The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazlianaamira, 2024-03-17 10:29:13

E-BUKU MEMBINA MALAYSIA CEMERLANG MELALUI PELBAGAI KAUM

BUKU DIGITAL PERPADUAN

KAUM MEMBINA MALAYSIA CEMERLANG MELALUI PELBAGAI SA PRODUCTION DISEDIAKAN OLEH : SITI NUR SHAZLIANA AMIRA BINTI MOHD BAKRI


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan e-Buku “Membina Malaysia Cemerlang Melalui Pelbagai Kaum” ini. Saya harapkan semua pihak memperoleh manfaat setelah membaca eBuku “Membina Malaysia Cemerlang Melalui Pelbagai Kaum” hasilan saya ini. Tujuan eBuku ini dihasilkan adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada semua lapisan masyarakat mengenai perpaduan kaum yang ada dalam negara kita. PENGHARGAAN SHAZLIANA AMIRA


KANDUNGAN ISI 01 02 03 04 05 06 07 PENGENALAN SEJARAH & LATAR BELAKANG PENDUDUK DI MALAYSIA BUSANA TRADISIONAL PERAYAAN MAKANAN TRADISIONAL TARIAN TRADISIONAL TRADISI & PANTANG LARANG 08 09 SOALAN PENGUKUHAN QR CODE VIDEO


PENGENALAN Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan dan lain-lain. Satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat yang majmuk mempunyai konsep dan sejarahnya yang tersendiri di Malaysia.


SEJARAH & LATAR BELAKANG PENDUDUK MALAYSIA Ditafsir sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk Melayu di Tanah Melayu ialah 2,427,834 orang iaitu 49.8 % daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan iaitu nelayan dan petani. Bagi kaum wanita di negeri Kelantan & Terengganu, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan. Kegiatan ekonomi utama kaum Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian, penternakan, menangkap ikan & mengutip hasil hutan. KAUM MELAYU


KAUM CINA Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil & kebanyakannya bekerja sebagai peninga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang ole British dari tangan sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 819 & selepas penubuhan Negeri - Negeri Selat pada tahun 1826. Kebanyakan masyarakat Cina ini berasal dari Wilayah Kwangtung & Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, HokChiu, Eng Chin & lain - lain. Pada perinkat awal, buruh-buruh cina tertumpu di tapak - takap perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong. Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan.


Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan antara india dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Penghijrahan masyarakat India Ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai Tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang tebu & kopi di Seberang Perai. Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor & Negeri Sembilan. Catatan menunjukkan seramai 48 Ribu buruh india telah berhijrah ke Tanah Melayu. Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah Orang Tamil yang terbentuk 80% manakala Malayali meliputi 7%. KAUM INDIA


BUSANA / PAKAIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA Setiap kaum mempunyai keunikan dan pakaian tradisional yang tersendiri. Pakaian tradisional ini bukan sahaja melambangkan sesebuah kaum malah ia juga turut menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni kerana mempunyai pelbagai kaum yang saling hormat-menghormati. Oleh itu, mari kita lihat keunikan pakaian tradisional bagi setiap kaum yang terdapat di Malaysia.


KAUM MELAYU (LELAKI) BAJU MELAYU CEKAK MUSANG BAJU MELAYU TELUK BELANGA 5 butang keseluruhan merujuk kepada 5 rukun islam. 2 butang pada kolar yang sedikit terasing daripada 3 yang lain bermaksud mengucap 2 kalimah syahadah. 1 butang tunggal membawa makna Tuhan yang Esa & ia disemadikan dalam puisi : “ Teluk belanga berbutang tunggal, tunggal satu Tuhan yang disembah, tunggal tidak dapat dianjak alih, tunggal tidak dapat dibelah. “


KAUM MELAYU (WANITA) BAJU KURUNG CEKAK MUSANG BAJU KURUNG TELUK BELANGA Baju Kurung Cekak Musang sama potongnya dengan Baju Kurung Teluk Belanga. Hanya pada bahagian lehernya ditambah kolar tegak 2 jari dan belahan dada dengan dilapik sedikit tebal untuk memasang butang sebanyak 5 - 7 butir. Baju Kurung Teluk Belanga adalah pakaian tradisi wanita Johor yang masih dipakai sehingga ke hari ini. Potongan baju mengandungi bada, lengan, pesak dan kekek adalah longgar daan selesa dipakai serta dikemaskan dengan sebutir butang di leher.


KAUM CINA CHANGSAN CHEONGSAM Changsan adalah sejenis pakaian tradisional cina yang dikatakan berbaju panjang. Seperti Cheongsam juga, Changshan selalunya dipakai oleh kaum lelaki khususnya. Ia berasal dari piyin Changshan pada zaman dahulu. Cheongsam sering dipakai dalam majlis yang bersesuaian mengikut peredaran zaman seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina. Banyak jenis Cheongsam, namun asalnya pakaian tradisional cina ini berlapis-lapis, penuh sulaman benang emas / sutera.


KAUM INDIA KURTA SARI Kurta merupakan pakaian tradisional lelaki India. Kurta merupakan baju panjang yang diperbuat daripada kapas dan sutera yang dipakai bersama dengan seluar longgar atau seluar churidar. Sari mula dipakai kepada gadis India apabila sudah memasuki akam dewasa sebagai satu pengiktirafan masyarakat terhadap mereka. sari merupakan lembaran kain yang berukuran semeter hingga 2 meter leber & panjangnya pula antara 5 hingga 15 meter mengikut saiz pemakai.


PERAYAAN Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, IndiaMuslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Kurban. KAUM MELAYU


Hari Raya Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. KAUM CINA


Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani. Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. KAUM INDIA


MAKANAN TRADISIONAL PENDUDUK MALAYSIA KAUM MELAYU NASI LEMAK LEMANG KUIH SERI MUKA


KAUM CINA BAK CHANG Chee Cheong Fun MANTAO


KAUM INDIA Ayam Varuval VADAI PANI PURI


TARIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA Bharathanatyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasai perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai pergerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap,penuh dengan kegembiraan. TARIAN BHARATHANATYAM KAUM INDIA Kathak (Hindi: कथक, Urdu: کتھک (merupakan salah satu dari lapan bentuk tarian klasik India, berasal dari India Utara. Tarian ini boleh dijejak asalnya kepada pencerita lisan nomad India utara silam, dikenali sebagai Kathaks, atau pencerita. Pencerita ini, membuat persembahan di lapangan kampung dan laman kuil, kebanyakannya khusus dalam mengisahkan kisah mitos dan moral dari kitab, dan menokok pengisahan mereka dengan alunan tangan dan mimik muka TARIAN KATHAK


Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu. Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang. TARIAN MAK YONG KAUM MELAYU Tarian zapin merupakan tarian yang terkenal di negeri Johor. perkataan zapin berasal daripada Alzaffan iaitu gerak kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada mulanya adalah sebagai tarian hiburan di istana yang dibawa dari Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang Arab pada abad ke-13 yang bertujuan digunakan amalan berzikir untuk menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun islam. Kini,tarian zapin masih lagi dipersembahkan dalam majlis formal dan tidak formal. Sebagai contoh majlis perkahwinan,majlis perasmian dan sebagainya. TARIAN ZAPIN


Tarian naga ialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan.Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang cina,naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. TARIAN NAGA KAUM CINA Tarian kipas merupakan satu jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan. Tambahan lagi, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina yang mana masyarakat cina mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu kepercayaan masyarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. TARIAN KIPAS


TRADISI & PANTANG LARANG K A U M I N D I A Mengikut adat resam kaum India, apabila sebuah keluarga pindah ke rumah baru,, susu hendaklah dididihkan terlebih dahulu di atas dapur masak yang baru sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Ini adalah simbolik untuk rezeki yang sentiasa melimpah ruah untuk keluarga tersebut dan juga memberkati rumah baru. Susu yang telah dididih itu akan dipersembahkan untuk dewa-dewa terlebih dahulu sebelum diberikan kepada tetamu dengan sedikit gula. Dalam banyak-banyak perayaan India, Festival Holi merupakan antara sambutan paling famous yang diraikan. Sebabnya, festival ini penuh dengan kegembiraan, gelak tawa dan juga warna-warni. Sepanjang perayaan, masyarakat India akan melemparkan serbuk yang penuh warna antara satu sama lain sambil menari, menyanyi dan menikmati juadah di sambutan ini. Keunikan ini memang dikenali satu dunia kerana hampir setiap tahun orang ramai akan sama-sama menyertai festival ini.


K A U M M E L A Y U JANGAN MEMUKUL ATAU MENCEDERAKAN MANA-MANA BINATANG, DIKHUATIRI ANAK YANG BAKAL LAHIR MENGALAMI KECATATAN. Sebab pantang larang : Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan. JANGAN MENCACI DAN MENCERITAKAN KECATATAN, DIKHATIRI ANAK YANG BAKAL LAHIR CACAT. Sebab pantang larang : Agar menjaga pertuturan agar tidak melukakan hati orang lain.


K A U M C I N A Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak tanduk dan kegiatan seharian mereka. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek. Dalam masyarakat Cina, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung & bukannya suami. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Tidak mengeluarkan kata-kata kesat & dilarang memukul binatang. Bertujuan menghindari bayi dari terkena badi SEMASA MENGANDUNG


SOALAN PENGUKUHAN SOALAN 1 Apakah nama baju yang dipakai oleh kaum cina? (a) Baju Melayu dan Baju Kurung (b) Baju Sari dan Dhoti (c) Baju Sut Mao dan Cheongsam SOALAN 2 Apakah perayaan yang disambut oleh Kaum India ? (a) Deepavali (b) Tahun Baru Cina (c) Hari Keamatan SOALAN 3 Apakah makanan tradisional Kaum Melayu di Malaysia? (a) Roti Canai (b) Nasi Kerabu (c) Ambuyat SOALAN 4 5 butang pada Baju Melayu Cekak Musang merujuk kepada _____. (a) Rukun Islam (b) Rukun Negara (c) Rukun Solat


SOALAN PENGUKUHAN SOALAN 5 Roti canai merupakan makanan tradisioal kaum _____. (a) Kaum Cina (b) Kaum India (c) Kaum Melayu SOALAN 6 Bilakah tarikh bagi perayaan kaum Melayu? (a) 1 Rejab (b) 1 Syawal (c) 2 Jamadil Awal SOALAN 7 Majlis cukur jambul merupakan tradisi _____. (a) Kaum India (b) Kaum Cina (c) Kaum Melayu SOALAN 8 Nama bagi tempat sembahyang kaum siam ialah _____. (a) Masjid (b) Wat (c) Gereja


JAWAPAN SOALAN 1 Apakah nama baju yang dipakai oleh kaum cina? (a) Baju Melayu dan Baju Kurung (b) Baju Sari dan Dhoti (c) Baju Sut Mao dan Cheongsam SOALAN 2 Apakah perayaan yang disambut oleh Kaum India ? (a) Deepavali (b) Tahun Baru Cina (c) Hari Keamatan SOALAN 3 Apakah makanan tradisional Kaum Melayu di Malaysia? (a) Roti Canai (b) Nasi Kerabu (c) Ambuyat SOALAN 4 5 butang pada Baju Melayu Cekak Musang merujuk kepada _____. (a) Rukun Islam (b) Rukun Negara (c) Rukun Solat


JAWAPAN SOALAN 5 Roti canai merupakan makanan tradisioal kaum _____. (a) Kaum Cina (b) Kaum India (c) Kaum Melayu SOALAN 6 Bilakah tarikh bagi perayaan kaum Melayu? (a) 1 Rejab (b) 1 Syawal (c) 2 Jamadil Awal SOALAN 7 Majlis cukur jambul merupakan tradisi _____. (a) Kaum India (b) Kaum Cina (c) Kaum Melayu SOALAN 8 Nama bagi tempat sembahyang kaum siam ialah _____. (a) Wat (b) Masjid (c) Gereja


Click to View FlipBook Version