The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zulkhairy Hamzan, 2020-11-26 10:10:56

E MAJALAH 2020

E MAJALAH 2020

50

51

CIK KAMARIAH BT CIK NUR AIN BT PN.KOKILAVANI
ISMAIL OMAR A/P THIRUCELVAM

PN.NORAZWA IDAYU PN.RAJESWARI A/P PN.NURUL ASHIKIN
BT KAMARUDIN NALLAYAN BT ABU HASHIM

PN. SITI NORAIN BT 52
MOHAMAD

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

66

67

68

69

70

71

72

73

74

75

76

77

78

Norma Baharu Pasca Covid-19

Pada era globalisasi yang serba maju tanpa sempadan ini,isu penyakit berjangkit kerap kali
terpampapang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik .Isu ini hangat diperkatakan
dan sering meniti di bibir-bibir masyarakat hari ini.Isu penyakit berjangkit yang akan dibincangkan
ialah Covid-19 ataupun yang lebih dikenali sebagai Coronavirus.Covid-19 merupakan sebuah penyakit
daripada sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan kepada saluran pernafasan .Antara
beberapa jenis coronavirus yang ditemui oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia ialah SARS,MER-Cov dan
yang baru ditemui ialah Covid-19.Covid-19 ini juga dikatakan memberi spektrum gejala daripada
selesema biasa kepada radang paru-paru(pneumonia)yang teruk .Virus dan penyakit baharu ini tidak
diketahui kewujudannya sebelum wabak bermula di Wuhan,China pada bulan Disember 2019 serta
mula merebak sehingga menjadi wabak pandemik yang banyak menimpa pelbagai negara di seluruh
dunia termasuklah negara kita , Malaysia.Antara symptom pesakit Covid-19 ialah sakit
tekak,batuk,selesema,demam ,sesak nafas dan sakit badan .Penyakit ini merebak melalui titisan dari
hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang batuk atau bersin.titisan yang tersebar di objek
dan permukaan sekeliling boleh menyebarkan virus ini kepada golongan yang menyentuh kawasan
tersebut dan tidak menjaga kebersihan tangannya .Penyakit ini juga boleh tersebar apabila kita
berada dekat dengan pesakit yang positif Covid-19. Kadar jangkitan Covid-19 ialah selama 14 hari
berbanding selesema empat hari .Kumpulan yang berisiko dijangkiti virus ini ialah warga emas yang
mempunyai masalah penyakit serius dan daya ketahanan badan yang rendah .Faktor umur mereka
juga turut memainkan peranan penyakit ini mudah menjangkiti mereka. .Jika dahulu penyakit ebola
dan taun menjadi antara penyakit epidemik yang ditakuti ramai kerana kesan yang menjangkiti
pesakit-pesakit itu .Namun kini , penyakit Covid-19 pula menjadi wabak yang dikhuatiri ramai.
Menurut pandangan Ketua Pengarah Kesihatan , Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan antara
virus yang berbahaya di dunia dan kita masih belum dapat mencari vaksin yang sesuai untuk
menyembuhkan virus ini .Ketiadaan vaksin menyebabkan jumlah terkini yang direkodkan pada 30
Julai 2020 ialah seramai 8969 orang termasuk 13 orang pesakit daripada kluster baharu . Jumlah
kematian yang direkodkan ialah sebanyak 124 orang .Namun begitu pelbagai langkah dan prosedur
baru telah diwujudkan untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita sebagai norma baharu yang
perlu kita terima dengan hati yang terbuka. Sebagai rakyat Malaysia kita perlulah berganding bahu
untuk mengurangkan kadar atau bilangan penyakit ini daripada terus meningkat.Jika kita lihat
gelombang kedua Covid-19 yang telah wujud melalui kluster baharu disebabkan oleh kelalaian kita
dan sikap mementingkan diri sendiri dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan menyebabkan
berlakunya penularan tempatan yang telah membimbangkan pelbagai pihak .Banyak keluarga yang
menderita atas pemergian orang tersayang melalui wabak ini dan tidak dapat melihat wajah mereka
buat kali terakhir sebelum mereka dikebumikan kerana dikhuatiri terdedah dengan virus ini. Hal ini
secara tidak langsung menunjukkan betapa bahayanya pengaruh yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini
.Adakah kita mahu pisang berbuah dua kali melalui gelombang kedua ini? Oleh itu,kita mestilah
mematuhi segala langkah yang proaktif untuk keselamatan diri kita dan orang tersayang agar dapat
melindungi mereka daripada terdedah dengan penyakit ini.

79

Norma baharu ialah sebuah konteks yang digunakan untuk menunujukkan sesuatu yang tidak biasa
kita lakukan dalam kehidupan biasa telah menjadi perkara biasa yang boleh kita lakukan.Antara
norma baharu yang dibincangkan ketika Pasca Covid-19 ini ialah masyarakat mematuhi SOP.(Standard
Operating Prosedur )Masyarakat ialah sekumpulan orang yang hidup bersama dengan cara dan
peraturan yang tertentu mematuhi setiap arahan dan saranan yang telah ditetapkan .Masyarakat
dikehendaki untuk duduk di rumah bagi megurangkan penyebaran virus ini . Namun begitu , terdapat
beberapa golongan masyarakat yang tidak mahu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerana
bersikap degil dan mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan keselamatan orang lain. Selain
itu,masyarakat disarankan untuk menjaga penjarakkan sosial sebanyak 1 meter kerana virus ini akan
tersebar ke udara pada jarak 1 meter dan disebabkan itu jugalah pihak kerajaan menekankan betapa
pentingnya penjarakan sosial kepada masyarakat. Masyarakat juga digalakkan untuk memakai pelitup
muka bagi mengelakkan mudahnya wabak ini merebak .Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab
kita mestilah memakai pelitup muka yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. Setiap anggota
masyarakat perlulah menjaga kebersihan tangan dengan memakai cecair pembasmi kuman setiap kali
selepas memegang sesuatu barang dan mengamalkan cara pembasuhan tangan yang betul dengan
menggunakan sabun .Sabun mempunyai potensi besar untuk membasmi virus ini daripada terus
berada di tangan kita. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diwujudkan perlulah dipatuhi dengan
berdisplin dan kekal berada di dalam rumah untuk menjaga keselamatan setiap anggota ahli
keluarga.PKP telah diperketatkan dengan membenarkan hanya ketua keluarga untuk membeli
keperluan asas keluarga. Masyarakat yang melanggar arahan PKP ini akan dikenakan saman .Hal
ini,bertujuan untuk memastikan masyarakat sentiasa mematuhi saranan oleh kerajaan. Pada waktu
PKP ini pelbagai sektor pekerjaan,pendidikan ataupun ekonomi sama ada di bahagian swasta
mahupun kerajaan telah ditutup.Walaupun masyarakat menghadapi kesukaran dari segi kewangan
tetapi kita perlulah melihat dari sudut yang positif .Setiap anggota keluarga yang sebelum ini mungkin
tidak mempunyai masa untuk bersama keluarga kerana sibuk dengan urusan dunia seperti mencari
rezeki untuk kegunaan keluarga kini boleh menggunakan waktu PKP ini sebagai waktu untuk
merapatkan silaturahim.Contohnya ,melakukan solat berjemaah bersama-sama .

Seterusnya,institusi pendidikan antara institusi yang terjejas pada waktu PKP ini.Oleh itu,kerajaan
telah bertindak dengan menghantar borang soal selidik kepada setiap sekolah untuk dihantar kepada
ibu bapa bagi menyatakan cadangan kerajaan yang ingin mewujudkan pembelajaran secara online.
Namun begitu,terdapat kekangan dari segi penggunaan internet untuk golongan pelajar melakukan
proses pembelajaran .Kerajaan telah mewujudkan pembelajaran melalui rancangan televisyen bagi
mengatasi masalah ini .Terdapat pelbagai pusat tuisyen yang turut mempunyai masalah kewangan
telah menggunakan platform ini untuk memberikan pembelajaran secara online melalui aplikasi zoom
supaya pelajar lebih bersedia apabila kembali ke sekolah .Setelah hampir empat bulan Malaysia
menghadapi PKP akhirnya, pihak kerajaan telah bercadang untuk membuka semula sekolah bagi
pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan penting seperti pelajar SPM,STPM dan STAM supaya
mereka dapat menghabiskan silibus pembelajaran dan lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

80

Pelajar-pelajar perlu diperiksa suhu badan sebelum memasuki sekolah dan suhu yang melebihi 37
akan dihantar balik ke rumah masing-masing .Meja pelajar-pelajar juga dijarakkan untuk mematuhi
jarak sosial sebanyak 1 meter.Aktiviti kokurikulum dan sukan tidak boleh dilakukan dan mungkin
menjadi antara salah satu sebab mereka tidak boleh mengumpulkan markah kokurikulum .Hal ini
menyebabkan pelbagai pertandingan diadakan secara online .Dengan ini ,pelajar tidak mempunyai
alasan untuk mengumpulkan markah kokurikulum untuk kegunaan ketika kemasukan di universiti.
Perhimpunan yang diadakan pada setiap minggu juga tidak diadakan kerana tidak boleh menjaga
jarak sosial yang mungkin menyebabkan penyebaran virus berlaku dengan lebih pantas.

Di samping itu, media massa turut mengalami norma baharu apabila medium tersebut sentiasa
memaparkan maklumat tentang perkembangan kes Covid-19 di seluruh dunia. Hal ini demikian
kerana, media massa merupakan jambatan penghubung yang luas dan sesuai dijadikan sebagai
gedung yang sarat dengan info berkaitan pandemik yang berbahaya ini. Sebagai contoh, syarikat
penyiaran televisyen mengambil inisiatif untuk menyiarkan iklan-iklan tentang cara penjagaan
kebersihan diri yang betul dan akibat sekiranya tidak mematuhi SOP. Objektif utama penyiaran iklan
adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran yang optimum dalam diri masyarakat tidak kira
sama ada golongan belia mahupun warga emas. Sentimen yang dipaparkan hendaklah menerapkan
unsur pengajaran dan tauladan supaya dapat diikuti oleh semua golongan masyarakat terutamanya
dalam kalangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, idea yang kreatif dan inovatif amatlah digalakkan
dalam pembuatan iklan supaya perkara yang hendak disampaikan dapat diterima dengan baik seperti
memaparkan maklumat dalam bentuk informersial dan infografik. Dalam pada itu, media sosial juga
membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat yang terjejas akibat krisis Covid-19 ini.
Kebanyakan masyarakat pada hari ini kehilangan pekerjaan dan bayaran gaji mereka telah
dikurangkan kerana pihak majikan tidak mampu untuk menjelaskan jumlah pendapatan pekerja.
Disebabkan itulah, majoriti penduduk di Malaysia merebut peluang yang ada dengan menceburkan
diri dalam sektor perniagaan atas talian. Misalnya, pada bulan puasa yang lalu, kita dapat melihat
dengan jelas bahawa persatuan-persatuan peniaga telah mengambil langkah yang bijak dengan
membangunkan e-bazar Ramadan secara alam maya. Platform ini telah memudahkan orang ramai
untuk membuat pilihan makanan yang beraneka jenis untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Antara
aplikasi yang menjadi tumpuan ramai ialah e-BAZARA, GanuShop dan Getmakan. Bukan itu sahaja,
kita juga boleh menjadi penghantar makanan di bawah syarikat Food Panda dan Grab Food yang
menawarkan jumlah intensif berpatutan. Secara tidak langsung, kita dapat menambahkan hasil
pendapatan dan boleh mengisi masa lapang yang terluang ketika tempoh PKP sedang dijalankan. Lain
daripada itu, media sosial turut menjadi medan perbincangan semua pihak tentang penularan Covid-
19. Hal ini disebabkan oleh faktor kecepatan maklumat yang dikongsikan melalui penggunaan
internet dan keluasan media yang boleh menyelusuri persada antarabangsa. Tamsilnya, jika kita ingin
mengetahui prosedur yang betul bagi mencegah penyebaran wabak koronavirus, kita boleh membuat
carian dengan memuat turun aplikasi MySejahtera dan MyTrace. Platform ini dapat membuka mata
orang ramai supaya lebih memandang serius terhadap wabak yang semakin hebat menular ini.

81

Justeru itu, kewujudan aplikasi yang banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan mampu
memberikan impak yang positif kepada kita kerana maklumat yang disebarkan amatlah bermanfaat
untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Hal ini juga dapat membantu masyarakat dan negara
untuk mengetahui isu-isu semasa dan terkini tentang pandemik Covid-19. Tuntasnya, kita hendaklah
bijak menggunakan media massa ketika pancaroba ini sedang hangat berlaku agar tidak
disalahgunakan kerana sekali kita tersilap langkah, pasti akan membawa padah.

Akhir sekali, norma baharu bagi pihak kerajaan ialah kerajaan mengadakan kerjasama serantau
dengan negara-negara lain. Kerjasama ini meliputi negara-negara Asia, Timur Tengah dan Barat yang
bertujuan untuk membanteras penularan Covid-19. Mantan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia iaitu Datuk
Zainol Rahim Zainuddin pernah menyatakan bahawa negara kita telah menerima bantuan daripada
beberapa buah negara yang sebelum ini mempunyai hubungan dingin dengan Malaysia. Hal ini amat
membanggakan kerana pandemik ini mampu membaikpulih hubungan diplomasi antara Malaysia
dengan negara luar. Bukan itu sahaja, usaha berterusan dari Wisma Putra yang dipimpin oleh Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein telah berjaya memudahkan urusan kepulangan lebih 20 000 rakyat
Malaysia yang terkandas di 73 buah negara. Sebagai contoh, kerajaan India telah memberi kebenaran
mendarat khas kepada lebih 18 buah pesawat dari Malaysia untuk membawa keluar lebih 3 000
rakyat yang terkandas di sana. Dalam pada itu, kerajaan China juga telah menyumbang lebih 700 000
kelengkapan kesihatan manakala negara Arab Saudi menyumbang sebanyak lebih tujuh juta peralatan
perubatan secara percuma kepada negara kita. Hal ini dapat menjadikan tarat fasiliti di institusi
perubatan semakin meningkat serta mampu menjaga hubungan baik antara sesebuah negara dan
negara yang lain dari sudut ekonomi. Tambahan lagi, Malaysia turut mengadakan kerjasama dengan
negara maju seperti United Kingdom, Australia, Kanada, Bosnia dan berpuluh-puluh negara lain dalam
usaha membangunkan vaksin serta ubat untuk penyembuhan Covid-19. Walaupun usaha ini masih
dalam kajian, keakraban negara-negara tersebut mampu mengukuhkan lagi kerjasama meraka dan
pasti akan membuahkan hasil yang mampan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan turut
memperoleh pencapaian yang memberangsangkan apabila Malaysia telah dinobatkan sebagai antara
negara yang terbaik oleh World Health Organization (WHO) dalam memerangai dan memutuskan
rantaian Covid-19. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita iaitu Perdana Menteri
Malaysia, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang memikirkan inisiatif paling berkesan bagi melindungi negara
tercinta. Beliau merupakan insan yang berpandangan jauh dan layak untuk menjadi seorang
pemimpin yang disegani ramai. Sebagai contoh, beliau telah mengarahkan supaya Kementerian
Kesihatan Malaysia segera menaiktarafkan kemudahan kesihatan di semua hospital termasuk pegawai
perubatan dan jururawat. Hal ini demikian kerana kumulatif kes yang kian meningkat telah
mendorong pihak kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak lagi prasarana yang boleh membantu
menurunkan kadar jangkitan. Bukan itu sahaja, beliau turut mengambil langkah yang efektif dengan
melakukan persediaan awal agar peredaran pandemik ini sentiasa terkawal dan tidak berleluasa.
Misalnya, dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) telah diubah suai untuk
dijadikan sebagai pusat rawatan dan kuarantin pesakit yang dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

82

Walaupun beliau dihimpit dengan masalah yang dapat menggoyahkan krisis ekonomi negara ini,
akan tetapi beliau tidak pernah melupakan kepentingan rakyat dan segera mencari jalan
penyelesaiannya. Beliau telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada rakyat antaranya ialah
pemberian bantuan sara hidup, penangguhan bayaran balik pinjaman selama enam bulan dan
pemberian rangkaian internet secara percuma. Intensif-intensif ini sedikit sebanyak telah
meringankan beban rakyat yang kebanyakannya terjejas akibat Covid-19. Konklusinya, tanpa
peranan pihak kerajaan, kita tidak dapat membendung krisis ini dengan baik dan disebabkan itulah
kita perlu menghargai jasa mereka supaya penularan pandemik Covid-19 dapat dihentikan

Kesimpulannya, norma-norma baharu ini perlulah diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan
disebatikan dalam diri supaya dapat mencegah penyebaran wabak Covid-19. Walaupun norma ini
agak asing untuk digunakan, akan tetapi kita hendaklah membiasakan diri kerana bak kata pepatah
alah bisa tegal biasa. Bukan itu sahaja, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersama-sama
menangani pandemik ini kerana dengan kerjasama yang jitu, kita mampu untuk melawan Covid-19
daripada berleluasa. Janganlah sesekali kita mementingkan diri sendiri kerana amalan ini akan
mendatangkan kemudaratan yang buruk kepada segenap masyarakat. Dengarlah rintihan para
barisan hadapan yang telah berhempas pulas dalam menjalankan amanah dan mengorbankan
kebahagian mereka demi menjaga keamanan negara. Tambahan pula, jumlah jangkitan dan kes
kematian semakin meningkat telah membimbangkan seluruh pelusuk dunia dan kemungkinan
mendorong masyarakat untuk menjadi individu yang tidak berakhlak mulia. Pada masa inilah juga,
kita perlu berganding bahu untuk membanteras krisis Covid-19 walaupun berbilang kaum, berbeza
fahaman dan berlainan agama. Misalnya, kita perlu memainkann peranan penting dengan
mematuhi arahan kerajaan dan SOP yang telah ditetapkan. Hal ini kerana kerajaan telah sedaya
upaya mencari jalan penyelesaian untuk menyekat penyebaran wabak ini. Pengorbanan yang kita
lakukan tidak mampu untuk menandingi usaha dan kegigihan para barisan hadapan yang tidak
pernah mengenal erti kelelahan. Risiko yang ditanggung oleh mereka juga amatlah besar dan
disebabkan itulah, kita patut menghargai tanggungjawab mereka walaupun hanyalah sekecil zarah.
Sekiranya ada segelintir masyarakat yang melanggar arahan, pihak kerajaan boleh mengenakan
kompaun sebanyak RM 1 000 kepada mereka yang didapati bersalah. Lebih-lebih lagi, terdapat
segelintir individu yang mengingkari proses kuarantin wajib selama 14 hari dikenakan tindakan
kompaun atau dihadapkan ke mahkamah. Hal ini bagi memastikan penularan Covid-19 semakin
berkurang dan tidak menjejaskan produktif negara. Sehubungan dengan itu, untuk menjadi
seorang rakyat yang bersifat mahmudah, kita boleh menjadikan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu
Datuk Dr. Noor Hisyam sebagai contoh yang paling sesuai untuk diikuti. Hal ini disebabkan oleh
beliau telah diiktiraf oleh media China sebagai penyampai kebenaran dan wira dunia. Pengiktirafan
ini telah melonjakkan lagi nama beliau di persada antarabangsa dan telah dipilih untuk menjadi
antara tiga orang doktor terbaik di dunia. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha dan tidak
mudah berputus asa untu mencapai aras kemerdekaan daripada terus terjerat dalam pandemik
Covid-19 ini. Kita juga perlu berpegang pada prinsip ‘Kita Jaga Kita’ bagi mengekalkan
kesejahteraan negara.

83

84

Koleksi Pantun Nasihat

Pergi ke Gemas membeli loyang, Pulang ke sarang burung merpati,
Bersama Jasmin jumpa teruna, Ke bukit Rokan menggamit sukma,
Warga emas patut disayang, Guru sekarang tidak dihormati ,
Agar terjamin hidup di sana. Kurang didikan ajaran agama.

Indah rupawan penghuni syurga , Puteri kayangan dari Pinggir,
Kurnia bagi seluruh umati , Bertemu cinta Sang Nurani,
Kualiti pengangkutan tidak dijaga , Khasiat herba ramai meminggir,
Untung rugi mainan hati. Dek kecanggihan teknologi kini.

Membina rumah tepian indah , Naik basikal pusing taman,
Mendapat rahmat penuh cahaya, Makan papaya untuk sarapan,
Pemanduan berhemah dipandang endah, Kemahiran teknikal jadi idaman,
Agar selamat di jalan raya. Persiapan kerjaya masa hadapan.

Buah keras buah bidara, Naik sampan pergi ke muara,
Tambah berat buat junjung, Masa suntuk beli kuini,
Ikan asas protein negara, Hutan simpan wajib pelihara,
Makanan barat pula disanjung. Tatapan untuk generasi kini.

85

Kasih petani bukan sekatan, Air tempayan dingin di pipi,
Bawa bekal Buah Longan, Sering dipuji indah benua,
Ilmu tani harus diamalkan, Kerjaya nelayan dipandang sepi,
Pastu kekal malah berpanjangan. Makan gaji idaman semua.

Bakul sia dibawa dara, Mari petik daun Margosa,
Sampai air port jadi tumpuan, Warna dicalit atas pecahan,
Barangan Malaysia milik negara, Kain batik tradisi bangsa,
Produk import jadi igauan. Barang kulit jadi pilihan.

Bijak bestari sampaikan qasidah, Menangkap bagat lalu diketuk,
Jadi hiburan kepada pembaca , Rencah biasa masak kari,
Negara lestari dipandang endah, Keamanan sejagat sukar
dibentuk,
Tiada kesedaran jadi punca. Sikap manusia pentingkan diri.

86

BETTER TOMMOROW

87

Kawan Setia

Pabila si dia berasing diri,
Masih sentiasa bersama meskipun hanya di hati,

Sebab dia bergitu tulus,
Selalu ingin bertanya khabar dalam kudus,

Si dia yang setia itu memahami,
Persahabatan tidak mungkin boleh dirancang,

Hanya mampu bersedia,
Dia mengajarmu persahabatan itu terjadi,
Hanya bilamana dua insan saling memberi,

Hadiah yang melindungimu setiap hari.

Bersahabat itu dia kata,
Terbit bila segala rasa bersama,

Walau senyuman cuma,
Ia merentas masa dan batas ruang, bilangnya.

Dunia ini sekitarnya berubah,
Tiada yang kekal gagah,

Namun setia kawan tetap tak tergugah,
Diuji masa tiada kalah,

Sambil merawathilang segala luka dan resah.

Ya Allah,
Rahmatilah hati ini, demikian aku berdoa!
Moga ia selamat, baik fajar siang mahupun malam

gulita.

Aku mahu kau berjanji sahabat,
Kau dan kuat,

Takkan dibiar gelap pada nyanyian dan bersemangat,

Janji padaku lagi hai rafiqi,
Setia itu tidak pernah mati,
Kita tetap sahabat setia sebab iman kita menjadi!

Muhammad Safwan Bin Mohd Tahir
5 BUDIMAN

88

The Environment And I

The environment is part of my life and vice versa but what happens if the entire flora and fauna
disappear forever? How can I help to preserve this fascinating natural heritage which is borrow
from the next generation from being destroyed? I believe as “Charity begins at home”, this is
exactly where I pitch in to save the environment. Although the steps taken may seem trivial, if
mankind do the same thing, it would surely make a difference no matter how insignificant it is.

Firstly, reduce the consumption of electricity. With the state of the art appliances everywhere, it
is almost impossible to live without a refrigerator, a microwave oven or even a rice cooker and
not to mention other facilities like a heater, a DVD player, a plasma television and an air
conditioner. All of these help to ease our lives but at the same time they contribute to the
destruction of the environment when become faulty. Hence, they need to be used wisely as
saving energy means saving money. To ensure that the electricity is used to the maximum, my
family and I share things like watching the same movie together, minimizing and switching off
the air conditioner when not in use and using the water heater only when the need arises.
Indirectly, these help to reduce the global warming effects which eventually lead to the
extinction of animals, plants and humans.

Recycling is indeed important. Through various advertisement aired in television, I have learnt to
adopt simplicity and moderation in my lifestyles. Hand-down clothes are not as bad one would
think. Old rags are used as rags and even doormats while newspaper, aluminium cans and
plastics, bottles as well as containers collected and sent to the recycling centre nearby. My
parents and my idols try to avoid buying disposable products such as polystyrene and plastics
which take years to decay. Thus, we do not often takeaway meals too as we either diner at the
restaurants or our dear mother prepares a mouth watering meal for the whole family.

As a self-appointed young ambassador of environmental activities, I speak on behalf of my circle
of friends. I share the information and discuss way to keep the surrounding conducive and clean
and, just as many hands make light work, we clean the classroom together and help the teacher
to keep the surroundings of our school prim and proper. It sounds ideal but action speaks louder
than words.

In conclusion, I voice my hope and aspiration for a better tomorrow. I would like to live in a world
without pollution and see creatures that continue to live since my ancestors’ time. I hope that
the government will enforce concrete laws against those who pollute or destroy the
environment. Lastly, I wish the environment is here to stay, to be preserved and respected like
you and I.

NURUL HAZWANI
5 BUDIMAN

89

GEMERSIK PERPADUAN

Perdengarkan Di Hatimu,
Gemersiknya Perpaduan
Agar Hilang Kesangsian

Hiasilah Tingkahmu,
Dengan Kuntum Kebaikan
Menjelmalah Kemesraan

Jangan Sekali Kau Coba,
Semai Benih Kedengkian

Akan Mengocak
Nya Pergaduhan
Jangan Sekali Kau Nyalakan Dendam

Prasaan
Kan Pudar Ceria

Mari Kita Bina
Asas Perpaduan
Dalam Mencari Nilai Kehidupan
Anak Bangsaku
Bukan Kaku Dan Layu

Kelek Lah Adat Junjunglah
Bangsa Selagi Ditubuh
Mengalirnya Da
Rah Kebangsaan

Mari Kita Bina Asas Perpaduan
Untuk Melerai
Kekusutan

Agar Penghuni Sentiasa Toleransi
Kerna Perpaduan

Wasiat Catatan Kehidupan

KARYA:

PUTRI ELLYSHA SYARENA BINTI ABDUL HAKIM
5 GAMMA

90

91

92

93

94

95

96

97

98

99


Click to View FlipBook Version