PENGAPLIKASIAN
TEORI BEHAVIORISME
DALAM PENDIDIKAN
ABAD KE-21
PGA 101
Learner and Learning needs
PENGAPLIKASIAN TEORI BEHAVIORISME DALAM
PENDIDIKAN ABAD KE-21
OLEH:
Chan Yi Yu 159292
Farah Zahidah 152005
KEPADA:
DR. MELISSA
1. CHAN YI YU 159292 PRESENTER
2.
fARAH zahidah 152005
ISI DEFINISI BEHAVIORISME
KANDUNGAN
TANGGAPAN AHLI BEHAVIORISME
TOKOH-TOKOH YANG TERLIBAT DALAM TEORI BEHAVIORSME
PERBEZAAN ANTARA TEORI PELAZIMAN KLASIK DAN TEORI PELAZIMAN OPERAN
PENGENALAN TEORI PELAZIMAN KALSIK
TEORI PELAZIMAN KLASIK (IVAN PAVLOV)
MENGAPLIKASIKAN TEORI IVAN PAVLOV DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
RUMUSAN TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV
TEORI PELAZIMAN KLASIK (J.B.WATSON)
MENGAPLIKASIKAN TEORI WATSON DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
RUMUSAN TEORI PELAZIMAN KALSIK J.B.WATSON
ISI PENGENALAN TEORI PELAZIMAN OPERAN
KANDUNGAN
TEORI PELAZIMAN OPERAN (EDWARD LEE THORNDIKE)
MENGAPLIKASIKAN TEORI THORNDIKE DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE
RUMUSAN PENGAPLIKASIAN TEORI THORNDIKE DALAM PEMBELAJARAN
TEORI PELAZIMAN OPERAN (BURHUS FEDERIC SKINNER)
JENIS PROSES DALAM TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
MENGAPLIKASIKAN TEORI BURHUS FEDERIC SKINNER DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
KESIMPULAN
MARI KITA BINCANGKAN ?
Definisi behaviorisme
Behaviorisme menekankan pada perubahan tingkah laku yang
didasari oleh prinsip stimulus dan respon.
Teori ini mengutamakan k
emahiran berkaitan fizikal.
Menurut Rahil Mahyuddin J.M. (2000) dalam buku
Psikologi Pendidikan II, tokoh-tokoh behaviorisme berpendapat
bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah
laku cara seseorang bertindak. Menurut mereka, tingkah laku
murid boleh doperhatikan, dikawal serta diramal
Selain itu, menurut teori ini,seseorang juga dianggap telah
belajar sesuatu jika dia berkebolehan untuk menunjukkan
perubahan pada tingkah lakunya.
Hal yang dapat dibuktikan daripada teori behaviorisme ialah
input yang berupa stimulus dan output yang berupa respons
Tanggapan-TANGGAPAN
AHLI BEHAVIORISME
Tingkah laku manusia Pembelajaran Abaikan Proses
dipengaruhi oleh melibatkan mental atau kognitif
rangsangan daripada perubahan tingkah di dalam kelas
persekitaran laku
Pembelajaran Rangsangan dan Prinsip pembelajaran
adalah hasil tindak balas berlaku teori ini merentasi
daripada kejadian semua spesis
yang diperhatikan dalam masa yang
singkat
Tokoh-Tokoh yang terlibat dalam teori behaviorisme
Tokoh teori Tokoh teori
Pelaziman Klasik Pelaziman Operan
IVAN PETROVICH JOHN BROADUS EDWARD LEE BURRHUS TREDERIC
PAVLOC WATSON THORNDIKE SKINNER
(1874-1949)
(1849-1936) (1878-1958) (1904-1990)
PERBEZAAN ANTARA
TEORI PELAZIMAN
KLASIK
DAN
TEORI PELAZIMAN
OPERAN
tEORI PELAZIMAN KLASIK
LATAR BELAKANG IVAN PAVLOV
ivan petrovich pavlov TELAH DILAHIRKAN PADA 14
SEPTEMBER 1849 DI RYAZAN, RUSSIA.
pavlov yang menyukai subjek psikologi telah berjaya
menghasilkan sebuah kertas kerja ertama iaitu 'tHE
PHYSIOLOGY OF THE PANCREATIC NERVES'
PADA TAHUN 1980, BELIAU TELAH MENDAPAT GELARAN
PROFESSOR OF PHARMACOLOGY OF MILIARY MEDICAL
ACADEMY
IVAN PETROVICH
PAVLOC
(1849-1936)
Pengenalan TEORI
PELAZIMAN KLASIK
Teori ini juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan
dan pelaziman bergerak balas/responden
Menurut Noriati, Boon dan Sharifah Menurut Mok Soon sang (2009), teori
Fakhriah (2009). pelaziman klasik Pavlov mempunyai 4 fasa yang dilalui oleh
seseorang individu untuk menguasai atau
merupakan satu bentuk pembelajaran mengubah tingkah laku mereka iaitu fasa
berkaitan yang melibatkan rangsangan
neutral yang berkait dengan rangsangan penguasaan, fasa generalisasi, fasa
semula jadi dan menghasilkan gerak balas diskriminasi dan fasa penghapusan yang
boleh diaplikasikan dalam pembelajaran
yang berupa
Teori Pelaziman Klasik
IVAN PAVLOV
EKSPERIMEN TEORI IVAN PAVLOV
Ivan Pavlov mencadangkan bahawa proses pembelajaran ialah
pembentukam perkaitan antara Rangsangan (R) dan sesuatu
Gerak Balas (G)
Beliau telah menjalankan kajian ke atas seekor anjing. Beliau
mendapati bahawa apabila anjing itu melihat bekas dengan
makanan,anjing itu mengeluarkan air liur.
Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut
belajar mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan
yang diberikan kelak.
Dengan itu, beliau telah melanjutkan kajian dengan menguji
hipotesis bahawa sesuatu organisasi boleh diajar bertindak dengan
pemberian sesuatu rangsangan.
Mengaplikasikan Teori Ivan Pavlov dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Hasil daripada kajian Ivan Pavlov, beliau berpendapat bahawa
pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan
gerak balas.
Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan tersebut dinamakan
sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan
ialah pelaziman klasik
Contoh MUZIK
rangsangan (LAGU UNTUK HAFAL FORMULA)
dalam bentuk
teknologi VIDEO
(DEMONSTRASI EKSPERIMEN)
QUIZ ONLINE
(MENILAI KEFAHAMAN MURID)
Situasi: Seorang guru mata pelajaran Geografi telah mengajar kelas yang
kurang minat terhadap mata pelajaran Geografi. Apa yang guru tersebut perlu
melakukan untuk mengubah situasi kelas tersebut?
Guru tersebut perlu mengenalpasti kecenderungan minat
pelajar di kelas tersebut iaitu mereka minat terhadap muzik dan
nyanyian.
Oleh itu, guru tersebut perlu mencari lagu dan muzik untuk
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas
Berdasarkan teori klasik Palvov, guru tersebut telah
menggunakan kaedah lagu sebagai rangsangan tak terlazim
untuk menarik minat pelajar terhadap subjek Geografi
3 proses yang berlaku
berdasarkan teori pavlov
Sebelum Semasa Selepas
pelaziman pelaziman pelaziman
Guru menggunakan lagu Semasa guru mengajar subjek Semasa guru mengajar subjek
(rangsangan tak terlazim) Geografi (rangsangan geografi (rangsangan terlazim)
untuk menunjukkan pelajar menunjukkan hasil pelajar yang
memberi tumpuan (gerak balas terlazim(,beliau menyertakan
dengan lagu (rangsangan tak memberikan respon (gerak
tak terlazim) terlazim) yang menarik dan balas terlazim)
hasilnya pelajar memberi
tumpuan (gerak balas tak
terlazim)
Rumusan Teori pelaziman klasik
Ivan Pavlov
Kesimpulannya, untuk mengajar dengan
berkesan, guru harus mengaitkan
pengalaman positif (rangsangan terlazim)
dengan tugasan pembelajaran (rangsangan
tak terlazim) untuk menghasilkan gerak
balas terlazim (pelajar fokus sepenuhnya
dalam kelas)
tEORI PELAZIMAN KLASIK
JOHN BROADUS LATAR BELAKANG J.B WATSON
WATSON
(1878-1958) JOHN BROADUS WATSON TELAH DILAHIRKAN SOUTH CAROLINA
PADA TAHUN 1878 DAN TELAH DIBERSAKAN DI LADANG.
PADA UMUR 16 TAHUN, BELIAU TELAH MEMASUKI FURMAN
UNIVERSITY
PADA TAHUN 1903, BELIAU TELAH MENERIMA PHD DALAM
BIDANG PSIKOLOGI DAN AKHIRNYA BELIAU DITUGASKAN
SEBAGAI SEORANG PROFESOR DI JOHNS HOPKINS UNIVERSITY
KEMUDIANNYA, BELIAU TELAH MENJADI SEORANG YANG
BERALIRAN BEHAVIORISME DAN BANYAK BELAJAR BIOLOGI,
PSIKOLOGI DAN TINGKAH LAKU HAIWAN MELALUI KAJIAN IVAN
PAVLOV
Teori Pelaziman Klasik
J.B WATSON
EKSPERIMEN TEORI J.B WATSON
Kajian Watson banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik
Ivan Pavlov dan berasaskan tingkah laku haiwan.
Beliau menggunakan seorang bayi yang berumur 9 bulan
bernama Albert dan seekor tikus putih
Pada mulanya,Albert tidak menunjukkan perasaan takut pada
tikus itu tetapi apabila satu bunyi kuat yang dikeluarkan
semasa Albert mendekati tikus itu, dia mula menjadi takut
Situasi ini diulangi beberapa kali sehingga menimbulkan
perasaan takut Albert kepada tikus.
Mengaplikasikan Teori Watson dalam Pengajaran
dan Pembelajaran
Seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan
menentukan pelbagai jenis rangsangan dalam pengajaran
mereka
Dengan penyediaan rangsangan yang baik dan tepat,guru
mampu menentukan jenis respond yang diingini oleh pelajar
Secara tidak langsung, guru berkebolehan menyampaikan topik
pengajaran secara berkesan dan efektif.
Situasi: Masalah menguasai mata pelajaran Sejarah telah menjadi
perkara yang biasa dalam kalangan murid , apakah cara yang boleh
diambil oleh para guru untuk menangani perkara tersebut ?
Masalah ini dapat ditangani melalui
Mewujudkan satu rangsangan yang dalam bentuk
peneguhan yang mana dapat menghasilkan respond
yang positif dari rangsangan yang diberi
1. Guru haruslah memberikan
cara penekanan kepada latihan menjawab
soalan berkaitan sejarah.
2. Guru perlu memberi latihan tersebut
secara konsisten dan berterusan agar
pelajar dapat meningkatkan kemahiran
dan kefahaman mereka.
Rumusan Teori pelaziman klasik
J.B WATSON
Kesimpulannya, sEORANG GURU BOLEH
MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN DENGAN
MENENTUKAN PELBAGAI JENIS RANGSANGAN
DALAM PENGAJARANNYA.
Dengan menggabungkan rangsangan dan
gerak balas yang diingini oleh murid-murid,
guru-guru boleh mengajar pelbagai topik
pengajaran secara berkesan dan efektif
PENGENALAN TEORI PELAZIMAN OPERAN
Pelaziman operan ialah tingkah laku mengikut cara kita beroperasi dengan
persekitaran.
Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk kepada sesuatu bentuk pembelajaran
seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan dipilih daripada
beberapa gerak balas.
Model Pembelajaran Pelaziman Operan merangkumi beberapa konsep utama:
Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri, jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan
dikukuhkan dan dikekalkan
Sebarang rangsangan yang dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah dikenali sebagai
peneguhan (reinforcer), atau rangsangan meneguh (reinforcer stimulus). Peneguhan boleh
bersifat positif atau negatif di mana kedua-duanya pula menghasilkan peneguhan
(reinforcement) ke atas gerak balas
Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan peneguhan untuk
mengukuhkan serta mengekalkan gerak balas berkenaan
TEORI PELAZIMAN OPERAN
EDWARD LEE THORNDIKE
Secara asasnya, Teori Pelaziman Operan Thorndike adalah kajian
pelaziman operan tahap primer atau ‘primary instrumental
conditioning’, iaitu penghasilan gerak balas terlazim adalah
berdasarkan peneguhan ransangan tak terlazim yang berkaitan. Pada
awalnya teori ini dikenali sebagai Teori Ransangan –gerak Balas dan
kajiannya pula dinamakan sebagai Pembelajaran Cuba-Ralat atau cuba
jaya.
Namun begitu, telah dikenalpasti bahawa gerak balas individu
yang dipelajari dalam situasi eksperimen ini menunjukkan tingkah laku
operan (instrumental behavior) yang mengandungi ciri-ciri spontan. Hal
ini demikian kerana kajian pembelajaran Thorndike dapat dijadikan
sebagai pelopor kepada pembelajaran pelaziman operan. Oleh itu,
kajian Thorndike telah dikenali sebagai kajian pelaziman operan tahap
primer oleh ahli-ahli psikologi.
TEORI PELAZIMAN OPERAN
EKSPERIMEN EDWARD LEE THORNDIKE
Eksperimen yang dijalankan oleh
Edward Lee Thorndike ialah :
1.Kucing yang lapar dimasukkan ke dala
m sangkar dan di luar sangkar
diletakkan dengan semangkuk makanan.
2.Kucing yang lapar cuba untuk keluar dari sangkar.
3.Kucing tersebut terpijak alat penekan dan keluar daripada sangkar
tersebut dan makan makanan yang terdapat di luar.
4.Kucing tersebut mengulangi perkara yang sama untuk mendapatkan
makanan di luar sangkar.
5.Kesilapan yang dilakukan semakin berkurangan.
Thorndike telah perhatikan bahawa kucing itu telah
melakukan pelbagai tindakan untuk keluar. Apabila
ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan berulang
kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi,
jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan
hilang secara perlahan-lahan.
MENGAPLIKASIKAN TEORI THORNDIKE DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Contoh Situasi : Kebanyakan pelajar kurang berminat terhadap subjek Matematik
kerana mereka sering kali menghadapi masalah dalam
menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang dianggap susah.
Guru-guru perlu merancang strategi yang lebih efektif untuk membantu
pelajar mengatasi kelemahan mereka dalam menyelesaikan soalan-soalan
Matematik disamping menarik minat mereka.
Menekankan konsep kesediaan
Melalui kaedah perbincangan
Memberikan latihan kepada murid
Memberikan ganjaran
HUKUM PEMBELAJARAN
THORNDIKE
Hukum pembelajaran Thorndike terbahagi kepada tiga iaitu :
HUKUM HUKU
M HUKUM
KESEDIAAN LATIH
AN KESAN
Thorndike amat menyarankan bahawa ketiga-tiga hukum tersebut
digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau
percaya jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan
menjadi mudah dan lebih efektif.
HUKUM PEMBELAJARAN
THORNDIKE
HUKUM KESEDIAAN
Hukum ini adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum
seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid
hendaklah mempunyai persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi
pembelajaran di dalam kelas. Hal ini bermaksud pelajar sudah
bersedia untuk belajar dengan adanya buku nota dan juga
peralatan menulis. Selain itu, penekanan terhadap ganjaran hanya
akan berkesan jika murid mahu menerima ganjaran tersebut.
Sebagai contoh, ganjaran tidak semestinya berkesan untuk
memujuk murid jika dia tidak bersedia untuk menjalankan aktiviti
tersebut. Seterusnya, murid juga perlu dalam mempersiapkan diri
dari segi kognitif, psikomotor dan efektif. Jika murid bersedia
sepenuhnya untuk menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya,
pembelajaran yang mereka dapati bukan sahaja berkesan malahan
mereka juga akan berasa seronok disepanjang proses
pembelajaran tersebut.
HUKUM PEMBELAJARAN
THORNDIKE
HUKUM LATIHAN
Hukum yang kedua ialah hukum latihan. Menurut Thorndike, persepsi
perhubungan antara ransangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep
pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara
ransangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan yang
banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak
latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara ransangan dengan gerak
balas seseorang murid. Contohnya, jika seseorang murid diberi latihan
matematik dengan banyak, tempoh masa untuk murid tersebut
menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat.
HUKUM PEMBELAJARAN
THORNDIKE
HUKUM KESAN
Hukum yang ketiga ialah hukum kesan. Maksudnya di sini ialah
sekiranya seseorang murid itu mendapat kesan pengalaman yang
memuaskan daripada gerak balas yang dihasilkan, maka ikatan antara
ransangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Namun begitu, jika
seseorang murid mendapat kesan pengalaman yang menyakitkan,
gerak balas tersebut akan semakin menghilang. Perkara ini juga boleh
dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang diberikan berdasarkan
gerak balas yang dihasilkan.
RUMUSAN PENGAPLIKASIAN TEORI
THORNDIKE DALAM PEMBELAJARAN
Teori ini adalah untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus
menggunakan motivasi yang sesuai.
Teori ini juga dapat mengukuhkan hubungan antara rangsangan dengan gerak
balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta
pengukuhan untuk respons atau gerak balas yang betul kepada murid. suatu
gerak balas yang diikuti dengan konsekuan yang dinginkan akan meningkatkan
dari segi kekerapan yang akan berlaku. Namun begitu, sekiranya tingkah laku
tidak menghasilkan kesan, ia akan belajar untuk menunjukkan tingkah laku yang
baru
Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk mendapatkan respon
daripada pelajar itu sendiri.
TEORI PELAZIMAN OPERAN
BURRHUS FEDERIC SKINNER
Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan
oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap
gerak balas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang
diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia
adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal
tingkahlakunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil
tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan,
sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana
kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner
berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi
membuktikan hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak
yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak
tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya boleh diperhatikan dan
direkodkan.
TEORI PELAZIMAN OPERAN Seekor tikus yang lapar diletakkan dalam
kotak yang dilengkapi alat penekas pada
dindingnya
Tikus berlari mundar-mandir kelaparan
EKSPERIMEN Biji-biji makanan terkeluar kerana tikus
BURRHUS FEDERIC tersebut terpijak alat penekan
SKINNER Proses yang sama berulang sehingga tikus memijak
penekan untuk mendapatkan makanan
Skinner berpen
dapat manusia
Skinner kemudiannya memutuskan hubungan
dapat mengawal tingkah laku makanan dengan alat penekan menyebabkan
dirinya. makanan tidak lagi keluar
Tikus berhenti dari menekan butang tersebut
Terdapat lima jenis proses dalam
teori pelaziman operan Skinner iaitu:
Peneguhan positif
Peneguhan negatif
Dendaan
Prinsip Premack
Pelupusan.
PENEGUHAN POSITIF
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Tingkah laku - pelajar mengemukakan soalan yang baik
Kesan - guru memberikan pujian kepada pelajar
Tingkah laku masa hadapan - pelajar mengemukakan lebih banyak
soalan kepada gurunya.
ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah:-
a) Memuji secara ikhlas
b) Memuji dengan cepat
c) Memuji tanpa pilih kasih
d) Memuji usaha dan cuba jaya
e) Memuji tingkah laku yang spesifik
f) Memuji jawapan atau respon yang spontan
PENEGUHAN NEGATIF
Peneguhan negatif adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa
atau menyakitkan dan diberikan selepas sesuatu tingkah laku
ditunjukkan
Tingkah laku Kesan Tingkah laku masa hadapan
Pelajar tidak Guru marah kepada Pelajar akan
menyiapkan pelajar. menyiapkan
tugasan tepat tugasan yang
pada waktunya. seterusnya tepat
pada waktunya.
Rajah di atas menunjukkan peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk
tingkah laku yang diinginkan.
DENDAAN
Adalah satu proses atau cara untuk mengurangkan atau melemahkan tingkah
laku yang tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini membawa kesan negatif
yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku
tersebut.
Dendaan terbahagi kepada dua iaitu:
Dendaan persembahan Dendaan Penyingkiran
Disebabkan oleh sesuatu Berkaitan dengan penyingkiran
rangsangan. Guru atau ibu bapa
rangsangan yang menyebabkan tidak member kemudahan apabila
perubahan tingkah laku diri pelajar tidak berkelakuan betul.
pelajar tetapi tidak melibatkan Contoh:-
fizikal. Ia menakutkan pelajar. Pelajar mendapat markah
rendah dalam ujian, ibu bapa
Contoh: mengenakan denda agar pelajar
Pelajar tidak suka membaca buku, tidak boleh keluar rumah untuk
kemudian guru mengadakan sistem bermain sehingga mendapat
demerit agar pelajar membaca markah yang baik.
buku.
Prinsip Premack
Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti
yang kurang diminati kepada aktiviti yang lebih
diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap
aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali
sebagai ‘Grandma’s Rule’ yang berasaskan
kenyataan ‘ kamu boleh bermain selepas selesai
memakan sayur-sayuran ini.’ Sebagai guru, kita boleh
menggunakan kaedah ini dengan menyelang selikan
aktiviti yang menarik dengan yang kurang menarik
untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
Pelupusan
Bermaksud perlakuan yang tidak diberi
peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
Keadaan ini dapat diatasi jika:-
- Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu
dikenal pasti.
- Peneguhan itu tidak lagi digunakan
- Guru bersabar dalam menghadapi proses
pelupusan, kerana hasilnya tidak datang
dengan serta merta.
Mengaplikasikan Teori Burrhus Federic Skinner
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari
hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan
diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau
teknik itu dapat diperkukuhkan atau dikekalkan
Contohnya, guru memberi latihan atau membuat ujian kepada
pelajar selepas megulangkaji topik pelajaran tersebut dan ini
boleh menyebabkan pengetahuan pelajar dalam topik tersebut
diperkukuhkan
Mengaplikasikan Teori Burrhus Federic Skinner
dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Guru juga perlu membantu pelajar meguasai konsep
diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya
mereka memperoleh ilmu dan kemahiran
Contohnya, apabila guru sejarah menjelaskan dan memberi nota
berkenaan topik zaman jahiliah, pelajar perlu memberi tumpuan
berkaitan pengajaran tersebut serta mencari nota-nota
tambahan berkaitan dengannya.
RUMUSAN PENGAPLIKASIAN TEORI SKINNER
Guru perlu memainkan peranan yang penting
dalam menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran
Guru perlu berdedikasi dalam membantu para
pelajar untuk meningkatkan prestasi
pelajar
Guru perlu menekankan Peneguhan Positif
kepada pelajar
Guru haruslah teliti dalam pemberian denda
kepada pelajar supaya tidak mendatangkan
kesan buruk dalam jangka masa panjang
Kesimpulan
Proses pembelajaran dilalui oleh setiap insan
Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian daripada
tokoh-tokoh yang terkenal boleh dijadikan panduan
oleh guru-guru dan pihak sekolah bagi merancang
strategi meningkatkan keberkesanan mengatasi
tingkah laku pelajar yang bermasalah serta
meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran
RUJUKAN
Elias R.M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan.
Karisma Publication Sdn.Bhd.
• Kamarudin Hj Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi
dalam Bilik Darjah. Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia
Sdn.Bhd.
• Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan, Kumpulan
Pendidikan Budiman Sdn.Bhd, Subang Jaya.
• Mok Soon Sang (2007). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran
dan Pembelajaran, Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
• Mok Soon Sang (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi
Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.
• Rahil Mahyuddin J.M. (2000). Psikologi Pendidikan II. Addison
Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd
• Teori Pengajaran Tingkah Laku. Diperoleh semula pada 29
Oktober 2014 daripada http://upsi-kpt4033-
s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkah laku
SOALAN MISTERI
1. Apakah cabaran dalam mengaplikasikan teori-teori
ini dalam PAK-21 hari ini?
2. Bagaimanakah teori-teori ini dapat melahirkan
pelajar yang berpengetahuan untuk jangka masa akan
datang kepada pendidikan negara?
Sekian terima
kasih