The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 3 : FLIPBOOK SKANDAL RASUAN MELIBATKAN FIFA 2015 . KUMPULAN THE BRAINSTROMERS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurhidayah Tan, 2023-12-28 06:44:34

Case Study - KIAR A231 MPU1062

TUGASAN 3 : FLIPBOOK SKANDAL RASUAN MELIBATKAN FIFA 2015 . KUMPULAN THE BRAINSTROMERS

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA FIRST SEMESTER SESSION 2023/2024 (A231) MPU1062 INTEGRITY AND ANTI-CORRUPTION GROUP I GROUP ASSIGNMENT CASE STUDY: SKANDAL RASUAH MELIBATKAN FIFA PREPARED FOR: MADAM NOOR FAIZZAH BINTI DOLLAH PREPARED BY: THE BRAINSTORMERS N O N A M A N O M A T R I K S 1 A I N N U R S Y I F F A B I N T I M O H A M A D A F E N D I 2 9 7 5 0 2 2 N U R U L ‘ A I N N E E Z A M 2 9 7 7 5 2 3 N U R S Y A M I R A B I N T I A G U S R I A N T O 2 9 7 8 2 0 4 N U R A I N A N A T A S Y A B I N T I M U S T A D Z A 2 9 7 9 9 8 5 S A I D A T U L N U R A I S Y A H B I N T I A Z M A N 2 9 8 4 1 4 6 N U R H I D A Y A H S Y A K I L B I N T I A B D U L H A K I M 2 9 8 4 6 1 7 N U R U L H A S L I N D A B I N T I A H M A D F A H M I K I O N G 2 9 8 5 2 5 8 I L L Y Y A S M E E N E K M A L H A K I M 2 9 9 4 4 6 9 N U R U L A I N L I E W 2 9 9 7 1 7 1 0 N U R L A Y L A A S Y U R A B I N T I A H M A D T A R M I Z I 3 0 0 0 3 2


CASE STUDY: SKANDAL RASUAH FIFA 2015 I


II


ِبْسِم ِهللا الَّرْحٰمِن الَّرِحْيِم Ter lebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpahan kurniaanya, kami dapat menyelesaikan tugasan case study (Flipbook) ini dengan sempurna dalam jangka masa yang telah di tetapkan. Kami juga ingin mengucapkan ter ima kasih kepada Puan Noor Faizzah Bint i Dollah selaku pensyarah Kursus Integr i t i dan Ant i-Rasuah, yang telah banyak member i bimbingan dan tunjuk ajar ser ta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan tugasan yang diber ikan. Selain i tu, kami juga ingin mengucapkan set inggit inggi penghargaan kepada pihak Universi t i Utara Malaysia,Kedah atas kemudahan yang telah disediakan kepada kami seper t i kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan yang berkai tan dengan tugasan kami ser ta kemudahan Wifi bagi memudahkan kami untuk mencar i maklumat yang berkai tan dengan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan jutaan ter ima kasih kepada set iap ahli kumpulan kami atas komi tmen dan ker jasama yang diber ikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan, kami juga mengucapkan r ibuan ter ima kasih kepada rakan sekelas kami kerana sent iasa member i tunjuk ajar dan dorongan ser ta berkongsi maklumat dan t idak kedekut dalam menyalurkan pandangan and idea baharu sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Akhi r madah, saya juga mengucapkan ter ima kasih kepada mereka yang ter libat secara langsung atau sebaliknya dalam tugasan ini. Ter ima kasih. PENGHARGAAN III


Bab 1 : Pendahuluan 1a. Pengenalan FIFA 1b. Pengenalan terhadap skandal rasuah FIFA 2015 Bab 4 : Garis Masa Peristiwa 4a. Kronologi skandal rasuah FIFA 2015 4b. Individu yang terlibat ( dakwaan awal ) 4c. Laporan daripada US Department 4d. Hukuman yang dikenakakan terhadap FIFA Bab 2 : Definisi 2a. Definisi rasuah 2b. Jenis rasuah Bab 5 : Respons Terhadap Dakwaan 5a. Tertuduh yang disabitkan kesalahan 5b. Kesan terhadap FIFA 5c. Tindakan FIFA Bab 3 : Perbincangan Kajian 3a. Faktor rasuah berlaku dalam sukan bola sepak 3b. Hukuman rasuah dalam sukan bola sepak 3c. Langkah mengatasi rasuah dalam sukan bola sepak Bab 6 : Kesimpulan 6a. Rumusan FIFA 6b. Kesimpulan 01 09 03 15 05 19 ISI KANDUNGAN 02 Rujukan 04 06 07 11 13 14 18 21 22 23


PENGENALAN FIFA FIFA IALAH NAMA SINGKATAN BAGI FEDERATION INTERNATIONALE DE FOOTBALL ASSOCIATION FIFA juga dikenali sebagai Persekutuan Bola Sepak Antarabagsa di Malaysia. Ia merupakan badan pentadbiran bagi bola sepak dan sukan terbesar di dunia. Ibu pejabat FIFA terletak di Zurich, Switzerland. Organisasi ini memiliki peranan penting dalam mengembangkan olahraga bola sepak secara global. FIFA didirikan pada 21 MEI 1904 di Paris, Perancis. Pertandingan FIFA yang pertama dilangsungkan pada tahun 1906. FIFA mengamalkan peraturan perlawanan bola sepak dan bertindak sebagai penimbangtaraan dalam penyelesaian konflik antara persatuan bola sepak. FIFA memiliki anggota dari seluruh dunia yang terdiri daripada persatuan bola sepak nasional. FIFA telah menganjurkan pertandingan antarabangsa iaitu Piala Dunia pada tahun 1930 di Uruguay. Piala Dunia ini diadakan empat tahun sekali. Pelbagai negara telah mengambil bahagian dalam Piala Dunia ini iaitu sebanyak 32 negara. FIFA berkomitmen untuk mengembangkan bola sepak di seluruh dunia, contohnya program untuk lelaki, wanita, remaja dan lain-lain. FIFA juga menggunakan etika Fair Play dalam bola sepak. Kini, dalam aspek inovasi dan teknologi, FIFA mempunyai VAR iaitu Video Assistant Referee untuk membantu mengawasi pertandingan. 01 BAB 1


PENGENALAN SKANDAL RASUAH FIFA 2015 Pendapatan terbesar FIFA datang daripada hak penyiaran televisyen, hak bidaan dan tajaan piala dunia, serta pertandinganpertandingan yang dianjurkan oleh badanbadan gabungan FIFA. Oleh itu, pelbagai pihak, termasuk syarikat dan negara-negara yang kaya, akan melobi untuk mendapatkan hak-hak tersebut. Walaupun proses melobi undi tidak salah, menggunakan wang untuk melobi undi, atau rasuah, adalah salah. Seluruh komuniti bola sepak, terutamanya peminat bola sepak yang setia, terkejut dengan skandal besar yang melanda badan induk bola sepak dunia, FIFA. Di Amerika Syarikat dan di luar negara, dakwaan rasuah ini sangat meluas. Keluarnya beberapa bekas pegawai FIFA yang menceritakan kisah mereka memberikan FBI bukti yang mencukupi untuk membuka kes baharu terhadap pegawai FIFA. Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Switzerland sedang menyiasat FIFA mengenai tuduhan rasuah pegawainya. Bank-bank Amerika Syarikat adalah tempat transaksi duit rasuah dijalankan. Oleh sebab itu, mereka didakwa di Amerika Syarikat. Pertama, Amerika Syarikat mendakwa 9 pegawai FIFA dan 5 eksekutif syarikat sukan atas kesalahan menggelapkan wang, rasuah, dan penipuan cukai. Selain itu, pihak berkuasa Switzerland memulakan siasatan mengenai proses melobi pemilihan untuk tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022. Apabila Rusia diumumkan sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, perwakilan England, yang juga bercita-cita untuk menjadi tuan rumah piala dunia 2018, mendedahkan bahawa mereka perlu membayar sejumlah wang kepada pegawai FIFA untuk mendapatkan undi daripada mereka. Apabila QATAR diumumkan pula sebagai tuan rumah piala dunia 2022, banyak orang mula mempersoalkan keupayaan Qatar dalam mengadakan piala dunia di negara kecil di Asia Barat dan kemampuan QATAR untuk menyediakan kemudahan semasa piala dunia seperti stadium untuk semua perlawanan. Apabila beberapa bekas pegawai FIFA mendedahkan bahawa terdapat rasuah dalam proses melobi undi, kredibiliti Qatar untuk meraih undi semakin dipersoalkan. 02


DEFINISI RASUAH enurut Kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, rasuah merujuk kepada satu tindakan pemberian bagi menumbuk rusuk iaitu menyogok atau menyuap wang. Atau secara umum rasuah merujuk kepada seseorang memberikan atau menerima suapan atau hadiah dengan matlamat untuk mempengaruhi tindakan seseorang, terutamanya mereka yang memegang jawatan awam atau orang yang berkuasa. Secara umumnya, rasuah melibatkan pertukaran wang, hadiah, atau faedah lain sebagai cara untuk mendapatkan perlindungan, keputusan yang menguntungkan, atau perlakuan istimewa. Selain itu, dengan rasuah boleh menjejaskan integriti sistem keadilan dan boleh menyebabkan ketidaksamaan sosial, dan menyekatkan kemajuan ekonomi. Perkara ini, akan menyebabkan ketidakstabilan politik dan mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Untuk pengetahuan semua, rasuah boleh terjadi dalam pelbagai bidang antaranya bidang perniagaan, politik, pentadbiran awam dan badan kehakiman. Terdapat banyak negara atau organisasi antarabangsa telah mula membanteras kes ini dengan menjalankan tindakan bagi memerangi rasuah ini bagi memastikkan sistem pentadbiran ataupun yang berkaitan berjalan dnegan adil dan telus. Isu ini dianggap serius kerana isu ini akan mencemarkan nama baik sesebuah negara jika tidak dibanteras. Oleh itu, pelbagai pihak memainkan peranan yang penting dalam menangani isu ini. M 03 BAB 2


RASUAH DALAM KALANGAN JURULATIH RASUAH DALAM KALANGAN PENGURUS Seseorang individu yang memberikan suapan ataupun upah kepada jurulatih bagi mempengaruhi sesuatu pasukan seperti pemilihan sesuatu pemain atau pemindahan pemain antara kelab. Contohnya, seorang jurulatih didapati terbabit dalam skandal rasuah Liga Malaysia pada musim lepasakan dikenakan hukuman penggantungan antara dua hingga lima tahun. Dimana seorang pengurus pasukan mempengaruhi dalam pemilihan pemain ataupun keputusan yang lain dengan menerima rasuah daripada seseorang individu. Persatuan Bola Sepak Malaysia ataupun yang dikenali sebagai FAM dikenakan tindakan iaitu terpaksa membayar denda sebanyak RM5,000. Dimana ketua jurulatih, penolong pengurus dan seorang pengawai pasukan digantung seumur hidup dan didenda RM20,000 disebabkan bersubahat. Dimana seseorang individu memberikan sebuah suapan ataupun upah kepada pengadil untuk mengubah atau memanipulasikan seseuatu keputusan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan perlawanan. Antara kes yang terlibat dalam kalangan pengadil iaitu seorang pengadil iaitu Oden Charles Mbaga digantung seumur hidup dan dikenakan denda sebanyak 200 ribu Swiss Francs atau setara dengan RM812,712 kerana telah memanipulasikan perlawanan bola sepak iaitu menerima rasuah untuk melanggar kod etika FIFA. RASUAH DALAM KALANGAN PENGADIL RASUAH DALAM PERTANDINGAN Dimana individu yang berjawatan dalam sebuah pertandingan akan memaipulasikan jadual pertandingan, hasil pertandingan ataupun keputusan yang akan memberikan keuntungan kepada pelbagai pihak. Berlakunya satu kes yang melibatkan seorang warga Singapura iaitu R. Kurusamy yang mengaku merasuahkan pengurus pasukan bola sepak Timor Leste, Orlando Marrques Mendes dengan memberikan amaun sebanyak RM12,000 untuk sengaja kalah dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA. RASUAH DALAM KALANGAN PEMAIN Upah yang diberikan oleh pemain untuk memanipulasikan sebuah perlawanan yang berlangsung. Antaranya dengan sengaja untuk melakukan kesilapan semasa perlawanan berlangsung. Seperti kes yang berlaku dalam kalangan pemain Terengganu. Dimana pemain tersebut didakwa memiliki amaun sebanyak RM 27,000 di dalam akaunnya dan mengaku amaun tersebut hasil dalam mengatur sebuah perlawanan. JENIS RASUAH DALAM KALANGAN BOLA SEPAK 04


KETAMAKAN KELEMAHAN PENGURUSAN DALAMAN Faktor rasuah sering kali disebabkan oleh ketamakan di kalangan individu yang terlibat dalam sukan, termasuk bola sepak. Ketamakan boleh memacu orang untuk menerima suapan atau melakukan tindakan yang tidak jujur dengan harapan mendapatkan keuntungan kewangan atau kelebihan lainnya. Keinginan untuk memperoleh manfaat peribadi sering kali menjadi pendorong utama di sebalik tindakan rasuah, merosakkan integriti sukan dan kepercayaan peminat. Usaha untuk mengurangkan rasuah melibatkan penguatkuasaan peraturan, pendidikan etika, dan tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam amalan tidak beretika. Pemain yang tamak selalunya akan mudah terlibat dengan gejala rasuah ini tetapi kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah. Ketelusan Kurangnya ketelusan dalam proses pengambilan keputusan dan pengurusan kewangan dapat memberi ruang kepada tindakan rasuah, kerana keputusan mungkin dibuat secara tidak telus. Sistem Kawalan yang Lemah Sistem kawalan dalaman yang tidak memadai boleh membolehkan tindakan rasuah tanpa dikesan. Misalnya, kelemahan dalam pengesahan tindakan dan keputusan yang diambil. Kegagalan Menangani Konflik Kepentingan Jika tidak ada mekanisme yang kuat untuk menguruskan konflik kepentingan di dalam organisasi, individu mungkin memanfaatkan kedudukan mereka untuk keuntungan peribadi. Pembaikan dalam pengurusan dalaman termasuk penguatan sistem kawalan, peningkatan ketelusan, dan penerapan etika yang ketat dapat membantu mengurangkan peluang untuk amalan rasuah dan meningkatkan integriti dalam sukan Kewujudan peluang dalam konteks bola sepak boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada rasuah. Peluang ini muncul apabila terdapat celah atau kekurangan dalam sistem pengurusan dan peraturan sukan, mencipta ruang untuk amalan tidak jujur. Ketidakjelasan Peraturan Jika peraturan sukan tidak jelas atau terdapat kekurangan dalam pelaksanaannya, ini boleh memberi peluang kepada individu untuk menyalahgunakan sistem untuk keuntungan peribadi. Ketidakseimbangan Penguasaan Kuasa Apabila terdapat ketidakseimbangan dalam penguasaan kuasa, golongan tertentu mungkin memanfaatkan situasi ini untuk memanipulasi keputusan atau kepentingan dalam permainan. Ketidakcukupan Kawalan dan Pemantauan Kurangnya kawalan dan pemantauan terhadap aktiviti sukan, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan pasukan dan perlawanan, boleh mencipta peluang bagi amalan rasuah. KEWUJUDAN PELUANG PENYALAHGUNAAN KUASA Apabila individu yang memegang kuasa dalam sukan menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan keuntungan peribadi atau untuk memanipulasi situasi demi kepentingan diri sendiri atau pihak tertentu, ini membuka pintu kepada amalan rasuah. Manipulasi Keputusan Individu yang menyalahgunakan kuasa mungkin cuba memanipulasi keputusan seperti pemilihan pemain, penentuan peraturan, atau tindakan pengadil untuk memastikan hasil yang menguntungkan mereka. Ketidakadilan dalam Pengurusan Dana Penyalahgunaan kuasa juga boleh berlaku dalam pengurusan dana dan pemilihan projek pembangunan sukan. Dana yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan umum atau pembangunan bola sepak boleh dialihkan untuk keuntungan peribadi. Ketidakseimbangan dalam Pengedaran Sumber Individu yang menyalahgunakan kuasa boleh memanfaatkan kedudukan mereka untuk mengarahkan sumber dan peluang kepada pihak tertentu, tanpa menghiraukan keadilan atau kepentingan umum. FAKTOR RASUAH BERLAKU DALAM BOLA SEPAK 05


HUKUMAN RASUAH DALAM BOLA SEPAK Kepada pemain yang melibatkan diri mereka dalam gejala rasuah, tentunya ada hukumannya diberi sebagai pengajaran supaya tidak lagi mengulanginya. Hukumannya adalah dibuang dalam penjara sekurang-kurangnya tiga tahun ke atas kepada yang terlibat dalam aktiviti mengatur perlawanan, dipercayai boleh membantu mencegah isu yang sama berulang dan mengganggu bola sepak negara pada masa hadapan. Jika pemain selesai menjalani hukuman penjara, malangnya bagi mereka, hukuman seterusnya akan diteruskan iaitu digantung seumur hidup daripada melibatkan diri dalam aktiviti bola sepak, tidak kira sebagai pegawai pasukan atau jurulatih. Pada bulan Ogos 2010, hukuman penjara dua tahun dijatuhkan kepada seorang bekas pemain Piala Presiden T-Team kerana pertuduhan dalam memberi keterangan yang palsu semasa perbicaraan mengatur perlawanan. DALAM MALAYSIA DI LUAR NEGARA U.S - Rasuah pegawai awam boleh membawa kepada denda sehingga tiga kali ganda nilai rasuah dan penjara sehingga lima belas tahun di penjara persekutuan. Selain itu, sabitan boleh menghalang seseorang daripada memegang mana-mana jawatan kehormatan, amanah atau keuntungan di Amerika Syarikat. UK - Sebarang kesalahan di bawah ‘Bribery Act 2010’ yang dilakukan oleh individu di bawah seksyen 1, 2 atau 6 adalah boleh dihukum sama ada denda atau penjara sehingga 10 tahun (12 bulan sebagai ringkasan sabitan di England dan Wales atau Scotland atau 6 bulan di Ireland Utara), atau keduaduanya. Kesalahan yang dilakukan oleh seseorang selain daripada individu boleh dihukum dengan denda. Dalam kedua-dua kes, denda mungkin sehingga maksimum berkanun (kini £5000 di England dan Wales atau Ireland Utara, £10000 di Scotland) jika sabitan adalah ringkasan dan tidak terhad jika sabitan pada dakwaan. Kesalahan seksyen 7 hanya boleh dibicarakan apabila didakwa. Vietnam - Pada 25hb Ogos 2014, sembilan orang pemain bola sepak dari kelab Vissai Ninh Binh dan seorang bookie telah dijatuhkan hukuman kerana menerima rasuah sebanyak AS$40,000 (RM126,481) dan juga mengatur keputusan perlawanan semasa Piala AFC. Selepas keputusan itu, seorang bookie, Dao Luc Doi, dan bekas pemain kebangsaan, Tran Manh, masingmasing dikenakan hukuman penjara 30 bulan. Walau bagaimanapun, lapan pemain lain yang melakukan kesalahan digantung perlawanan. Keputusan itu dianggap sepadan dengan hukuman berat yang dikenakan terhadap pesalah rasuah Vietnam yang terkenal dengan kes mengatur perlawanan dan perjudian. Hasilnya, enam pemain Vietnam didapati bersalah tetapi tidak dihukum penjara, manakala dua bekas rakan sepasukan mereka yang bertindak sebagai orang tengah dikenakan hukuman penjara tiga hingga enam tahun. 06 BAB 3


MENGUATKUASAKAN PERATURAN YANG KETAT MENINGKATKAN PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN Memastikan wujudnya peraturan sukan yang jelas dan ketat, serta mengenakan tindakan tegas bagi pelanggaran. Ini termasuk peraturan tentang penerimaan suapan, konflik kepentingan, dan tindakan tidak etika. Memperkenalkan sistem pengawasan dan pemantauan yang cekap, termasuk teknologi yang dapat membantu mendeteksi dan mencegah aktiviti rasuah. Penggunaan teknologi seperti pengawasan video dan analisis data dapat membantu meningkatkan integriti permainan.. LANGKAH MENGATASI RASUAH DALAM SUKAN BOLA SEPAK MENGGALAKKAN PELAPORAN Membentuk saluran pelaporan yang selamat dan dirahsiakan bagi mereka yang ingin melaporkan aktiviti rasuah. Ini mendorong keterbukaan dan memberi keberanian kepada individu untuk membongkar amalan tidak jujur. PENGLIBATAN MASYARAKAT Melibatkan masyarakat dalam menyokong integriti sukan dan mempromosikan nilai-nilai positif, menjadikan sukan lebih bersifat inklusif dan mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan masyarakat. 07


Melibatkan pemain, pengurus, dan pihak terlibat lain dalam program pendidikan etika dan kesedaran rasuah. Membina kesedaran tentang akibat negatif rasuah dan mengukuhkan nilai integriti dalam sukan. LANGKAH MENGATASI RASUAH DALAM SUKAN BOLA SEPAK PENDIDIKAN DAN LATIHAN ETIKA KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA LUAR PENYELIAAN KEWANGAN DAN TRANSAKSI Bekerjasama dengan badan penguatkuasa undang-undang dan badan anti-rasuah untuk menyiasat dan mendakwa individu yang terlibat dalam amalan rasuah. Memastikan kewangan pasukan dan organisasi sukan dipantau dengan cermat untuk menghalang penyalahgunaan dana dan transaksi yang mencurigakan. 08 PENYELIAAN KEWANGAN DAN TRANSAKSI Melakukan penyiasatan menyeluruh terhadap kes-kes yang mencurigakan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau pasukan yang terbukti terlibat dalam rasuah. Ini termasuk hukuman berat dan diskualifikasi.


GARIS MASA PERISTIWA KRONOLOGI SKANDAL FIFA 2015 MEI 2015 JUN 2015 27 Mei, Pendakwa raya AS mendakwa 9 pegawai kanan pertubuhan itu, serta lima eksekutif media sukan dan promosi, atas dakwaan rasuah selama dua puluh empat tahun. 7 pegawai daripadanya didakwa oleh pihak berkuasa Switzerland di Zurich. Pihak berkuasa Switzerland merampas dokumen dari pejabat FIFA sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah berasingan terhadap bidaan Piala Dunia 2018 dan 2022. Jack Warner, bekas naib presiden FIFA, dijangka menghabiskan malamnya di penjara di Trinidad dan Tobago selepas menyerah diri atas permintaan pihak berkuasa AS, yang memfailkan tuduhan rasuah terhadapnya dan 13 individu lain yang terikat dengan bola sepak antarabangsa. 28 Mei, Menteri Sukan Afrika Selatan Fikile Mbalula menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kerajaannya mungkin telah memenangi hak untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia dengan membayar sekurang-kurangnya $10 juta dalam bentuk rasuah. 2 Jun, mendakwa bahawa Jérôme Valcke mungkin terlibat dalam rasuah kepada bekas eksekutif FIFA Jack Warner mengenai undian Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. 4 hari selepas pemilihan, Sepp Blatter mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Presiden FIFA. 3 Jun, Dalam keterangan yang diterbitkan oleh Jabatan Kehakiman AS, Chuck Blazer, bekas pegawai CONCACAF, menyatakan bahawa dia dan individu lain menerima rasuah untuk memastikan Afrika Selatan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2010. Blazer menyatakan bahawa dia menyokong rasuah dalam pemberian Piala Dunia 1998 di Perancis. 7 Jun, Persatuan Bola Sepak Afrika Selatan, SAFA menafikan dakwaan Blazer bahawa ia mengeluarkan rasuah untuk memenangi undian menganjurkan Piala Dunia 2010. 6 Jun, Phaedra Almajid, yang ditahan oleh FBI, mendakwa bahawa FIFA akan diminta untuk melucutkan Qatar daripada menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. 8 Jun, Fikile Mbalula, menteri sukan Afrika Selatan, mendakwa bayaran $10 juta kepada Warner sebagai rasuah. Transkrip peruntukan yang dibuat oleh bekas ahli FIFA dan ketua CONCACAF, Chuck Blazer, dibuka oleh FBI. 09 BAB 4


JULAI 2015 2 Julai, Amerika Syarikat meminta pihak berkuasa Switzerland mengekstradisi 7 pegawai FIFA yang ditahan pada Mei di Zurich. 9 Julai, Blazer dilarang seumur hidup daripada sebarang aktiviti bola sepak. 16 Julai, dilaporkan bahawa Jeffrey Webb diekstradisi ke Amerika Syarikat. 20 Julai, FIFA mengumumkan bahawa pemilihan presiden baharu akan diadakan pada 26 Februari 2016. 24 Julai, Valcke mengumumkan akan meninggalkan jawatannya sebagai setiausaha agung FIFA pada bulan Februari. 29 Julai, Michel Platini, Presiden UEFA, membuat pengumuman bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden FIFA. SEPTEMBER 2015 17 September, FIFA menyatakan bahawa Jérôme Valcke telah dicutikan dan dilepaskan daripada tugasnya sehingga diberitahu kemudiannya. Keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kecemasan FIFA (FIFA Emergency Committee) selepas beberapa dakwaan yang melibatkan Valcke menjual tiket Piala Dunia dengan harga melebihi nilai asalnya. 25 September, Prosiding jenayah telah dimulakan terhadap Blatter oleh pendakwa raya Switzerland kerana disyaki dengan salah urus jenayah dan penyelewengan. Blatter menafikan sebarang dakwaan salah laku. OKTOBER 2015 NOVEMBER 2015 DISEMBER 2015 JANUARI 2016 FEBRUARI 2016 8 Oktober, Presiden FIFA Sepp Blatter, Setiausaha Agung Jerome Valcke dan Presiden UEFA Michel Platini digantung kerja selama 80 hari oleh Jawatankuasa Etika FIFA (FIFA Emergency Committee). 18 November, Blatter merayu untuk menarik balik penggantungan itu tetapi kalah. 26 November, Polis Jerman telah menggeledah ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Jerman (German Football Association) berhubung dakwaan perjanjian haram sebelum Piala Dunia 2006. Ketua presiden Persatuan Bola Sepak Jerman, Wolfgang Niersbach, meletak jawatan. Marco Polo del Nero dari Brazil, presiden persekutuan bola sepak Brazil mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jawatankuasa Eksekutif FIFA (FIFA Executive Committee). 3 Disember, Naib presiden FIFA Alfredo Hawit dan Juan Angel Napout telah ditangkap kerana disyaki rasuah di hotel Zurich yang sama di mana tujuh pegawai FIFA telah ditangkap pada Mei 2015. Beberapa jam kemudian, Jabatan Kehakiman A.S. mendedahkan tambahan 16 dakwaan untuk skim jenayah; selain itu, bekas presiden CONCACAF Jeffrey Webb mengaku bersalah atas pengubahan wang haram, wire fraud dan racketeering. 21 Disember, Jawatankuasa Etika FIFA melarang Sepp Blatter dan Michel Platini selama lapan tahun daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak yang dianjurkan oleh FIFA selepas didapati bersalah atas "pembayaran tidak wajar" £1.3 juta ($2 juta) yang dibuat kepada Platini pada tahun 2011. Blatter berkata dia akan merayu keputusan itu. 9 Januari, Jawatankuasa Kecemasan FIFA memutuskan untuk memecat Jérôme Valcke sebagai Setiausaha Agung FIFA dan menamatkan hubungan pekerjaannya. 26 Februari, Extraordinary FIFA Congress telah diadakan dan memilih Setiausaha Agung UEFA Gianni Infantino sebagai presiden baharu FIFA sambil turut meluluskan cadangan pembaharuan yang penting. 10


11 TERTUDUH TAHAP TERTINGGI INDIVIDU YANG TERLIBAT Sepp Blatter Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) Michel Platini Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) Issa Hayatou President


Jeffrey Webb Presiden CONCACAF, Naib Presiden FIFA Jack Warner Bekas Presiden CONCACAF, Naib Presiden FIFA Eugenio Figueredo Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, bekas Naib Presiden FIFA Eduardo Li Presiden Persatuan Bola Sepak Costa Rica, ahli Majlis Eksekutif FIFA Nicolás Leoz Bekas ahli Majlis Eksekutif FIFA José Maria Marin Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil Julio Rocha Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Nicaragua, pegawai Pembangunan FIFA Rafael Esquivel Presiden Persatuan Bola Sepak Venezuela 12


Kesemua individu dan organisasi yang terlibat dalam kegiatan rasuah ini mempunyai kuasa dalam mengawal ‘sistem penyiaran sewaktu perlawanan berlangsung’, ‘di mana perlawanan akan diadakan’ dan ‘siapa (organisasi) yang akan mengawal dalam penyusunan bola sepak peringkat antarabangsa. - Peguam Negara, Loretta E. Lynch Aktiviti tersebut telah dilakukan bertahun-tahun lamanya Beliau (Jack Warner) telah mengundi negara South Africa bagi mendapat tempat Piala Dunia pada tahun 2010. Dia telah mengubahkan habuan rasuah tersebut dalam keperluan persendirian Pihak Persekutuan telah mendakwa dan menyenaraikan sebanyak 47 dakwaan, termasuk rasuah, penipuan dan pengubahan wang haram Hasil siasatan telah dilakukan selama 4 tahun oleh F.B.I’s New York Office. Namun begitu, FIFA telah mengelak daripada pertuduhan korupsi selama bertahun-tahun. Cara pengaliran wang korupsi ini adalah melalui penipuan kontrak konsultasi, penghantaran wang melalui pertubuhan pekerjaan dalam industri kewangan, pengwujudan ‘shell companies’ dengan cukai yang rendah, persembunyian akaun bank asing, dan pemberian wang tunai secara banyak. Jack Warner telah membeli kertas undi dalam harga bidaan yang tinggi. Pada awal 2004, dia telah pergi ke Morocco di mana ahli komuniti telah menawarkan kepada beliau sebanyak $1 juta namun, South Africa menambahkan nilai bidaan kepada $10 juta. MENURUT THE NEW YORK TIMES: Pada hari kejadian, pemimpin FIFA berkumpul bagi menghadiri mesyuarat tahunan di Baur au Lac Hotel. Mereka di tahan apabila serbuan oleh Swiss Law Enforcement Officials Penyiasatan dilakukan oleh F.B.I dan telah mendapati bahawa aktiviti rasuah ini telah berjalan selama 2 dekad serta termasuklah bidaan mengenai Piala Dunia (World Cup) dan pemasaran dan penyiaran. Pihak pendakwaan juga telah memberikan nama sebanyak 14 orang yang terlibat dalam tuduhan mengambil rasuah serta juga terlibat pihak atasan iaitu eksekutif ‘sportsmarketing’ daripada United States dan South America. LAPORAN DARI US DEPARTMENT 13 Pada tarikh 27 Mei 2015 US telah berjanji untuk menamatkan aktiviti rasuah dalam FIFA


HUKUMAN YANG DIKENAKAN Hukuman yang dikenakan akibat skandal rasuah FIFA 2015 berbezabeza bergantung kepada individu yang terlibat Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa), Sepp Blatter dan Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini digantung selama lapan tahun selepas disabitkan dengan skandal rasuah. Kedua-dua mereka sebelum ini telah digantung selama 90 hari pada Oktober 2015 bagi memberi laluan siasatan terhadap kes pembayaran franc Swiss 2,000,000 (AS$ 2,020,000) oleh Fifa kepada Platini pada tahun 2011. Keputusan Jawatankuasa Etika Fifa yang bersidang di Zurich, Switzerland telah menyingkirkan mereka daripada sebarang aktiviti bola sepak di semua peringkat sepanjang tempoh tersebut. Wakil presiden FIFA iaitu Jeffrey Webb adalah salah seorang dari sejumlah pejabat FIFA yang ditangkap dalam skandal ini. Jeffrey Webb mengaku kesalahannya dan telah bersetuju untuk bekerja sama dengan Amerika Syarikat. Selain penalti individu, FIFA juga dikenakan denda besar oleh pihak berkuasa Switzerland kibat daripada kes skandal rasuah yang berlaku pada 2015. Pada 2015, pihak berkuasa Switzerland mendenda FIFA CHF 27 juta sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap rasuah dalam organisasi itu. Denda ini meliputi dakwaan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan proses pemilihan tuan rumah Piala Dunia. Rafael Esquivel, presiden Persekutuan Bola Sepak Venezuela dan naib presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), telah dihukum oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat. Dia didapati bersalah kerana rasuah dan pengubahan wang haram. Pada 2016, Esquivel bersetuju untuk menyerahkan asetnya dan menerima hukuman penjara hampir empat tahun. Jack Warner telah dikenakan larangan seumur hidup oleh Jawatankuasa Etika FIFA pada 2015. Sekatan itu melibatkan larangan ke atas semua aktiviti berkaitan bola sepak, sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beberapa individu lain juga turut disabitkan kesalahan dan mengaku bersalah dalam prosiding undangundang. 14


TERTUDUH YANG DISABITKAN KESALAHAN Jeffrey Webb [58] Presiden CONCACAF, Naib Presiden FIFA sejak 2012 Menyuruh pihak FIFA untuk mengeluarkan laporan penuh mengenai proses bidaan bagi Piala Dunia (World Cup) 2018 dan 2022. Jack Warner [80] Bekas Presiden CONCACAF, Naib Presiden FIFA Menghalang penyiaran awam Menerima ‘manfaat’ daripada penjualan semula tiket Piala Dunia (World Cup) dan hak penyiaran Menggunakan dana FIFA yang bernilai $26 juta bagi membina pusat latihan dalam aset harta bendanya. Tidak melengkapkan laporan kewangan CONCACAF dengan alasan tidak berasas dan berniat jahat Eugenio Figueredo [91] Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay, bekas Naib Presiden FIFA Meminta rasuah bagi undiannya dalam pertandingan Piala Dunia (World Cup) bagi tahun 2018 dan 2022 Eduardo Li Presiden Persatuan Bola Sepak Costa Rica, ahli Majlis Eksekutif FIFA Panel penyelia dalam Under-17 Women’s World Cup Nicolás Leoz [94] Bekas ahli Majlis Eksekutif FIFA Menerima sogokan daripada bekas FIFA rakan pemasaran pada 1990an Piala Dunia (World Cup) England 2018 membida dan ingin menuntut gelaran kesatria dalam pertukaran undiannya 15 BAB 5


TERTUDUH YANG DISABITKAN KESALAHAN José Maria Marin (91) Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Brazil Julio Rocha Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Nicaragua, pegawai Pembangunan FIFA dan bekas Presiden Central American Football Union Rafael Esquivel [ 76] Presiden Persatuan Bola Sepak Venezuela Costas Takkas Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Cayman Islands Aaron Davidson Presiden Traffic Sports USA Inc. Promoter perlawanan bola sepak Pengerusi badan ‘ the North American Soccer League’ 16


TERTUDUH YANG DISABITKAN KESALAHAN Alejandro Burzaco CEO stesen Televisyen di Argentina mengawal Torneos y Competencias Hugo Jinkis Presiden Full Play International berasal dari Argentina Mariano Jinkis Wakil Presiden di Full Play International berasal dari Argentina Jose Margulies Eksekutif Penyiaran Menjadi perantara bagi menyalurkan wang haram, rasuah 17


Skandal rasuah yang berlaku ini telah memberikan kesankesan kepada FIFA contohnya : Sepp Blatter meletakkan jawatannya sebagai presiden. Tawaran piala dunia digantung contohnya FIFA menangguhkan proses bidaan Piala Dunia 2026. Skandal rasuah ini telah merosakkan reputasi FIFA sebagai persatuan bola sepak dunia. Kepercayaan penyokong bola sepak terhadap integriti organisasi ini telah goyah. Beberapa pegawai FIFA meletak jawatan atau dipecat. Contoh seperti Presiden Sepp Blatter dan beberapa pegawai kanan FIFA telah dipecat. Penaja dan pelabur menarik diri daripada terlibat dengan FIFA. KESAN KEPADA FIFA 18


i. PENYIASATAN DAN TINDAKAN DISIPLIN: FIFA memulakan penyiasatan menyeluruh terhadap tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan pelanggaran etika terhadap individu yang terlibat. Penyiasatan ini dilakukan dengan teliti untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh tentang keadaan yang berlaku serta mengelakkan berlakunya sebarang kesalahan ketika laporan dilakukan. Mereka yang melakukan pelbagai pelanggaran etika dan penyalahgunaan kuasa akan dihukum. Tindakan disiplin diambil untuk memastikan FIFA mengekalkan piawaian dan prinsipnya dan menunjukkan kepada semua ahli bahawa tindakan tidak bertanggungjawab tidak dibenarkan di dalam organisasi. TINDAKAN FIFA ii. KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA LUAR: FIFA telah bekerjasama dengan pihak berkuasa luar, seperti badan undang-undang dan badan penguatkuasa undang-undang. Hal ini dilakukan dalam usaha untuk menyiasat dan menangani pelanggaran undang-undang yang berlaku dalam organisasi mereka. Kerjasama ini merupakan cara proaktif untuk memastikan isu undang-undang FIFA disiasat dengan serius oleh pihak yang mempunyai bidang kuasa dan kepakaran yang sesuai. Selain itu, tindakan ini menunjukkan kepada orang ramai dan peminat bola sepak bahawa FIFA akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa luar untuk memastikan integriti dan kepatuhan undangundang dikekalkan dalam semua aktiviti mereka. 19


iii. PEMBAHARUAN DAN PERUBAHAN DALAMAN: FIFA telah melakukan banyak reformasi dalaman serta mengubah struktur pengurusannya. Tujuannya adalah untuk meningkatkan tahap akauntabiliti dan ketelusan organisasi. Mereka telah mengumumkan beberapa pembaharuan, termasuk menyelaraskan semula struktur pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dan integriti. Selain itu, perubahan yang dibuat pada proses pentadbiran dan pemilihan bertujuan untuk menjadikan proses pemilihan lebih adil dan terbuka. Melalui tindakan ini, FIFA meningkatkan kepercayaan peminat dan pelbagai pihak yang berkepentingan terhadap badan induk bola sepak dunia dengan menegakkan prinsip etika dan memastikan setiap aspek operasi dijalankan di bawah pengawasan yang lebih telus dan profesional. TINDAKAN FIFA iv. PENEKANAN KEPADA KETELUSAN DAN ETIKA: FIFA telah meningkatkan penekanan pada prinsip etika dalam organisasinya. Mereka mencapai matlamat ini dengan menekankan betapa pentingnya tingkah laku beretika dalam setiap aspek aktiviti organisasi. Selain itu, tindakan tambahan diambil untuk meningkatkan transparensi dalam proses operasi badan dan proses membuat keputusan. Dengan menekankan prinsip etika dan peningkatan ketelusan ini, FIFA berusaha untuk menjaga integriti, kejujuran, dan memastikan pandangan yang jelas dan boleh dipertanggungjawabkan tentang keputusan dan proses operasi. Langkah-langkah ini adalah penting untuk meningkatkan reputasi FIFA dan meningkatkan keyakinan peminat dan pemain bola sepak di seluruh dunia terhadap pentadbirannya. 20


RUMUSAN Rasuah dalam FIFA membawa implikasi serius kepada dunia bola sepak secara global. Isu ini tidak hanya mencerminkan cabaran tempatan, tetapi juga mencurahkan ketidakpastian terhadap integriti dan profesionalisme dalam pengurusan sukan di peringkat antarabangsa. Kejadian rasuah yang melibatkan pegawai atau pemain bukan sahaja boleh merosakkan reputasi organisasi, malah boleh memberi kesan mendalam terhadap seluruh ekosistem bola sepak. Tindakan rasuah tidak hanya merosakkan imej sukan, tetapi juga menggugat keyakinan peminat. Pada masa yang sama, ia merampas peluang daripada pasukan dan pemain yang berusaha keras untuk mencapai kejayaan melalui usaha dan bakat mereka. Ini bukan sahaja mencipta ketidakadilan dalam saingan, tetapi juga mengancam keaslian permainan dan kepercayaan peminat kepada integriti bola sepak sebagai satu sukan yang adil dan murni. Sebagai badan pengurusan tertinggi dalam bola sepak antarabangsa, FIFA perlu mengambil tanggungjawab proaktif dalam menangani isu rasuah ini. Langkah-langkah pencegahan yang kukuh, penegakan undang-undang yang tegas, dan hukuman yang sewajarnya terhadap individu yang terlibat menjadi kunci dalam mengekang amalan rasuah. Kerjasama antarabangsa dan koordinasi dengan agensi anti-rasuah juga penting bagi memastikan pendekatan komprehensif dalam menangani cabaran ini. Melalui komitmen yang teguh untuk membina dan mengekalkan budaya kebertanggungjawaban, FIFA berpeluang untuk mengembalikan kepercayaan peminat dan pemain kepada permainan. Ini bukan hanya untuk mengukuhkan bola sepak sebagai satu sukan yang mempromosikan bakat dan semangat persaingan, tetapi juga sebagai wadah di mana nilai-nilai integriti, kejujuran, dan keadilan dikedepankan untuk kesejahteraan sukan secara keseluruhan. BAB 6 21


KESIMPULAN Kesimpulan mengenai rasuah dalam FIFA ialah ia merupakan isu serius yang merosakkan integriti dan keadilan dalam pengurusan bola sepak antarabangsa. Tindakanrasuahbolehmembahayakanimejpermainan dan menggugat keyakinan peminat. FIFA perlu terus meningkatkan langkah-langkah pencegahan dan penaltiuntukmemastikanpentadbiranyangbersihdan profesional. 22


RUJUKAN Matt Apuzzo, Stephenie Clifford and Willian K. Rashbaum The New York Times ( 26 May 2015), FIFA Official Arrested on Corruption Charges; Blatter Isn’t Among Them https://www.nytimes.com/2015/05/28/sports/soccer/fifa-officials-arrestedon-corruption-charges-blatter-isnt-among-them.html Stephenie Clifford and Matt Apuzzo The New York Times (27 May 2015), After Indicting 14 Soccer Officials, US Vows to End Graft in FIFA https://www.nytimes.com/2015/05/28/sports/soccer/fifa-officials-arrested-oncorruption-charges-blatter-isnt-among-them.html The New York Times (27 May 2015) , Here Are the FIFA Officials Indicated on Corruption Charges https://www.nytimes.com/interactive/2015/05/27/sports/soccer/the-fifa-officialscharged-with-corruption.html Owen Gibson in Zurich and Damien Gayle in London (27 May 2015), Fifa officials arrested on corruption charges as World Cup inquiry launched https://www.theguardian.com/football/2015/may/27/several-top-fifa-officialsarrested Austin Knoblauch and Barry Stavro (2 June 2015), A timeline on the FIFA scandal https://www.latimes.com/sports/soccer/la-sp-fifa-scandal-timeline-20150603- story.html Press Association (25 Sep 2015), Full timeline of FIFA corruption scandal as criminal proceedings are opened against Sepp Blatter https://www.mirror.co.uk/sport/football/news/full-timeline-fifa-corruptionscandal-6517127 United States Department of Justice (27 May 2015), Nine FIFA Officials and Five Corporate Executives Indicted for Racketeering Conspiracy and Corruption https://www.justice.gov/opa/pr/nine-fifa-officials-and-five-corporateexecutives-indicted-racketeering-conspiracy-and Zulfaizan Mansor (18 Februari 2018), Penjara pemain terbabit rasuah. https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2018/02/389669/penjara-pemainterbabit-rasuah Carmichael Ellis & Brock, Federal Bribery Charges. https://www.carmichaellegal.com/federal-bribery charges#:~:text=Bribery%20Penalties,profit%20under%20the%20United%20State s. Bribery A. (2010) EXPLANATORY NOTES https://www.legislation.gov.uk/ukpga/2010/23/pdfs/ukpgaen_20100023_en.pdf Malaysia Kini (21 Dec 2015) Skandal rasuah, presiden Fifa digantung 8 tahun https://www.malaysiakini.com/sukan/324145 Namri Sidek (5 May 2018), 5 kes Rasuah Melibatkan Sukan Bola Sepak di Negara Kita 5 Kes Rasuah Melibatkan Sukan Bola Sepak di Negara Kita | Iluminasi Au Yeong How (7 Jun 2011), Rasuah: Pemain Terengganu Bakal Diheret ke Mahkamah Rasuah: Pemain Terengganu Bakal Diheret Ke Mahkamah - Semasa | mStar 23


Click to View FlipBook Version