MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 5 (JPN PULAU PINANG)
Keseimbangan dicapai pada titik E apabila keluk permintaan Dolar Amerika (DD)
bersilang dengan keluk penawaran Dolar Amerika (SS) pada kadar pertukaranUSD1.00
= RM4.50.
Andaikan kadar pertukaran meningkat menjadi USD 1.00 = RM5.00, Ringgit Malaysia
mengalami kejatuhan nilai.
Wujud lebihan penawaran Dolar Amerika sebanyak Q1Q2 , dalam pasaran. Lebihan
penawaran Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk menurun
sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E iaitu keluk DD bersilang dengan
keluk SS pada kadar pertukaran USD1.00 = RM4.50.
Jika kadar pertukaran menurun menjadi USD1.00 = RM4.00, Ringgit Malaysia
mengalami kenaikan nilai.
Wujud lebihan permintaan Dolar Amerika sebanyak Q1Q2 dalam pasaran. Lebihan
permintaan Dolar Amerika menyebabkan kadar pertukaran cenderung untuk naik
sehingga mencapai keseimbangan semula pada titik E iaitu keluk DD bersilang dengan
keluk SS pada kadar pertukaran USD 1.00 = RM4.50.
2.4.5 KESAN PERUBAHAN KADAR PERTUKARAN ASING TERHADAP EKSPORT DAN
IMPORT
1. Kesan perubahan kadar pertukaran RM ke atas eksport dan import Malaysia.
Kenaikan Kadar Pertukaran RM Penurunan Kadar Pertukaran RM
S$1.00 = RM 2.90 S$1.00 = RM 2.90
S$1.00 = RM 2.50 S$1.00 = RM 3.50
Kesan perubahan: Kesan perubahan:
a) nilai RM naik a) nilai RM jatuh
b) jumlah eksport menurun b) jumlah eksport meningkat
c) jumlah import bertambah c) jumlah import berkurang
d) harga eksport barang nampak lebih mahal d) harga eksport barang nampak lebih murah
e) harga import barang nampak lebih murah e) harga import barang nampak lebih mahal
f) imbangan dagangan negatif / kurangan f) imbangan dagangan positif / lebihan
2. Kesan perubahan import dan eksport terhadap kadar pertukaran RM
Sekatan PAB seperti tarif / kuota / kawalan pertukaran asing / subsidi / sekatan bukan ekonomi
akan menyebabkan perubahan import dan eksport.
Kenaikan barang nampak eksport Penurunan barang nampak import
Kesan perubahan: Kesan perubahan:
a) Permintaan RM meningkat a) Penawaran RM menurun
b) Penawaran RM tetap b) Permintaan RM tetap
c) Permintaan > penawaran c) Permintaan > penawaran
d) Kadar pertukaran RM meningkat d) Kadar pertukaran RM meningkat
Kenaikan barang nampak import Penurunan barang nampak eksport
Kesan perubahan: Kesan perubahan:
a) Penawaran RM meningkat a) Permintaan RM menurun
b) Permintaan RM tetap b) Penawaran RM tetap
c) Penawaran > permintaan c) Penawaran > permintaan
d) Kadar pertukaran RM menurun d) Kadar pertukaran RM menurun
50
MODUL NOTA RINGKAS EKONOMI TINGKATAN 5 (JPN PULAU PINANG)
51