PERIBAHASA
MELAYU
Disediakan oleh : Anis Nadhirah
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
UMPAMA SEMUT MEMPERSEMBAHKAN PEHA BELALANG KEPADA
RAJA
Pemberian yang tidak ada ertinya.
CONTOH: AHMAD MEMBERIKAN SEBATANG DAUN KEPADA ALI SEBAGAI HADIAH ATAS
KEJAYAAN, NAMUN PEMBERIAN ITU UMPANA SEMUT MEMPERSEMBAHKAN PEHA
BELALAG KEPADA RAJA.
BAGAI KACA TERHEMPAS KE BATU
Sangat sedih atau kecewa
CONTOH: Perasaan seorang ibu bagai kaca terhempas ke batu apabila anaknya mula
meninggikan suara kepadanya.
P ropos al T itle H ere P age 2 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
KATAK DITIMPA KEMARAU
berkeluh kesah dengan tidak keruan
CONTOH: SARAH SEPERTI KATAK DITIMPA KEMARAU MENUNGGU KEPUTUSAN
TEMUDUGA KERJANYA.
KAUT LABA DENGAN SIKU
Sentiasa hendak beroleh untung banyak
CONTOH: Peniaga itu seperti kaut laba dengan siku kerana tidak pernah menawarkan
harga yang lebih rendah untuk barang yang dijualnya.
P ropos al T itle H ere P age 3 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
IKAN DI HULU, TUBA DI HILIR
Perbuatan yang sia-sia
CONTOH: Usaha Ali dalam pertandingan reka cipta itu ibarat ikan di hulu, tuba di hilir
kerana dikhianati oleh rakannya sendiri.
MENGEMBALIKAN MANIKAM KE DALAM CEMBULNYA
Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan.
CONTOH: Siti mengembalikan manikam ke dalam cembulnya setelah bercakap kasar
dengan rakan karibnya.
P ropos al T itle H ere P age 4 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
LAUT DITIMBA AKAN KERING
Harta walau banyak sekalipun, akan habis jika selalu dibelanjakan.
CONTOH: Ibu memesani Aira supaya berjumat cermat kerana laut ditimba akan
kering.
SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA MENJADI KAIN
Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan sedikit demi sedikit lama-kelamaan berhasil juga.
CONTOH: Aiman berpegang kepada peribahasa sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain dalam mempelajari sesuatu dengan sabar akan memberikan natijah yang
baik kepada dirinya.
P ropos al T itle H ere P age 5 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
TIDAK MEMANDANG BULU, TIDAK MELIHAT RUPA
Seseorang yang berlaku adil iaitu sama rata dan tidak berat sebelah
CONTOH: Pengadil seharusnya tidak memandang bulu, tidak melihat rupa dalam
setiap pertandingan yang diadili sebagai amanah.
BARANG YANG DIKATA ITULAH KOTA
Setiap perkataan yang diucapkan haruslah ditunaikan.
CONTOH: Ahmad seorang yang mudah dipercayai oleh rakan-rakannya kerana dia
mengamalkan peribahasa barang yang dikata itulah kota.
P ropos al T itle H ere P age 6 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
SEKAPAL MENJADI GUNUNG, SETITIK MENJADI LAUT
Sesuatu nasihat yang diberikan mingkin terlalu sedikit tetapi adalah amat berharga
CONTOH: Nasihat guru itu sentiasa diingati kerana sekapal menjadi gunung, setitik
menjadi laut
SIANG MENJADI ANGAN-ANGAN, MALAM MENJADI BUAH
MIMPI
tidak pernah dilupakan
CONTOH: Syahmi sentiasa mengingati keluarganya di kampung seperti peribahasa
siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.
P ropos al T itle H ere P age 7 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
YANG LAMA DIKELEK, YANG BAHARU DIDUKUNG
adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu
CONTOH: Majlis perkahwinan yang dijalankan itu menepati peribahasa yang lama
dikelek, yang baharu didukung tanpa meninggalkan adat-adat lama.
KURA-KURA DI DALAM PERAHU, PURA-PURA TIDAK TAHU
Bertanya sesuatu yang sudah diketahui
CONTOH: Aminah suka bersikap seperti kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak
tahu ketika sedang belajar di dalam kelas.
P ropos al T itle H ere P age 8 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
KILAT BELIUNG SUDAH DI KAKU, KILAT PISAU SUDAH KE
TANGAN, KILAT CERMIN SUDAH KE MUKA
Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
CONTOH: Percubaan Ali untuk menipu gurunya tidak berjaya kerana guru tersebut
seperti kilat beliung sudah di kaku, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin
sudah ke muka.
DEKAT DAPAT DITUNJAL, JAUH DAPAT DITUNJUK
Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya
CONTOH: Hujah Alia dalam debat itu seperti peribahasa dekat dapat ditunjal, jauh
dapat ditujuk dan tidak dapat dibantah oleh pihak pembangkang.
P ropos al T itle H ere P age 9 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
API PADAM, PUNTUNG BERASAP
Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali
CONTOH: Kisah silam Abu yang gelap kembali dikatakan seperti api padam, untung
berasap.
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
Mengajar anak biarlah selagi kecil
CONTOH: Setiap ibu bapa mestilah mengamalkan peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya supaya dapat melahirkan generasi hadapan yang berguna.
P ropos al T itle H ere P age 10 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU
BELUM DUDUK SUDAH BERLUNJUR
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dahulu
CONTOH: Sebelum keputusan pertandingan diumumkan, Amir telah bergembira terlebih
dahulu seperti peribahasa belum duduk sudah berlunjur.
PELANDUK DUA SERUPA
Dua orang yang seakan-akan sama rupanya.
CONTOH: Dila tersilap menegur seseorang yang seperti pelanduk dua serupa dengan
Dina.
P ropos al T itle H ere P age 11 of 11
P E RIBAHASA M ELAYU