan kerusi dan meja untuk murid. Guru Besar menjelaskan bahawa, untuk tempoh waktu rehat pihak sekolah terikat dengan peraturan dan pekeliling yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi cadangan tambahan meja dan kerusi, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Kantin dan Hal Ehwal Murid memaklumkan pada masa terdekat akan ada penambahan kerusi dan meja baru daripada Kementerian. 6.3 Usul 3- (Mohamad Amir b Hashim) Pertama,pembersihan tandas secara kerap dan memastikan tandas sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Kedua, isu penambaikan lorong untuk mengambil anak, terutamanya untuk digunakan semasa hari hujan masih lagi tiada perubahan. Guru Besar memberi respon tentang usul pertama iaitu pihak sekolah telah menerima pekerja pembersihan yang baru dan prestasi pekerja baru tersebut amat memuaskan. Pihak sekolah juga akan berterusan membuat pemantauan tahap kebersihan dari semasa ke semasa. Seterusnya, mengenai penambahbaikan lorong untuk mengambil anak, YDP telah memberi maklum balas


9 mengenai perkara tersebut. Beliau menjelaskan, sebarang perubahan atau penambahbaikan binaan yang berada di luar kawasan sekolah perlu mendapat kelulusan Majlis Daerah Rompin (MDR).YDP akan mengusahakan supaya perkara tersebut mendapat perhatian pihak berwajib secepat mungkin. Tambah beliau lagi, perkara tersebut juga perlu mendapat peruntukan daripada MDR sebelum dapat dilaksanakan. Selain itu, untuk usul seterusnya yang dikemukakan iaitu harga makanan di kantin dijual dengan harga yang mahal. Guru Besar memaklumkan akan membuat perbincangan dengan pengusaha kantin mengenai perkara tersebut dan akan memastikan ibu bapa tidak akan merasa terbeban dengan harga makanan yang dijual di kantin. 6.4 Usul 4- (Rosmizah bt Mohd Fiah )Satukan lencana sekolah dengan nama murid agar nampak kemas. Contoh lencana tersebut diambil daripada SK Damansara,Johor. Guru Besar menyatakan cadangan tersebut sangat baik tetapi ia melibatkan kos yang agak tinggi. Ibu bapa juga mungkin perlu membayar harga yang lebih sedikit berbanding lencana biasa. Beliau juga memberitahu stok lencana sekolah yang lama masih banyak dan akan terbuang begitu sahaja jika tidak digunakan. Walaubagaimana pun, pihak sekolah mengambil maklum cadangan tersebut dan akan berbincang dengan jawatankuasa di peringkat sekolah. 6.5 Usul 5- (Mohammad Hakimi b Ruslan) Pertama, mohon pemantauan daripada pihak sekolah sewaktu anak anak pulang dari sekolah. Ini kerana amat berbahaya anak anak bermain di kawasan tangga. Kedua, untuk hari anugerah kecemerlangan, mohon pihak sekolah sediakan sijil sebagai bukti pernah memperoleh pencapaian terbaik dalam akademik. Sijil tersebut adalah sebagai pemangkin semangat kepada anak anak. Guru Besar memberi maklum balas mengenai perkara pertama. Beliau memberitahu Guru Besar telah meminta bantuan daripada Pengawal Keselamatan Sekolah untuk menjaga anak anak sewaktu pulang dari sekolah. Ada juga anak anak yang tidak mendengar nasihat supaya berhati hati dan tidak bermain di kawasan tangga. Guru Besar turut memberitahu, guru -guru juga akan sentiasa memberi peringatan kepada murid supaya mengutamakan keselamatan untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Bagi perkara yang kedua, Guru Besar memaklumkan penyediaan sijil disediakan untuk tahap 2 sahaja manakala untuk tahap 1, pihak sekolah akan menyediakan sijil tetapi sijil tersebut boleh dicetak sendiri oleh ibu bapa. 6.6 Usul 6- (Pn.Natrah bt Ismail )- mengusulkan supaya tambahan guru dan pembantu pengurusan murid di Kelas PPKI serta kemudahan tandas untuk kemudahan murid. Guru Besar menjelaskan, kuota untuk guru bagi kelas PPKI ialah 5:1 iaitu, 5 murid, seorang guru. Tambah beliau lagi , baru -baru ini telah diadakan program PROSP-3PK iaitu pengesanan Murid Berkeperluan Khas (MBK). Melalui program tersebut, 4 murid dari SK Muadzam Shah telah disahkan sebagai murid MBK. Oleh yang demikian, mungkin akan ada pertambahan guru untuk kelas PPKI. Bagi pembinaan tandas, ia bergantung kepada peruntukan daripada Kementerian. Selain itu, sebarang pengubahsuaian bangunan perlu mendapat kelulusan daripada JPN/PPD. Setakat ini, pihak sekolah masih belum menerima apa -apa perkembangan terbaru mengenai pertambahan guru dan peruntukan pembinaan tandas. 6.7 Usul 7-(Pn. Norafiqah )-meminta pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa mengenai cuti sekolah lebih awal. Guru Besar menjelaskan setiap kelas telah pun


10 mempunyai kumpulan Whats App sendiri yang telah diselia oleh Guru Kelas anak masing -masing. Oleh yang demikian, sebarang makluman atau pemberitahuan akan dikongsikan melalui media sosial tersebut. Selain itu, ibu bapa boleh berhubung dengan guru kelas sendiri untuk sebarang pertanyaan dan kemusykilan. 7.0 HAL HAL LAIN 7.1 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima sumbangan kipas daripada Pemaju Syarikat Bandar Satelit iaitu sebanyak 15 buah kipas. Ada juga ibu bapa yang telah membuat sumbangan kipas kepada kelas-kelas . Terdapat juga orang perseorangan yang turut menyumbangkan 3 buah kipas dinding utk dewan. 7.2 Guru Besar turut membuat perincian mengenai sumbangan daripada ibu bapa untuk pembelian kipas bagi kegunaan anak anak di setiap kelas. 1 Jaya :4 kipas 1 Usaha:Rm 200.00 1 Tekun:4 kipas 2 Jaya:5 kipas 2 Usaha:Rm340,baki Rm10 2 Tekun:Rm20 3 Jaya:4 kipas 3 Usaha:4 kipas 3 Tekun:4 kipas 4 Jaya:4 kipas 4 Usaha :Rm40 5 Jaya :5 kipas 5 Usaha:2 kipas 6 Jaya-Rm400 6 Usaha-Rm25 7.3 YDP seterusnya memaklumkan khususnya untuk para ibu bapa tahun 1, sumbangan PIBG bagi satu keluarga ialah RM50.00. Beliau seterusnya meminta wakil daripada ibu bapa supaya dapat memberi maklum balas kepada jumlah sumbangan tersebut untuk dikekalkan atau ada perubahan. Wakil ibu bapa iaitu Pn.Rozita bt Razali mencadangkan supaya jumlah sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 dikekalkan untuk satu keluarga. Cadangan tersebut telah disokong oleh Pn.Norehan bt Zahari. 7.4 Guru Besar pula memaklumkan sekiranya ibu bapa hanya mempunyai anak Pra sekolah sahaja di sekolah ini, ibu bapa tersebut juga perlu membuat sumbangan PIBG kerana program Pra Sekolah juga ada menggunakan dana sumbangan daripada PIBG. Ibu bapa perlu mengisi borang yang berkaitan untuk memohon menjadi ahli PIBG. 8.0 UCAPAN PENANGUHAN 8.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua AJK PIBG, pentadbir sekolah dan para guru yang telah bekerjasama menjayakan mesyuarat pada kali ini. YDP sekali lagi menyeru supaya semua pihak dapat sama sama membantu pihak sekolah


11 dalam memberi sumbangan idea, tenaga, kewangan dan sebagainya demi untuk kecemerlangan anak anak.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.15 petang.


JawatankuasaPIBGsesi2023-2024 12


BIL. NAMA YANG HADIR JAWATAN 1 DR. SUZAIDA BINTI BAKAR YDP PIBG SKEMS 2 PN. NOOR AKMAR BINTI MD NOOR GURU BESAR SKEMS 3 PN. MASITAH BINTI SAMSUDIN GPK PENTADBIRAN SKEMS 4 EN. ROSMAN BIN ABDUL SAMAD GPK HEM SKEMS 5 EN. MOHD HELMI BIN AB MANAN SETIAUSAHA PIBG 6 PN. NORMAZIAH BINTI MOHD NOOR BENDAHARI 7 EN. HABBIB EMIR A/L HASSAN AJK GURU 8 PN. INALISA BINTI IDRIS AJK GURU 9 PN. AZLINE BINTI SULAIMAN AJK GURU 10 PN. LATIFAH A/P LAI SENG AJK GURU 11 EN. MOHD ARIF BIN ABDULLAH AJK IBUBAPA BIL. NAMA YANG TIDAK HADIR BERSEBAB JAWATAN 1 EN. ZAINON BIN ISMAIL NYDP PIBG SKEMS 2 PN. FAUZIAH BINTI MAT SHAH GPK KOKURIKULUM SKEMS 3 EN. AMINUDDIN BIN AMBAK AJK GURU 4 EN. MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN AJK GURU 5 BATIN SENA AJK IBUBAPA 6 EN. EMRAN BIN MD HASSAN AJK IBUBAPA 7 EN. ZULKIFLI BIN ABDULLAH AJK IBUBAPA 8 EN. KAMARUDDIN A/L LAM CHIN KWAN AJK IBUBAPA 9 PN. MARINA BINTI RAMLI AJK IBUBAPA KehadiranMesyuaratAJKPIBG 13 MESYUARAT AJK PIBG BIL.1 SESI 2023/2024 TARIKH : 11/1/2024 MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKEMS PENGERUSI : DR. SUZAIDA BINTI BAKAR SETIAUSAHA : EN. MOHD HELMI BIN AB MANAN BENDAHARI : PN. NORMAZIAH BINTI MOHD NOOR


BIL. NAMA YANG HADIR JAWATAN 1 DR. SUZAIDA BINTI BAKAR YDP PIBG SKEMS 2 PN. NOOR AKMAR BINTI MD NOOR GURU BESAR SKEMS 3 PN. MASITAH BINTI SAMSUDIN GPK PENTADBIRAN SKEMS 4 EN. ROSMAN BIN ABDUL SAMAD GPK HEM SKEMS 5 PN. FAUZIAH BINTI MAT SHAH GPK KOKURIKULUM SKEMS 6 EN. MOHD HELMI BIN AB MANAN SETIAUSAHA PIBG 7 PN. NORMAZIAH BINTI MOHD NOOR BENDAHARI 8 EN. HABBIB EMIR A/L HASSAN AJK GURU 9 EN. AMINUDDIN BIN AMBAK AJK GURU 10 PN. INALISA BINTI IDRIS AJK GURU 11 PN. AZLINE BINTI SULAIMAN AJK GURU 12 PN. LATIFAH A/P LAI SENG AJK GURU 13 EN. ZULKIFLI BIN ABDULLAH AJK IBUBAPA 14 PN. MARINA BINTI RAMLI AJK IBUBAPA BIL. NAMA YANG TIDAK HADIR BERSEBAB JAWATAN 1 EN. ZAINON BIN ISMAIL NYDP PIBG SKEMS 2 EN. MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN AJK GURU 3 BATIN SENA AJK IBUBAPA 4 EN. EMRAN BIN MD HASSAN AJK IBUBAPA 5 EN. KAMARUDDIN A/L LAM CHIN KWAN AJK IBUBAPA 6 EN. MOHD ARIF BIN ABDULLAH AJK IBUBAPA KehadiranMesyuaratAJKPIBG 14 MESYUARAT AJK PIBG BIL.2 SESI 2023/2024 TARIKH : 23/4/2024 MASA : 2.45 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKEMS PENGERUSI : DR. SUZAIDA BINTI BAKAR SETIAUSAHA : EN. MOHD HELMI BIN AB MANAN BENDAHARI : PN. NORMAZIAH BINTI MOHD NOOR


BIL. NAMA YANG HADIR JAWATAN 1 DR. SUZAIDA BINTI BAKAR YDP PIBG SKEMS 2 PN. NOOR AKMAR BINTI MD NOOR GURU BESAR SKEMS 3 EN. ROSMAN BIN ABDUL SAMAD GPK HEM SKEMS 4 PN. FAUZIAH BINTI MAT SHAH GPK KOKURIKULUM SKEMS 5 EN. MOHD HELMI BIN AB MANAN SETIAUSAHA PIBG 6 PN. NORMAZIAH BINTI MOHD NOOR BENDAHARI 7 EN. AMINUDDIN BIN AMBAK AJK GURU 8 PN. INALISA BINTI IDRIS AJK GURU 9 PN. LATIFAH A/P LAI SENG AJK GURU 10 EN. ZULKIFLI BIN ABDULLAH AJK IBUBAPA 11 EN. MOHD ARIF BIN ABDULLAH AJK IBUBAPA BIL. NAMA YANG TIDAK HADIR BERSEBAB JAWATAN 1 EN. ZAINON BIN ISMAIL NYDP PIBG SKEMS 2 PN. MASITAH BINTI SAMSUDIN GPK PENTADBIRAN SKEMS 3 EN. MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN AJK GURU 4 EN. HABBIB EMIR A/L HASAN AJK GURU 5 PN. AZLINE BINTI SULAIMAN AJK GURU 6 BATIN SENA AJK IBUBAPA 7 EN. EMRAN BIN MD HASSAN AJK IBUBAPA 8 EN. KAMARUDDIN A/L LAM CHIN KWAN AJK IBUBAPA 9 PN. MARINA BINTI RAMLI AJK IBUBAPA KehadiranMesyuaratAJKPIBG 15 MESYUARAT AJK PIBG BIL.3 SESI 2023/2024 TARIKH : 21/5/2024 MASA : 2.45 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT SKEMS PENGERUSI : DR. SUZAIDA BINTI BAKAR SETIAUSAHA : EN. MOHD HELMI BIN AB MANAN BENDAHARI : PN. NORMAZIAH BINTI MOHD NOOR


Biro Ekonomi Dana sumbangan kematian RM100 Dana musibah RM100 (baru diwujudkan) Hari Usahawan Biro Luar Dan Sarana Program DRAKO Gotong-royong perdana Solat Hajat UPKK & Khat Biro Keceriaan Rak buku bilik Pemulihan, Tahun 1 & Tahun 2 Memasang spotlight makmal komputer Menggantikan mentol spotlight blok C Membaiki tiang bola jaring dan membaiki kanopi putih Penambahbaikan saluran air bertakung, penutup longkang & papan kenyataan Bina 2 rak kasut Pra sekolah Bina 4 unit rak kasut untuk surau Biro Kokurikulum & Sukan Peruntukan murid yang menyertai pertandingan Peringkat kelompok / zon : RM 10.00 Peringkat daerah: RM 20.00 Peringkat negeri: RM 50.00 Peringkat antarabangsa : RM 100.00 Sukan Bulan Kemerdekaan Merentas Desa Hari Integrasi Uniform Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Biro ICT & Publisiti Muat naik aktiviti sekolah di laman sosial media Minggu ICT Biro Kurikulum Bulan Bahasa LaporanAktivitiPIBG2023 16


LaporanPencapaianSekolah(Kurikulum2023) 17


LaporanPencapaianSekolah(Kurikulum2023) 18


LaporanPencapaianSekolah(Kurikulum2023) 19


LaporanPencapaianSekolah(HEM2023) 20 BI L PROGRAM CATATAN 1 Pemasangan po int k ipas k e las tambahan Be rmula tar i kh 5/6/ 2 0 23 2 Penyampaian Bantuan Awal Pe r s e k o lahan yang t e r c i c i r Tahun 1N Be rmula tar i kh 16/6/ 2 0 23 s e ramai 1 2 o rang 3 Pr ogram Out r each Be rmula tar i kh 2 0 - 2 1/6/ 2 0 23 s e ramai 4 o rang dipi l ih untuk hadi r 4 L awatan K KM k e s e k o lah Be r tar i kh 1 2 -14/ 7 / 2 0 23 5 Peny e rahan/Penagihan Wang KWAMP Tahun 1 - 6 Be r tar i kh 2 0 / 7 / 2 0 24 s e ramai 85 o rang mur id 6 Pr ogram Anti Bul i Be r sama Pegawai Pe rhubungan Se k o lah Be r tar i kh 23/8/ 2 0 23 7 Go t ong Ro y ong Madani 2 0 23 Be r tar i kh 9/9/ 2 0 23 8 Peny e rahan/Penagihan Wang Zakat Bank Rak yat Tahun 1 - 6 Be r tar i kh 15/9/ 2 0 24 s e ramai 1 0 0 o rang mur id 9 Go t ong Ro y ong Bi l i k Guru K e r jasama K e lab BAGUS SK EMS Be r tar i kh 1 7 /9/ 2 0 23 1 0 Ziarah Cakna 1 Be r tar i kh 11/1 0 / 2 0 23 11 Ziarah Cakna 2 Be r tar i kh 16/1 0 / 2 0 23 be r t empat di Kampung Gadak 1 2 Pe lancaran Duta Sahs iah Pe r ingkat SK EMS Be r tar i kh 31/1 0 / 2 0 23 13 Ziarah Cakna 3 Be r tar i kh 2 /11/ 2 0 23 14 K empen Hidup Sihat Cegah Ro k o k & Vape Be r tar i kh 13/1 2 / 2 0 23 15 Sambutan Har i Kanak - kanak Be r tar i kh 15/1 2 / 2 0 23 16 Pembe r ian Pr ogram Susu Se k o lah & Rancangan Makanan Tambahan be rmula har i pe r tama pe r s e k o lah Be rmula tar i kh 11/3/ 2 0 24 s e ramai 60 o rang 1 7 Peny e rahan/Penagihan Wang BAP Tahun 1 - 6 Be r tar i kh 11/1/ 2 0 24 18 Peny e rahan sumbangan be rbentuk k e l engkapan pe ralatan s e k o lah Pahang Pr ihatin diwak i l i o l eh To k 4 Tal ib bin Jus oh Be r tar i kh 18/3/ 2 0 24 19 Go t ong Ro y ong Madani 2 . 0 Be r tar i kh 2 2 /4/ 2 0 24


LaporanPencapaianSekolah(Kokurikulum2023) 21 BI L GURU PENGIRING/PENYE LARAS AKTIVITI/TARI KH 1 ROSMAN B ABDUL SAMAD NURUL MUNIRAH BT KASSIM NUR HIDAYAH BT HUSSIN PERINGKAT K EBANGSAAN PAHANG INTERNASIONAL SCOUT SCARF F ESTIVAL 2 0 23 TEMPAT : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG TARI KH : 5 OGOS 2 0 23 PENYERTAAN : 18 MURID 2 MOHD NASIR BIN AB RAHMAN PERINGKAT NEGERI UBAI MAZA ORI ENTE ERING TARI KH: 25.9. 2 0 23 TEMPAT : SMK UBAI PE KAN PENYERTAAN : 4L 3 MOHD NASIR B AB RAHMAN ROSNANI BT YUSOF PERINGKAT DAERAH PERKHEMAHAN KADET REMAJA SE KOLAH ( KRS) DAN TUNAS KADET REMAJA SE KOLAH( TKRS) PERINGKAT DAERAH ROMPIN TARI KH : 24 - 26.1 0 . 2 0 23 TEMPAT : K EM BESTARI , KUALA ROMPIN PENYERTAAN : 2 L 2P 4 ROSMAN B ABDUL SAMAD NUR KADARIAH BT MANSOR PERINGKAT DAERAH 2ND MALAYSIAN NATIVE SCOUTS JAMBORE E TEMPAT : PUSAT KOKURI KULUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUANTAN TARI KH: 23- 26 /1 0 / 2 0 23 PENYERTAAN 4L 5 ROSMAN BIN ABDUL SAMAD PERINGKAT NEGERI KOROBORI PENGAKAP TARI KH : 2 7 -30 /11/ 2 0 23 TEMPAT: PUSAT PL KN TANJUNG BATU,TEMERLOH PENYERTAAN : 3L 2P UNIT BERUNIFORM


LaporanPencapaianSekolah(Kokurikulum2023) 22 BI L GURU PENGIRING/PENYE LARAS AKTIVITI/TARI KH 1 MASTORA BINTI MAJID ABDUL RAOF BIN MD NAZAR PERINGKAT DAERAH PROGRAM PENINGKATAN BAHASA ME LAYU PERINGKAT DAERAH DALAM TAL IAN TARI KH : 24- 28 JULAI 2 0 23 PENYERTAAN : 3P (JOHAN BERCERITA) 2 INAL ISA BINTI IDRIS PERINGKAT DAERAH KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH TARI KH : 5-1 2 JULAI TEMPAT : SMK MUADZAM JAYA PENYERTAAN : 1 L 2P 3 FAIZAH BINTI ABDUL AZIZ PERINGKAT DAERAH MAJL IS TI LAWAH AL QURAN PERINGKAT DAERAH TARI KH : 18.7 . 2 0 23 TEMPAT : SK MUADZAM JAYA PENYERTAAN : 2 4 ABDUL RAOF BIN MD NAZAR PERINGKAT DAERAH KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH TARI KH : 23.8. 2 0 23 TEMPAT : SK ROMPIN PENYERTAAN : 3 L (NAIB JOHAN) 5 NURAIN BINTI RAZAL I PERINGKAT NEGERI KARNIVAL BAHASA ME LAYU PERINGKAT NEGERI TARI KH : 7 .9. 2 0 23 TEMPAT: SK SULTAN AHMAD SHAH PENYERTAAN : 1P (JOHAN) KELAB & PERSATUAN


LaporanPencapaianSekolah(Kokurikulum2023) 23 BI L GURU PENGIRING/PENYE LARAS AKTIVITI/TARI KH 6 NURAIN BINTI RAZAL I PERINGKAT K EBANGSAAN KARNIVAL BAHASA ME LAYU KPM-SPRM PERTANDINGAN BERCERITA PERINGKAT K EBANGSAAN TARI KH : 08-11/11. 2 0 23 TEMPAT: GRAND BARAKAH HOTE L ,SE LANGOR PENYERTAAN : 1P ( F INAL IS) 7 GURU PERINGKAT DAERAH KARNIVAL PENDIDI KAN DAN HARI TERBUKA PPD ROMPIN TARI KH: 23.9. 2 0 24 TEMPAT: DEWAN TERBUKA KUALA ROMPIN PENYERTAAN : 3L KELAB & PERSATUAN


LaporanPencapaianSekolah(Kokurikulum2023) 24 BI L GURU PENGIRING/PENYE LARAS AKTIVITI/TARI KH 1 MOHD HAIRUDDIN BIN OMAR PERINGKAT DAERAH BADMINTON BAWAH 1 2 ,15 DAN 18 MSSD TEMPAT : I L P MUADZAM SHAH TARI KH : 1 2 .6. 2 0 23 PENYERTAAN :13 ORANG PENCAPAIAN : NAIB JOHAN & TEMPAT K ETIGA 2 MOHD HAIRUDDIN BIN OMAR PERINGKAT NEGERI K EJOHANAN BADMINTON MSSP TEMPAT : DEWAN PERSATUAN BADMINTON PAHANG TARI KH: 03 JULAI - 7 JULAI PENYERTAAN : 2P 3 MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN FATIN NURNABIHAH NURUL NOR’ASHI K IN BINTI AZMI PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN CATUR MSSD TARI KH : 1 2 . 7 . 2 0 23 TEMPAT : SK PIANGGU PENYERTAAN : 11 ORANG PENCAPAIAN : 1P TERPI L IH K E MSSP 4 NORHASRUDY BIN ROSLAN MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN PERINGKAT K E LOMPOK K EJOHANAN BOLA BAL ING PERINGKAT K E LOMPOK MUADZAM SHAH TARI KH : 1 0 .7 . 2 0 23 TEMPAT : KOL EJ VOKASIONAL MUADZAM SHAH PENYERTAAN : L 1 2 , P1 2 5 ABDUL RAOF BIN MD NAZAR MOHD HE LMI BIN ABDUL MANAN PERINGKAT K E LOMPOK K EJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT K E LOMPOK MUADZAM SHAH TARI KH : 13.7 . 2 0 23 TEMPAT : SK MUADZAM SHAH PENYERTAAN : 15 ORANG PENCAPAIAN : TEMPAT K ETIGA & 1 TERPI L IH K E MSSD SUKAN & PERMAINAN


LaporanPencapaianSekolah(Kokurikulum2023) 25 BI L GURU PENGIRING/PENYE LARAS AKTIVITI/TARI KH 6 NORHASRUDY BIN ROSLAN MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN BOLA BAL ING PERINGKAT DAERAH MSSD TARI KH : 1 7 .7 . 2 0 23 TEMPAT : SMK SERI ROMPIN PENYERTAAN : 2 L 2P PENCAPAIAN : TEMPAT K ETIGA & 1 TERPI L IH K E MSSP 7 HABIB EMIR A/ L HASSANNURZI E BINTI NURULDIN PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT MSSD TARI KH : 18.7 . 2 0 23TEMPAT : SMK SE L ENDANG PENYERTAAN : 4L 4P PENCAPAIAN : 1 L TEMPAT K E -14 8 ABDUL RAOF BIN MD NAZAR PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN BOLA SEPAK PERINGKAT DAERAH ROMPINTARI KH : 2 0 - 2 1.7 . 2 0 23 TEMPAT : SK K ERATONG 2 PENYERTAAN : 1 L PENCAPAIAN : TEMPAT K ETIGA 9 AZL INE BINTI SULAIMAN LATI FAH A/P LAI SENG SITI NURBAITI BINTI HAMZAH PERINGKAT K E LOMPOK K EJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT K E LOMPOK TARI KH : 24. 7 . 2 0 23 TEMPAT : POL ITE KNI K MUADZAM SHAH PENCAPAIAN : TEMPAT K ETIGA 1 0 HABBIB EMIR A/ L HASSAN PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN RAQBI PERINGKAT MSSDTARI KH : 25.7 . 2 0 23TEMPAT : SK K ERATONG 3 PENYERTAAN : 1 2 L PENCAPAIAN : TEMPAT K E 4 & 1 TERP[I L IH K E MSSP SUKAN & PERMAINAN


LaporanPencapaianSekolah(Kokurikulum2023) 26 BI L GURU PENGIRING/PENYE LARAS AKTIVITI/TARI KH 11 MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN ABDUL RAOF BIN MD NAZAR PERINGKAT MSSD K EJOHANAN TAKRAW BAWAH 1 2 TAHUN PERINGKAT MSSDTARI KH : 25. 7 . 2 0 23TEMPAT : SMK MUADZAM SHAH PENYERTAAN : 4L PENCAPAIAN : TEMPAT K ETIGA ( KUMP.C) 1 2 PT CATUR DAERAH PERINGKAT NEGERI K EJOHANAN CATUR PERINGKAT MSSPTARI KH : 8-11 Ogo s 2 0 23 TEMPAT : KOMPL E KS SUKAN DONG, RAUB PAHANG PENYERTAAN : 1P 13 MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN PERINGKAT NEGERI K EJOHANAN BOLA BAL ING PERINGKAT MSSP TARI KH : 0 1- 04 .8. 2 0 23 TEMPAT : SJKC SUNGAI JAN & DEWAN SUNGAI L E KOK JERANTUT PENYERTAAN : 1 L 1P 14 HABBIB EMIR A/ L HASSAN PERINGKAT NEGERI K EJOHANAN RAQBI PERINGKAT MSSPTARI KH : 2 .8. 2 0 23TEMPAT : SE KOLAH SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH, PE KAN PENYERTAAN : 1 L 15 HABBIB EMIR A/ L HASSAN PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN OLAHRAGA MSSD ROMPIN TARI KH : 16-18 . 8. 2 0 23 TEMPAT : POL ITE KNI K MUADZAM SHAH PENYERTAAN : 1 L 16 MOHD NASIR BIN ABD RAHMAN NURUL NOR' ASHI K IN BINTI AZMI PERINGKAT DAERAH K EJOHANAN CATUR TERTUTUP ROMPIN ANJURAN POL ITE KNI K MUADZAM SHAH DENGAN K ERJASAMA PPD ROMPINTARI KH : 8 NOV 2 0 23TEMPAT : POL ITE KNI K MUADZAM SHAH PENYERTAAN : 26 ORANG SUKAN & PERMAINAN


LaporanKewanganPIBGsesi2023-2024 27


LaporanKewanganPIBGsesi2023-2024 28


Usul 29 BI L NAMA IBUBAPA / PENJAGA USUL 1 MOHD RADZI BIN MAT KASIM Penambahbai kan inf ras tuk tur tandas s e k o lah untuk k emudahan mur id-mur id 2 MUHAMAD HIDAYAT BIN KHOIRUDIN Pe rbai k i jalan masuk t empat me l e tak k ende raan s e k o lah bahagian menunggu anak . 3 MUZIRAH BINTI RAZAL I Pengawal k e s e lamatan pe r lu menjaga di bahagian bawah tangga t empat me l e tak k ende raan untuk menge lak kan anak k e luar me lulu menuju k ende raan ibubapa. 4 MUHAMAD FARID Saya memohon supaya pihak s e k o lah meny ediakan rak peny impanan buku untuk mengatas i masalah beg be rat


Penghargaan Pihak Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-30 Tahun 2024 terutama buat Guru Besar Yang DiPertua PIBG serta Ahli PIBG SK Muadzam Shah. Pohon Sirih Pohon Selasih Tumbuh Merimbun Di Hujung Laman Kalungan Budi Junjungan Kasih Menjadi Kenangan Sepanjang Zaman Sekian, Terima Kasih. 30


Catatan 31


Click to View FlipBook Version