The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-58425609, 2022-11-29 20:07:53

TEKS PENGACARA MAJLIS CG SHORKRI

TEKS PENGACARA MAJLIS CG SHORKRI

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’

30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

CUE ANNOUNCEMENT

Sebelum majlis • Guru-guru dijemput untuk mengambil tempat masing-masing di
bermula kerusi yang telah disediakan.

• Mohon semua pelajar untuk duduk dalam keadaan yang senyap
kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

• Apabila emcee mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu
Mohd Shorkri Abdullah bersama barisan pengurusan, mohon
semua hadirin untuk berdiri.

Ketibaan Yang Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan, Cikgu Mohd Shorkri bin
Diraikan Abdullah, bersama barisan pengurusan masuk ke dalam dewan.

Cikgu Mohd Shorkri dijemput untuk naik ke atas pentas dan berada
di atas pelamin yang telah disediakan.

Nyanyian lagu Bagi membuka tirai majlis kita pada pagi ini, mohon para hadirin
Negaraku dan Ibu untuk terus berdiri bagi sama-sama menghormati dan menyanyikan
lagu kebangsaan Negaraku dan diikuti lagu Ibu Pertiwiku.
Pertiwiku Dipersilakan.

Hadirin dipersilakan duduk dan majlis mengucapkan terima kasih.

SALUTASI DAN Melayang serindit di atas permatang,
KATA ALU-ALUAN Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang diraikan,
Encik Mohd Shorkri bin Abdullah,
bersama isteri, Puan Aini binti Mustapha,

Yang berusaha,
Puan Jerrah binti Pandin,
Pengetua SMK Baru Miri,

Yang dihormati,
Puan Hanim Sherbini,
Yang Dipertua PIBG SMK Baru Miri,

Encik Henry ak Jini,
Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Amanda Chong Lee Ngo,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

1

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’

30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

Puan Hajah Siti Akmaliah binti Md Amin,
Penolong Kanan Kokurikulum,

Encik Hii Yew Ding,
Penolong Kanan Tingkatan Enam,

Encik Micheal Ajang,
Guru Kokurikulum Tingkatan Enam,

Seterusnya,
Guru-guru kanan,
Kaunselor pelajar,
Guru-guru,
mantan guru SMK Baru,
AKP,
serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat datang ke MAJLIS
LAMBAIAN KASIH CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH
“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG.”

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat
Illahi kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berhimpun di Dewan Sri
Harmoni SMK Baru pada pagi yang berbahagia ini bersempena
dengan MAJLIS LAMBAIAN KASIH CIKGU MOHD SHORKRI BIN
ABDULLAH “BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG.”

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah ungkapan yang boleh kita pahatkan atas segala bakti dan
kepimpinan Yang Diraikan CIKGU MOHD SHORKRI sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir di
sekolah kita yang tercinta ini. Seperti yang kita sedia maklum Cikgu
Shorkri telah menyumbangkan bakti dalam dunia perguruan ini
selama 32 tahun, dan sudah tentulah terlalu banyak pengalaman
pahit manis yang telah beliau lalui. Jadi, dalam kesempatan dan hari
yang istimewa ini, kita meraikan persaraan beliau. Semoga majlis ini
menambahkan lagi cebisan kenangan beliau sepanjang beliau
berkhidmat di sekolah ini.

Bacaan Doa Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara ABDUL
MUHAYMIN BIN ABDUL RAZAK dari kelas 4 BESTARI. Majlis
dengan penuh takzimnya mempersilakan.

2

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’

30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

Terima kasih saudara ABDUL MUHAYMIN BIN ABDUL RAZAK
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada
hari ini berjalan dengan lancar.

Ucapan Pengetua Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.

Tirai majlis pada pagi ini dibuka dengan menjemput Yang berusaha,
Puan Jerrah binti Pandin, Pengetua SMK Baru Miri bagi
menyampaikan untaian kata. Majlis mempersilakan.

Terima kasih Puan Pengetua atas untaian kata yang disampaikan.

Ucapan Yang Berdayung sampan ke Tanah Semenanjung,
Diraikan Hendak membeli tikar rotan,

Budi dikenang bakti disanjung,
Kekal subur dalam ingatan.

Bagi meneruskan acara, pihak majlis dengan sukacitanya ingin
menjemput Yang diraikan, Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah
untuk menyampaikan kalungan bicara. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang diraikan,
Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah atas kalungan bicara yang
disampaikan itu tadi.

Tayangan Slaid 1 Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan tayangan slaid
istimewa untuk Yang diraikan, Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah.
Dengan ini, sama-samalah kita saksikan bingkisan video yang telah
disediakan berikut ini. Dipersilakan.

****TAYANGAN SLAID****

Begitulah tadi telah kita saksikan bingkisan video istimewa untuk
Yang diraikan, Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah. Setiap
kenangan yang telah tercipta pastinya akan kekal dalam sanubari dan
tersemat di dalam lubuk hati.

3

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’

30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

Persembahan 1 Hadirin sekalian,
(Tarian) –
Majlis kita diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan tarian
Bimbingan Cg Inang. Untuk makluman, persembahan tarian ini adalah di bawah
Zahra Husna bimbingan Cikgu Zahra Husna. Tanpa membuang masa, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan tarian ini. Dipersilakan.

Tarian yang cukup memukau. Terima kasih diucapkan atas tarian
yang telah dipersembahkan itu tadi.

Persembahan 2 Seterusnya, majlis kita pada pagi ini akan dihiburkan lagi dengan
(Nyanyian pelajar persembahan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh pelajar-
pelajar Tingkatan 6.
Tingkatan 6) Marilah kita sama-sama berhibur dengan persembahan mereka yang
akan menyanyikan dua buah lagu yang bertajuk REMINISENSI dan
lagu TERUNA DAN DARA. Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan nyanyian yang sangat merdu dan
menghiburkan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6. Terima kasih
diucapkan.

Persembahan 3 Hadirin sekalian,
(Medley BAHASA)
Sepanjang bergelar guru bahasa Melayu, Cikgu Shorkri telah banyak
– Sajak/Syair melahirkan pelajar-pelajar berkualiti yang mewakili sekolah dalam
/Pidato pertandingan ko-akademik bahasa Melayu. Sememangnya nama
beliau amat disegani dalam pertandingan seperti Pidato dan Bahas.
Sehubungan dengan itu, persembahan yang seterusnya ini khusus
untuk Cikgu Mohd Shorkri yang telah menyumbangkan bakti dan
mengharumkan nama SMK Baru Miri dalam pertandingan di bawah
bimbingannya. Tanpa membuang masa, marilah kita saksikan
persembahan Medley berikut ini. Dipersilakan.

Begitulah tadi telah kita saksikan persembahan Medley sajak, syair,
pantun dan pidato. Terima kasih diucapkan atas persembahan yang
penuh penghayatan itu tadi.

Persembahan 4 Majlis diteruskan lagi dengan persembahan yang seterusnya iaitu
(Nyanyian kelas 4 persembahan nyanyian pelajar daripada kelas 4 Arif. Mereka akan
mendendangkan lagu yang bertajuk DEALOVA. Tanpa membuang
Arif) masa, dipersilakan.

Nyanyian yang sangat merdu dan penuh penghayatan daripada
pelajar kelas 4 Arif. Seni kata dan bait-bait lagu DEALOVA ditujukan
khas untuk Cikgu Shorkri kerana kami semua ingin menjadi sesuatu
yang Cikgu Shorkri rindu suatu masa nanti. Untuk makluman semua,
persembahan nyanyian istimewa itu tadi adalah di bawah bimbingan
Puan Pengetua. Terima kasih diucapkan.

4

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’

30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

Tayangan Slaid 2 Kain berlipat dalam istana,
(Bekas pelajar 5 Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Arif 2021) Secubit budi jadi kenangan.

Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan tayangan slaid ucapan
daripada bekas pelajar 5 Arif 2021 istimewa untuk Yang diraikan,
Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah. Sama-sama kita saksikan
tayangan slaid yang disediakan berikut ini. Dipersilakan.

Begitulah tadi telah kita saksikan bingkisan video istimewa daripada
bekas pelajar 5 Arif 2021 istimewa untuk Yang diraikan, Cikgu
Mohd Shorkri Bin Abdullah. Terima kasih diucapkan.

Persembahan 5 Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan
(Nyanyian guru nyanyian daripada guru-guru Bidang Bahasa dan Bidang
Bidang Bahasa Kemanusiaan. Dengan membawakan lagu duet yang pernah
dipopularkan oleh Siti Sarah dan Jamal Abdillah, terimalah lagu
dan Bidang “SANDARKAN PADA KENANGAN”. Dipersilakan.
Kemanusiaan)

“Sandarkan pada Kenangan”, lagu yang tepat ditujukan kepada
Cikgu Shorkri kerana walaupun tidak lagi bersama-sama kita di SMK
Baru, namun pahit manis yang telah dilalui bersama akan selama-
lamanya disandarkan pada kenangan. Berikan tepukan yang paling
gemuruh sekali lagi kepada guru-guru guru Bidang Bahasa dan
Bidang Kemanusiaan atas persembahan nyanyian yang sangat
memukau itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah sebagai
tanda penghargaan dan kenang-kenangan kepada Yang Diraikan
Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah. Dengan itu, majlis menjemput
Yang Diraikan Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah bersama-sama
dif-dif kehormat untuk naik ke atas pentas. Dipersilakan.

Penyampaian 1. Dimulakan dengan penyampaian hadiah daripada pihak sekolah.
Hadiah Dipersilakan Puan Pengetua untuk menyampaikan hadiah.
Seterusnya hadiah daripada Puan Pengetua sendiri. Terima kasih
Puan Pengetua atas hadiah yang disampaikan.

2. Seterusnya, dipersilakan Puan Hanim Sherbini, YDP PIBG SMK
Baru untuk menyampaikan hadiah daripada pihak PIBG.

3. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Henry anak Jini, untuk
menyampaikan hadiah daripada pihak pengurusan.

4. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Huong, untuk menyampaikan
hadiah daripada bilik guru.

5

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’
30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

5. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Amanda, untuk menyampaikan
hadiah daripada Lembaga Disiplin. Seterusnya, hadiah daripada
Cikgu Amanda sendiri.

6. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Ratnawati untuk menyampaikan
hadiah daripada Bidang Bahasa. Seterusnya, hadiah daripada
Cikgu Ratna sendiri.

7. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Steffanie untuk menyampaikan
hadiah daripada Bidang Kemanusiaan.

8. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Chong Yuk Wen dan Cikgu Jong
Hui Boon untuk menyampaikan hadiah daripada Panitia Bahasa
Melayu dan Sejarah.

9. Seterusnya, dipersilakan Cikgu Norela dan Cikgu Kamsiah untuk
menyampaikan hadiah daripada Cikgu Asiah.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua penyampai hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah daripada para
pelajar kepada Yang Diraikan, Cikgu Shorkri. Dimulakan dengan
.....................

Penutup 1.
2.
3.
4.
5
6
7.
8.
9.
10.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pelajar yang menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Itu adat, itu lumrah kehidupan,
Begitulah rentetan perjalanan,
Walau sukar untuk ditelan,
Tapi kaki tetap mengorak jalan,
Selagi hayat dikandung badan.

6

TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN CIKGU MOHD SHORKRI BIN ABDULLAH

“BUDI DIKENANG, BAKTI DIJULANG’

30 NOVEMBER 2022 / RABU / DEWAN SRI HARMONI, SMK BARU MIRI

Ibarat berlayar sudah sampai ke destinasi, majlis kita sudah pun tiba
ke penghujung acara.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Cikgu Mohd Shorkri Bin Abdullah kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan
agar Cikgu Shorkri bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian bersama keluarga tercinta.
Untuk Cikgu Shorkri,

Guru umpama bintang cemerlang,
Walau bersara jasa tetap dikenang,

Raut wajah damai dan tenang,
Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Dijemput semua guru untuk berada di atas pentas bagi sesi fotografi.

Perhatian kepada semua pelajar, diminta semua pelajar untuk
beratur di luar dewan bagi bersama-sama mengiringi Cikgu Shorkri
yang akan menaiki Big Bike sebentar lagi.

**Emcee standby luar dewan**

Penyampaian sijil Sebagai tanda penghargaan, pihak sekolah ingin menyampaikan sijil
penghargaan penghargaan kepada pihak Brothers Big Bikers Miri atas kesudian
memenuhi jemputan pihak sekolah untuk menjayakan majlis
kepada Brothers persaraan Cikgu Mohd Shorkri. Dengan itu, dijemput Puan Pengetua
Big Bikers untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dipersilakan...

1. Encik Augustine Ak Albert
2. Encik Bahari Bin Moshidi
3. Encik Sulaiman Bin Asmad
4. Encik Razali Bin Asan

Terima kasih Puan Pengetua atas kesudian menyampaikan sijil
penghargaan sebentar tadi dan sekali lagi pihak sekolah
merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Brothers Big Bikers
Miri atas kesudian menjayakan majlis persaraan Cikgu Mohd Shorkri.

7


Click to View FlipBook Version