TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH
FOKUS TEKNIK MENJAWAB KERTAS SUBJEKTIF PESANAN UMUM • Baca soalan hingga habis • Fahami dan Garis kehendak Soalan • TULIS KEPALA JAWAPAN • JAWAPAN MESTI DALAM BENTUK POINT KECUALI KBAT HOLITIK* • Jawapan lebih daripada yang diminta adalah digalakkan • Jawapan adalah dalam tulisan JAWI • Satu soalan satu helai kertas jawapan atau lebih dan mulakan helaian baharu untuk nombor soalan yang baharu. TEKNIK MENJAWAB YANG TEPAT/ DICADANGKAN (Dalam bentuk point): Soalan : Jelas dua cara menghadapi musibah CARA JAWAB: Dua cara menghadapi musibah ialah: -Sabar menghadapi segala musibah -Berusaha menyelesaikan masalah dengan cara yang betul TEKNIK MENJAWAB YANG SALAH (Dalam bentuk karangan / perenggan) Dua cara menghadapi musibah ialah kita hendaklah Sabar menghadapi dugaan/ kerana yakin setiap dugaan adalah daripada Allah. Selain itu seseorang itu hendaklah tidak mudah berputus asa/ bahkan terus berusaha untuk berjaya BENTUK SOALAN DAN CARA MENJAWAB YANG TEPAT / DICADANGKAN: 1) SOALAN TAKRIF / MAKSUD/ PENGERTIAN • Takrif hendaklah mengikut buku teks • Dalam jawapan pelajar perlu ada kata kunci bagi istilah yang ditnya Contoh kata kunci bagi perkataan: Muamalah = tatacara / peraturan • Maksud dari segi bahasa = Tiada markah • Maksud Lengkap = 2M • Tidak Lengkap/ayat sendiri = 1M • Tiada kata kunci / hilang maksud = 0M CONTOH SOALAN TAKRIF/ MAKSUD Soalan : Nyatakan pengertian muamalah dalam Islam Jawapan: Pengertian muamalah dalam Islam ialah: Tata cara atau peraturan dalam perhubungan antara sesama manusia (1m) untuk memenuhi keperluan masing-masing. (1m) *Jawab satu keratan pertama sahaja = 1 markah *Jawab keratan kedua sahaja = 0 markah
2) SOALAN PERBEZAAN • Pelajar digalakkan membuat kotak • Jawapan hendaklah setara / selari maklumatnya • Markah samada 4, 2 atau 0 (Tiada markah 3, 1) Soalan : Jelaskan perbezaan antara akikah dan qurban Jawapan: Perbezaan antara akikah dan qurban ialah: PERKARA AKIKAH QURBAN Tujuan Sebagai Tanda kesyukuran Untuk mendekatkan diri kepada Allah Masa Bila-bila masa Pad hari raya qurban dan hari-hari tashriq Agihan Daging Sunat diberi makan dengan masakan yang manis Sunat diberi daging mentah 3) SOALAN NYATAKAN / SEBUTKAN / BERIKAN • Jawapan hendaklah ringkas dan padat • Fakta sahaja dan tidak perlu huraian • Setip satu jawapan menyumbang kepada satu markah sahaja Soalan: Nyatakan dua larangan yang terdapat dalam ayat di atas selain mengumpat. Jawapan: Dua larangan yang terdapat dalam ayat ialah: - Larangan …….. - Larangan ……. Soalan : Syarikat terbahgia kepada empat. Nyatakan dua daripadanya Jawapan : Dua jenis syarikat ialah: - Syarikat ‘Inan (1m) - Syarikat Wujuh (1m) - Syarikat Mufawadhoh (1m) 4) SOALAN HURAIKAN/ JELASKAN / TERANGKAN / PANDANGAN / HUJJAH • Jawapan mesti ada - Isi / Fakta - Huraian ( untuk menerangkan isi dan berkait dengan soalan) *Calon digalakan menggunakan kata hubung untuk menunjukan huraian (KABUS – Kerana/ Agar / Bagi / Untuk / Seperti / Supaya), Yang, Samada, Dengan, Contoh.
Soalan : Terangkan dua faktor yang mendorong seseorang mengubah ciptaan Allah Jawapan: Dua faktor yang mendorong seseorang mengubah ciptaan Allah ialah: - Kurang ilmu agama (fakta 1m) MENYEBABKAN seseorang tidak mengetahui tentang perkara yang termasuk dalam pengubahsuaian yang dibenarakn dan yang dilarang (huraian 1m) - Pengaruh rakan sebaya yang negatif (isi 1m)YANG sentiasa mengajak mencuba melakukan sesuatu yang baru yang berlebihan dalam kecantikan (huraian 1m) @ seperti memancungkan hidung dan membuat logo-logo pada badan (huraian 1m) 5) SOALAN TENTANG CARA / USAHA • Jawapan mesti ada - Isi / Fakta yang menunjukan aktiviti - Huraian /contoh ( untuk menerangkan isi dan berkait dengan soalan) Soalan : Huraikan dua pandangan anda TENTANG CARA membudayakan salam di sekolah Jawapan: Dua pandangan tentang cara membudayakan salam di sekolah: - Mengadakan kempen di sekolah-sekolah (isi 1m) seperti kempen “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua” ( huraian 1m) - Memasang papan maklumat (isi 1m) tentang hikmah beri salam di laluan utama sekolah (huraian 1m) **Mengadakan aktiviti yang sesuai di sekolah (0 m) 6) SOALAN PENDAPAT ULAMA /AUTORITI • Jawapan mesti ada - Nama ulama - Pendapat ulama’ - **Markah diberi untuk nama ulama yang tepat DAN pendapat yang tepat. Tiada markah untuk jawapan yang ada nama ulamak sahaja atau pendapat sahaja Soalan: Huraikan pendapat ulama’ tentang autoriti al-Istihsan sebagai sumber hukum Jawapan: Pendapat ulama’ tentang autoriti al-Istihsan sebagai sumber hukum ialah: Ulamak Mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali (nama ulama 1m) menerimanya sebagai sumber hukum kerana mereka berdasarkan kepada prinsip kemudahan yang diakui syarak Ulamak Mazhab Syafie (nama ulama 1m) menolaknya jika ia tidak termasuk dalam perkara ijmak kerana ia akan membuka ruang manusia menetukan hukum berdasarkan akal dan nafsu semata-mata.
7) SOALAN TERTIB URUTAN / SUSUNAN: • Markah akan diberi selagi mana jawapan itu berada dalam tertib/susunan yang betul dan berakhir apabila ia mula salah. Soalan: Jelaskan kifarat atau dam Tartib dan Taqdir Jawapan : Kifarat atau dam Tartib dan Taqdir ialah: - Menyembelih seekor kambing atai 1/7 bahagian lembu atau unta - Jika tidak mampu, berpuasa 10 hari, 3 hari di Makkah dan 7 hari di tanah air - Jika tidak mampu, bersedekah sebanyak 10 cupak makanan asasi 8) HUKUM DAN ALASAN • Jawapan hendaklah merujuk kepada hukum taklifi dan hukum wadi’ (harus, wajib, sunat, haram, makruh, sah dan batal) Hukum = 1 m Alasan = 1 m Hukum betul, alasan salah = 1 m Hukum salah, alasan betul = tiada markah Soalan: Jelaskan hukum dan alasan bagi masalah berikut: Ahmad menyembelih ayam tanpa memutuskan urat wadajan Jawapan: - Hukum : Sah - Alasan : Memutuskan urat wadajan adalah termasuk dalam perkara sunat semeblihan 9) ISTINBAT HUKUM • Jawapan hendaklah : - Nyatakan lafaz (1m) - Maksud lafaz/fe’el lafaz (sekiranya satu perkataan tuliskan fe’el, sekiranya lafaz lebih dari satu maka tuliskan maksud ayat/lafaz) (1m) - Lafaz itu menunjukkan suruhan/perintah atau larangan (1m) - Hukum berdasarkan lafaz (1m) Contoh Istinbat hukum (kaedah nahu) Soalan : Huraikan kaedah ulamak mengistinbatkan hukum meminta izin sebelum masuk bilik Jawapan : - Kaedah ulamak mengistinbatkan hukum meminta izin sebelum masuk bilik ialah: - Berdasarkan lafaz : “ “ (1m)
- Ia adalah feel mudhorik yang didahului oleh lam amru yang menunjukkan perintah (1m) - Setiap perintah adalah wajib (1m) - Oleh itu hukum meminta izin sebelum masuk bilik adalah wajib (1m) Contoh Istinbat hukum (kaedah maksud) Soalan : Huraikan kaedah ulamak mengistinbatkan hukum mengubah ciptaan Allah Jawapan : - Kaedah ulamak mengistinbatkan hukum mengubah ciptaan Allah ialah: - Berdasarkan lafaz : " " (1m) - Yang bermaksud “Allah melaknat mereka yang melakukan perbuatan tersebut” (1m) - Setiap perbuatan yang dilaknat Alla menunjukan Haram (1m) - Oleh itu hukum membuat tatu, minta dibuat tatu, mencukur alis, menjarangkan gigi untuk kecantikan adalah haram (1m) 10) SEBAB NUZUL AYAT/WURUD HADITH - Kenal pasti watak dalam peristiwa (1m) - (Ayat ini berkaitan dengan peristiwa yang berlaku kepada ……….) - Siapa watak/ Bila peristiwa berlaku/ Dimana berlaku /watak sampingan(1m) - Apa yang berlaku (1m) - Klimaks (sampai ke pengetahuan Rasulullah @ Kesudahan cerita ) (1m) Soalan : Terangkan sebab nuzul ayat meminta izin sebelum masuk bilik (Adab pergaulan dalam rumah) Jawapan : Sebab nuzul ayat meminta izin sebelum masuk bilik (Adab pergaulan dalam rumah) ialah : - Ayat berkaitan dengan peristiwa yang berlaku kepada Asmak binti Marsad dengan seorang hamba yang telah baligh (watak utama)(1M) - dengan seorang hamba yang telah baligh (Watak sampingan )(1M) - Hamba tersebut telah masuk ke bilik asma pada waktu yang tidak sesuai dn tidak disukai (Apa yang berlaku kepadanya) (1M) - Lalu beliau (Asma’) memberitahu Rasulullah (SAW) tentang perkara tersebut. ( Klimaks/kesudahan cerita) (1M) - Maka turunlah ayat ini. - 11) FAKTOR / PUNCA / SEBAB • Kebanyakan jawapan tertumpu kepada: - Kurang didikan agama……………….. - Kelemahan iman………………………. - Pengaruh rakan sebaya………………. - Pengaruh media massa………………. - Desakan hidup………………………….
12) LANGKAH PENYELESAIAN/CARA MENGATASI ( FOKUS PERANAN) • Jawapan biasanya tertumpu kepada: - Menambah ilmu agama kerana ilmu memandu kepada kebenaran - Mengukuhkan keimanan kerana iman mengelak putus asa / memberi ketenangan jiwa - Berkawan dengan kawan yang baik kerana kawan yang baik mendorong melakukan kebaikan - Menjauhi tempat maksiat kerana ia mendorong melakukan perkara yang dilarang 13) BENTUK SOALAN USUL FIQH (BERDASARKAN NAS) Soalan : Terangkan hukum taklifi’ dalan nas berikut (4M) Hukum Taklifi’ dalam nas ialah: - Lafaz “ “ menunjuk Ijab (1M) - Tunututan melakukan solat dengan tuntutan pasti (1M) - Melakukan solat mendapat pahala meninggalkannya mendapat dosa (1M) - Oleh itu hukum solat adalah wajib (1M) ** Cara huraian adalah berpandukan maksud hukum tersebut (FOKUS SOALAN KBAT) MAKLUMAT ASAS SOALAN KBAT: - ADA STIMULUS :Keratan Akbar/Gambar/Ilustrasi Kartun @ Apa Sahaja maklumat untuk jana Kemahiran Berfikir - SESUATU YANG BUKAN LAZIM: Situasi baru luar bilik darjah /masalah tidak disebut di dalam buku teks - SITUASI SEBENAR : cabar pelajar untuk selesaikan masalah kehidupan sebenar BENTUK DAN CARA JAWAB SOALAN KBAT • ANALITIK (BILA DINYATAKAN JUMLAH / BILANGAN) Contoh Soalan: Rumuskan DUA langkah….. Jawapan mesti dalam bentuk point iaitu dua isi dan dua huraian • HOLISTIK (BILA TIDAK DI NYATAKAN JUMLAH / BILANGAN) Contoh: Rumuskan langkah…… Jawapan boleh dijawab dalam bentuk perenggan dan boleh juga dalam bentuk point tetapi mesti bertaut antara satu point dengan satu point
• Teknik menjawab soalan kbat analitik (4 markah) - Isi dan huraian (2m) - Isi dan huraian (2m) • Teknik menjawab soalan kbat analitik (6 markah) - Isi dan huraian (2m) - Isi dan huraian (2m) - Isi dan huraian (2m) Teknik menjawab soalan kbat holistik (4 markah) - Isi (1m) - Huraian (1m) - Huraian lengkap (satu fakta yang umum mengetahuinya seperti dalil @ bukti daripada ayat al-quran, terjemahan ayat, hadis, terjemahan hadis, kata ulama, kaedah fekah, kaedah syarak, kata hikmah, kata pepatah, kisah para nabi dan Rasul, kisah para sahabat, sloganslogan, isu semasa dan sebagainya) (1m) - Kesimpulan (Menarik dan relevan) (1m) Teknik menjawab soalan kbat holistik (6 markah) - Isi (1m) - Huraian (1m) - Huraian lengkap (satu fakta yang umum mengetahuinya seperti dalil @ bukti daripada ayat al-quran, terjemahan ayat, hadis, terjemahan hadis, kata ulama, kaedah fekah, kaedah syarak, kata hikmah, kata pepatah, kisah para nabi dan Rasul, kisah para sahabat, sloganslogan, isu semasa dan sebagainya) (1m) - Penerangan huraian lengkap (1m) - (huraikan perkara pada huraian lengkap menggunakan bahasa sendiri..mulakan bahagian ini dengan hal ini menerangkan../ayat ini menunjukkan../dalil ini memberitahu../perkara ini membuktikan...) - Kesimpulan ringkas (Menarik dan relevan) (1m) - Kesimpulan lengkap (tambahkan huraian dengan kabus –kerana, agar, bagi, untuk, sebab, seperti etc) (1m) 10) CONTOH SOALAN KBAT ANALITIK DAN SOALAN KBAT HOLISTIK SOALAN KBAT ANALITIK : Berdasarkan situasi di atas, cadangakan DUA cara bagaimana Ahmad perlu menghadapi situasi tersebut (4M) Jawapan : - Sabar menghadapi dugaan (ISI) kerana yakin setiap dugaan adalah daripada Allah (HURAIAN) - Tidak mudah berputus asa(ISI)bahkan terus berusaha untuk berjmenyelesaikan masalah tersebut (HURAIAN) * Cara jawab adalah seperti soalan biasa Ahmad sering mengalami masalah seperti kematian ibu pada akhir tahun lepas. Sebulan selepas itu dia telah didapati menghidap penyakit kronik……………………………
SOALAN KBAT HOLISTIK 4 MARKAH: Berdasarkan situasi di atas, Berikan cadangan anda bagaimana Ahmad perlu menghadapi situasi tersebut Jawapan : Sabar menghadapi dugaan (ISI)/ kerana yakin bahawa setiap dugaan itu adalah daripada Allah (HURAIAN)/sebagaimana allah berfirman “dan kami menguji kamu dengan rasa takut, lapar kekurangan..dan berilah khabar gembira kepada org yang sabar,( HURAIAN LENGKAP) / oleh itu, sifat sabar ini perlu menjadi sifat utama dalam diri sesiapa sahaja pada setiap masa. (KESIMPULAN) * Jawapan dalam bentuk perenggan @ Boleh dalam bentuk point seperti di bawah Isi Sabar menghadapi dugaan Huraian kerana yakin bahawa setiap dugaan itu adalah daripada Allah Huraian Lengkap sebagaimana allah berfirman “dan kami menguji kamu dengan rasa takut, lapar kekurangan..dan berilah khabar gembira kepada org yang sabar Kesimpulan oleh itu, sifat sabar ini perlu menjadi sifat utama dalam diri sesiapa sahaja pada setiap masa. (KESIMPULAN) SOALAN KBAT HOLISTIK 6 MARKAH: Berdasarkan situasi di atas, Berikan cadangan anda bagaimana Ahmad perlu menghadapi situasi tersebut Sabar menghadapi dugaan (ISI)/ kerana yakin bahawa setiap dugaan itu adalah daripada Allah (HURAIAN)/sebagaimana allah berfirman “dan kami menguji kamu dengan rasa takut, lapar kekurangan..dan berilah khabar gembira kepada org yang sabar,(HURAIAN LENGKAP)/ Ayat ini menerangkan bahawa manusia sentiasa diduga dengan pelbagai musibah dan Allah menjanjikan ganjaran yang baik jika kita sabar dalam menghadapi musibah tersebut. (PENERANGAN HURAIAN LENGKAP) oleh itu, sabar ini perlu menjadi sifat utama dalam diri sesiapa sahaja pada setiap masa (KESIMPULAN RINGKAS) agar seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang lebih bahagia. (KESIMPULAN LENGKAP) * Jawapan dalam bentuk perenggan @ Boleh dalam bentuk point seperti di bawah Isi Sabar menghadapi dugaan Huraian kerana yakin bahawa setiap dugaan itu adalah daripada Allah Huraian Lengkap sebagaimana allah berfirman “dan kami menguji kamu dengan rasa takut, lapar kekurangan..dan berilah khabar gembira kepada org yang sabar Huraian Lebih Lengkap Ayat ini menerangkan bahawa manusia sentiasa diduga dengan pelbagai musibah dan Allah menjanjikan ganjaran yang baik jika kita sabar dalam menghadapi musibah tersebut. Kesimpulan oleh itu, sifat sabar ini perlu menjadi sifat utama dalam diri sesiapa sahaja pada setiap masa. (KESIMPULAN) Kesimpulan Lengkap agar seseorang itu dapat meneruskan kehidupan yang lebih bahagia.
2) CONTOH SOALAN KBAT ANALITIK-DALAM BENTUK IKLAN (SOALAN SPM 2017) Soalan : Berdasarkan maklumat di atas, sebagai seorang yang seorang penganjur program qiamullail, jelaskan TIGA saranan anda untuk menarik penyertaan orang ramai dalam program tersebut Jawapan: Tiga saranan saya untuk menarik penyertaan ramai dalam program tersebut ialah (6markah) - Menyebar luas menerusi media sosial(1m) untuk memaklumkan orang ramai (1m) - Menjemput pemimpin qiamullail yang terkenal(1m) seperti ust Azhar Idrus sebagai imam (1m) - Menyediakan kemudahan yang selesa(1m) seperti penghawa dingin (1m) - Menjalankan program pada waktu yang sesuai contohnya pada cuti sekolah(1m) 3) SOALAN KBAT HOLISTIK – SOALAN PERKAITAN ANTARA DUA MAKLUMAT (MAKLUMAT 1 DAN 2 BERTENTANGAN) وٱَ ال ِب ج ۡل ا ٗ اد ت ج و أ ٧َ 7 :78 مقصودث: دان ضونوغ سباضاي Soalan : Jelaskan Perkaitan kedua-dua maklumat di atas (6 markah)
Jawapan : Perkaitan di antara maklumat satu dan dua ialah: MAKLUMAT PERTAMA, Allah telah menjadikan gunung-ganang sebagai penguat bumi/ tanah (1m) MAKLUMAT KEDUA menunjukkan kerakusan manusia menguruskan alam telah mendatangkan musibah. (1m) KEDUA-DUA MAKLUMAT INI SALING BERKAITAN dimana apabila kita melanggar larangan Allah maka akan berlaku wujud masalah di atas muka bumi ini. Perkara ini bertepatan dengan dalil yang bermaksud “telah berlaku kerosakan di muka bumi disebabkan tangan manusia” (1m) Dalil ini jelas menunjukkan, bahawa manusia selalu melakukan kerosakan di atas muka bumi yang boleh menyebabkan beberapa masalah lain timbul daripda berlakuan buruk mereka seperti berlakunya tanah runtuh (1m) Kesimpulannya/oleh itu gunungganang merupakan salah satu ciptaan Allah yang indah untuk mengukuhkan bumi (1m) justeru semua pihak berperanan dalam memastikan kelestarian alam agar/supaya ekosistem alam dapat berjalan dengan baik (1m) * Jawapan dalam bentuk perenggan @ Boleh dalam bentuk point seperti berikut Isi MAKLUMAT PERTAMA, Allah telah menjadikan gunung-ganang sebagai penguat bumi/ tanah Huraian MAKLUMAT KEDUA menunjukkan kerakusan manusia menguruskan alam telah mendatangkan musibah Huraian Lengkap KEDUA-DUA MAKLUMAT INI SALING BERKAITAN dimana apabila kita melanggar larangan Allah maka akan berlaku wujud masalah di atas muka bumi ini. Perkara ini bertepatan dengan dalil yang bermaksud “telah berlaku kerosakan di muka bumi disebabkan tangan manusia” Huraian Lebih Lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, bahawa manusia selalu melakukan kerosakan di atas muka bumi yang boleh menyebabkan beberapa masalah lain timbul daripda berlakuan buruk mereka seperti berlakunya tanah runtuh Kesimpulan Kesimpulannya/oleh itu gunung-ganang merupakan salah satu ciptaan Allah yang indah untuk mengukuhkan bumi Kesimpulan Lengkap justeru semua pihak berperanan dalam memastikan kelestarian alam agar/supaya ekosistem alam dapat berjalan dengan baik 4) SOALAN KBAT HOLISTIK – SOALAN PERKAITAN ANTARA DUA MAKLUMAT (MAKLUMAT 1 DAN 2 SELARI / SALING MENYOKONG) مقصودث برفواسا نسخاي معلومت 1
Oleh: Dr. Mohd. Zamrin Dimon, Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM dan Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Detoksifikasi Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksid melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan. Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksid yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas. Ada bahan kimia toksid yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolysis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis. Sumber: Ubahsuai dari http://haluan.org.my معلومت 2 Soalan : Jelaskan Perkaitan kedua-dua maklumat di atas (6 markah) Jawapan : Perkaitan di antara maklumat satu dan dua ialah: isi MAKLUMAT PERTAMA menyebutkan bahawa Nabi telah bersabda bahawa berpuasa boleh mendatangkan kebaikan terhadap kesihatan(1m) Huraian MAKLUMAT KEDUA yang menyatakan, proses detoksifikasi iaitu penyingkiran bahan toksid di dalam badan boleh dikeluarkan dengan cepat melalui puasa(1m) Huraian Lengkap KEDUA-DUA MAKLUMAT INI SALING BERKAIATAN. Perkara ini bertepatan dengan dalil yang bermaksud “dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui”(1m) Penerangan Huraian Lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, bahawa Allah menggalakkn kita berpuasa kerana Allah telah menjanjian banyak kebaikan yang terdapat didalam ibadah tersebut (1m) Kesimpulan Kesimpulannya/oleh itu puasa dan kesihatan saling berkaitan(1m) Kesimpulan Lengkap dan umat Islam sewajarnya mengambil hikmah akan kelebihan berpuasa dalam kehidupan seorang muslim(1m) * Jawapan juga boleh dalam bentuk perenggan seperti contoh sebelumnya
5) SOALAN KBAT HOLISTIK – SOALAN BUKAN PERKAITAN ANTARA DUA MAKLUMAT ... ٌ ور ُ ف غ ٌ يز ِ ز ع ٱَّلل َّ َّ ِن إ ْۗ ا ُ ؤ َٰٓ م ل ُ ع ج ادِهِ ٱل ِعب ج ِمن ج َش ٱَّلل َّ ا َي م َّ إ ٢٨ِ ن 28 :35 مقصودث: ... سسوغضوهث اورغ يغ فاليغ بيمبغ دان تاكوت )ملغضر فرينته( كفد اهلل دري كلغن همباث اياله اورغ٢ يغ برعلمو، سسوغضوهث اهلل مها فركاسا دان فغمفون. معلومت 1 َ... ِريٞ ب خ ون ُ ل م ج ع ا ت ِم ب ٱَّلل َُّ ٖۚت و َٰ ج ر د م ج عِل ج ٱل وا ُ وت ُ أ ِين َّ ٱَّل و ج م ِمنكُ وا ُ ن ام ء ِين َّ ٱَّل ِع ٱَّلل َُّ ف ج ر ي ١١ 11 :58 مقصودث: ... اهلل اكن مغغكت )درجت( اورغ٢ يغ براميان دانتارا كامو دان اورغ٢ يغ دبري علمو برباف درجت دان اهلل مها بيجقسان دغن اف يغ كامو كرجاكن. معلومت 2 Soalan : Berdasarkan dua nas di atas, huraikan amalan yang boleh meningkatkan iman (6 m) Jawapan : amalan yang boleh meningkatkan iman berdasarkan dua nas di atas ialah: isi Dengan cara menuntut ilmu (1m) Huraian kerana ilmu dapat meningkatkan darjat seseorang hamba.(1m) Huraian Lengkap sebagaimana Allah berfiman yang bermaksud “Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman diantara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat..”(1m) Penerangan Huraian Lengkap Ayat ini menerangkan bahawa Allah memandang tinggi orang2 yang mempelajari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun ilmu fardhu kifayah Kesimpulan Oleh itu sebagai seorang yang beriman kita hendak sentiasa berusaha mempelajari pelbagai ilmu (1m) Kesimpulan Lengkap kerana ilmu boleh mendekatkan diri kita kepada allah sseterusnya mecapai tahap iman yang sempurna (1m) * Jawapan juga boleh dalam bentuk perenggan seperti contoh sebelumnya
6) SOALAN KBAT HOLISTIK USUL FEKAH Soalan : Berdasarkan artikel, nyatakan hukum berserta dalil yang disepakatiatau tidak disepakati bagi penghisap rokok elektronik (vape)> Dalil anda hendaklah disokong oleh fakta yang terdapat dalam artikel. (6 m) Jawapan : (Jika Menggunakan Dalil yang disepakati iaitu Al-Quran Atau Hadis) 6) Berdasarkan artikel hukum menghisap rokok elektronik ialah: Isi Haram(1m) kerana ia memudaratkan kesihatan. Huraian/Kaedah Usul Fiqh Perkara ini bertepatan dengan dalil yang disepakati iaitu iaitu Al-QURAN. yang bermaksud “janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan” Huraian Lengkap/Huraian Kaedah Ayat al-quran ini disokong oleh penyataan dalam artikel yang menyatakan, nikotin yang berkepekatan tinggi berpotensi untuk membunuh orang dewasa yang tidak Penerangan Huraian Lengkap Penyataan artikel ini jelas menunujkan bahawa rokok elektronik mengandungi bahan yang mendatangkan banyak masalah kesihatan bahkan juga boleh membunuh
Kesimpulan Ringkas Kesimpulannya,/oleh itu penggunaan rokok eletronik perlu dihindari Kesimpulan Lengkap justeru menjadi tanggungjawab individu menasihati rakan yang masih menjadi perokok tegar rokok eltektronik. Jawapan: (Jika Menggunakan Dalil QIAS) 6) Berdasarkan artikel hukum menghisap rokok elektronik ialah: 7) SOALAN KBAT HOLISTIK – PILIHAN (PILIH SATU SAHAJA) Soalan : Berdasarkan gambar di atas, pilih satu daripada cara sembelihan dan huraikan pendapat anda (6m) isi Haram(1m) kerana ia memudaratkan kesihatan. Huraian/kaedah usul fiqh Perkara ini bertepatan dengan dalil yang disepakati iaitu QIYAS. Iaitu menyamakan rokok elektronik dengan arak yang boleh merosakan kesihatan.. (1m) Huraian Lengkap/huraian kaedah Perkara ini disokong oleh penyataan dalam artikel yang menyatakan, nikotin yang berkepekatan tinggi berpotensi untuk membunuh orang dewasa yang tidak (1m) Penerangan Huraian Lengkap Penyataan artikel ini jelas menunujkan bahawa rokok elektronik mengandungi bahan yang mendatangkan banyak masalah kesihatan bahkan juga boleh membunuh yang boleh di samakan dengan arak Kesimpulan ringkas Kesimpulannya/oleh itu, penggunaan rokok eletronik perlu dihindari(1m) Kesimpulan Lengkap justeru menjadi tanggungjawab individu menasihati rakan yang masih menjadi perokok tegar rokok eltektronik. (1m)
Jawapan : (Jika memilih jawapan sembelihan traditional) isi Sembelihan secara tradisional(1m) Huraian Hal ini disebabkan, cara tradisional ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara sesama masyarakat setempat (1m) Huraian Lengkap Perkara ini disokong oleh dalil yang bermaksud “bertolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara keburukan”(1m) Penerangan huraian lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, Allah menggalakkan kita saling bntu membantu dalam segala urusan yang baik sepertimana membantu menyembelih binatang sembelihan dan bantu melapah daging binatang tersebut (1m) Kesimpulan ringkas Kesimpulannya/oleh itu, kaedah penyembelihan secara tradisional lebih baik dilaksanakan(1m) Kesimpulan Lengkap bagi memastikan hubungan baik sesama masyarakat seperti jiran tetangga dapat dijalinkan pada setiap masa(1m) Jawapan : Jika memiih jawapan sembelihan moden isi Sembelihan secara moden (1m) Huraian Hal ini disebabkan, cara moden ini adalah lebih cepat dan lebih memudahkan urusan tanpa perlu kepada kakitangan yang ramai(1m) Huraian Lengkap Perkara ini disokong oleh dalil yang bermaksud “Allah menghendaki yang mudah dan tidak menghendaki yang susah”(1m) Penerangan huraian lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, Dalil ini menunjukkan bahawa Allah sentiasa menggalakkan kita memalukan sesuatu yang memudahkan urusan hidup kita dan tidak menyusahkan kita(1m) Kesimpulan ringkas Kesimpulannya/oleh itu, kaedah penyembelihan secara tradisional lebih baik dilaksanakan(1m) Kesimpulan Lengkap kerana ia cepat dan mudah serta menepati kehendak syarak yang sentiasa memudahkan kehidupan manusia(1m) 8) SOALAN KBAT HOLISTIK – PILIHAN (PILIH SATU SAHAJA)
Soalan : Berdasarkan penilitian anda, adakah tindakan Kassim wajar. Jelaskan hujjah bagi menyokong jawapan di atas Jawapan : (wajar) isi Wajar(1m) Huraian Hal ini disebabkan, Kasim telah berbincang dengan kedua ibu bapanya perihal kerelevenan tindakannya itu supaya tidak mengecilkan hati mereka. (1m) Huraian Lengkap Perkara ini disokong oleh dalil yang bermaksud dan tuhan telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah selain Allah dan hendaklah berbuat baik kepada Ibu bapa. (1m) Penerangan Huraian Lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, walaupun tindakan Kasim seperti kerterlaluan namun fasilitas yang ada di pusat jagaan tersebut lebih menjamin keselamtan ibu bapanya berbanding jika ditinggalkan di rumah sendirian. (1m) Kesimpulan ringkas Kesimpulanya/oleh itu tindakan Kasim tidak bercanggah dengan syarak(1m) Kesimpulan lengkap namun dia perlu mengimbangkan masanya dengan sebaik mungkin antara keluarga dan pekerjaanya(1m) Jawapan : (Tidak wajar) isi Tidak wajar(1m) Huraian Hal ini disebabkan, sebagai seorang anak kita wajiblah menjaga ibu bapa kita. (1m) Huraian Lengkap Perkara ini disokong oleh dalil yang bermaksud Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Penerangan Huraian Lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, kita wajib mentaati ibu bapa dan menjaga mereka adalah salah satu cara berbuat baik.
Kesimpulan Kesimpulanya/oleh itu tindakan Kasim menghantar ibu bapa ke pusat jagaan adalah bercanggah dengan syarak(1m) Kesimpulan Lengkap kerana perkara tersebut boleh membuatkan ibu bapa Kasim berkecil hati atas tindakan Kasim(1m) 9) SOALAN KBAT HOLISTIK – LANGKAH Soalan : Berdasarkan artikel di atas, rumuskan langkah untuk mencegah gejala penangihan dadah dalam kalangan pelajar Jawapan : Isi Menubuhkan Mahkamah Khas(1m)- fakta ini daripada artikel Huraian Hal ini disebabkan, mahkamah khas ini mampu membicarakan pesalah dadah agar tindakan undang-undang dapat dikuatkuasakan dalam tempoh yang lebih pantas. (1m) Huraian Lengkap Perkara ini disokong dengan dalil yang bermaksud “dan barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu hendaklah mengubahnya denga n lisan...” (1m) Penerangan Huraian Lengkap Dalil ini jelas menunjukkan, sekiranya melihat sesuatu keburukan berlaku dalam kalangan kita, hendaklah membenterasnya dengan apa cara yang mampu untuk menjamin kesejahteraan (1m) Kesimpulan Ringkas Kesimpulannya/oleh itu penubuhan mahkamah ini sesuai dilakukan kerana penagihan dadah dikalangan pelajar adalah sesuatu yang sangat membimbangkan(1m) Kesimpulan Lengkap justeru menjadi tanggugjawab semua pihak untuk sama-sama membenterasnya. (1m) TAMAT