The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by leewc.pjs, 2021-10-20 04:11:41

MODUL EKONOMI KERTAS 2 JPNPP

MODUL EKONOMI KERTAS 2 JPNPP

Modul Ekonomi Kertas 2 2021 (JPN Pulau Pinang)

BAB 6 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

Soalan 10 [4 markah]
[7 markah]
Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa

Tindakan kerajaan mengenakan tarif terhadap kereta import berupaya membantu industri
kereta tempatan

(a) Bagaimanakah tindakan tersebut dapat membantu industri kereta tempatan? [OP2]

(b) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan tindakan tersebut
terhadap pasaran kereta tempatan. [OP3]

(c) Tindakan kerajaan tersebut lebih menguntungkan pihak pengguna berbanding pihak
pengeluar. Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas? Kemukakan alasan anda. [OP4] [9 markah]

Soalan 11

Maklumat berikut berkaitan dengan pekerja asing di Malaysia.

Lambakan pekerja asing perlu ditangani: BNM

Kuala Lumpur: Menurut Jabatan Perangkaan Negara, pekerja asing merangkumi lebih daripada satu perlima
pekerja pada 2016.
73 peratus daripada pekerjaan berkemahiran rendah yang diwujudkan antara tahun 2015 dan 2016 diperoleh
warga asing, yang kebanyakannya memiliki pendidikan menengah.
BNM mendedahkan, tumpuan berlebihan kepada pekerja asing juga menyaksikan kiriman wang yang tinggi
ke luar negara, sekaligus mengurangkan limpahan dalam ekonomi domestik. BNM berkata, dasar pengurusan
pekerja asing pada masa akan datang, jika tidak direka bentuk dengan baik dan dilaksanakan secara tidak
konsisten akan meningkatkan kebergantungan negara ini terhadap pekerja asing.

(Sumber: [email protected] 28 Mac 2018)

Maklumat 1

Aliran wang keluar oleh pekerja asing di Malaysia

Tahun Jumlah (RM)
2012 19.75 billion
2015 34.75 billion
2017 35.3 billion
Maklumat 2

(a) Mengapakah berlakunya senario di maklumat 1? [OP2] [6 markah]

(b) Jelaskan bagaimana situasi di maklumat 2 boleh mengakibatkan defisit dalam akaun

semasa negara. [OP3] [5 markah]

(c) Selain di (b) bincangkan kesan pergantungan kepada pekerja asing terhadap ekonomi negara. [OP4]

[9 markah]

51


Click to View FlipBook Version