PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR
PANDUAN PENULISAN
BUKU LOG DAN LAPORAN
KE ARAH PENGAKAP RAJA
EDARAN DALAMAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR
DITERBITKAN OLEH
LEMBAGA PENARAFAN PENGAKAP RAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR
Panduan Penulisan Buku Log dan Laporan
Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Selangor
April 2020
Untuk
Edaran Dalaman Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor
Oleh
Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Selangor
(Scouts Association of Malaysia, Selangor State)
diperbadankan di bawah Akta Parlimen No. 784, 1968 (Disemak-2016)
d/a Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort,
Lot 1407, KM27 Jalan Sungai Lalang,
47300 Semenyih, Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada
Dr. Ekbert Yong Yen Loong, LT
Pesuruhjaya Latihan Negara
Haji Noor Hashim bin Ismail, LT
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor
Ahli Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor
Penasihat dan Pembimbing
Mohd Nazlee bin Haji Mohd Baki, LT
Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Selangor
Mohd Fadzil bin Mohd Yusop, LT
Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Selangor
Mohd Azri bin Ramli @ Hisham, LT
Setiausaha Eksekutif Latihan dan Program (Ketua Bahagian)
Persekutuan Pengakap Malaysia
Editor dan Pengarang
Mohd Haffiz bin Hamdan Shukor, LT
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor (Pengurusan & Pentadbiran)
Merangkap Setiausaha Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor
Hakcipta Terpelihara
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan laporan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada
elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain tanpa kebenaran bertulis
terlebih dahulu daripada Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Selangor.
APA ITU BUKU LOG?
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
BUKU LOG DAN LAPORAN
1. PENDAHULUAN
a. Dalam Pengakap laporan bertulis biasanya dipanggil `Log’.
b. Buku ‘Log’ merupakan satu catatan atau rekod yang boleh dijadikan panduan
berguna dan bersejarah bagi kejayaan seseorang Pengakap.
c. Ianya menjadi kebanggaan seorang Pengakap yang telah mencapai taraf
berkepengakapan yang tertinggi iaitu Anugerah Pengakap Raja.
2. KANDUNGAN BUKU ‘LOG’
a. Buku Log merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi satu-
satu kejadian yang dirancangkan atau dijadualkan. BUKAN SALINAN yang diambil
daripada buku rujukan atau skima Pengakap.
b. Rakaman peristiwa ini dipamerkan atau dibantu oleh gambar-gambar, gambarajah,
lukisan, lukisan lakar, gambar foto dan contoh untuk menguatkan lagi kejadian
tersebut.
c. Mengandungi perkara berikut:
i. Keterangan dan maklumat peribadi;
ii. Sejarah pergerakan Kepengakapannya;
iii. Kejayaan di dalam ujian lencana;
iv. Penyertaan dalam kursus, seminar, Jambori, Perkhemahan, Kem Latihan,
Kem Kursus Patrol, Bengkel dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.
3. JENIS LOG ATAU LAPORAN
a. Log Pengembaraan
i. Melaporkan perjalanan, peristiwa, cuaca dan kajian dalam liputan masa,
tarikh yang ditetapkan;
ii. Laporan alam semulajadi dalam perjalanan yang dibuat;
iii. Membuat suatu kajian bagi satu tempat yang dilalui;
iv. Mencatatkan peta lakar, gambarajah bagi memberi penerangan kepada
sesuatu pengembaraan.
BUKU LOG DAN LAPORAN 2
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
b. Log Cuaca dan Alam Semulajadi
i. Satu catatan rekod kajian yang dibuat dengan teliti;
ii. Disediakan melalui pengalaman, ujikaji, siasatan dan penelitian yang tertentu.
c. Log berkenaan dengan Kursus, Seminar dan sebagainya
i. Merupakan liputan peristiwa yang berlaku sepanjang acara tersebut
4. MENYEDIAKAN LOG ATAU LAPORAN
a. Seorang pelapor itu mempunyai pemerhatian yang tajam dan baik. Ia dapat
melaporkan apa yang dialaminya
b. Maklumat dan keterangan boleh diperolehi melalui:
- Di mana;
- Apa;
- Mengapa;
- Bila; dan
- Bagaimana
c. Pandai menggunakan panca indera dalam mendapatkan:-
- Fakta yang benar;
- Penerangan lengkap bagi satu benda, orang dan tempat;
- Menghuraikan lokasi yang betul bagi satu tempat, cuaca, alam semulajadi
dan lain-lain penemuan.
5. CARA MENYAMPAIKAN LOG ATAU LAPORAN
a. Laporan Secara Lisan
Disampaikan mengikut susunan nota dengan tertib dan teratur. Pelapornya
hendaklah menyampaikan dengan ringkas, padat dan menarik.
b. Laporan Secara Bertulis
Hendaklah ditulis mengikut format tertentu supaya dapat mengambarkan satu
keterangan di bawah tajuk tersebut.
BUKU LOG DAN LAPORAN 3
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
6. LOG ATAU LAPORAN YANG BAIK
a. Fakta-fakta yang disampaikan adalah yang benar-benar berlaku dan asli;
b. Laporan atau Log yang disediakan itu hendaklah jelas, padat, ringkas dan tepat;
c. Dipersembahkan dan ditulis mengikut susunan format yang ditentukan;
d. Kesimpulan – satu laporan itu hendaklah menarik, tepat dan asli.
7. PANDUAN MENYIMPAN BUKU LOG BAGI SESEORANG PENGAKAP
a. Buku Log hendaklah disediakan dengan menggunakan sebuah buku tulis
setebal sekurang-kurangnya 300 muka surat, pelapor boleh menambah buku
dan melekatnya menjadi satu buku sekiranya buku sedia ada tidak cukup
halaman.
b. Pengakap tersebut hendaklah mencatatkan perkara yang berlaku semasa ianya
menjadi ahli Pengakap seperti berikut:-
i. Maklumat dan keterangan peribadi dengan lengkap;
ii. Rekod Keahlian Pengakap yang meliputi Lencana Keahlian, Sejarah
Pengakap bagi dirinya dan perkembangan dalam memperolehi Lencana
Pengakap;
iii. Rekod sijil-sijil Lencana Kemajuan yang diperolehi;
iv. Rekod penyertaan Pengakap di sebarang kursus, seminar dan lain-lain
aktiviti;
v. Merekodkan catatan persendirian yang berkaitan dengan pergerakan
Pengakap dirinya.
8. TUGAS SEORANG PENARAF DALAM MEMERIKSA BUKU LOG
a. Seorang Penaraf Pengakap Raja hendaklah memastikan bahawa rekod berikut
disediakan oleh Calon Pengakap Raja dengan lengkap dan sempurna:
- Rekod Keahlian Pengakap;
- Butir dan keterangan peribadi Pengakap yang lengkap;
- Butiran ahli-ahli patrol;
BUKU LOG DAN LAPORAN 4
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
- Rekod pembelajaran sukatan pelajaran lencana – bagaimana cara lencana
diperolehi (BUKAN SALINAN NOTA DARI BUKU RUJUKAN PENGAKAP
YANG DIJADIKAN ISI KANDUNGAN BUKU LOG);
- Rekod ujian-ujian semasa mengambil lencana tersebut;
- Mempunyai Bukti bergambar dan pengesahan ketika mengambil ujian;
- Menyedia dan melengkapkan jadual pelaksanaan ujian lencana dan disahkan
oleh penguji (pastikan jarak tempoh setiap ujian lencana mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh Pasukan Latihan Negara);
- Rekod dan sijil bagi lencana yang diperolehi
- Catatan persendirian yang berkaitan dengan pergerakan Pengakap diri calon.
9. PEMERIKSAAN BUKU LOG
Ahli Pengakap yang ingin menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja perlu menghantar
semua buku log seperti berikut:
9.1. Buku Log Lencana Keahlian;
9.2. Tiga (3) Buku Log Unit Pengakap Muda bagi kategori Lencana Kemajuan -
Lencana Usaha, Lencana Maju, dan Lencana Jaya;
9.3. Lapan (8) Buku Log Unit Pengakap Muda - dua (2) lencana kategori kegemaran,
tiga (3) lencana bagi kategori pengetahuan dan tiga (3) lencana bagi ketegori
perkhidmatan;
9.4. Bagi Pengakap Muda Laut dan Pengakap Muda Udara
(a) Pengakap Muda Laut - 3 buku log Lencana Kemajuan Pengakap Muda
Laut (Ahli Bot, Juragan Muda dan Juragan)
(b) Pengakap Muda Udara - 3 buku log Lencana Kemajuan Pengakap Muda
Udara (Ahli Udara Kelas 1, Ahli Udara Kelas II
dan Ahli Udara Utama)
9.5. Lima (5) Buku Log Lencana Tertinggi Unit Pengakap Remaja; dan
9.6. 3 Buku Log tambahan.
Sumber rujukan:
Panduan Pelaksanaan Penarafan Pengakap Raja Edisi 2018 dengan Nombor
Rujukan : PPM-21/3(52)/2018 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Pasukan Latihan
Negara Bil 2/2018 bertarikh : 21 JULAI 2018.
BUKU LOG DAN LAPORAN 5
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
FUNGSI UTAMA BUKU LOG
10. FUNGSI UTAMA BUKU LOG
10.1. Mengukur pencapaian dan penguasaan ahli Pengakap terhadap sesuatu
kemahiran;
10.2. Melatih ahli Pengakap mencari dan mencatat maklumat;
10.3. Menanamkan minat yang tinggi dalam dunia Kepengakapan;
10.4. Memberi ilmu dan kemahiran baharu kepada ahli Pengakap;
10.5. Mewujudkan semangat setia kawan dan kerjasama antara ahli dalam patrol;
10.6. Mewujudkan persaingan sihat di antara ahli Pengakap;
10.7. Memberi peluang kepada Pemimpin dan ahli Pengakap itu sendiri mengenali
potensi diri; dan
10.8. Melahirkan ahli Pengakap yang bertanggungjawab dan berkualiti.
PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG PENGAKAP KANAK-KANAK
11. PENYEDIAAN BUKU LOG BAGI PENGAKAP KANAK-KANAK SAHAJA
11.1. Keputusan Meyuarat Pasukan Latihan Negara Bil. 2/2019 yang bersidang pada
23 November 2019 berkenaan penyediaan buku log Pengakap Kanak-kanak
adalah seperti berikut:
AGENDA 7 – HAL-HAL LAIN
7.3. Encik Zulkifli bin Sulaiman, Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Kelantan
mencadangkan penggunaan buku log unit Pengakap Kanak-kanak boleh
menggunakan buku aktiviti yang terdapat di pasaran atau menggunakan
kaedah tampalan nota dan mewarna untuk penulisan buku log Pengakap
Kanak-kanak supaya mudah digunakan oleh Pengakap Kanak-kanak.
Cadangan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.
Tindakan : Semua Pasukan Latihan Negeri untuk dipanjangkan
11.2. Oleh yang demikian, penyediaan buku log bagi unit Pengakap Kanak-kanak
dibenarkan menggunakan kaedah tampalan nota dan mewarna bagi semua
lencana untuk unit Pengakap Kanak-kanak.
BUKU LOG DAN LAPORAN 6
PANDUAN PENULISAN
BUKU LOG DAN LAPORAN
PENGAKAP MUDA DAN PENGAKAP REMAJA
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
PENGESAHAN PEROLEHAN LENCANA
12. PENGESAHAN BUKU LOG
12.1. Penganugerahan semua lencana perlu dibuat selepas ahli Pengakap
menyiapkan buku log dengan jayanya meliputi semua skim latihan lencana.
12.2. Pemimpin Unit atau Pemimpin Kumpulan perlu menyemak buku log setelah ahli
Pengakap menyiapkan buku lognya. Pemimpin perlu menandakan laporan-
laporan yang tidak lengkap dan memberi cadangan penambahbaikkan laporan
kepada calon untuk diperbaiki log tersebut di ruang komen.
12.3. Pemimpin Kumpulan perlu menyerahkan buku log calon kepada Jawatankuasa
Lencana Daerah untuk disemak dan disahkan.
12.4. Jawatankuasa Lencana Daerah perlu menyerahkan kepada Pesuruhjaya
Pengakap Daerah untuk disahkan dan sijil lencana dikeluarkan.
12.5. Calon boleh memakai lencana setelah buku log disemak dan disahkan oleh
Jawatankuasa Lencana Daerah serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah.
Ahli Pengakap (calon) Menyiapkan buku log berdasarkan kepada peristiwa yang
dialami semasa perolehan lencana mengikut skim lencana
Pemimpin Unit atau Semak buku log, komen dan beri cadangan penambahbaikkan
Pemimpin Kumpulan sekiranya perlu dan tandatangan pengesahan dalam buku log
setelah buku log siap sepenuhnya
Jawatankuasa Semak dan sahkan
Lencana Daerah
Pesuruhjaya Semak dan sahkan
Pengakap Daerah
Jawatankuasa Keluarkan sijil Lencana
Lencana Daerah
Ahli Pengakap (calon) Boleh memakai lencana setelah mendapat pengesahan
daripada Jawatankuasa Lencana Daerah dan Persuruhjaya
Pengakap Daerah
Rajah 1 : Carta semakan buku log dan pengeluaran sijil lencana
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 6
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
JAWATANKUASA LENCANA DAERAH
13. JAWATANKUASA LENCANA DAERAH
13.1. PPM Daerah perlu membentuk Jawatankuasa Lencana Daerah yang memantau
pengeluaran sijil dan lencana di peringkat kumpulan dan daerah.
13.2. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah dan
dianggotai oleh Pengerusi Latihan Daerah, Pengerusi Program Daerah dan
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah untuk Unit-unit Pengakap dalam
Daerahnya.
PEMILIHAN BUKU
14. PEMILIHAN BUKU
14.1. Buku Log bagi Lencana Keahlian, Lencana Kemajuan Pengakap Muda (Lencana
Usaha, Maju dan Jaya) serta Lencana Tertinggi Pengakap Remaja:
14.1.1. Buku kulit keras (hard cover);
Penting : Ini kerana ahli Pengakap sentiasa terlibat dengan pelbagai
situasi, aktiviti serta latihan lasak dan dalam masa yang sama perlu
mencatat segala laporan daripada pemerhatian mereka.
14.1.2. Buku log adalah bersaiz A4.
14.1.3. Jumlah halaman (muka surat) yang boleh memuatkan semua cerita
atau laporan dan gambar-gambar aktiviti berkenaan perolehan
sesuatu lencana kemajuan atau lencana tertinggi;
14.1.4. Buku log boleh ditambah dengan cara melekatkan buku tambahan
sekiranya halaman asal buku log tidak cukup; dan
14.1.5. Buku Log Lencana Kemajuan Pengakap Muda boleh digabungkan
dengan buku log lencana kegemaran, pengetahuan, perkhidmatan
dan 3 lencana (Pengakap Muda Laut atau Udara) dengan syarat
dilekatkan pembahagi antara lencana dengan kertas berwarna lain.
14.2. Buku log bagi lencana kategori kegemaran, pengetahuan, perkhidmatan dan 3
lencana (Pengakap Muda Laut atau Udara)
14.2.1. Boleh menggunakan buku rampaian (buku latihan 1 garis);
14.2.2. Jumlah halaman (muka surat) yang boleh memuatkan semua cerita
atau laporan dan gambar-gambar berkenaan perolehan sesuatu
lencana kegemaran;
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 7
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
14.2.3. Buku log lencana kategori kegemaran, lencana kategori pengetahuan
dan lencana kategori perkhidmatan (Pengakap Muda), 3 lencana
Pengakap Muda Laut dan 3 lencana Pengakap Muda Udara boleh
digabungkan dalam 1 buku dengan syarat dilekatkan pembahagi
antara lencana dengan kertas berwarna lain.
14.3. Buku log tambahan boleh menggunakan sebarang buku yang boleh
mencatatkan peristiwa atau catatan sepanjang menyertai Pergerakan Pengakap.
Contoh buku log tambahan adalah seperti :
14.3.1. Buku log peribadi;
14.3.2. Buku log jambori;
14.3.3. Buku log Jota-Joti;
14.3.4. Buku log Kursus-kursus yang dihadiri (contoh Kursus Ketua Patrol);
14.3.5. Buku log Anugerah Rambu Pengakap Muda;
14.3.6. Buku log Anugerah Rambu Pengakap Remaja;
14.3.7. Buku log Ujian Sikap Pengakap Raja;
14.3.8. Buku log ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertai;
14.3.9. Buku log seminar yang dihadiri (contoh Seminar JKJR);
14.3.10. Buku log program yang disertai (contoh Program Silang Budaya,
Program Anak Angkat, Program Pertukaran Pelajar dan sebagainya).
KEMASAN BUKU LOG
15. BALUTAN BUKU LOG
15.1. Kulit buku log perlu dibalut dengan menggunakan lapisan kertas sebelum dibalut
dengan menggunakan plastik lut sinar di bahagian luar. Lapisan kertas boleh
menggunakan kertas seperti berikut:
15.1.1. Kertas warna (hijau untuk buku log Pengakap Muda dan merah untuk
buku log Pengakap Remaja);
15.1.2. Kertas mahjong (warna putih);
15.1.3. Sugar paper (warna hitam);
15.1.4. Kertas minyak (warna coklat kuning); atau
15.1.5. Apa-apa kertas satu warna.
15.1.6. Kertas bercorak yang boleh menyinggung perasaan atau berbaur
politik atau yang membawa maksud tidak elok adalah dilarang.
15.2. Di bahagian luar buku log perlu dibalut dengan menggunakan plastik lut sinar.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 8
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
16. LABEL DAN TAG BUKU LOG
16.1. Calon perlu menamakan buku log tersebut dengan melukis dan menampal
gambar lencana pada kulit buku log tersebut.
16.2. Nama calon dan nombor kumpulan dan daerah perlu ditulis pada kulit buku log.
16.3. Tandaan tag nama buku log perlu dibuat pada sisi tepi buku log.
LENCANA MAJU
LENCANA USAHA
LENCANA JAYA DIRI
Mohd Hazziq Darwish bin Mohd Haffiz Sisi buku log
Kumpulan Ke-129, Daerah Klang
Rajah 3 : Sisi buku log dilabelkan
Rajah 2 : Buku log dibalut dengan dengan nama lencana
sugar paper (kertas warna hitam) dan
dilabel pada kulit hadapan buku log
Lencana Ahli Berkhemah Lencana Pertolongan cemas
Lencana Juru Masak di Khemah
Lencana Pengembara
Mohd Hazziq Darwish bin Mohd Haffiz Rajah 5 : Contoh pembahagi dalam buku log
Kumpulan Ke-129, Daerah Klang Lencana Kategori Perkhidmatan (Pengakap Muda)
Rajah 4 : Muka depan buku log Pembahagi antara lencana perlu dilekatkan
Lencana Kategori Pengetahuan untuk memberitahu 1 buku mempunyai 3 lencana
(Pengakap Muda)
1 buku 3 lencana
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 9
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
Lencana Ahli Bot Lencana Ahli Udara Kelas II
Lencana Juragan Muda Lencana Ahli Udara Kelas I
Lencana Ahli Udara Utama
Lencana Juragan
Mohd Hazziq Darwish bin Mohd Haffiz
Mohd Hazziq Darwish bin Mohd Haffiz Kumpulan Ke-129, Daerah Klang
Kumpulan Ke-129, Daerah Klang
Rajah 7 : Muka depan buku log Lencana
Rajah 6 : Muka depan buku log Lencana Kemajuan Pengakap Muda Laut
Kemajuan Pengakap Muda Laut 1 buku 3 lencana
1 buku 3 lencana
KAEDAH PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN
17. PENULISAN LAPORAN DALAM BUKU LOG
17.1. Laporan disediakan 100% bertulis tangan dengan menggunakan ball pen dan
tidak menggunakan gel pen.
17.2. Pen berwarna merah, ungu dan hijau tidak boleh digunakan oleh ahli Pengakap
dalam penulisan buku log.
17.3. Penulisan buku log adalah di sebelah halaman kanan sahaja. Buku log tidak
boleh ditulis depan dan belakang.
Penting : Ini kerana buku log perlu disimpan lama, paling kurang untuk tempoh
5 tahun bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk ahli Pengakap yang
mempunyai cita-cita menjadi seorang Pengakap Raja. Ia juga untuk
mengelakkan tulisan laporan tembus antara halaman atau binasa akibat basah
sehingga tidak boleh dibaca semasa pemeriksaan buku log dilakukan.
17.4. Gambar rajah ditampal, disusun dan diwarnakan dengan warna yang betul.
17.4.1. 10% gambar rajah disediakan secara cetakan komputer.
17.4.2. 90% gambar rajah dilukis atau dilakar sendiri oleh penulis buku log.
17.5. Laporan perlu disertakan dengan gambar asli yang jelas kelihatan muka ahli
Pengakap melakukan aktiviti lencana.
17.6. Penggunaan ‘tracing paper’ dibenarkan untuk melukis gambar rajah atau
membuat lakaran.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 10
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
18. HALAMAN PERTAMA BUKU LOG
18.1. Tercatat dengan lengkap biodata ahli Pengakap seperti dalam rajah 8:
BIODATA AHLI PENGAKAP
MAKLUMAT ASAS
MAKLUMAT KEPENGAKAPAN
MAKLUMAT WARIS
Gambar ukuran
passport
beruniform
Salinan kad keahlian
bagi tahun semasa
lencana diambil
Rajah 8 : Halaman pertama buku log (Biodata Ahli Pengakap)
18.2. Maklumat biodata ahli Pengakap adalah seperti berikut:
18.2.1. Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. Telefon
Alamat e-Mail
Alamat Kediaman
18.2.2. Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Patrol
No. Kumpulan
Nama dan Alamat Kumpulan
PPM Daerah
18.2.3. Maklumat Waris
Nama Bapa/Ibu/Penjaga
No. Telefon bimbit
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 11
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
18.2.4. Salinan kad keahlian tahun semasa ketika lencana tersebut diambil.
Contohnya ahli Pengakap menyertai Ujian Penarafan Pengakap Raja
pada tahun 2020, maka salinan kad keahlian tahun 2016 atau tahun
2017 perlu dilekatkan pada halaman pertama maklumat peribadi ahli
Pengakap dalam buku log Lencana Usaha dan tahun-tahun berikutnya
untuk buku log lencana-lencana yang lain.
Rajah 9 : Contoh Halaman Pertama 12
19. HALAMAN KEDUA BUKU LOG
19.1. Tercatat dengan lengkap biodata ahli Patrol seperti berikut:
19.1.1. Nama Patrol
19.1.2. Biodata Ahli Patrol
Nama
No. Kad Pengenalan
Tarikh lahir
Umur
No. Telefon
Nama Ibu/Bapa/Penjaga
No. Telefon Waris yang boleh dihubungi
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
19.2. Rujuk Rajah 10 untuk maklumat berkenaan halaman kedua buku log.
PATROL MEGAT TERAWIS PATROL MEGAT TERAWIS
BIODATA AHLI PATROL BIODATA AHLI PATROL
1. Nama : 8. Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh lahir : Tarikh lahir :
Umur : Umur :
No. Telefon : No. Telefon :
Nama Ibu/Bapa/Penjaga : Nama Ibu/Bapa/Penjaga :
No. Telefon Waris yang boleh dihubungi : No. Telefon Waris yang boleh dihubungi :
2. Nama : 9. Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh lahir : Tarikh lahir :
Umur : Umur :
No. Telefon : No. Telefon :
Nama Ibu/Bapa/Penjaga : Nama Ibu/Bapa/Penjaga :
No. Telefon Waris yang boleh dihubungi : No. Telefon Waris yang boleh dihubungi :
3. Nama : 10. Nama :
No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan :
Tarikh lahir : Tarikh lahir :
Umur : Umur :
No. Telefon : No. Telefon :
Nama Ibu/Bapa/Penjaga : Nama Ibu/Bapa/Penjaga :
No. Telefon Waris yang boleh dihubungi : No. Telefon Waris yang boleh dihubungi :
Rajah 10 : Halaman kedua buku log Nama yang terakhir biodata
Biodata ringkas ahli Patrolnya ringkas adalah empunya buku
log sebagai ahli patrol
20. BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL
20.1. Lembaga Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor TIDAK MENERIMA
BUKU LOG HASIL SALINAN NOTA DARIPADA BUKU RUJUKAN sedia ada
di pasaran.
20.2. Rata-rata ahli Pengakap memulakan setiap buku log dengan melukis Logo
Pengakap, hormat Pengakap, Persetiaan Pengakap, Undang-undang Pengakap
dan penulisan skim latihan bagi lencana tersebut. Perkara ini adalah tidak perlu
dan harus dielakkan.
20.3. Ahli Pengakap perlu melengkapkan biodata ahli Pengakapnya dan biodata
ringkas ahli Patrolnya (rujuk perkara 18 dan 19 panduan ini).
20.4. Halaman berikutnya dalam buku log adalah isi laporan berkenaan lencana yang
diambil.
20.5. Gambar-gambar aktiviti semasa lencana diambil.
20.6. Tali ‘parcel’ boleh digunakan untuk laporan bahagian simpulan dan ikatan.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 13
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
20.7. Adalah menjadi kemestian agar ruangan selebar 1 hingga 2 inci disediakan di
sebelah kanan setiap halaman di dalam buku log (rujuk rajah 11). Ini adalah
untuk kegunaan seperti perkara-perkara berikut:
20.7.1. RUANG BAGI KOMEN, ulasan dan pengesahan pemimpin,
Jawatankuasa Lencana Daerah dan pemeriksa buku log.
20.7.2. PEMBETULAN ATAU PENAMBAHBAIKKAN FAKTA DAN
LAPORAN oleh ahli Pengakap atau pemimpin yang perlu dibuat
selepas selesai penulisan buku log.
20.7.3. RUANGAN TANDATANGAN Pemimpin atau Penolong Pemimpin
Unit atau individu bukan Pemimpin Pengakap yang membuat
pengesahan bagi aktiviti yang dilakukan oleh ahli Pengakap, seperti
guru perpustakaan, guru kaunseling, guru bahasa, guru sukan, Guru
Penolong Kanan dan sebagainya. Tandatangan pengesahan tersebut
boleh dibuat bersebelahan laporan dalam ruangan komen.
Ruangan komen
1-2 inci setiap halaman
Boleh menggunakan
‘tracing paper’ untuk
melukis gambar
rajah
Rajah 11 : Contoh Ruang 1 hingga 2 inci sebelah kanan setiap halaman 14
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
KAEDAH PENULISAN BUKU LOG (ISI LAPORAN)
21. SUSUN ATUR LAPORAN DALAM BUKU LOG
21.1. Mengikut sukatan dalam Skim Latihan Pengakap yang dikeluarkan oleh Pasukan
Latihan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia bagi setiap unit;
21.2. Susunan log atau laporan perlu mengikut turutan sepertimana dalam skim
latihan tersebut untuk memudahkan semakan buku log semasa penandaan dan
pemberian markah;
21.3. Penulisan laporan dalam buku log haruslah benar, asli dan jelas. Ahli Pengakap
perlu menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan
penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
21.4. Pada masa lalu, setiap ahli Pengakap dibekalkan dengan ‘Kad Ujian’ yang
mengandungi sukatan ujian bagi lencana tersebut dan mempunyai tandatangan
pemimpin. Pada hari ini, buku log berfungsi sebagai ‘Kad Ujian dalam Laporan’
bagi setiap ahli Pengakap.
22. LAPORAN DARIPADA PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc)
22.1. Mengambil pendekatan bagaimana Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
gelombang 2: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (SKPMg2 Standard 4) dan
Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) boleh diterapkan dalam Pengakap dan
dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian ahli Pengakap.
22.2. Pemimpin Unit perlu mendapatkan pengetahuan dan terlatih dengan menyertai
Kursus Kepimpinan Manikayu bagi unit yang dikelolakan sehingga dikalungkan
Manikayu 2 butir bagi unit Pengakap Muda dan unit Pengakap Remaja.
22.3. Pemimpin unit perlu mengetahui semua sukatan pelajaran lencana agar dapat
membantu ahli Pengakap secara keseluruhannya dan tidak teragak-agak dalam
membantu menjayakan PdPc.
22.4. Peranan pemimpin sebagai pemudahcara dalam memberi bimbingan, motivasi
dan menggerakkan ahli Pengakap agar menjalankan aktiviti di dalam dan di luar
bilik darjah.
22.5. Ahli Pengakap perlu menggunakan semua kemahiranya untuk menyediakan 1
laporan buku log yang berkualiti.
22.6. Modul Pembelajaran dan Pemudahcaraan boleh diterapkan untuk membantu
ahli Pengakap memperolehi lencana. Hubungan kait Kerangka Konsep PAK21
dengan SKPMg2 (Standard 4) untuk membantu ahli Pengakap adalah seperti
berikut:
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 15
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
PAK21 SKPMg2 (Standard 4)
Perancangan Pembelajaran Pemimpin sebagai perancang
Ekosistem Pembelajaran Positif Pemimpin sebagai pengawal
Pemimpin sebagai pembimbing
Kemahiran Berfikir Pemimpin sebagai pendorong
Pembelajaran Koperatif dan
Pemimpin sebagai Penilai
Kolaboratif Ahli Pengakap sebagai pembelajar
Pentaksiran Pembelajaran
Kemenjadian ahli Pengakap aktif
22.7. Laporan buku log boleh dipelbagaikan bergantung kepada kreativiti pemimpin
dan ahli Pengakap serta boleh menggunakan Kemahiran Pedagogi Abad Ke-21
seperti berikut:
22.7.1. Pembelajaran berasaskan inkuiri;
22.7.2. Pembelajaran berasaskan projek;
22.7.3. Pembelajaran berasaskan masalah;
22.7.4. Pendekatan STEM; dan
22.7.5. Aktiviti PAK21.
22.8. Penggunaan 47 akiviti PAK21 dalam PdPc Kepengakapan boleh melatih ahli
Pengakap mempelajari kemahiran dan ilmu Pengakap yang luas. Melalui aktiviti
tersebut, ahli Pengakap perlu mempunyai kreativiti dalam menulis buku log,
antaranya dengan menggunakan kaedah seperti berikut:
22.8.1. Kaedah Temuduga berpasukan (Team interview)
Prinsip Rukun Negara
Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap
Sejarah Pengakap Malaysia & Pengasas Pengakap
Sejarah tertubuhnya Malaysia
Orang-orang kenamaan
22.8.2. Kaedah Main Peranan (Role play)
Istiadat Menaikkan bendera
Kawad kaki dan kawad tongkat
Isyarat-isyarat tangan Pengakap
Halangan komando
Melipat dan membawa bendera
Memanjat tali atau pokok 5 meter
Simpulan dan ikatan
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 16
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
22.8.3. Kaedah Projek berpasukan
Memilih tapak perkhemahan
Menghidupkan api
Berkhemah
Isyarat sulit Pengakap
Pengembaraan
Model Projek Perintis
Projek Perintis (pioneering)
22.8.4. Kaedah Menyanyikan Lagu
Undang-undang Pengakap
Lagu Negaraku & Lagu Negeri masing-masing
22.8.5. Kaedah Peta I-Think
Fungsi-fungsi Parlimen
Fungsi 1 agensi kerajaan atau badan berkanun
Nota Pertolongan Cemas
22.8.6. Kaedah Sistem berpangkalan mengikut patrol (One stay, Other Stray)
Menjaga dan menyimpan pisau serta parang
Menjaga, mengasah dan menyimpan kapak serta gergaji
Kompas dan membaca bearing
Sistem kontur, rujukan grid dan kunci peta
Balutan Anduh
Tidakan Kecemasan
Balutan kepala, lutut dan lengan
Rawatan patah tulang
Usungan pesakit
Kegunaan kayu tuap
Sistem pemulihan nafas mulut ke mulut
22.8.7. Kaedah Team Word-Web
Memilih tapak perkhemahan
Keperluan peribadi untuk berkhemah
Merancang pengembaraan
22.9. Banyak lagi sukatan pelajaran lencana (rujuk skim latihan) yang boleh dikaitkan
dengan 47 aktiviti PAK21 dalam PdPc Kepengakapan. Cara melapor dalam
buku log perlu lebih kreatif berdasarkan kepada apa yang dilalui oleh ahli
Pengakap untuk memperolehi lencana tersebut.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 17
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
22.10. Rujuk rajah 12 untuk contoh laporan log melalui kaedah team interview:
Ruangan komen
1-2 inci setiap halaman
Rajah 12 : Contoh Laporan log melalui kaedah team interview
22.11. Rujuk rajah 13 untuk contoh laporan log melalui kaedah role play:
Ruangan komen
1-2 inci setiap halaman
Rajah 13 : Contoh Laporan log melalui kaedah role play 18
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
22.12. Rujuk rajah 14 untuk contoh laporan log melalui kaedah role play:
Ruangan komen
1-2 inci setiap halaman
Dicetak atas kertas Gambar mesti nampak muka
Kertas foto penulis buku log.
(glossy paper) Tidak boleh menggunakan
gambar orang lain atau tidak
nampak muka penulis.
sekiranya muka penulis tidak
nampak maka ia dikira tiada
laporan berkenaan topik
tersebut
Rajah 14 : Contoh Laporan log melalui kaedah role play
22.13. Rajah 15 contoh laporan yang TIDAK DITERIMA OLEH LEMBAGA:
Penulis laporan perlu
menunjukan dirinya
sendiri melakukan
pergerakkan kawad bukan
menunjukkan ilustrasi
kartun melakukan kawad
Rajah 15 : Contoh Laporan log yang TIDAK DITERIMA OLEH LEMBAGA
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 19
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
22.14. Rujuk rajah 16 untuk contoh laporan log melalui kaedah role play:
Ruangan komen
1-2 inci setiap halaman
Dicetak atas kertas Gambar mesti nampak muka
Kertas foto penulis buku log.
(glossy paper) Tidak boleh menggunakan
gambar orang lain atau tidak
nampak muka penulis.
sekiranya muka penulis tidak
nampak maka ia dikira tiada
laporan berkenaan topik
tersebut
Rajah 16 : Contoh Laporan log melalui kaedah role play
22.15. Rajah 17 contoh laporan yang TIDAK DITERIMA OLEH LEMBAGA:
Penulis laporan perlu
menunjukan dirinya sendiri
melakukan aktiviti memanjat
pokok atau tali bukan
menunjukkan ilustrasi kartun
memanjat tali atau pokok
Rajah 17 : Contoh Laporan log yang TIDAK DITERIMA OLEH LEMBAGA
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 20
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
22.16. Penulis laporan perlu menunjukan dirinya sendiri melakukan aktiviti dalam
gambar-gambar untuk laporan buku lognya. Gambar perlu dicetak mengikut
S.O.P. berikut:
22.16.1. Gambar penulis perlu nampak jelas 100%;
22.16.2. Dicetak menggunakan kertas foto (glossy paper) dan nampak jelas
(high defination);
22.16.3. Tandakan gambar penulis buku log sekiranya dalam gambar
kelihatan ramai;
22.16.4. Gambar berkumpulan tidak boleh melebihi 10 orang dalam 1 gambar;
22.16.5. Topik, gambar dan penerangan adalah menerangkan laporan yang
tepat berkenaan tajuk dalam silibus lencana tersebut.
22.17. Lembaga Penarafan Pengakap Raja akan menolak gambar-gambar dan laporan
sekiranya berlaku seperti berikut:
22.17.1. Menggunakan gambar orang lain sama ada gambar rakannya atau
diperolehi daripada internet;
22.17.2. Gambar penulis buku log terlalu kecil, tidak nampak atau tidak jelas;
22.17.3. Resolusi gambar pecah kerana dibesarkan sehingga gambar penulis
buku log tidak kelihatan jelas;
22.17.4. Menggunakan gambar yang sama untuk beberapa lencana.
22.18. Sekiranya perkara 22.17 terjadi, maka laporan untuk sub-topik ujian tersebut
tidak diambil kira dan pelapor boleh dianggap tidak menjalankan ujian tersebut.
22.19. Laporan berkenaan sub-topik ujian lencana juga boleh dibuat melalui
perkongsian video atau slaid ‘PowerPoint’ yang dimuat naik ke internet TETAPI
BUKAN keseluruhan topik lencana. Perkongsian alamat pautan (url link) perlu
dituliskan dalam buku log atau ‘QR Code’ perlu dilekatkan dalam buku log ahli
Pengakap dan boleh diakses oleh pemeriksa buku log dan sesiapa sahaja.
Sekiranya pautan tersebut tidak boleh diakses, maka Lembaga Penarafan
Pengakap Raja Negeri Selangor bersetuju sebulat suara memutuskan tiada
laporan berkenaan sub-topik tersebut dilakukan oleh ahli Pengakap.
22.20. Semua butiran ujian melalui apa-apa aplikasi atau dengan menggunakan cara
manual perlu dicatat dan dilampirkan dalam buku log. Kaedah pengujian atau
pentaksiran dan penilaian boleh dijalankan oleh pemimpin seperti berikut:
22.20.1. Kuiz; 22.20.5. WhatApps;
22.20.2. Ujian bertulis; 22.20.6. Video Meeting;
22.20.3. Bentuk temuduga; 22.20.7. Google Classroom; atau
22.20.4. Telegram; 22.20.8. Zoom.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 21
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
22.21. Contoh pengujian berbentuk kuiz online seperti rajah 18 perlu ditampal dalam
buku log.
Rajah 18 : Contoh ujian penilaian yang dibuat bagi log lencana terlibat dlekatkan dalam buku log
23. LAPORAN LENCANA KEGIATAN (PENGAKAP REMAJA)
23.1. Keputusan Meyuarat Pasukan Latihan Negara Bil. 1/2020 yang bersidang pada
29 Februari 2020 berkenaan penyediaan buku log Lencana Kegiatan Pengakap
Remaja adalah seperti berikut:
AGENDA 5 – HAL-HAL LAIN
5.1. SUKATAN PELAJARAN BAGI LENCANA KEGIATAN PENGAKAP
REMAJA
5.1.1. Encik Mohd Hilmi bin Abu Bakar, Pesuruhjaya Kebangsaan
(Pengakap Laut) merangkap Pengerusi Program Negeri Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur mencadangkan kegiatan dan
kemahiran dalam perolehan lencana kegiatan diperluaskan
mengikut keadaan semasa ahli Pengakap sebagai contoh
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 22
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
diperluaskan kepada penerapan program Sustainable Development
Goals (SDGs) yang dilakukan oleh ahli Pengakap secara
berterusan dalam kehidupannya sehari-harian.
5.1.2. Tuan Haji Mohd Zulkifli bin Dato’ Haji Maulud, Pesuruhjaya
Program Negara memaklumkan bahawa Jawatankuasa Program
Negara tidak mempunyai halangan menerima cadangan tersebut
dan memberi contoh sekiranya ahli Pengakap terlibat dengan
penghasilan robotik atau STEM misalnya, kegiatan tersebut adalah
tergolong dalam SDGs Ke-9 iaitu Industry, Innovation and
Infrastructure. Beliau memberi contoh lain kegiatan yang boleh
dikaitkan dengan SDGs 13 iaitu Climate Action (tindakan terhadap
iklim), contohnya ahli Pengakap terlibat secara langsung dalam
program yang menggalakkan ‘pembangunan tenaga yang boleh
diperbaharui’ misalnya tenaga solar melalui program Scouts go
Solar secara berterusan maka program tersebut boleh dianggap
sebagai kegiatan dan kemahiran yang boleh dilaporkan dalam buku
log Lencana Kegiatan.
5.1.3. Beliau menambah, apa sahaja kegiatan ahli Pengakap yang boleh
meningkatkan potensi diri, dilakukan secara berterusan, kerap dan
mempunyai nilai tambah dalam diri ahli Pengakap boleh diterima
sebagai aktiviti bagi Lencana Kegiatan Pengakap Remaja.
5.1.4. Cadangan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli
Mesyuarat yang hadir.
Tindakan : Semua Pasukan Latihan Negeri untuk dipanjangkan
23.2. Oleh yang demikian, penyediaan buku log Lencana Kegiatan Pengakap Remaja
daripada 9 aktiviti tersenarai dalam Skim Latihan Pengakap Remaja ditambah
dengan 17 aktiviti daripada penerapan program Sustainable Development Goals
(SDGs) secara berterusan yang boleh meningkatkan potensi diri dan mempunyai
nilai tambah dalam diri ahli Pengakap. Rujuk matlamat utama program
Sustainable Development Goals (SDGs) untuk memahami maksud dan
mendapatkan penerangan lebih jelas.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 23
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
24. LAPORAN PENGEMBARAAN
24.1. Mengambil pendekatan penggunaan Kemahiran PAK21 Kaedah ‘Team Word-
Web’ ahli patrol boleh menyenaraikan keperluan yang dibawa untuk
pengembaraan dan dilaporkan dalam buku log. Kaedah pelaporan menggunakan
‘Peta I-Think’ juga boleh digunapakai.
24.2. Penulis buku log bebas menggunakan gambar, lakaran, formula matematik
mahupun sebarang ilustrasi berkaitan tugasan untuk menyokong laporan dalam
buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara
sebenar mengikut skim yang telah dilakukan oleh penulis.
24.3. Semua tugasan penggembaraan perlu diselesaikan keseluruhannya dan mesti
direkodkan ke dalam buku log sebagai laporan penggembaraan.
24.4. Untuk tugasan tertentu contohnya ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan
‘sample’ tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log
haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan ‘sample’ boleh
dilekatkan di dalam buku log mereka.
24.5. Lakaran ataupun lukisan perlu dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log
tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan atau lakaran yang dibuat
di dalam buku log, apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan
laporan dengan jelas hasil daripada kerja tangan penulis sendiri.
24.6. Peta pengembaraan perlu dihasilkan mengikut hari penggembaraan (peta harian)
dan satu peta penuh yang mengandungi himpunan dan sambungan jalan
pengembaraan dari hari pertama sehingga tamat penggembaraan perlu
dilampirkan dalam buku log penggembaraannya.
24.7. Contoh laporan penggembaraan seperti dalam rajah 19.
Ruangan komen
1-2 inci setiap
halaman
Rajah 19 : Contoh Laporan Penggembaraan 24
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
24.8. Contoh peta penggembaraan harian seperti dalam rajah 20.
Rajah 20 : Contoh Peta Penggembaraan Harian
24.9. Contoh laporan tugasan seperti dalam rajah 21.
Rajah 21 : Contoh laporan tugasan 25
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
24.10. Contoh laporan bergambar seperti dalam rajah 22.
Rajah 22 : Contoh laporan bergambar
25. LAPORAN LENCANA PERKHIDMATAN (PENGAKAP REMAJA)
25.1. Log perlu dikepilkan dengan sijil penyertaan kursus sama ada dengan agensi
lain atau dianjurkan sendiri oleh Pengakap. Sijil kehadiran kursus yang
dilampirkan adalah dokumen sokongan yang mengesahkan penulis buku log
adalah terlatih bagi memenuhi sukatan pelajaran lencana perkhidmatan.
25.2. Nota-nota kursus perlu disalin dalam buku log perkhidmatan sebagai laporan
kepada kursus yang disertai.
25.3. Ahli Pengakap juga perlu melengkapkan perkhidmatan 24 jam berkhidmat
membantu menjayakan sebarang aktiviti dan sebagainya. Rekod perkhidmatan
24 perlu dilampirkan dalam buku log Lencana Perkhidmatan sebagai bukti ahli
Pengakap telah melakukan perkhidmatan tersebut.
25.4. Rujuk lampiran berikutnya untuk rekod perkhidmatan 24 jam.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 26
CARA MEMPEROLEHI LENCANA PERKHIDMATAN PENGAKAP REMAJA
Lulus dan memperolehi sekurang - kurangnya SATU sijil kemahiran perkhidmatan
menyelamat nyawa seperti berikut :
PERTOLONGAN CEMAS
- Sijil Peringkat Asas yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan bertauliah ATAU St John
Ambulan ATAU Bulan Sabit Merah ATAU Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ATAU
yang setaraf dengannya.
PEMADAM API
- Sijil Asas Kebombaan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
PENYELAMAT NYAWA
- Penyelamat Nyawa atau “ Bronze Medallion ” daripada Persekutuan Penyelamat Nyawa
ATAU badan - badan lain yang diiktiraf seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
( JPAM ).
PERKHIDMATAN MASYARAKAT
Membuat kerja amal yang diakui kepada masyarakat berjumlah 24 jam dalam tempoh 1 hingga
12 bulan; sebagai contoh membantu dalam Perkhemahan Daerah, Negeri atau Kebangsaan,
banjir, bencana alam, di rumah ibadat, rumah kebajikan, menuai padi dan mengambil bahagian
dalam projek yang dianjurkan oleh pihak berkenaan atau seumpamanya.
Disemakkan oleh, Disahkan oleh,
___________________ ___________________
Tandatangan dan cop Tandatangan dan cop
Pemimpin Pengakap Remaja Pesuruhjaya Pengakap Daerah
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
REKOD PERKHIDMATAN
24 JAM
PENGAKAP REMAJA
NAMA PENUH
NO KAD PENGENALAN
NO KUMPULAN DAERAH NEGERI
NAMA SEKOLAH / MAKTAB / INSTITUT
NO TELEFON EMEL
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
1
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
2
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
3
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
4
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
5
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
6
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
7
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
NAMA PROGRAM / AKTIVITI
TARIKH TEMPAT
ANJURAN
8
JUMLAH JAM
TANDATANGAN PENGANJUR COP / PENGESAHAN PENGANJUR
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
TEMPOH PELAKSANAAN
26. PELAKSANAAN PANDUAN UNTUK PENYEMAKAN BUKU LOG
TAHUN BUKU LOG TERLIBAT
PEMERIKSAAN
BUKU LOG
2021 - Beberapa buku log lencana tertinggi yang diambil selepas tarikh
01 Mei 2020 (rujuk sijil lulus lencana)
- Buku log lencana Pengakap Muda (tidak tertakluk kepada
panduan ini sekiranya telah dibuat)
2022 - Pelaksanaan penuh untuk semua buku log lencana tertinggi
- Buku Log Lencana Jaya (sekiranya diambil dalam tahun 2020 -
rujuk sijil lulus lencana)
- Buku Log Lencana Maju (sekiranya diambil dalam tahun 2020 -
rujuk sijil lulus lencana)
- Buku Log Lencana Keahlian dan Lencana Usaha (tidak tertakluk
kepada panduan ini sekiranya telah dibuat)
2023 - Pelaksanaan penuh mengikut panduan ini untuk semua buku log
Pengakap Muda dan Pengakap Remaja
TANGGUNGJAWAB
27. TANGGUNGJAWAB MENGGUNAKAN PANDUAN INI
27.1. Menjadi tanggungjawab semua ahli pimpinan negeri, daerah, pemimpin di
kumpulan dan ahli Pengakap dalam PPM Negeri Selangor menggunakan
rujukan ini berkuatkuasa mulai 01 Mei 2020.
PINDAAN
28. PINDAAN KEPADA PANDUAN INI
28.1. Panduan ini adalah tertakluk kepada keperluan semasa dan boleh dipinda dari
semasa ke semasa.
28.2. Pekeliling berkenaan pindaan akan dikeluarkan sekiranya pihak Lembaga
Penarafan Pengakap Raja Negeri Selangor atau Pasukan Latihan Negara
meminda beberapa perkara dalan panduan ini.
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 29
EDARAN DALAMAN PPM NEGERI SELANGOR SAHAJA
KESIMPULAN
29. PENUTUP
29.1. Semua catatan dalam buku log mesti berbentuk laporan terhadap apa yang telah
dilakukan oleh penulis buku log dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan
lain yang berada di pasaran atau buku log yang disalin daripada ahli Pengakap
terdahulu (senior).
29.2. Hanya sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan,
Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, organisasi kumpulan, organisasi
PPM Daerah, organisasi PPM Negeri, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertentu,
lambang dan maksud lambang, orang kenamaan dan sebagainya boleh disalin
dalam bentuk nota.
29.3. Laporan dalam buku log tidak boleh direka untuk menyedapkan cerita.
Semuanya perlu dilalui oleh ahli Pengakap dalam menimba ilmu dan
pengalaman yang boleh diaplikasikan semasa menjalani Ujian Penarafan
Pengakap Raja amnya dan menjalani kehidupan dari semasa ke semasa
khasnya.
29.4. Buku log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap.
Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli
Pengakap tersebut dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka
berpengakap.
29.5. Semoga panduan ini bermanfaat dan boleh digunapakai dalam menterjemahkan
maksud sebenar buku log dalam kegunaan seharian sebagai seorang yang
bergelar Pengkap.
‘ONE SCOUTS, ALWAYS SCOUTS’
PANDUAN PENULISAN BUKU LOG DAN LAPORAN 30
DITERBITKAN OLEH
LEMBAGA PENARAFAN PENGAKAP RAJA
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA, NEGERI SELANGOR
D/A MUTIARA SEMENYIH TRAINING VILLAGE & ECO RESORT
LOT 1407, KM27 JALAN SUNGAI LALANG,
47300 SEMENYIH, SELANGOR
UNTUK
EDARAN DALAMAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI SELANGOR