SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN PERLING
DISEDIAKAN OLEH:
ABHIRAM BABURAJ
TINGKATAN:
2 AMBER
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
20/12/2022
BIL KANDUNGAN M.S
1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. JADUAL KERJA 3
4. OBJEKTIF KAJIAN 4
5. KAWASAN KAJIAN 4
6. HASIL KAJIAN 5-10
7. RUMUSAN 11
8. RUJUKAN 11
9. LAMPIRAN 12-15
PENGHARGAAN
Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini,saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Hanifah Binti Jamaluddin guru mata
pelajaran Geografi saya.Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi
tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus
ini.Seterusnya,saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah
memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus
ini.
Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta,iaitu Baburaj Raman dan Kavitha
A/P Jehyapiragasam ,jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan
moral dan sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya
mengumpulkan maklumat tentang teknologi hijau di kawasan kajian saya.
Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Tan Jun Yen dan rakan-rakan
lain atas kesudian dan memberi segala pertolongan dan nasihat.Tidak lupa
juga,terima kasih kepada semua responden saya atas kerjasama dalam
menjawab soal selidik dan temubual.
Akhir kata,ribuan terima kasih diucapkan dengan ikhlasnya kepada
semua orang yang telah membantu saya secara langsung dalam menjayakan
kerja kursus ini.
Sekian,terima kasih.
PENDAHULUAN
Saya, Abhiram Baburaj merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di SMK
Sultan Ismail. Tajuk kajian lapangan pada tahun ini ialah penggunaan
‘Teknologi Hijau’ di kawasan tempat tinggal pelajar. Oleh itu,saya membuat
pemerhatian dan tinjauan daripada laman sesawang dan buku-buku yang
berkaitan untuk membuat kajian lapangan ini.
Kawasan kajian saya adalah di Taman Perling,Johor Bahru,Johor kerana
ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya.Saya telah menggunakan
beberapa kaedah kajian yang ditetapkan,iaitu:
a) Pemerhatian
b) Soal Selidik
c) Temubual
Saya telah menetapkan empat objektif yang perlu saya capai untuk menjayakan
kajian lapangan saya,iaitu:
Menyatakan contoh amalan penggunaan teknologi hijau yang terdapat di
Taman Perling
Mengenal pasti maksud teknologi hijau
Menjelaskan kesan amalan penggunaan teknologi hijau
Menjelaskan punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
PERANCANGAN KERJA
Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini
Bil Tarikh Perkara Catatan
1. 4 Disember
Mendengar taklimat tentang kajian Di makmal
2022
lapangan yang diberikan oleh guru komputer
2. 16 Disember
2022 mata pelajaran Geografi
3. 17 Disember Membuat perancangan dan Menyediakan
2022
persediaan awal komputer dan
4. 19 Disember
2022 alatan lain
5. 21 Disember Mengenal pasti objektif kajian dan
2022
menentukan kaedah kajian yang
6. 21 Disember
2022 dikehendaki
7. 21 Disember Mengumpul maklumat dan data Mendapat
2022
yang berkaitan dengan tajuk yang maklumat
8. 22 Disember
2022 diberi melalui pelbagai sumber daripada pelbagai
9. 23 Disember sumber
2022
Membuat soal selidik Melalui google
10. 24 Disember
2022 form
11. 25 Disember Mencari responden untuk menjawab
2022
soal selidik yang telah disediakan
Mencari responden untuk Temu bual dengan
menjalankan temu bual jiran
Mengambil gambar-gambar untuk Mengambil
dimasukkan ke lampiran gambar hasil soal
selidik
Menggunakan semua maklumat
yang dikumpulkan untuk memenuhi
objektif kajian
Membuat jadual kerja
Semak semula dan menghantar
tugasan
Objektif Kajian
Di akhir kajian ini,saya akan dapat:
1) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
2) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di
Taman Perling,Johor Bahru.
3) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan seharian
5) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi
meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai.
KAWASAN KAJIAN
Kawasan Taman Perling terletak di Johor Bahru,Johor.Taman ini mula
dikembangkan sejak tahun 1981.Taman ini merangkumi keluasan 922 ekar dan
mempunyai lebih 10,000 unit perumahan.Ciri pandang darat fizikal yang
terdapat di kawasan peta ialah sungai dan rumput.Ciri pandang darat budaya
yang terdapat dalam peta ialah jalan raya,petempatan,sekolah,balai polis dan
masjid.
Bentuk muka bumi yang terdiri daripada taman ini ialah tanah pamah
yang rata.Kawasan tanah pamah digunakan untuk petempatan dan jalan
pengangkutan.Saliran yang terdapat dalam peta tersebut ialah Sungai Danga.
Kawasan Taman Perling juga berdekatan dengan pusat membeli-belah
Giant dalam Perling Mall.Taman ini juga mempunyai kemudahan social seperti
sekolah,klinik,balai polis dan gelanggang badminton.
Peta 1:Peta negeri Johor dan daerah Johor Bahru
Peta 2:Peta Taman Perling
KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Wikipedia:
Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam
sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal
kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia.
Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang
bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam
sekitar.
Internet:
o “Teknologi hijau adalah teknik untuk menghasilkan energi dan/atau
produk yang tidak mencemari lingkungan hidup. Teknologi dikenal
juga dengan istilah teknologi ramah lingkungan.”
o “Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk,
peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam
semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.”
Buku teks:
Teknologi Hijau merujuk pembangunan produk,peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi
CONTOH AMALAN TEKNOLOGI HIJAU
Membuang sampah ke dalam tong sampah kitar semula mengikut kategori
sampah seperti kertas,kaca,sisa makanan atau plastic.
Memasang panel solar untuk menjana tenaga elektrik.
Menutup suis sebelum meninggalkan bilik
Mengamalkan 5R iaitu:
Reuse
Reduce
Recycle
Refuse
Repurpose
Mengumpul air hujan untuk menyiram pokok
Menanam pokok bunga di halaman rumah
Mengadakan kempen amalan teknologi hijau
Menggunakan kereta hybrid
PUNCA-PUNCA AMALAN TEKNOLOGI HIJAU TIDAK
DITERAPKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1) Kos yang tinggi
a) Contoh 1: Kos memasang panel solar merupakan berpuluh-puluh ribu
b) Contoh 2: Kos penyelengaraan panel solar yang amat tinggi
i) Langkah: Pihak kerajaan memperuntukkan dana kepada penduduk
agar penduduk dapat menampung kos penggunaan teknologi hijau
2) Kurang kesedaran tentang penggunaan amalan teknologi hijau dalam
kalangan penduduk
a) Contoh: Penduduk yang tetap membuang sampah merata-rata dengan
adanya mempunyai tong sampah berdekatan
i) Langkah: Pihak kerajaan dan pihak sekolah memberikan penerapan
dan kesedaran untuk memupuk amalan penggunaan teknologi hijau
dalam semua orang
3) Kurang penguatkuasaan
a) Contoh: Pihak kerajaan tidak melarang penggunaan plastik
i) Langkah: Pihak kerajaan haruslah memperkenalkan undang-undang
melarang pengunaan plastik.
4) Kurang konsistensi dalam menjayakan projek teknologi hijau yang
berpanjangan:
a) Langkah: Pihak kerajaan perlu memastikan semua projek teknologi hijau
dapat dijayakan dengan betul
KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU
Mengurangkan kesan negatif kepada manusia dan haiwan serta
tumbuhan.
Meningkatkan keselesaan dan taraf hidup penduduk
Meringankan beban kerajaan membazirkan kos yang banyak
Memelihara dan memulihara alam sekitar dan ekosistem
Mengelakkan pencemaran
Mengurangkan pemanasan global
Mengalakkan pengunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui
PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN
KAJIAN
1. Pengunaan tong kitar semula
2. Mengunakan air hujan untuk menyiram pokok\
3. Penanaman pokok bunga di sekitar rumah
4. Pengunaan panel solar
5. Rumah mempunyai banyak tingkap untuk cahaya semula jadi
6. Pengunaan teknologi yang kurang menggunakan tenaga
7. Pengunaan pengangkutan awam
8. Menutup suis jika tidak mengunakannya
TEMU BUAL
Saya telah melakukan temu bual bersama kawan saya Binoy yang tinggal sama
taman.
Saya:Apa khabar? Bolehkah saya menjalankan temu bual berkaitan amalan
teknologi hijau?
Binoy:Khabar baik.Boleh,saya sudah bersedia.
Saya:Baiklah,soalan pertama ialah adakah kamu melakukan amalan teknologi
hijau di rumah?
Binoy:Ya,saya melakukan beberapa amalan di rumah saya.
Saya:Bolehkah kamu memberikan contoh amalan yang kamu melakukan di
rumah
Binoy:Saya sentiasa mengasinkan sampah mengikut kategori sebelum
membuang di tong kitar semula.Selain itu,saya sentiasa menutup suis lampu dan
kipas sebelum meninggalkan bilik.Saya juga mengumpulkan air hujan untuk
melakukan pelbagai aktiviti seperti menyiram pokok,mencuci lantai di luar
rumah dan mencuci kereta.
Saya:Wah! Banyaknya teknologi hijau yang kamu amalkan.Bolehkah kamu
senaraikan langkah menjayakan amalan tersebut?
Binoy:Pihak berkuasa haruslah menyediakan lebih banyak tong kitar
semula.Selain itu,semua penduduk boleh memasang panel solar di rumah.
Saya:Baiklah.Soalan terakhir pula apakah kesan amalan teknologi hijau ini?
Binoy:Dengan amalan teknologi,bil elektrik dan bil air saya menjadi kurang
berbanding rumah yang tidak melakukan amalan ini.Saya rasa amat gembira
kerana dapat mengurangkan kos di rumah dan mengurangkan kesan negatif
kepada alam sekitar.
Saya:Ini sahaja temu bual saya.Terima kasih atas kesudian kamu.
Binoy:Sama-sama.
RUMUSAN
Secara keseluruhan,kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan
menjawab persoalan kajian.Hasil kajian menunjukkan terdapat ramai penduduk
yang mengamalkan teknologi hijau di kawasan kajian saya.Saya juga telah
mengeratkan hubungan kejiranan selepas kajian saya.Hasilnya saya lebih peka
atas kepentingan teknologi hijau dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya,kajian ini dapat menunjukkan masyarakat yang
mempunyai kesedaran terhadap teknologi hijau dan sudi melakukan amalan
teknologi hijau.Sesungguhnya,kawasan kajian akan dipenuhi dan dilengkapi
dengan teknologi hiau.
SUMBER RUJUKAN
Buku teks
Internet:
https://tinyurl.com/yt5vueru
https://tinyurl.com/488rjr3w
http://cetree.usm.my/index.php/en/berita-cetree/98-teknologi-hijau
LAMPIRAN