The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SITI NUR SHAZLIANA AMIRA BINTI MOHD BAKRI (5PISMP BM2)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazlianaamira, 2024-02-25 09:38:50

BUKU LOG UB PPIM 2024

SITI NUR SHAZLIANA AMIRA BINTI MOHD BAKRI (5PISMP BM2)

UNIT BERUNIFORM PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) Buku Log Disediakan Oleh : SITI NUR SHAZLIANA AMIRA BINTI MOHD BAKRI 5 PISMP BM2 030220-03-0736 Disediakan Oleh : SITI NUR SHAZLIANA AMIRA BINTI MOHD BAKRI 5 PISMP BM2 030220-03-0736


Nama : Siti Nur Shazliana Amira Binti Mohd Bakri Angka Giliran : 2021102340275 No. Telefon : 011-29942892 No. Kad Pengenalan : 030220-03-0726 Tarikh Lahir : 20/02/2003 Alamat : Lot 275, Kg. Padang Tembesu, 16200, Tumpat, Kelantan. Institut : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan Program : Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SK) Unit : 5 PISMP BM2 Mentor : Dr. Rosmawati Binti Mohamed Pensyarah : Dr Azizah Binti Hussain, Dr Shamsiah Binti Daud & Dr Siti Fatihah Binti Othman BIODATA DIRI


ISI KANDUNGAN


PENGHARGAAN Saya amat bersyukur kepada aturan Tuhan kerana dengan penat lelah dan usaha yang dicurahkan, saya berjaya menyiapkan tugasan bagi Kursus Kokurikulum UB Pergerakan Puteri Islam Malaysia 1. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada pensyarah saya iaitu Dr Azizah Binti Hussain, Dr Shamsiah Binti Daud dan Dr Siti Fatihah Binti Othman kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka anjakan paradigma yang mampu mencetuskan idea dan ruang pemikiran yang baharu dalam menyempurnakan tugasan ini dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang menjadi wadah untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa motivasi dan galakan daripada kedua-dua ibubapa dan ahli keluarga saya, saya tidak mungkin dapat memanifetasikan sebuah kerja kursus yang begitu baik sekali pada pandangansaya. Sejajar dengan itu, saya juga ingin mengutarakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya dan banyak memberi tunjuk ajar serta peringatan kepada saya dengan menjawab setiap soalan yang diutarakan oleh saya kepada mereka. Tuntasnya, kata-kata terima kasih tidak cukup untuk menggambarkan pertolongan mereka kepada saya. Tanpa mereka, kerja kursus ini tidak dapat diimplimentasikan dengan efisiennya. Segala pertolongan mereka adalah sangat signifikan dan mereka membantu mengatasi dan menyelesaikan setiap kekangan dan onak duri yang dihadapi oleh saya dalam arena pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini.


FALSAFAH PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, Negeri dan Daerah di Institusi Pengajian Tinggi, Maktab-maktab Perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktivitinya yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, Rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciriciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, Masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.


TUJUAN PPIM Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Institut Pendidikan Guru serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T.


MATLAMAT PPIM Menerusi penggubalan kurikulum yang komprehensif dan pelaksanaan secara gabung jalin dan bersepadu. PPIM berharap agar dapat mencapai matlamat seperti berikut : Mengembangkan antara perkembangan intelektual, sosial, fizikal dan spiritual puteri-puteri melalui penyemaian, penyuburan dan pengukuhan nilai-nilai pendidikan. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan puteri- puteri. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang gerak kerja kokurikulum sekolah, institut, maktab, kolej dan universiti. Meningkatkan disiplin diri puteri-puteri. Menggalakkan iklim persekolahan yang terbuka dan menyeronokkan. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibubapa dan masyarakat, khasnya masyarakat setempat.


OBJEKTIF PPIM Objektif PPIM digubal dengan tujuan untuk merealisasikan kandungan falsafahnya. Walaubagaimanapun, PPIM menyedari bahawa terdapatnya perbezaan umur dan perbezaan keperluan berdasarkan perbezaan kemampuan di antara ahli-ahli dan kalangan para pelajar sekolah-sekolah menengah dan rendah dengan maktab dan universiti, maka PPIM menggariskan objektif-objektif yang sesuai dengan keperihalan diri masing-masing seperti berikut : • Melahirkan sebuah masyarakat yang taat kepada perintah Allah, berilmu, berakhlak mulia, dan berbakti kepada masyarakat. • Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri, positif dan diterima masyarakat. • Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.


LOGO PPIM


Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis ''PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA'' Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di dalamnya ditulis dengan huruf jawi (Permulaan daripada perkataan “PERGERAKAN PUTERI ISLAM."( Pa Pa Alif) Di bawah logo ini tertulis perkataan: “PUTERI"-Bagi Ahli-Ahli Puteri “PEMIMPIN PUTERI" -Bagi Pemimpin-Pemimpin Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS Putih : Kesucian Kuning : Kesetiaan dan ketaatan Pengertian Logo Pengertian Warna


BENDERA PPIM Bendera PPIM berbentuk segi empat, berwarna merah jambu, dan di tengah-tengah terdapat lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah satu pertiga daripada ukuran bendera. • Merah Samar : Keharmonian dan Kelembutan • Hijau : Agama Dimana taqwa sebagai teras • Putih : Kesucian • Kuning : Ketaatan dan Kesetiaan Penggunaan : • Setiap upacara rasmi • Tatacara Perjumpaan


BERAMAL COGAN KATA BERIMAN BERILMU


Puteri lembaga islam riang gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan negara Dunia akhirat mendapat bahagia Berusaha mencari pengetahuan Berbakti membuat kebajikan Belajar mencapai kemajuan Bersemangat penuh keimanan. Puteri lembaga islam riang gembira Tetap taat kepada Allah dan Raja Berkorban untuk agama dan negara Dunia akhirat mendapat Bahagia LAGU PPIM


IKRAR PPIM Bahawa kami, ahli-ahli PPIM, berikrar akan: Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, Guru dan Ibubapa. Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak. Membangunkan diri dengan sempurna. Mengukuhkan silaturahim sesama puteri. Berkhidmat untuk keluarga, masyarakat dan negara.


SULUH KATA PPIM PUTERI P - Patuh kepada ibubapa U - Ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith T - Taat kepada Allah dan Rasul E - Erat ukhuwah Islamiyah R - Rela berbakti kerana Allah I - Iman dipupuk ilmu dituntut ISLAM I - Insaf diri “ ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali S - Solat ditunaikan setiap waktu L - Larangan Allah dijauhi A - Akhlak mulia pengukuh keimanan M - Muslimah Mukminah rakyat seperjungan


Pada tahun 1960-an, Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia mula diilhamkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu (LKPI) yang dipimpin oleh Raja Permaisuri Agong pertama, Tunku Kurshiah. Ketika itu, keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah dan kurikulumnya hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh Raja Permaisuri Agong ke-6, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. SEJARAH PPIM


Isteri kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman iaitu Toh Puan Norashikin Mohd Seth telah dilantik sebagai Yang Dipertua PPIM pertama. Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform dalam Kokurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. Pada 8 April 2000 pula, PPIM telah dilancarkan ke peringkat institusi pengajian tinggi oleh Datin Seri Endon Mahmood.


PPIM ditubuhkan awal tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPM). LPKM diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agung yang pertama. Keanggotaan - untuk murid sekolah menengah Kurikulum - Aktiviti keagaam & khidmat masyarakat yang bersigat memberi bantuan kepada golongan miskin. Sejarah Pengasas / Penubuhan


17 Jun adalah hari sambutan hari Pueri setiap tahun bagi mengingati PPIM. Pelancaran rasmi PPIM adalah pada 17 Jun 1981 oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah Bertempat di Dewan Cansalor Tun Razak, universiti Kebangsaan Malaysia. YA. Bhg. Toh Puan Norashikin Bin Ismail sebagai Yang Di-Pertua PPIM pertama. Sejarah Penubuhan PPIM 20 Jun 1958 - Sambutan hari Puteri pertama kali diadakan diperingkat Kebangsaan.


Pengasas PPIM Grafik Berkaitan Sejarah Penubuhan PPIM Melancarkan PPIM Secara Rasmi Kompleks Darul Puteri


VISI DAN MISI VISI Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Memperlihatkan kepada puteri kebenaran Al-Quran dan hadith di dalam konteks alam dan kehidupan yang nyata melalui programprogram yang dijalankan. Memberikan pendidikan dan latihan tidak formal kepada masyarakat khususnya puteri melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar dan menarik. Melengkapkan puteri dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluarga dan masyarakat. MISI


PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM PPIM Bagi mematuhi subperaturan 5 (1) (a) Peraturan-peraturan Pendidikan (Peraturan sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A) : P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998, maka berikut merupakan peraturanperaturan (Perlembagaan) Pergerakan Puteri Islam yang selepas itu disebut sebagai Persatuan sahaja. 1.Nama & Alamat 1.1 Nama : Pergerakan Puteri Islam 1.2 Di Alamat 2. Matlamat 2.1 Memberi peluang kepada setiap murid untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek rohani, emosi, jasmani dan intelek. 3. Objektif 3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Puteri Islam) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpersatuan dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri. 3.2 Ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam sedaya upaya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.


4. Keahlian 4.1 Dibuka kepada semua murid beragama islam (perempuan). 4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan. 4.3 Ahli-ahli mesti menerima serta bersetuju berpegang kepada perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini. 5. Penasihat 5.1 Penasihat adalah terdiri daripada guru di sekolah. 5.2 Penasihat perlulah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. 5.3 Guru penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dilaksanakan. 6. Ahli Jawatankuasa 6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung kali pertama. 6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa. 6.3 Pemilihan jawatankuasa dijalankan secara undian. 6.4 Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. 6.5 Ahli jawatankuasa yang ingin meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada penasihat. 6.6 Ahli jawatankuasa persatuan hendaklah terdiri daripada : 6.6.1 Pengerusi 6.6.2 Naib Pengerusi 6.6.3 Setiausaha 6.6.4 Naib Setiausaha 6.6.5 Bendahari 6.6.6 Naib Bendahari 6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan)


7. Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa 7.1 Pengerusi 7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. 7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yan diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. 7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat, 7.2 Naib Pengerusi 7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. 7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat. 7.3 Setiausaha (SU) 7.3.1 Menguruskan hal surat menyurat. 7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan aktiviti persatuan. 7.3.3 Mencatat kehadiran ahli. 7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. 7.4.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke semasa. 7.4 Naib Setiausaha 7.4.1 Membantu SU dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. 7.4.2 Menjalankan tugas SU sewaktu ketiadaan SU. 7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke semasa.


7.5 Bendahari 7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. 7.5.2 Membantu dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawb ke atas kesahihannya. 7.5.3 Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7.5.5 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke semasa. 7.6 Naib Bendahari 7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaan Bendahari. 7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari semasa ke semasa. 7.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung pada keperluan) 7.7.1 Membantu manjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yan diarah oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. 8. Kewangan 8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung. 8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti. 8.3 Ahli-ahli bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbenlanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.


11. Peraturan-Peraturan 11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. 11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi semua ahli. 11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan dakan dikenakan tindakan tatatertib. 9. Kehadiran / Penyertaan 9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. 9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali bertutut-turut, ahli dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. 10. Aktiviti 10.1 Aktiviti yang dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. 10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli melalui guru penasihat. 12. Tindakan Disiplin 12.1 Tindakan disiplin akan diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. 12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut : 12.2.1 Amaran lisan diberikan kepada ahli yang melakukan kesalahan buat kali pertama. 12.2.2 Amaran bertulis akan diberikan kepada ahli yang melakukan kesalahan buat kali kedua. 12.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Penasihat.


15. Hal-hal Lain 15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab terhadap aktiviti yang dijalankan. 15.2 Ahli0-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat. 13. Pindaan Perlembagaan 13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. 13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh AJK Persatuan, Penasihat atau Pentadbir Sekolah secara bertulis. 13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu. 13.4 Setiap pindaan telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru Besar. 14. Pembubaran Persatuan 14.1 Dekan diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. 14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. 14.3 Baki kewangan diputuskan dalam perjumpaan kedua persatuan.


Borang Perakuan


Kurikulum & Pelaksanaan A. Pengisian Kurikulum - 8 Bidang Asas Aktiviti PPIM


Setiap perancangan mestilah : Ikut keutamaan & keperluan Ahli Puteri. Ke arah pencapaian matlamat (jangka pendek & panjang) Diusahakan oleh pemimpin mahir / berketrampilan Merangkumi program tahunan, bulanan & mingguan. Susunannya sistematik & mudah diubahsuai. Tentukan strategi yang sesuai ( berdasarkan kos, masa, tempat dan keberkesanan) Bersifat sederhana & praktikal Mempunyai penyeliaan yang teratur Adakan penilaian B. Proses Pelaksanaan 1.Perancangan Program 2. Penyediaan Modul Setiap rancangan mestilah : Gabungjalinkan sekurang-kurangnya 4 aspek / bidang dalam sesuatu aktiviti. Kaitkan (integrasi) ilmu dengan Al-Quran & Hadith Latihan formal & tidak formal melalui aktiviti yang mencabar & menarik. Lengkapkan pengetahuan dan kemahiran yang dapat menyumbang secara positif kepada diri, keluara, masyarakat, agama dan negara.


Setiap aktiviti mestilah : Mulakan dengan tatacara perjumpaan. Berpandu kepada rancangan pengajaran (RPT & RPM). Penilaian boleh dibuat pada masa yang sama. Cara menjalankan aktiviti boleh dibuat secara individu / kolompok, pasukan / kumpulan dan dinilai secara individu / kelompok. Ambil kira unsur gabungjalinan Galakkam program bersepadu. 3. Pelaksanaan 4. Prosedur Pelaksanaan Setiap rancangan mestilah : Aktiviti murid dirakam dalam buku log. Laporan aktiviti oleh guru. Penilaian mesti selesai pada bulan September. Laporan aktiviti Tahunan Dokumentasi dan Data.


Supaya aktiviti tidak membosankan. Supaya aktiviti mudah dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian ( Praktikal ). C. Penggabungjalinan i . Tujuan ii. Elemen yang perlu digabungjalin


D. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - Puteri Bongsu


D. Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) - Puteri Bongsu


D. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) - Puteri Kecil


D. Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) - Puteri Kecil


STRUKTUR ORGANISASI PELBAGAI PERINGKAT Peringkat Kebangsaan


Peringkat Negeri


Peringkat Daerah


Peringkat IPT (IPGK)


Peringkat Sek. Men.


Peringkat Sek. Ren.


Peringkat IPGMKSM Pengarah Tim. Pengarah Ketua Unit Koku Penyelaras UB Ketua Puteri Ketua Pemimpin K. Kumpulan Ahli


PENSIJILAN JURULATIH DAN PERINGKAT SEKOLAH Bagi mendapatkan sijil pentauliahan, jurulatih dan murid perlu menjalani beberapa peringkat kursu, berikut merupakan contoh modul bagi kursus pentauliahan.


Click to View FlipBook Version