The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leewc.pjs, 2021-10-21 02:31:42

MODUL EKONOMI KERTAS 1 JPNPP

MODUL EKONOMI KERTAS 1 JPNPP

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

MODUL EKONOMI KERTAS 1 TAHUN 2021

KOMPILASI BERSAMA GC, JU EKONOMI DAN UNIT TVET
JPN PULAU PINANG

Usahasama,

Raja Shamsuddin Bin Raja Salleh, KPPK TVET, SBP JPNPP
Azlina Binti Pawanteh, PP TVET, SBP JPNPP
Effendy Abdullah, SISC+ TVET PPD SPU

Abu Seman Bin Mat karim, SISC+ TVET PPD SPT
Haji Bohari Bin Samsudin, SISC+ TVET PPD SPS

Tan Phaik Leng, SISC+ TVET PPD Timur Laut
Norshipa Ismail, SISC+ TVET PPD Barat Daya

Disusun semula oleh JU Ekonomi,
HJ Rozaini Bin Kasssim
Tan Swee Chin

Nor Suhaila Binti Khairudin

Madihah Binti Bidin

Katijah Binti Mohammed Ibrahim
Helidzia Binti Ramli

HJ Khairul Anuar Bin Abdul Salam
Lee Wee Chuan

1

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

TINGKATAN 4

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi? [OP1]
A Kajian tentang bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas
B Kajian tentang bagaimana manusia memaksimumkan keuntungan
C Kajian tentang tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
D Kajian tentang tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber alam

2. Masalah pilihan dalam ekonomi berlaku kerana [OP1]
A faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah terhad
B kerajaan kekurangan wang
C kehausan dan kepupusan sumber alam semulajadi
D isi rumah kekurangan sumber ekonomi

3. Antara yang berikut, pilihan manakah yang tepat mengambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi. [OP2]
A Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh
B En. Husaini dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil
daripada keuntungan perniagaannya
C Syarikat Ali Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai
sumber ekonomi yang banyak
D Puan Aisyah hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima
wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300

4. Pernyataan manakah yang betul tentang unit ekonomi [OP1]
A Sebuah firma terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan buruh mahir untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan
B Seorang suri rumah terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan modal untuk berbelanja bagi keperluan
keluarganya
C Seorang petani terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan sumber pendapatan untuk menghasilkan
keluaran pertanian
D Sebuah kerajaan negeri terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan faktor pengeluaran untuk
melaksanakan projek pembangunan

5. Rajah di bawah menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan firma untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan. [OP2]

Sumber ekonomi

Buruh Tanah X Usahawan

Apakah ganjaran bagi faktor pengeluaran X?

A Untung C Upah

B Sewa D Faedah

2

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

6. Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran. [OP2]

Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?
A Contoh sumber yang boleh diperbaharui ialah bijih timah
B Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad
C Contoh sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah sumber laut
D Mempunyai mobiliti tempat

7. Pernyataan di bawah menunjukkan satu masalah ekonomi. [OP2]

Pendapatan yang diperoleh tidak mampu memaksimumkan kepuasan.

Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi di atas?
A Syarikat Silika Sdn Bhd
B Jabatan Pengangkutan Jalan
C Encik Zamarul
D Pemilik Amani Enterprise

8. Maklumat berikut berkaitan dengan satu unit ekonomi. [OP1]

Unit ekonomi X membuat pilihan kerana kekurangan sumber ekonomi.

Pernyataan manakah yang betul tentang unit ekonomi X?
A Meningkatkan keuntungan dengan meminimum kos pengeluaran
B Mengutamakan kebajikan rakyat daripada projek pembangunan
C Memaksimumkan kepuasan melalui perbelanjaan berhemah
D Membekalkan keperluan demi keselesaan pengguna

9. Pernyataan di bawah berkaitan faktor pengeluaran X. [OP1]

➢ Sesetengahnya mempunyai mobiliti contohnya mesin.
➢ Sesetengahnya lagi tidak mempunyai mobiliti seperti bangunan.

Apakah X? C Buruh
A Tanah D Modal
B Usahawan
3

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

10. Pernyataan manakah betul tentang faktor pengeluaran? [OP1]
A Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan
B Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan
C Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
D Usahawan bertujuan mencapai pengeluaran output dan kos yang maksimum

11. Antara berikut yang manakah betul tentang keluk kemungkinan pengeluaran? [OP1]
A Pengeluaran kedua-dua barang di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran dapat ditambah secara
serentak dengan menggunakan semua sumber ekonomi
B Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap berlaku pada salah satu titik di sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran
C Sumber ekonomi yang tidak digunakan sepenuhnya akan menyebabkan masalah ketidakupayaan
ekonomi
D Untuk menambah kuantiti pengeluaran suatu barang terpaksa mengorbankan kuantiti pengeluaran
barang yang lain

12. Rajah di bawah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran. [OP2]

Barang A

.M

0 Barang B

Firma dikatakan tidak dapat mengeluarkan produk pada titik M. Namun, pengeluaran masih boleh dicapai
sekiranya

A Firma memaksimumkan guna tenaga penuh
B Firma hanya mengeluarkan satu jenis barang sahaja
C Firma memberi hadiah kepada pekerja yang paling produktif
D Firma membawa masuk lebih banyak mesin dan teknologi baharu

13. Jadual di bawah menunjukkan dua barang yang dikeluarkan oleh satu firma. [OP2]

Kaedah Pengeluaran Meja (unit) Kerusi (unit)

M 100 35
N 70 40
P 40 60
Q 20 75

Jika pihak pengurusan firma tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kaedah pengeluaran daripada P

kepada Q, berapakah unit meja yang terpaksa dilepaskan?

A 15 unit C 40 unit

B 20 unit D 75 unit

4

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

14. Antara yang berikut yang manakah merupakan analisis keluk kemungkinan pengeluaran? [OP1]

I Ekonomi mengeluarkan 2 jenis barang sahaja

II Tingkat teknologi sentiasa berubah

III Sumber ekonomi tidak terhad

IV Ekonomi mencapai guna tenaga penuh

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

15. Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah pengeluaran bagi Firma Sejahtera untuk mengeluarkan barang X
dan barang Y. [OP2]

Kaedah Pengeluaran Barang X (unit) Barang Y (unit)
P 80 45
Q 50 70

Berapakah kos lepas jika firma tersebut mengubah kaedah pengeluaran daripada P ke Q.

A 20 unit X C 30 unit X

B 25 unit Y D 35 unit Y

16. Rajah di bawah berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP). [OP2]

Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas?

I Titik X menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap

II Titik C menunjukkan berlaku kos lepas terhadap baju sebanyak 10 000 unit

III Titik Z menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan baju dan kasut

IV Titik ABCDE menunjukkan masalah pilihan di sepanjang KKP

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

17. Pernyataan manakah yang betul berkaitan tentang masalah asas ekonomi? [OP1]
A Menentukan jenis input yang hendak digunakan
B Menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
C Menentukan kualiti barang yang hendak dikeluarkan
D Menentukan jangka masa sesuatu barang dikeluarkan

5

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

18. Pernyataan di bawah berkaitan dengan teknologi moden dalam pembuatan makanan. [OP2]

Penggunaan teknologi nano dalam pengeluaran daging dingin beku membolehkan penghasilan
makanan yang bermutu tinggi.

Pernyataan tersebut berkaitan dengan masalah asas ekonomi
A Apa dan untuk siapa dikeluarkan
B Bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan
C Apa dan bagaimana hendak dikeluarkan
D Berapa dan bagaimana hendak dikeluarkan

19. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Awie. [OP2]

Encik Awie telah berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM30 000. Dia membuat keputusan untuk
menggunakan tanah seluas satu hektar bagi mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar dengan
dibantu oleh dua orang pekerja tempatan.

Antara yang berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh Encik Awie?

I Untuk siapa dikeluarkan

II Apa yang hendak dikeluarkan

III Bagaimana hendak dikeluarkan

IV Berapa yang hendak dikeluarkan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

20. Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi negara X. [OP2]

Individu di negara X bebas membuat keputusan dalam aktiviti ekonomi. Kerajaan akan campur tangan
jika berlaku penyelewengan dalam aktivviti ekonomi.

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara X?

A Ekonomi Islam C Ekonomi Pasaran Bebas

B Ekonomi Campuran D Ekonomi Perancangan Pusat

21. Maklumat di bawah menunjukkan ciri sistem ekonomi sebuah negara. [OP2]

Sistem Ekonomi

Pengeluar tidak mempunyai Kerajaan membuat segala S
kebebasan untuk memilih keputusan ekonomi
faktor pengeluaran

Pernyataan manakah yang mewakili S?
A Wujud mekanisme harga
B Kebajikan masyarakat diutamakan
C Persaingan yang bebas antara pengeluar
D Motif pengeluaran adalah memaksimumkan keuntungan

6

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

22. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme pasaran untuk menentukan jenis barang yang

dikeluarkan? [OP1]

I Sistem ekonomi sosialis

II Sistem ekonomi campuran

III Sistem ekonomi laissez-faire

IV Sistem ekonomi perancangan pusat

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

23. Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas? [OP1]
A Mewujudkan masyarakat materialistik
B Keadilan agihan pendapatan
C Mewujudkan kuasa monopoli korporat besar
D Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi

24. Bagaimanakah masalah “apa yang hendak dikeluarkan” diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran? [OP1]
A Kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan kepada pihak swasta
B Kerajaan mengawalkan barang dengan cara mengenakan cukai terhadap pihak swasta
C Pihak swasta mengeluarkan barang ekonomi manakala kerajaan pula mengeluarkan barang awam
D Pihak swasta mengagihkan barang mengikut kuasa beli manakala kerajaan mengagihkan barang untuk
semua rakyat

25. Pilih pasangan yang betul. [OP1]

Sistem ekonomi Keterangan

Sistem Ekonomi • Kebajikan masyarakat diutamakan
A Islam • Individu dan firma bebas tanpa kawalan kerajaan bagi memiliki sumber

ekonomi

Sistem Ekonomi • Terdapat persaingan yang sihat
B Campuran • Pihak swasta dan awam saling melengkapi output dipasaran

Sistem Ekonomi • Tiada persaingan antara firma
C Perancangan Pusat • Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barang

D Sistem Ekonomi • Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Pasaran Bebas • Individu, swasta dan kerajaan bebas memiliki faktor pengeluaran

26. P2e6r.nPyaetranaynatamaanndaikbaahwyaahngmbeentuunljuteknktaanngsusautmu bmearseaklaohnoemkoin?omi. [OP2]

A Tanah merupakan sumber yang diestrak dari bumi dan lautan
B Modal mempunyai peGnaawji aterarhnaydatnegtatpeirkheahdeynadnagk mtideankyteebrhaabdkan harganya meningkat secara berterusan
C Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
SiapDakahUysaanhgawmaunngakdinalamheningdhivaiddaupyi amnagsmalaehmebkeorinkoamnihdaisailtapse?ngeluaran secara produktif sama ada secara
A JfaizbiakatalndaKnebmuednatyaalan dan Pelancongan
B Perusahaan Batik Mek Wani
C Encik Haikal
D Kementerian Pertanian Malaysia

7

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

27. Encik Yusuf membuka sebuah kilang perabot berasaskan kayu getah di Kampung Teluk Emas. [OP2]
Beliau mampu memberi peluang pekerjaan kepada 20 orang penduduk di kampung tersebut.

Pernyataan manakah yang betul tentang Encik Yusuf?
A Mendapat ganjaran dalam bentuk sewa
B Menggabungkan input - input pengeluaran bagi menghasilkan output
C Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran
D Mempunyai mobiliti geografi yang tinggi

28 Maklumat berikut menunjukkan pilihan Teknik pengeluaran Syarikat X. [OP2]

Keluaran Insentif Intensif
(unit) Buruh Modal
Baju 100 60

Seluar 60 100

Apakah kos lepas yang dihadapi oleh Syarikat X sekiranya teknik intensif modal digunakan?

A 40 unit baju C 60 unit seluar
B 100 unit baju D 160 unit seluar

29. Rajah 1 berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP). [OP2]

Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas ?

I Titik W menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap

II Titik P menunjukkan berlaku kos lepas

III Titik Y menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan jam tangan dan pakaian

IV Titik MNOPQ menunjukkan masalah pilihan di sepanjang KKP

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

8

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

30. Pilih pasangan yang betul. [OP1]

31. Megapakah sistem ekonomi pasaran bebas lebih baik daripada sistem ekonomi perancangan pusat ? [OP1]
A Sumber diagihkan secara adil
B Keseimbangan agihan pendapatan
C Pengeluaran barang berskala besar
D Kecekapan dalam penggunaan sumber

32. Pernyataan manakah yang betul tentang Ekonomi Islam? [OP1]
A Individu bebas memiliki sumber kekayaan
B Pengeluar mengeluarkan barangan untuk memperoleh keuntungan
C Wujud persaingan yang adil dalam kalangan pengeluar dalam ekonomi
D Merupakan gabungan pelbagai ciri kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas dan ekonomi kawalan
kerajaan

9

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

TINGKATAN 4

BAB 2 : PASARAN

33.Pernyataan manakah betul tentang hukum permintaan? [OP2]
A Sofea akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang jatuh
B Fauzan akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang meningkat
C Syarikat Amir akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang jatuh
D Syarikat Wafi akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang meningkat

34.Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?

[OP2]

A Penurunan harga petrol C Kenaikan tambang bas

B Penurunan harga kereta D Kenaikan harga motosikal

35. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi kereta tempatan. [OP2]

Pergerakan keluk dari S0S0 ke S1S1 adalah disebabkan
A Pemberian subsidi oleh kerajaan
B Penurunan harga faktor pengeluaran
C Firma bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan
D Firma bermatlamat untuk memaksimumkan jualan

36.Maklumat di bawah berkaitan kuantiti permintaan dan penawaran bagi suatu barang. [OP2]

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar

(RM) (unit) (unit)

10 30 5

15 25 10

20 15 15

25 10 20

30 5 25

Pernyataan manakah yang betul tentang maklumat di atas?
A Harga cenderung turun pada tingkat harga RM15
B Harga cenderung naik pada tingkat harga RM20
C Berlaku lebihan penawaran pada tingkat harga RM30
D Keseimbangan pasaran tercapai pada tingkat harga RM25

10

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

37.Maklumat di bawah berkaitan dengan hubungan dua jenis barang. [OP2]

Apabila harga barang S meningkat, kuantiti permintaan terhadap barang T juga meningkat.

Apakah kemungkinan barang S dan barang T.

A Bas dan petrol C Kereta Honda dan Kereta Vios

B Gula dan garam D Mesin pencetak dan katrij dakwat

38.Maklumat di bawah menunjukkan penentu permintaan bagi barang P. [OP2]

➢ Harga barang P dijangka meningkat pada masa depan.
➢ Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan.

Keluk manakah yang menunjukkan perubahan permintaan bagi barang P?

A

B

C

D
11

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

39.Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran suatu barang. [OP2]

Antara berikut, yang manakah betul tentang perubahan titik di dalam rajah di atas?

I A ke B ialah peralihan keluk penawaran

II A ke C ialah pergerakan di sepanjang keluk penawaran

III A ke B berlaku disebabkan oleh penurunan kadar upah

IV B ke C berlaku disebabkan oleh kenaikan harga barang itu

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

40.Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan telefon bimbit jenama OPPAH. [OP2]

Harga (RM) A
D

P0

P1 B

D

0 Q0 Q1 Kuantiti (unit)

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik A ke titik B?
A Harga telefon bimbit OPPAH menurun
B Citarasa pengguna terhadap telefon bimbit OPPAH meningkat
C Jangkaan harga masa depan telefon bimbit jenama OPPAH menurun
D Kecanggihan teknologi dalam pembuatan telefon bimbit jenama OPPAH

41.Antara berikut, faktor manakah yang boleh menyebabkan keluk permintaan seseorang pengguna akan beralih
ke kanan? [OP1]
A Harga barang penggenap meningkat
B Harga barang pengganti meningkat
C Pendapatan bolehguna menurun
D Harga barang itu turun

12

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

42.Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar terhadap penghawa dingin. [OP2]

Bulan Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)
Januari 2019 1500 5000
1500 8000
Mac 2019

Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan tersebut?
A Pengguna semakin suka menggunakan alat tersebut
B Kerajaan memberi Bantuan Khas kepada penjawat awam
C Berlaku fenomena El Nino di dalam negara
D Penggunaan buruh mahir yang ramai

43.Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi suatu barang. [OP2]

Pernyataan manakah yang betul berkaitan rajah di atas?

I Merupakan kuantiti diminta individu terhadap barang dan perkhidmatan pada setiap tingkat harga dalam

pasaran

II Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar semua kuantiti diminta setiap individu pada setiap

tingkat harga dalam pasaran

III Pada RM2 jika kuantiti diminta individu A ialah 9 unit, maka kuantiti diminta individu B ialah 13 unit

IV Berbentuk landai dan mencerun ke atas dari kiri ke kanan kerana hubungan negatif diantara harga dan

kuantiti

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

44.Jadual di bawah menunjukkan kuantiti penawaran seluar oleh tiga buah firma. [OP2]

Harga (RM) Firma R Kuantiti penawaran (helai) Firma T
100 Firma S 140
20 120 120 160
22 140 140 180
24 160 160 200
26 180

Jika kuantiti permintaan pasaran seluar ialah 480 helai, berapakah tingkat harga keseimbangan pasaran?

A RM 20 C RM 24

B RM 22 D RM 26

13

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

45.Apakah kesan terhadap pasaran barangan apabila lebihan penawaran berlaku? [OP1]

I Tingkat harga barang akan menurun

II Kuantiti diminta barang meningkat

III Tingkat harga barang akan meningkat

IV Kuantiti diminta barang akan menurun

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

464.6R.Raajajahhddi ibbaawwaahhmmeennuunnjujukkkkaannkpeelurukbpaehramninkteasaenimbabgain5gaonrapnagsianrdainvidkeurteetrahtaedmappabtaanra.ng Q [OP2]

Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut?
BerapAakaMh ekluoanngtgitai yrkaanngsdyimarianttaseowleahbinedliividu M pada tingkat harga RM 5 jika jumlah permintaan
PasarBan iMalaehna2ik9kuannitk?adar faedah pinjaman

C AMel3akusnaitnakan kempen perkongsian kerCeta8 unit
D BMen5guunraitngkan pelepasan cukai pendapData1n0 unit

47.Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu A (DADA) dan B (DBDB) terhadap suatu barang. [OP2]

Jadual manakah yang menunjukkan permintaan pasaran bagi barang tersebut.

A Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) C Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 40 4 20
8 28 8 11

B Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) D Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 40 4 20
8 22 8 10

14

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

48.Jadual berikut menunjukkan permintaan empat individu bagi Barang Q. [OP2]

Harga Kuantiti Permintaan (unit)
(RM)
Individu R Individu S Individu T Individu U Pasaran
3 Barang Q
9 450 560 520 780
380 460 480 Y 2 310
1 990

Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada harga RM9.

A 1130 unit C 1340 unit

B 1320 unit D 1800 unit

49.Pernyataan berikut berkaitan satu situasi yang berlaku di dalam pasaran. [OP2]

Kerajaan bersetuju menambah peruntukan subsidi kepada petani kepada RM13 juta berbanding RM5.9
juta sebelum ini. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi Pakej
Rangsangan Ekonomi Tambahan terutama kepada usahawan kecil dan sederhana.

Ubahsuai BH Online, 6 April 2020

Apakah kesan terhadap keseimbangan pasaran akibat peristiwa di atas?

I Harga keseimbangan cenderung untuk menurun

II Harga keseimbangan cenderung untuk meningkat

III Keluk permintaan beralih ke kanan

IV Berlaku pertambahan penawaran

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

50. Penawaran biskut bertambah daripada 160 unit kepada 220 unit apabila harga biskut meningkat daripada

RM 1.50 kepada RM 2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk biskut tersebut? [OP2]

A 0.53 C 1.13

B 0.89 D 1.88

51. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran barang W. [OP2]

Berapakah nilai keanjalan penawaran barang W?

A 0.3 C 1.0

B 0.5 D 3.0

15

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

52. Maklumat di bawah mengenai permintaan suatu majalah. [OP2]

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
20 60
16 X

Sekiranya harga telah jatuh dan nilai keanjalan harga permintaan ialah 1.5, berapakah nilai X?

A 55 unit C 72 unit

B 65 unit D 78 unit

53. Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang. [OP2]

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)
8 70
12 90

Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM8 ke RM12?

A 0.57 C 0.80

B 0.75 D 2.50

54. Maklumat berikut merujuk kepada nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang S dan M. [OP2]

Nilai pekali keanjalan Barang S Barang M
1.4 0.6

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang berikut?

Barang S Barang M
A Naikkan harga Turunkan harga
B Turunkan harga Naikkan harga
C Turunkan harga Turunkan harga
D Naikkan harga Naikkan harga

55. Permintaan sesuatu barang itu cenderung menjadi tidak anjal jika [OP1]
A Perbelanjaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan
B Barang itu ialah barang kehendak
C Barang itu mempunyai banyak kegunaan
D Barang itu mempunyai banyak pengganti

56. Penawaran sesuatu barang menjadi anjal apabila [OP1]
A Berlaku tambahan kos pengeluaran yang sangat besar
B Bilangan firma yang sedikit dalam pasaran
C Mobiliti faktor pengeluaran yang rendah
D Pengeluaran berlaku dalam jangka masa panjang

16

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

57. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi dua jenis barang. [OP2]

Jenis Barang Peratus Perubahan Harga Peratus Perubahan Kuantiti
Y 100 20
Z 50 100

Yang manakah betul berkaitan dengan barang Y dan barang Z berdasarkan jadual di atas.

I Contoh barang Y ialah beras

II Pengguna sangat responsif terhadap barang Z

III Pengeluar perlu menaikkan harga barang Z untuk meningkatkan hasil jualan

IV Kecerunan keluk permintaan barang Y ialah landai

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

58. Pernyataan manakah yang betul tentang keluk permintaan pasaran ? [OP1]
A Kehendak yang tidak terbatas
B Diterbitkan daripada keluk - keluk permintaan individu
C Menunjukkan hubungan langsung antara harga dengan kuantiti
D Kecerunan keluk adalah lebih curam barbanding keluk permintaan individ

59. Pernyataan manakah yang betul tentang permintaan berkesan ? [OP2]
A Kehendak yang tidak terbatas
B Minat terhadap sesuatu barang
C Keperluan yang mesti dipenuhi
D Keinginan yang mampu dimiliki

60. Rajah 2 berkaitan dengan suatu barang keluaran tempatan. [OP2]

Mengapakah berlaku perubahan keluk S0S0 ke S1S1 ?
A Daya pengeluaran meningkat
B Cita rasa pengguna bertambah
C Lambakan barang import berlaku
D Firma bermatlamat memaksimumkan untung

17

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

61. Jadual dibawah menunjukkan kuantiti penawaran dan kuantiti permintaan bagi suatu barang pada pelbagai
tingkat harga. [OP2]

Pilih pernyataan yang betul tentang jadual di atas.
A Harga keseimbangan pasaran adalah pada RM 25
B Harga cenderung turun pada tingkat harga RM 35
C Lebihan penawaran sebanyak 180 unit berlaku pada tingkat harga RM 15
D Kuantiti permintaan melebihi kuantiti penawaran sebanyak 125 unit pada tingkat harga RM 20

62. Rajah dibawah menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan. [OP2]

Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut ?
A Melonggarkan syarat sewa beli
B Menaikkan kadar faedah pinjaman
C Melaksanakan kempen perkongsian kereta
D Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan

63. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang di pasaran. [OP2]

Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM 6 ke RM 12 ?

A 0.67 C 1.33

B 0.75 D 1.50

18

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

64. Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan harga dan peratus perubahan kuantiti bagi penawaran
Barang X dan Barang Y. [OP2]

Maklumat manakah yang betul tentang Barang X dan Barang Y ?

65. Penawaran biskut bertambah daripada 160 unit kepada 260 unit apabila harga biskut meningkat
daripada RM1.50 kepada RM2.00. [OP2]

Berapa nilai keanjalan harga penawaran untuk biskut tersebut ?

A 0.53 C 1.54

B 0.87 D 1.88

19

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

TINGKATAN 4

BAB 3 : PENDAPATAN INDIVIDU

66. SiStuitausaismi manaankaakhahyamngenmeerannegraknagnkfaunngfusinwgsainwgasnegbasegbaai aglaaitablaatyaurkaunratnerntuilnadi?a. [OP2]
A A ECnikcgikuARliomhaenmabmayeanrguRnMju5n0g0i0lesbeihbadgaaripdaedpaotsigitaunketudkaki peereratalabtanhakroumputer untuk membandingkan harga
B CmikesAinmcriemtaekmbayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun
CB EPnuaAnzMamaimmuennmguenmjubnegliiralenbtaihi edmaarispapdaada1h0arkgeaddaiiskkaoumnp4u0te%r, usenmtupkemnaemSabmanbduitnagnkHanarihIabrugadi KkoemdapiuEtemras
sSebaeyalunmgKmUembeli
DC PEunacnikMWaaimhuamb mmeemmpbeerlui bnaturkaknagnkwemanags speabdaanhyarkgRa Mdi5sk0a0uunn7tu0k%askeamunpetanbaujnugaalanndipTeanbguhnagbisHaanji stok oleh
D InCtiaknAJnenwiseal SmdenmBbhadyar RM550 setiap bulan keretanya selama sembilan tahun

67.Mengapakah wang boleh digunakan sebagai alat bayaran tertunda? [OP1]
A Wang mempunyai nilai yang stabil
B Wang merupakan alat pertukaran yang sah
C Wang boleh digunakan untuk pembahagian nilai
D Wang dapat mengatasi masalah keperluan dan kehendak serentak

68.Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu fungsi wang. [OP2]

Encik Zahin membayar pendahuluan untuk rumah teres dua tingkat RM50 000 dan ansuran bulanan
sebanyak RM3 500.

Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

I Alat perantaraan pertukaran

II Alat bayaran tertunda

III Alat ukuran nilai

IV Alat penyimpanan nilai

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

69. Pernyataan manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai? [OP2]
A Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
B Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
C Proses menjelaskan bayaran ansuran kereta dalam tempoh 9 tahun
D Pembelian komputer riba untuk kegunaan pejabat

70. Antara berikut, yang manakah menunjukkan perbezaan antara bank pusat dengan bank perdagangan?
[OP1]

Bank Pusat Bank Perdagangan

A Menerima deposit daripada orang ramai Menerima deposit daripada firma

B Memberi kemudahan pinjaman kepada firma Memberi pinjaman kepada masyarakat

C Menguruskan akaun kerajaan Menguruskan akaun semasa

D Penasihat kewangan kepada syarikat korporat Penasihat kewangan kepada agensi kerajaan

20

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

71.AApnatkaarah bkelreikbuiht,aynamngenmgagnuankaakhanbeprekrakihtaidnmdaetnagnaonvfeurndgrasfi bdaanlakmpusaets?ua[OtuPu1r]usniaga?
AA MBemolebhermi peinngjaemluaanrkkaenpwadaangortangparahmadai
BB MPenegnadwepaol kseitsdtiabailnank pneilardi amgaatnagwananlagyak ditawarkan kemudahan ini
CC MeDnagpealtudairgkuannamkaantaowleahnpgeansiaingga yang menghadapi masalah aliran tunai
DD MFeaneyeddahiakyangkedmikeundakhaan toidvaekrdtreartfakkelupkadtearhbadnakppewradnaggaynagnagndikeluarkan

72. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan ciri-ciri akaun semasa? [OP1]

I Merupakan wang sah

II Memberi kemudahan overdraf

III Dapat membuat bayaran dengan menggunkan cek

IV Semakin panjang tempoh simpanan, semakin tinggi kadar faedah

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

73. Pemilik akaun simpanan tetap [OP1]
A dibayar kadar faedah lebih tinggi
B menerima penyata bank setiap bulan
C diberi kemudahan menggunakan cek
D boleh menggunakan kad juruwang elektronik (ATM)

74. Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan. [OP2]

Kaedah ini membolehkan saya menikmati kadar faedah yang lebih
tinggi jika saya membuat simpanan dalam jangka panjang.

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang kemudahan simpanan di atas?

I Dikenakan caj perkhidmatan

II Wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati

III Tidak boleh menggunakan cek

IV Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan overdraf

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

75. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang betul tentang faedah sampingan? [OP1]

I Cuti bersalin

II Suasana tempat kerja

III Jaminan kerja

IV Kemudahan pinjaman kereta

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

21

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

76. Gambar di bawah berkaitan sebuah institusi kewangan dalam negara. [OP1]

Antara berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?
A Menerima deposit daripada orang ramai
B Menyediakan pinjaman peribadi
C Mendiskaunkan bil pertukaran
D Mengawal kestabilan ekonomi

77. Setiap hari, Amin memperoleh wang daripada ayahnya untuk perbelanjaan di sekolah. Jenis pendapatan

yang diperoleh Amin dikenali sebagai….[OP2]

A Upah C Bayaran pindahan

B Nafkah D Komisen

78. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang upah benar? [OP1]

I Upah yang diterima dalam bentuk wang

II Digunakan untuk meningkatkan taraf hidup individu

III Merujuk kepada kemampuan upah wang untuk membeli barang

IV Keupayaan menghasilkan barang dan perkhidmatan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

79. Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilihan pekerjaan individu. [OP2]

• Bayaran lumayan akan ditawarkan kepada mereka yang berjaya
dalam temu duga

• Kelulusan diploma atau kelayakan lain yang setara diperlukan
• Sesiapa yang berminat, sila hubungi Mr Ang (0199865623)

Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik En Lee untuk memohon jawatan

tersebut?

I Upah wang III Faedah sampingan

II Waktu bekerja IV Kelayakan akademik

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

22

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

80. Kolej komuniti di seluruh negara menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada orang ramai. [OP2]

Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?

A Jaminan kerja C Pengalaman dan kemahiran

B Prospek pekerjaan D Suasana tempat kerja

81. Rumus berikut menunjukkan rumus pendapatan individu. [OP1]

Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Z + Untung + Bayaran pindahan

Z merujuk kepada C Dividen
A Kerja lebih masa D Pencen
B Bantuan Prihatin Nasional

82. Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua? [OP2]
A Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya
B Pembinaan rumah dan perusahaan perabot
C Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel
D Perlombongan dan perkhidmatan insurans

83. Cik Munirah menerima gaji bulanan RM5 000. Sekiranya kerajaan menaikkan kadar caruman KWSP pekerja
daripada 11% kepada 12%, keadaan yang manakah akan berlaku? [OP2]

Potongan Wajib Pendapatan Boleh Guna Gaji Bulanan
A Meningkat Menurun Tetap
B Tetap Menurun
C Menurun Meningkat Meningkat
D Tetap Meningkat Tetap

Menurun

84. Syakila mempunyai idea yang kreatif dalam mengubah suai dan menghias barangan hantaran perkahwinan

dan cenderahati untuk semua jenis majlis. Beliau telah mula mengambil tempahan melalui laman sesawang

Facebook dan Instagram.

Apakah kaitan pernyataan di atas dengan matlamat pendapatan peribadi beliau? [OP2]

I Pilihan pendidikan

II Keadaan ekonomi

III Keusahawanan

IV Kemahiran

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

85. Maklumat berikut adalah mengenai Puan Aliya. [OP2]

Pendapatan tahunan Puan Aliya ialah RM48 000. Daripada jumlah ini, RM5 280 dicarumkan kepada
KWSP, RM600 untuk potongan cukai pendapatan dan RM300 untuk bayaran zakat.

Hitungkan perbelanjaan penggunaan Puan Aliya jika tabungan adalah RM 4 600.

A RM37 220 C RM41 820

B RM37 520 D RM43 400

23

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

86. Maklumat di bawah berkaitan sejenis kaedah pembayaran. [OP2]

Encik Malek telah membeli satu set perabot dengan bayaran ansuran RM200 sebulan selama 2 tahun.

Mengapakah Encik Malek memilih kaedah pembayaran tersebut?

I Harga lebih murah

II Menikmati diskaun harga

III Meringankan beban kewangan

IV Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

87. Maklumat manakah yang betul tentang kaedah pembayaran? [OP1]

Bayaran Tunai Bayaran Kredit

Mudah mendapatkan perkhidmatan selepas Dapat menikmati barangan mewah
A jualan

B Tidak dapat melindungi diri daripada inflasi Boleh menggunakan barang yang dibeli untuk
menjana pendapatan

C Menikmati harga yang lebih murah Barang menjadi hak milik selepas membayar
pendahuluan

D Dapat meningkatkan taraf hidup Mendorong pengguna berjimat cermat

88. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan Cik Halimah. [OP2]

Butiran RM

Gaji 1 800
Dividen 350
PERKESO 8.50
KWSP 198
Bayaran sewa rumah 400

Berapakah pendapatan boleh guna Cik Halimah pada bulan tersebut?

A RM 1 193.50 C RM 1 543.50

B RM 1 243.50 D RM 1 943.50

89. Antara yang berikut yang manakah merupakan pasangan pernyataan yang tepat? [OP1]

Keperluan Kehendak

A Harga barang keperluan biasanya dikawal Harga barang kehendak ditentukan oleh kuasa
oleh kerajaan permintaan dan penawaran
Barang kehendak adalah terhad kepada
B Barang keperluan mempunyai banyak beberapa jenis barang sahaja
pilihan Barang kehendak bertujuan untuk mencapai
keselesaan hidup yang minimum
C Barang keperluan adalah penting untuk
mencapai kehidupan yang selesa Tidak dipengaruhi oleh pendapatan individu

D Dipengaruhi oleh pendapatan individu

24

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

90. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi? [OP1]

I Mengelakkan inflasi

II Meningkatkan pendapatan

III Membolehkan individu membeli barang sosial

IV Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

91. Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai ? [OP2]
A Encik Gan membayar RM5000 sebagai deposit untuk kereta baharu
B Cik Selvi membayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun
C Encik Azam mengunjungi lebih daripada 10 gerai komputer untuk membandingkan Harga komputer
sebelum membeli
D Puan Maimon membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok
oleh intan Jewel Sdn.Bhd.

92. Pernyataan manakah yang menerangkan kesan tindakan bank pusat menurunkan kadar rizab berkanun bank

perdagangan ? [OP2]

I Penawaran wang dalam pasaran bertambah

II Jumlah permintaan barang berkurang

III Inflasi dapat diatasi

IV Keupayaan bank memberi pinjaman meningkat

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

93. Apakah kelebihan menggunakan overdraf dalam sesuata urus niaga ? [OP1]
A Boleh mengeluarkan wang tanpa had
B Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini
C Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai
D Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan

94. Pernyataan manakah menunjukkan persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa
di bank perdagangan ? [OP1]
I Disediakan buku akaun simpanan
II Pengeluaran wang pada bila bila masa
III Kemudahan menggunakan kad ATM
IV Boleh memohon kemudahan overdraf

A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

25

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

95. Rajah 4 berkaitan dengan kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan. [OP2]

Apakah kemudahan P ?
A Draf bank
B Debit langsung
C Pindahaan kredit
D Perintah sedai ada

96. Pemegang akaun boleh mengeluarkan wang melebihi baki simpanan di bank. [OP2]
Antara yang berikut, yang manakah betul tentang pernyataan di atas?
A Kemudahan pembiayaan pembelian hartanah
B Syarat pinjaman memerlukan penjamin dan cagaran
C Faedah dikenakan ke atas jumlah pinjaman yang digunakan
D Merupakan perjanjian yang dilakukan oleh penghutang kepada pemiutang

97. Maklumat di bawah berkaitan dengan upah wang dan harga tiga barang di pasaran. [OP2]

Barang berubah kepada RM20.00?
A Kuasa beli pengguna berkurang
B Upah benar pengguna meningkat
C Pendapatan boleh guna berkurang
D Pendapatan boleh cukai meningkat

98. Puan Aeimi, seorang ibu tunggal mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjaga empat orang anaknya yang
masih kecil.Suaminya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Dia mewarisi sebidang tanah yang
terdapat pencawang sebuah syarikat telekomunikasi.Dia juga menabung wang pampasan insurans suaminya
sebanyak RM200 000 di Lembaga Tabung Haji.Selain itu dia juga menjalankan perniagaam busana Muslimah
secara atas talian. [OP2]
Antara yang berikut, yang manakah jenis pendapatan yang diperoleh Puan Aeimi ?
A Upah,sewa dan faedah
B Sewa,faedah dan untung
C Upah,dividen dan untung
D Sewa,dividen dan untung

26

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

99. Peta alir berikut menunjukkan langkah – langkah menyediakan belanjawan peribadi. [OP1]

Langkah III adalah
A menabung sebahagian pendapatan
B menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan
C mengenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib
D memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan boleh guna

27

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

TINGKATAN 4

BAB 4 : PENGELUARAN

100. Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap? [OP1]
A Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output
B Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
C Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran
D Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula

101. Pilih pernyataan yang betul mengenai hukum pulangan berkurangan dalam pengeluaran firma. [OP1]
A Berlaku kemajuan yang berterusan dalam tingkat teknologi pengeluaran
B Jumlah keluaran firma semakin meningkat apabila penggunaan input bertambah
C Jumlah keluaran semakin menurun jika input berubah ditambah berterusan ke atas input tetap
D Gabungan yang paling cekap antara input berubah dan input tetap untuk menambah output

102. Pilih pernyataan yang betul mengenai pengeluaran jangka panjang. [OP1]
A Semua input yang digunakan dalam pengeluaran ialah input tetap
B Firma dapat mengubah tingkat output dengan menjalankan aktiviti R&D
C Wujudnya sekurang-kurang satu input tetap dalam pengeluaran
D Pertambahan output dapat dilakukan dengan menambah input tetap

103. Jadual di bawah menunjukkan input dan keluaran sebuah firma. [OP2]

Input Tetap Input Berubah Jumlah Keluaran
15 3 1 100
15 6 1 500
15 9 2 100
15 12 2 400

Antara yang berikut, yang manakah betul tentang jadual di atas?

I Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa pendek

II Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa panjang

III keluaran purata untuk input berubah ke-12 ialah 300 unit

IV keluaran marginal untuk input berubah ke-9 ialah 200 unit

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

28

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

104. Jadual menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma. [OP2]

Keluaran (unit) 024 6
Jumlah kos (RM) 80 110 150 180

Hitungkan kos sut untuk mengeluarkan 6 unit keluaran.

A RM15 C RM30

B RM20 D RM75

105. Jadual di bawah menunjukkan kos yang ditanggung oleh Firma Hasnim. [OP2]

Jumlah output (unit) Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)
5 10 20
10 10 40
15 10 55
20 10 65

Berapakah kos purata yang ditanggung oleh Firma Hasnim apabila jumlah output ialah 15?

A RM2.00 C RM3.70

B RM3.00 D RM4.30

106. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sesuatu barang. [OP2]

Kos berubah RM200
Kos purata RM10
Jumlah output 50 unit

Berapakah kos tetap? C RM300
A RM100 D RM400
B RM200

107. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah dalam proses pengeluaran? [OP1]

A Bil air dan elektrik C Sewa bangunan kilang

B Premium insurans D Faedah pinjaman modal

29

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

108. Jadual di bawah menunjukkan kos berubah bagi sebuah firma. [OP2]

Output (unit) Kos Berubah (RM)
1 20
2 30
3 40
4 50

Jika kos tetap ialah RM20, kos purata firma tersebut
A semakin menurun
B semakin meningkat
C paling tinggi pada 4 unit output
D paling rendah pada 1 unit output

109. Kos tetap bagi firma X ialah RM650. Jika kos berubah untuk mengeluarkan 45 unit output ialah RM2 500,

berapakah kos purata firma tersebut? [OP2]

A RM41.11 C RM70.00

B RM55.56 D RM14.44

110. Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran suatu barang oleh Firma X. [OP2]

Kos berubah RM550
Kos tetap RM900
Kos purata
RM5

Berapakah jumlah keluaran firma tersebut?

A 290 unit C 110 unit

B 180 unit D 100 unit

111. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran. [OP2]

Keluaran Jumlah kos
(unit) (RM)
0 28
2 36
4 48
6 76

Berapakah jumlah kos tetap pada tingkat keluaran ke 4?

A RM28 C RM48

B RM36 D RM76

30

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

112. Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah firma. [OP2]

Jumlah kos yang ditanggung oleh firma ABC yang mengeluarkan kamera meningkat dari RM8 000 ke
RM8 400 apabila output bertambah dari 40 buah kamera ke 43 buah kamera.

Berapakah kos sut firma ABC? C RM195.34
A RM133.33 D RM200.00
B RM186.04

113. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Jana Utama. [OP2]

Syarikat Jana Utama mengeluarkan 9500 pasang kasut dan menjualnya dengan
harga RM48 sepasang.

Kos pengeluaran syarikat ialah: RM92 400
Kos bahan mentah RM42 800
Upah buruh RM16 500
Sewa bangunan RM18 200
Bil elektrik,air dan telefon

Berapakah jumlah untung Syarikat Jana Utama pada bulan tersebut?

A RM169 900 C RM350 800

B RM286 100 D RM456 000

C

114. Puan Suraya telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai bank yang diberi gaji RM3 000 sebulan dan

memulakan perniagaan kedai bakeri dengan wang simpanan di bank RM12 000 dengan kadar faedah 4%

setahun. Jumlah hasil perniagaan kedai bakeri dalam tempoh sebulan ialah RM10 000. [OP2]

Berikut adalah kos-kos yang terlibat dalam tempoh sebulan:

Bahan mentah RM3000
Gaji pembantu RM900
Bil elektrik dan air RM1000

Hitung jumlah untung ekonomi perniagaan kedai bakeri Puan Suraya dalm tempoh sebulan.

A RM7000 C RM2100

B RM5100 D RM2060

115. Maklumat berikut berkaitan rumus untung. [OP2]
Untung = (T x kuantiti) - S

T dan S ialah
A Jumlah hasil dan kos tetap
B Harga dan jumlah kos
C Harga dan kos berubah
D Jumlah hasil dan kos sut

31

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

116. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma. [OP2]

Output 600 unit
Harga jualan seunit RM12.00
RM7.00
Kos purata

Berapakah untung firma tersebut? C RM7 200
A RM3 000 D RM11 200
B RM4 200

117. Apakah kos implisit yang ditanggung oleh pengusaha dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan? [OP1]
A Bayaran upah buruh
B Faedah atas pinjaman bank
C Bayaran perkhidmatan pengangkutan
D Bayaran sewa atas bangunan milik pengusaha

118. Antara yang berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi? [OP1]

I Prosedur kerja yang fleksibel dan ringkas

II Proses membuat keputusan yang rumit

III Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya

IV Tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

119. Pilih faktor yang akan membantu meningkatkan tahap produktiviti sesebuah organisasi. [OP1]

A Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik

B Sistem dan prosedur kerja yang rumit

C Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif

D Penggunaan kelengkapan modal yang membazir

120. Antara berikut, yang manakah menunjukkan peningkatan produktiviti? [OP2]

Input Output

A Tambah 5% Kurang 10%
B Kurang 10% Kurang 15%
C Tetap Kurang 10%
D Tetap Tambah 15%

121. Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan penggunaan lebih banyak basikal
di Pulau Pinang? [OP2]
A Kos pengangkutan yang lebih tinggi
B Kadar pengangguran yang rendah
C Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
D Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi

32

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

122. Pernyataan di bawah berkaitan dengan eksternaliti. [OP2]

Penurunan harga kereta tempatan menyebabkan permintaan kereta meningkat secara mendadak.

Berdasarkan pernyataan diatas, apakah kos sosial yang wujud kesan daripada situasi tersebut?
A Taraf hidup masyarakat meningkat
B Keuntungan syarikat pengedar kereta meningkat
C Masalah pencemaran udara semakin meningkat
D Pendapatan boleh guna masyarakat meningkat

123. Apakah faedah sosial jika kerajaan membina Pusat Zon Perdagangan Bebas di Padang Besar? [OP2]
A Peningkatan pendapatan kerajaan negeri
B Peluang pekerjaan yang tinggi
C Kos pengangkutan yang murah
D Kadar jenayah meningkat

124. Bagaimanakah pelaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar? [OP1]
A Mengurangkan modal pengeluar
B Mengawal harga barang yang dijual
C Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan
D Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran

125. Pilih pernyataan yang betul tentang input berubah [OP1]

I Tetap wujud walaupun output sifar

II Contoh ialah polisi insurans kebakaran

III Wujud dalam jangka masa pendek dan panjang

IV Berubah secara langsung dengan tingkat output

A I dan II C II dan IV

B I dan III D III dan IV

126 . Pernyataan manakah yang betul tentang konsep pengeluaran ? [OP1]
A Pengeluaran jangka masa panjang adalah melebihi lima tahun
B Fungsi pengeluaran menunjukkan bagaimana Input digabungkan untuk menghasilkan output
C Apabila jumlah keluaran mencapai maksimum keluaran purata menjadi sifar
D Keluaran sut merupakan perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada penggunaan
satu unit input tetap

127. Antara yang berikut, yang manakah betul tentang konsep pengeluaran jangka pendek ? [OP1]

I Tempoh penubuhan firma kurang daripada satu tahun

II Firma mempunyai input tetap dan input berubah

III Firma akan menambahkan input berubah untuk meningkatkan output

IV Semua input yang dimiliki oleh firma ialah input berubah

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

128. Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap [OP1]
A Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output
B Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
C Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran
D Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula

33

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

129. Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran suatu barang. [OP2]

Berapakah kos tetap ?
A RM15
B RM40
C RM64
D RM100

130. Maklumat berikut menunjukkan hasil dan kos Syarikat PQR Sdn.Berhad [OP2]

Berapakah untung yang diperoleh syarikat tersebut ?
A RM8 000
B RM12000
C RM15000
D RM18000

131. Faktor manakah yang mempengaruhi produktiviti ? [OP1]
I Tenaga kerja
II Tingkat agihan pendapatan
III Kepuasan pengguna
IV Struktur organisasi

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

34

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

TINGKATAN 5

BAB 1 : EKONOMI DAN KERAJAAN

132. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang betul menggambarkan barang awam yang disediakan oleh kerajaan.
[OP2]
A Alip membeli sebuah motosikal berharga RM 9500
B Puan Siti Noor menggunakan air mineral yang bersih untuk memasak gulai ikan
C Ikhwan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana dijangkiti virus Covid-19
D Tandas di Pusat Red Gym hanya disediakan untuk ahli yang membayar yuran keahlian

133.Pernyataan manakah yang betul berkaitan peranan kerajaan? [OP1]

Peranan Kerajaan Matlamat
A Sebagai pengeluar Mencipta peluang pekerjaan kepoada masyarakat

B Mencapai objektif pertumbuhan ekonomi Merancakkan aktiviti pengeluaran dalam negara

C Mencapai objektif imbangan pembayaran lebihan Pengaliran keluar wang lebih tinggi daripada
pengaliran wang masuk

D Mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif Memastikan guna tenaga penuh dapat dicapai

134. Indah Water Konsortium Sendirian Berhad di Malaysia dianggap sebagai syarikat monopoli semula jadi kerana
[OP2]
A dimiliki oleh sektor swasta
B mengenakan harga yang tinggi
C disenaraikan di Bursa Malaysia
D menanggung kos modal yang tinggi

135. Mengapakah pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas di desa? [OP2]

A Meningkatkan taraf hidup C Meningkatkan pendapatan isi rumah

B Meningkatkan kadar upah D Meningkatkan kemahiran belia negara

136. Maklumat yang berikut berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. [OP2]

Tahun Keluaran Dalam Negara Kasar (RM Juta)
2015 1 063 355
2016 1 108 227

Apakah objektif makroekonomi tersebut?

A Kestabilan harga C Pertumbuhan ekonomi

B Guna tenaga penuh D Kestabilan imbangan pembayaran

35

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

137. Apakah kesan dasar harga maksimum terhadap pengguna? [OP1]
A Kebajikan pengguna dapat dijaga
B Meningkatkan penawaran pengeluar
C Memaksimumkan pendapatan kerajaan
D Memastikan semua rakyat mendapat barang kehendak

138. Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada [OP1]

I peningkatan infrastruktur fizikal

II peningkatan kadar pengangguran

III peningkatan bilangan kakitangan awam

IV peningkatan taraf pendidikan penduduk

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

139. Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos? [OP2]
A Pertambahan harga bahan api
B Pengembangan kredit bank perdagangan
C Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
D Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan

140. Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran? [OP1]
A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan
B Pekerja yang meletakkan jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain
C Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran

141. Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 1.2% kepada 2.0%? [OP2]

I Peluang pekerjaan menurun

II Kuasa beli masyarakat meningkat

III Pendapatan benar masyarakat menurun

IV Nilai wang yang dipegang oleh masyarakat merosot

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

142. Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran. [OP2]

Permintaan buruh bagi sesetengah sektor ekonomi mengalami kemerosotan.

Pernyataan yang manakah menggambarkan sebab berlakunya masalah tersebut?
A Peningkatan dalam gaji pekerja
B Isi rumah membuat kerja sambilan
C Terlalu bergantung kepada bidang pertanian
D Menggantikan penggunaan buruh kepada mesin dalam pengeluaran

36

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

143. Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi. [OP2]

Harga input yang digunakan dalam proses pengeluaran produk karipap frozen meningkat sebanyak 7%
menyebabkan harga karipap frozen di pasaran juga meningkat sebanyak 10%.

Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?

A Inflasi bermusim C Inflasi tolakan kos

B Inflasi diimport D Inflasi tarikan permintaan

144. Apakah ciri-ciri inflasi tarikan permintaan? [OP1]

I Kos pengeluaran menurun

II Upah buruh menurun

III Ekonomi mencapai guna tenaga penuh

IV Proses penciptaan kredit yang pesat

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

145. Bekalan wang dalam ekonomi berkurang sekiranya bank pusat [OP1]

I Menaikkan kadar faedah

II Melonggarkan syarat sewa beli

III Membeli surat jaminan kerajaan

IV Menaikkan nisbah rizab berkanun

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

146. Antara yang berikut, tindakan kerajaan yang manakah akan menyebabkan permintaan barang dan
perkhidmatan berkurang? [OP1]
A Melonggarkan syarat sewa beli
B Membeli surat jaminan kerajaan
C Menambahkan perbelanjaan kerajaan
D Menaikkan kadar faedah

147. Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah pengangguran yang tinggi dan lambakan stok dalam

ekonomi ? [OP2]

I Menurunkan kadar cukai

II Menurunkan kadar faedah

III Membeli surat jaminan kerajaan

IV Menurunkan perbelanjaan kerajaan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

148. Dasar fiskal menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui [OP1]

I kenaikan cukai

II penurunan cukai

III pertambahan perbelanjaan kerajaan

IV pengurangan perbelanjaan kerajaan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

37

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

149. Apakah impak daripada langkah kerajaan menurunkan kadar faedah dalam menangani kelembapan ekonomi
akibat Covid-19 ? [OP2]
A Kos pinjaman pengguna meningkat
B Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman ke atas barangan mewah
C Perbelanjaan pengguna dalam ekonomi meningkat
D Pengguna perlu menyediakan lebihan wang semasa membuat perbelanjaan

150. Antara yang berikut, yang manakah cukai progresif? [OP1]

A Cukai perjudian C Cukai pendapatan syarikat

B Cukai pendapatan individu D Cukai barang dan perkhidmatan

151. Dasar fiskal mengembang digunakan oleh kerajaan untuk [OP1]
A Mengurangkan masalah inflasi
B Mengurangkan permintaan agregat
C Menambahkan peluang pekerjaan
D Menambahkan permintaan wang

152. Manakah yang merujuk kepada perbelanjaan perkhidmatan ekonomi? [OP1]
A Membina kuarters kediaman kesihatan
B Membina pusat pelabuhan kapal
C Membina pusat kegiatan guru
D Membina ibu pejabat polis

153. Pernyataan manakah yang betul tentang perbelanjaan mengurus? [OP2]

I Puan Siti Hajar menerima pencen bulanan sebanyak RM2500

II Kerajaan membesarkan pelabuhan perikanan di Tok Bali Kelantan

III Kementerian Pendidikan membina sebuah sekolah menengah di Taiping, Perak

IV Encik Kumar yang bekerja sebagai pegawai polis menerima gaji setiap bulan sebanyak RM3500

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

154. Antara yang berikut, yang manakah hasil bukan cukai? [OP1]

I Tarif

II Duti Setem

III Bayaran denda dan penalti

IV Royalti petroleum

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

155. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung? [OP2]
A Koperasi Peladang Berhad membayar cukai ke atas keuntungannya
B Syarikat Anda Deebaak Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan
C Puan Nurul Iman membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
D Kedai Runcit Syafiqah dikenakan denda kerana melanggar undang-undang pematuhan SOP

38

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

156. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian sumber hasil kerajaan pada tahun 2015. [OP2]

Hasil cukai RM juta
Cukai pendapatan individu 26 321
Duti eksport 1 039
Duti import 2 732
Cukai pendapatan koperasi
Cukai barang dan perkhidmatan 80
Cukai pendapatan syarikat 27 012
63 679
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2017)

Hitung jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut.

A RM 29 773 juta C RM 89 990 juta

B RM 30 783 juta D RM 117 092 juta

157. Situasi manakah berkaitan dengan cukai tak langsung ? [OP2]
I Encik Salim membayar cukai kepada Majlis Perbandaran Kangar atas perkhidmatan
pembersihan di kawasan kediamannya
II Puan Mala membayar RM350 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atas pendapatannya
III Syarikat Iqie membayar cukai kepada Jabatan Kastam Malaysia atas pembelian
barang-barang makanan dari Korea
IV Puan Yati dikenakan bayaran tambahan 16% Daripada bayaran penginapan di Hotel Bestari

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

39

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

TINGKATAN 5

BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

158. Syarikat multinasional merujuk kepada [OP1]
A Firma yang terlibat dengan pelbagai aktiviti pengeluaran
B Firma yang menggunakan pekerja daripada pelbagai negara
C Firma yang beroperasi di beberapa buah negara pada masa yang sama
D Firma yang mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa

159. Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi? [OP1]
A Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu
B Pelupusan duti import untuk semua barang import
C Pengecualian levi untuk pekerja asing di Malaysia
D Pelupusan duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia

160. Manakah yang merupakan kepentingan perdagangan antarabangsa? [OP1]
A Menimbulkan lambakan
B Mengurangkan mobiliti tenaga buruh
C Meneruskan kebergantungan terhadap sektor eksport
D Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi

161. Syarikat Multinasional Amerika Syarikat yang mengeluarkan peralatan komunikasi berpindah dari Malaysia ke

China. [OP2]

Apakah faktor yang mendorong firma tersebut berpindah operasinya?

I Tenaga buruh yang lebih banyak di China

II Saiz pasaran yang lebih luas di China

III Upah yang lebih rendah di Malaysia

IV Kecekapan kemudahan asas di Malaysia

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

162. Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi? [OP1]

I Menambahkan syarat permohonan visa

II Kemajuan internet dan ekonomi digital

III Rangkaian pengangkutan yang cekap

IV Sekatan perdagangan antarabangsa

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

163. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa. [OP2]
New Zealand mengeluarkan dan mengeksport buah anggur ke Malaysia.

Apakah faktor tersebut?
A Harga faktor
B Iklim dan tanih
C Sumber semulajadi
D Tingkat kecekapan pengeluaran

40

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

164. Kesatuan Eropah (EU) merupakan blok ekonomi yang jumlah nilai urus niaganya adalah paling tinggi di dunia.
Antara berikut, yang manakah objektif penubuhan Kesatuan Eropah? [OP1]
A Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
B Menyelaraskan dasar kewangan dan dasar fiskal negara luar
C Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara luar
D Memberi kebebasan pengaliran modal dalam kalangan negara luar

165. Penglibatan sesebuah negara dalam blok ekonomi atau perjanjian perdagangan akan mempengaruhi ekonomi
dalam negara. Antara berikut yang manakah memberikan keburukan kepada ekonomi dan sosial negara? [OP1]
A Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
B Peluasan pasaran
C Corak penjajahan baharu ekonomi
D Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah

166. Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional? [OP1]
A Peningkatan modal insan
B Peningkatan eksternaliti negatif
C Kesukaran menghantar balik keuntungan
D Pembangunan dalam infrastruktur digital

167. Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia? [OP1]
A Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung
B Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan
C Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal
D Imbangan pembayaran memberi kesan positif

168. Kuota memberi kebaikan kepada negara kerana dapat [OP1]
A meningkatkan pendapatan isi rumah
B mempelbagaikan pilihan barangan kepada pengguna
C menggalakkan persaingan yang sihat
D memperbaiki imbangan pembayaran

169. Apakah tujuan kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa? [OP1]
A Menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia
B Sumber hasil negara
C Mengehadkan pembelian pertukaran asing
D Menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara

170. Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan. [OP2]

✓ Tarif spesifik sebanyak RM300 dikenakan ke atas setiap unit mesin pemotong daging yang diimport.
✓ Tarif ad valorem sebanyak 10% dikenakan ke atas kasut sukan yang diimport.

Antara yang berikut, yang manakah tujuan cukai tersebut dikenakan?

I Melindungi industri muda tempatan

II Meningkatkan kecekapan pengeluaran

III Menggalakkan pemindahan teknologi

IV Meningkatkan sumber hasil kerajaan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

41

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

171. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kesan pelaksanaan kuota terhadap perdagangan antarabangsa?
[OP2]
A

B

C

D
42

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

172. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang akaun perkhidmatan? [OP1]

I Nilai import barang tak nampak

II Nilai import barang nampak

III Nilai eksport barang nampak

IV Nilai eksport barang tak nampak

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

173. Situasi manakah merupakan komposisi eksport tak nampak Malaysia? [OP2]
A Syarikat NRS menghantar pekerjanya berkursus dalam bidang elektrik di Jepun
B Encik Albert dari United Kongdom membeli tiket untuk menonton perlumbaan kereta Formula One (F1)
di Litar Antarabangsa Sepang
C Syarikat TR Travel dari bandar Klang menyewa syarikat penerbangan Kuwait untuk membawa
rombongan umrah ke Arab Saudi
D Encik Ismail sekeluarga melancong sambil menonton pertandingan bola sepak piala dunia di Brazil

174. Situasi manakah yang direkod dalam Akaun Perkhidmatan? [OP2]
A Firma Bersatu Berhad mengeksport buah buahan segar ke Timur Tengah
B Pelabur Malaysia meningkatkan pelaburan dalam sektor pembinaan di India
C Pasukan bola sepak Terengganu menggunakan khidmat jurulatih dari England
D Kerajaan Malaysia memberi sumbangan kewangan kepada mangsa gempa bumi di pakistan

175. Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia. [OP2]

Petronas menyewa kapal tangki Jepun untuk mengeksport petroleum ke Korea Selatan

Pasangan manakah yang betul?

Eksport Import

A Eksport barang nampak Import barang tak nampak
B Eksport barang tak nampak Import barang nampak
C Eksport barang nampak Import barang nampak
D Eksport barang tak nampak Import barang tak nampak

176. Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia? [OP2]
A Atlet negara menyertai Temasya Sukan Sea di Thailand
B Pekerja Malaysia di Singapura mengirim wang ke Malaysia
C Firma Malaysia membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia
D Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara

43

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

177. Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia? [OP2]

I Kemasukan pelaburan Australia ke Malaysia

II Jepun membeli petroleum mentah dari Malaysia

III Syarikat Malaysia melabur di China

IV Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

178. Situasi manakah yang akan menyebabkan imbangan perkhidmatan menjadi bertambah baik? [OP2]
A Persatuan Badminton Malaysia mengambil lebih ramai jurulatih dari luar negara
B Syarikat pelancongan tempatan menggunakan kapal terbang Qatar untuk lawatan ke Abu Dhabi
C Ramai pesakit dari Indonesia menggunakan pusat kesihatan di Pulau Pinang
D Syarikat pengeksport Malaysia mengambil insurans perkapalan dari Jepun

179. Jadual di bawah menunjukkan imbangan dagangan Malaysia bagi tempoh empat tahun. [OP2]

Tahun Eksport Import Imbangan Dagangan
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
2016 0.7
2017 9.1 8.4 - 4.7
2018 0.8 5.5 - 4.2
2019 2.3 6.5 1.7
8.4 6.7

Pernyataan manakah yang betul tentang jadual di atas?
A Eksport meningkat dari tahun 2017 hingga 2019
B Nilai import melebihi nilai eksport pada tahun 2019
C Berlaku imbangan dagangan lebihan pada tahun 2018
D Import perlu ditambah pada tahun 2016 untuk memperbaik keadaan

180. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan negara asing. [OP2]

Mata Wang Harga Belian (RM) Harga Jualan (RM)
1 Euro 4.9258 4.9795

Seorang pelancong dari Itali ingin menukarkan 400 Euro kepada Ringgit Malaysia. Berapakah Ringgit Malaysia

yang diterima olehnya?

A RM1315.88 C RM1991.80

B RM1596.00 D RM1970.32

181. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan permintaan terhadap Ringgit Malaysia? [OP1]
A Kenaikan kadar faedah dalam Malaysia
B Pertambahan dalam jumlah eksport negara Malaysia
C Nilai Ringgit Malaysia dijangka meningkat pada masa hadapan
D Kegemaran rakyat Malaysia membeli barang buatan tempatan

44

Modul Ekonomi Kertas 1 2021 (JPN Pulau Pinang)

182. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura
(SGD). [OP2]

RM 1.00 = SGD 0.40

Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang pelajar membeli sebuah buku berharga SGD120 melalui

sebuah portal atas talian?

A RM200 C RM265

B RM255 D RM300

183. Situasi manakah yang menerangkan tentang import tak nampak Malaysia? [OP2]
A Syarikat dari Korea membuka kilang di Pulau Pinang
B Universiti awam Malaysia membayar gaji pensyarah dari Jepun
C Kerajaan Perancis membayar bil utiliti untuk kedutaannya di Malaysia
D Pelancong dari Singapura menginap di sebuah Hotel di Pulau Langkawi

184. Maklumat di bawah berkaitan dengan satu fenomena ekonomi. [OP2]

Antara yang berikut, akaun manakah dalam imbangan pembayaran akan terjejas?
A Akaun dagangan dan akaun semasa
B Akaun perkhidmatan dan akaun modal
C Akaun pendapatan dan akaun pelaburan langsung
D Akaun pindahan semasa dan akaun pelaburan portfolio

185. Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia? [OP2]

I Kemasukan pelaburan Australia ke Malaysia

II Jepun membeli petroleum mentah dari Malaysia

III Syarikat Malaysia melabur di China

IV Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

45


Click to View FlipBook Version